SEKITAR Jam-Jam Terawal Hari Pengundian PRK Pengkalan Kubor

Thursday, 25 September 2014 | 0 comments





Jam 8:00 pagi: Menteri Besar Kelantan turut mengiringi calon PAS ke Pusat Mengundi di SK Bendang Pak Yong dan calon selesai mengundi pada jam 8:15 pagi.

Jam 8:25 pagi: Jalan dari Telaga Bata ke SK Bunohan sudah mulai sesak.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Kg. Ketil (SK Pengkalan Kubor 2), kempen PAS kelihatan lebih agresif berbanding BN di Pusat Pembuangan Undi. PAS menggunakan plakad GST dan Royalti bagi meraih undi apabila pengundi melintasi barong PAS.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Tujoh, peraih undi BN lebih kurang 120 orang dan PAS pula lebih kurang 80 orang. Masing-masing agresif untuk meraih undi. Walau bagaimanapun, keadaan baik dan terkawal.

Jam 8:33 pagi: PDM Kampung Geting, peraih undi BN lebih kurang 20 orang dan PAS lebih kurang 15 orang. Keadaan terkawal. Laluan trafik lancar di jalan utama dan lorong masuk ke lokaliti.

Jam 8:45 pagi: PDM Teluk Jering (SK Teluk Jering, lebih kurang 25 orang peraih undi PAS telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Teluk Jering. Jentera BN pula lebih kurang 30 orang juga dilihat bergerak aktif. Keadaan cuaca cerah. Laluan trafik lancar.






Jam 8:47 pagi:  PDM Pengkalan Kubor, peraih undi lebih kurang 80 orang dan BN lebih kurang 50 orang. Jalan utamake tempat pembuangan undi sesak teruk. Polis trafik telah diatur untuk melancarkan lalu lintas.

Jam 9:00 pagi: PDM Teluk Jering (SK Kg. Geting) Lebih kurang 100 orang peraih undi PAS dan 100 orang pengundi BN telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Kg.Geting. Jentera BN dan PAS bergiat aktif tetapi terkawal. Laluan trafik masih lancar walaupun keadaan jalanraya sesak.

Jam 9:04 pagi: PDM Bunohan, terdapat dua kmpulan perayu undi parti bertanding. Di hujung sebelah kiri SK Bunohan dan satu lagi di hujung sebelah kanan SK Bunohan (berhadapan masjid). Perayu undi kedua-dua parti bertanding lebih agresif di penjuru sebelah kiri SK Bunohan. Penjuru sebelah kiri SK Bunohan dikuasai oleh perayu undi BN dengan jumlah mereka adalah lebih kurang 70 orang berbanding PAS, lebih kurang 10 orang.

Jam 9:20 pagi: PDM Kampung Geting, sehingga jam 9:00 seramai 247 daripada 338 orang pengundi telah menyemak daftar undi mereka di pondok BN. Aliran pengundian berjalan lancar.

Jam 9:22 pagi: PDM Kedai Geting, terdapat dua kumpulan perayu undi dari parti yang bertanding. Peraih BN di hujung sebelah kanan SMK Geting dan PAS di sebelah kiri SMK Geting (berhadapan sekolah). Perayu dan peraih undi kedua-dua parti sama-sama agresif menarik pengundi. Jumlah lebih kurang 50 orang perayu BN manakala perayu undi PAS pula sekitar 20 orang.
 






Jam 9:45 pagi: PDM Pengkalan Kubor, berlaku sedikit kekecohan di kalangan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding di PDM Pengkalan Kubor kerana diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Pihak berkuasa telah berjaya mententeramkan keadaan dan menasihati kedua-dua belah pihak agar menjarakkan kumpulan mereka sejauh 2 meter. Keadaan terkawal

Jam 10:16 pagi: Punca kesesakan dari MRSM ke Geting telah dikenalpasti. Pertama, kenderaan diletakkan di jalan sepanjang jalan ke MRSM. Kedua, lampu isyarat Geting yang tidak efektif. 

Jam 10:18 pagi: Anggota polis trafik berjaya menyuraikan kesesakan dari Tumpat ke MRSM.

Jam 10:38 pagi: Berdasarkan maklumat, seramai 60 orang pengundi Cina PDM Pengkalan Kubor dan Kg.Ketil telah keluar mengundi. Manakala di Jubakar pula, sehingga artikel ini ditulis, jumlah pengundi Cina yang telah keluar mengundi adalah 28 orang. 







laporan lanjut akan menyusul

PAS Tandus Isu Sehingga Terpaksa Cipta Cerita Calon BN Pengkalan Kubor Ada Skandal Sampai Mengandung Dengan Bekas Pelajar

Thursday, 18 September 2014 | 11 comments

PAS di Pengkalan Kubor nampaknya sudah mati akal. Sudahlah calon sendiri ditikam dan dicantas oleh kalangan PAS tempatan kerana beberapa skandal dan penyelewengannya sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat, beberapa kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan merancang, menyedia dan menyiapkan prasarana untuk rakyat di Pengkalan Kubor, mula disebut-sebut.

Taktik PAS mengalihkan perkara sebenar dengan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak menyediakan banyak kemudahan dan keperluan di Pengkalan Kubor serta Kelantan, sudah mula memakan diri sendiri ekoran sudah ramai yang mempersoalkan kuasa Kerajaan Negeri dengan kuasa Kerajaan Pusat dalam pembangunan negeri.

Disebabkan isu pembangunan dan royalti minyak kurang mantap, PAS mula menjadikan kehidupan peribadi calon BN, Mat Razi Mat Ail sebagai sasaran.

Dan seperti biasa, skandal seks menjadi umpan yang paling sedap untuk mengalihkan sokongan.

Kononnya, PAS berjaya menjejaki seorang wanita yang pernah belajar di salah sebuah sekolah di Geting dalam kawasan Pengkalan Kubor, yang pernah menjalin hubungan asmara dan seks dengan Mat Razi.

Kononnya juga, hubungan sulit itu berlaku sewaktu Mat Razi menjadi guru di sekolah berkenaan. Oleh kerana hubungan sulit itulah, isteri Mat Razi tidak keluar berkempen membantu suaminya sebagai calon kerana bimbang, akan ada pengundi yang bertanya dan dia tidak boleh menjawab.

PAS pernah menggunakan taktik yang sama dalam PRK Permatang Pasir pada tahun 2009 ke atas calon BN, Rohaizat Othman. Rohaizat yang sedang mendapat sokongan besar, tiba-tiba didedahkan mempunyai seorang isteri yang dikahwini secara rahsia  demi menutup pengetahuan isteri pertama.

Pemimpin PAS yang terlibat secara langsung dalam isu tersebut sehingga menyebabkan rumahtangga Rohaizat Othman dengan wanita berkenaan runtuh selepas PRK Permatang Pasir, adalah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi. Tantawi bukan sahaja membawa wanita tersebut pada acara ceramah dan kempen, malah turut juga membawa pelbagai cerita yang sebenarnya tidak perlu didedahkan kepada orang ramai kerana itu adalah masalah rumahtanggan Rohaizat dan isteri-isterinya.

Taktik yang sama nampaknya berulang di PRK DUN Pengkalan Kubor. Bezanya, calon dahulu didakwa mengabaikan isteri keduanya kerana terlalu takut dengan isteri pertama, manakala di Pengkalan Kubor, calon BN dituduh berzina sehingga pasangannya mengandung, sebelum dinikahkan dan diceraikan.

Pengedaran Risalah dan VCD Fitnah Royalti Minyak Ke Thailand, Dikesan dan Dibuat Laporan Polis

Beberapa hari lepas, para penyokong Pakatan Rakyat buat bising tentang kewujudan VCD yang kata mereka, dibuat oleh UMNO-BN untuk menfitnah Pakatan Rakyat (PAS) dalam kempen PRK DUN Pengkalan Kubor.

Bagaimanapun, isi kandungan VCD tersebut selari dengan apa yang disebutkan oleh ADUN Meranti yang juga merupakan salah seorang Exco Kelantan, Mohd Nasaruddin Daud dalam ceramahnya di UPU Simpangan pada Ahad lepas.

Dalam ceramahnya, Mohd Nasaruddin Daud menyatakan, Kerajaan Malaysia telah membayar royalti minyak kepada Thailand kerana mendaratkan minyak di negara tersebut. Royalti tersebut kemudiannya digunakan oleh Kerajaan Thailand untuk memerangi pejuang-pejuang pemisah di Selatan Thailand.

Seorang lelaki yang merupakan seorang peniaga kecil-kecilan telah membuat laporan polis apabila menemui satu bungkusan mengandungi CD dan sehelai kertas yang mengandungi butiran penceramah di hadapan Masjid Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Tumpat. Penceramah yang dipaparkan di dalam CD tersebut adalah Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Berdasarkan maklumat dari CD tersebut, Kerajaan Barisan Nasional dikatakan telah bertindak menzalimi rakyat Kelantan dan tidak mematuhi undang-undang isu royalti, padahal, isu royalti masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

Isu royalti merupakan antara isu yang paling banyak dan digemari oleh para penceramah PAS memandangkan kebanyakan rakyat Kelantan kurang memahami isu sebenar, apatah lagi mereka telah disekat daripada pelbagai maklumat yang menerangkan perkara sebenar.

KILANG PAPAN HARAM di Bendang Pok Yong Milik Calon PAS?

Wednesday, 17 September 2014 | 4 comments


Sebaik-baik sahaja Wan Rosdi dinamakan sebagai calon PAS untuk PRK DUN Pengkalan Kubor, maka terkeluarlah pertanyaan yang selama ini tidak dijawab oleh sesiapa pun, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pok Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS.

Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007.

Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan.



Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri serta Perkayuan Kelantan. Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pok Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi!

Siapa lagi yang lebih tepat untuk menepati ciri-ciri berkenan selain daripada Wan Rosdi Wan Ibrahim?

Tiada sebarang papan tanda atau pun nama syarikat berdaftar. Tiada juga operasi pemeriksaan oleh Jabatan Hutan mahupun Majlis Daerah Tumpat ke kawasan kilang. Tiada juga sebarang operasi meskipun kayu-kayu balak diletakkan di tepi jalan berhampiran kilang berkenaan.

Justeru, benarkah kilang berkenaan dimiliki oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai atau sebenarnya Wan Rosdi memang ada saham dalam kilang tersebut?

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan DITUTUP!

Tuesday, 16 September 2014 | 0 comments


Pembohongan PAS... Tanah Merah dan Pengkalan Kubor jauh dan bukan satu kawasan!
 
Bilik Gerakan PAS di PDM Simpangan yang terletak di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor telah ditutup oleh ahli-ahlinya. Walaupun tidak menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional, namun kebanyakan daripada mereka dilihat condong kepada calon Barisan Nasional memandangkan Haji Mat Razi berasal dari kampung tersebut.

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan yang baru bagaimanapun, telah dibuka oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) berhadapan dengan SK Kg. Simpangan.

Daripada maklumat yang diterima, bilik gerakan berkenaan ditutup kerana ketua dan ahli-ahlinya segan dengan calon BN yang berasal dari PDM itu. Walau bagaimanapun, sokongan yang diberikan adalah secara terselindung dan dianggarkan melebihi 50% ahli PAS kawasan berkenaan telah berikrar untuk mengundi calon BN.

Ketua PAS Cawangan Simpangan yang juga tuan rumah rumah bilik gerakan berkenaan dilaporkan telah berjumpa calon BNdan menyuarakan hasrat untuk menyokong calon BN secara senyap. Walau bagaimanapun, dia terpaksa membenarkan rumahnay digunakan oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) sebagai menghormati hubungan dalam parti.

Adik kepada calon BN, Zulkifli bin Mat Ail juga telah menyatakan seramai 7 pemimpin PAS setempat serta para pengikut mereka di PDM berkenaan akan menyokong dan mengundi secara senyap kepada calon BN.

Adalah dipercayai, ketujuh-tujuh pemimpin PAS setempat itu merupakan saudara mara calon BN. Dijangka lebih 50% pengundi di PDM Simpangan yang menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-13 lalu akan mengundi calon BN.

SAIFUDDIN NASUTION Lancar Kempen Sokong Calon BEBAS Untuk Malukan Hadi Awang

Monday, 15 September 2014 | 3 comments

Setiausaha Agung PKR meangkap bekas Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah melancarkan kempen malukan Hadi Awang dan PAS untuk membalas dendam setelah Hadi Awang terus bertegas dan mempertahankan Khalid Ibrahim selain enggan memberikan sokongan kepada Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor sepertimana yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim.

Daripada maklumat beberapa orang pemimpin PKR setempat sendiri yang enggan nama mereka disiarkan, Saifuddin Nasution telah memberikan arahan kepada sanak saudara dan para penyokong PKR di Pengkalan Kubor agar menguburkan PAS dengan memberikan undi kepada calon BEBAS.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memalukan Hadi Awang dan PAS. Menurut Saifuddin Nasution, sekiraya calon BEBAS dapat undi lebih berbanding semasa PRU alu, maknanya PAS aan tahu bahawa itu adalah suara akar umbi PKR yang menyanggah penghinaan Presiden PAS kepada Presiden PKR.

Melihat kepada perkembangan kempen di Pengkalan Kubor pun, PKR nampaknya langsung tidak membantu sebaliknya banyak maklumat yang memperkatakan tentang bantuan-bantuan senyap yang diberian oleh PKR kepada calon BEBAS termasuklah kewangan dan kempen!

Kerana Terlalu Terdesak, PAS Heret Juga NIK AZIZ Yang Sedang Uzur Untuk BerkempenDi


Di kalangan ahli-ahli dan penyokong PAS, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap sebagai 'KERAMAT HIDUP'. Kalau sudah terdesak sangat, Nik Aziz akan diusung, diseret dan diminta memberikan pendapat kerana menurut mereka, kata-kata Nik Aziz akan memberi kesan yang mendalam, sekaligus menarik sokongan besar kepada calon PAS.

Itu yang berlaku di Pengkalan Kubor. Nik Aziz yang diketahui sedang menderita barah prostat dan terpaksa mengusung beg berisi air kencingnya ke sana ke mari, masih lagi diusung oleh PAS untuk memberikan ceramah. PAS tidak peduli dan tidak menghormati Nik Abduh, anak Nik Aziz yang sebelum ini telah meminta agar bapanya dikecualikan daripada sebarang kempen dan ceramah memandangkan kesihatannya yang semakin menurun.

PAS yang meletakkan calon PASMA untuk bertanding di DUN Pengkalan Kubor sedar, mereka perlu menggunakan segala senjata yang ada untuk mengalahkan calon Barisan Nasional. Disebabkan itulah, Nik Aziz amat diperlukan dan ditagih khidmatnya walaupun keuzurannya kelihatan jelas menerusi raut wajah dan pergerakannya.

Seperti biasa, orang politik seperti Nik Aziz tidak akan menolak pelawaan untuk berucap atau memberikan ceramah. Apatah lagi setelah dipujuk dan diberitahu calon PAS di Pengkalan Kubor tidak mempunyai peluang besar untuk menang, memandangkan terlalu banyak masalah yang tidak ditangani oleh Kerajaan Negeri dari zaman Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan sehinggalah ke zaman Ahmad Yaakob.


Agak menarik ialah kempen-kempen yang dibuat oleh PAS, kebanyakannya menyalahkan Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO sekalipun masalah-masalah yang mereka bangkitkan itu adalah masalah Kerajaan Negeri menerusi kelemahan PBT dan Kerajaan Negeri sendiri.

Contoh paling ketara adalah jalanraya dan longkang. Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang amat terhad kerana aktiviti utama Kerajaan Negeri hanyalah ceramah dan kempen politik. PAS juga cuba membangkitkan tentang longkang dan benteng di Sungai Golok yang bertujuan mengatasi masalah banjir, sedangkan sangat jelas, itu sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri, bukannya Kerajaan Pusat.

Justeru, tidak menghairankan apabila PAS terpaksa mengheret Nik Aziz untuk terus membuat retorik agama bagi memastikan masalah-masalah yang gagal diatasi oleh Kerajaan Negeri, dilupakan dan para pengundi Pengkalan Kubor terus hanyut dengan cerita-cerita syurga!

ANWAR IBRAHIM Larang Wan Azizah Hadiri Penamaan Calon Untuk Ajar PAS!

Saturday, 13 September 2014 | 1 comments


Biarpun calon yang dikemukakan oleh PAS merupakan calon PASMA iaitu entiti pro-Anwar Ibrahim yang sedang memparasitkan PAS dan cuba menggulingkan Presiden parti tersebut serta menghancurkan PAS untuk dijadikan sebagai Biro Agama PKR, namun ketika pencalonan Wan Rosdi, kelibat Anwar Ibrahim tidak kelihatan. Yang kelihatan cumalah Nik Nazmi yang merupakan Ketua AMK.

Namun berita yang paling keji ialah, apabila Anwar Ibrahim melarang Presiden PKR, Wan Azizah yang juga isterinya daripada pergi ke Pengkalan Kubor untuk sama-sama memberikan isyarat kepada para penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat bahawa Pakatan Rakyat masih lagi bersatu.

Sebaliknya Anwar Ibrahim yang merupakan tombol kawalan jauh Wan Azizah telah mengarahkan isterinya agar menghadiri majlis gotong-royong dan perasmian SUKANEKA Pusat Asuhan Taman Islam (PASTI) di Desa Mentari, Selangor.

Anwar Ibrahim mahu menunjukkan kepada para penyokong PAS bahawa PAS bagi PKR tidak lebih tinggi status mereka berbanding kanak-kanak tadika.

