RSN RAYER Pula Ditangkap Polis Kerana Menghasut!!!

Monday, 1 September 2014 | 1 comments


Makin marahlah DAP, makin mengamuklah Anwar Ibrahim yang sudah mula bercakap tentang OPERASI LALANG II.

Berita terbaru yang diterima ialah, RSN Rayer hari ini ditangkap jam 6:33 petang tadi di bawah Akta Pertubuhan dan kini ditahan di IPD Timur Laut di Jalan Pattani.

Rayer dikehendaki memberi kenyataan pada jam 3:00 petang tadi dan selepas memberikan keterangan, dia telah ditahan. Menurut Rayer, dia hanya diberitahu, penahanannya adalah di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan dia terpaksa bermalam di lokap.

Penahanan Rayer adalah ekoran penahanan 156 orang anggota PPS yang ditahan selepas pembabitan mereka dalam perarakan Hari Kemerdekaan semalam di Padang Kota Lama. Antara yang turut ditahan adalah Exco Negeri, Phee Boon Poh yang juga merupakan Pengerusi PPS.

Rayer yang merupakan salah seorang peguam kumpulan tersebut, sebelum ini dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka selama empat hari di lokap.

Kesemua mereka ditahan selepas Ketua Polis Negara mengisytiharkan PPS adalah pertubuhan haram memandangkan tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. PPS juga didakwa terbabit dalam gangsterisme.

Sebelum ini, Rayer telah didakwa di bawah Seksyen 41 (b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan 'CELAKA' yang ditujukan kepada tiga orang pemimpin UMNO. Rayer dituduh mengeluarkan perkataan tersebut di persidangan DUN Pulau Pinang pada 20 Mei dan juga sewaktu berceramah di Island Glades, tiga hari sebelum PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei. 

Sewaktu ditemui di pintu pagar IPD, Lim Guan Eng berkata OCPD Georgetown, Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penangkapan tersebut. 

RSN RAYER Tak Mengaku Bersalah Untuk Semua Pertuduhan Dalam Kes 'UMNO CELAKA'

Wednesday, 27 August 2014 | 3 comments


Selepas bercakap besar, selepas begitu angkuh dan selepas kononnya dia tidak takut langsung dengan undang-undang Malaysia, hari ini, RSN Rayer yang ditemani oleh Lim Guan Eng, terketar-ketar dan tergagap-gagap ketika memberitahu dia tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen.

Rayer ketika zaman persekolahannya dahulu merupakan mangsa buli dan dera kawan-kawan sekolahnya, hari ini terpaksa menumpang berani dengan kehadiran Lim Guan Eng dan anak-anak Karpal Singh. Bagaimanapun, dia kelihatan cuak dan cuba mengelak apabila melihat ramai orang Melayu berkumpul.

Barangkali dia bimbang kejadian yang menimpa Khalid Samad semalam di pekarangan Mahkamah Shah Alam akan berlaku ke atasnya pula.

Berikut adalah beritanya:


ADUN Seri Delima RSN Rayer hari ini didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan selepas mengeluarkan kenyataan 'celaka celaka UMNO' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Bagi pertuduhan pertama, Rayer mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulhazmi Abdullah dan dibenarkan diikat jamin RM13,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen lain dan didakwa diatas pertuduhan lain dibawah akta sama ekoran mengulangi kenyataan 'celaka UMNO' ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 22 Mei lepas.

Rayer sekali lagi mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan tersebut dan diminta untuk dibicarakan.

Pengakuan kedua itu direkodkan dihadapan Hakim Zanariah Hussain.

Beliau juga berdepan dengan dakwaan alternatif di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ucapan yang mengganggu ketenteraman awam.

Rayer turut minta dibicarakan untuk dakwaan alternatif itu.

Selepas Arahkan Drama Lempar Kepala Lembu Di Pagar Rumah, RSN Rayer Tuntut Polis Jadi Body Guardnya 24 Jam

Tuesday, 1 July 2014 | 13 comments

Beberapa hari lepas, RSN Rayer yang hanya diselamatkan daripada tindakan undang-undang menerusi campurtangan Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, yang sudah tentu menerima arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berbuat begitu, mementaskan satu drama murahan, menyerupai drama murahan Teresa Kok yang cuba menyalahkan pihak lain setelah dia terkantoi dalam klip video TAHUN BARU CINA awal tahun lalu.

Rayer dan Lim Guan Eng cuba menyalahkan dan menuduh UMNO yang melemparkan kepala lembu tidak berkulit di hadapan rumah Rayer. Bagaimanapun, rakaman CCTV pula menunjukkan sebaliknya terutama sekali wujudnya bayang panjang berbentuk manusia di belakang pintu pagar. Ditambah pula dengan 'tarian pelik' yang ditunjukkan oleh suspek, semakin menjurus kepada Rayer sendiri!

Dari awal lagi, Rayer telah mendesak agar polis menjadi body guardnya sepenuh masa kerana dia bimbang ditampar oleh orang Melayu setelah dia mengeluarkan kata-kata provokasi di dalam DUN Pulau Pinang dan mengulanginya dalam ceramah politik ketika PRK Bukit Gelugor.

Seperti yang dikatakan oleh Zahid Hamidi, Rayer seharusnya menanggung akibat daripada perbuatannya sendiri. Dia tidak perlu menyalahkan orang lain, mendesak agar dia dijaga dan kemudian dikawal seolah-olah PDRM diarahkan berkhidmat sebagai pengawal peribadinya.

Namun gelagat yang ditunjukkan oleh Rayer bukanlah sesuatu yang pelik. Memandangkan DAP sudah lama berkempen untuk menurunkan taraf PDRM, bahkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang tidak lama dahulu pernah menyarankan agar PDRM dibubarkan, maka desakan Rayer agar PDRM menyediakan anggota-anggota polis untuk menjadi body-guardnya sepenuh masa dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh rakyat Malaysia, tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk menghina PDRM dan Raja-Raja Melayu!

TIDAK BOLEH DIHARAP! UMNO Pulau Pinang Maafkan RSN Rayer?

Monday, 9 June 2014 | 6 comments

Ketika ADUN Seri Delima, RSN Rayer mengecop Melayu UMNO sebagai CELAKA, maka berduyun-duyunlah orang Melayu terutama sekali ahli-ahli UMNO marahkan kepala samseng di Pulau Pinang itu. Sehinggakan ada pula yang melanggar DUN Pulau Pinang dan menggertak RSN Rayer, membuatkan ADUN Seri Delima itu lari lintang-pukang dan pucat lesi.

Hanya beberapa jam kemudian, Lim Guan Eng masuk campur dan MENGARAHKAN PDRM menangkap mereka yang telah melanggar DUN Pulau Pinang. Beberapa orang ditahan dan ditangkap serta disoalsiasat. Lim Guan Eng dan DAP terus menekan PDRM agar mengambil tindakan paling berat terhadap penceroboh-penceroboh tersebut.

Di DUN Pulau Pinang, DAP mengambil kesempatan untuk membelasah UMNO dan PDRM sekali lagi. Orang yang mencetuskan kontroversi, RSN Rayer, langsung tidak dipersalahkan. Bahkan keengganannya untuk meminta maaf, membuatkan UMNO Pulau Pinang terkedu.

Keengganan RSN Rayer untuk meminta maaf, bahkan mengeraskan lagi pendiriannya bahawa UMNO adalah CELAKA, rupa-rupanya membuatkan UMNO Pulau Pinang cair.

Sudah terkeluar cerita UMNO Pulau Pinang sudi untuk memaafkan RSN Rayer!

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO Pulau Pinang bagi tujuan memprovokasi RSN Rayer, kenyataan tersebut, sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan betapa lemahnya UMNO di Pulau Pinang dan sudah cukup untuk menunjukkan betapa UMNO Pulau Pinang memang tidak boleh diharap.
Showing posts with label rsn rayer. Show all posts
Showing posts with label rsn rayer. Show all posts

RSN RAYER Pula Ditangkap Polis Kerana Menghasut!!!

Monday, 1 September 2014 · 1 comments


Makin marahlah DAP, makin mengamuklah Anwar Ibrahim yang sudah mula bercakap tentang OPERASI LALANG II.

Berita terbaru yang diterima ialah, RSN Rayer hari ini ditangkap jam 6:33 petang tadi di bawah Akta Pertubuhan dan kini ditahan di IPD Timur Laut di Jalan Pattani.

Rayer dikehendaki memberi kenyataan pada jam 3:00 petang tadi dan selepas memberikan keterangan, dia telah ditahan. Menurut Rayer, dia hanya diberitahu, penahanannya adalah di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan dia terpaksa bermalam di lokap.

Penahanan Rayer adalah ekoran penahanan 156 orang anggota PPS yang ditahan selepas pembabitan mereka dalam perarakan Hari Kemerdekaan semalam di Padang Kota Lama. Antara yang turut ditahan adalah Exco Negeri, Phee Boon Poh yang juga merupakan Pengerusi PPS.

Rayer yang merupakan salah seorang peguam kumpulan tersebut, sebelum ini dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka selama empat hari di lokap.

Kesemua mereka ditahan selepas Ketua Polis Negara mengisytiharkan PPS adalah pertubuhan haram memandangkan tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. PPS juga didakwa terbabit dalam gangsterisme.

Sebelum ini, Rayer telah didakwa di bawah Seksyen 41 (b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan 'CELAKA' yang ditujukan kepada tiga orang pemimpin UMNO. Rayer dituduh mengeluarkan perkataan tersebut di persidangan DUN Pulau Pinang pada 20 Mei dan juga sewaktu berceramah di Island Glades, tiga hari sebelum PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei. 

Sewaktu ditemui di pintu pagar IPD, Lim Guan Eng berkata OCPD Georgetown, Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penangkapan tersebut. 

RSN RAYER Tak Mengaku Bersalah Untuk Semua Pertuduhan Dalam Kes 'UMNO CELAKA'

Wednesday, 27 August 2014 · 3 comments


Selepas bercakap besar, selepas begitu angkuh dan selepas kononnya dia tidak takut langsung dengan undang-undang Malaysia, hari ini, RSN Rayer yang ditemani oleh Lim Guan Eng, terketar-ketar dan tergagap-gagap ketika memberitahu dia tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen.

Rayer ketika zaman persekolahannya dahulu merupakan mangsa buli dan dera kawan-kawan sekolahnya, hari ini terpaksa menumpang berani dengan kehadiran Lim Guan Eng dan anak-anak Karpal Singh. Bagaimanapun, dia kelihatan cuak dan cuba mengelak apabila melihat ramai orang Melayu berkumpul.

Barangkali dia bimbang kejadian yang menimpa Khalid Samad semalam di pekarangan Mahkamah Shah Alam akan berlaku ke atasnya pula.

Berikut adalah beritanya:


ADUN Seri Delima RSN Rayer hari ini didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan selepas mengeluarkan kenyataan 'celaka celaka UMNO' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Bagi pertuduhan pertama, Rayer mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulhazmi Abdullah dan dibenarkan diikat jamin RM13,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen lain dan didakwa diatas pertuduhan lain dibawah akta sama ekoran mengulangi kenyataan 'celaka UMNO' ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 22 Mei lepas.

Rayer sekali lagi mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan tersebut dan diminta untuk dibicarakan.

Pengakuan kedua itu direkodkan dihadapan Hakim Zanariah Hussain.

Beliau juga berdepan dengan dakwaan alternatif di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ucapan yang mengganggu ketenteraman awam.

Rayer turut minta dibicarakan untuk dakwaan alternatif itu.

Selepas Arahkan Drama Lempar Kepala Lembu Di Pagar Rumah, RSN Rayer Tuntut Polis Jadi Body Guardnya 24 Jam

Tuesday, 1 July 2014 · 13 comments

Beberapa hari lepas, RSN Rayer yang hanya diselamatkan daripada tindakan undang-undang menerusi campurtangan Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, yang sudah tentu menerima arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berbuat begitu, mementaskan satu drama murahan, menyerupai drama murahan Teresa Kok yang cuba menyalahkan pihak lain setelah dia terkantoi dalam klip video TAHUN BARU CINA awal tahun lalu.

Rayer dan Lim Guan Eng cuba menyalahkan dan menuduh UMNO yang melemparkan kepala lembu tidak berkulit di hadapan rumah Rayer. Bagaimanapun, rakaman CCTV pula menunjukkan sebaliknya terutama sekali wujudnya bayang panjang berbentuk manusia di belakang pintu pagar. Ditambah pula dengan 'tarian pelik' yang ditunjukkan oleh suspek, semakin menjurus kepada Rayer sendiri!

Dari awal lagi, Rayer telah mendesak agar polis menjadi body guardnya sepenuh masa kerana dia bimbang ditampar oleh orang Melayu setelah dia mengeluarkan kata-kata provokasi di dalam DUN Pulau Pinang dan mengulanginya dalam ceramah politik ketika PRK Bukit Gelugor.

Seperti yang dikatakan oleh Zahid Hamidi, Rayer seharusnya menanggung akibat daripada perbuatannya sendiri. Dia tidak perlu menyalahkan orang lain, mendesak agar dia dijaga dan kemudian dikawal seolah-olah PDRM diarahkan berkhidmat sebagai pengawal peribadinya.

Namun gelagat yang ditunjukkan oleh Rayer bukanlah sesuatu yang pelik. Memandangkan DAP sudah lama berkempen untuk menurunkan taraf PDRM, bahkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang tidak lama dahulu pernah menyarankan agar PDRM dibubarkan, maka desakan Rayer agar PDRM menyediakan anggota-anggota polis untuk menjadi body-guardnya sepenuh masa dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh rakyat Malaysia, tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk menghina PDRM dan Raja-Raja Melayu!

TIDAK BOLEH DIHARAP! UMNO Pulau Pinang Maafkan RSN Rayer?

Monday, 9 June 2014 · 6 comments

Ketika ADUN Seri Delima, RSN Rayer mengecop Melayu UMNO sebagai CELAKA, maka berduyun-duyunlah orang Melayu terutama sekali ahli-ahli UMNO marahkan kepala samseng di Pulau Pinang itu. Sehinggakan ada pula yang melanggar DUN Pulau Pinang dan menggertak RSN Rayer, membuatkan ADUN Seri Delima itu lari lintang-pukang dan pucat lesi.

Hanya beberapa jam kemudian, Lim Guan Eng masuk campur dan MENGARAHKAN PDRM menangkap mereka yang telah melanggar DUN Pulau Pinang. Beberapa orang ditahan dan ditangkap serta disoalsiasat. Lim Guan Eng dan DAP terus menekan PDRM agar mengambil tindakan paling berat terhadap penceroboh-penceroboh tersebut.

Di DUN Pulau Pinang, DAP mengambil kesempatan untuk membelasah UMNO dan PDRM sekali lagi. Orang yang mencetuskan kontroversi, RSN Rayer, langsung tidak dipersalahkan. Bahkan keengganannya untuk meminta maaf, membuatkan UMNO Pulau Pinang terkedu.

Keengganan RSN Rayer untuk meminta maaf, bahkan mengeraskan lagi pendiriannya bahawa UMNO adalah CELAKA, rupa-rupanya membuatkan UMNO Pulau Pinang cair.

Sudah terkeluar cerita UMNO Pulau Pinang sudi untuk memaafkan RSN Rayer!

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO Pulau Pinang bagi tujuan memprovokasi RSN Rayer, kenyataan tersebut, sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan betapa lemahnya UMNO di Pulau Pinang dan sudah cukup untuk menunjukkan betapa UMNO Pulau Pinang memang tidak boleh diharap.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks