Tanpa disedari, 2 Mac setiap tahun semenjak 66 tahun lampau, pejuang Kemerdekaan Sarawak dari RUKUN 13, ROSLI DHOBI bersama-sama sahabatnya, MORSHIDI SIDEK, AWANG RAMLI AMIT AWANG MATSARUDDIN dan BUJANG SUNTONG telah digantung sampai mati atas tuduhan bersubahat dan membunuh Gabenor Britis Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart pada 3 Disember 1949.
Berapa ramai yang faham dengan 4 warkah terakhir Rosli Dhobi yang memberi isyarat besar kepada negara ini, khususnya Sarawak sendiri? Kita siarkan salah satu suratnya untuk renungan.
Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.
Berapa ramai anak-anak Sarawak yang kononnya kagum dengan Rosli Dhobi serta semangat perjuangannya yang bersamaan dengan 10,000 orang anggota tentera, sekadar seronok mendengar cerita tetapi tidak pernah menanam semangat untuk menghalau penjajahan yang berlaku di Sarawak?
Berapa ramai yang sedar tentang penjajahan yang sedang berlaku berbanding termakan dengan hasutan kononnya Sarawak dijajah oleh Putrajaya berbanding Sarawak sedang cuba dijajah dan dimusnahkan oleh agen asing yang bergerak menyamar sebagai anak tempatan tetapi cuba meruntuhkan Sarawak dari dalam seperti yagn dilakukan oleh kumpulan yang mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia?
Kerajaan Malaysia sendiri seharusnya mengambil inisiatif 'mendekatkan' ROSLI DHOBI dan RUKUN 13 ke Putrajaya dengan mengurangkan sedikit lambungan tentang jasa UMNO memerdekakan negara ini, kerana dua bahagian daripada negara ini, UMNO tidak terlibat memerdekakannya.
Dan lebih malang lagi, para pahlawan serta entiti-entiti yang terlibat juga kurang diperkatakan dalam buku-buku teks sejarah Malaysia!
Kita tidak mahu, golongan imigran yang datang ke Sarawak, mengaku sebagai Anak Sarawak kemudiannya melabelkan pahlawan-pahlawan seperti Syarif Masyhur yang telah dibuang oleh British ke Selangor dan merupakan salah seorang tokoh terlibat dalam Perang Saudara di Selangor, atau Rentap Sungai Sekrang yang banyak menyusahkan RAJAH PUTIH KESAYANGAN imigran berlagak Anak Sarawak, James Brooke, sebagai LANUN, PEMBERONTAK dan pembunuh sedangkan, merekalah yang menjaga Sarawak!!!
Justeru, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Sejarah seharusnya lebih menekankan dan serta menitikberatkan lagi kumpulan-kumpulan pahlawan tempatan yang memberikan sumbangan kepada negara ini jauh lebih besar berbanding taukeh-taukeh lombong yang bekerja dengan British, mengorek kekayaan dan menghisap setiap titik darah anak watan negara ini tetapi kerana tidak dapat ke mana-mana, mereka berlagak seolah-olah mereka adalah pembina negara ini!
Berapa ramai yang sedar tentang penjajahan yang sedang berlaku berbanding termakan dengan hasutan kononnya Sarawak dijajah oleh Putrajaya berbanding Sarawak sedang cuba dijajah dan dimusnahkan oleh agen asing yang bergerak menyamar sebagai anak tempatan tetapi cuba meruntuhkan Sarawak dari dalam seperti yagn dilakukan oleh kumpulan yang mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia?
Kerajaan Malaysia sendiri seharusnya mengambil inisiatif 'mendekatkan' ROSLI DHOBI dan RUKUN 13 ke Putrajaya dengan mengurangkan sedikit lambungan tentang jasa UMNO memerdekakan negara ini, kerana dua bahagian daripada negara ini, UMNO tidak terlibat memerdekakannya.
Dan lebih malang lagi, para pahlawan serta entiti-entiti yang terlibat juga kurang diperkatakan dalam buku-buku teks sejarah Malaysia!
Justeru, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Sejarah seharusnya lebih menekankan dan serta menitikberatkan lagi kumpulan-kumpulan pahlawan tempatan yang memberikan sumbangan kepada negara ini jauh lebih besar berbanding taukeh-taukeh lombong yang bekerja dengan British, mengorek kekayaan dan menghisap setiap titik darah anak watan negara ini tetapi kerana tidak dapat ke mana-mana, mereka berlagak seolah-olah mereka adalah pembina negara ini!
0 comments:
Post a Comment