Agak mujur juga kerana tidak ada perasmian tandas-tandas awam. Kalau tidak, Anwar Ibrahim sudah tentu akan mengarahkan Wan Azizah untuk merasmikan tandas-tandas awam tersebut daripada hadir dalam majlis penamaan calon pagi tadi di Pengkalan Kubor meskipun pada masa yang sama, PKR turut menghantar seorang calon untuk menyertai pertandingan berkenaan.


Berikut adalah biodata calon PKR yang bertanding atas nama BEBAS:

Izat Bukhari bin Ismail
No.KP: 670620035101
Alamat: No 2960 Jln Tok Semian, 15300 Kota Bharu, kelantan
Kenderaan:
1) DAE 2048/ Citreon/kuning
2) WCH246/van Mitshubishi/emas
3) DB 232/Mercedes Benz/kelabu
4) CCN 100/Chery/coklat

Saman trafik:

1) 12/12/11-ccn100: RM150
2) 21/11/13-ccn100: RM300
3) 20/8/14-ccn100: RM150

Pulak Dah... PKR Nafi Serah Kerusi DUN Pengkalan Kubur Kepada PAS!

Sunday, 7 September 2014 | 6 comments

Memang peninglah dengan kerenah PKR. Dari KETUM sehinggalah ke MACAI, mereka seperti orang yang sesat di dalam gua bawah laut. Lebih teruk lagi, mereka tidak sahaja sesat, bahkan turut cuba mahu menyesatkan orang lain dengan pemikiran songsang mereka.

Hanya dua jam selepas PAS mengumumkan yang PKR Kelantan bersetuju untuk membenarkan PAS bertanding di PRK DUN Pengkalan Kubur, PKR Kelantan menafikannya.

Bercakap kepada para warawan selepas Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat petang tadi, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata, keputusan akhir masih belum dibuat sehingga pemimpin kedua-dua parti bertemu dan berbincang.

"Di peringkat negeri, PKR Kelantan sudah bersedia untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS tetapi kami perlu berbincang di peringkat Pusat terlebih dahulu," kata Mustafa Ali.

Mustafa turut berkata, itu adalah keputusan yang dibuat setelah berlaku perbincangan peringkat rendah antara PKR Kelantan dan PAS Kelantan baru-baru ini.

"Secara dasarnya, Cabang PKR dan PAS Kawasan telah bertemu dan membuat keputusan, dan secara prinsipnya, PKR bersetuju untuk menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi oleh PAS."

PKR Kelantan menerusi Pengerusinya, Abdul Aziz Ab Kadir menafikan perkara itu, menurut akhbar Sinar Harian.

"Saya tidak tahu menahu langsung. Sebaliknya kami (PKR Kelantan) masih lagi menunggu keputusan dari pucuk pimpinan tentang perkara ini," katanya.

Akar umbi PAS mendesak dan menuntut agar kerusi DUN Pengkalan Kubur diserahkan kepada PAS setelah beberapa penggal 'dipinjamkan' kepada PKR selain menyatakan keinginan mereka untuk mengekalkan status quo itu.

PKR Setuju Serah Kerusi DUN Pengkalan Kubur Kepada PAS UNTUK MEMBALAS DENDAM Terhadap Hadi Awang

PKR dan para pecacai mereka mempersoalkan tentang kemurahan hati TV3 memperuntukkan slot selama 15 minit dalam Buletin Utama semalam kepada Hadi Awang. Mereka bukan sahaja tidak berpuas hati tetapi pada masa yang sama, mereka juga cuba mengaitkan Hadi Awang dengan Konspirasi UMNO sepertimana sikap mereka yang suka menyalahkan UMNO dalam serba-serbi termasuklah keganasan syahwat Anwar Ibrahim dan keserakahan nafsunya menaikkan isteri dan anak sendiri dalam lingkungan kuasa.

Barangkali sedar yang mereka tidak mempunyai sebarang kelebihan apabila ahli-ahli PAS pasti akan memboikot PKR dalam kempen PRK DUN Pengkalan Kubur, selain cubaan untuk menyelamatkan air muka dan menyalahkan PAS sekiranya Pakatan tewas lagi di DUN Pengkalan Kubur, PKR telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerusi DUN Pengkalan Kubur untuk ditandingi oleh PAS.

Dalam kebanyakan pertandingan melibatkan kerusi majoriti Melayu, PKR sebenarnya terlalu dan amat bergantung kepada PAS memandangkan PKR tidak mempunyai kekuatan langsung. Kekurangan itulah yang menyebabkan PKR terpaksa mengambil penagih dadah, kepala judi haram dan samseng untuk menjadi calon-calon mereka terutama sekali di sebelah Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Konflik antara PKR dan PAS semakin melebar selepas Jumaat lalu, Hadi Awang dalam pertemuannya dengan ahli-ahli PAS di Kuala Terengganu, telah menerangkan secara panjang lebar penipuan, pembohongan dan kejahatan DAP serta PKR selain mempersoalkan keupayaan dan kebolehan Wan Azizah sebagai pemimpin.

Perkembangan terbaru itu semakin memanaskan persengketaan dengan DAP dan PKR mula melakukan serangan secara peribadi ke atas Hadi Awang, selain kelompok penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam PAS pula menubuhkan sebuah parti di dalam parti bernama PASMA.

PASMA dipresidenkan oleh Husam Musa dan Mursyidul Amnya adalah Ahmad Awang, bekas Pesuruhjaya PAS Perak serta orang yang bertanggungjawab menghalang Kerajaan Perpaduan antara UMNO-PAS di Perak dan Selangor pada tahun 2008.

Tindakan terbaru PKR di Pengkalan Kubur adalah bertujuan untuk memalukan PAS kerana PKR sangat tahu, mereka tidak mempunyai peluang langsung untuk menang di kerusi yang menjadi kubu kuat UMNO selama beberapa penggal itu. Sekaligus memberikan buah terbaik untuk mereka menempelak Hadi Awang serta PAS sebagai membalas dendam.
Showing posts with label PRK Pengkalan Kubur. Show all posts
Showing posts with label PRK Pengkalan Kubur. Show all posts

SEKITAR Jam-Jam Terawal Hari Pengundian PRK Pengkalan Kubor

Thursday, 25 September 2014 · 0 comments





Jam 8:00 pagi: Menteri Besar Kelantan turut mengiringi calon PAS ke Pusat Mengundi di SK Bendang Pak Yong dan calon selesai mengundi pada jam 8:15 pagi.

Jam 8:25 pagi: Jalan dari Telaga Bata ke SK Bunohan sudah mulai sesak.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Kg. Ketil (SK Pengkalan Kubor 2), kempen PAS kelihatan lebih agresif berbanding BN di Pusat Pembuangan Undi. PAS menggunakan plakad GST dan Royalti bagi meraih undi apabila pengundi melintasi barong PAS.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Tujoh, peraih undi BN lebih kurang 120 orang dan PAS pula lebih kurang 80 orang. Masing-masing agresif untuk meraih undi. Walau bagaimanapun, keadaan baik dan terkawal.

Jam 8:33 pagi: PDM Kampung Geting, peraih undi BN lebih kurang 20 orang dan PAS lebih kurang 15 orang. Keadaan terkawal. Laluan trafik lancar di jalan utama dan lorong masuk ke lokaliti.

Jam 8:45 pagi: PDM Teluk Jering (SK Teluk Jering, lebih kurang 25 orang peraih undi PAS telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Teluk Jering. Jentera BN pula lebih kurang 30 orang juga dilihat bergerak aktif. Keadaan cuaca cerah. Laluan trafik lancar.






Jam 8:47 pagi:  PDM Pengkalan Kubor, peraih undi lebih kurang 80 orang dan BN lebih kurang 50 orang. Jalan utamake tempat pembuangan undi sesak teruk. Polis trafik telah diatur untuk melancarkan lalu lintas.

Jam 9:00 pagi: PDM Teluk Jering (SK Kg. Geting) Lebih kurang 100 orang peraih undi PAS dan 100 orang pengundi BN telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Kg.Geting. Jentera BN dan PAS bergiat aktif tetapi terkawal. Laluan trafik masih lancar walaupun keadaan jalanraya sesak.

Jam 9:04 pagi: PDM Bunohan, terdapat dua kmpulan perayu undi parti bertanding. Di hujung sebelah kiri SK Bunohan dan satu lagi di hujung sebelah kanan SK Bunohan (berhadapan masjid). Perayu undi kedua-dua parti bertanding lebih agresif di penjuru sebelah kiri SK Bunohan. Penjuru sebelah kiri SK Bunohan dikuasai oleh perayu undi BN dengan jumlah mereka adalah lebih kurang 70 orang berbanding PAS, lebih kurang 10 orang.

Jam 9:20 pagi: PDM Kampung Geting, sehingga jam 9:00 seramai 247 daripada 338 orang pengundi telah menyemak daftar undi mereka di pondok BN. Aliran pengundian berjalan lancar.

Jam 9:22 pagi: PDM Kedai Geting, terdapat dua kumpulan perayu undi dari parti yang bertanding. Peraih BN di hujung sebelah kanan SMK Geting dan PAS di sebelah kiri SMK Geting (berhadapan sekolah). Perayu dan peraih undi kedua-dua parti sama-sama agresif menarik pengundi. Jumlah lebih kurang 50 orang perayu BN manakala perayu undi PAS pula sekitar 20 orang.
 






Jam 9:45 pagi: PDM Pengkalan Kubor, berlaku sedikit kekecohan di kalangan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding di PDM Pengkalan Kubor kerana diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Pihak berkuasa telah berjaya mententeramkan keadaan dan menasihati kedua-dua belah pihak agar menjarakkan kumpulan mereka sejauh 2 meter. Keadaan terkawal

Jam 10:16 pagi: Punca kesesakan dari MRSM ke Geting telah dikenalpasti. Pertama, kenderaan diletakkan di jalan sepanjang jalan ke MRSM. Kedua, lampu isyarat Geting yang tidak efektif. 

Jam 10:18 pagi: Anggota polis trafik berjaya menyuraikan kesesakan dari Tumpat ke MRSM.

Jam 10:38 pagi: Berdasarkan maklumat, seramai 60 orang pengundi Cina PDM Pengkalan Kubor dan Kg.Ketil telah keluar mengundi. Manakala di Jubakar pula, sehingga artikel ini ditulis, jumlah pengundi Cina yang telah keluar mengundi adalah 28 orang. 







laporan lanjut akan menyusul

PAS Tandus Isu Sehingga Terpaksa Cipta Cerita Calon BN Pengkalan Kubor Ada Skandal Sampai Mengandung Dengan Bekas Pelajar

Thursday, 18 September 2014 · 11 comments

PAS di Pengkalan Kubor nampaknya sudah mati akal. Sudahlah calon sendiri ditikam dan dicantas oleh kalangan PAS tempatan kerana beberapa skandal dan penyelewengannya sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat, beberapa kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan merancang, menyedia dan menyiapkan prasarana untuk rakyat di Pengkalan Kubor, mula disebut-sebut.

Taktik PAS mengalihkan perkara sebenar dengan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak menyediakan banyak kemudahan dan keperluan di Pengkalan Kubor serta Kelantan, sudah mula memakan diri sendiri ekoran sudah ramai yang mempersoalkan kuasa Kerajaan Negeri dengan kuasa Kerajaan Pusat dalam pembangunan negeri.

Disebabkan isu pembangunan dan royalti minyak kurang mantap, PAS mula menjadikan kehidupan peribadi calon BN, Mat Razi Mat Ail sebagai sasaran.

Dan seperti biasa, skandal seks menjadi umpan yang paling sedap untuk mengalihkan sokongan.

Kononnya, PAS berjaya menjejaki seorang wanita yang pernah belajar di salah sebuah sekolah di Geting dalam kawasan Pengkalan Kubor, yang pernah menjalin hubungan asmara dan seks dengan Mat Razi.

Kononnya juga, hubungan sulit itu berlaku sewaktu Mat Razi menjadi guru di sekolah berkenaan. Oleh kerana hubungan sulit itulah, isteri Mat Razi tidak keluar berkempen membantu suaminya sebagai calon kerana bimbang, akan ada pengundi yang bertanya dan dia tidak boleh menjawab.

PAS pernah menggunakan taktik yang sama dalam PRK Permatang Pasir pada tahun 2009 ke atas calon BN, Rohaizat Othman. Rohaizat yang sedang mendapat sokongan besar, tiba-tiba didedahkan mempunyai seorang isteri yang dikahwini secara rahsia  demi menutup pengetahuan isteri pertama.

Pemimpin PAS yang terlibat secara langsung dalam isu tersebut sehingga menyebabkan rumahtangga Rohaizat Othman dengan wanita berkenaan runtuh selepas PRK Permatang Pasir, adalah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi. Tantawi bukan sahaja membawa wanita tersebut pada acara ceramah dan kempen, malah turut juga membawa pelbagai cerita yang sebenarnya tidak perlu didedahkan kepada orang ramai kerana itu adalah masalah rumahtanggan Rohaizat dan isteri-isterinya.

Taktik yang sama nampaknya berulang di PRK DUN Pengkalan Kubor. Bezanya, calon dahulu didakwa mengabaikan isteri keduanya kerana terlalu takut dengan isteri pertama, manakala di Pengkalan Kubor, calon BN dituduh berzina sehingga pasangannya mengandung, sebelum dinikahkan dan diceraikan.

Pengedaran Risalah dan VCD Fitnah Royalti Minyak Ke Thailand, Dikesan dan Dibuat Laporan Polis

· 1 comments

Beberapa hari lepas, para penyokong Pakatan Rakyat buat bising tentang kewujudan VCD yang kata mereka, dibuat oleh UMNO-BN untuk menfitnah Pakatan Rakyat (PAS) dalam kempen PRK DUN Pengkalan Kubor.

Bagaimanapun, isi kandungan VCD tersebut selari dengan apa yang disebutkan oleh ADUN Meranti yang juga merupakan salah seorang Exco Kelantan, Mohd Nasaruddin Daud dalam ceramahnya di UPU Simpangan pada Ahad lepas.

Dalam ceramahnya, Mohd Nasaruddin Daud menyatakan, Kerajaan Malaysia telah membayar royalti minyak kepada Thailand kerana mendaratkan minyak di negara tersebut. Royalti tersebut kemudiannya digunakan oleh Kerajaan Thailand untuk memerangi pejuang-pejuang pemisah di Selatan Thailand.

Seorang lelaki yang merupakan seorang peniaga kecil-kecilan telah membuat laporan polis apabila menemui satu bungkusan mengandungi CD dan sehelai kertas yang mengandungi butiran penceramah di hadapan Masjid Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Tumpat. Penceramah yang dipaparkan di dalam CD tersebut adalah Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Berdasarkan maklumat dari CD tersebut, Kerajaan Barisan Nasional dikatakan telah bertindak menzalimi rakyat Kelantan dan tidak mematuhi undang-undang isu royalti, padahal, isu royalti masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

Isu royalti merupakan antara isu yang paling banyak dan digemari oleh para penceramah PAS memandangkan kebanyakan rakyat Kelantan kurang memahami isu sebenar, apatah lagi mereka telah disekat daripada pelbagai maklumat yang menerangkan perkara sebenar.

KILANG PAPAN HARAM di Bendang Pok Yong Milik Calon PAS?

Wednesday, 17 September 2014 · 4 comments


Sebaik-baik sahaja Wan Rosdi dinamakan sebagai calon PAS untuk PRK DUN Pengkalan Kubor, maka terkeluarlah pertanyaan yang selama ini tidak dijawab oleh sesiapa pun, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pok Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS.

Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007.

Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan.



Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri serta Perkayuan Kelantan. Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pok Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi!

Siapa lagi yang lebih tepat untuk menepati ciri-ciri berkenan selain daripada Wan Rosdi Wan Ibrahim?

Tiada sebarang papan tanda atau pun nama syarikat berdaftar. Tiada juga operasi pemeriksaan oleh Jabatan Hutan mahupun Majlis Daerah Tumpat ke kawasan kilang. Tiada juga sebarang operasi meskipun kayu-kayu balak diletakkan di tepi jalan berhampiran kilang berkenaan.

Justeru, benarkah kilang berkenaan dimiliki oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai atau sebenarnya Wan Rosdi memang ada saham dalam kilang tersebut?

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan DITUTUP!

Tuesday, 16 September 2014 · 0 comments


Pembohongan PAS... Tanah Merah dan Pengkalan Kubor jauh dan bukan satu kawasan!
 
Bilik Gerakan PAS di PDM Simpangan yang terletak di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor telah ditutup oleh ahli-ahlinya. Walaupun tidak menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional, namun kebanyakan daripada mereka dilihat condong kepada calon Barisan Nasional memandangkan Haji Mat Razi berasal dari kampung tersebut.

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan yang baru bagaimanapun, telah dibuka oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) berhadapan dengan SK Kg. Simpangan.

Daripada maklumat yang diterima, bilik gerakan berkenaan ditutup kerana ketua dan ahli-ahlinya segan dengan calon BN yang berasal dari PDM itu. Walau bagaimanapun, sokongan yang diberikan adalah secara terselindung dan dianggarkan melebihi 50% ahli PAS kawasan berkenaan telah berikrar untuk mengundi calon BN.

Ketua PAS Cawangan Simpangan yang juga tuan rumah rumah bilik gerakan berkenaan dilaporkan telah berjumpa calon BNdan menyuarakan hasrat untuk menyokong calon BN secara senyap. Walau bagaimanapun, dia terpaksa membenarkan rumahnay digunakan oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) sebagai menghormati hubungan dalam parti.

Adik kepada calon BN, Zulkifli bin Mat Ail juga telah menyatakan seramai 7 pemimpin PAS setempat serta para pengikut mereka di PDM berkenaan akan menyokong dan mengundi secara senyap kepada calon BN.

Adalah dipercayai, ketujuh-tujuh pemimpin PAS setempat itu merupakan saudara mara calon BN. Dijangka lebih 50% pengundi di PDM Simpangan yang menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-13 lalu akan mengundi calon BN.

SAIFUDDIN NASUTION Lancar Kempen Sokong Calon BEBAS Untuk Malukan Hadi Awang

Monday, 15 September 2014 · 3 comments

Setiausaha Agung PKR meangkap bekas Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah melancarkan kempen malukan Hadi Awang dan PAS untuk membalas dendam setelah Hadi Awang terus bertegas dan mempertahankan Khalid Ibrahim selain enggan memberikan sokongan kepada Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor sepertimana yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim.

Daripada maklumat beberapa orang pemimpin PKR setempat sendiri yang enggan nama mereka disiarkan, Saifuddin Nasution telah memberikan arahan kepada sanak saudara dan para penyokong PKR di Pengkalan Kubor agar menguburkan PAS dengan memberikan undi kepada calon BEBAS.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memalukan Hadi Awang dan PAS. Menurut Saifuddin Nasution, sekiraya calon BEBAS dapat undi lebih berbanding semasa PRU alu, maknanya PAS aan tahu bahawa itu adalah suara akar umbi PKR yang menyanggah penghinaan Presiden PAS kepada Presiden PKR.

Melihat kepada perkembangan kempen di Pengkalan Kubor pun, PKR nampaknya langsung tidak membantu sebaliknya banyak maklumat yang memperkatakan tentang bantuan-bantuan senyap yang diberian oleh PKR kepada calon BEBAS termasuklah kewangan dan kempen!

Kerana Terlalu Terdesak, PAS Heret Juga NIK AZIZ Yang Sedang Uzur Untuk BerkempenDi

· 5 comments


Di kalangan ahli-ahli dan penyokong PAS, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap sebagai 'KERAMAT HIDUP'. Kalau sudah terdesak sangat, Nik Aziz akan diusung, diseret dan diminta memberikan pendapat kerana menurut mereka, kata-kata Nik Aziz akan memberi kesan yang mendalam, sekaligus menarik sokongan besar kepada calon PAS.

Itu yang berlaku di Pengkalan Kubor. Nik Aziz yang diketahui sedang menderita barah prostat dan terpaksa mengusung beg berisi air kencingnya ke sana ke mari, masih lagi diusung oleh PAS untuk memberikan ceramah. PAS tidak peduli dan tidak menghormati Nik Abduh, anak Nik Aziz yang sebelum ini telah meminta agar bapanya dikecualikan daripada sebarang kempen dan ceramah memandangkan kesihatannya yang semakin menurun.

PAS yang meletakkan calon PASMA untuk bertanding di DUN Pengkalan Kubor sedar, mereka perlu menggunakan segala senjata yang ada untuk mengalahkan calon Barisan Nasional. Disebabkan itulah, Nik Aziz amat diperlukan dan ditagih khidmatnya walaupun keuzurannya kelihatan jelas menerusi raut wajah dan pergerakannya.

Seperti biasa, orang politik seperti Nik Aziz tidak akan menolak pelawaan untuk berucap atau memberikan ceramah. Apatah lagi setelah dipujuk dan diberitahu calon PAS di Pengkalan Kubor tidak mempunyai peluang besar untuk menang, memandangkan terlalu banyak masalah yang tidak ditangani oleh Kerajaan Negeri dari zaman Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan sehinggalah ke zaman Ahmad Yaakob.


Agak menarik ialah kempen-kempen yang dibuat oleh PAS, kebanyakannya menyalahkan Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO sekalipun masalah-masalah yang mereka bangkitkan itu adalah masalah Kerajaan Negeri menerusi kelemahan PBT dan Kerajaan Negeri sendiri.

Contoh paling ketara adalah jalanraya dan longkang. Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang amat terhad kerana aktiviti utama Kerajaan Negeri hanyalah ceramah dan kempen politik. PAS juga cuba membangkitkan tentang longkang dan benteng di Sungai Golok yang bertujuan mengatasi masalah banjir, sedangkan sangat jelas, itu sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri, bukannya Kerajaan Pusat.

Justeru, tidak menghairankan apabila PAS terpaksa mengheret Nik Aziz untuk terus membuat retorik agama bagi memastikan masalah-masalah yang gagal diatasi oleh Kerajaan Negeri, dilupakan dan para pengundi Pengkalan Kubor terus hanyut dengan cerita-cerita syurga!

ANWAR IBRAHIM Larang Wan Azizah Hadiri Penamaan Calon Untuk Ajar PAS!

Saturday, 13 September 2014 · 1 comments


Biarpun calon yang dikemukakan oleh PAS merupakan calon PASMA iaitu entiti pro-Anwar Ibrahim yang sedang memparasitkan PAS dan cuba menggulingkan Presiden parti tersebut serta menghancurkan PAS untuk dijadikan sebagai Biro Agama PKR, namun ketika pencalonan Wan Rosdi, kelibat Anwar Ibrahim tidak kelihatan. Yang kelihatan cumalah Nik Nazmi yang merupakan Ketua AMK.

Namun berita yang paling keji ialah, apabila Anwar Ibrahim melarang Presiden PKR, Wan Azizah yang juga isterinya daripada pergi ke Pengkalan Kubor untuk sama-sama memberikan isyarat kepada para penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat bahawa Pakatan Rakyat masih lagi bersatu.

Sebaliknya Anwar Ibrahim yang merupakan tombol kawalan jauh Wan Azizah telah mengarahkan isterinya agar menghadiri majlis gotong-royong dan perasmian SUKANEKA Pusat Asuhan Taman Islam (PASTI) di Desa Mentari, Selangor.

Anwar Ibrahim mahu menunjukkan kepada para penyokong PAS bahawa PAS bagi PKR tidak lebih tinggi status mereka berbanding kanak-kanak tadika.

Agak mujur juga kerana tidak ada perasmian tandas-tandas awam. Kalau tidak, Anwar Ibrahim sudah tentu akan mengarahkan Wan Azizah untuk merasmikan tandas-tandas awam tersebut daripada hadir dalam majlis penamaan calon pagi tadi di Pengkalan Kubor meskipun pada masa yang sama, PKR turut menghantar seorang calon untuk menyertai pertandingan berkenaan.


Berikut adalah biodata calon PKR yang bertanding atas nama BEBAS:

Izat Bukhari bin Ismail
No.KP: 670620035101
Alamat: No 2960 Jln Tok Semian, 15300 Kota Bharu, kelantan
Kenderaan:
1) DAE 2048/ Citreon/kuning
2) WCH246/van Mitshubishi/emas
3) DB 232/Mercedes Benz/kelabu
4) CCN 100/Chery/coklat

Saman trafik:

1) 12/12/11-ccn100: RM150
2) 21/11/13-ccn100: RM300
3) 20/8/14-ccn100: RM150

Pulak Dah... PKR Nafi Serah Kerusi DUN Pengkalan Kubur Kepada PAS!

Sunday, 7 September 2014 · 6 comments

Memang peninglah dengan kerenah PKR. Dari KETUM sehinggalah ke MACAI, mereka seperti orang yang sesat di dalam gua bawah laut. Lebih teruk lagi, mereka tidak sahaja sesat, bahkan turut cuba mahu menyesatkan orang lain dengan pemikiran songsang mereka.

Hanya dua jam selepas PAS mengumumkan yang PKR Kelantan bersetuju untuk membenarkan PAS bertanding di PRK DUN Pengkalan Kubur, PKR Kelantan menafikannya.

Bercakap kepada para warawan selepas Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat petang tadi, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata, keputusan akhir masih belum dibuat sehingga pemimpin kedua-dua parti bertemu dan berbincang.

"Di peringkat negeri, PKR Kelantan sudah bersedia untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS tetapi kami perlu berbincang di peringkat Pusat terlebih dahulu," kata Mustafa Ali.

Mustafa turut berkata, itu adalah keputusan yang dibuat setelah berlaku perbincangan peringkat rendah antara PKR Kelantan dan PAS Kelantan baru-baru ini.

"Secara dasarnya, Cabang PKR dan PAS Kawasan telah bertemu dan membuat keputusan, dan secara prinsipnya, PKR bersetuju untuk menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi oleh PAS."

PKR Kelantan menerusi Pengerusinya, Abdul Aziz Ab Kadir menafikan perkara itu, menurut akhbar Sinar Harian.

"Saya tidak tahu menahu langsung. Sebaliknya kami (PKR Kelantan) masih lagi menunggu keputusan dari pucuk pimpinan tentang perkara ini," katanya.

Akar umbi PAS mendesak dan menuntut agar kerusi DUN Pengkalan Kubur diserahkan kepada PAS setelah beberapa penggal 'dipinjamkan' kepada PKR selain menyatakan keinginan mereka untuk mengekalkan status quo itu.

PKR Setuju Serah Kerusi DUN Pengkalan Kubur Kepada PAS UNTUK MEMBALAS DENDAM Terhadap Hadi Awang

· 4 comments

PKR dan para pecacai mereka mempersoalkan tentang kemurahan hati TV3 memperuntukkan slot selama 15 minit dalam Buletin Utama semalam kepada Hadi Awang. Mereka bukan sahaja tidak berpuas hati tetapi pada masa yang sama, mereka juga cuba mengaitkan Hadi Awang dengan Konspirasi UMNO sepertimana sikap mereka yang suka menyalahkan UMNO dalam serba-serbi termasuklah keganasan syahwat Anwar Ibrahim dan keserakahan nafsunya menaikkan isteri dan anak sendiri dalam lingkungan kuasa.

Barangkali sedar yang mereka tidak mempunyai sebarang kelebihan apabila ahli-ahli PAS pasti akan memboikot PKR dalam kempen PRK DUN Pengkalan Kubur, selain cubaan untuk menyelamatkan air muka dan menyalahkan PAS sekiranya Pakatan tewas lagi di DUN Pengkalan Kubur, PKR telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerusi DUN Pengkalan Kubur untuk ditandingi oleh PAS.

Dalam kebanyakan pertandingan melibatkan kerusi majoriti Melayu, PKR sebenarnya terlalu dan amat bergantung kepada PAS memandangkan PKR tidak mempunyai kekuatan langsung. Kekurangan itulah yang menyebabkan PKR terpaksa mengambil penagih dadah, kepala judi haram dan samseng untuk menjadi calon-calon mereka terutama sekali di sebelah Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Konflik antara PKR dan PAS semakin melebar selepas Jumaat lalu, Hadi Awang dalam pertemuannya dengan ahli-ahli PAS di Kuala Terengganu, telah menerangkan secara panjang lebar penipuan, pembohongan dan kejahatan DAP serta PKR selain mempersoalkan keupayaan dan kebolehan Wan Azizah sebagai pemimpin.

Perkembangan terbaru itu semakin memanaskan persengketaan dengan DAP dan PKR mula melakukan serangan secara peribadi ke atas Hadi Awang, selain kelompok penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam PAS pula menubuhkan sebuah parti di dalam parti bernama PASMA.

PASMA dipresidenkan oleh Husam Musa dan Mursyidul Amnya adalah Ahmad Awang, bekas Pesuruhjaya PAS Perak serta orang yang bertanggungjawab menghalang Kerajaan Perpaduan antara UMNO-PAS di Perak dan Selangor pada tahun 2008.

Tindakan terbaru PKR di Pengkalan Kubur adalah bertujuan untuk memalukan PAS kerana PKR sangat tahu, mereka tidak mempunyai peluang langsung untuk menang di kerusi yang menjadi kubu kuat UMNO selama beberapa penggal itu. Sekaligus memberikan buah terbaik untuk mereka menempelak Hadi Awang serta PAS sebagai membalas dendam.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks