Pengerusi Yayasan Al-Abrar Sifatkan Tuduhan Rafizi Ramli Sebagai Fitnah Besar dan Rafizi Wajib Bertaubat

Wednesday, 3 May 2017 | 0 comments

Yayasan Al-Abrar yang menganjurkan majlis zikir “Malaysia Berselawat” pada 2013 menafikan dakwaan Rafizi Ramli mereka pernah menerima RM5 juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusinya, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah menyifatkan tuduhan naib presiden PKR itu fitnah besar dan beliau wajib bertaubat.

“Tidak ada, tidak ada terima duit dari Najib. Itu (tuduhannya) suatu pembohongan. Dia (Rafizi) sepatutnya kena siasat betul-betul mana-mana maklumat yang dia dapat.

“Kalau kata ada terima wang RM5 juta, mesti ada akaun transaksi semuanya. Dia boleh semak.

“Apa yang Rafizi lakukan ini adalah fitnah. Dia menjawablah di depan Allah, saya malas hendak panjangkan isu,” katanya kepada FMT hari ini.

Tengah hari tadi, Rafizi dalam sebuah sidang media menamakan 3 pihak menerima wang berkaitan 1MDB daripada akaun peribadi Najib.

Selain Yayasan Al-Abrar, Rafizi turut menamakan Datuk Amhari Effendi Nazaruddin – penasihat kanan di Jabatan Perdana Menteri menerima RM2 juta dan tidak ketinggalan Najib sendiri.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa 2 transaksi berjumlah RM3.28 juta dibelanjakan dalam hari sama di sebuah kedai barang kemas mewah di Itali, dengan menggunakan kad kredit di bawah akaun peribadi Najib.

Dalam pada itu, Mehdar berkata, beliau mendapat sokongan kewangan daripada beberapa rakan karibnya untuk menjayakan majlis zikir “Malaysia Bersalawat” pada 7 Disember 2013.

“Duit itu hasil daripada sumbangan rakan-rakan saya seperti Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Itu juga wang yang saya kumpul. Kita kumpul dan tidak ambil 1 sen dari Najib.”

Ini adalah dakwaan ke-2 dibuat Rafizi, hampir sebulan selepas beliau menamakan bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang berkaitan 1MDB menerusi peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun.

Nasharuddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Rafizi berjanji akan meneruskan pendedahan lebih ramai pihak yang menerima wang didakwa daripada dana 1MDB.

Pada 2015, dokumen siasatan SPRM yang dipetik The Wall Street Journal mendedahkan sejumlah RM2.6 bilion mengalir masuk daripada akaun dan entiti berkait 1MDB ke akaun peribadi milik Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun berkata, wang tersebut merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi kepada Umno untuk kempen pilihan raya umum tahun itu.

RAFIZI RAMLI Akan Naik Turun Mahkamah Syariah Setiap Negeri

Satu laporan polis akan dibuat terhadap Rafizi Ramli menurut Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana menfitnah hakim-hakim Mahkamah Syariah semasa sidang Parlimen olok-olok yang melibatkannya. Laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, Presint 7, Putrajaya pada jam 9:00 pagi, 4 Mei 2017.

Pada 26 April lalu, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) menerusi satu kenyataan memberitahu, kenyataan Rafizi bahawa hakim-hakim Mahkamah Syariah lebih banyak makan rasuah berbanding hakim-hakim mahkamah sivil, merupakan satu penghinaan besar kepada institusi perundangan syariah. 

Kenyataan tidak bertanggungjawab Rafizi itu juga telah menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakat di Malaysia terhadap mahkamah syariah. Tambahan pula DAP dan PKR menyerang institusi perundangan syariah secara aktif terutama dalam isu-isu yang membabitkan murtad dan penukaran agama Islam untuk kalangan anak-anak yang salah seorang ibu bapa mereka memeluk Islam. 

PPSM bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia telah membuat aduan kepada Ketua Penguatkuasa Agama (KPPA) Wilayah Persekutuan berhubung kenyataan Rafizi Ramli. 

Seandainya setiap pegawai-pegawai syariah di setiap negeri membuat aduan kepada Penguatkuasa Agama Negeri masing-masing, Rafizi sangat berpotensi untuk naik turun Mahkamah Syariah dari satu negeri ke satu negeri di seluruh Malaysia.

SELANGOR MAKIN KECOH!!! Elizabeth Wong Pula Tampil Nafi 4 ADUN PKR Selangor Akan Lompat Parti

Tidak betul Selangor akan mengadakan pilihanraya negeri!

Itu yang dikatakan oleh salah seorang Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong dalam satu sidang media yang diadakan hari ini. 

Menurut Elizabeth Wong, khabar-khabar angin tentang pilihanraya negeri yang lebih awal diadakan, tertolak walaupun berkemungkinan besar PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

"Kemungkinan itu tidak akan berlaku. Selangor adalah negeri yang paling stabil di Malaysia," kata Elizabeth Wong lagi. 

ADUN Bukit Lanjan itu juga berkata, PKR dan komponen Pakatan Harapan sudah bersiap sedia untuk sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Syura PAS berhubung kerjasama politik parti itu dengan PKR. 

"Kami sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan dan keadaan. Perkara paling penting sekali ialah, kami sentiasa membuka pintu untuk sebarang pakatan. Ini adalah untuk semua parti. Kami sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti menyertai Pakatan Harapan," katanya sambil menambah, mereka tidak seharusnya lari daripada matlamat asal iaitu menjatuhkan Barisan Nasional daripada Putrajaya.

Elizabeth turut menolak dakwaan yang dibuat oleh beberapa buah blog tentang beberapa orang ADUN PKR yang sedang merancang untuk lompat parti di Selangor. 

"Perkara seperti itu tidak akan berlaku. Kami semua sedang bekerja seperti biasa. Tidak benar, 4 orang ADUN dari PKR akan lompat parti," tegasnya.

RESTORAN MAKANAN KOREA di Pavilion Salahkan Imigresen Sebab Buat Operasi Tahan Pekerja Asing Haram Mereka

Tuesday, 2 May 2017 | 1 comments

Pada 28 April lalu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Sri Mustafar Ali sendiri mengetuai operasi penguatkuasaan dan menangani pekerja asing di sebuah restoran makanan Korea, Kyochon di Pavillion, Kuala Lumpur.

Hasilnya 28 orang pekerja warga asing dan seorang penyelia warga tempatan berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Syaikat Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Warganegara Malaysia yang bekerja di premis tersebut ditahan kerana melindungi pekerja warga asing. Manakala kesemua warga asing yang ditahan terdiri daripada 12 orang warga Bangladesh, 8 orang warga Filipina, 3 orang warga Myanmar, 2 orang warga Indonesia, 2 orang warga Nepal dan seoang warga Pakistan dengan pelbagai kesalahaan seperti gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta tamat tempoh.

Pemilik restoran tersebut kemudiannya mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook rasmi restoran tersebut di Malaysia dengan menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kerana menahan pekerja-pekerja asing mereka. Antara tuduhan yang dilemparkan menerusi Facebook rasmi restoran berkenaan ialah, pihak berkuasa telah melayan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas para pekerja mereka. Turut didakwa ialah, kesemua pekerja tersebut adalah sah, mempunyai permit kerja dan tidak seharusnya dilayan seperti penjenayah. (RUJUK SINI)

Pembohongan yang dilakukan oleh pemilik Restoran Kyochon itu dibidas oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Seri Mustafar Ali kerana gambaran situasi yang dipaparkan oleh pemilik restoran tersebut, langsung tidak berasas sebaliknya terlalu mementingkan diri sendiri tanpa sedikit pun hormat serta mematuhi undang-undang negara.

Pihak berkuasa tidak seharusnya dipersalahkan kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan. Sebaliknya pemilik restoran tersebut harus bersikap lebih matang dan sedar, yang mereka telah melakukan kesalahan dan sedia menerima akibat.

Restoran Kyochon cuba menyalahkan pihak berkuasa atas kesalahan meeka sendiri yang mengakibatkan pengunjung restoran mereka berhadapan dengan kesukaran. Dalam operasi yang dijalankan di pusat beli belah Pavilion itu, pihak pengurusan dan keselamatan mereka sendiri telah memperingatkan penyewa-penyewa premis supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan.

KENALI BARISAN KEPIMPINAN PAS PUSAT SESI 2017-2019

Oleh: Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Muktamar PAS Pusat kali ke-63 telah melabuhkan tirainya dengan perwakilan daripada seluruh negara telah memilih kepimpinan PAS bagi sesi 2017-2019. Muktamar yang mendapat liputan luas media ini berlangsung dalam suasana penuh bersemangat dan paling ramai dihadiri oleh para pemerhati. Muktamar ini juga mendapat sorotan meluas kerana perwakilan memilih kepimpinan PAS untuk sesi 2017-2019. PAS dilabel sebagai parti lebai kampungan dan kami tidak pernah berkecil hati dengan gelaran tersebut malah merasa bangga menggalang gelaran "lebai " kerana kelompok inilah yang paling merakyat dalam hirarki sosial orang Melayu.

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia  ialah satu-satunya anak almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terlibat secara aktif dalam PAS diperingkat nasional. "Anak butir"  tok guru ini mendapat pendidikan tinggi di Deoband India, seterusnya ke Universiti al Azhar Mesir. Beliau terlibat secara aktif sejak pulang ke tanahair dengan pemuda PAS di Pengkalan Chepa dan juga Dewan Pemuda PAS Kelantan. Penulis prolifik ini juga menggerakkan institusi pendidikan Islam seperti Maahad Tahfiz Nikmatillah Kelantan dan Maahad an Nur Terengganu.

Dr Fadzli Hassan bekas pensyarah UIAM lahir daripada rahim tarbiah PAS semenjak remaja dan mendapat doktorat daripada Universiti Birmingham United Kingdom dalam bidang undang-undang Perlembagaan. Dr Khairuddin at-Takiri pula bekas pensyarah UKM yang mendapat ijazah MA daripada Universiti Jordan serta mempunyai doktorat daripada UKM.

Dr Zuhdi Marzuki mantan Timbalan Presiden GAMIS, tokoh muda radikal di zaman kampus yang menjadi dalang bantahan konsert Sheila Majid. Beliau pelajar pintar yang diasuh semenjak remaja sebagai pimpinan PAS. Mendapat doktorat daripada Universiti of Wales, UK. Dr Ahmadfakhruddin Fakhrurazi, Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah pula merupakan anak kepada tokoh ilmuwan Kedah. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang daripada UKM,  dan MA dalam Undang-Undang Perbandingan di UIAM. Manakala,  mantan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah ini berdoktorat Pengajian Islam di UKM. Haji Razman Zakaria, bekas Pengarah Kastam mempunyai MA dalam bidang pentadbiran Awam daripada UM.

Ustaz Solehen Mukhyi, mantan Exco kerajaan Selangor adalah tokoh gerakan mahasiswa di zaman mudanya. Bergraduan daripada UKM, seterusnya ke kampus Jordan dan UM. Ustaz Dato' Nasaruddin Daud mencicip ilmu di Universiti al Azhar merupakan Exco Kerajaan Kelantan. Tokoh agama ini juga adalah pemimpin pemuda di zamannya.

Dr Rosni Adam pengamal perubatan muslimah bergraduan daripada Universiti Malaya. Anak Johor ini mantan aktivitis pelajar di zaman kampus seterusnya terjun aktif bersama Dewan Muslimat. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia. Dr Halimah Ali dilahirkan di Marudi Sarawak, mantan Ketua Urusan Muslimat Persatuan Mahasiswa Islam Tasmania,  mendapat pendidikan di Elizabeth Matriculation College, Hobart Tasmania, seterusnya memperolehi Ijazah Perubatan daripada Universiti Tasmania. Mantan Exco Selangor yang juga kini ADUN Selat Klang ini juga mempunyai Diploma Tasawwur Islam ILHAM.

Ustaz Mokhtar Dup Senik mendapat pendidikan tinggi di Universiti Pakistan dan juga di Makkah. Beliau juga merupakan pengasas kepada Kompleks  Pendidikan An Nur di Kuantan, Pahang. Muhtar Suhaili As-Sarawaki merupakan anak Sarawak yang bertugas sebagai Jurutera Kanan di sebuah Syarikat Minyak dan Gas Antarabangsa dan berpengalaman bertugas di beberapa tempat dalam dan luar negara. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatroniks dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana Master Teknologi Petroleum dari Curtin University Australia.

Ustaz Misbah Munir Masduki, mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga aktivis Yayasan Amal Malaysia merupakan lulusan Universiti Malaya untuk Ijazah Pertama. Mendapat MA (Sains Politik) daripada UKM. Calon PhD ini juga ialah Mudir Pusat Dakwah Serantau yang aktif mencetak kader-kader dakwah. Dr Azman Ibrahim,  anak muda kelahiran Besut Terengganu pula mendapat pendidikan di Matrikulasi Universiti Malaya. Mendapat Ijazah Pergigian di Universiti Baghdad Iraq, seterusnya berkhidmat dengan Hospital kerajaan sebelum mempunyai Kliniknya sendiri di Kubang Kerian Kelantan.

Dr Najihatussalehah Ahmad, merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat yang aktif. Beliau bergraduat daripada Universiti Malaya dalam bidang Perubatan dan aktif dengan gerakan Mahasiswa Islam semenjak di alam kampus. Kamaruzaman Mohamad,mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ialah penggerak utama bantahan awam di negara ini. Beliau memiliki ijazah Sains Pendidikan daripada kampus UPM serta Ijazah Sarjana daripada Universiti yang sama dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat. Usahawan berjaya ini juga adalah calon PhD di sebuah universiti tempatan.

Ustaz Abdullah Hussin, ahli legislatif daripada Johor ini merupakan tokoh pendidikan Islam di negeri tembuni UMNO ditanam. Mendapat pendidikan di Universiti al Azhar Mesir, pulang ke tanahair menjadi pengasas pusat pendidikan Islam.

Naib-Naib Presiden pula mempunyai latarbelakang pendidikan yang piawai serta penglibatan sosiopolitik yang mapan semenjak remaja. Ustaz Idris Ahmad bekas pensyarah UITM, calon doktorat universiti tempatan dan johan Pidato kebangsaan semasa belajar di KIK. Beliau memimpin pelajar di UKM di zaman kampus.

Dato Nik Amar Nik Abdullah, bekas Ketua Pelajar Maahad Muhammadi Kelantan. Anak tokoh PAS, Ustaz Nik Abdullah Arshad, beliau mempunyai M(Phil) daripada Universiti Birmingham UK. Nik Amar adalah mantan pensyarah UIAM. Dato' Iskandar A Samad adalah alumni MCKK serta belajar dalam bidang senibina daripada Universiti Humberside UK. Exco kerajaan Selangor ini terasuh cermat dengan sistem tajnid PAS.

Timbalan Presiden pula adalah mantan pensyarah kanan UITM. Beliau mendapat MA Dakwah daripada UKM, sebelum menyambung ijazah PhD dipanggil bertanding di DUN Jengka. Dato Tuan Ibrahim menjadi ADUN Jengka pada tahun 1999 sehingga 2004.

Ayah Chik Tuan Guru Presiden ialah ilmuan yang diiktiraf dunia Islam yang telah mengarang hampir 100 buah buku. Naib Ketua Kesatuan ulama Dunia ini memperolehi kesarjanaan daripada Asia Barat, Madinah dan Mesir. Dr Shamsuri Mokhtar setiausaha politik Presiden ialah pakar aero angkasa Malaysia mendapat doktorat daripada Universiti Leeds UK.

Kabinet kepimpinan baru PAS Pusat yang dipilih oleh perwakilan di Kompleks PAS Kedah ini adalah gambaran masa depan PAS, mereka akan merencanakan rentak dan orientasi perjuangan Islam dengan dipandu oleh Majlis Syura Ulama. PAS adalah pemain utama politik negara ini dengan menelusi sejarah panjang 66 tahun meredah belantara perjuangan. Berdepan dengan kelompok sekular pragmatis, kelompok sosialis, liberal demokrat dan juga pembenci-pembenci yang tidak akan berhenti menghadang perjalanan panjang ini. Ayuh mara mencapai cita, sejahtera bersama Islam!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, pendakwah dan Perunding Motivasi)

'Kematian' Ketua IS Malaysia Di Syria, Polis Malaysia Tidak Terima Bulat-Bulat Status Isterinya, Nor Mahmudah Ahmad

Ketua Militan IS Malaysia yang berada di Syria Muhammad Wanndy Mohamed Jedi dikatakan menjadi sasaran serangan dron baru-baru ini dan polis sedang bekerjasama dengan rakan setugas antarabangsa mereka untuk memastikan nasib sebenar Wanndy. 

"Terdapat serangan ke atasnya menggunakan dron di Syria dan kami sedang cuba untuk mendapatkan pengesahan," kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun. 

Wanndy yang menggunakan nama Abu Hamzah Al-Fateh meupakan antara pengganas IS (Daulah Islamiyyah) yang dikatakan tebunuh dalam seangan di Ma'dan baru-bau ini. 

Berita kematian Wanndy telah diisytiharkan oleh isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, 28, pada hari Sabtu menerusi status di Facebook. 

Nor Mahmudah Ahmad bersama-sama Wanndy telah memasuki Syria pada Januari 2014, telah memuat naik status yang berbunyi:

"Wahai pejuang kekasihnya, akhirnya masa untuk kamu pergi telah tiba,
Aku akan berada di sini dan mengambilalih tanggungjawab yang kau tinggalkan,
Walaupun hatiku tidak sekuat seperti yang aku harapkan, aku menerimanya sebagai takdir."

Menurut Datuk Seri Mohamad Fuzi, status kematian Wanndy seperti yang tersirat dalam tulisan Nor Mahmudah besar kemungkinan hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian. Polis sedang menyiasat sama ada coretan 'pemergian' suaminya oleh Nor Mahmudah Ahmad, 28, Sabtu lalu benar atau hanya helah Muhammad Wanndy.

"Jangan bimbang, kami ada cara untuk menyemak hal ini," katanya.

Adalah dilaporkan, Rabu lalu, Wanndy memuatnaik status di media sosial berkaitan semakin dekatnya dia dengan kematian. Dia menceritakan bagaimana dia dan rakannya telah ditembak selepas kereta yang mereka naiki memasuki kawasan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) minggu lepas. 

Wanndy mendapat perhatian apabila dia dan rakan militannya yang berasal dari Malaysia, dikenali sebagai Mohd Faris Anuar, dilihat di dalam video propaganda IS pada 2015, di mana seorang lelaki Syria dipenggal kepalanya. 

Wanndy juga dikenali sebagai pakar perekrut pensimpati dari Asia, membuat perhubungan dengan beberapa kumpulan di seluruh Asia Tenggara. 

Dilaporkan dengan keseluruhannya menggunakan aplikasi mesej Telegram, Wanndy kekal berhubung dengan ketua-ketua kumpulan dan mengeluarkan arahan membabitkan kaedah-kaedah untuk merekrut lebih ramai pensimpati. 

Dia juga dikatakan telah mengatur dari Syria dan menjadi dalang kepada serangan pertama IS ke atas sebuah kelab malam di Puchong, June tahun lalu. Empat bulan sebelum kejadian serangan, dia menerusi video membuat ancaman untuk melakukan serangan yang sama di Kuala Lumpur. 

Wanndy didakwa telah memberikan arahan kepada suspek-suspek yang sedang ditahan untuk melakukan serangan bom tangan yang dibekalkannya. Lapan orang cedera dalam serangan tesebut. 

Pada Mac, Wanndy telah diklasifikaskan sebagai sasaran berprofil tinggi oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dunia, apabila dia disenaraikan sebagai orang yang paling dikehendaki. 

Wanndy, berasal dari Durian Tunggal, Melaka, manakala Nor Mahmudah dari Perai, Pulau Pinang, mempunyai dua orang anak perempuan yang dilahirkan di Syria.

POLIS MARIN Tawau Dan Semporna Tahan Bot Penyeludup Yang Baru Tiba Dari Sitangkai, Filipina

Monday, 1 May 2017 | 0 comments

Pasukan Keselamatan Yang diterajui oleh Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menahan 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika cuba memasuki perairan negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.

Komander ESSCOM DCP Dato' Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata mereka yang berumur 34 - 55 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Polis Marin yang sedang membuat rondaan tugas khas (ops gelora) di perairan laut pulau Kulapuan, Semporna, kelmarin.

Beliau berkata, ketika kejadian sepasukan anngota pasukan polis marin yang sedang melakukan rondaan terserempak dan menahan sebuah bot warna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati 3 orang temasuk juragan bot tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi penumpang memiliki kad IMM.13."

"Siasatan lanjut mendapati mereka mengakui baru tiba daripada Sitangkai, Filipina, katanya dalam satu kenyataan dekat sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin dan kes akan disiasat mengikut Akta Anti- Pemerdagangan Orang dan Anti- Penyeludupan Migran 2007.

"Turut dirampas sebuah bot, 1 unit enjin sangkut 15 hp dan beberapa keping mata wang peso, kesemua rampasan bernilai RM 8,550.00", katanya.

Sementara itu, dalam satu operasi berasingan di Tawau, pasukan polis marin Tawau telah merampas 95,040 kotak BL Cream bernilai melebihi RM 285,120.00 yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran Indonesia di kawasan tebing kuala sungai kinabutan, Tawau pada jumaat.

Beliau berkata sepasukan anggota polis marin yang sedang melakukan Ops Tango Khas telah terserempak dan memeriksa sebuah lori Hino Toyoace  nombor pendaftaran ST 9985 di kawasan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan anggota keselamatan telah menjumpai sebuah kotak yang dibalut dengan karung warna putih".

"Pemeriksan lanjut mendapati bungkusan berkenaan mengandungi 95,040 kotak BL Cream yang tidak mempunyai sebarang dokumen atau lesen kebenaran daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia dan disyaki cuba diseludup ke negara jiran Indonesia".

" Semua barang rampasan telah dibawa ke pangkalan polis marin Tawau untuk siasatan dan Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 ".

" Turut dirampas sebuah Lori Hino Toyoace bernilai lebih RM 40,000.00", katanya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Polis Marin Tawau dan Semporna atas kejayaan mengekang beberapa percubaan menyeludup pendatang asing tanpa izin dan barang-barang kosmetik yang tidak dibayar cukai yang menyebabkan kerajaan kerugian beribu-ribu ringgit.

"Saya meminta kepada orang ramai agar melaporkan kepada ESSCOM sekiranya melihat sebarang aktiviti yang mencurigakan dan melanggar undang-undang negara temasuk penyeludupan dan pemerdagangan orang kepada pusat operasi ESSCOM ditalian 089-863181 untuk tindakan selanjutnya", katanya.

SINDIKET PEMALSUAN MYKAD Beroperasi Dengan Kaedah MLM

Ketika isu MyKad kembali timbul dengan mengaitkan Shafie Apdal, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah dan Dr. Mahathir (RUJUK SINI dan SINI), isu yang sama turut hangat di Semenanjung. Bagaimanapun, di Semenanjung, isu berkenaan lebih terarah kepada sindiket yang mengaut keuntungan. 

Seorang bekas agen mengakui, pemalsuan MyKad dan kerakyatan Malaysia berjalan rancak kerana ia beroperasi dengan kaedah sistem MLM (multi level marketing).

'Bekas agen' berusia 25 tahun dari Kulai, Johor, yang enggan namanya disebut berkata, rangkaian tersebut berada di seluruh negara 

"Sistem pemalsuan berfungsi sama seperti MLM. Saya lantik empat orang sub-agen atau downliners dan saya akan menikmati insentif wang tunai berdasarkan kes-kes yang dirujuk oleh pasukan saya kepada 'dalang'," katanya kepada The Star. (RUJUK SINI)

Sebuah NGO berjaya memperolehi nombor bekas agen itu daripada Ibrahim Hanafia, seorang lagi agen yang berusia 70 tahun. Bekas agen tersebut mendakwa, dia telah membuat laporan polis pada 28 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai. 

Presiden Kebajikan dan Sosial, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, Ibrahim telah menamakan bberapa orang bekas agen yang lebih muda. Dia turut mendakwa, dia mengetahui tentang dua MyKad yang telah diserahkan kepada pendatang asing. 

Menurut Ibrahim, ,dia sanggup bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melumpuhkan sindiket tersebut. 

Seorang pendatang asing yang ditawarkan kewarganegaraan ialah Md. Ali Nurul Islam, 34, dari Bangladesh. Dia mendakwa, dalang telah menawarkan perkhidmatan sewaktu dia bekerja di Masjid Tanah sebagai pekerja binaan pada Januari 2016. 

Menurut Md  Ali, 'dalang' telah melawat kuarters kerjanya dan menawarkan kepadanya dan rakan-rakannya pada tahun lepas. 

"Kami diberitahu yang kami boleh menjadi rakyat Malaysia selepas membayar RM4,500. Ramai yang teruja dan membayar jumlah tersebut," katanya. 

Kata Md Ali lagi, dia kemudiannya menerima sepucuk surat kononnya dari Jabatan Pendaftaran Negara yagn ditandatangani oleh Malik Suratman bagi pihak Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. 

Isi kandungan surat tersebut menyatakan, permohonannya untuk mendapatkan kerakyatan sedang dipertimbangkan dan nombor MyKadnya yang didaftarkan adalah 750722-71-5109.

"Saya hanya melihat surat tersebut beberapa hari lepas dan majikan saya telah meminta saya membuat laporan polis kerana ia adalah palsu," kata Md Ali ketika ditemui. 

The Star telah membuat penyiasatan baru-baru ini untuk mendedahkan sindiket pemalsuan di mana imigran dan pekerja asing telah dikenakan bayaran antara RM4,500 dan RM10,000 bagi membolehkan mereka memperolehi dokumen-dokumen kerakyatan dan MyKad.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Mohd Yazid Ramli dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat berkata, siasatan dan ketua jabatan penguatkuasaan turut membuat laporan polis di Balai Polis Putajaya pada 28 April berhubung pemalsuan berkenaan.

Pengerusi Yayasan Al-Abrar Sifatkan Tuduhan Rafizi Ramli Sebagai Fitnah Besar dan Rafizi Wajib Bertaubat

Wednesday, 3 May 2017 · 0 comments

· 0 comments

Tuesday, 2 May 2017 · 1 comments

Monday, 1 May 2017 · 0 comments

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks