ANWAR IBRAHIM BERSALAH! RAYUANNYA DITOLAK!

Tuesday, 10 February 2015 | 4 comments

YA Hakim sahkah penetrasi berlaku pada dubur Saiful Bukhari. 377B terpakai sama sekali jika penetrasi sudah dibuktikan.

YA Hakim mengesahkan bahawa @SaifulBukhari merupakan saksi yang boleh dipercayai dan keterangan beliau adalah relevan dan konsisten.

YA Hakim menerima bukti permaidani adalah yang sama sewaktu kejadian liwat berlaku. #LiwatII

YA Hakim juga kata keterangan pakar mengenai sakit tulang belakang Anwar (tertuduh) tidak menghalang tertuduh melakukan seks. #LiwatII

YA Hakim kata sampel DNA yang diambil dari objek objek sewaktu tertuduh ditahan adalah kukuh dan kuat dan ada bukti kukuh tertuduh gunakan.

YA Hakim, tidak berlaku pemutusan penjagaan sampel DNA dan DNA tak tercemar. Terima kata pakar kimia sampel DNA konsisten. #LiwatII

Rayuan tertuduh (Anwar Ibrahim) ditolak dan hukuman dikekalkan. Sabitan hukuman atas kesalahan jenayah 377B #LiwatII

YA Hakim, teori konspirasi politik yang didakwa tertuduh gagal dibuktikan menyamai sampel DNA tertuduh dalam rektum mangsa. #LiwatII

Hukuman penjara 5 tahun yang dibuat mahkamah rayuan sebelum ini dikekalkan keatas pesalah seks luar tabie Anwar Ibrahim. #LiwatII



PANEL HAKIM TAMATKAN PROSIDING KERANA PEGUAMBELA ANWAR TIADA ISU BARU, DAN TANGGUH KEPUTUSAN!

Friday, 7 November 2014 | 1 comments


Anwar Ibrahim pasti sedang bergembira sakan kerana keputusan membabitkan prosiding rayuannya ditangguhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada jam 3:53 petang tadi.

Kenyataan yang dibacakan oleh Tun Ariffin, mahkamah ditangguhkan untuk keputusan. Tarikh pengumuman hukuman bagaimanapun, tidak ditetapkan dan diisyiharkan.

Dan menariknya, ramai melihat kenyataan Tun Ariffin sebagai isyarat, panel 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan itu memerlukan masa yang lama untuk membuat keputusan.

Jaminan ke atas Anwar Ibrahim telah dibuat oleh Gopal Sri Ram.

Sepanjang 8 hari penghujahan, pasukan peguambela Anwar Ibrahim gagal sama sekali menafikan tentang perbuatan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Mereka juga gagal memberikan petunjuk bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh ditemui di dalam dubur Saiful Bukhari. Sebaliknya barisan peguambela Anwar yang terdiri daripada 14 orang peguam itu, cuba berbolak balik tentang data teknikal dan cuba mewujudkan kesangsian terhadap Saiful Bukhari tanpa sedikit pun dapat menceritakan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur orang yang mereka cuba ragui.

Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Ram Karpal turut ditegur oleh hakim kerana berbolak-balik. Ram Karpal umpamanya paling gelabah dan paling banyak terganggu dengan soalan-soalan daripada hakim-hakim sendiri. Perkara berkenaan tidak dilaporkan oleh Lawyers For Liberty dan Malaysiakini yang membuat liputan secara langsung menerusi Twitter.

Paling ketara ialah apabila hakim memutuskan para peguambela Anwar Ibrahim tidak mempunyai isu baru, sekaligus tidak memerlukan Pendakwaraya yang diketuai oleh Shafie Abdullah untuk membentangkan hujah-hujah baru.

8 hari berhujah, tetapi perkara pokok iaitu BAGAIMANA AIR MANI ANWAR BOLEH BERADA DALAM DUBUR SAIFUL tetap tidak dapat diterangkan oleh 14 orang peguam Anwar Ibrahim. 8 hari berhujah, rakyat Malaysia telah diberitahu oleh para peguambela Anwar Ibrahim sendiri bahawa kejadian liwat itu adalah SUKA SAMA SUKA. Dan 14 orang peguambela Anwar Ibrahim berusaha membuktikan faktor SUKA SAMA SUKA itu bagi mengurangkan hukuman penjara ke atas Anwar Ibrahim.

Para peguambela Anwar Ibrahim juga cuba menimbulkan persepsi dan terjemahan baru LIWAT sebagai ROGOL lelaki ke atas lelaki. Para peguambela Anwar Ibrahim juga cuba mengelirukan masyarakat dengan menyamakan AIR MANI dengan DNA.

Namun sesuatu yang amat pasti ialah, tempoh sehingga keputusan diumumkan, akan digunakan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim untuk melakukan pelbagai hasutan dan huru-hara. Melihat kepada rekod lampau Anwar Ibrahim, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Besar kemungkinan, esok akan diadakan demonstrasi di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana yang dirancangkan oleh Tian Chua.

HANYA 200 ORANG PENYOKONG BERSAMA-SAMA ANWAR BERARAK KE ISTANA KEHAKIMAN SELEPAS ANWAR BERSOLAT DI BELAKANG TUN MAHATHIR!

Barangkali Anwar Ibrahim mengharapkan jemaah Jumaat di Masjid Sultan Mizan akan bersama-samanya, berarak dan kemudian memberikan sokongan kepadanya. Dan yang menariknya ketika di Masjid Sultan Mizan, Anwar Ibrahim bersolat di belakang Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri yang telah dijadikannya musuh ketat kerana menyingkirkannya daripada UMNO dan jawatan Kabinet.

Sememangnya perhatian diberikan kepada kedua-duanya. Tun Mahathir kelihatan cukup bersahaja, manakala Anwar Ibrahim pula kelihatan teragak-agak dan resah.



Selesai Solat Jumaat jam 2:00 petang tadi, Anwar bersama-sama 200 orang penyokongnya keluar dari Masjid Sultan Mizan dan terus berjalan menuju ke Istana Kehakiman. Laungan REFORMASI kedengaran sepanjang perarakan tersebut. Namun sama seperti sebelum-sebelumnya, laungan tersebut tidak disambut oleh orang ramai. Jemaah kelihatan cukup bersahaja dan ada sesetengahnya yang berbisik dan ketawa sambil menuding ke arah Anwar Ibrahim yang tidak begitu ceria sungguhpun masih cuba tersenyum dan berpura-pura tenang.

Jam 2:42 petang tadi, para penyokong Anwar Ibrahim memulakan program membaca Yassin di pekarangan Istana Kehakiman. Jumlah mereka semakin jauh berkurangan.


Petang ini, sesi penghujahan masih berterusan walaupun sudah masuk hari ke-7. Ada khabar-khabar angin yang menyatakan, keputusan tidak akan diperolehi petang ini. Para penyokong Anwar Ibrahim pada masa yang sama, sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan dan mendesak agar prosiding rayuan tidak lagi dipanjangkan.

Ini adalah kerana para peyokong Anwar Ibrahim sendiri malu dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh para peguam Anwar Ibrahim selain fakta-fakta yang tidak menyanggah perkara pokok iaitu bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada di dalam dubur Saiful Bukhari.

ANWAR SEMAKIN TAKUT... BAS PENJARA DI JALAN SULTAN SALAHUDDIN, KL DISANGKAKANNYA DI HADAPAN ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA

Thursday, 6 November 2014 | 4 comments


Ada tiga sebab mengapa Anwar Ibrahim dalam Facebook rasminya mengeluarkan posting membabitkan BAS PENJARA.

PERTAMA:
Anwar sudah tidak yakin lagi dia akan bebas walaupun dia puji melambung 14 orang peguambela upahannya. Dia sendiri yakin, dia akan didapati bersalah dan tempoh hukumannya akan ditambah dari lima tahun yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan Mac lepas.

