Desakan agar Muhyiddin dilempar keluar dari UMNO semakin kuat terutama daripada akar umbi UMNO yang tidak dapat menerima hakikat, Timbalan Presiden UMNO sendiri bergabung dengan barisan pembangkang untuk menggulingkan Presiden parti.
Walaupun sudah beberapa kali Muhyiddin menyatakan bahawa Deklarasi yang diketuai oleh Mahathir, tidak bertujuan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya satu desakan agar Najib melepaskan jawatan, hakikatnya proses demokrasi di negara ini tidak akan berlaku sebagaimana yang dideklarasikan.
Ini adalah kerana Najib dipersetujui oleh keseluruhan Barisan Nasional untuk menjadi Pengerusi Barisan Nasional sekaligus Perdana Menteri Malaysia. Dan Najib juga mendapat mandat sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara, sekaligus menjadikan Deklarasi Anti-Najib adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Majlis Tertinggi UMNO sudah pasti akan berkumpul dan bermesyuarat lagi sekali untuk membuat keputusan membabitkan Mahyuddin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal.
Apakah gambar yang sedang viral sekarang merupakan satu persediaan kepada Mahyuddin yang akan berpaling daripada totok UMNO seperti yang diakuinya kepada sesuatu yang menguntungkan DAP-PKR.
Maknanya BN akan berkubur!!!
ReplyDeleteCredit to PM USD1 BIllion!!!
Tak kisahlah nak jalan dengan sesiapa pun asal kebatilan dapat diperbetulkan. Cai apa kira. Batil pun batil lah asal dapat dedak peduli apa dengan orang lain
ReplyDeleteBelum tentu berkubur. Sebaliknya UMNO dan BN bertambah kuat. Rakyat menyampah melihat TUN Mahadhir bersekongkul dengan DAP. DAP pula bersekongkul dengan Israel.
ReplyDeleteSokong DAP bermakna sokong Israel. Fikir dangan logik dan fakta bukan auta.
DSMY tak punyai aura sebagaimana DS Anwar. Kerosakan pasti akan berlaku tetapi tidak seteruk 1998. Namun itulah ujian buat UMNO untuk terus kekal berkuasa.
ReplyDelete