RAFIZI RAMLI Sudah Mula Main Kaut Nama SPRM Untuk Takutkan Hadi Awang dan PAS

Friday, 7 April 2017

Rafizi Ramli tahu, kebanyakan pemimpin PAS amat mudah dipengaruhi dan digertak. Sebagai bekas Setiausaha Agung dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi terlibat secara langsung dalam menggertak dan menakut-nakutkan PAS sehingga terhasil Tahaluf Siyasi PAS dengan PKR dan DAP. Malah Rafizi boleh berbangga kerana kejayaannya menarik Saifuddin Nasution ke dalam PKR walaupun Saifuddin pernah menang atas tiket PKR di Kelantan suatu masa dahulu.

Ahli Parlimen Pandan itu juga tahu, ahli-ahli PAS kebanyakan dan majoritinya masih sangat jijik dengan UMNO. Selagi boleh, kebanyakan ahli-ahli PAS enggan dikaitkan dengan UMNO dan para pemimpin UMNO secara langsung atau tidak langsung.

Apabila PAS memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP kerana PAN dan PPBM, kerugian yang paling besar sudah tentulah kepada PKR bahkan kepada Rafizi sendiri yang bertanding di Pandan dan mengharapkan undi-undi Melayu PAS untuk menang.

Sebagai Naib Presiden PKR, Rafizi pula terikat dengan DAP. Dia perlu mencipta seberapa banyak isu yang boleh memenangkan DAP walaupun ke atas PAS.

Apabila PAS diberikan amanah oleh Kerajaan Malaysia untuk membentangkan usul RUU355, Rafizi adalah antara yang paling lantang menyorak dan mengatakan PAS sedang ditipu oleh UMNO dan Najib Abdul Razak. Alasannya, usul-usul daripada pembangkang termasuklah PAS akan dikemudiankan memandangkan secara tradisinya, usul-usul kerajaan akan didahulukan dalam sidang Dewan Rakyat.

Namun semalam, sejarah tercipta. Usul RUU355 didahulukan atas PERMINTAAN KERAJAAN. Presiden PAS yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang, ditugaskan membaca usul tersebut.

Kegagalan menyorak dan dimalukan dengan keputusan Speaker akur dengan kehendak Kerajaan, membuatkan para pemimpin Pakatan terutama sekali Lim Kit Siang tidak berpuas hati dan cuba menggagalkan bacaan tersebut. Lim Kit Siang dibantu oleh Khalid Samad, Zuraidah Kamaruddin dan Mujahid Yusof selain Gobind Singh, Lee Boon Chye dan Kashturi Patto tetap gagal menghentikan bacaan usul berkenaan apabila Speaker dengan tegas mengeluarkan arahan akan menghalau mereka keluar dari Dewan seandainya mereka terus mempersoalkan dan melambat-lambatkan bacaan usul RUU355.

Demi menyelamatkan maruah Lim Kit Siang yang lari keluar semasa hujah sokongan dibuat oleh Takiyuddin, Rafizi Ramli perlu memikirkan sesuatu.

Apa yang dibawa oleh Husam Musa, dipanjangkan oleh Rafizi Ramli agar ahli-ahli PAS berasa tertekan dan kemudian hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, sekaligus akan mendesak Presiden PAS agar rasa bersalah kerana telah membentangkan RUU355, sekaligus akan berkompromi untuk kembali semula ke pangkuan DAP sebagai macai DAP dan PKR.

Bezanya Rafizi dengan Husam ialah, Husam tidak menyebut tentang SPRM, tetapi Rafizi tanpa rasa bersalah dan penuh yakin berkata, SPRM telah pun membuka kertas siasatan ke atas wang yang dipindahkan dari akaun Najib yang juga dipercayai wang 1MDB sekalipun tiada sebarang bukti daripada mana-mana badan yang telah menyiasat 1MDB menyatakan wang 1MDB telah dicuri, ke akaun salah seorang individu 'yang rapat dengan PAS'.

Jadi, Rafizi menyatakan, dia tidak perlu lagi membuat laporan SPRM kerana kertas siasatan telah pun dibuka. Dia cuma mahu menunjukkan bukti kepada orang ramai bagi membenarkan dakwaannya kerana itu akan memberikan mileage politik kepadanya dan DAP. (RUJUK SINI)

Maka timbullah persoalan, semenjak bila pula Rafizi mengambilalih tugas SPRM apabila mendahului siasatan dan keputusan?

Taktik murahan dengan menggunakan sensasi bagi mewujudkan keputusan 'BERSALAH' lebih awal sebelum siasatan, amat jelas cuba diaplikasikan oleh Rafizi Ramli walaupun pada masa yang sama, semua orang tahu, Rafizi Ramli adalah PEMBOHONG TERBESAR. Tidak ada satu saman fitnah pun yang dimenanginya setakat ini, semuanya berakhir dengan Rafizi Ramli kalah dan dia sedang berhadapan dengan hukuman penjara yang ditangguhkan dengan bantuan peguam-peguam yang mahir dalam bidang teknikal untuk melepaskannya daripada hukuman berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

RAFIZI RAMLI Sudah Mula Main Kaut Nama SPRM Untuk Takutkan Hadi Awang dan PAS

Friday, 7 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks