Sebelum bermula DEB 1970 , ekuiti Bumiputra sekitar 1.5% sahaja. Tapi dari 1970 -1982 ekuiti Bumiputera meningkat kepada 15.5% dgn pengambilan syarikat syarikat seperti London Tin, Sime Darby, Guthrie Ropel, Harisson & Crossfield , berpuluh syarikat syarikat milik Pernas, UMNO linked companies termasuk bank bank utama.
Namun sejak kawan tu ambil alih dari 1982-2004 selama dua puluh dua tahun , ekuiti Bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. (4% dalam 22 tahun Yop ! ).
Habis syarikat syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST,TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds difaraid kepada kroni Madey, Daim dan Ketum. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat /Hicom, Perwaja , Proton, Dayabumi, KLCC, Putrajaya yg hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka.
Beratus syarikat kerajaan di swasta , dipindah milik termasuk berpuluh bilion program PFI ( buat dulu bayor kemudian). Sekarang ni orang yg sama menuding jari kononnya yg memegang tampuk gagal mentadbir. Logik ka ?
Ada yg berani sanggah?
Bagaimana pula San Miguel dan cerita salah seorang anak Mahathir?
Pernah CUBA MEMBELI stesen janakuasa kepunyaan 1MDB yang dikatakan sebagai antara tindakan PEMBELIAN ASET YANG MERUGIKAN oleh puak-puak "ITU"...
Kalau RUGI, kenapa nak BELI? Hm? Hm?
Dan sila maklum, Mirzan Mahathir merupakan pemegang saham terbesar syarikat ini.
a) Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni kanan BN seperti dalam kes:
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara atas alasan kononnya kekurangan bukti;
* Sekatan terhadap siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur;
b) Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas dalam kes;
* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (apabila perbicaaan dilakukan secara olok-olok di mana akhirnya Eric Chia dibebaskan selepas meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ (yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan);
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF di Hong Kong;
* Siasatan kes pelaburan Tabung Haji yang bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman;
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC, S Samy Vellu;
* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320;
* Penyiasatan kes membaik-pulih rumah Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dengan kos RM5 juta dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM.
c) Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004;
* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail-out) 50.6% saham MAS milik Naluri Sdn Bhd pada harga RM8 sesaham ketika harga semasa cuma RM3.60 sesaham;
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;
* Pengambilalihan syarikat , Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Danaharta;
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi - YTL Corporation;
* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil-alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce lalu membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB);
* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Danaharta;
* Pengambilalihan Celcom, sebuah anak syarikat TRI oleh Telekom;
* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS Berhad;
* Memaksa Petronas membeli saham Proton;
* Memaksa Petronas mengambil-alih Litar Sepang;
* Memaksa Danaharta menanggung segala hutang lapuk RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain;
* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian besar;
* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;
* Kes anak Ling Liong Sik yang memiliki harta RM1b ketika berusia baru 28 tahun;
* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam segala jenis perniagaan.
d) Menyalahgunakan akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi memelihara kepentingan politik.
* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), pengharaman al-Arqam (1994), Reformasi (1998), memfitnah kumpulan al-Maunah (2000) dan mencipta kisah KMM (2001);
* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999);
e) Menyekat kebebasan badan penguatkuasa; dengan cara
* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis;
* Mengganggu penyiasatan BPR;
* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
f) Mengagihkan tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
g) Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
* Kes Anwar Ibrahim (dengan mencipta kes liwat 1);
* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam di New Zealand;
* Kes tape V.K. Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasat kes ini telah mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kemudiannya berkata tiada kes, maka ia pun ditutup.
* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu di DUN Likas;
* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim;
* Penghapusan bukti dalam kes seks D. P. Vijandran;
* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan
* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustine Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
g) Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
* Penyelewengan RM40 juta wang PPRT;
* Kerugian pelaburan oleh Tabung Haji;
* Kerugian RM15b di Bank Negara;
* Kerugian RM40 juta AIM;
* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
Kemerosotan hasil keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada tahun 2000.
Salam,tuan. Ramai generasi muda tak kenali penyelewengan zaman mahadey sheingga terikut2 dengan rentak memfitnah Najib. Siapa yang dibesarkan zaman Mahadey boleh rasai penyelewengan tersebut walaupun tak dibekalkan dengan teknologi internet seperti sekarang, TV dikawal penuh menjadi alat rasmi mahathir propaganda pada rakyat.
ReplyDeletebegitu banyak masalah keawangan melanda pemerintahan mahathir tapi mahathir buat2 lupa dan semua baik Najib di kalahkan dengan 1-2 kes tidak berbukti bersalah itu.
Sedangkan kes Mahathir terlalu banyak. Tidak dipastikan kenapa AG Patail mendiamkan diri!
Ada sebab mungkin?
BLOG GOBLOG MUSIBAT!!!
ReplyDeleteada tunm hilang kan 42b dan direct acc 2.6b negara teruk nilai rm jatuh kerja takda hutang negara dari bukit kegunung , peruntukan dikurangkan /potong
ReplyDeleteyou ni tak nampak ke ini problems , itu yg TERTAHU
Sudah lah jadi manusia bongap buta huruf pada perkara yg salah DUNIA TAHU KAMU DUDUK M'SIA Masih dok support bugis , hutang hutang hutang
tu dia punya takut dkt org tua tu. hahahahaah. kata drM dah takde pengaruh. semua macai blogger umno dah kelam kabut
ReplyDelete