Kerana Biadap dan Kurang Ajar, Kerajaan Didesak Tidak Benarkan Selebriti Singapura, NAJIP ALI Masuk dan Cari Makan di Negara Ini Selama-Lamanya

Tuesday, 4 April 2017

Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR) mahu kerajaan menghalang selebriti Singapura, Najip Ali masuk ke negara ini kerana mendakwanya menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presiden AKAR, Helme Hanafi berkata, penghinaan Najip Ali itu tidak boleh diterima apatah lagi beliau banyak ‘cari makan’ di negara ini.

“Saya mengikuti dengan dekat kemarahan rakyat Malaysia terutamanya penyokong kerajaan terhadap warga Singapura bernama Najip Ali.

“Menonton kembali program yang menjadi punya kemarahan tersebut, jelas wujud kesengajaan untuk menghina Perdana Menteri.

“Sama ada Najib atau sesiapa juga, hinaan terhadap PM Malaysia tidak boleh diterima sama sekali terutama dengan orang asing yang ‘cari makan’ dalam negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Najip Ali bersama rakan-rakannya di Singapura yang dikatakan menghina Najib dalam rancangan hiburan, Ok Chope di negara berkenaan.

Helme turut mencadangkan Kementerian Dalam Negeri menghalang Najip Ali dan rakan-rakannya dalam siri rancangan yang sama masuk ke Malaysia selama-lamanya.

“Panggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura dan mendesak republik tersebut mendakwa Najip Ali dan rakan-rakannya kerana menghina pemimpin negara jiran dalam siaran televisyen negara berkenaan,” katanya lagi.

Beliau turut mendesar Najip Ali 'menggantung diri' sebagai tanda penyesalan di atas tindakan yang telah dilakukan.

"Kami turut mendesak Najip Ali menggantung diri sebagai tanda penyesalan yang teramat kerana perbuatannya mengeruhkan hubungan rakyat dan pemimpin dua negara.," katanya.

Najip Ali yang pernah menjadi hos rancangan Asia Bagus itu kini menjadi juri Maharaja Lawak terbitan Astro di Malaysia.

Menerusi laman sosial, netizen turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Najip Ali dan meminta beliau menghormati Perdana Menteri Malaysia seperti mana Perdana Menteri Singapura dihormati oleh rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Kerana Biadap dan Kurang Ajar, Kerajaan Didesak Tidak Benarkan Selebriti Singapura, NAJIP ALI Masuk dan Cari Makan di Negara Ini Selama-Lamanya

Tuesday, 4 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks