Berita 'penemuan' tersebut kini tular di media-media sosial.
Bagaimanapun, 'penemuan' tersebut adalah palsu. Tular berita tersebut sengaja dicipta oleh seseorang untuk memperlekehkan gerakan mencari yang dilakukan oleh TLDM selain cuba mendapat perhatian.
Semalam TLDM mengesahkan seorang anggota KD Perantau yang dilihat kali terakhir di bilik rehat kapal tersebut sebelum hilang pada pukul 9:00 pagi, dipercayai jatuh ke dalam laut.
Ketika kejadia, kapal berkenaan dalam perjalanan pulang ke Pangkalan TLDM Lumut Perak selepas enam hari berada di Sabah.
Turut terlibat adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan kapal KM Tabah.
Kehilangan tersebut telah diumumkan oleh Markas Wilayah Laut 2 menerusi Navigation Telex (Navyex) untuk disiarkan kepada kapal-kapal. Maklumat turut disalurkan kepada Petronas East Logistic Command dan Persatuan Nelayan di perairan Bintulu dan Miri (Sarawak) bagi membantu pencarian.
0 comments:
Post a Comment