Di Ampang, ZURAIDAH KAMARUDDIN Berkuasa... Fahamkan Itu!

Saturday, 8 April 2017

Semalam, satu banner berunsur provokasi terhadap PAS telah dikesan dipasang di persimpangan lampu isyarat Jalan Lembah Jaya, Ampang. Banner berukuran 5' x 4' itu tertera tulisan, 'Ada Tok Lebai Nak Tawan Selangor, Kawasan Sendiri Pun Kalah Tersungkur' yang merujuk kepada kata-kata Azmin Ali terhadap Nik Abduh, Ahli Parlimen PAS Pasir Mas.

Adalah dipercayai, banner tersebut telah dipasang pada awal pagi dan jelas berbaur provokasi serta kebencian melampau terhadap Nik Abduh serta PAS. Kebencian dan provokasi tersebut diperlihatkan setelah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang membacakan usul RUU355 di Parlimen.

Bagaimanapun, pada sebelah tengah hari, banner tersebut telah 'hilang' dan dipercayai telah diturunkan oleh penyokong atau ahli-ahli PAS di kawasan terbabit.

Parlimen Ampang diwakili oleh Zuraidah Kamaruddin, bekas warganegara Singapura/Indonesia yang mendapat kepercayaan para pengundi Ampang untuk menjadi Ahli Parlimen. Parlimen ini mengandungi dua DUN iaitu DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Lembah Jaya

DUN Bukit Antarabangsa diwakili oleh Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Besar Selangor. Manakala DUN Lembah Jaya diwakili oleh Khasim Abdul Aziz. Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa dipegang oleh PKR manakala DUN Bukit Antarabangsa dipegang oleh PAS.

Suatu ketika, Zuraidah Kamaruddin merupakan 'rakan kongsi' paling rapat dengan Azmin Ali. Bagaimanapun, kerana beberapa perkara yang melibatkan pembahagian kontrak dan tender menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya, selain perebutan dan fraksi kuasa di dalam PKR, hubungan Azmin Ali dengan Zuraidah Kamaruddin menjadi renggang.

Zuraidah Kamaruddin lebih cenderung mengikut DAP. Apatah lagi DAP sudah pun menyatakan pada PRU akan datang, mereka akan meletakkan calon DAP di DUN Lembah Jaya. Manakala Azmin Ali pula masih lagi bersandar kepada PAS walaupun pada masa yang sama, Azmin Ali cuba untuk memperlihatkan dia lebih natural dan lebih waras.

Ini adalah kerana jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Azmin Ali sekarang adalah hasil daripada budi baik PAS. Apatah lagi setelah calon Menteri Besar dari PAS, Iskandar Abdul Samad menolak jawatan tersebut untuk menjaga hati Azmin Ali dan PKR yang sudah kehilangan majoriti selain pada masa itu, menghormati tahaluf siyasi dengan DAP. Walaupun pada mulanya, PAS tidak bersetuju dan menentang pemecatan serta penyingkiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam Langkah Kajang yang diatur oleh Rafizi Ramli, tetapi akhirnya PAS terpaksa akur setelah menerima tekanan kuat daripada DAP. Pun begitu, calon Menteri Besar Selangor yang dicadangkan oleh DAP iaitu Wan Azizah Wan Ismail tidak dipersetujui oleh PAS. PAS lebih memilih Azmin Ali.

Disebabkan itulah, Azmin Ali terhutang budi dengan PAS Selangor dan PAS Pusat.

Bagaimanapun, apabila Nik Abduh 'mengusik' mengatakan PAS akan menawan Selangor pada PRU akan datang, Azmin Ali melatah dan segera melabelkan Nik Abduh sebagai LEBAI. Sebagai Menteri Besar Selangor apatah lagi selaku Timbalan Presiden PKR, sudah tentulah Azmin Ali berasa sangat-sangat tercabar lantas mengeluarkan kenyataan yang menjadi tajuk kepada banner yang digantung di persimpangan lampu isyarat Lembah Jaya itu.

Azmin Ali kemudiannya cuba 'membetulkan' semula kenyataan provokasinya apabila dia bersungguh-sungguh memujuk dan mengajak PAS kembali menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan disertai oleh PKR, PAN dan Pribumi Bersatu.

Bagaimanapun, di Parlimen, ketika bacaan usul RUU355, Azmin Ali tidak terlibat. Orang yang paling lantang menentang bersama-sama Lim Kit Siang adalah Zuraidah Kamaruddin.

Taktik sebegini pernah dimainkan pada PRU lepas apabila Zuraidah menuding jari kepada Azmin Ali setelah tender dan kontrak pembersihan sampah serta sisa pepejal di bawah MPAJ didedahkan oleh media sosial. Sekarang pun, Azmin Ali bersendirian dan tidak begitu mempercayai rakan-rakannya dalam PKR.

Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin juga merupakan antara orang yang mendedahkan tentang rasuah serta habuan seks yang berlaku dalam pentadbiran Azmin Ali. Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada SPRM setelah diperintahkan oleh partinya. (RUJUK SINI)

Walaupun banner tersebut jelas memprovokasi PAS pada ketika DAP menginginkan kerusi DUN Lembah Jaya tetapi dengan wajah dan kenyataan Azmin Ali digunakan, ia membawa maksud, golongan penyembah DAP dari kalangan pemimpin PKR mahu Azmin Ali dipersalahkan sekiranya ahli-ahli PAS Ampang bangkit 'memberontak'.

Siapa yang mengaut keuntungan besar dalam isu ini?

Rasa-rasanya ramai yang boleh tangkap....

Siapa yang menjad dalang kepada modus operandi yang telah dibuat berkali-kali di Ampang ini?

Itu juga bukan rahsia walaupun Ahli Parlimen Ampang cuba berlagak naif dengan wajah tololnya!

1 comment:

  1. Azmin dan Zuraidah belum tentu selamat di kerusi masing2 pd pru akan datang.

    ReplyDelete

Di Ampang, ZURAIDAH KAMARUDDIN Berkuasa... Fahamkan Itu!

Saturday, 8 April 2017 ·

1 comments:

Anonymous said...
8 April 2017 at 16:34  

Azmin dan Zuraidah belum tentu selamat di kerusi masing2 pd pru akan datang.

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks