NEELOFA Bangga Tersenarai FORBES 30 UNDER 20 Asia 2017

Friday, 14 April 2017

Kejayaan terpilih sebagai antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 merupakan satu penghargaan yang tidak disangka-sangka pengacara popular, Neelofa.

Neelofa, 28, atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, dia sebenarnya terkejut dan teruja apabila dibe­ritahu terpilih untuk menyertai barisan individu yang menca­tatkan kejayaan membanggakan sehingga membuka mata Forbes.

Kata pengasas dan Pengarah NH Prima International Sdn. Bhd. itu, dengan pengalamannya yang masih hijau dalam bidang perniagaan, dia berasa bertuah dan berbangga dengan kejayaan mencatat satu pencapaian bermakna dalam hidupnya.

“Semestinya saya rasa berbangga, teruja dan pada masa sama terkejut. Saya selalu berpegang kepada kata-kata, tiada yang mustahil dalam hidup ini.

“Yang penting adalah kualiti dan komitmen kita dalam memberikan yang terbaik kepada pengguna. Saya sendiri sentiasa berusaha untuk menampilkan kelainan dalam setiap produk keluaran Naelofar Hijab.

“Syukur kepada Allah, dalam tiga tahun ini, Naelofar Hijab mene­rima pelbagai pengiktirafan. Kali ini, di peringkat antarabangsa. Saya hanya bermula secara kecil-kecilan. Akhirnya, berjaya membuka mata pelbagai pihak dalam dan luar negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Neelofa terpilih di bawah ka­tegori Runcit dan E-dagang menerusi senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 yang menampilkan 300 pereka muda, usahawan dan peneraju di bawah usia 30 tahun yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Semua individu termasuk Neelofa yang menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah di bawah jenama Naelofar Hijab menerima penghargaan yang dipilih para penilai yang merupakan tokoh terkemuka dalam bidang masing-masing.

Selain Runcit dan E-dagang, kategori lain termasuk Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media serta Pemasaran dan Pengiklanan.

Jelasnya, sebagai seorang selebriti yang memberi inspirasi khususnya kepada gene­rasi muda, dia berharap agar kejayaan yang diukir mampu memartabatkan perniagaannya ke peringkat le­bih tinggi.

“Saya selalu memasang impian yang besar. Mungkin kerjaya sebagai anak seni memberi satu kelebihan untuk saya namun usaha dan kecekalan dalam memberi yang terbaik kepada pengguna sentiasa menjadi matlamat utama,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

NEELOFA Bangga Tersenarai FORBES 30 UNDER 20 Asia 2017

Friday, 14 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks