Peter Chong bagaimanapun tidak memohon maaf kepada polis yang telah banyak membuang masa dan tenaga kerja dalam usaha mengesan dan 'cuba menyelamatkannya' yang dilaporkan telah diculik.
Sebaliknya, dia hanya berterima kasih kepada PDRM kerana profesionalisme mereka mengendalikan kes orang hilang seperti yang dilaporkan oleh keluarganya.
Menurutnya, polis sangat membantu dan telah menolongnya sewaktu ketibaannya di KLIA di mana dia memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat.
"Polis turut memaklumkan kepulangan saya kepada keluarga saya. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok yang turut membantu. Perancangan untuk membawa saya pulang, turut dibantu oleh dua orang pegawai polis Thailand dari Pattaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dia turut mengesahkan maklumat yang dinyatakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh adalah tepat dan berdasarkan kepada kenyataannya.
"Perincian tentang saya ditahan tanpa kerelaan saya sebagai alasan, masih lagi menjadi sebahagian daripada siasatan polis," katanya.
"Perincian tentang saya ditahan tanpa kerelaan saya sebagai alasan, masih lagi menjadi sebahagian daripada siasatan polis," katanya.
Peter Chong turut mengakui, dia cuba membuat laporan polis di balai polis Pattay tetapi telah diberitahu agar membuat laporan di Hatyai, di mana sekali lagi dia mendakwa ditahan tanpa rela.
Chong juga berkata, dia cuba membuat aporan kepada Kedua Thailand di sini, dan mungkin ke Hatyai seandainya diperlukan.
"Pegawai-pegawai polis balai polis bandaraya Pattaya amat membantu dalam melancarkan perjalanan pulang saya. Mereka telah membantu menghubungi Kedutaan Malaysia dan keluarga saya. Saya sangat terhutang budi kepada mereka," kata Chong.
Chong turut menambah, dia akan memberikan sepenuh kerjasama kepada polis Malaysia dan Thailand bagi siasatan yang dijalankan.
Peter Chong sebelum ini mendakwa dia telah diculik di Hatyai ketika dia berada di sana untuk bertemu dengan penyalur maklumat berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh.
0 comments:
Post a Comment