Hakikatnya, setiap keburukan yang dikatakan oleh Mahathir, adalah tentang dirinya sepanjang dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun yang berakhir pada tahun 2003.
Mahathir barangkali masih diberitahu oleh orang di sekelilingnya bahawa rakyat Malaysia kebanyakannya buta huruf, atau pemalas menyemak butiran mahupun perincian serta latar belakang pentadbirannya yang panjang itu.
Dan kerana itulah, Mahathir terus-menerus menjadi pembohong besar yang mengulangi penipuan-penipuan lama, sambil membikin pembohongan baru sepertimana yang dilakukannya sekarang.
Semalam, dalam ceramah di Parlimen Rafizi Ramli, Mahathir berkata,
"(Mereka) kata duit itu diberikan oleh Arab Saudi... saya pernah meminta wang daripada mereka untuk membina Universiti Islam. Saya meminta daripada mereka dan semua kawan-kawan mereka (tetapi saya tidak dapat)," kata Mahathir.
Inilah salah satu pendustaan besar daripada seorang individu yang bergelar NEGARAWAN. Dakwaan ini sudah disanggah banyak kali, lengkap dengan fakta dan bukti-buktinya tetapi nampaknya Mahathir terus mengulanginya. Sekiranya UIA tidak didanai oleh Arab Saudi dan beberapa Kerajaan Negara Arab yang lain, dari manakah wang pembiayaan tersebut diperolehi? Daripada Vincent Tan? Robert Kuok? Francis Yeoh atau daripada daripada syarikat-syarikat anak-anak lelakinya yang mengaut keuntungan berbilion dollar Amerika Syarikat setiap tahun daripada perolehan projek-projek yang serba meragukan?
Bahkan, fakta tersebut turut disenaraikan dalam laman sesawang UIA tentang siapa pendana dan penyumbang kewangan mereka.
Mahathir kemudiannya berkata lagi, "Tetapi mereka terlalu sayangkan Najib sehinggakan mereka memberikan kepadanya RM2.6 bilion," sambil disambut gelak tawa.
Satu lagi pendustaan oleh Mahathir kerana perkara tersebut bukan sahaja telah disahkan oleh Peguam Negara, yang derma tersebut memang dari Arab Saudi, bahkan SPRM juga telah menemuramah penderma-penderma di Saudi dan mempunyai 4 dokumen yang membuktikan pemindahan wang tersebut, manakala BBC melaporkan ianya memang dari Saudi dan semalam, 4 Corner's TV Show yang cuba dijadikan sebagai Quran baru puak pro-Tun pula mendedahkan, salah satu pemindahan tersebut datangnya daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi, terus ke akaun Najib.
Seterusnya Mahathir berkata lagi,
"Sekiranya Najib benar-benar mahu menggunakan (derma RM2.6 bilion) untuk membiayai PRU, mengapa dia perlu masukkan ke akaun peribadinya? Berkongsilah dengan kami (beritanya) dan buatlah kami jadi gembira, (kami bolehlah) minta dia sikit duit tu. Saya tidak melihat jumlah besar wang yang digunakan sepanjang pilihanraya lepas," kata Mahathir lagi. "Saya tidak lihat wang yang banyak digunakan untuk PRU-13."
Hakikatnya transaksi yang didedahkan menunjukkan terdapat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadi Najib dari tempoh 2011 sehingga 2013 sehinggalah sebulan sebelum PRU-13 dengan jumlah keseluruhannya adalah USD1 bilion.
Selepas PRU-13, WSJ mendakwa yang kemudian disahkan oleh Peguam Negara, baki yang tidak digunakan telah dipulangkan kembali. (RUJUK DI SINI)
Inilah pembohongan terbesar yang menunjukkan Mahathir barangkali terhantuk kepalanya dan jatuh koma sepanjang PRU-13. Atau pun dia terlalu lama sakit tulang tongkeng kerana menunggang kuda di Argentina atau bercuti di rumah peribadi Mugabe di Zimbabwe di mana Mahathir pernah membantunya dengan menggunakan wang negara pada tahun 2003 sehingga dia buta, tuli dan pekak dengan situasi PRU-13.
Sesiapa sahaa yang hidup dan waras sepanjang PRU-13 akan nampak pembohongan itu. Kempen-kempen PRU-13 adalah yang memakan belanja paling besar, termasuklah makan malam besar-besaran, poster, iklan televisyen, pengiklanan atas talian, pelbagai majlis, penggunaan khidmat atas talian dan sebagainya yang belanjanya bukan kecil.
Malahan sepanjang tempoh tersebut, Pakatan telah merungut yang kononnya BN telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar dalam PRU-13 dan kerana itu mereka telah pun menyaman BN.
Dan Mahathir masih berkata, dia masih tidak nampak penggunaan wang berjumlah besar untuk PRU-13?
masyaAllah mahathir..bertaubatlah dari menjadi penghianat pada bangsa sendiri..dari banyak cakap tambah dosa lebih baik beramal..jangan bergelumang dengan najis2 pembangkang yang ingin menghancurkan negara..
ReplyDeletenak buat camne..melayu mudah lupa....
ReplyDeleteTahniah kebijaksanaan kau menghentam Tun M, malang ku terlalu cerdik bila memuji Najib yang menggunakan duit rakyat/negara membeli harta berbillion2 dn menjualkannya semula dengan harga yang jauh lebih murah, sudah nya benda yang dibeli hilang kena telan macam tu je, contohnya edra dan tanah TRX....maafkan saya kalau apa yang saya tulis ini tidk betul
ReplyDeletepada saya, mahatir dah mati
ReplyDeleteyang ada ceramah sana sini menabur hasutan dan kebohongan adalah hantu mahatir, bukan the real mahatir ..