ENTRI TERBARU TUN MAHATHIR SEKADAR MEMBUKA PEKUNG DI DADA UMNO!

Monday 20 April 2015 | 59 comments

Entri terbaru Mahathir dalam blognya (BACA DI SINI), membuatkan sesiapa sahaja yang pernah hidup bukan dengan otak kanak-kanak pada penghujung 1980-an akan mengingati semula detik-detik bagaimana UMNO akhirnya diharamkan dan Mahathir mewujudkan sebuah parti baru bernama UMNO dengan menggunakan perlembagaan dan mengambilalih aset-aset UMNO pada ketika itu.

Cerita yang diberikan kepada ahli-ahli UMNO-Lama ialah, UMNO telah berjaya dipulihkan walaupun hakikatnya, UMNO pada zaman Mahathir adalah UMNO baru bukannya UMNO asal 1946 hasil pemikiran tokoh-tokoh Melayu.

Serangan bertali arus ke atas Mahathir bermula dari tahun 1986 sehingga menyaksikan UMNO diharamkan pada 1987 dan 'dipulihkan semula' pada 1988 banyak berkisar tentang dasar-dasar dan pentadbiran Mahathir sendiri. Bekas-bekas Perdana Menteri bersatu bersama-sama Kumpulan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah menelanjangkan apa-apa sahaja dasar Mahathir yang dilihat sebagai gaya mewah yang membazir walaupun pada masa yang sama, isu skandal kewangan terbesar negara, BMF-Carrian memberi kelebihan kepada Mahathir untuk menangkis serangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Menariknya pada waktu itu, nama-nama tokey-tokey besar yang sudah tentu bukannya Melayu, tidak pernah ditimbulkan kerana mereka dianggap sebagai penolong ekonomi negara. Pemonopolian mereka dalam pelbagai bidang termasuklah dalam pembekalan makanan sehingga menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai orang terkaya di Malaysia, tidak pernah dipersoalkan.

Dasar seperti 'cipta seorang jutawan Melayu untuk mewujudkan 10 jutawan Melayu yang lain' akhirnya menyaksikan kelompok pertama jutawan Melayu dari dasar Mahathir, tidak berkembang biak pun, sebaliknya keserakahan mereka yang bertambah-tambah. Golongan pemimpin UMNO berniaga dan menjadikan projek-projek dalam Kerajaan dan UMNO dengan kaedah Ali-Baba turut berkembang pada zaman Mahathir tanpa dirungut atau ditelanjangkan.

Itu yang didedahkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang pernah terpalit kerana 'I'm the happiest PM in the world' maka 13 Mei 1969 terjadi kesan daripada kekecewaan Melayu-Bumiputera yang terpinggir dalam arus pembangunan negara selepas merdeka.

Kini, Mahathir mengambilalih apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Pada mulanya kelihatan menegur tetapi teguran-tegurannya semakin lama semakin keras sehingga mula melarat kepada gaya hidup mewah Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak sebagai mewakili nada dalam 'surat terbukanya' kepada Tunku Abdul Rahman yang menyaksikan akhirnya dia dipecat dari UMNO pada penghujung 1960-an.

Najib Abdul Razak adalah ketua pemimpin negara masakini. Setiap pemimpin mempunyai cara dan corak pentadbirannya yang tersendiri. Setiap pemimpin mempunyai sosok kelemahannya yang tersendiri. Semua pemimpin bukan maksum dan sempurna. Menjadikan kegagalan silam sebagai pedoman, memang ada benarnya, tetapi mahu memaksa perjalanan negara mengikut acuan 1980-an dan 1990-an, rasa-rasanya hanya kepimpinan negara autokratik yang berfahaman sosialis sahaja yang mampu melakukannya. Apatah lagi Malaysia merupakan sebuah negara terbuka yang bergantung kepada pelaburan luar untuk membangunkan negara ini. Apatah lagi selepas Malaysia dirosakkan oleh pentadbiran tidak cekap sebelum Najib Abdul Razak.

Najib sama seperti Mahathir, tidak sempurna dan banyak dasar-dasar serta polisi pentadbirannya boleh dipersoalkan. Bukan semua orang menikmati apa yang terhasil daripada dasar serta polisi pentadbiran Najib walaupun pada masa yang sama, Najib melaung-laungkan 1Malaysia. Samalah seperti zaman Mahathir apabila slogan Pandang Ke Timur, Bersih Cekap dan Amanah serta Penerapan Nilai-Nilai Islam, sebenarnya lebih bersifat retorik berbanding realiti.

Barangkali Mahathir sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat legasi yang ditinggalkannya, kembali menjulang selepas direncatkan dan digendalakan oleh Abdullah Badawi yang tidak mampu menjadi pemerintah yang baik, berinovatif dan menggunakan dasar mengundur iaitu tidak berbelanja demi memastikan wang tidak susut.

Kerana itulah, Mahathir menekan Najib agar mengikut telunjuknya. Kemudian apabila Najib tersekat kerana kekangan luar biasa akibat masalah ekonomi dunia yang Mahathir sendiri hadapi sebanyak tiga kali iaitu pada dua tahun awal pentadbirannya 1981-1982, kemudian 1986-1988 dan 1996-1998, sebelum Mahathir dan pentadbirannya mampu memecut kembali ekonomi menerusi sokongan berterusan dan kurangnya gangguan, Mahathir kembali melakukan tekanan luar biasa termasuklah dengan menuding ke arah isteri Najib, Rosmah Mansor yang disifatkannya sebagai punca kepada segala permasalahan pentadbiran negara.

Mahathir dalam entry terbarunya itu, masih mempersoalkan tentang kehilangan wang negara. Mahathir menjadikan kehilangan wang negara sebagai punca UMNO-BN bakal kecundang pada PRU-14 nanti. Namun Mahathir terlupa satu perkara, faktor pengundi muda yang tidak lagi hidup di perkampungan setinggan, ketamakan para peniaga selain perubahan sikap rakyat Malaysia sendiri kesan daripada LANGIT TERBUKA yang merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Mahathir sendiri jauh lebih besar masalahnya berbanding kehilangan wang negara yang boleh diselesaikan menerusi beberapa dasar aktif termasuklah percukaian.

Dasar-dasar Najib dilihat cuba menyeimbangi tuntutan yang tidak pernah wujud pada sepanjang zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun. Tekanan luar biasa media sosial pada penghujung zaman pentadbiran Mahathir, terlalu kecil dan peratusannya hanyalah pada angka perpuluhan berbanding Najib yang berhadapan dengan reaksi negatif media sosial hampir seratus peratus yang sampai ke segala ceruk rantau dan secara lebih pantas.

Mungkin ramai tidak sedar, Najib menyeimbangi bajet defisit pada zaman Mahathir dan Abdullah Badawi. Mahathir mengambilalih pentadbiran negara daripada Allahyarham Hussein Onn dengan defisit -1.8% dan mengakhirinya dengan -5% berbanding KDNK. Abdullah Badawi pula memulakan perbelanjaan defisit kerajaan pada kadar -4.1% dan mengakhirinya pada tahun 2008 dengan -4.6%. Sedangkan Najib pula yang mengambilalih pentadbiran negara ketika kewangan negara dalam keadaan gawat kesan daripada pentadbiran tidak cekap Abdullah Badawi pada kadar -6.7% pada tahun 2009, sehingga 2014, kadar defisit perbelanjaan kerajaannya telah menurun kepada -3.5%.

Kalaulah defisit perbelanjaan mampu ditangani oleh Najib di sebalik pelbagai fitnah kononnya dia gagal membangunkan ekonomi negara, masakan Najib tidak mampu mengembungkan kocek perbendaharaan negara. Mahathir pernah terkenal kerana prinsip dan amalan ekonomi menyongsangnya pada tahun 1996-1998 dan dia berjaya walaupun dikecam oleh seluruh dunia, mengapa tidak dibiarkan dan melihat Najib melakukan ujikajinya sendiri sebagaimana peluang yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Mahathir dahulu?

Serangan Mahathir pada retorik slogan Najib iaitu 1Malaysia, samalah seperti Penerapan Nilai-Nilai Islam. Benar, pada zaman pentadbiran Mahathir, Islam mula mendapat tempat luar biasa di kalangan masyarakat Melayu, daripada berselendang kepada bertudung, daripada minum arak secara terbuka tanpa segan silu, kepada dihukum mahkamah syariah jikalau didapati bersalah, daripada jamu arak dalam majlis rasmi kepada jamu air berkarbonat, tetapi Mahathir tetap tidak dapat menghapuskan elemen-elemen taksub termasuklah serangan ganas pentaksub dan ekstremis yang berlabelkan agama seperti yang berlaku di Sauk, mahupun Batu Pahat, malahan Al-Arqam dengan Aurad Muhammadiyah pun telah menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit.

Menyalahkan Rosmah Mansor, ramai pula yang melihat Marina Mahathir yang seringkali bertelagah dan menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran ayahnya sendiri. Isu Marina Mahathir sudah berkali-kali dibangkitkan dan Marina menjadi sosok kelemahan Mahathir yang sedap diserang oleh pembangkang tetapi didiamkan oleh para penyokong UMNO-BN kerana ianya merupakan masalah peribadi keluarga Mahathir. Begitu juga dengan gelagat kedua-dua orang anak angkatnya yang berasal dari Afghanistan.

Kalau hendak dituliskan, terlalu banyak ruang yang akan digunakan untuk menceritakan tentang kebobrokan zaman Mahathir. Rasa-rasanya ramai yang tidak mahu melihat atau mengenang kembali permasalahan yang wujud pada zaman Mahathir kerana jasa-jasanya yang telah ditaburkan oleh Mahathir terutama dalam usaha menukarkan negara ini daripada sebuah negara bijih timah dan getah kepada negara pembuat cip untuk peluru berpandu dan bom nuklear utama dunia. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan untuk tujuan tersebut dan sudah tentulah walau sebaik mana pun pentadbiran Mahathir, yang pasti, rakyatlah sebenarnya yang lebih banyak berkorban, bukannya para pemimpin termasuklah Mahathir sendiri!

Kalau hendak diulangbalik kebaikan pentadbiran Najib yang banyak dicemari oleh tohmahan dan fitnah Pakatan Rakyat, juga terlalu banyak terutama dari segi polisi dan dasar-dasarnya yang bercanggah dengan zaman Mahathir.

Mahathir juga yang berkata, lebih baik diumpat keji kerana melakukan sesuatu daripada diumpat keji kerana langsung tidak berbuat apa-apa seperti Abdullah Badawi.

Mahathir mungkin popular dengan ketegarannya sekarang, tetapi bagaimana pula dengan UMNO dan Barisan Nasional? Adakah Najib mampu mengendalikan UMNO dan Barisan Nasional kalau serangan bertali arus datang dari dalam bahtera sendiri?

GEREJA BARU DI TAMAN MEDAN DAN HIPOKRASI TONY PUA!

Sebenarnya isu yang membabitkan gereja Taman Medan yang menimbulkan kekecohan semalam, bukanlah satu isu besar yang perlu digembar-gemburkan meskipun Taman Medan sendiri suatu masa pernah mencetuskan kontroversi kaum dan agama.

Apabila sesuatu isu membabitkan kaum dan agama, yang diperlukan ialah saling faham-memahami, toleransi dan kompromi.

Seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dari DAP, pada tahun 2008 di Seksyen 4, Bukit Gasing, komposisi penduduk adalah 99.9% Cina tetapi sebuah banglo telah ditukarkan menjadi surau di kawasan berkenaan.

"Penduduk telah membuat aduan bahawa surau tersebut menjadi punca bising dan saya telah melawat serta mengadakan dialog antara penduduk dan pentadbir surau. Hari ini surau tersebut telah dinaiktaraf menjadi masjid dan orang Cina menerimanya. Justeru, kita harus mengikut dan akur dengan prosedur yang ditetapkan," katanya.

Sepatutnya perkara yang sama berlaku di Taman Medan.

Mereka yang tidak suka dengan simbol salib perlu menghantar perwakilan untuk berdialog dengan pentadbir gereja atau pun meminta ADUN mereka mengatur perjumpaan berbanding mengatur 50 orang untuk membuat bantahan ala Pakatan dan kemudian membuat ancaman, sekiranya salib itu tidak diturunkan, kami sendiri yang akan menurunkannya.

Sekiranya kita faham mengapa gereja mempunyai salib dan kita boleh bertoleransi dengan alasan tersebut, mengapa tidak kedua-dua pihak bersetuju untuk sebuah salib kecil yang dinaikkan atau simbol salib pada pintu premis yang menandakan premis berkenaan adalah gereja, bukannya dengan angkuh menaikkan simbol salib di tengah-tengah masyarakat majoriti Islam dan kemudian berkeras dengan beralasan, kebebasan agama dijamin di negara ini.

Mujur jugalah pihak pentadbir gereja segera menurunkan tanda salib tersebut selepas ditekan dan didesak sebagai menghormati sensitiviti masyarakat bermajoriti Islam di kawasan tersebut.

Sebenarnya, sehingga sekarang, tidak terdapat sebarang undang-undang yang membolehkan kerajaan mendakwa sesiapa sahaja yang menyebabkan kekacauan agama kecuali Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan ketidakharmonian, perpecahan, atau terancam, menimbulkan kebencian terhadap sesuatu agama. Akta berkenaan bagaimanapun, telah pun diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Rayuan beberapa tahun lalu.

Baru-baru ini, salah satu pindaan dalam Akta Hasutan yang diluluskan bagi menggantikan akta yang diisytiharkan tidak dan bagi mencegah insiden berulang menyatakan, 'yang menjurus kepada kecederaan dan kemusnahan harta benda secara fizikal' atau 'dilihat mencetuskan ketidaktenteraman, keganasan atau kebencian' antara kaum atau kelas-kelas agama. (Ancaman untuk mematahkan salib adalaah satu kesalahan di bawah akta ini kerana mencetuskan keganasan).

Sekalipun telah diluluskan oleh Parlimen, pindaan tersebut masih belum digazetkan dan masih tidak boleh digunakan. Bagaimanapun, orang seperti Tony Pua seharusnya berasa lebih gembira kerana undang-undang seperti itu akan muncul tidak lama lagi.

Di sinilah kita melihat watak hipokrit yang ditunjukkan oleh Tony Pua dan para penyokong DAP.

Hanya selepas beberapa jam membuat kritikan keras terhadap pindaan Akta Hasutan dan GERAKAN pula menyatakan, pindaan akta tersebut adalah baik untuk negara ini, Tony Pua segera mengarahkan polis agar menggunakan pindaan akta tersebut untuk menangkap para penunjuk perasaan.

Dia menentang tetapi sekarang, dia pula yang sibuk menyuruh polis menggunakan akta yang ditentangnya!

Bukankah lebih baik sekiranya Tony Pua membuat laporan polis berdasarkan pindaan Akta Hasutan bagi membolehkan PDRM bertindak seperti yang dikehendakinya.

Mana boleh, sekejap kritik dan balun dengan menyatakan akta dan undang-undang itu tidak adil tetapi kemudian mengarahkan agar orang lain didakwa di bawah akta yang sama!

Dan apabila laporan polis dibuat, PDRM akan melakukan siasatan terhadap semua penunjuk perasaan tersebut (termasuklah orang UMNO mahupun abang sulung Ketua Polis Negara sendiri) dan melihat sekiranya terdapat mana-mana undang-undang yang telah dilanggar.

Kita juga menantikan keputusan daripada PBT (MBPJ) yang berada di bawah kawalan Pakatan Rakyat, untuk mengesahkan secara rasmi sekiranya gereja tersebut telah memperolehi keizinan untuk menaikkan lambang salib di premis tersebut.

DRAMA KIPAS HIKMAT SEMAKIN RANCAK DI PERMATANG PAUH... KELIBAT WAN AZIZAH SEMAKIN KERAP TERLIHAT!

Asal ada Pilihanraya saja, kipas hikmah pun muncullah bersama-sama pemiliknya. Buah tangan dan hujahnya yang mewajarkan kehadiran kipas hikmah itu pun adalah skrip yang biasa iaitu menagih kasih sayang dan perhatian untuk suaminya, Anwar Ibrahim yang telah dipenjarakan kerana didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya sendiri.

Dengan rekod perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang kemudiannya dipersembahkan untuk suami tersayang, kemudian sebagai ADUN Kajang yang tidak pernah ada apabila diperlukan, cuma tunjuk muka untuk dirakam kamera, Wan Azizah muncul bersama-sama anak perempuannya di Permatang Pauh bagi meraih sokongan buat dirinya atau calon PKR untuk PRK Permatang Pauh.

Permatang Pauh telah dijadikan hak peribadi keluarga Anwar Ibrahim. Dari tahun 1982 sehingga sekarang, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah bersilih ganti. Kononnya kalau Wan Azizah tak bertanding, calonnya tetap datang dari keluarga Anwar Ibrahim juga. Atau paling kurang, sahabat atau macai Anwar Ibrahim yang boleh membentangkan karpet merah apabila Anwar bebas dari penjara 5 tahun lagi.

Apa yang pengundi-pengundi di Kajang dapat selepas mereka memilih Wan Azizah? Adakah hanya dengan semangat dan keseronokan melihat tumbangnya calon BN, sudah cukup bagi mereka berpesta pora, tetapi penduduk pula dari semasa ke semasa mengeluh tentang wakil rakyat mereka yang sukar dihubungi apabila timbul masalah di kalangan penduduk. 

Dari tahun 1982, berapa kali Wan Azizah menjenguk pasar malam di Permatang Pauh? Ramai yang masih ingat, Wan Aziah tidak pernah nampak muka atau bertanya khabar apabila suaminya balik ke Permatang Pauh. Anwar sendiri cuma balik apabila mahu berceramah. Pelbagai janji ditabur tetapi Permatang Pauh tetap juga seperti Permatang Pauh sebelum Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh bermula 1982 lalu walhal setiap tahun ada peruntukan kerajaan di kawasan berkenaan. 

Amaran daripada PAS Permatang Pauh yang berjanji akan menentang Wan Azizah mahupun mana-mana anggota keluarga Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai calon PRK Permatang Pauh, cuba dipandang remeh oleh Wan Azizah dan PKR. Rafizi Ramli dalam kenyataan kerasnya, memberi amaran dan mengugut PAS agar membantu PKR di Permatang Pauh atau bakal berhadapan dengan tindakan paling keras daripada PKR dan DAP.

Barangkali kerana itulah, Wan Azizah cuba menipu kononnya dia telah mendapat persetujuan daripada Ketua PAS Permatang Pauh yang perbincangan mereka menghasilkan resolusi, PAS Permatang Pauh akan membantu Wan Azizah dan PKR di Permatang Pauh. Wan Azizah cuba berlakon konon-kononnya segalanya berlangsung dengan baik dan dia boleh menggunakan dirinya sebagai benteng dan peraih simpati.

Sampai bila Wan Azizah akan terus berlakon dan berlakon dengan kipas hikmatnya?

AMARAN KERAS RAFIZI RAMLI KEPADA PAS: TARIK BALIK BOIKOT ATAU PKR AKAN PUTUSKAN SEMUA HUBUNGAN DENGAN PAS SEPERTI DI SABAH!

Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin menegaskan perkara berikut :-

1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.

3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihanraya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

6. PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP?

7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding PAS.

8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.

9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.

Sekian, terima kasih.

YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

20 April 2015

GEREJA RUMAH KEDAI DI TAMAN MEDAN, SETUJU TURUNKAN SALIB TETAPI PENDUDUK DIPERLEKEHKAN KERANA TAKUTKAN SALIB!

Berita semalam...

Sekumpulan penduduk tempatan berkumpul di tepi Jalan PJS 2B/3, Taman Medan, Petaling Jaya untuk membantah kewujudan sebuah gereja di Taman Medan yang disifatkan mereka sebagai cubaan mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian kawasan berkenaan.

Ini adalah kerana 95% daripada penduduk di Taman Medan, majoriti mereka adalah beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Lebih kurang 40 orang AJK Penduduk PJS 2 dan wartawan telah hadir dalam sesi bantahan tersebut. Antara intipati bantahan ialah:

(1) Penduduk tidak mahu gereja diwujudkan di sekitar kawasan PJS2 kerana majoriti penduduk beragama Islam adalah seramai 95%.

(2) Lambang salib gereja tesebut begitu ketara dan boleh dilihat dengan jelas oleh penduduk kawasan itu seolah-olah memberi isyarat bahawa kawasan berkenaan telah pun dikuasai oleh Kristian.

(3) Penduduk turut mempersoalkan kelulusan yang diberikan oleh MBPJ untuk gereja tersebut beroperasi di atas sebuah rumah kedai dan bertanyakan status premis tersebut sama ada didaftarkan atas rumah ibadat atau atas nama syarikat.

(4) Kegagalan Wakil Rakyat memainkan peranan dan menjaga sensitiviti umat Islam di kawasan berkenaan.

Ketika bantahan berlangsung, terdapat lebih kurang 15 orang Kristian sedang berkumpul untuk khutbah mingguan dalam gereja berkenaan. Polis tiba pada jam 10:30 pagi iaitu sebaik-baik sahaja khutbah Ahad selesai dan bertindak sebagai pendamai antara kumpulan pembantah dan para pemimpin gereja.

Seorang pemimpin setempat yang menenangkan penunjuk perasaan dan menjadi wakil penduduk untuk berunding dengan gereja berkata, gereja bersetuju untuk menurunkan tanda salib tersebut pada Ahad hadapan.

"Sekiranya mereka mendapat kelulusan dari pihak berkuasa, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi kami meminta pertimbangan, ini adalah kawasan kawasan bermajoriti Melayu yang memerlukan mereka menurunkan tanda salib itu," kata ketua penunjuk perasaan, Abdullah Abu Bakar sebagaimana yang dipetik oleh The Star Online sebagai berkata. (SUMBER)

Blogger Helen Ang dalam komentarnya merujuk kes ini dengan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negara China dan Singapura yang langsung tidak bagi muka kepada kaum Evangelist. (RUJUK SINI). Dan menurut blogger tersebut, Kerajaan Melayu Malaysia seharusnya mencontohi KERAJAAN CINA CHINA dan KERAJAAN CINA SINGAPURA dalam menghadapi ancaman bahaya yang dimulakan oleh kaum Evangelist apatah lagi Malaysia adalah negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan walaupun pada masa yang sama, membebaskan aktiviti penganut dan ajaran agama-agama lain di negara ini tertakluk kepada Perlembagaan.

Sudah kedengaran suara-suara sumbang liberalisme yang menjadikan sensitiviti orang Melayu sebagai bahan mainan dan momokan. Menariknya, golongan yang paling pantas menjadikan isu ini sebagai isu yang boleh digunakan untuk menggambarkan orang Melayu sebagai mudah panik, adalah golongan muda Melayu yang melihat diri mereka sudah cukup sempurna.

MAHATHIR VS NAJIB: UMNO KEDAH BUAT KETETAPAN, SOKONG NAJIB DAN MUKHRIZ, HORMATI PENDIRIAN MAHATHIR

Saturday 18 April 2015 | 8 comments

UMNO Kedah Menyokong Penuh YAB PM, YAB MB dan hormati Tun Dr Mahathir
Sidang media Adun-Adun dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, Adun dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Kedua, mereka juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat.

Ketiga, mereka juga menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah meminta Tun Dr Mahathir memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini. Malah mereka menyokong saranan YAB PM, mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC.

Dalam sidang media tersebut Adun-adun dan Ketua Bahagian bersetuju agar Dato Seri Hj Mukhriz TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN kerana mereka memahami situasi beliau dalam perkara ini.

Mereka juga bersetuju sebulat suara membatalkan mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang akan dijadualkan pada 24hb ini.

Malah Dato Paduka Ahmad Bashah selaku jurucakap, menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang pepecahan didalam kerukunan UMNO Kedah dan mereka tetap setia pada pimpinan YAB Tuan Presiden dan Pengerusi Perhubungan negeri Kedah.

Segala keputusan itu telah dicapai oleh persetujuan dan konsesus bersama, beliau selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri mewakili semua, mengeluarkan kenyataan rasmi UMNO negeri Kedah, rakan-rakan Adun dan Ketua Bahagian negeri Kedah.

Mesyuarat khas UMNO negeri sebentar tadi, diadakan di Seri Mentaloon dihadiri hampir semua Adun dan KB, hanya 3 daripada adun tidak hadir tetapi menghantar wakil, sama juga dengan adanya 3 Ketua Bahagian tidak dapat hadir, namun menghantar wakil bagi membuat persetujuan bersama. (sumber)

ISMA MESIR HALAU TERESA KOK DARI MESIR DAN HALANG PERTEMUAN WAKIL DAP DENGAN PELAJAR MALAYSIA MESIR

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak lawatan wakil-wakil DAP ke Timur Tengah dan menganggapnya sebagai cubaan untuk mengotorkan minda para pelajar Melayu-Islam dengan agenda subversif mereka.

Kumpulan Islam itu berkata, sesi dialog DAP dengan rakyat Malaysia di sana juga menunjukkan niat sebenar mereka bagi menyemaikan kebencian terhadap identiti Islam dan merekrut kader-kader baru untuk mengikut fahaman mereka, memandangkan DAP di Malaysia sendiri sangat kuat menentang kedudukan Islam dan orang Melayu.

Pengerusi ISMA Malaysia di Mesir, Umar Farouq Morhalim dalam satu kenyataan berkata, kehadiran para pemimpin DAP yang mengadakan dialog dengan masyarakat Malaysia di Timur Tengah, Mesir dan Jordan, tidak dialu-alukan sama sekali.

"ISMA Mesir berharap semua pelajar tidak terpedaya dengan umpan yang ditabur DAP dalam usaha untuk menghakis identiti Melayu-Islam, terutama apabila para pelajar merupakan tiang seri negara pada masa hadapan," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari terpaksa memberikan penjelasan berhubung  rombongan parti itu telah ke Jordan dan Mesir dalam minggu ini selepas ISMA menerbitkan sebuah artikel yang menuduh rancangan DAP untuk merekrut dan memanipulasi golongan muda Melayu-Islam.

Menurutnya, rombongan ke Jordan dari hari Isnin sehingga Rabu itu termasuklah dialog dengan kumpulan-kumpulan akademik, lawatan ke kem-kem pelarian dan pertemuan dengan para pelajar universiti yang berasal dari Malaysia.

"Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mempelajari lebih lanjut tentang budaya dan politik di Asia Barat, terutama tentang pergerakan politik Islam yang sedang berkembang di wilayah tersebut," kata Zairil dalam status yang dikemaskini di laman Facebook rasminya.

Selain Zairil, Ahli-Ahli Parlimen DAP lain dalam rombongan tersebut adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim. 

Zairil terpaksa membuat pengesahan selepas Mohd Firdaus Salleh Hudin, editor di laman sesawang ISMA membuat komentar pada Khamis lalu dengan melahirkan rasa terkejutnya apabila DAP dibenarkan bertemu dan berdialog dengan para pelajar Malaysia di dua buah negara Arab yang keseluruhan mereka berbangsa Melayu.

Dalam komentar tersebut, ISMA menuduh DAP mahu mewujudkan kumpulan 'guru agama sendiri' yang berkelulusan dari universiti-universiti Timur Tengah dan menuduh, rancangan tersebut merupakan sebahagian daripada 'agenda jahat' DAP untuk menarik lebih ramai orang Islam terpedaya dengan agenda mereka.

5 ADUN PKR SELANGOR KELUAR PARTI, KHALID IBRAHIM KEMBALI SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR WAKIL PAS?

Pertemuan antara bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Jakarta, sudah menjadi rahsia terbuka. Sekaligus membuka satu lagi perdebatan dan andaian bahawa politik negeri Selangor bakal berkocak sekali lagi, di tengah-tengah kehangatan politik dalaman UMNO dan PAS.

Khalid Ibrahim sekarang merupakan ADUN Bebas yang telah disingkirkan dari PKR selepas Langkah Kajang yang mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan memenangkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai ADUN Kajang.

SUARA.TV melaporkan, Khalid Ibrahim akan menyertai PAS dalam tempoh terdekat. 5 orang ADUN PKR juga dikatakan akan keluar PKR dan kembali menyokong Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim pula dilihat sudah pun mendapat sokongan daripada 12 orang ADUN UMNO dan hampir keseluruhan ADUN PAS kecuali Morib dan Hulu Kelang.

Ianya mungkin satu khabar angin semata-mata bagi tujuan-tujuan tertentu tetapi melihat kepada senario terkini ianya mungkin bukan khabar angin sebaliknya satu realiti.

Menurut SUARA.TV, keputusan tersebut akan diumumkan hari ini apabila Khalid Ibrahim pulang dari Jakarta. Difahamkan juga, Khalid Ibrahim dan Hadi Awang akan pulang secara berasingan dari Jakarta.

PEMUDA UMNO SRI GADING KECAM CADANGAN KWSP DAN KATA JANGAN RAMPAS HAK PENCARUM!

Friday 17 April 2015 | 1 comments

BATU PAHAT - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading hari ini mendesak agar kerajaan menghalang cadangan dan perbincangan terhadap kenaikan had umur pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada umur 60 tahun daripada 55 tahun.

Ketuanya Sdr Lassim Burhan berkata, KWSP sepatutnya menghormati dan lebih melihat kepada kebajikan pencarum-pencarumnya. Rata-rata pekerja syarikat swasta yang membuat caruman bersara pada umur 55 tahun oleh kerana tidak diteruskan kontrak atau perjawatan oleh majikan dan jikalau KWSP menahan simpanan mereka, bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan. Selain daripada itu juga mengikut lazimnya ramai dikalangan mereka ini juga memerlukan perbelanjaan perubatan serta masih menguruskan perbelanjaan pengajian anak masing-masing.

Walaupun Kerajaan telah menaikkan had minima persaraan dari umur 55 tahun sebelum ini kepada umur 60 tahun melalui Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang telah diluluskan Parlimen dan diwartakan, masih lagi banyak majikan yang tidak mengikut had minima pesaraan tersebut.

KWSP tidak boleh menjadikan alasan hanya kerana skim ini untuk simpanan persaraan pekerja, maka mewajarkan pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun kononnya untuk memastikan ahli mempunyai lebih banyak simpanan untuk perbelanjaan dan tanggungan sara hidup apabila tidak bekerja.

KWSP juga perlu menjaga imejnya sebagai sebuah institusi keselamatan sosial unggul yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai dan juga diakui menyediakan sistem yang efisien serta mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Oleh itu KWSP tidak sepatutnya menjadikan alasan apabila kerajaan menaikkan had umur persaraan wajib kepada 60 tahun lantas memutuskan umur yang dibenar mengeluarkan wang KWSP juga mestilah 60 tahun dan ke atas itu sebagai penghalal cara menahan caruman pekerja.

Kita tidak mahu pencarum-pencarum ini rasa dizalimi seperti mana semua orang tahu wang simpanan itu hak pencarum. Oleh itu cadangan ini tidak releven dan hanya membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan menyebabkan kredibiliti KWSP tercemar sebagai badan yang cekap mengurus simpanan pekerja di negara ini.

Lassim Burhan 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading.

MALU, LIM GUAN ENG TERPAKSA BERDALIH KONONNYA DIA DIPERDAYAKAN BARISAN NASIONAL SEHINGGA DIA PONTENG KETIKA POTA DILULUSKAN!

Selepas dibelasah teruk oleh masyarakat Cina sendiri berhubung tindakan Lim Guan Eng ponteng sidang Parlimen pada ketika Akta Hasutan 1948 pindaan 2015 dan POTA diluluskan sebaliknya bercuti ke Australia bersama beberapa orang pemimpin DAP Pulau Pinang, akhirnya Lim Guan Eng muncul dengan alasannya yang tersendiri.

Lim Guan Eng dilihat terpaksa memberikan alasan dan menyalahkan pihak lain apabila wartawan-wartawan akhbar berbahasa Cina sendiri mendedahkan bagaimana Lim Guan Eng berkelakuan biadap dan enggan menjawab soalan yang berkaitan dengan ketidakhadiran dan punca dia menghilangkan diri.

Dalam klip-klip video yang sedang tersebar, menunjukkan bagaimana Lim Guan Eng terburu-buru berpaling dan terus melarikan diri.

Lim Guan Eng kemudiannya muncul dan mendakwa dia telah DITIPU oleh Barisan Nasional berhubung dengan kelulusan rang undang-undang POTA minggu lepas.

"Mereka telah menipu kami dan meluluskan akta tersebut apabila sesi sepatutnya berakhir pada jam 9:30 malam," kata Ahli Palimen Bagan itu. 

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang yang berada di Australia ketika Akta berkenaan diluluskan pada 6 April, dia menjangkakan, akta tersebut hanya akan diluluskan pada 9 April.

"Kami menjangkakan ia akan diluluskan pada Khamis, jadi saya telah ke Parlimen pada hari Khamis, katanya.

Lim Guan Eng turut berkata, sesi pada Isnin yang sepatutnya berakhir pada jam 9:30 malam secara tiba-tiba telah dilanjutkan - ketika Akta tersebut diluluskan tanpa pindaan di Parlimen - sehingga jam 2:25 pagi.

POTA telah diluluskan selepas pengundian dilakukan sebanyak 9 blok dengan pengundian terakhir berpihak kepada kerajaan selepas 79 orang Ahli Parlimen BN menyokong akta tersebut manakala 64 Ahli Parlimen Pakatan menolaknya.

11 orang Ahli Parlimen dari PKR dan PAS tidak hadir, manakala dari DAP dua orang.

Sementara itu, Lim Guan Eng dilaporkan akan mengambil tindakan menyaman ke atas Utusan Malaysia dan wartawan Zulkifli Jalil kerana membuat laporan palsu berhubung projek LRT di Pulau Pinang.

Keputusan Lim Guan Eng itu dilihat sebagai usaha untuk menutup malu selepas penjelasannya di mahkamah sebelum ini berpihak kepada ketua pembangkang DUN Pulau Pinang yang digelarkannya sebagai NENEK RASIS. Selain malu kerana akhbar-akhbar berbahasa Cina yang selama ini dilihat menyokong kuat Lim Guan Eng, kini mula mencari-cari kelemahan Lim Guan Eng untuk diperkatakan dan didedahkan.

RAFIZI RAMLI TAK GENTAR DISAMAN NAJIB DAN ROSMAH

Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berhubung tindakan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor menyamannya berkata, dia tidak gentar dengan saman berkenaan. Bahkan dia sudah tidak sabar-sabar untuk berhadapan dengan pasangan tersebut di mahkamah.

Dengan kata lain, Rafizi Ramli menyatakan keazamannya untuk melondehkan segala-galanya di mahkamah, sekaligus memalukan Perdana Menteri dan isteri.

Menurutnya lagi, dia lebih teruja kerana kes samannya adalah kali saman pertama yang melibatkan Rosmah Mansor.

Rafizi Ramli disaman kerana ucapannya yang berbaur fitnah apabila mengaitkan subsidi minyak dengan pembelian berlian dan barangan kemas oleh Rosmah Mansor. Turut disaman adalah Chan Chee Kong, pemilik portal Suara Rakyat.

Rafizi sedang berhadapan dengan beberapa kes perundangan melibatkan kewangan dan fitnah termasuklah kes BAFIA yang akan membuatkan dia dipenjarakan dan didenda berat jikalau didapati bersalah. Bagaimanapun, kes-kes berkenaan telah dijadikan oleh Rafizi Ramli untuk mempopularkan dirinya.

NAJIB ABDUL RAZAK DAN ROSMAH MANSOR FAILKAN SAMAN KE ATAS RAFIZI RAMLI DAN CHAN CHEE KONG

Najib dan Rosmah Mansor dilaporkan telah menfailkan saman terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak. Saman tersebut telah difailkan semalam menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada Rafizi Ramli serta Chan hari ini.

Menerusi writ saman tersebut, Najib dan Rosmah telah menamakan Rafizi Ramli sebagai defendan pertama manakala Chan pula adalah defendan kedua. Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa, Rafizi telah memberikan ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November 2014.

Ucapan Rafizi itu telah dirakamkan oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuatnaikkan oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk, 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak."

Rakaman yang sama didakwa turut dikongsikan oleh Chan dalam laman Facebook Media Rakyat dan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia. Rakaman berkenaan telah ditonton sebanyak 9,736 kali di YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti akaun Facebook Rafizi Ramli dan 162,118 lagi mengikut akaun Facebook Chan.

Rafizi didakwa mempunyai niat supaya perkataan yang disebutnya diterbitkan semua oleh media massa dan dibaca oleh orang ramai. Manakala Chan pula gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab kerana tidak mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan Rafizi Ramli.

Najib dan Rosmah Mansor menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsirkan oleh mahkamah. Mereka juga menuntut faedah ke atas ganti rugi tersebut atas kadar 5% setahun dari tarikh penerbitan sehingga tarikh penghakiman dan tarikh penyelesaian penuh.

Turut dituntut ialah satu arahan injunksi untuk menghalang Mohd Rafizi, Chan dan pembantu mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah terhadap plaintif dan perintah supaya kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah.

Najib dan Rosmah juga menuntut satu perintah supaya Chan mengeluarkan rakaman tersebut daripada laman YouTube Media Rakyat, laman web Media Rakyat dan Facebook Media Rakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman, lapor Bernama.

PKR TAK GENTAR DENGAN ISU HUDUD DI PERMATANG PAUH, YAKIN MAMPU TAWAN PENGUNDI PAS DENGAN CERITA SIMPATI ANWAR IBRAHIM

PRK Permatang Pauh semakin hampir. Walaupun tidak ramai pemimpin PKR yang mahu memperkatakannya secara terbuka, tetapi di pihak PAS sudah ada ugutan, PAS tidak akan membantu PKR kerana PKR mendendami Hadi Awang dan berusaha menggulingkan Hadi Awang serta kepimpinan ulama dalam PAS menerusi proksi-proksi mereka dalam PAS sendiri.

PAS telah mendapat kerjasama daripada UMNO di Kelantan untuk perlaksanaan hudud. Sekarang ini, usul pembentangan hudud di Parlimen sudah pun dibuat. Lulus di Parlimen, bermakna luluslah juga hudud di Kelantan serta bermulalah kempen untuk seluruh Malaysia.

PKR bersama-sama DAP merupakan penentang kuat hudud. DAP telah mengumumkan pembekuan semua bentuk kerjasama dengan Abdul Hadi Awang, orang yang dipertanggungjawabkan kepada usul hudud di Kelantan dan Parlimen. Walaupun tidak menyatakan perkara yang sama kepada PAS, tetapi pembekuan kerjasama dengan Hadi yang merupakan Presiden PAS bermakna pembekuan dengan PAS, walaupun hakikat berkenaan cuba dinafikan oleh DAP.

Menariknya, dalam kes ini, PKR hanyalah pak turut DAP. Apa pendirian DAP, itulah juga pendirian PKR walaupun pada masa yang sama, Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR cuba mewajarkan tindakan partinya dengan istilah-istilah yang berbunyi Arab.

Isu PKR menentang hudud bukan sekadar berlegar-legar di pengetahuan orang UMNO semata-mata, tetapi lebih menjadi momokan di kalangan orang PAS sendiri.

Pengumuman PAS Permatang Pauh bahawa mereka tidak akan melibatkan diri atau bekerjasama dengan PKR di PRK Permatang Pauh, menyebabkan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berang dan memberi kata dua kepada pemimpin Pemuda PAS Permatang Pauh.

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK, Dr. Afif Bahardin yang juga merupakan ADUN Seberang Jaya dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan, hudud hanyalah isu yang dimainkan oleh media-media arus perdana semata-mata dan bukannya isu besar di kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, terdapat pelbagai isu lain yang boleh diketengahkan berbanding isu hudud yang dianggap lebih bersifat prihatin kepada orang ramai dan pengundi di Permatang Pauh. Secara tidak langsung, Afif cuba mengelak daripada memperkatakan perkara sebenar walaupun pada masa yang sama, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, PKR perlu memohon maaf daripada PAS berhubung penghinaan ke atas Presiden PAS jikalau mahukan kerjasama daripada PAS untuk PRK Permatang Pauh.

Afif bagaimanapun berkata, Salleh Man yang merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang telah dilantik mengepalai jentera penerangan PAS untuk PRK Permatang Pauh bagi membantu calon PKR.

Pada PRK Sungai Limau tahun lepas, PKR dilihat seperti sengaja mensabotaj peluang PAS untuk menang walaupun DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS. PAS bagaimanapun, berjaya mengekalkan kemenangan di Sungai Limau meskipun memperolehi majoriti yang lebih rendah. Di PRK Kajang pula, PAS bertungkus lumus untuk memenangkan calon PKR, Wan Azizah walaupun pada masa yang sama, PAS tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang diwujudkan oleh Rafizi Ramli.

MUKHRIZ TOLAK DESAKAN AHMAD LEBAI SUDIN UNTUK LETAK JAWATAN MENTERI BESAR KEDAH

Thursday 16 April 2015 | 5 comments

Pergolakan dalaman UMNO Kedah nampaknya berlaku lagi. Dan kali ini, ia juga melibatkan individu yang sama iaitu Ahmad Lebai Sudin.

Ada banyak cerita tentang Ahmad Lebai Sudin terutama membabitkan DUN Bukit Lada, DUN Bukit Pinang dan Parlimen Permatang Pauh dari PRU tahun 2004 sehingga PRU 2013. Bagaimanapun disebabkan 'semangat UMNO', tidak banyaklah cerita tentang Ahmad Lebai Sudin yang diketahui keluar dari Kedah atau Pokok Sena. Namun cerita tentang projek Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah yang melibatkan Ahmad Lebai Sudin, mula diperkatakan kembali ekoran gelagat terbarunya.

Dilihat sebagai orang yang gemar menangguk di air keruh, Ahmad Lebai Sudin yang merupakan ADUN Bukit Lada, dikatakan kembali mengejar cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Kedah dengan segera memintas Mukhriz Mahathir dalam memberikan dan melafazkan taat setia kepada Perdana Menteri.

Mukhriz telah meletakkan tarikh 24 April untuk berbuat begitu bersama-sama dengan semua Ketua Bahagian UMNO Kedah, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Kedah. Tarikh sebelum ini, dilihat tidak sesuai memandangkan sebahagian daripada mereka berada di luar Kedah terutama sekali Ahli-Ahli Parlimen Kedah yang mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

Menggunakan alasan itu, Ahmad Lebai Sudin melancarkan serangan dan mendesak agar Mukhriz Mahathir meletak jawatan dengan alasan, jawatan Menteri Besar Kedah adalah atas persetujuan Perdana Menteri. Justeru, menurutnya, keengganan Mukhriz melafazkan kesetiaan kepada Najib dalam pertelingkahan antara Tun Mahathir dengan Najib Abdul Razak, mewajarkannya meletak jawatan kerana telah melanggar Perdana Menteri.

Menariknya, Mukhriz belum pun menyatakan sebarang pendirian kecuali tarikh kenyataan rasmi UMNO Kedah diberikan.

Mukhriz dalam masa yang sama, berkata, desakan tersebut adalah remeh dan dia tidak akan meletak jawatan hanya kerana desakan sebegitu. Apatah lagi, masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk rakyat Kedah selain tanggungjawabnya selaku Menteri Besar Kedah yang diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri sendiri, perlu dilunaskan.

Sesuatu yang Ahmad Sudin sendiri terlupa ialah, watikah untuk dia menjadi calon ADUN Bukit Lada pada PRU lalu datang dari siapa agaknya kalau itulah alasan yang digunakan untuk mewajarkan desakannya. Mengapa dia tidak pula meletak jawatan kerana dia mahu melanggar Mukhriz Mahathir?

Sebenarnya, tindakan Ahmad Lebai Sudin bukanlah sesuatu yang aneh atau luar biasa. Bagi yang memahami politik Kedah, akan faham apa sebenarnya yang diburu oleh Ahmad Lebai Sudin semenjak dari zaman Syed Abdul Razak sebagai Menteri Besar lagi.

BERSIH SABAH RANCANG UNTUK ADAKAN PERHIMPUNAN HARAM PADA 1 MEI SEPERTIMANA YANG DINYATAKAN DALAM SIDANG MEDIA MEREKA!

Satu sidang media telah diadakan di Bilik Bunga Raya, Aras 3, Bangunan DUN Sabah pagi tadi antara jam 9:20 pagi sehingga 9:30 pagi oleh Jannie Lasimbang yang merupakan Naib Pengerusi BERSIH.

Sidang media berkenaan telah dihadiri oleh enam orang yang terdiri daripada para pemimpin parti pembangkang dan NGO Sabah. Antara mereka termasuklah Jimmy Wong, Lajim Ukin, Azmin Azroy Abdullah dan Edwin Bosi.

Menerusi sidang media berkenaan, Jannie Lasimbang menyatakan, BERSIH yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 1 Mei di Kota Kinabalu, telah memohon permit dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan PDRM, namun tidak diluluskan.

Pun begitu, perhimpunan tersebut akan tetap diadakan meskipun ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan Akta Perhimpunan Awam.

Antara isu-isu yang akan dijeritpekikkan nanti termasuklah isu-isu nasional dan tempatan seperti GST, RCI, Perjanjian Malaysia 1963, PTI, isu tanah dan daftar pemilih.

Menurut Jannie Lasimbang, perhimpunan tersebut telah mendapat sokongan daripada NGO-NGO seluruh Sabah.

BERSIH dilihat masih berusaha untuk menghasut serta menyelewengkan beberapa fakta setelah mahkamah berjaya membuktikan niat jahat mereka menerusi beberapa kes membabitkan persempadanan semula di Sarawak.

Barangkali memikirkan rakyat di Sabah tidak mengetahui perkara sebenar sepertimana yang berlaku dalam kes persempadanan 11 DUN baru di Sarawak, BERSIH cuba melarikan topik dengan kononnya cuba berlagak sebagai pejuang rakyat.

Apakah akan ada tindakan dari pihak berkuasa yang kebelakangan ini dilihat mula bertindak tegas dan pantas menangani masalah hasutan, terutama dengan kelulusan pindaan baru Akta Hasutan 1948 yang menyebabkan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat menjadi sasaran kemarahan para penyokong sendiri ekoran kehilangan mereka semasa kelulusan akta-akta berkenaan?

RUMAH KETUA AMK CABANG JELUTONG KENA SITA SEBAB GAGAL BAYAR SAMAN!

Inilah yang dikatakan, kerana mulut santan binasa...

Pada 27 September 2009, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah telah berjaya menyaman dan memenangi kes ke atas tiga orang pemimpin PKR Pulau Pinang iaitu Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutong Jab Samad dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong Khairil Anuar Kamaruddin.

Turut disaman adalah wartawan Harakah Mohd Sabri Said; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; dan PAS.

Khairil Anuar Kamaruddin adalah Ketua AMK Cabang Jelutong dan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang pada masa kini.

Aminah Abdullah menyaman ketiga-tiga mereka kerana laporan yang antara lain bermaksud dia adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada UMNO termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail untuk bercerai dengan suaminya, Anwar Ibrahim.

Mahkamah kemudiannya telah memerintahkan agar Norhayati, Jab Samad dan Khairil Anuar Kamaruddin membayar ganti rugi RM30,000 setiap seorang kepada Aminah Abdullah.

Tidak diketahui sama ada dua orang selain Khairil Anuar berjaya menyelesaikan 'hutang' mereka dengan Aminah Abdullah atau sebaliknya. Namun yang pasti, Khairil Anuar telah gagal dan natijahnya, rumahnya telah disita oleh Mahkamah Negeri Pulau Pinang.

Menurut sumber, proses penyitaan telah dilakukan pada hari ini antara jam 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari di alamat Jalan Kota Giam, Jelutong, Pulau Pinang. Operasi penyitaan tersebut dibua kerana Khairil Anuar gagal membayar saman kepada Aminah Abdullah berjumlah RM30,000.

Operasi penyitaan barang telah diketuai oleh Abdullah Ambar yang merupakan wakil Mahkamah Negeri Pulau Pinang.

Seramai 15 orang yang terdiri daripada AMK PKR Cabang Jelutong, AMK PKR Cabang Tanjong dan wartawan dilaporkan hadir semasa proses penyitaan. Antara yang turut hadir termasuklah, Shahul Hameed bin M.K Mohamed Ishack yang mrupakan Ketua Cabang PKR Jelutong, Khairil Anuar sendiri, Mohamed Azlan Hyder Ali yang merupakan Ketua AMK PKR Tanjong yang juga meruakan Ketua 1 AMK Negeri Pulau Pinang dan Yusmizan, wakil Mahkamah Negeri Pulau Pinang.

Walaupun proses penyitaan telah dijalankan, Khairil Anuar diberikan tempoh selama 14 hari untuk membayar saman berkenaan. Difahamkan sekiranya, Khairil Anuar gagal menjelaskan bayaran saman tersebut dalam tempoh yang dinyatakan, barang-barang yang disita akan dilelong.

Barangan yang disita itu adalah barang-barang alatan rumah seperti perabot.

Akibat terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, sendiri yang terkorban. Anwar dan Wan Azizah boleh goyang kaki, awak pula yang makan nasi pakai kaki!

WHATSAPP SENAPANG DAN BERBALAS TEMBAKAN DI GEMAS... PDRM TAMPIL BERIKAN PENJELASAN!!!

Semalam, satu whatsapp yang 'bertanyakan' sama ada benar atau sebaliknya tentang kejadian tembak-menembak antara polis dengan beberapa orang lelaki serta rampasan beberapa pucuk senjata api telah tersebar secara meluas.

Barangkali berniat untuk bergurau, namun sebahagian daripada 'berita' berkenaan telah diceduk bulat-bulat dan kemudian disebarkan juga dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram menyebabkan golongan yang teruja, telah menyebarkan berita palsu yang asalnya untuk bergurau itu.

Memandangkan rakyat Malaysia gagal membezakan antara berita palsu dan berita tulen, selain mudah panik dan percaya dengan apa yang mereka baca menerusi aplikasi media membabitkan di atas talian, PDRM terpaksa pula memberikan penjelasan dan menafikan berita palsu berkenaan.

Nampaknya bertambah pula kerja polis untuk menafikan berita-berita sebegitu bagi memastikan rakyat Malaysia tidak mudah panik dan kemudian bertindak menyebarkan berita palsu.

Atau sebenarnya kegilaan rakyat Malaysia yang melihat 'gurauan' sebegitu adalah perlu bagi menceriakan hidup selepas terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran dan kebejatan dunia politik yang mewarnai negara ini pada sepanjang masa.

Apa-apa pun, diharapkan pada masa-masa hadapan, tidak lagi muncul dengan 'gurauan-gurauan' sebegini memandangkan berita-berita palsu sebegitu sebenarnya mampu merangsang kepanikan dan huru-hara yang lebih besar sekiranya tidak disekat atau ditangani secara lebih pantas.

INILAH OTAK PENJAWAT AWAM PADA ZAMAN SERBA KOMPUTER DAN BUKAN LAGI PAKAI MESIN TAIP!!!

Satu nama terpampang di Facebook dengan kenyataan, "AKHIRNYA DIA BERAM...' (yang membawa maksud BERAMBUS), amat menarik perhatian.

Menariknya bukan kerana ayat yang disusun dan dituliskan. Tetapi kerana individu tersebut adalah seorang pegawai kerajaan pada Gred N.17 dan dikatakan bertugas di ICU Wilayah Persekutuan.

Ayatnya yang sangat menarik perhatian itu ditujukan kepada Tan Sri Shukri yang telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri menggantikan Allahyarham Datuk Azlin.

Daripada maklumat yang diterima, Roza Ismail seperti yang tertera dalam gambar tersebut asalnya adalah PT N.17 di Pejabat SDO Melaka dan baru sahaja dinaikkan pangkat ke N.22. Berdasarkan maklumat yang sama juga, dia dikatakan telah memilih untuk bersara pilihan pada tahun ini kerana kecewa dengan ICU.

Punca asal dikatakan Roza Ismail tidak berpuas hati adalah kerana dia pernah disiasat oleh SPRM. Akibatnya, dia dikenakan tindakan tatatertib. Khabarnya dia cukup bengang kerana semua bosnya terlepas dan dia seorang sahaja yang terkena. Atau dalam bahasa lain, dia menjadi mangsa kambing hitam semata-mata untuk melepaskan bos-bosnya yang berpangkat lebih besar.

Barangkali kerana sudah hampir mahu bersara itulah, menyebabkan Roza Ismail main lepas mulut dan celupar semacam. Mungkin memikirkan seandainya tindakan tatatertib dikenakan kepadanya pun, dia tidak akan terjejas apa-apa memandangkan dia sudah hampir mahu bersara.

Inilah gelagat segelintir penjawat awam di negara ini. Cuma kita mengharapkan akaun Facebook berkenaan adalah palsu dan bertujuan untuk memalukan individu tersebut selain mencipta fitnah untuk membusukkan namanya menjelang persaraannya selain mencipta persepsi negatif kepada para penjawat awam lain. Apatah lagi terdapat banyak kes di mana akaun Facebook dipalsukan dengan tujuan jahat untuk menganiaya dan menzalimi individu sebenar bagi tujuan-tujuan negatif.

Diharapkan agar ada tindakan siasatan yang menyeluruh dan tegas selain tindakan yang paling keras untuk seorang penjawat awam yang celupar mulut seandainya benar ianya dilakukan oleh individu terbabit. Kita tidak mahu kerana tindakan seorang penjawat awam yang tidak berpuas hati, segala kebusukan dan keburukan terpalit kepada penjawat-penjawat awam yang lain.

JOSEPH TAWI DAN MALAYSIAKINI PUTARBELIT FAKTA TENTANG PEGAWAI-PEGAWAI RELA DAERAH SARAWAK

Monday 13 April 2015 | 1 comments

Kebelakangan ini, kita sering dapat membaca berita tentang Sarawak yang disiarkan oleh Malaysiakini dalam bentuk yang sangat negatif dan cuba menimbulkan sentimen kebencian serta hasutan agar kebencian tersebut diarahkan kepada Putrajaya.

Dalam salah satu laporan Malaysiakini yang wartawannya bernama Joseph Tawi, menerusi artikelnya bertajuk ‘Non-local chief: S’wk Rela members up in arm’ cuba menghasut untuk menimbulkan sentimen anti Semenanjung di kalangan rakyat Sarawak. (RUJUK SINI)

Hakikatnya, bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh Joseph Tawi, terdapat 26 orang Pegawai RELA Daerah yang merupakan anak tempatan Sarawak. Hanya 5 orang Pegawai RELA yang berasal dari Semenanjung yang sudah menetap, berkeluarga dan bertugas lebih 10 tahun di Sarawak. Mereka bukan sahaja bertugas lebih dari 10 tahun, tetapi juga telah berkahwin dengan rakyat Sarawak dan mempunyai rumah di Sarawak.

Hanya 2 orang sahaja Pegawai RELA Daerah BARU yang didatangkan dari Sarawak.

Walaupun kesemua pegawai-pegawai dari Sarawak telah dipindahkan balik ke Sarawak namun dua kekosongan tersebut perlu diisi sementara. Kedua-dua orang Pegawai RELA asal Semenanjung itu mengisi jawatan tersebut disebabkan kekosongan jawatan bagi melancarkan fungsi dan peranan mereka. Mereka didatangkan ke Sarawak sementara menunggu pegawai tempatan yang berkelayakan mengisi jawatan berkenaan. Sehingga ini, masih belum ada pegawai RELA yang berkelayakan yang boleh diserapkan ke jawatan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Joseph Tawi dan Malaysiakini sebenarnya sekadar mencetuskan sentimen yang akan memburukkan lagi hubungan antara kaum dan kebencian terhadap Semenanjung. Seharusnya sikap sebegini ditangani dengan sewajarnya kerana memberi ruang kepada penghasut seperti Joseph Tawi dan Malaysiakini hanya akan memburukkan lagi keadaan.

KERANA TEMBERANG DAN PENIPUAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR, GURU AGAMA KAFA MENGELUH BERAT

Thursday 9 April 2015 | 5 comments

NAJIB MEMBISU SEBAB HORMATKAN MAHATHIR

Penganalisis politik berpandangan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana beranggapan Najib tidak mahu mengeruhkan keadaan selain menghormati Mahathir.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku.

"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

"Namun sekiranya isunya adalah isu kepentingan awam, Najib perlu juga jawab. Sekiranya tidak, isu tersebut boleh jadi spekulasi yg menjejaskan kredibiliti Najib dan parti kelak," katanya kepada Sinar Online.

Sementara ketika ditanya mengenai adakah ada keperluan untuk Najib menggunakan medan sosial untuk menjawab kepada soalan yang berbangkit sekiranya Najib tidak mahu 'buka mulut', Azizudin berkata itu bukan 'cara' Najib.

"Najib tidak lawan guna blog, FB dan Twitter, saya rasa ianya bukan 'style' Najib menggunakan media sosial mengkritik atau menghentam pihak lain.

"Media sosial hanya digunakan Najib buat hebahan aktiviti yang dilakukan beliau," ujarnya.

Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir 'menyerang' semula dengan lebih keras.

- Sinar Harian

ROSMAH DIFITNAH BOM AIDANA BAIZIEVA YANG MENYEBABKAN HELIKOPTER BAWA JAMALUDDIN JARJIS TERHEMPAS

Kalau dah mulut keparat, hati berkarat, dalam otak tak ada benda lain kecuali mengumpat dan berjahat.

Itu yang berlaku apabila pecacai Pakatan yang sukar menerima hakikat bahawa sangkaan mereka selama ini telah meleset dan hanyalah fitnah semata-mata. Hasad dengki tahap tinggi, akhirnya mendorong mereka untuk melakukan fitnah yang sekali lagi menjadikan Rosmah Mansor sebagai SASARAN POPULAR.

Seorang individu yang dikenali sebagai trooper PR telah membuat spekulasi liar tentang kejadian ngeri ke atas helikopter terbabit.

Menurutnya, Rosmah telah menggunakan bom C4 untuk meletupkan helikopter tersebut sekaligus membunuh rakan baik suaminya sendiri (dan juga penasihat utamanya) selain Ketua Setiausaha Sulit suaminya semata-mata untuk membunuh seorang wanita muda jelita ygn mempunyai hubungan atau skandal dengan menantu lelaki Rosmah Mansor. 

Anda baca sendiri kebodohan dengan niat jahat trooper terbabit apa yang ditulisnya di bawah:

RUJUK DI SINI

NGA KOR MING PERLU DIJADIKAN ORANG PERTAMA DIKENAKAN TINDAKAN POTA KE ATASNYA KERANA NIATNYA MERANGSANG KEGANASAN!

Wednesday 8 April 2015 | 3 comments

Sebaik-baik sahaja POTA diluluskan pada jam 2.25 pagi dua hari sudah, kumpulan pemisah, SSKM dan Sarawak for Sarawakians terus berubah nada. Geng-geng yang kuat menghasut untuk pemisahan kedua-dua negeri tersebut daripada Persekutuan Malaysia, terus senyap sunyi dan menghilangkan diri. Ada pula yang cuba 'membetulkan' ayat masing-masing bagi mengelakkan menjadi orang pertama dikenakan tindakan di bawah POTA.

Tanpa SSKM dan Sarawak for Sarawakians, yang paling bermasalah nanti adalah DAP. Sebabnya, DAP menggunakan sentimen agama dan kaum di Sarawak serta Sabah untuk memastikan cita-cita mereka menawan kedua-dua negeri tersebut dalam PRN dan PRU-14 nanti tercapai.

DAP secara berani pada tahun 2011, menggunakan isu anti-Christ, anti-Jesus, anti-Christian untuk membolot beberapa kerusi yang bermajoritikan pengundi beragama Kristian. Bible bahasa Melayu telah dipolitikkan sekalipun pada masa yang sama, faktanya ialah, Bible berbahasa Melayu tidak dilarang penggunaannya di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian Malaysia melibatkan kedua-dua negeri itu pada tahun 1963.

Bagaimanapun, dengan POTA dan POCA serta pindaan Akta Hasutan 1948 yang turut mengandungi elemen tindakan ke atas elemen kebencian kaum dan agama terutama Islam, telah mengerat sebahagian besar daripada operasi DAP yang galak menggunakan khidmat pastor-pastor dan gereja-gereja di seluruh Sabah dan Sarawak untuk niat jahat mereka.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Nga Kor Ming berkokok kuat menyalahkan POTA dan Akta Hasutan 1948 Pindaan 2015 yang tidak lagi membenarkan ikat jamin dan ditahan untuk tempoh yang agak lama.

Seperti biasa, Nga Kor Ming yang kuat menghasut dan melakukan fitnah itu, cuba mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat, malah cuba menghasut untuk menimbulkan keganasan bagi membolehkan POTA dan Pindaan Akta Hasutan 1948 ditentang oleh orang ramai.

Ini bukanlah kali pertama Nga Kor Ming mengeluarkan kenyataan atau menggunakan info-grafik pada akaun peribadinya di Facebook untuk mewujudkan kebencian dan keganasan. Setakat ini, tiada sebarang tindakan diambil dan siasatan berhubung motifnya dilakukan.

PENGHORMATAN DYMM SULTAN PAHANG KEPADA ALLAHYARHAM KOPERAL RAZAKAN TIDAK DAPAT PERHATIAN MEDIA

Sebelum ini, media-media melaporkan bahawa jenazah Allahyarham Koperal Razakan yang terlibat dalam tragedi helikopter terhempas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis dan SUSK Azlin Alias, menghadapi masalah kelambatan untuk dihantar pulang ke Sabah bagi urusan pengkebumian.

Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak yang membuat penjelasan mengapa penghantaran tersebut tertangguh. Malah berita-berita yang disiarkan pula, menunjukkan memang tiada penghormatan rasmi diberikan kepada Allahyarham Koperal Razakan meskipun dia terkorban ketika sedang menjalankan tugas.

Pun begitu, walaupun kurang penghormatan yang diberikan, sebenarnya tanpa pengetahuan ramai, Allahyarham telah menerima penghormatan daripada DYMM Sultan Pahang.

Kisahnya, baginda baru tiba dari Jakarta, Indonesia dan pesawat yang dinaiki baginda telah mendarat di TUDM Subang. Baginda kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Pahang tentang tragedi tersebut dan keranda yang mengandungi jenazah Allahyarham Koperal Razakan yang dalam proses untuk dihantar pulang ke Sabah.

Baginda kemudiannya menitahkan agar menangguhkan penerbangan untuk seketika kerana baginda mahu memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Di sebalik kemarau dan keringnya penghormatan buat seorang anggota polis, masih ada DYMM Sultan Pahang yang sanggup turun dari pesawatnya semata-mata untuk memberikan penghormatan kepada seorang anggota polis berpangkat rendah yang terkorban semasa menjalankan tugasnya.

Terima kasih, Tuanku...

Dirgahayu tuanku!

RON95 DAN DIESEL NAIK RM0.20 BERMULA TENGAH MALAM INI.... RASIONALNYA...

Tuesday 7 April 2015 | 3 comments

Para anjing Pakatan sedang berusaha untuk menimbulkan suasana panik di kalangan rakyat sekaligus mencetuskan gelombang kebencian di kalangan rakyat dengan menyebarkan berita palsu menerusi aplikasi WhatsApp yang pada sangkaan mereka, sukar untuk dikesan.

Hakikatnya, ia adalah berita lama dan menggunakan grafik lama yang diubahsuai dengan memasukkan tarikh pada hari ini.

Oleh kerana yang disandarkan membuat fitnah adalah akhbar Sinar Harian, akhbar milik Karangkraf itu segera mengeluarkan siaran penafian.

Penyebaran artikel Sinar Online yang mengatakan RON95 dan diesel akan naik 20 sen bermula tengah malam ini di media sosial adalah tidak benar.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata, pihaknya mengesan penyebaran keratan artikel bertajuk ‘Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok’ sejak awal pagi tadi selepas menerima panggilan telefon daripada pembaca bertanyakan tentang kesahihan perkara ini.

“Sebenarnya artikel berkenaan telah disiarkan Sinar Online pada 2 September 2013 selepas kerajaan memperkenalkan rasionalisasi subsidi.

“Artikel itu juga disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp telah diubahsuai dengan meletakkan tarikh hari ini iaitu 7 April 2015,” katanya. (SUMBER)

ANAK NAZRI AZIZ DAN ISTERI MUDA NAZRI AZIZ BERGADUH KERANA TITLE... BOCOR SUDAH RAHSIA NAZRI AZIZ!

Sebelum ini tindakan kekasih Nora Danish, Nedim yang menyelar sikap sebilangan wanita terdesak menggunakan gelaran Datin Seri, ramai peminat mula berteka teki siapakah yang dimaksudkan.

Mungkin dek kerana tercabar dan berang dengan dakwaan tersebut, seorang wanita berpangkat Datin Seri yang juga merupakan isteri kepada ayah Nedim memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang agak panas.

Wanita yang dikenali sebagai Datin Seri Haflins itu mendakwa ibu Nedim telah pun bercerai dengan Dato’ Seri Nazri Aziz sejak 26 tahun yang lalu namun tidak didedahkan kepada umum.

Perkara tersebut bagaimanapun terpaksa didedahkan baru-baru ini atas permintaan suaminya bagi menjelaskan segala kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

“Anak Menteri Lain Pun Tak Buat Perangai Macam Ni”

Berdasarkan komen-komen beliau, ternyata hubungan antara dirinya dengan Nedim agak dingin disebabkan beberapa faktor. Korang baca sendiri lah komen Datin Seri ini, memang setepek je dia bagi!

Harap dengan adanya penjelasan daripada Datin Seri dapat menjawab segala persoalan terhadap kontroversi sebelum ini. Iyalah sebelum ni dengar dari sebelah pihak je kan?

Apa-apa pun moga semuanya diselesaikan dengan cara yang baik. - OH BULAN

Sebelum itu...

Nedim Nazri, anak Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz, menasihati editor-editor majalah supaya merujuk kepada undang-undang sama ada seseorang itu layak untuk menggunakan gelaran atau pangkat sebelum mengeluarkan kenyataan mereka.

Beliau, menerusi akaun Instagram mengkritik editor majalah yang dimaksudkan itu sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menggunakan gelaran kerana tidak menggunakan akal apabila menggunakan gelaran atau pangkat sesuka hati.

Sebelum ini, Nedim muatnaik status itu kerana tidak puas hati dengan dua editor majalah yang menggunakan gelaran Datin Seri sesuka hati.

“Saya pelik ramai sangat wanita desperate nak sangat mengaku datin Seri and all, yang majalah-majalah ni pun satu, nampak sangat kebodohan mereka menggunakan ‘salutation’ pangkat tanpa sebarang penyelidikan.

“Sila check undang-undang menggunakan pangkat, yang nombor 2 ke 3 atau ke-4 tidak layak sama sekali menggunakan salutation tersebut,”tulisnya dalam laman sosial baru-baru ini.

Beliau menasihatkan editor-editor supaya memeriksa dan mengesahkan sebelum membenarkan sesiapa saja menggunakan gelaran itu.

Tegurnya lagi, kritikannya itu bukan merujuk kepada semua majalah di Malaysia tetapi dua majalah yang menyiarkan artikel menggunakan gelaran yang tidak sepatut dipakai. (SUMBER)

HARGA PRODUK DI TESCO JAUH LEBIH TINGGI DARI DI MYDIN... SILA JADI PENGGUNA DAN PEMBELI BIJAK!

Monday 6 April 2015 | 5 comments

Perbandingan antara harga barang di Tesco dan Mydin

1. Colgate dual pack (charcoal deep clean):
TESCO: RM 19.59
MYDIN: RM 12.49
Beza: RM 7.10

2. Sabun Dynamo 1.7kg pack refill:
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.99
Beza: RM 0.96

3. Sabun pencuci Joy:
TESCO: RM 14.49
MYDIN: RM 9.95
Beza: RM 4.54

4. Sabun Vanish:
TESCO: RM 28.59
MYDIN: RM 22.90
Beza: RM 5.69

Jika anda berbelanja di Mydin, jumlah penjimatan anda adalah RM18. 29 hanya untuk 4 barangan ini sahaja.
Jadilah pengguna yang bijak. Sokong perniagaan yang tidak menipu dan cekik darah.

ENTRI TERBARU TUN MAHATHIR SEKADAR MEMBUKA PEKUNG DI DADA UMNO!

Monday 20 April 2015 · 59 comments

· 3 comments

· 1 comments

Asal ada Pilihanraya saja, kipas hikmah pun muncullah bersama-sama pemiliknya. Buah tangan dan hujahnya yang mewajarkan kehadiran kipas hikmah itu pun adalah skrip yang biasa iaitu menagih kasih sayang dan perhatian untuk suaminya, Anwar Ibrahim yang telah dipenjarakan kerana didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya sendiri.

Dengan rekod perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang kemudiannya dipersembahkan untuk suami tersayang, kemudian sebagai ADUN Kajang yang tidak pernah ada apabila diperlukan, cuma tunjuk muka untuk dirakam kamera, Wan Azizah muncul bersama-sama anak perempuannya di Permatang Pauh bagi meraih sokongan buat dirinya atau calon PKR untuk PRK Permatang Pauh.

Permatang Pauh telah dijadikan hak peribadi keluarga Anwar Ibrahim. Dari tahun 1982 sehingga sekarang, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah bersilih ganti. Kononnya kalau Wan Azizah tak bertanding, calonnya tetap datang dari keluarga Anwar Ibrahim juga. Atau paling kurang, sahabat atau macai Anwar Ibrahim yang boleh membentangkan karpet merah apabila Anwar bebas dari penjara 5 tahun lagi.

Apa yang pengundi-pengundi di Kajang dapat selepas mereka memilih Wan Azizah? Adakah hanya dengan semangat dan keseronokan melihat tumbangnya calon BN, sudah cukup bagi mereka berpesta pora, tetapi penduduk pula dari semasa ke semasa mengeluh tentang wakil rakyat mereka yang sukar dihubungi apabila timbul masalah di kalangan penduduk. 

Dari tahun 1982, berapa kali Wan Azizah menjenguk pasar malam di Permatang Pauh? Ramai yang masih ingat, Wan Aziah tidak pernah nampak muka atau bertanya khabar apabila suaminya balik ke Permatang Pauh. Anwar sendiri cuma balik apabila mahu berceramah. Pelbagai janji ditabur tetapi Permatang Pauh tetap juga seperti Permatang Pauh sebelum Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh bermula 1982 lalu walhal setiap tahun ada peruntukan kerajaan di kawasan berkenaan. 

Amaran daripada PAS Permatang Pauh yang berjanji akan menentang Wan Azizah mahupun mana-mana anggota keluarga Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai calon PRK Permatang Pauh, cuba dipandang remeh oleh Wan Azizah dan PKR. Rafizi Ramli dalam kenyataan kerasnya, memberi amaran dan mengugut PAS agar membantu PKR di Permatang Pauh atau bakal berhadapan dengan tindakan paling keras daripada PKR dan DAP.

Barangkali kerana itulah, Wan Azizah cuba menipu kononnya dia telah mendapat persetujuan daripada Ketua PAS Permatang Pauh yang perbincangan mereka menghasilkan resolusi, PAS Permatang Pauh akan membantu Wan Azizah dan PKR di Permatang Pauh. Wan Azizah cuba berlakon konon-kononnya segalanya berlangsung dengan baik dan dia boleh menggunakan dirinya sebagai benteng dan peraih simpati.

Sampai bila Wan Azizah akan terus berlakon dan berlakon dengan kipas hikmatnya?

AMARAN KERAS RAFIZI RAMLI KEPADA PAS: TARIK BALIK BOIKOT ATAU PKR AKAN PUTUSKAN SEMUA HUBUNGAN DENGAN PAS SEPERTI DI SABAH!

· 10 comments

Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin menegaskan perkara berikut :-

1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.

3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihanraya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

6. PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP?

7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding PAS.

8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.

9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.

Sekian, terima kasih.

YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

20 April 2015

GEREJA RUMAH KEDAI DI TAMAN MEDAN, SETUJU TURUNKAN SALIB TETAPI PENDUDUK DIPERLEKEHKAN KERANA TAKUTKAN SALIB!

· 7 comments

Berita semalam...

Sekumpulan penduduk tempatan berkumpul di tepi Jalan PJS 2B/3, Taman Medan, Petaling Jaya untuk membantah kewujudan sebuah gereja di Taman Medan yang disifatkan mereka sebagai cubaan mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian kawasan berkenaan.

Ini adalah kerana 95% daripada penduduk di Taman Medan, majoriti mereka adalah beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Lebih kurang 40 orang AJK Penduduk PJS 2 dan wartawan telah hadir dalam sesi bantahan tersebut. Antara intipati bantahan ialah:

(1) Penduduk tidak mahu gereja diwujudkan di sekitar kawasan PJS2 kerana majoriti penduduk beragama Islam adalah seramai 95%.

(2) Lambang salib gereja tesebut begitu ketara dan boleh dilihat dengan jelas oleh penduduk kawasan itu seolah-olah memberi isyarat bahawa kawasan berkenaan telah pun dikuasai oleh Kristian.

(3) Penduduk turut mempersoalkan kelulusan yang diberikan oleh MBPJ untuk gereja tersebut beroperasi di atas sebuah rumah kedai dan bertanyakan status premis tersebut sama ada didaftarkan atas rumah ibadat atau atas nama syarikat.

(4) Kegagalan Wakil Rakyat memainkan peranan dan menjaga sensitiviti umat Islam di kawasan berkenaan.

Ketika bantahan berlangsung, terdapat lebih kurang 15 orang Kristian sedang berkumpul untuk khutbah mingguan dalam gereja berkenaan. Polis tiba pada jam 10:30 pagi iaitu sebaik-baik sahaja khutbah Ahad selesai dan bertindak sebagai pendamai antara kumpulan pembantah dan para pemimpin gereja.

Seorang pemimpin setempat yang menenangkan penunjuk perasaan dan menjadi wakil penduduk untuk berunding dengan gereja berkata, gereja bersetuju untuk menurunkan tanda salib tersebut pada Ahad hadapan.

"Sekiranya mereka mendapat kelulusan dari pihak berkuasa, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi kami meminta pertimbangan, ini adalah kawasan kawasan bermajoriti Melayu yang memerlukan mereka menurunkan tanda salib itu," kata ketua penunjuk perasaan, Abdullah Abu Bakar sebagaimana yang dipetik oleh The Star Online sebagai berkata. (SUMBER)

Blogger Helen Ang dalam komentarnya merujuk kes ini dengan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negara China dan Singapura yang langsung tidak bagi muka kepada kaum Evangelist. (RUJUK SINI). Dan menurut blogger tersebut, Kerajaan Melayu Malaysia seharusnya mencontohi KERAJAAN CINA CHINA dan KERAJAAN CINA SINGAPURA dalam menghadapi ancaman bahaya yang dimulakan oleh kaum Evangelist apatah lagi Malaysia adalah negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan walaupun pada masa yang sama, membebaskan aktiviti penganut dan ajaran agama-agama lain di negara ini tertakluk kepada Perlembagaan.

Sudah kedengaran suara-suara sumbang liberalisme yang menjadikan sensitiviti orang Melayu sebagai bahan mainan dan momokan. Menariknya, golongan yang paling pantas menjadikan isu ini sebagai isu yang boleh digunakan untuk menggambarkan orang Melayu sebagai mudah panik, adalah golongan muda Melayu yang melihat diri mereka sudah cukup sempurna.

MAHATHIR VS NAJIB: UMNO KEDAH BUAT KETETAPAN, SOKONG NAJIB DAN MUKHRIZ, HORMATI PENDIRIAN MAHATHIR

Saturday 18 April 2015 · 8 comments

UMNO Kedah Menyokong Penuh YAB PM, YAB MB dan hormati Tun Dr Mahathir
Sidang media Adun-Adun dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, Adun dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Kedua, mereka juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat.

Ketiga, mereka juga menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah meminta Tun Dr Mahathir memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini. Malah mereka menyokong saranan YAB PM, mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC.

Dalam sidang media tersebut Adun-adun dan Ketua Bahagian bersetuju agar Dato Seri Hj Mukhriz TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN kerana mereka memahami situasi beliau dalam perkara ini.

Mereka juga bersetuju sebulat suara membatalkan mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang akan dijadualkan pada 24hb ini.

Malah Dato Paduka Ahmad Bashah selaku jurucakap, menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang pepecahan didalam kerukunan UMNO Kedah dan mereka tetap setia pada pimpinan YAB Tuan Presiden dan Pengerusi Perhubungan negeri Kedah.

Segala keputusan itu telah dicapai oleh persetujuan dan konsesus bersama, beliau selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri mewakili semua, mengeluarkan kenyataan rasmi UMNO negeri Kedah, rakan-rakan Adun dan Ketua Bahagian negeri Kedah.

Mesyuarat khas UMNO negeri sebentar tadi, diadakan di Seri Mentaloon dihadiri hampir semua Adun dan KB, hanya 3 daripada adun tidak hadir tetapi menghantar wakil, sama juga dengan adanya 3 Ketua Bahagian tidak dapat hadir, namun menghantar wakil bagi membuat persetujuan bersama. (sumber)

ISMA MESIR HALAU TERESA KOK DARI MESIR DAN HALANG PERTEMUAN WAKIL DAP DENGAN PELAJAR MALAYSIA MESIR

· 5 comments

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak lawatan wakil-wakil DAP ke Timur Tengah dan menganggapnya sebagai cubaan untuk mengotorkan minda para pelajar Melayu-Islam dengan agenda subversif mereka.

Kumpulan Islam itu berkata, sesi dialog DAP dengan rakyat Malaysia di sana juga menunjukkan niat sebenar mereka bagi menyemaikan kebencian terhadap identiti Islam dan merekrut kader-kader baru untuk mengikut fahaman mereka, memandangkan DAP di Malaysia sendiri sangat kuat menentang kedudukan Islam dan orang Melayu.

Pengerusi ISMA Malaysia di Mesir, Umar Farouq Morhalim dalam satu kenyataan berkata, kehadiran para pemimpin DAP yang mengadakan dialog dengan masyarakat Malaysia di Timur Tengah, Mesir dan Jordan, tidak dialu-alukan sama sekali.

"ISMA Mesir berharap semua pelajar tidak terpedaya dengan umpan yang ditabur DAP dalam usaha untuk menghakis identiti Melayu-Islam, terutama apabila para pelajar merupakan tiang seri negara pada masa hadapan," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari terpaksa memberikan penjelasan berhubung  rombongan parti itu telah ke Jordan dan Mesir dalam minggu ini selepas ISMA menerbitkan sebuah artikel yang menuduh rancangan DAP untuk merekrut dan memanipulasi golongan muda Melayu-Islam.

Menurutnya, rombongan ke Jordan dari hari Isnin sehingga Rabu itu termasuklah dialog dengan kumpulan-kumpulan akademik, lawatan ke kem-kem pelarian dan pertemuan dengan para pelajar universiti yang berasal dari Malaysia.

"Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mempelajari lebih lanjut tentang budaya dan politik di Asia Barat, terutama tentang pergerakan politik Islam yang sedang berkembang di wilayah tersebut," kata Zairil dalam status yang dikemaskini di laman Facebook rasminya.

Selain Zairil, Ahli-Ahli Parlimen DAP lain dalam rombongan tersebut adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim. 

Zairil terpaksa membuat pengesahan selepas Mohd Firdaus Salleh Hudin, editor di laman sesawang ISMA membuat komentar pada Khamis lalu dengan melahirkan rasa terkejutnya apabila DAP dibenarkan bertemu dan berdialog dengan para pelajar Malaysia di dua buah negara Arab yang keseluruhan mereka berbangsa Melayu.

Dalam komentar tersebut, ISMA menuduh DAP mahu mewujudkan kumpulan 'guru agama sendiri' yang berkelulusan dari universiti-universiti Timur Tengah dan menuduh, rancangan tersebut merupakan sebahagian daripada 'agenda jahat' DAP untuk menarik lebih ramai orang Islam terpedaya dengan agenda mereka.

5 ADUN PKR SELANGOR KELUAR PARTI, KHALID IBRAHIM KEMBALI SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR WAKIL PAS?

· 2 comments

Pertemuan antara bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Jakarta, sudah menjadi rahsia terbuka. Sekaligus membuka satu lagi perdebatan dan andaian bahawa politik negeri Selangor bakal berkocak sekali lagi, di tengah-tengah kehangatan politik dalaman UMNO dan PAS.

Khalid Ibrahim sekarang merupakan ADUN Bebas yang telah disingkirkan dari PKR selepas Langkah Kajang yang mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan memenangkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai ADUN Kajang.

SUARA.TV melaporkan, Khalid Ibrahim akan menyertai PAS dalam tempoh terdekat. 5 orang ADUN PKR juga dikatakan akan keluar PKR dan kembali menyokong Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim pula dilihat sudah pun mendapat sokongan daripada 12 orang ADUN UMNO dan hampir keseluruhan ADUN PAS kecuali Morib dan Hulu Kelang.

Ianya mungkin satu khabar angin semata-mata bagi tujuan-tujuan tertentu tetapi melihat kepada senario terkini ianya mungkin bukan khabar angin sebaliknya satu realiti.

Menurut SUARA.TV, keputusan tersebut akan diumumkan hari ini apabila Khalid Ibrahim pulang dari Jakarta. Difahamkan juga, Khalid Ibrahim dan Hadi Awang akan pulang secara berasingan dari Jakarta.

PEMUDA UMNO SRI GADING KECAM CADANGAN KWSP DAN KATA JANGAN RAMPAS HAK PENCARUM!

Friday 17 April 2015 · 1 comments

BATU PAHAT - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading hari ini mendesak agar kerajaan menghalang cadangan dan perbincangan terhadap kenaikan had umur pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada umur 60 tahun daripada 55 tahun.

Ketuanya Sdr Lassim Burhan berkata, KWSP sepatutnya menghormati dan lebih melihat kepada kebajikan pencarum-pencarumnya. Rata-rata pekerja syarikat swasta yang membuat caruman bersara pada umur 55 tahun oleh kerana tidak diteruskan kontrak atau perjawatan oleh majikan dan jikalau KWSP menahan simpanan mereka, bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan. Selain daripada itu juga mengikut lazimnya ramai dikalangan mereka ini juga memerlukan perbelanjaan perubatan serta masih menguruskan perbelanjaan pengajian anak masing-masing.

Walaupun Kerajaan telah menaikkan had minima persaraan dari umur 55 tahun sebelum ini kepada umur 60 tahun melalui Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang telah diluluskan Parlimen dan diwartakan, masih lagi banyak majikan yang tidak mengikut had minima pesaraan tersebut.

KWSP tidak boleh menjadikan alasan hanya kerana skim ini untuk simpanan persaraan pekerja, maka mewajarkan pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun kononnya untuk memastikan ahli mempunyai lebih banyak simpanan untuk perbelanjaan dan tanggungan sara hidup apabila tidak bekerja.

KWSP juga perlu menjaga imejnya sebagai sebuah institusi keselamatan sosial unggul yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai dan juga diakui menyediakan sistem yang efisien serta mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Oleh itu KWSP tidak sepatutnya menjadikan alasan apabila kerajaan menaikkan had umur persaraan wajib kepada 60 tahun lantas memutuskan umur yang dibenar mengeluarkan wang KWSP juga mestilah 60 tahun dan ke atas itu sebagai penghalal cara menahan caruman pekerja.

Kita tidak mahu pencarum-pencarum ini rasa dizalimi seperti mana semua orang tahu wang simpanan itu hak pencarum. Oleh itu cadangan ini tidak releven dan hanya membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan menyebabkan kredibiliti KWSP tercemar sebagai badan yang cekap mengurus simpanan pekerja di negara ini.

Lassim Burhan 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading.

MALU, LIM GUAN ENG TERPAKSA BERDALIH KONONNYA DIA DIPERDAYAKAN BARISAN NASIONAL SEHINGGA DIA PONTENG KETIKA POTA DILULUSKAN!

· 0 comments

Selepas dibelasah teruk oleh masyarakat Cina sendiri berhubung tindakan Lim Guan Eng ponteng sidang Parlimen pada ketika Akta Hasutan 1948 pindaan 2015 dan POTA diluluskan sebaliknya bercuti ke Australia bersama beberapa orang pemimpin DAP Pulau Pinang, akhirnya Lim Guan Eng muncul dengan alasannya yang tersendiri.

Lim Guan Eng dilihat terpaksa memberikan alasan dan menyalahkan pihak lain apabila wartawan-wartawan akhbar berbahasa Cina sendiri mendedahkan bagaimana Lim Guan Eng berkelakuan biadap dan enggan menjawab soalan yang berkaitan dengan ketidakhadiran dan punca dia menghilangkan diri.

Dalam klip-klip video yang sedang tersebar, menunjukkan bagaimana Lim Guan Eng terburu-buru berpaling dan terus melarikan diri.

Lim Guan Eng kemudiannya muncul dan mendakwa dia telah DITIPU oleh Barisan Nasional berhubung dengan kelulusan rang undang-undang POTA minggu lepas.

"Mereka telah menipu kami dan meluluskan akta tersebut apabila sesi sepatutnya berakhir pada jam 9:30 malam," kata Ahli Palimen Bagan itu. 

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang yang berada di Australia ketika Akta berkenaan diluluskan pada 6 April, dia menjangkakan, akta tersebut hanya akan diluluskan pada 9 April.

"Kami menjangkakan ia akan diluluskan pada Khamis, jadi saya telah ke Parlimen pada hari Khamis, katanya.

Lim Guan Eng turut berkata, sesi pada Isnin yang sepatutnya berakhir pada jam 9:30 malam secara tiba-tiba telah dilanjutkan - ketika Akta tersebut diluluskan tanpa pindaan di Parlimen - sehingga jam 2:25 pagi.

POTA telah diluluskan selepas pengundian dilakukan sebanyak 9 blok dengan pengundian terakhir berpihak kepada kerajaan selepas 79 orang Ahli Parlimen BN menyokong akta tersebut manakala 64 Ahli Parlimen Pakatan menolaknya.

11 orang Ahli Parlimen dari PKR dan PAS tidak hadir, manakala dari DAP dua orang.

Sementara itu, Lim Guan Eng dilaporkan akan mengambil tindakan menyaman ke atas Utusan Malaysia dan wartawan Zulkifli Jalil kerana membuat laporan palsu berhubung projek LRT di Pulau Pinang.

Keputusan Lim Guan Eng itu dilihat sebagai usaha untuk menutup malu selepas penjelasannya di mahkamah sebelum ini berpihak kepada ketua pembangkang DUN Pulau Pinang yang digelarkannya sebagai NENEK RASIS. Selain malu kerana akhbar-akhbar berbahasa Cina yang selama ini dilihat menyokong kuat Lim Guan Eng, kini mula mencari-cari kelemahan Lim Guan Eng untuk diperkatakan dan didedahkan.

RAFIZI RAMLI TAK GENTAR DISAMAN NAJIB DAN ROSMAH

· 3 comments

Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berhubung tindakan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor menyamannya berkata, dia tidak gentar dengan saman berkenaan. Bahkan dia sudah tidak sabar-sabar untuk berhadapan dengan pasangan tersebut di mahkamah.

Dengan kata lain, Rafizi Ramli menyatakan keazamannya untuk melondehkan segala-galanya di mahkamah, sekaligus memalukan Perdana Menteri dan isteri.

Menurutnya lagi, dia lebih teruja kerana kes samannya adalah kali saman pertama yang melibatkan Rosmah Mansor.

Rafizi Ramli disaman kerana ucapannya yang berbaur fitnah apabila mengaitkan subsidi minyak dengan pembelian berlian dan barangan kemas oleh Rosmah Mansor. Turut disaman adalah Chan Chee Kong, pemilik portal Suara Rakyat.

Rafizi sedang berhadapan dengan beberapa kes perundangan melibatkan kewangan dan fitnah termasuklah kes BAFIA yang akan membuatkan dia dipenjarakan dan didenda berat jikalau didapati bersalah. Bagaimanapun, kes-kes berkenaan telah dijadikan oleh Rafizi Ramli untuk mempopularkan dirinya.

NAJIB ABDUL RAZAK DAN ROSMAH MANSOR FAILKAN SAMAN KE ATAS RAFIZI RAMLI DAN CHAN CHEE KONG

· 0 comments

Najib dan Rosmah Mansor dilaporkan telah menfailkan saman terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak. Saman tersebut telah difailkan semalam menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada Rafizi Ramli serta Chan hari ini.

Menerusi writ saman tersebut, Najib dan Rosmah telah menamakan Rafizi Ramli sebagai defendan pertama manakala Chan pula adalah defendan kedua. Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa, Rafizi telah memberikan ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November 2014.

Ucapan Rafizi itu telah dirakamkan oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuatnaikkan oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk, 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak."

Rakaman yang sama didakwa turut dikongsikan oleh Chan dalam laman Facebook Media Rakyat dan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia. Rakaman berkenaan telah ditonton sebanyak 9,736 kali di YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti akaun Facebook Rafizi Ramli dan 162,118 lagi mengikut akaun Facebook Chan.

Rafizi didakwa mempunyai niat supaya perkataan yang disebutnya diterbitkan semua oleh media massa dan dibaca oleh orang ramai. Manakala Chan pula gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab kerana tidak mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan Rafizi Ramli.

Najib dan Rosmah Mansor menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsirkan oleh mahkamah. Mereka juga menuntut faedah ke atas ganti rugi tersebut atas kadar 5% setahun dari tarikh penerbitan sehingga tarikh penghakiman dan tarikh penyelesaian penuh.

Turut dituntut ialah satu arahan injunksi untuk menghalang Mohd Rafizi, Chan dan pembantu mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah terhadap plaintif dan perintah supaya kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah.

Najib dan Rosmah juga menuntut satu perintah supaya Chan mengeluarkan rakaman tersebut daripada laman YouTube Media Rakyat, laman web Media Rakyat dan Facebook Media Rakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman, lapor Bernama.

PKR TAK GENTAR DENGAN ISU HUDUD DI PERMATANG PAUH, YAKIN MAMPU TAWAN PENGUNDI PAS DENGAN CERITA SIMPATI ANWAR IBRAHIM

· 0 comments

PRK Permatang Pauh semakin hampir. Walaupun tidak ramai pemimpin PKR yang mahu memperkatakannya secara terbuka, tetapi di pihak PAS sudah ada ugutan, PAS tidak akan membantu PKR kerana PKR mendendami Hadi Awang dan berusaha menggulingkan Hadi Awang serta kepimpinan ulama dalam PAS menerusi proksi-proksi mereka dalam PAS sendiri.

PAS telah mendapat kerjasama daripada UMNO di Kelantan untuk perlaksanaan hudud. Sekarang ini, usul pembentangan hudud di Parlimen sudah pun dibuat. Lulus di Parlimen, bermakna luluslah juga hudud di Kelantan serta bermulalah kempen untuk seluruh Malaysia.

PKR bersama-sama DAP merupakan penentang kuat hudud. DAP telah mengumumkan pembekuan semua bentuk kerjasama dengan Abdul Hadi Awang, orang yang dipertanggungjawabkan kepada usul hudud di Kelantan dan Parlimen. Walaupun tidak menyatakan perkara yang sama kepada PAS, tetapi pembekuan kerjasama dengan Hadi yang merupakan Presiden PAS bermakna pembekuan dengan PAS, walaupun hakikat berkenaan cuba dinafikan oleh DAP.

Menariknya, dalam kes ini, PKR hanyalah pak turut DAP. Apa pendirian DAP, itulah juga pendirian PKR walaupun pada masa yang sama, Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR cuba mewajarkan tindakan partinya dengan istilah-istilah yang berbunyi Arab.

Isu PKR menentang hudud bukan sekadar berlegar-legar di pengetahuan orang UMNO semata-mata, tetapi lebih menjadi momokan di kalangan orang PAS sendiri.

Pengumuman PAS Permatang Pauh bahawa mereka tidak akan melibatkan diri atau bekerjasama dengan PKR di PRK Permatang Pauh, menyebabkan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berang dan memberi kata dua kepada pemimpin Pemuda PAS Permatang Pauh.

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK, Dr. Afif Bahardin yang juga merupakan ADUN Seberang Jaya dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan, hudud hanyalah isu yang dimainkan oleh media-media arus perdana semata-mata dan bukannya isu besar di kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, terdapat pelbagai isu lain yang boleh diketengahkan berbanding isu hudud yang dianggap lebih bersifat prihatin kepada orang ramai dan pengundi di Permatang Pauh. Secara tidak langsung, Afif cuba mengelak daripada memperkatakan perkara sebenar walaupun pada masa yang sama, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, PKR perlu memohon maaf daripada PAS berhubung penghinaan ke atas Presiden PAS jikalau mahukan kerjasama daripada PAS untuk PRK Permatang Pauh.

Afif bagaimanapun berkata, Salleh Man yang merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang telah dilantik mengepalai jentera penerangan PAS untuk PRK Permatang Pauh bagi membantu calon PKR.

Pada PRK Sungai Limau tahun lepas, PKR dilihat seperti sengaja mensabotaj peluang PAS untuk menang walaupun DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS. PAS bagaimanapun, berjaya mengekalkan kemenangan di Sungai Limau meskipun memperolehi majoriti yang lebih rendah. Di PRK Kajang pula, PAS bertungkus lumus untuk memenangkan calon PKR, Wan Azizah walaupun pada masa yang sama, PAS tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang diwujudkan oleh Rafizi Ramli.

MUKHRIZ TOLAK DESAKAN AHMAD LEBAI SUDIN UNTUK LETAK JAWATAN MENTERI BESAR KEDAH

Thursday 16 April 2015 · 5 comments

Pergolakan dalaman UMNO Kedah nampaknya berlaku lagi. Dan kali ini, ia juga melibatkan individu yang sama iaitu Ahmad Lebai Sudin.

Ada banyak cerita tentang Ahmad Lebai Sudin terutama membabitkan DUN Bukit Lada, DUN Bukit Pinang dan Parlimen Permatang Pauh dari PRU tahun 2004 sehingga PRU 2013. Bagaimanapun disebabkan 'semangat UMNO', tidak banyaklah cerita tentang Ahmad Lebai Sudin yang diketahui keluar dari Kedah atau Pokok Sena. Namun cerita tentang projek Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah yang melibatkan Ahmad Lebai Sudin, mula diperkatakan kembali ekoran gelagat terbarunya.

Dilihat sebagai orang yang gemar menangguk di air keruh, Ahmad Lebai Sudin yang merupakan ADUN Bukit Lada, dikatakan kembali mengejar cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Kedah dengan segera memintas Mukhriz Mahathir dalam memberikan dan melafazkan taat setia kepada Perdana Menteri.

Mukhriz telah meletakkan tarikh 24 April untuk berbuat begitu bersama-sama dengan semua Ketua Bahagian UMNO Kedah, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Kedah. Tarikh sebelum ini, dilihat tidak sesuai memandangkan sebahagian daripada mereka berada di luar Kedah terutama sekali Ahli-Ahli Parlimen Kedah yang mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

Menggunakan alasan itu, Ahmad Lebai Sudin melancarkan serangan dan mendesak agar Mukhriz Mahathir meletak jawatan dengan alasan, jawatan Menteri Besar Kedah adalah atas persetujuan Perdana Menteri. Justeru, menurutnya, keengganan Mukhriz melafazkan kesetiaan kepada Najib dalam pertelingkahan antara Tun Mahathir dengan Najib Abdul Razak, mewajarkannya meletak jawatan kerana telah melanggar Perdana Menteri.

Menariknya, Mukhriz belum pun menyatakan sebarang pendirian kecuali tarikh kenyataan rasmi UMNO Kedah diberikan.

Mukhriz dalam masa yang sama, berkata, desakan tersebut adalah remeh dan dia tidak akan meletak jawatan hanya kerana desakan sebegitu. Apatah lagi, masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk rakyat Kedah selain tanggungjawabnya selaku Menteri Besar Kedah yang diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri sendiri, perlu dilunaskan.

Sesuatu yang Ahmad Sudin sendiri terlupa ialah, watikah untuk dia menjadi calon ADUN Bukit Lada pada PRU lalu datang dari siapa agaknya kalau itulah alasan yang digunakan untuk mewajarkan desakannya. Mengapa dia tidak pula meletak jawatan kerana dia mahu melanggar Mukhriz Mahathir?

Sebenarnya, tindakan Ahmad Lebai Sudin bukanlah sesuatu yang aneh atau luar biasa. Bagi yang memahami politik Kedah, akan faham apa sebenarnya yang diburu oleh Ahmad Lebai Sudin semenjak dari zaman Syed Abdul Razak sebagai Menteri Besar lagi.

BERSIH SABAH RANCANG UNTUK ADAKAN PERHIMPUNAN HARAM PADA 1 MEI SEPERTIMANA YANG DINYATAKAN DALAM SIDANG MEDIA MEREKA!

· 0 comments

Satu sidang media telah diadakan di Bilik Bunga Raya, Aras 3, Bangunan DUN Sabah pagi tadi antara jam 9:20 pagi sehingga 9:30 pagi oleh Jannie Lasimbang yang merupakan Naib Pengerusi BERSIH.

Sidang media berkenaan telah dihadiri oleh enam orang yang terdiri daripada para pemimpin parti pembangkang dan NGO Sabah. Antara mereka termasuklah Jimmy Wong, Lajim Ukin, Azmin Azroy Abdullah dan Edwin Bosi.

Menerusi sidang media berkenaan, Jannie Lasimbang menyatakan, BERSIH yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 1 Mei di Kota Kinabalu, telah memohon permit dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan PDRM, namun tidak diluluskan.

Pun begitu, perhimpunan tersebut akan tetap diadakan meskipun ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan Akta Perhimpunan Awam.

Antara isu-isu yang akan dijeritpekikkan nanti termasuklah isu-isu nasional dan tempatan seperti GST, RCI, Perjanjian Malaysia 1963, PTI, isu tanah dan daftar pemilih.

Menurut Jannie Lasimbang, perhimpunan tersebut telah mendapat sokongan daripada NGO-NGO seluruh Sabah.

BERSIH dilihat masih berusaha untuk menghasut serta menyelewengkan beberapa fakta setelah mahkamah berjaya membuktikan niat jahat mereka menerusi beberapa kes membabitkan persempadanan semula di Sarawak.

Barangkali memikirkan rakyat di Sabah tidak mengetahui perkara sebenar sepertimana yang berlaku dalam kes persempadanan 11 DUN baru di Sarawak, BERSIH cuba melarikan topik dengan kononnya cuba berlagak sebagai pejuang rakyat.

Apakah akan ada tindakan dari pihak berkuasa yang kebelakangan ini dilihat mula bertindak tegas dan pantas menangani masalah hasutan, terutama dengan kelulusan pindaan baru Akta Hasutan 1948 yang menyebabkan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat menjadi sasaran kemarahan para penyokong sendiri ekoran kehilangan mereka semasa kelulusan akta-akta berkenaan?

RUMAH KETUA AMK CABANG JELUTONG KENA SITA SEBAB GAGAL BAYAR SAMAN!

· 1 comments

Inilah yang dikatakan, kerana mulut santan binasa...

Pada 27 September 2009, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah telah berjaya menyaman dan memenangi kes ke atas tiga orang pemimpin PKR Pulau Pinang iaitu Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutong Jab Samad dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong Khairil Anuar Kamaruddin.

Turut disaman adalah wartawan Harakah Mohd Sabri Said; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; dan PAS.

Khairil Anuar Kamaruddin adalah Ketua AMK Cabang Jelutong dan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang pada masa kini.

Aminah Abdullah menyaman ketiga-tiga mereka kerana laporan yang antara lain bermaksud dia adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada UMNO termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail untuk bercerai dengan suaminya, Anwar Ibrahim.

Mahkamah kemudiannya telah memerintahkan agar Norhayati, Jab Samad dan Khairil Anuar Kamaruddin membayar ganti rugi RM30,000 setiap seorang kepada Aminah Abdullah.

Tidak diketahui sama ada dua orang selain Khairil Anuar berjaya menyelesaikan 'hutang' mereka dengan Aminah Abdullah atau sebaliknya. Namun yang pasti, Khairil Anuar telah gagal dan natijahnya, rumahnya telah disita oleh Mahkamah Negeri Pulau Pinang.

Menurut sumber, proses penyitaan telah dilakukan pada hari ini antara jam 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari di alamat Jalan Kota Giam, Jelutong, Pulau Pinang. Operasi penyitaan tersebut dibua kerana Khairil Anuar gagal membayar saman kepada Aminah Abdullah berjumlah RM30,000.

Operasi penyitaan barang telah diketuai oleh Abdullah Ambar yang merupakan wakil Mahkamah Negeri Pulau Pinang.

Seramai 15 orang yang terdiri daripada AMK PKR Cabang Jelutong, AMK PKR Cabang Tanjong dan wartawan dilaporkan hadir semasa proses penyitaan. Antara yang turut hadir termasuklah, Shahul Hameed bin M.K Mohamed Ishack yang mrupakan Ketua Cabang PKR Jelutong, Khairil Anuar sendiri, Mohamed Azlan Hyder Ali yang merupakan Ketua AMK PKR Tanjong yang juga meruakan Ketua 1 AMK Negeri Pulau Pinang dan Yusmizan, wakil Mahkamah Negeri Pulau Pinang.

Walaupun proses penyitaan telah dijalankan, Khairil Anuar diberikan tempoh selama 14 hari untuk membayar saman berkenaan. Difahamkan sekiranya, Khairil Anuar gagal menjelaskan bayaran saman tersebut dalam tempoh yang dinyatakan, barang-barang yang disita akan dilelong.

Barangan yang disita itu adalah barang-barang alatan rumah seperti perabot.

Akibat terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, sendiri yang terkorban. Anwar dan Wan Azizah boleh goyang kaki, awak pula yang makan nasi pakai kaki!

WHATSAPP SENAPANG DAN BERBALAS TEMBAKAN DI GEMAS... PDRM TAMPIL BERIKAN PENJELASAN!!!

· 0 comments

Semalam, satu whatsapp yang 'bertanyakan' sama ada benar atau sebaliknya tentang kejadian tembak-menembak antara polis dengan beberapa orang lelaki serta rampasan beberapa pucuk senjata api telah tersebar secara meluas.

Barangkali berniat untuk bergurau, namun sebahagian daripada 'berita' berkenaan telah diceduk bulat-bulat dan kemudian disebarkan juga dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram menyebabkan golongan yang teruja, telah menyebarkan berita palsu yang asalnya untuk bergurau itu.

Memandangkan rakyat Malaysia gagal membezakan antara berita palsu dan berita tulen, selain mudah panik dan percaya dengan apa yang mereka baca menerusi aplikasi media membabitkan di atas talian, PDRM terpaksa pula memberikan penjelasan dan menafikan berita palsu berkenaan.

Nampaknya bertambah pula kerja polis untuk menafikan berita-berita sebegitu bagi memastikan rakyat Malaysia tidak mudah panik dan kemudian bertindak menyebarkan berita palsu.

Atau sebenarnya kegilaan rakyat Malaysia yang melihat 'gurauan' sebegitu adalah perlu bagi menceriakan hidup selepas terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran dan kebejatan dunia politik yang mewarnai negara ini pada sepanjang masa.

Apa-apa pun, diharapkan pada masa-masa hadapan, tidak lagi muncul dengan 'gurauan-gurauan' sebegini memandangkan berita-berita palsu sebegitu sebenarnya mampu merangsang kepanikan dan huru-hara yang lebih besar sekiranya tidak disekat atau ditangani secara lebih pantas.

INILAH OTAK PENJAWAT AWAM PADA ZAMAN SERBA KOMPUTER DAN BUKAN LAGI PAKAI MESIN TAIP!!!

· 0 comments

Satu nama terpampang di Facebook dengan kenyataan, "AKHIRNYA DIA BERAM...' (yang membawa maksud BERAMBUS), amat menarik perhatian.

Menariknya bukan kerana ayat yang disusun dan dituliskan. Tetapi kerana individu tersebut adalah seorang pegawai kerajaan pada Gred N.17 dan dikatakan bertugas di ICU Wilayah Persekutuan.

Ayatnya yang sangat menarik perhatian itu ditujukan kepada Tan Sri Shukri yang telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri menggantikan Allahyarham Datuk Azlin.

Daripada maklumat yang diterima, Roza Ismail seperti yang tertera dalam gambar tersebut asalnya adalah PT N.17 di Pejabat SDO Melaka dan baru sahaja dinaikkan pangkat ke N.22. Berdasarkan maklumat yang sama juga, dia dikatakan telah memilih untuk bersara pilihan pada tahun ini kerana kecewa dengan ICU.

Punca asal dikatakan Roza Ismail tidak berpuas hati adalah kerana dia pernah disiasat oleh SPRM. Akibatnya, dia dikenakan tindakan tatatertib. Khabarnya dia cukup bengang kerana semua bosnya terlepas dan dia seorang sahaja yang terkena. Atau dalam bahasa lain, dia menjadi mangsa kambing hitam semata-mata untuk melepaskan bos-bosnya yang berpangkat lebih besar.

Barangkali kerana sudah hampir mahu bersara itulah, menyebabkan Roza Ismail main lepas mulut dan celupar semacam. Mungkin memikirkan seandainya tindakan tatatertib dikenakan kepadanya pun, dia tidak akan terjejas apa-apa memandangkan dia sudah hampir mahu bersara.

Inilah gelagat segelintir penjawat awam di negara ini. Cuma kita mengharapkan akaun Facebook berkenaan adalah palsu dan bertujuan untuk memalukan individu tersebut selain mencipta fitnah untuk membusukkan namanya menjelang persaraannya selain mencipta persepsi negatif kepada para penjawat awam lain. Apatah lagi terdapat banyak kes di mana akaun Facebook dipalsukan dengan tujuan jahat untuk menganiaya dan menzalimi individu sebenar bagi tujuan-tujuan negatif.

Diharapkan agar ada tindakan siasatan yang menyeluruh dan tegas selain tindakan yang paling keras untuk seorang penjawat awam yang celupar mulut seandainya benar ianya dilakukan oleh individu terbabit. Kita tidak mahu kerana tindakan seorang penjawat awam yang tidak berpuas hati, segala kebusukan dan keburukan terpalit kepada penjawat-penjawat awam yang lain.

JOSEPH TAWI DAN MALAYSIAKINI PUTARBELIT FAKTA TENTANG PEGAWAI-PEGAWAI RELA DAERAH SARAWAK

Monday 13 April 2015 · 1 comments

Kebelakangan ini, kita sering dapat membaca berita tentang Sarawak yang disiarkan oleh Malaysiakini dalam bentuk yang sangat negatif dan cuba menimbulkan sentimen kebencian serta hasutan agar kebencian tersebut diarahkan kepada Putrajaya.

Dalam salah satu laporan Malaysiakini yang wartawannya bernama Joseph Tawi, menerusi artikelnya bertajuk ‘Non-local chief: S’wk Rela members up in arm’ cuba menghasut untuk menimbulkan sentimen anti Semenanjung di kalangan rakyat Sarawak. (RUJUK SINI)

Hakikatnya, bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh Joseph Tawi, terdapat 26 orang Pegawai RELA Daerah yang merupakan anak tempatan Sarawak. Hanya 5 orang Pegawai RELA yang berasal dari Semenanjung yang sudah menetap, berkeluarga dan bertugas lebih 10 tahun di Sarawak. Mereka bukan sahaja bertugas lebih dari 10 tahun, tetapi juga telah berkahwin dengan rakyat Sarawak dan mempunyai rumah di Sarawak.

Hanya 2 orang sahaja Pegawai RELA Daerah BARU yang didatangkan dari Sarawak.

Walaupun kesemua pegawai-pegawai dari Sarawak telah dipindahkan balik ke Sarawak namun dua kekosongan tersebut perlu diisi sementara. Kedua-dua orang Pegawai RELA asal Semenanjung itu mengisi jawatan tersebut disebabkan kekosongan jawatan bagi melancarkan fungsi dan peranan mereka. Mereka didatangkan ke Sarawak sementara menunggu pegawai tempatan yang berkelayakan mengisi jawatan berkenaan. Sehingga ini, masih belum ada pegawai RELA yang berkelayakan yang boleh diserapkan ke jawatan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Joseph Tawi dan Malaysiakini sebenarnya sekadar mencetuskan sentimen yang akan memburukkan lagi hubungan antara kaum dan kebencian terhadap Semenanjung. Seharusnya sikap sebegini ditangani dengan sewajarnya kerana memberi ruang kepada penghasut seperti Joseph Tawi dan Malaysiakini hanya akan memburukkan lagi keadaan.

KERANA TEMBERANG DAN PENIPUAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR, GURU AGAMA KAFA MENGELUH BERAT

Thursday 9 April 2015 · 5 comments

NAJIB MEMBISU SEBAB HORMATKAN MAHATHIR

· 9 comments

Penganalisis politik berpandangan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana beranggapan Najib tidak mahu mengeruhkan keadaan selain menghormati Mahathir.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku.

"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

"Namun sekiranya isunya adalah isu kepentingan awam, Najib perlu juga jawab. Sekiranya tidak, isu tersebut boleh jadi spekulasi yg menjejaskan kredibiliti Najib dan parti kelak," katanya kepada Sinar Online.

Sementara ketika ditanya mengenai adakah ada keperluan untuk Najib menggunakan medan sosial untuk menjawab kepada soalan yang berbangkit sekiranya Najib tidak mahu 'buka mulut', Azizudin berkata itu bukan 'cara' Najib.

"Najib tidak lawan guna blog, FB dan Twitter, saya rasa ianya bukan 'style' Najib menggunakan media sosial mengkritik atau menghentam pihak lain.

"Media sosial hanya digunakan Najib buat hebahan aktiviti yang dilakukan beliau," ujarnya.

Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir 'menyerang' semula dengan lebih keras.

- Sinar Harian

ROSMAH DIFITNAH BOM AIDANA BAIZIEVA YANG MENYEBABKAN HELIKOPTER BAWA JAMALUDDIN JARJIS TERHEMPAS

· 3 comments

Kalau dah mulut keparat, hati berkarat, dalam otak tak ada benda lain kecuali mengumpat dan berjahat.

Itu yang berlaku apabila pecacai Pakatan yang sukar menerima hakikat bahawa sangkaan mereka selama ini telah meleset dan hanyalah fitnah semata-mata. Hasad dengki tahap tinggi, akhirnya mendorong mereka untuk melakukan fitnah yang sekali lagi menjadikan Rosmah Mansor sebagai SASARAN POPULAR.

Seorang individu yang dikenali sebagai trooper PR telah membuat spekulasi liar tentang kejadian ngeri ke atas helikopter terbabit.

Menurutnya, Rosmah telah menggunakan bom C4 untuk meletupkan helikopter tersebut sekaligus membunuh rakan baik suaminya sendiri (dan juga penasihat utamanya) selain Ketua Setiausaha Sulit suaminya semata-mata untuk membunuh seorang wanita muda jelita ygn mempunyai hubungan atau skandal dengan menantu lelaki Rosmah Mansor. 

Anda baca sendiri kebodohan dengan niat jahat trooper terbabit apa yang ditulisnya di bawah:

RUJUK DI SINI

NGA KOR MING PERLU DIJADIKAN ORANG PERTAMA DIKENAKAN TINDAKAN POTA KE ATASNYA KERANA NIATNYA MERANGSANG KEGANASAN!

Wednesday 8 April 2015 · 3 comments

Sebaik-baik sahaja POTA diluluskan pada jam 2.25 pagi dua hari sudah, kumpulan pemisah, SSKM dan Sarawak for Sarawakians terus berubah nada. Geng-geng yang kuat menghasut untuk pemisahan kedua-dua negeri tersebut daripada Persekutuan Malaysia, terus senyap sunyi dan menghilangkan diri. Ada pula yang cuba 'membetulkan' ayat masing-masing bagi mengelakkan menjadi orang pertama dikenakan tindakan di bawah POTA.

Tanpa SSKM dan Sarawak for Sarawakians, yang paling bermasalah nanti adalah DAP. Sebabnya, DAP menggunakan sentimen agama dan kaum di Sarawak serta Sabah untuk memastikan cita-cita mereka menawan kedua-dua negeri tersebut dalam PRN dan PRU-14 nanti tercapai.

DAP secara berani pada tahun 2011, menggunakan isu anti-Christ, anti-Jesus, anti-Christian untuk membolot beberapa kerusi yang bermajoritikan pengundi beragama Kristian. Bible bahasa Melayu telah dipolitikkan sekalipun pada masa yang sama, faktanya ialah, Bible berbahasa Melayu tidak dilarang penggunaannya di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian Malaysia melibatkan kedua-dua negeri itu pada tahun 1963.

Bagaimanapun, dengan POTA dan POCA serta pindaan Akta Hasutan 1948 yang turut mengandungi elemen tindakan ke atas elemen kebencian kaum dan agama terutama Islam, telah mengerat sebahagian besar daripada operasi DAP yang galak menggunakan khidmat pastor-pastor dan gereja-gereja di seluruh Sabah dan Sarawak untuk niat jahat mereka.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Nga Kor Ming berkokok kuat menyalahkan POTA dan Akta Hasutan 1948 Pindaan 2015 yang tidak lagi membenarkan ikat jamin dan ditahan untuk tempoh yang agak lama.

Seperti biasa, Nga Kor Ming yang kuat menghasut dan melakukan fitnah itu, cuba mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat, malah cuba menghasut untuk menimbulkan keganasan bagi membolehkan POTA dan Pindaan Akta Hasutan 1948 ditentang oleh orang ramai.

Ini bukanlah kali pertama Nga Kor Ming mengeluarkan kenyataan atau menggunakan info-grafik pada akaun peribadinya di Facebook untuk mewujudkan kebencian dan keganasan. Setakat ini, tiada sebarang tindakan diambil dan siasatan berhubung motifnya dilakukan.

PENGHORMATAN DYMM SULTAN PAHANG KEPADA ALLAHYARHAM KOPERAL RAZAKAN TIDAK DAPAT PERHATIAN MEDIA

· 1 comments

Sebelum ini, media-media melaporkan bahawa jenazah Allahyarham Koperal Razakan yang terlibat dalam tragedi helikopter terhempas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis dan SUSK Azlin Alias, menghadapi masalah kelambatan untuk dihantar pulang ke Sabah bagi urusan pengkebumian.

Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak yang membuat penjelasan mengapa penghantaran tersebut tertangguh. Malah berita-berita yang disiarkan pula, menunjukkan memang tiada penghormatan rasmi diberikan kepada Allahyarham Koperal Razakan meskipun dia terkorban ketika sedang menjalankan tugas.

Pun begitu, walaupun kurang penghormatan yang diberikan, sebenarnya tanpa pengetahuan ramai, Allahyarham telah menerima penghormatan daripada DYMM Sultan Pahang.

Kisahnya, baginda baru tiba dari Jakarta, Indonesia dan pesawat yang dinaiki baginda telah mendarat di TUDM Subang. Baginda kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Pahang tentang tragedi tersebut dan keranda yang mengandungi jenazah Allahyarham Koperal Razakan yang dalam proses untuk dihantar pulang ke Sabah.

Baginda kemudiannya menitahkan agar menangguhkan penerbangan untuk seketika kerana baginda mahu memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Di sebalik kemarau dan keringnya penghormatan buat seorang anggota polis, masih ada DYMM Sultan Pahang yang sanggup turun dari pesawatnya semata-mata untuk memberikan penghormatan kepada seorang anggota polis berpangkat rendah yang terkorban semasa menjalankan tugasnya.

Terima kasih, Tuanku...

Dirgahayu tuanku!

RON95 DAN DIESEL NAIK RM0.20 BERMULA TENGAH MALAM INI.... RASIONALNYA...

Tuesday 7 April 2015 · 3 comments

Para anjing Pakatan sedang berusaha untuk menimbulkan suasana panik di kalangan rakyat sekaligus mencetuskan gelombang kebencian di kalangan rakyat dengan menyebarkan berita palsu menerusi aplikasi WhatsApp yang pada sangkaan mereka, sukar untuk dikesan.

Hakikatnya, ia adalah berita lama dan menggunakan grafik lama yang diubahsuai dengan memasukkan tarikh pada hari ini.

Oleh kerana yang disandarkan membuat fitnah adalah akhbar Sinar Harian, akhbar milik Karangkraf itu segera mengeluarkan siaran penafian.

Penyebaran artikel Sinar Online yang mengatakan RON95 dan diesel akan naik 20 sen bermula tengah malam ini di media sosial adalah tidak benar.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata, pihaknya mengesan penyebaran keratan artikel bertajuk ‘Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok’ sejak awal pagi tadi selepas menerima panggilan telefon daripada pembaca bertanyakan tentang kesahihan perkara ini.

“Sebenarnya artikel berkenaan telah disiarkan Sinar Online pada 2 September 2013 selepas kerajaan memperkenalkan rasionalisasi subsidi.

“Artikel itu juga disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp telah diubahsuai dengan meletakkan tarikh hari ini iaitu 7 April 2015,” katanya. (SUMBER)

ANAK NAZRI AZIZ DAN ISTERI MUDA NAZRI AZIZ BERGADUH KERANA TITLE... BOCOR SUDAH RAHSIA NAZRI AZIZ!

· 7 comments

Sebelum ini tindakan kekasih Nora Danish, Nedim yang menyelar sikap sebilangan wanita terdesak menggunakan gelaran Datin Seri, ramai peminat mula berteka teki siapakah yang dimaksudkan.

Mungkin dek kerana tercabar dan berang dengan dakwaan tersebut, seorang wanita berpangkat Datin Seri yang juga merupakan isteri kepada ayah Nedim memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang agak panas.

Wanita yang dikenali sebagai Datin Seri Haflins itu mendakwa ibu Nedim telah pun bercerai dengan Dato’ Seri Nazri Aziz sejak 26 tahun yang lalu namun tidak didedahkan kepada umum.

Perkara tersebut bagaimanapun terpaksa didedahkan baru-baru ini atas permintaan suaminya bagi menjelaskan segala kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

“Anak Menteri Lain Pun Tak Buat Perangai Macam Ni”

Berdasarkan komen-komen beliau, ternyata hubungan antara dirinya dengan Nedim agak dingin disebabkan beberapa faktor. Korang baca sendiri lah komen Datin Seri ini, memang setepek je dia bagi!

Harap dengan adanya penjelasan daripada Datin Seri dapat menjawab segala persoalan terhadap kontroversi sebelum ini. Iyalah sebelum ni dengar dari sebelah pihak je kan?

Apa-apa pun moga semuanya diselesaikan dengan cara yang baik. - OH BULAN

Sebelum itu...

Nedim Nazri, anak Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz, menasihati editor-editor majalah supaya merujuk kepada undang-undang sama ada seseorang itu layak untuk menggunakan gelaran atau pangkat sebelum mengeluarkan kenyataan mereka.

Beliau, menerusi akaun Instagram mengkritik editor majalah yang dimaksudkan itu sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menggunakan gelaran kerana tidak menggunakan akal apabila menggunakan gelaran atau pangkat sesuka hati.

Sebelum ini, Nedim muatnaik status itu kerana tidak puas hati dengan dua editor majalah yang menggunakan gelaran Datin Seri sesuka hati.

“Saya pelik ramai sangat wanita desperate nak sangat mengaku datin Seri and all, yang majalah-majalah ni pun satu, nampak sangat kebodohan mereka menggunakan ‘salutation’ pangkat tanpa sebarang penyelidikan.

“Sila check undang-undang menggunakan pangkat, yang nombor 2 ke 3 atau ke-4 tidak layak sama sekali menggunakan salutation tersebut,”tulisnya dalam laman sosial baru-baru ini.

Beliau menasihatkan editor-editor supaya memeriksa dan mengesahkan sebelum membenarkan sesiapa saja menggunakan gelaran itu.

Tegurnya lagi, kritikannya itu bukan merujuk kepada semua majalah di Malaysia tetapi dua majalah yang menyiarkan artikel menggunakan gelaran yang tidak sepatut dipakai. (SUMBER)

HARGA PRODUK DI TESCO JAUH LEBIH TINGGI DARI DI MYDIN... SILA JADI PENGGUNA DAN PEMBELI BIJAK!

Monday 6 April 2015 · 5 comments

Perbandingan antara harga barang di Tesco dan Mydin

1. Colgate dual pack (charcoal deep clean):
TESCO: RM 19.59
MYDIN: RM 12.49
Beza: RM 7.10

2. Sabun Dynamo 1.7kg pack refill:
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.99
Beza: RM 0.96

3. Sabun pencuci Joy:
TESCO: RM 14.49
MYDIN: RM 9.95
Beza: RM 4.54

4. Sabun Vanish:
TESCO: RM 28.59
MYDIN: RM 22.90
Beza: RM 5.69

Jika anda berbelanja di Mydin, jumlah penjimatan anda adalah RM18. 29 hanya untuk 4 barangan ini sahaja.
Jadilah pengguna yang bijak. Sokong perniagaan yang tidak menipu dan cekik darah.

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks