Pakatan Harapan Masih Menaruh Harapan, PAS Kembali Menjilat DAP

Tuesday, 9 May 2017 | 0 comments



Pakatan Harapan hari ini berkata, mereka masih menunggu keputusan akhir PAS berhubung pendirian parti itu yang telah membuat keputusan sebelum ini untuk memutuskan hubungan dengan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan, bagi menghadapi PRU akan datang. 

Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah menegaskan, Pakatan Harapan tidak pernah mahu memutuskan hubungan dengan PAS walaupun PAS bertegas untuk tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan PAN yang merupakan komponen dalam Pakatan Harapan. 

"Pakatan Harapan tidak akan menjadi pihak yang memutuskan ikatan. Justeru, kita akan menanti PAS kerana mereka belum membuat keputusan lagi," katanya dalam satu sidang media hari ini. 

Pada penghujung tahun 2015, DAP telah memutuskan hubungan dan menghalau PAS dari Pakatan Rakyat setelah PAS tetap bertegas untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah yang dikenali sebagai RUU355. Lim Guan Eng secara peribadi telah mengatakan PAS adalah musuh DAP kerana tetap mahu memperjuangkan undang-undang hudud walaupun PAS berkali-kali memberitahu, RUU355 bukanlah berkenaan undang-undang hudud. Beberapa bulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak, DAP Sarawak secara rasmi telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS.

DAP juga telah membiayai kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) setelah barisan pemimpin yang ditaja oleh DAP, gagal dalam merebut jawatan-jawatan penting dalam saf kepimpinan utama PAS pada tahun 2015. 

Menurut Saifuddin, Pakatan Harapan masih mengadakan rundingan terbuka dengan semua parti-parti pembangkang, termasuklah di Sabah dan Sarawak. 

Saifuddin turut mengumumkan Pakatan Harapan akan tampil dengan rangka kerja polisi yang disepakati, yang telah dipersetujui antara PKR, DAP, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Bekas Menteri pada zaman Abdullah Badawi dan bekas Ketua UMNO Bahagian yang digantung kerana rasuah wang itu juga berkata, ini akan membantu blok pembangkang untuk mendapat lebih banyak momentum bagi menghadapi PRU akan datang. 

Mesyuarat hari ini dihadiri oleh perwakilan daripada semua parti-parti Pakatan Harapan, termasuklah Teresa Kok, Anthony Loke, Saifuddin Nasution dan Fahmi Fadzil serta Ketua Armada PPBM Syed Saddiq dan beberapa orang yang lain. 

Pakatan itu bagaimanapun enggan menamakan calon Perdana Menteri mereka, sekalipun salah seorang ahli baru DAP, Zaid Ibrahim menamakan Dr. Mahathir untuk merebut kembali jawatan Perdana Menteri yang pernah disandangnya selama 22 tahun. 

Saifuddin sebaliknya berkata, semua cadangan adalah dialu-alukan dan menggesa ahli-ahli untuk memberikan fokus kepada perkara yang lebih besar berbanding nama calon Perdana Menteri.

KERANA TEMBERANG DAN PENIPUAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR, GURU AGAMA KAFA MENGELUH BERAT

Thursday, 9 April 2015 | 5 comments



MELAYU TUNJUK PERASAAN DI LUAR DUN PERAK, ADUN-ADUN PAKATAN TAK BERANI MASUK!

Wednesday, 1 April 2015 | 20 comments


Semalam, ADUN-ADUN Pakatan tunjuk hebat dengan berpakaian serba hitam dan secara berterus-terang menghina dan mengejek DYMM Sultan Perak ketika perasmian DUN.

Hari ini lain pula ceritanya....

Hari ini, tiada seorang pun ADUN Pakatan yang berani sangat semalam, muncul kerana sebilangan orang Melayu membuat demonstrasi di hadapan pintu masuk DUN Perak.

Kemarahan di kalangan sebahagian besar orang Melayu Perak dan Melayu Malaysia khususnya di ats perbuatan biadap yang diiniasiatifkan oleh DAP Perak dalam kes menghina DYMM Sultan Perak, kalau tidak dikekang, akan menimbulkan masalah lebih besar. Puncanya adalah provokasi yang dilakukan oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham atau lebih tepat lagi DAP Perak dengan dibuntuti oleh macai-macai mereka yang terdiri daripada Melayu dan India Pakatan.


Keyakinan bahawa pada PRU-14 nanti, DAP akan berjaya mewujudkan CHINESE BELT di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung yang kemudian bercantum dengan Singapura, membuatkan DAP semakin lama semakin biadap walaupun sebahagian daripada mereka langsung tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Kerajaan UMNO-BN dalam usaha untuk mewujudkan toleransi dan memupuk sifat muhibbah di kalangan rakyat, telah menukar Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia walaupun hakikatnya ia adalah Bahasa Melayu.

Ramai yang menyatakan, apa yang berlaku di DUN Perak semalam, adalah perbuatan provokasi oleh DAP untuk menunjukkan mereka adalah perwira dan hero Cina. Ini adalah kerana kebelakangan ini, DAP kerap menjadi sasaran di kalangan masyarakat Cina sendiri yang menghentam dan mengecam DAP kerana kegagalan DAP menunaikan cakap besar mereka tentang mengawal dan menguasai PAS.


Perak pada PRU-14 telah menjadi salah satu daripada negeri yang bakal ditawan oleh DAP. Oleh kerana itulah, DAP memerlukan kekuatan untuk dibuktikan kepada masyarakat Cina agar kekal mengundi dan memilih mereka.

Satu-satunya cara yang mereka sempat fikirkan sekarang adalah dengan menunjukkan sifat kurang ajar dan tidak menghormati Sultan Perak memandangkan Sultan Perak adalah lambang kedudukan dan hierarki Melayu dalam pentadbiran negeri.

Pada zaman darurat, selain Pahang dan Selangor, Perak adalah negeri yang paling banyak sultannya menyerahkan tanah kepada Kerajaan British untuk menempatkan bekas penyokong-penyokong PKM yang kemudian dinamakan sebagai Kampung Baru dengan pajakan 99 tahun. Bagaimanapun ketika DAP berkuasa di Perak selama 11 bulan, Nizar Jamaluddin yang merupakan Menteri Besar Boneka Nga-Ngeh telah memanjangkan tempoh pajakan tersebut menjadi 999 tahun tanpa persetujuan DYMM Sultan Perak.


Nak Sedapkan Hati, Kata PR, Mereka Kenakan Cukai Pada Golongan Kaya

Thursday, 9 October 2014 | 10 comments

Bagi golongan yang kurang berakal selain hanya berfikir sehala, pembentangan bajet 2015 oleh Pakatan Rakyat, sudah tentu akan disambut dengan meriah serta dengan penuh besar kepala. Apatah lagi pembentangan tersebut dibuat mendahului pembentangan bajet oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada hujung minggu ini.

Sepertimana yang diketahui, Pakatan Rakyat hidup dengan drama. Tarikan kepada penyokong adalah retorik dan drama yang akan memikat hati pengundi. Tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan populis seringkali diambil oleh Pakatan Rakyat memandangkan mereka tidak rugi apa-apa pun, melainkan berdagang air liur semata-mata.

Begitulah dalam pembentangan bajet Pakatan Rakyat. Dengan penuh bangga mereka mengumumkan sekiranya mereka adalah Kerajaan Malaysia, maka Pakatan Rakyat akan mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada golongan kaya.

Sekali dengar, memang menarik.

Namun apabila diperhalusi, cukai yang tinggi kepada golongan kaya, bererti yang akan menanggung keseluruhan cukai tersebut adalah golongan marhein dan bawahan. Cukai yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat korporat bermakna kebajikan, upah dan tangga gaji serta tanggungjawab sosial lain kepada golongan bawahan akan dipotong bagi menampung cukai yang perlu dibayar.

Lebih malang lagi ialah, cukai yang lebih tinggi kepada golongan korporat akan menyebabkan kerajaan bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan, sebaliknya syarikat-syarikat korporat akan berpindah ke negara-negara lain untuk beroperasi terutama di negara-negara yang menawarkan kadar cukai yang lebih rendah dan insentif yang lebih baik berbanding Malaysia. Sekaligus akan menyebabkan kadar pengangguran memecut tinggi dan inflasi akan bertambah parah.

Penyelesaian bagi masalah kewangan negara bukanlah hanya membabitkan cukai tetapi juga aliran kecairan domestik. Bagaimana duit nak berpusing dalam negeri kalau kerja tiada dan lebih ramai rakyat yang menganggur?

Perhatikan sahajalah bagamana Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang dilaksanakan dasar-dasar Pakatan Rakyat. Pulau Pinang tidak menyediakan peluang pekerjaan yang bertambah dan lebih ramai penduduk Pulau Pinang terpaksa berpindah keluar apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang meningkatkan kadar premium dan cukai tanah, mewujudkan cukai-cukai baru, menaikkan kadar cukai dan bayaran sewa untuk penjaja dan gerai serta premis. Begitu juga dengan Selangor yang hanya bergantung kepada peruntukan dan bantuan dairpada Kerajaan Pusat untuk ditunjukkan di dalam akaun, Kerajaan Negeri mempunyai surplus.

Kelantan, tak payah diambil kira kerana dari tahun 1994 sehingga sekarang, Kelantan adalah negeri muflis yang tidak mampu menjana pendapatan sendiri dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan pusat walaupun sekadar untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri, termasuklah Menteri Besar dan barisan Exconya.

Penyelesaian yang dibuat oleh Pakatan Rakyat amat menggelikan hati. Bagi mereka segala masalah akan selesai dengan meningkatkan cukai untuk golongan kaya. Malangnya, golongan yang pandai bercakap dan berhujah itu tidak tahu bahawa tindakan mereka hanya menambah masalah yang lebih besar memandangkan penanggung cukai besar untuk golongan kaya itu adalah golongan marhein dan kolar biru.

Cerdik sangatkah Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim?

Hanya golongan jahil sahaja yang terkinja-kinja dengan pembentangan bajet Pakatan Rakyat yang boleh menyebabkan negara ini muflis dalam tempoh tidak sampai enam bulan!!!

BERITA BAIK!!! Menteri Besar Baru Selangor Kekalkan Harga RON95 dan Diesel di Seluruh Selangor!!!

Thursday, 2 October 2014 | 14 comments


Sungguh bertuah rakyat Selangor kerana Pakatan Rakyat buat KALI PERTAMAnya mengotakan janji-janji mereka sepanjang 6 tahun mereka berkuasa di negeri tersebut.

Kalau selama ini, mereka hanya tahu bercakap, kini, di bawah Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali, Kerajaan Pakatan Rakyat telah menunjukkan bagaimana caranya untuk mentadbir dan memerintah sebuah negeri. Pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor juga telah mula menggunakan kelebihan sebagai sebuah negeri di dalam Persekutuan yang mempunyai peruntukan kuasa yang selama ini kurang difahami oleh para penyokong mereka sendiri.

Selama ini, banyak sangat dalih yang diberikan apabila Pakatan Rakyat tersepit. Walaupun kenaikan harga bahanapi merupakan kuasa Kerajaan Pusat, namun kuasa menurunkan harga bahan api di sesebuah negeri pula, terletak di tangan Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat boleh menaikkan harga, tetapi Kerajaan Negeri pula dengan menggunakan sumber serta peruntukan mereka, boleh menstabilkan harga siling Kerajaan Pusat mahupun menurunkannya tanpa perlu berdalih, mereka hanya boleh melakukannya sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan.

Dan memandangkan Pakatan Rakyat kerapkali memberitahu rakyat bahawa Najib Abdul Razak dan menteri-menteri kabinet serta penasihat-penasihatnya tidak pernah turun padang dan benar-benar menyelami realiti sebenar kehidupan rakyat negara ini, Pakatan Rakyat yang acap kali pandai berhujah, gemar berceramah dan sanggup meredah segala kepayahan untuk bertemu rakyat marhein, buat pertama kalinya MENGOTAKAN JANJI-JANJI mereka terutama dalam hal  menurunkan harga minyak.

Sekaligus memberikan tamparan kepada Kerajaan Persekutuan apabila Kerajaan Negeri bertindak melindungi kepentingan rakyat!

Sekali lagi tahniah kepada Azmin Ali dan Pakatan Rakyat yang buat pertama kali mengotakan janji-janji mereka.

Cuma masalahnya... ini semua berlaku dalam mimpi dan dalam otak penyokong Pakatan Rakyat sahaja. Realitinya, ia tidak akan berlaku sampai kiamat!

HADI AWANG Bogelkan Pembohongan, Fitnah dan Penipuan Rafizi Ramli Secara Terbuka

Sunday, 7 September 2014 | 4 comments

Jika benar apa yang dinyatakan oleh Presiden Pas ini, memang ternyata Rafizi Ramli adalah seorang penipu. Rafizi mendedahkan bahawa PAS menolak Anwar Ibrahim menjadi bakal Perdana Menteri sebaliknya mahu melantik Ku Li pada forum berkenaan krisis Menteri Besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula mengatakan Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.

Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook .

Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.

Rafizi Ramli, jangan berdiam diri menikus dan berhentilah menjadi penipu dan menyalahkan pihak lain apabila strategi memakan diri.
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Pakatan Harapan Masih Menaruh Harapan, PAS Kembali Menjilat DAP

Tuesday, 9 May 2017 · 0 comments



Pakatan Harapan hari ini berkata, mereka masih menunggu keputusan akhir PAS berhubung pendirian parti itu yang telah membuat keputusan sebelum ini untuk memutuskan hubungan dengan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan, bagi menghadapi PRU akan datang. 

Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah menegaskan, Pakatan Harapan tidak pernah mahu memutuskan hubungan dengan PAS walaupun PAS bertegas untuk tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan PAN yang merupakan komponen dalam Pakatan Harapan. 

"Pakatan Harapan tidak akan menjadi pihak yang memutuskan ikatan. Justeru, kita akan menanti PAS kerana mereka belum membuat keputusan lagi," katanya dalam satu sidang media hari ini. 

Pada penghujung tahun 2015, DAP telah memutuskan hubungan dan menghalau PAS dari Pakatan Rakyat setelah PAS tetap bertegas untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah yang dikenali sebagai RUU355. Lim Guan Eng secara peribadi telah mengatakan PAS adalah musuh DAP kerana tetap mahu memperjuangkan undang-undang hudud walaupun PAS berkali-kali memberitahu, RUU355 bukanlah berkenaan undang-undang hudud. Beberapa bulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak, DAP Sarawak secara rasmi telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS.

DAP juga telah membiayai kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) setelah barisan pemimpin yang ditaja oleh DAP, gagal dalam merebut jawatan-jawatan penting dalam saf kepimpinan utama PAS pada tahun 2015. 

Menurut Saifuddin, Pakatan Harapan masih mengadakan rundingan terbuka dengan semua parti-parti pembangkang, termasuklah di Sabah dan Sarawak. 

Saifuddin turut mengumumkan Pakatan Harapan akan tampil dengan rangka kerja polisi yang disepakati, yang telah dipersetujui antara PKR, DAP, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Bekas Menteri pada zaman Abdullah Badawi dan bekas Ketua UMNO Bahagian yang digantung kerana rasuah wang itu juga berkata, ini akan membantu blok pembangkang untuk mendapat lebih banyak momentum bagi menghadapi PRU akan datang. 

Mesyuarat hari ini dihadiri oleh perwakilan daripada semua parti-parti Pakatan Harapan, termasuklah Teresa Kok, Anthony Loke, Saifuddin Nasution dan Fahmi Fadzil serta Ketua Armada PPBM Syed Saddiq dan beberapa orang yang lain. 

Pakatan itu bagaimanapun enggan menamakan calon Perdana Menteri mereka, sekalipun salah seorang ahli baru DAP, Zaid Ibrahim menamakan Dr. Mahathir untuk merebut kembali jawatan Perdana Menteri yang pernah disandangnya selama 22 tahun. 

Saifuddin sebaliknya berkata, semua cadangan adalah dialu-alukan dan menggesa ahli-ahli untuk memberikan fokus kepada perkara yang lebih besar berbanding nama calon Perdana Menteri.

KERANA TEMBERANG DAN PENIPUAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR, GURU AGAMA KAFA MENGELUH BERAT

Thursday, 9 April 2015 · 5 comments



MELAYU TUNJUK PERASAAN DI LUAR DUN PERAK, ADUN-ADUN PAKATAN TAK BERANI MASUK!

Wednesday, 1 April 2015 · 20 comments


Semalam, ADUN-ADUN Pakatan tunjuk hebat dengan berpakaian serba hitam dan secara berterus-terang menghina dan mengejek DYMM Sultan Perak ketika perasmian DUN.

Hari ini lain pula ceritanya....

Hari ini, tiada seorang pun ADUN Pakatan yang berani sangat semalam, muncul kerana sebilangan orang Melayu membuat demonstrasi di hadapan pintu masuk DUN Perak.

Kemarahan di kalangan sebahagian besar orang Melayu Perak dan Melayu Malaysia khususnya di ats perbuatan biadap yang diiniasiatifkan oleh DAP Perak dalam kes menghina DYMM Sultan Perak, kalau tidak dikekang, akan menimbulkan masalah lebih besar. Puncanya adalah provokasi yang dilakukan oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham atau lebih tepat lagi DAP Perak dengan dibuntuti oleh macai-macai mereka yang terdiri daripada Melayu dan India Pakatan.


Keyakinan bahawa pada PRU-14 nanti, DAP akan berjaya mewujudkan CHINESE BELT di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung yang kemudian bercantum dengan Singapura, membuatkan DAP semakin lama semakin biadap walaupun sebahagian daripada mereka langsung tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Kerajaan UMNO-BN dalam usaha untuk mewujudkan toleransi dan memupuk sifat muhibbah di kalangan rakyat, telah menukar Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia walaupun hakikatnya ia adalah Bahasa Melayu.

Ramai yang menyatakan, apa yang berlaku di DUN Perak semalam, adalah perbuatan provokasi oleh DAP untuk menunjukkan mereka adalah perwira dan hero Cina. Ini adalah kerana kebelakangan ini, DAP kerap menjadi sasaran di kalangan masyarakat Cina sendiri yang menghentam dan mengecam DAP kerana kegagalan DAP menunaikan cakap besar mereka tentang mengawal dan menguasai PAS.


Perak pada PRU-14 telah menjadi salah satu daripada negeri yang bakal ditawan oleh DAP. Oleh kerana itulah, DAP memerlukan kekuatan untuk dibuktikan kepada masyarakat Cina agar kekal mengundi dan memilih mereka.

Satu-satunya cara yang mereka sempat fikirkan sekarang adalah dengan menunjukkan sifat kurang ajar dan tidak menghormati Sultan Perak memandangkan Sultan Perak adalah lambang kedudukan dan hierarki Melayu dalam pentadbiran negeri.

Pada zaman darurat, selain Pahang dan Selangor, Perak adalah negeri yang paling banyak sultannya menyerahkan tanah kepada Kerajaan British untuk menempatkan bekas penyokong-penyokong PKM yang kemudian dinamakan sebagai Kampung Baru dengan pajakan 99 tahun. Bagaimanapun ketika DAP berkuasa di Perak selama 11 bulan, Nizar Jamaluddin yang merupakan Menteri Besar Boneka Nga-Ngeh telah memanjangkan tempoh pajakan tersebut menjadi 999 tahun tanpa persetujuan DYMM Sultan Perak.


Nak Sedapkan Hati, Kata PR, Mereka Kenakan Cukai Pada Golongan Kaya

Thursday, 9 October 2014 · 10 comments

Bagi golongan yang kurang berakal selain hanya berfikir sehala, pembentangan bajet 2015 oleh Pakatan Rakyat, sudah tentu akan disambut dengan meriah serta dengan penuh besar kepala. Apatah lagi pembentangan tersebut dibuat mendahului pembentangan bajet oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada hujung minggu ini.

Sepertimana yang diketahui, Pakatan Rakyat hidup dengan drama. Tarikan kepada penyokong adalah retorik dan drama yang akan memikat hati pengundi. Tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan populis seringkali diambil oleh Pakatan Rakyat memandangkan mereka tidak rugi apa-apa pun, melainkan berdagang air liur semata-mata.

Begitulah dalam pembentangan bajet Pakatan Rakyat. Dengan penuh bangga mereka mengumumkan sekiranya mereka adalah Kerajaan Malaysia, maka Pakatan Rakyat akan mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada golongan kaya.

Sekali dengar, memang menarik.

Namun apabila diperhalusi, cukai yang tinggi kepada golongan kaya, bererti yang akan menanggung keseluruhan cukai tersebut adalah golongan marhein dan bawahan. Cukai yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat korporat bermakna kebajikan, upah dan tangga gaji serta tanggungjawab sosial lain kepada golongan bawahan akan dipotong bagi menampung cukai yang perlu dibayar.

Lebih malang lagi ialah, cukai yang lebih tinggi kepada golongan korporat akan menyebabkan kerajaan bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan, sebaliknya syarikat-syarikat korporat akan berpindah ke negara-negara lain untuk beroperasi terutama di negara-negara yang menawarkan kadar cukai yang lebih rendah dan insentif yang lebih baik berbanding Malaysia. Sekaligus akan menyebabkan kadar pengangguran memecut tinggi dan inflasi akan bertambah parah.

Penyelesaian bagi masalah kewangan negara bukanlah hanya membabitkan cukai tetapi juga aliran kecairan domestik. Bagaimana duit nak berpusing dalam negeri kalau kerja tiada dan lebih ramai rakyat yang menganggur?

Perhatikan sahajalah bagamana Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang dilaksanakan dasar-dasar Pakatan Rakyat. Pulau Pinang tidak menyediakan peluang pekerjaan yang bertambah dan lebih ramai penduduk Pulau Pinang terpaksa berpindah keluar apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang meningkatkan kadar premium dan cukai tanah, mewujudkan cukai-cukai baru, menaikkan kadar cukai dan bayaran sewa untuk penjaja dan gerai serta premis. Begitu juga dengan Selangor yang hanya bergantung kepada peruntukan dan bantuan dairpada Kerajaan Pusat untuk ditunjukkan di dalam akaun, Kerajaan Negeri mempunyai surplus.

Kelantan, tak payah diambil kira kerana dari tahun 1994 sehingga sekarang, Kelantan adalah negeri muflis yang tidak mampu menjana pendapatan sendiri dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan pusat walaupun sekadar untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri, termasuklah Menteri Besar dan barisan Exconya.

Penyelesaian yang dibuat oleh Pakatan Rakyat amat menggelikan hati. Bagi mereka segala masalah akan selesai dengan meningkatkan cukai untuk golongan kaya. Malangnya, golongan yang pandai bercakap dan berhujah itu tidak tahu bahawa tindakan mereka hanya menambah masalah yang lebih besar memandangkan penanggung cukai besar untuk golongan kaya itu adalah golongan marhein dan kolar biru.

Cerdik sangatkah Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim?

Hanya golongan jahil sahaja yang terkinja-kinja dengan pembentangan bajet Pakatan Rakyat yang boleh menyebabkan negara ini muflis dalam tempoh tidak sampai enam bulan!!!

BERITA BAIK!!! Menteri Besar Baru Selangor Kekalkan Harga RON95 dan Diesel di Seluruh Selangor!!!

Thursday, 2 October 2014 · 14 comments


Sungguh bertuah rakyat Selangor kerana Pakatan Rakyat buat KALI PERTAMAnya mengotakan janji-janji mereka sepanjang 6 tahun mereka berkuasa di negeri tersebut.

Kalau selama ini, mereka hanya tahu bercakap, kini, di bawah Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali, Kerajaan Pakatan Rakyat telah menunjukkan bagaimana caranya untuk mentadbir dan memerintah sebuah negeri. Pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor juga telah mula menggunakan kelebihan sebagai sebuah negeri di dalam Persekutuan yang mempunyai peruntukan kuasa yang selama ini kurang difahami oleh para penyokong mereka sendiri.

Selama ini, banyak sangat dalih yang diberikan apabila Pakatan Rakyat tersepit. Walaupun kenaikan harga bahanapi merupakan kuasa Kerajaan Pusat, namun kuasa menurunkan harga bahan api di sesebuah negeri pula, terletak di tangan Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat boleh menaikkan harga, tetapi Kerajaan Negeri pula dengan menggunakan sumber serta peruntukan mereka, boleh menstabilkan harga siling Kerajaan Pusat mahupun menurunkannya tanpa perlu berdalih, mereka hanya boleh melakukannya sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan.

Dan memandangkan Pakatan Rakyat kerapkali memberitahu rakyat bahawa Najib Abdul Razak dan menteri-menteri kabinet serta penasihat-penasihatnya tidak pernah turun padang dan benar-benar menyelami realiti sebenar kehidupan rakyat negara ini, Pakatan Rakyat yang acap kali pandai berhujah, gemar berceramah dan sanggup meredah segala kepayahan untuk bertemu rakyat marhein, buat pertama kalinya MENGOTAKAN JANJI-JANJI mereka terutama dalam hal  menurunkan harga minyak.

Sekaligus memberikan tamparan kepada Kerajaan Persekutuan apabila Kerajaan Negeri bertindak melindungi kepentingan rakyat!

Sekali lagi tahniah kepada Azmin Ali dan Pakatan Rakyat yang buat pertama kali mengotakan janji-janji mereka.

Cuma masalahnya... ini semua berlaku dalam mimpi dan dalam otak penyokong Pakatan Rakyat sahaja. Realitinya, ia tidak akan berlaku sampai kiamat!

HADI AWANG Bogelkan Pembohongan, Fitnah dan Penipuan Rafizi Ramli Secara Terbuka

Sunday, 7 September 2014 · 4 comments

Jika benar apa yang dinyatakan oleh Presiden Pas ini, memang ternyata Rafizi Ramli adalah seorang penipu. Rafizi mendedahkan bahawa PAS menolak Anwar Ibrahim menjadi bakal Perdana Menteri sebaliknya mahu melantik Ku Li pada forum berkenaan krisis Menteri Besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula mengatakan Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.

Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook .

Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.

Rafizi Ramli, jangan berdiam diri menikus dan berhentilah menjadi penipu dan menyalahkan pihak lain apabila strategi memakan diri.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks