Kerajaan telah meminta Speaker Dewan Rakyat memberikan prioriti kepada usul yang dibawa oleh Presiden PAS berkenaan RUU355. Jadi, sebaik-baik sahaja nama Abdul Hadi Awang dipanggil oleh Speaker untuk membacakan usul tersebut, bermulalah gelagat BESAR KEPALA Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang. Usaha untuk melengah-lengahkan usul pun bermula, sekaligus cubaan DAP untuk menunjukkan betapa berkuasa dan kuatnya mereka menentang orang Islam dan undang-undang untuk orang Islam di negara ini walaupun undang-undang tersebut tidak kena mengena langsung dengan mereka.
Lim Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah bangun membacakan Peraturan Mesyuarat dan mendakwa rang undang-undang persendirian yang difailkannya sebelum itu telah ditolak oleh Speaker.
Lee Boon Chye, Ahli Parlimen PKR Gopeng turut serta memperkukuhkan penentangan Lim Kit Siang dengan mempersoalkan kewajaran usul Abdul Hadi Awang diberikan keutamaan berbanding usul pembangkang yang lain.
Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen DAP Puchong yang juga seorang peguam, cuba menggunakan kepakarannya sebagai seorang peguam di Dewan Rakyat dengan mempersoalkan perkara yang sama, sambil cuba menjadikan Speaker tertekan dan berasa bodoh. Tujuannya adalah supaya Abdul Hadi Awang dihalang daripada menghuraikan usul persendiriannya.
Barulah Kit Siang dan konco-konconya tutup mulut dan duduk diam-diam di kerusi masing-masing. Bimbang tidak dibenarkan mengundi menyebabkan punggung mereka melekat di kerusi. Dan sehingga sesi pembentangan itu tamat, mereka tidak akan ke mana-mana walaupun sebelum ini, muka mereka susah hendak dilihat di dalam Dewan samalah seperti kelibat mereka yang tidak kelihatan di kawasan yang mereka wakili.
Nilai ketamadunan akan hilang apabila akhlak buruk mengawal diri.
ReplyDelete