Satu kejadian langgar lari pada jam 1:20 tengah hari, seorang mangsa yang berusia 58 tahun terpelanting sejauh lapan meter akibat dilanggar motosikal yang ditunggang laju dan enggan berhenti pada lampu merah di Jalan Burmah, Pulau Pinang.
Wanita berkenaan dilanggar ketika menggunakan laluan pejalan kaki.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki serta cedera pada bahagian kepala.
Penunggang motosikal tersebut bagaimanapun tidak terselamat apabila polis telah pun mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaannya. Usaha-usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai langgar lari.
UPDATE:
Mangsa langgar lari, Foo Swee Wah yang patah kaki dan cedera pada bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia pada jam 8:45 malam tadi selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan terbabit.
Polis memberi amaran kepada suspek kes agar segera menyerah diri sebelum tindakan lebih tegas diambil.
"Kita sudah mengenalpasti nombor pendaftaran dan pemilik motosikal yang ditunggang suspek. Sehingga kini suspek belum menyerah diri dan polis dalam usaha mengesan penunggang terbabit yang dipercayai masih berada di negeri ini," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridaltrash Wahid.
0 comments:
Post a Comment