SEKITAR Jam-Jam Terawal Hari Pengundian PRK Pengkalan Kubor

Thursday, 25 September 2014 | 0 comments





Jam 8:00 pagi: Menteri Besar Kelantan turut mengiringi calon PAS ke Pusat Mengundi di SK Bendang Pak Yong dan calon selesai mengundi pada jam 8:15 pagi.

Jam 8:25 pagi: Jalan dari Telaga Bata ke SK Bunohan sudah mulai sesak.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Kg. Ketil (SK Pengkalan Kubor 2), kempen PAS kelihatan lebih agresif berbanding BN di Pusat Pembuangan Undi. PAS menggunakan plakad GST dan Royalti bagi meraih undi apabila pengundi melintasi barong PAS.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Tujoh, peraih undi BN lebih kurang 120 orang dan PAS pula lebih kurang 80 orang. Masing-masing agresif untuk meraih undi. Walau bagaimanapun, keadaan baik dan terkawal.

Jam 8:33 pagi: PDM Kampung Geting, peraih undi BN lebih kurang 20 orang dan PAS lebih kurang 15 orang. Keadaan terkawal. Laluan trafik lancar di jalan utama dan lorong masuk ke lokaliti.

Jam 8:45 pagi: PDM Teluk Jering (SK Teluk Jering, lebih kurang 25 orang peraih undi PAS telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Teluk Jering. Jentera BN pula lebih kurang 30 orang juga dilihat bergerak aktif. Keadaan cuaca cerah. Laluan trafik lancar.






Jam 8:47 pagi:  PDM Pengkalan Kubor, peraih undi lebih kurang 80 orang dan BN lebih kurang 50 orang. Jalan utamake tempat pembuangan undi sesak teruk. Polis trafik telah diatur untuk melancarkan lalu lintas.

Jam 9:00 pagi: PDM Teluk Jering (SK Kg. Geting) Lebih kurang 100 orang peraih undi PAS dan 100 orang pengundi BN telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Kg.Geting. Jentera BN dan PAS bergiat aktif tetapi terkawal. Laluan trafik masih lancar walaupun keadaan jalanraya sesak.

Jam 9:04 pagi: PDM Bunohan, terdapat dua kmpulan perayu undi parti bertanding. Di hujung sebelah kiri SK Bunohan dan satu lagi di hujung sebelah kanan SK Bunohan (berhadapan masjid). Perayu undi kedua-dua parti bertanding lebih agresif di penjuru sebelah kiri SK Bunohan. Penjuru sebelah kiri SK Bunohan dikuasai oleh perayu undi BN dengan jumlah mereka adalah lebih kurang 70 orang berbanding PAS, lebih kurang 10 orang.

Jam 9:20 pagi: PDM Kampung Geting, sehingga jam 9:00 seramai 247 daripada 338 orang pengundi telah menyemak daftar undi mereka di pondok BN. Aliran pengundian berjalan lancar.

Jam 9:22 pagi: PDM Kedai Geting, terdapat dua kumpulan perayu undi dari parti yang bertanding. Peraih BN di hujung sebelah kanan SMK Geting dan PAS di sebelah kiri SMK Geting (berhadapan sekolah). Perayu dan peraih undi kedua-dua parti sama-sama agresif menarik pengundi. Jumlah lebih kurang 50 orang perayu BN manakala perayu undi PAS pula sekitar 20 orang.
 






Jam 9:45 pagi: PDM Pengkalan Kubor, berlaku sedikit kekecohan di kalangan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding di PDM Pengkalan Kubor kerana diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Pihak berkuasa telah berjaya mententeramkan keadaan dan menasihati kedua-dua belah pihak agar menjarakkan kumpulan mereka sejauh 2 meter. Keadaan terkawal. 

Jam 10:16 pagi: Punca kesesakan dari MRSM ke Geting telah dikenalpasti. Pertama, kenderaan diletakkan di jalan sepanjang jalan ke MRSM. Kedua, lampu isyarat Geting yang tidak efektif. 

Jam 10:18 pagi: Anggota polis trafik berjaya menyuraikan kesesakan dari Tumpat ke MRSM.

Jam 10:38 pagi: Berdasarkan maklumat, seramai 60 orang pengundi Cina PDM Pengkalan Kubor dan Kg.Ketil telah keluar mengundi. Manakala di Jubakar pula, sehingga artikel ini ditulis, jumlah pengundi Cina yang telah keluar mengundi adalah 28 orang. 







laporan lanjut akan menyusul

PAS Tandus Isu Sehingga Terpaksa Cipta Cerita Calon BN Pengkalan Kubor Ada Skandal Sampai Mengandung Dengan Bekas Pelajar

Thursday, 18 September 2014 | 11 comments

PAS di Pengkalan Kubor nampaknya sudah mati akal. Sudahlah calon sendiri ditikam dan dicantas oleh kalangan PAS tempatan kerana beberapa skandal dan penyelewengannya sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat, beberapa kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan merancang, menyedia dan menyiapkan prasarana untuk rakyat di Pengkalan Kubor, mula disebut-sebut.

Taktik PAS mengalihkan perkara sebenar dengan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak menyediakan banyak kemudahan dan keperluan di Pengkalan Kubor serta Kelantan, sudah mula memakan diri sendiri ekoran sudah ramai yang mempersoalkan kuasa Kerajaan Negeri dengan kuasa Kerajaan Pusat dalam pembangunan negeri.

Disebabkan isu pembangunan dan royalti minyak kurang mantap, PAS mula menjadikan kehidupan peribadi calon BN, Mat Razi Mat Ail sebagai sasaran.

Dan seperti biasa, skandal seks menjadi umpan yang paling sedap untuk mengalihkan sokongan.

Kononnya, PAS berjaya menjejaki seorang wanita yang pernah belajar di salah sebuah sekolah di Geting dalam kawasan Pengkalan Kubor, yang pernah menjalin hubungan asmara dan seks dengan Mat Razi.

Kononnya juga, hubungan sulit itu berlaku sewaktu Mat Razi menjadi guru di sekolah berkenaan. Oleh kerana hubungan sulit itulah, isteri Mat Razi tidak keluar berkempen membantu suaminya sebagai calon kerana bimbang, akan ada pengundi yang bertanya dan dia tidak boleh menjawab.

PAS pernah menggunakan taktik yang sama dalam PRK Permatang Pasir pada tahun 2009 ke atas calon BN, Rohaizat Othman. Rohaizat yang sedang mendapat sokongan besar, tiba-tiba didedahkan mempunyai seorang isteri yang dikahwini secara rahsia  demi menutup pengetahuan isteri pertama.

Pemimpin PAS yang terlibat secara langsung dalam isu tersebut sehingga menyebabkan rumahtangga Rohaizat Othman dengan wanita berkenaan runtuh selepas PRK Permatang Pasir, adalah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi. Tantawi bukan sahaja membawa wanita tersebut pada acara ceramah dan kempen, malah turut juga membawa pelbagai cerita yang sebenarnya tidak perlu didedahkan kepada orang ramai kerana itu adalah masalah rumahtanggan Rohaizat dan isteri-isterinya.

Taktik yang sama nampaknya berulang di PRK DUN Pengkalan Kubor. Bezanya, calon dahulu didakwa mengabaikan isteri keduanya kerana terlalu takut dengan isteri pertama, manakala di Pengkalan Kubor, calon BN dituduh berzina sehingga pasangannya mengandung, sebelum dinikahkan dan diceraikan.

Pengedaran Risalah dan VCD Fitnah Royalti Minyak Ke Thailand, Dikesan dan Dibuat Laporan Polis

Beberapa hari lepas, para penyokong Pakatan Rakyat buat bising tentang kewujudan VCD yang kata mereka, dibuat oleh UMNO-BN untuk menfitnah Pakatan Rakyat (PAS) dalam kempen PRK DUN Pengkalan Kubor.

Bagaimanapun, isi kandungan VCD tersebut selari dengan apa yang disebutkan oleh ADUN Meranti yang juga merupakan salah seorang Exco Kelantan, Mohd Nasaruddin Daud dalam ceramahnya di UPU Simpangan pada Ahad lepas.

Dalam ceramahnya, Mohd Nasaruddin Daud menyatakan, Kerajaan Malaysia telah membayar royalti minyak kepada Thailand kerana mendaratkan minyak di negara tersebut. Royalti tersebut kemudiannya digunakan oleh Kerajaan Thailand untuk memerangi pejuang-pejuang pemisah di Selatan Thailand.

Seorang lelaki yang merupakan seorang peniaga kecil-kecilan telah membuat laporan polis apabila menemui satu bungkusan mengandungi CD dan sehelai kertas yang mengandungi butiran penceramah di hadapan Masjid Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Tumpat. Penceramah yang dipaparkan di dalam CD tersebut adalah Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Berdasarkan maklumat dari CD tersebut, Kerajaan Barisan Nasional dikatakan telah bertindak menzalimi rakyat Kelantan dan tidak mematuhi undang-undang isu royalti, padahal, isu royalti masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

Isu royalti merupakan antara isu yang paling banyak dan digemari oleh para penceramah PAS memandangkan kebanyakan rakyat Kelantan kurang memahami isu sebenar, apatah lagi mereka telah disekat daripada pelbagai maklumat yang menerangkan perkara sebenar.

KILANG PAPAN HARAM di Bendang Pok Yong Milik Calon PAS?

Wednesday, 17 September 2014 | 4 comments


Sebaik-baik sahaja Wan Rosdi dinamakan sebagai calon PAS untuk PRK DUN Pengkalan Kubor, maka terkeluarlah pertanyaan yang selama ini tidak dijawab oleh sesiapa pun, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pok Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS.

Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007.

Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan.



Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri serta Perkayuan Kelantan. Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pok Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi!

Siapa lagi yang lebih tepat untuk menepati ciri-ciri berkenan selain daripada Wan Rosdi Wan Ibrahim?

Tiada sebarang papan tanda atau pun nama syarikat berdaftar. Tiada juga operasi pemeriksaan oleh Jabatan Hutan mahupun Majlis Daerah Tumpat ke kawasan kilang. Tiada juga sebarang operasi meskipun kayu-kayu balak diletakkan di tepi jalan berhampiran kilang berkenaan.

Justeru, benarkah kilang berkenaan dimiliki oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai atau sebenarnya Wan Rosdi memang ada saham dalam kilang tersebut?

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan DITUTUP!

Tuesday, 16 September 2014 | 0 comments


Pembohongan PAS... Tanah Merah dan Pengkalan Kubor jauh dan bukan satu kawasan!
 
Bilik Gerakan PAS di PDM Simpangan yang terletak di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor telah ditutup oleh ahli-ahlinya. Walaupun tidak menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional, namun kebanyakan daripada mereka dilihat condong kepada calon Barisan Nasional memandangkan Haji Mat Razi berasal dari kampung tersebut.

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan yang baru bagaimanapun, telah dibuka oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) berhadapan dengan SK Kg. Simpangan.

Daripada maklumat yang diterima, bilik gerakan berkenaan ditutup kerana ketua dan ahli-ahlinya segan dengan calon BN yang berasal dari PDM itu. Walau bagaimanapun, sokongan yang diberikan adalah secara terselindung dan dianggarkan melebihi 50% ahli PAS kawasan berkenaan telah berikrar untuk mengundi calon BN.

Ketua PAS Cawangan Simpangan yang juga tuan rumah rumah bilik gerakan berkenaan dilaporkan telah berjumpa calon BNdan menyuarakan hasrat untuk menyokong calon BN secara senyap. Walau bagaimanapun, dia terpaksa membenarkan rumahnay digunakan oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) sebagai menghormati hubungan dalam parti.

Adik kepada calon BN, Zulkifli bin Mat Ail juga telah menyatakan seramai 7 pemimpin PAS setempat serta para pengikut mereka di PDM berkenaan akan menyokong dan mengundi secara senyap kepada calon BN.

Adalah dipercayai, ketujuh-tujuh pemimpin PAS setempat itu merupakan saudara mara calon BN. Dijangka lebih 50% pengundi di PDM Simpangan yang menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-13 lalu akan mengundi calon BN.

SAIFUDDIN NASUTION Lancar Kempen Sokong Calon BEBAS Untuk Malukan Hadi Awang

Monday, 15 September 2014 | 3 comments

Setiausaha Agung PKR meangkap bekas Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah melancarkan kempen malukan Hadi Awang dan PAS untuk membalas dendam setelah Hadi Awang terus bertegas dan mempertahankan Khalid Ibrahim selain enggan memberikan sokongan kepada Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor sepertimana yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim.

Daripada maklumat beberapa orang pemimpin PKR setempat sendiri yang enggan nama mereka disiarkan, Saifuddin Nasution telah memberikan arahan kepada sanak saudara dan para penyokong PKR di Pengkalan Kubor agar menguburkan PAS dengan memberikan undi kepada calon BEBAS.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memalukan Hadi Awang dan PAS. Menurut Saifuddin Nasution, sekiraya calon BEBAS dapat undi lebih berbanding semasa PRU alu, maknanya PAS aan tahu bahawa itu adalah suara akar umbi PKR yang menyanggah penghinaan Presiden PAS kepada Presiden PKR.

Melihat kepada perkembangan kempen di Pengkalan Kubor pun, PKR nampaknya langsung tidak membantu sebaliknya banyak maklumat yang memperkatakan tentang bantuan-bantuan senyap yang diberian oleh PKR kepada calon BEBAS termasuklah kewangan dan kempen!
Showing posts with label PRK Pengkalan Kubur. Show all posts
Showing posts with label PRK Pengkalan Kubur. Show all posts

SEKITAR Jam-Jam Terawal Hari Pengundian PRK Pengkalan Kubor

Thursday, 25 September 2014 · 0 comments





Jam 8:00 pagi: Menteri Besar Kelantan turut mengiringi calon PAS ke Pusat Mengundi di SK Bendang Pak Yong dan calon selesai mengundi pada jam 8:15 pagi.

Jam 8:25 pagi: Jalan dari Telaga Bata ke SK Bunohan sudah mulai sesak.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Kg. Ketil (SK Pengkalan Kubor 2), kempen PAS kelihatan lebih agresif berbanding BN di Pusat Pembuangan Undi. PAS menggunakan plakad GST dan Royalti bagi meraih undi apabila pengundi melintasi barong PAS.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Tujoh, peraih undi BN lebih kurang 120 orang dan PAS pula lebih kurang 80 orang. Masing-masing agresif untuk meraih undi. Walau bagaimanapun, keadaan baik dan terkawal.

Jam 8:33 pagi: PDM Kampung Geting, peraih undi BN lebih kurang 20 orang dan PAS lebih kurang 15 orang. Keadaan terkawal. Laluan trafik lancar di jalan utama dan lorong masuk ke lokaliti.

Jam 8:45 pagi: PDM Teluk Jering (SK Teluk Jering, lebih kurang 25 orang peraih undi PAS telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Teluk Jering. Jentera BN pula lebih kurang 30 orang juga dilihat bergerak aktif. Keadaan cuaca cerah. Laluan trafik lancar.






Jam 8:47 pagi:  PDM Pengkalan Kubor, peraih undi lebih kurang 80 orang dan BN lebih kurang 50 orang. Jalan utamake tempat pembuangan undi sesak teruk. Polis trafik telah diatur untuk melancarkan lalu lintas.

Jam 9:00 pagi: PDM Teluk Jering (SK Kg. Geting) Lebih kurang 100 orang peraih undi PAS dan 100 orang pengundi BN telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Kg.Geting. Jentera BN dan PAS bergiat aktif tetapi terkawal. Laluan trafik masih lancar walaupun keadaan jalanraya sesak.

Jam 9:04 pagi: PDM Bunohan, terdapat dua kmpulan perayu undi parti bertanding. Di hujung sebelah kiri SK Bunohan dan satu lagi di hujung sebelah kanan SK Bunohan (berhadapan masjid). Perayu undi kedua-dua parti bertanding lebih agresif di penjuru sebelah kiri SK Bunohan. Penjuru sebelah kiri SK Bunohan dikuasai oleh perayu undi BN dengan jumlah mereka adalah lebih kurang 70 orang berbanding PAS, lebih kurang 10 orang.

Jam 9:20 pagi: PDM Kampung Geting, sehingga jam 9:00 seramai 247 daripada 338 orang pengundi telah menyemak daftar undi mereka di pondok BN. Aliran pengundian berjalan lancar.

Jam 9:22 pagi: PDM Kedai Geting, terdapat dua kumpulan perayu undi dari parti yang bertanding. Peraih BN di hujung sebelah kanan SMK Geting dan PAS di sebelah kiri SMK Geting (berhadapan sekolah). Perayu dan peraih undi kedua-dua parti sama-sama agresif menarik pengundi. Jumlah lebih kurang 50 orang perayu BN manakala perayu undi PAS pula sekitar 20 orang.
 






Jam 9:45 pagi: PDM Pengkalan Kubor, berlaku sedikit kekecohan di kalangan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding di PDM Pengkalan Kubor kerana diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Pihak berkuasa telah berjaya mententeramkan keadaan dan menasihati kedua-dua belah pihak agar menjarakkan kumpulan mereka sejauh 2 meter. Keadaan terkawal. 

Jam 10:16 pagi: Punca kesesakan dari MRSM ke Geting telah dikenalpasti. Pertama, kenderaan diletakkan di jalan sepanjang jalan ke MRSM. Kedua, lampu isyarat Geting yang tidak efektif. 

Jam 10:18 pagi: Anggota polis trafik berjaya menyuraikan kesesakan dari Tumpat ke MRSM.

Jam 10:38 pagi: Berdasarkan maklumat, seramai 60 orang pengundi Cina PDM Pengkalan Kubor dan Kg.Ketil telah keluar mengundi. Manakala di Jubakar pula, sehingga artikel ini ditulis, jumlah pengundi Cina yang telah keluar mengundi adalah 28 orang. 







laporan lanjut akan menyusul

PAS Tandus Isu Sehingga Terpaksa Cipta Cerita Calon BN Pengkalan Kubor Ada Skandal Sampai Mengandung Dengan Bekas Pelajar

Thursday, 18 September 2014 · 11 comments

PAS di Pengkalan Kubor nampaknya sudah mati akal. Sudahlah calon sendiri ditikam dan dicantas oleh kalangan PAS tempatan kerana beberapa skandal dan penyelewengannya sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat, beberapa kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan merancang, menyedia dan menyiapkan prasarana untuk rakyat di Pengkalan Kubor, mula disebut-sebut.

Taktik PAS mengalihkan perkara sebenar dengan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak menyediakan banyak kemudahan dan keperluan di Pengkalan Kubor serta Kelantan, sudah mula memakan diri sendiri ekoran sudah ramai yang mempersoalkan kuasa Kerajaan Negeri dengan kuasa Kerajaan Pusat dalam pembangunan negeri.

Disebabkan isu pembangunan dan royalti minyak kurang mantap, PAS mula menjadikan kehidupan peribadi calon BN, Mat Razi Mat Ail sebagai sasaran.

Dan seperti biasa, skandal seks menjadi umpan yang paling sedap untuk mengalihkan sokongan.

Kononnya, PAS berjaya menjejaki seorang wanita yang pernah belajar di salah sebuah sekolah di Geting dalam kawasan Pengkalan Kubor, yang pernah menjalin hubungan asmara dan seks dengan Mat Razi.

Kononnya juga, hubungan sulit itu berlaku sewaktu Mat Razi menjadi guru di sekolah berkenaan. Oleh kerana hubungan sulit itulah, isteri Mat Razi tidak keluar berkempen membantu suaminya sebagai calon kerana bimbang, akan ada pengundi yang bertanya dan dia tidak boleh menjawab.

PAS pernah menggunakan taktik yang sama dalam PRK Permatang Pasir pada tahun 2009 ke atas calon BN, Rohaizat Othman. Rohaizat yang sedang mendapat sokongan besar, tiba-tiba didedahkan mempunyai seorang isteri yang dikahwini secara rahsia  demi menutup pengetahuan isteri pertama.

Pemimpin PAS yang terlibat secara langsung dalam isu tersebut sehingga menyebabkan rumahtangga Rohaizat Othman dengan wanita berkenaan runtuh selepas PRK Permatang Pasir, adalah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi. Tantawi bukan sahaja membawa wanita tersebut pada acara ceramah dan kempen, malah turut juga membawa pelbagai cerita yang sebenarnya tidak perlu didedahkan kepada orang ramai kerana itu adalah masalah rumahtanggan Rohaizat dan isteri-isterinya.

Taktik yang sama nampaknya berulang di PRK DUN Pengkalan Kubor. Bezanya, calon dahulu didakwa mengabaikan isteri keduanya kerana terlalu takut dengan isteri pertama, manakala di Pengkalan Kubor, calon BN dituduh berzina sehingga pasangannya mengandung, sebelum dinikahkan dan diceraikan.

Pengedaran Risalah dan VCD Fitnah Royalti Minyak Ke Thailand, Dikesan dan Dibuat Laporan Polis

· 1 comments

Beberapa hari lepas, para penyokong Pakatan Rakyat buat bising tentang kewujudan VCD yang kata mereka, dibuat oleh UMNO-BN untuk menfitnah Pakatan Rakyat (PAS) dalam kempen PRK DUN Pengkalan Kubor.

Bagaimanapun, isi kandungan VCD tersebut selari dengan apa yang disebutkan oleh ADUN Meranti yang juga merupakan salah seorang Exco Kelantan, Mohd Nasaruddin Daud dalam ceramahnya di UPU Simpangan pada Ahad lepas.

Dalam ceramahnya, Mohd Nasaruddin Daud menyatakan, Kerajaan Malaysia telah membayar royalti minyak kepada Thailand kerana mendaratkan minyak di negara tersebut. Royalti tersebut kemudiannya digunakan oleh Kerajaan Thailand untuk memerangi pejuang-pejuang pemisah di Selatan Thailand.

Seorang lelaki yang merupakan seorang peniaga kecil-kecilan telah membuat laporan polis apabila menemui satu bungkusan mengandungi CD dan sehelai kertas yang mengandungi butiran penceramah di hadapan Masjid Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Tumpat. Penceramah yang dipaparkan di dalam CD tersebut adalah Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Berdasarkan maklumat dari CD tersebut, Kerajaan Barisan Nasional dikatakan telah bertindak menzalimi rakyat Kelantan dan tidak mematuhi undang-undang isu royalti, padahal, isu royalti masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

Isu royalti merupakan antara isu yang paling banyak dan digemari oleh para penceramah PAS memandangkan kebanyakan rakyat Kelantan kurang memahami isu sebenar, apatah lagi mereka telah disekat daripada pelbagai maklumat yang menerangkan perkara sebenar.

KILANG PAPAN HARAM di Bendang Pok Yong Milik Calon PAS?

Wednesday, 17 September 2014 · 4 comments


Sebaik-baik sahaja Wan Rosdi dinamakan sebagai calon PAS untuk PRK DUN Pengkalan Kubor, maka terkeluarlah pertanyaan yang selama ini tidak dijawab oleh sesiapa pun, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pok Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS.

Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007.

Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan.



Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri serta Perkayuan Kelantan. Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pok Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi!

Siapa lagi yang lebih tepat untuk menepati ciri-ciri berkenan selain daripada Wan Rosdi Wan Ibrahim?

Tiada sebarang papan tanda atau pun nama syarikat berdaftar. Tiada juga operasi pemeriksaan oleh Jabatan Hutan mahupun Majlis Daerah Tumpat ke kawasan kilang. Tiada juga sebarang operasi meskipun kayu-kayu balak diletakkan di tepi jalan berhampiran kilang berkenaan.

Justeru, benarkah kilang berkenaan dimiliki oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai atau sebenarnya Wan Rosdi memang ada saham dalam kilang tersebut?

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan DITUTUP!

Tuesday, 16 September 2014 · 0 comments


Pembohongan PAS... Tanah Merah dan Pengkalan Kubor jauh dan bukan satu kawasan!
 
Bilik Gerakan PAS di PDM Simpangan yang terletak di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor telah ditutup oleh ahli-ahlinya. Walaupun tidak menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional, namun kebanyakan daripada mereka dilihat condong kepada calon Barisan Nasional memandangkan Haji Mat Razi berasal dari kampung tersebut.

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan yang baru bagaimanapun, telah dibuka oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) berhadapan dengan SK Kg. Simpangan.

Daripada maklumat yang diterima, bilik gerakan berkenaan ditutup kerana ketua dan ahli-ahlinya segan dengan calon BN yang berasal dari PDM itu. Walau bagaimanapun, sokongan yang diberikan adalah secara terselindung dan dianggarkan melebihi 50% ahli PAS kawasan berkenaan telah berikrar untuk mengundi calon BN.

Ketua PAS Cawangan Simpangan yang juga tuan rumah rumah bilik gerakan berkenaan dilaporkan telah berjumpa calon BNdan menyuarakan hasrat untuk menyokong calon BN secara senyap. Walau bagaimanapun, dia terpaksa membenarkan rumahnay digunakan oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) sebagai menghormati hubungan dalam parti.

Adik kepada calon BN, Zulkifli bin Mat Ail juga telah menyatakan seramai 7 pemimpin PAS setempat serta para pengikut mereka di PDM berkenaan akan menyokong dan mengundi secara senyap kepada calon BN.

Adalah dipercayai, ketujuh-tujuh pemimpin PAS setempat itu merupakan saudara mara calon BN. Dijangka lebih 50% pengundi di PDM Simpangan yang menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-13 lalu akan mengundi calon BN.

SAIFUDDIN NASUTION Lancar Kempen Sokong Calon BEBAS Untuk Malukan Hadi Awang

Monday, 15 September 2014 · 3 comments

Setiausaha Agung PKR meangkap bekas Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah melancarkan kempen malukan Hadi Awang dan PAS untuk membalas dendam setelah Hadi Awang terus bertegas dan mempertahankan Khalid Ibrahim selain enggan memberikan sokongan kepada Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor sepertimana yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim.

Daripada maklumat beberapa orang pemimpin PKR setempat sendiri yang enggan nama mereka disiarkan, Saifuddin Nasution telah memberikan arahan kepada sanak saudara dan para penyokong PKR di Pengkalan Kubor agar menguburkan PAS dengan memberikan undi kepada calon BEBAS.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memalukan Hadi Awang dan PAS. Menurut Saifuddin Nasution, sekiraya calon BEBAS dapat undi lebih berbanding semasa PRU alu, maknanya PAS aan tahu bahawa itu adalah suara akar umbi PKR yang menyanggah penghinaan Presiden PAS kepada Presiden PKR.

Melihat kepada perkembangan kempen di Pengkalan Kubor pun, PKR nampaknya langsung tidak membantu sebaliknya banyak maklumat yang memperkatakan tentang bantuan-bantuan senyap yang diberian oleh PKR kepada calon BEBAS termasuklah kewangan dan kempen!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks