Azira Aziz dikatakan melontarkan pandangan tersebut melalui akaun Twitternya, @ladymissazira, pada 9 April lepas, menegaskan bahawa Masjid atau surau yang berada di dalam kedudukan 50 m dari kawasan perumahan, sepatutnya disyaratkan untuk meminta kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan 5 kali dalam sehari.
Beliau berbuat demikian sebagai respons kepada berita Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan.
Selain daripada itu Azira juga melontarkan dakwaan bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat.
Masalah fundamentalisme yang melanda Malaysia pada ketika ini, ditegaskan oleh Azira sebagai berpunca dari budaya Arab yang diimport ini.
Aktivis yang dikatakan pernah bekerja dengan Adun Subang DAP, YB Hannah Yeoh juga menuduh kononnya orang Islam Malaysia terikut-ikut dengan budaya Arab yang antara lain dipengaruhi oleh graduan Ustaz dan Ustazah universiti-universiti Arab.
Menurutnya, Malaysia akan lebih aman jika penghantaran dan kemasukan tenaga pengajar Islam dari rantau tanah Arab dihadkan sejak dahulu lagi. Comments
SUMBER
Memalukan umat Islam.
ReplyDelete