N.SURENDRAN Pula Menggeletar Bila Tindakan Bakal Diambil Ke Atasnya Kerana Hina Mahkamah

Wednesday, 13 August 2014 | 7 comments

Antara peguam-peguam Anwar Ibrahim yang paling bodoh tetapi bermulut paling celupar adalah N.Surendran yang juga merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Padang Serai. Selama ini pun terlalu banyak kebiadapan dan kurang ajar yang ditunjukkan oleh peguam tersebut terhadap sesiapa sahaja yang dirasakan menentang Anwar Ibrahim.

Malah sebagai peguam, dia berasakan dia lebih berkuasa berbanding mahkamah sehingga dia begitu lancang mempertikaikan setiap keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Anwar Ibrahim atau sikap rasisnya dalam pembelaannya ke atas kes-kes melibatkan penjenayah kaum India.

Hari ini satu petisyen telah dihantar kepada Ketua Hakim Negara agar mengambil tindakan ke atas kenyataan awam N.Surendran pada 8 Ogos 2014 yang dibuatnya di pekarangan Istana Kehakiman atas kapasiti selaku peguambela Anwar Ibrahim dengan kecenderungan untuk menghina institusi kehakiman negara.

N.Surendran dalam kenyataannya kepada media, telah mempersoalkan integriti institusi kehakiman negara apabila membuat kesimpulan bahawa kes Anwar Ibrahim merupakan kes konspirasi yang diatur oleh Perdana Menteri dan konspirasi tersebut secara tidak langsung telah mempengaruhi keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang mensabitkan kesalahan meliwat oleh Anwar Ibrahim ke atas pembantu peribadinya dengan hukuman penjara selama 5 tahun.


Justeru petisyen tersebut menuntut agar Ketua Hakim Negara mengarahkan satu siasatan menyeluruh ke atas kenyataan awam N.Surendran sama ada berunsur jenayah penghinaan mahkamah atau sebaliknya. Malah petisyen itu juga menuntut agar diadakan siasatan ke atas semua pihak termasuk memohon mahkamah memberikan hak membela diri kepada semua pihak yang terlibat.

Jikalau disabitkan kesalahan, N.Surendran boleh dikenakan tindakan dan Majlis Peguam yang selama ini sangat cenderung kepada Anwar Ibrahim tidak punya pilihan selain membatalkan lesen guaman N.Surendran!

N.SURENDRAN Buat Laporan Polis Kerana 'Twitter Palsu'

Thursday, 5 June 2014 | 1 comments


Jam 11:27 pagi tadi, Ahli Parlimen Padang Serai merangkap Naib Presiden PKR, N.Surendran dengan ditemani oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung penyiaran satu kenyataannya dalam Twitter oleh beberapa buah blog dan twitter pro-Barisan Nasional.

Dalam kenyataan medianya yang diadakan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, N.Surendran menegaskan bahawa dia tidak ada kena-mengena langsung dengan twitter berkenaan, sebaliknya menuduh jentera propaganda dan siber pro-BN yang melakukan untuk mengotorkan namanya.

Tweet yang dimaksudkan bertarikh 22 Mei 2014, kononnya telah dipalsukan dengan perkataan-perkataan berikut:

"Almost everyday policemen were killed in India. But in Malaysia, when a Malay police killed it bocmes a big issue."

Kononnya penyebaran twitter palsu itu telah mencemarkan dan merosakkan reputasi serta nama baiknya selaku Ahli Parlimen dan ahli politik. Oleh kerana itu, dia membuat laporan polis agar polis cepat-cepat mengambil tindakan terhadap mereka yang 'telah menfitnahnya'.

Namun sesuatu yang lain perlu juga difikirkan.

N.Surendran dan permusuhan serta kebenciannya terhadap PDRM bukanlah sesuatu yang rahsia. Bukan juga rahsia, N.Surendran membela para penjenayah dan menyalahkan pasukan polis dalam apa-apa sahaja kes membabitkan penangkapan, pembanterasan mahupun operasi menangani penjenayah. Dia juga adalah orang yang paling lantang dalam usaha mencetuskan kebencian masyarakat India kepada PDRM apabila ada penjenayah berbangsa India yang ditembak mati atau mati dalam tahanan. Begitu juga apabila ada anggota polis dari masyarakat India yang terbunuh ketika bertugas, dia juga cuba mencetuskan kebencian kaum dan cuba menyalahkan Melayu sebagai punca kematian tersebut.

Namun, sebaliknya apabila ada anggota polis Melayu atau Bumiputera yang terbunuh, N.Surendran tidak bersuara atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan sinis sama ada menerusi Twitter mahupun menerusi ceramah-ceramahnya.

Sepatutnya, bukan blogger pro-BN sahaja yang perlu disiasat berhubung laporan polis yang dibuat oleh N.Surendran, sebaliknya N.Surendran sendiri perlu disiasat kerana kecenderungannya untuk MEMBUNUH ANGGOTA POLIS telah lama ditunjukkan.

N.Surendran dan Latheefa Koya Buat Laporan Polis Berhubung Twitter Hina Kematian Anggota Polis

Wednesday, 4 June 2014 | 8 comments


Terkesan dengan kemarahan orang ramai terhadap kedua-duanya, peguam PKR, N.Surendran dan pasangannya, Latheefa Koya dilaporkan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi esok, jam 11:00 pagi berhubung penyiaran twitter-twitter yang dikatakan telah dipalsukan.

Mereka berdua akan ditemani oleh Ketua Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan peguam, Eric Paulsen.

N.Surendran dan Latheefa Koya merupakan antara peguam-peguam Pakatan Rakyat yang cukup kuat membela penjenayah dan sangat gembira apabila ada anggota-anggota polis, khususnya yang berbangsa Melayu mati dibunuh oleh penjenayah. Walaupun tidak bersorak-sorai atau menari-nari seperti yang berlaku dalam filem-filem Asia Selatan, namun N.Surendran sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan mengecam dan memperlekehkan anggota-anggota serta pasukan polis, sebaliknya membesar-besarkan penjenayah.

Antara kes-kes membela penjenayah yang dikendalikan oleh N.Surendran termasuklah melibatkan seorang pencuri kereta mewah, A.Kugan yang kemudiannya mati ketika dalam tahanan. N.Surendran menuduh A.Kugan telah dibunuh oleh anggota polis.

Begitu juga dengan kematian lima orang anggota kongsi gelap di Pulau Pinang yang berbalas-balas tembakan dengan anggota-anggota polis. Kes tersebut membuatkan Ketua Polis Negara mencabar N.Surendran untuk turut serta dalam operasi polis. N.Surendran pada mulanya menyahut cabaran tersebut tetapi kemudian dengan menggunakan lidahnya yang berbelit, memberikan pelbagai alasan termasuklah vest keselamatan yang tidak muat dengan badannya untuk menolak cabaran berkenaan.

Di Teluk Intan, golongan propaganda Pakatan Rakyat telah menimbulkan pelbagai cerita-cerita negatif berhubung calon DAP dengan harapan untuk menjerat jentera propaganda Barisan Nasional. Selepas berita yang mereka cipta menjadi viral, propaganda Pakatan seterusnya ialah menyalahkan UMNO dan menyatakan itu adalah fitnah UMNO semata-mata.

Nampaknya, N.Surendran dan Latheefa Koya juga menggunakan kaedah yang sama kali ini.
Showing posts with label n.surendran. Show all posts
Showing posts with label n.surendran. Show all posts

N.SURENDRAN Pula Menggeletar Bila Tindakan Bakal Diambil Ke Atasnya Kerana Hina Mahkamah

Wednesday, 13 August 2014 · 7 comments

Antara peguam-peguam Anwar Ibrahim yang paling bodoh tetapi bermulut paling celupar adalah N.Surendran yang juga merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Padang Serai. Selama ini pun terlalu banyak kebiadapan dan kurang ajar yang ditunjukkan oleh peguam tersebut terhadap sesiapa sahaja yang dirasakan menentang Anwar Ibrahim.

Malah sebagai peguam, dia berasakan dia lebih berkuasa berbanding mahkamah sehingga dia begitu lancang mempertikaikan setiap keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Anwar Ibrahim atau sikap rasisnya dalam pembelaannya ke atas kes-kes melibatkan penjenayah kaum India.

Hari ini satu petisyen telah dihantar kepada Ketua Hakim Negara agar mengambil tindakan ke atas kenyataan awam N.Surendran pada 8 Ogos 2014 yang dibuatnya di pekarangan Istana Kehakiman atas kapasiti selaku peguambela Anwar Ibrahim dengan kecenderungan untuk menghina institusi kehakiman negara.

N.Surendran dalam kenyataannya kepada media, telah mempersoalkan integriti institusi kehakiman negara apabila membuat kesimpulan bahawa kes Anwar Ibrahim merupakan kes konspirasi yang diatur oleh Perdana Menteri dan konspirasi tersebut secara tidak langsung telah mempengaruhi keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang mensabitkan kesalahan meliwat oleh Anwar Ibrahim ke atas pembantu peribadinya dengan hukuman penjara selama 5 tahun.


Justeru petisyen tersebut menuntut agar Ketua Hakim Negara mengarahkan satu siasatan menyeluruh ke atas kenyataan awam N.Surendran sama ada berunsur jenayah penghinaan mahkamah atau sebaliknya. Malah petisyen itu juga menuntut agar diadakan siasatan ke atas semua pihak termasuk memohon mahkamah memberikan hak membela diri kepada semua pihak yang terlibat.

Jikalau disabitkan kesalahan, N.Surendran boleh dikenakan tindakan dan Majlis Peguam yang selama ini sangat cenderung kepada Anwar Ibrahim tidak punya pilihan selain membatalkan lesen guaman N.Surendran!

N.SURENDRAN Buat Laporan Polis Kerana 'Twitter Palsu'

Thursday, 5 June 2014 · 1 comments


Jam 11:27 pagi tadi, Ahli Parlimen Padang Serai merangkap Naib Presiden PKR, N.Surendran dengan ditemani oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung penyiaran satu kenyataannya dalam Twitter oleh beberapa buah blog dan twitter pro-Barisan Nasional.

Dalam kenyataan medianya yang diadakan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, N.Surendran menegaskan bahawa dia tidak ada kena-mengena langsung dengan twitter berkenaan, sebaliknya menuduh jentera propaganda dan siber pro-BN yang melakukan untuk mengotorkan namanya.

Tweet yang dimaksudkan bertarikh 22 Mei 2014, kononnya telah dipalsukan dengan perkataan-perkataan berikut:

"Almost everyday policemen were killed in India. But in Malaysia, when a Malay police killed it bocmes a big issue."

Kononnya penyebaran twitter palsu itu telah mencemarkan dan merosakkan reputasi serta nama baiknya selaku Ahli Parlimen dan ahli politik. Oleh kerana itu, dia membuat laporan polis agar polis cepat-cepat mengambil tindakan terhadap mereka yang 'telah menfitnahnya'.

Namun sesuatu yang lain perlu juga difikirkan.

N.Surendran dan permusuhan serta kebenciannya terhadap PDRM bukanlah sesuatu yang rahsia. Bukan juga rahsia, N.Surendran membela para penjenayah dan menyalahkan pasukan polis dalam apa-apa sahaja kes membabitkan penangkapan, pembanterasan mahupun operasi menangani penjenayah. Dia juga adalah orang yang paling lantang dalam usaha mencetuskan kebencian masyarakat India kepada PDRM apabila ada penjenayah berbangsa India yang ditembak mati atau mati dalam tahanan. Begitu juga apabila ada anggota polis dari masyarakat India yang terbunuh ketika bertugas, dia juga cuba mencetuskan kebencian kaum dan cuba menyalahkan Melayu sebagai punca kematian tersebut.

Namun, sebaliknya apabila ada anggota polis Melayu atau Bumiputera yang terbunuh, N.Surendran tidak bersuara atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan sinis sama ada menerusi Twitter mahupun menerusi ceramah-ceramahnya.

Sepatutnya, bukan blogger pro-BN sahaja yang perlu disiasat berhubung laporan polis yang dibuat oleh N.Surendran, sebaliknya N.Surendran sendiri perlu disiasat kerana kecenderungannya untuk MEMBUNUH ANGGOTA POLIS telah lama ditunjukkan.

N.Surendran dan Latheefa Koya Buat Laporan Polis Berhubung Twitter Hina Kematian Anggota Polis

Wednesday, 4 June 2014 · 8 comments


Terkesan dengan kemarahan orang ramai terhadap kedua-duanya, peguam PKR, N.Surendran dan pasangannya, Latheefa Koya dilaporkan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi esok, jam 11:00 pagi berhubung penyiaran twitter-twitter yang dikatakan telah dipalsukan.

Mereka berdua akan ditemani oleh Ketua Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan peguam, Eric Paulsen.

N.Surendran dan Latheefa Koya merupakan antara peguam-peguam Pakatan Rakyat yang cukup kuat membela penjenayah dan sangat gembira apabila ada anggota-anggota polis, khususnya yang berbangsa Melayu mati dibunuh oleh penjenayah. Walaupun tidak bersorak-sorai atau menari-nari seperti yang berlaku dalam filem-filem Asia Selatan, namun N.Surendran sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan mengecam dan memperlekehkan anggota-anggota serta pasukan polis, sebaliknya membesar-besarkan penjenayah.

Antara kes-kes membela penjenayah yang dikendalikan oleh N.Surendran termasuklah melibatkan seorang pencuri kereta mewah, A.Kugan yang kemudiannya mati ketika dalam tahanan. N.Surendran menuduh A.Kugan telah dibunuh oleh anggota polis.

Begitu juga dengan kematian lima orang anggota kongsi gelap di Pulau Pinang yang berbalas-balas tembakan dengan anggota-anggota polis. Kes tersebut membuatkan Ketua Polis Negara mencabar N.Surendran untuk turut serta dalam operasi polis. N.Surendran pada mulanya menyahut cabaran tersebut tetapi kemudian dengan menggunakan lidahnya yang berbelit, memberikan pelbagai alasan termasuklah vest keselamatan yang tidak muat dengan badannya untuk menolak cabaran berkenaan.

Di Teluk Intan, golongan propaganda Pakatan Rakyat telah menimbulkan pelbagai cerita-cerita negatif berhubung calon DAP dengan harapan untuk menjerat jentera propaganda Barisan Nasional. Selepas berita yang mereka cipta menjadi viral, propaganda Pakatan seterusnya ialah menyalahkan UMNO dan menyatakan itu adalah fitnah UMNO semata-mata.

Nampaknya, N.Surendran dan Latheefa Koya juga menggunakan kaedah yang sama kali ini.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks