Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp, Debra Soon dan Najip telah membuat satu kenyataan bersama yang kemudiannya disiarkan di laman sesawang rasmi stesen tersebut dan mengakui program yang disiarkan pada minggu lepas adalah 'bersifat menyerang dan memalukan.'
Channel 5 merupakan salah satu rangkaian televisyen di dalam kumpulan Mediacorp.
"Channel 5 dan pasukan produksi OK Chope! memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kerana segmen yang disiarkan pada minggu lepas," kata Soon.
"Kami telah menarik balik siaran ulangannya serta merta. Kami memohon maaf kerana kesilapan ini."
Dalam program tersebut, Najip mengacarakan segmen di mana para penonton dipelawa untuk melengkapkan ayat, "Najib dikecam... kerana mengancam kemajuan Malaysia (Najib slams... for threatening Malaysia's progress)" dan mendapat reaksi pelbagai, termasuklah kecaman.

Najip merupakan salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 yang disiarkan oleh ASTRO.
Di dalam kenyataan bersama itu, dia turut mengakui ketidakpekaan dan kegopohannya semasa segmen tersebut berlangsung.
"Saya secara peribadi memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Saya memohon maaf kepadanya dan juga kepada para penonton dan rakan-rakan," katanya.
Persatuan Artis-Artis Malaysia (SENIMAN) semalam, menuntut permohonan maaf daripada Channel 5 dan Najip Ali selain mengancam akan membuat laporan polis sekiranya mereka enggan berbuat begitu.
0 comments:
Post a Comment