Itu yang sering diberitahu kepada anak-anak kita. Malah para pemimpin dari pelbagai fikrah politik juga memperkatakan perkara yang sama.
Bagaimanapun, apabila membabitkan keluarga Anwar Ibrahim, lain pula ceritanya. Anwar Ibrahim dan seluruh keluarganya terkecuali daripada sebarang tindakan undang-undang. Kalau dikenakan juga tindakan undang-undang, mereka akan melabelkannya sebagai sekatan kebebasan bersuara dan menghalang demokrasi. Mereka akan mengadu kepada Amerika Syarikat, meminta USA menghantar bala tentera dan menyerang Malaysia.
Itu yang sedang berlaku.
Nurul Izzah telah melanggar undang-undang dan Perlembagaan Malaysia di bawah Artikel 63 Fasal 2. Bagaimanapun, para penyokongnya diberitahu bahawa Nurul Izzah adalah seorang Ahli Parlimen yang kebal daripada sebarang tindakan undang-undang kerana menurut Artikel 63 Fasal 1, seseorang Ahli Parlimen itu diberikan kekebalan untuk mengucapkan apa-apa sahaja ketika sidang Dewan dan mereka tidak boleh dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Fasal 2 dalam Artikel yang sama, diketepikan kerana ianya membabitkan Nurul Izzah binti Anwar bin Ibrahim.
Semalam, di hadapan pusat tahanan reman Jinjang, Wan Azizah mengepalai Solidariti Untuk Nurul Izzah yang diinisiatifkan oleh seorang lagi anak perempuannya, Nurul Nuha yang juga merupakan calon PKR untuk Parlimen Permatang Pauh sekiranya pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak diperolehi.
Sedangkan perkara sebenar yang menyebabkan mereka dalam keadaan tersebut adalah perbuatan mereka sendiri yang melanggar semua undang-undang di negara ini.











