Adam, 29, telah dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi untuk permohonan melanjutkan reman.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan itu bagi membolehkan Adam ditahan sehingga 22 April.
Adam sebelum ini telah ditahan ketika dia tampil di Ibu Pejabat SPRM untuk merakamkan keterangannya pada minggu lepas.
Kes membabitkan Adam Rosly disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Kekayaan Adam Rosly mulai terdedah apabila Jamal Md. Yunos membuat kecoh dengan gambar dari udara dan lawatan ke pintu pagar rumahnya sekaligus turut mendedahkan, Adam Rosly membuat sambungan elektrik haram ke rumah agamnya.
Kekayaan Adam Rosly mulai terdedah apabila Jamal Md. Yunos membuat kecoh dengan gambar dari udara dan lawatan ke pintu pagar rumahnya sekaligus turut mendedahkan, Adam Rosly membuat sambungan elektrik haram ke rumah agamnya.
Beberapa pihak termasuklah Zuraidah Kamaruddin yang sekarang ini mengatakan tidak kenal Adam Rosly, tampil membela Adam Rosly pada waktu itu dengan memberitahu kononnya, kekayaan Adam Rosly adalah daripada hasil pusaka dan perniagaannya.
Bagaimanapun, beberapa pihak yang mengenali Adam Rosly menyangkal pembelaan tersebut malah menimbulkan persoalan bagaimana seorang pemuda yang masa kecilnya di kawasan setinggan dan kemudian berpindah tinggal bersama neneknya di rumah PPRT, dalam masa yang singkat memperolehi kekayaan luar biasa, terutama selepas dia bergiat aktif dalam AMK.
0 comments:
Post a Comment