Dilaporkan SPRM sedang meneliti maklumat baru yang diterima berhubung dakwaan salahlaku seorang bekas menteri yang dikaitkan dengan pembelian sebuah hartanah oleh anak syarikat MARA Incorporated di Melbourne, Australia.
Siasatan kes tersebut yagn dijalankan sebelum ini, akan disambung semula ekoran bukti dan maklumat yang telah diperolehi. Menurut Timalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam baki, pihaknya akan memanggil lebih ramai saksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan tersebut dalam masa terdekat.
Keterangan tidak sahaja diambil daripada saksi-saksi dalam negara tetapi juga dari luar negara. Dato Azam turut tidak menolak tangkapan akan dibuat ke atas mereka yang terlibat sekiranya perlu dalam jangka terdekat.
Ismail Sabri menggantikan Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah pada awal November 2015.
Ketika kemuncak pendedahan skandal berkenaan, Shafie Apdal mempertahankan pembelian hartanah tersebut oleh MARA Inc sebagai sesuatu yang menguntungkan. (BACA DI SINI)
0 comments:
Post a Comment