ZURAIDAH KAMARUDDIN Pula Kata Dia Tak Kenal ADAM ROSLY

Sunday, 16 April 2017

Kesian Adam Rosly....

Setelah diberikan semangat, diberikan pembelaan, malah disokong dijulang, akhirnya dia bersendirian.

Ini adalah kerana, orang yang dikatakan paling rapat dengannya, Zuraidah Kamaruddin mengeluarkan kenyataan yang dia tidak pernah mengenali Adam Rosly sekalipun masa kecoh isu rumah besar dan kekayaan melampau luar biasa Adam Rosly, Zuraidah beriya-iya memberitahu, Adam Rosly kaya kerana hasil pusaka ayahnya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.

Zuraidah bagaimanapun, tidak dapat menghadirkan bukti untuk menyokong pembelaannya ke atas Adam Rosly.

Ahli Parlimen Ampang itu ketika menjawab dakwaan bahawa Adam Rosly adalah pegawai khasnya, menafikan tuduhan tersebut. Sebaliknya menurut Zuraidah, Adam Rosly tidak pernah dilantik menjadi Pegawai Khasnya mahupun Pegawai Khas kepada Menteri Besar,  Azmin Ali.

Sebelum itu, orang yang bertanggungjawab menyebabkan Adam Rosly diheret SPRM, Jamal Md Yunos bakal membuat laporan kepada SPRM agar siasatan ke atas Zuraidah Kamaruddin turut dijalankan.

Jamal berkata, kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Adam dalam tempoh hanya beberapa tahun mengetuai AMK Ampang, dikhuatiri mempunyai hubung kait dengan Zuraida. Menurut Jamal, Adam hanya baru beberapa tahun menjadi Ketua AMK dan dengan jawatan tersebut, dia telah terjebak dengan perkara sebegini. Jamal juga yakin, seandainya Adam didapati bersalah, ianya bukan salah Adam semata-mata, tetapi salah ini perlu dipertanggungjawabkan kepada pemimpin PKR yang lian.

Menurutnya lagi, anak muda seperti Adam akan terjebak dengan rasuah dan penyelewengan kuasa setelah melihat bosnya menerima rasuah, misalnya.

Adam Rosly sekarang ini sedang ditahan reman selama lima hari mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Zuraidah dalam reaksinya berhubung tahanan reman Adam Rosly cuba menimbulkan persepsi kononnya SPRM terpaksa menyambung reman kerana masih belum ada bukti terhadap Adam Rosly. Malahan turut mengalu-alukan siasatan SPRM ke atasnya.

"Saya tahu Zuraidah berada dalam keadaan gelabah sekarang. Untuk menyedapkan hatinya dan meyakinkan penyokong kononnya dia tidak terlibat, itulah caranya.

1 comment:

  1. Mak Lampir...she looks lika a hardcore boyan bitch.

    ReplyDelete

ZURAIDAH KAMARUDDIN Pula Kata Dia Tak Kenal ADAM ROSLY

Sunday, 16 April 2017 ·

1 comments:

Anonymous said...
17 April 2017 at 09:47  

Mak Lampir...she looks lika a hardcore boyan bitch.

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks