Antaranya penemuan dokumen berkaitan dengan penjualan tanah melibatkan banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah ditinggalkan di luar Konsulat Nepal di Prai, semalam.
Konsul Kehormat Nepal, Datuk Huan Cheng Guan berkata, dokumen sembilan muka surat itu dipercayai ditinggalkan oleh individu yang tidak diketahui identitinya pada kira-kira pukul 5 petang. Beliau berkata dokumen-dokumen tersebut menunjukkan hubungan antara pemilik asal banglo dengan Guan Eng.
"Saya telah menyerahkan dokumen-dokumen ini kepada pihak polis dan telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
"Saya harap pihak polis dapat menyiasat hubungan antara hubungan antara syarikat-syarikat dan individu yang terlibat," katanya.
Terdahulu, Huan membuat laporan itu di balai polis Prai mengenai perkara itu. Sebelum itu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya semalam mendakwa rumah yang dibeli Guan Eng pada RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, George Town adalah di bawah harga pasaran.
Guan Eng membeli rumah itu daripada pemilik, Phang Li Koon, pada 21 Okt 2015 dengan harga RM2.8 juta – 12 peratus lebih tinggi daripada harga belian oleh Li Koon pada 2008.
Shabudin mendakwa penjual rumah itu berkemungkinan mempunyai kepentingan dalam urusan jual beli tanah membabitkan sebuah syarikat dan kerajaan negeri pimpinan Setiausaha Agung DAP itu.
Sementara itu, NGO Sensible, Ethical, Malaysian United Team Malaysia (SEMUT) turut membuat laporan polis mendesak siasatan terhadap Guan Eng.
Pengerusinya, Zaparudin Abdul Rahim berkata pihaknya mendapati isu ini hampir sama dengan kontroversi membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
Katanya lagi, laporan itu dibuat ekoran bimbang pembelian rumah yang dikatakan bernilai RM6.5 juta berkait dengan penjualan tanah untuk rumah kos rendah seperti yang diberitahu Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya dalam sidang Dewan Rakyat semalam.
“Berdasarkan semakan rambang, dan disebut ramai orang, nilai semasa banglo berkenaan sekitar RM6.5 juta. Kemudian ia di beli Lim Guan Eng dengan hanya RM2.8 juta. Berapa juta beza tu?” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, hari ini.
Pada 23 Dis 2011, Khir disabit kesalahan kerana menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dua bidang tanah dan sebuah rumah di bawah harga pasaran pada 2007.
Semalam Shabudin mendakwa rumah yang dibeli Guan Eng pada RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, George Town adalah di bawah harga pasaran.
Beliau khuatir pembelian itu berkait dengan penjualan tanah seluar 1.1 ekar di Taman Manggis pada harga RM11 juta, yang dimaksudkan untuk pembinaan rumah kos rendah.
“Alasan yang diberi, banglo tersebut adalah rumah biasa dan tiada ‘swimming pool’. Kelakar kan? Adakah kos bina kolam renang cecah hingga jutaan ringgit?” soalnya.
Menurut kronologi yang dibentangkan Shabudin di Dewan Rakyat, banglo itu disewa Guan Eng sebagai kediamannya sejak menang pilihan raya umum ke-12, setelah enggan mendiami rumah yang disediakan kerajaan negeri atas alasan anai-anai.
Kemudiannya, Guan Eng membeli rumah itu daripada pemilik, Phang Li Koon, pada 21 Okt 2015 dengan harga RM2.8 juta – 12 peratus lebih tinggi daripada harga belian oleh Li Koon pada 2008.-18/3/2016 -Agenda daily
PAS SELANGOR....PAS PULAU PINANG ATAU PAS PUSAT DAH BUAT LAPURAN PULIS DAN SPRM KE BELUM PASAL BANGLO LGE DI PULAU PINANG...? Pelik sungguh perangai org PAS ni....
ReplyDeleteGO GO SPRM
ReplyDeleteini slogan eng guan eng Tulus and accountability sincerity and WAYANGCRITY
dulu masuk jail tipu crita harap ini kali dia tak tipu dunia
fly economy class - tangkap photo
naik business c / first c NO GAMBAR