KEDUA:
Tekanan dan kebosanan daripada penyokongnya sendiri yang mengharapkan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada hari ini sama ada Anwar Ibrahim dibebaskan atau dipenjarakan kerana mereka telah membuang lebih banyak masa dengan berdemonstrasi tanpa orang di hadapan Istana Kehakiman.

KETIGA:
Anwar Ibrahim mahu mewujudkan persepsi bahawa keputusan telah pun dibuat lebih awal walau sehebat mana pun hujah yang diberikan oleh barisan peguamnya. Dia mahu mencetuskan kemarahan di kalangan penyokongnya dan mereka akan menimbulkan huru-hara dan ketidaktenteraman di negara ini.

Luar biasa sungguh pun kepekaan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim sehinggakan dengan sengaja, gambar bas penjara itu disiarkan menerusi laman Facebook rasminya dengan butiran yang salah.

Katanya, "Bas Jabatan Penjara di pekarangan Istana Kehakiman."

Bagaimanapun, pemeriksaan gambar yang tidak bertarik itu menunjukkan bas itu sebenarnya berada berhampiran dengan WISMA TANI yang beralamat di bawah:

Wisma Tani
Jalan Sultan Salahuddin
50626 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dengan kata lain, gambar bas tersebut telah diambil di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan terlebih lebih 30 kilometer dari Putrajaya!

Takut betul Anwar sampaikan dia sekali lagi mempamerkan kegemarannya menipu para penyokongnya sendiri. 

Semuanya kerana mahu mendapatkan simpati...

Para Penyokong Anwar Ibrahim Terus Meroyan dan Jadi Gila Bila Anwar Ibrahim Hampir Pasti 20 Tahun Dalam Penjara!

Tuesday, 4 November 2014 | 1 comments


Itu yang sedang berlaku di hadapan Istana Kehakiman sekarang ini...

Shafie Abdullah telah berhujah, KY Jelly tidak diserahkan kepada ahli kimia kerana ia tidak diperlukan memandangkan ia memang KY Jelly. Saiful menurutnya adalah seorang saksi yang berkredibel dan tiada sebarang keraguan lagi termasuklah bukti-bukti DNA.

Shafie menutup hujahnya dan mahkamah ditangguhkan ke hari Khamis, jam 9:00 pagi.

Jam 2:40 petang tadi: Menurut Shafie, seluar dalam Saiful yang mengandungi kesan air mani menunjukkan bukti tambahan.


Jam 2:42 petang tadi: Ketua Peguambela Anwar Ibrahim, Gopal Sri Ram ditegur kerana menggunakan sekeping gambar yang menunjukkan Saiful di majlis minum teh bersama-sama Anwar Ibrahim. Menurut Gopal Sri Ram, gambar terseut menunjukkan dengan jelas sifat licik Saiful. Bagaimanapun, Shafie menegaskan gambar tersebut tidak memberikan tafsiran sebagaimana yang dikatakan oleh Gopal Sri Ram, sebaliknya ia hanya boleh disahkan apabila keterangan jurugambar diambil.

"Ini adalah bukti dokumentari dan undang-undang digunakan. Jikalau tidak, ini hanyalah sekarang dokumentary hearsay," katanya.

Shafie turut berkata, Gopal mendakwa Saiful kelihatan seperti normal, sedangkan menurut pendakwaraya, Saiful kelihatan marah.

"Ini adalah perkara subjektif," kata Shafie lagi.

Jam 2:50 petang tadi: Shafie berkata, Karpal telah meminta untuk mendapatkan salinan kenyataan beramaran Saiful dan itu tidak bermakna Karpal berhasrat untuk mendakwa saksi utama (Saiful).

"Gerak hati sahaja tidak mencukupi. Permohonan Karpal jelas bukanlah untuk mendakwa tetapi untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful," kata Shafie.

Jam 3:00 petang tadi: Shafie berkata Saiful bukanlah rakan subahat Anwar Ibrahim, sebaliknya merupakan mangsa perlakuan jenayah seksual.

"DNA Anwar turut ditemui pada beberapa eksibit. Oleh kerana itu, wujud pengesahan atau penyokongan berdasarkan bukti lanjutan terutama sekali dari sumber yang berbeza," katanya lagi.


Shafie turut menerangkan bagaimana Saiful bertemu ramai orang sebelum berlakunya kejadian liwat dan sebelum membuat laporan polis. Menurutnya, tiada sesiapa pun yang peduli tentang Saiful ketika dia bertemu dengan pegawai polis bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof sehinggalah selepas insiden berkenaan berlaku.

"Ini sudah cukup untuk menerangkan mengapa Saiful hanya membuat laporan dua hari selepas insiden berkenaan selepas tiada sesiapa pun mempedulikannya dakwaannya," kata Shafie.

Dan tidak menghairankan mengapa sejurus selepas Saiful membuat laporan polis secar rasmi, kelam-kabut Anwar Ibrahim melarikan diri ke rumah Duta Besar Turki.

WARKAH TERAKHIR ANWAR IBRAHIM AJAK RAKYAT GULINGKAN KERAJAAN UNTUK BEBASKANNYA DARI PENJARA TETAP GAGAL MENARIK PERHATIAN PENYOKONG SENDIRI!


Bagaikan sudah mengetahui yang nasibnya akan berakhir di penjara dan besar kemungkinan, dia akan berada di penjara dalam tempoh yang panjang, lewat malam tadi, Anwar Ibrahim mengarang warkah terakhir untuk para penyokongnya.

Tujuan surat tersebut sebenarnya amat mudah ditelah... Anwar mahu para penyokongnya beramai-ramai datang ke Istana Kehakiman bagi membolehkan segala rancangan huru-hara dilangsungkan mengikut perancangan asal.

Tidak dinafikan walaupun kewujudan tersebut efektif, namun jumlah kehadiran tetap tidak memuaskan. Jauh benar daripada sasaran 10,000 seperti yang digebangkan oleh Nik Nazmi dan seluruh kepimpinan PKR.





Daripada pemerhatian, jumlah kehadiran di hadapan Istana Kehakiman hari ini meningkat sedikit berbanding semalam. Dengan jumlah lebih kurang 300 orang dan mendengar nada serta gaya pertuturan mereka, boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka berasal dari utara, atau didatangkan dari utara sebagaimana maklumat awal yang diterima.

Tengah hari semalam, diberitakan PKR Pulau Pinang telah menyediakan sebanyak 14 buah bas bagi membawa penyokong ke Putrajaya pada hari ini untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Bas-bas yang membawa penyokong Anwar Ibrahim itu telah berlepas pada tengah malam tadi. Difahamkan PKR Pusat telah menyalurkan kewangan bagi tujuan menyewa bas-bas berkeanaan.


Kecewa dengan jumlah kehadiran yang tidak memuaskan dan hanya Pulau Pinang yang menunjukkan kesungguhan, Tian Chua cuba mencipta provokasi dengan ucapan berapi-api sebentar tadi.

Menurutnya, pada hari Anwar dibawa ke penjara, para penyokong Anwar Ibrahim akan berkumpul di Dataran Merdeka hujung minggu ini. Mereka akan membuktikan siapa yang lebih kuat. Tian Chua juga dalam ucapannya memperlekehkan Shafie Abdullah yang masih belum berjaya memenjarakan Anwar Ibrahim. Menurutnya lagi, rakyat dibebani dengan kos hidup yang tingi dan kerajaan memilih untuk memenjarakan Anwar kerana UMNO sangat takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, segala kegiatan rasuah yang menyebabkan rakyat dibebani kesusahan, akan terbongkar.

Berkali-kali dalam ucapannya, Tian Chua menyeru agar para penyokong Anwar Ibrahim berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad ini sekiranya, Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara. Turut menjanjikan yang Wanita PKR pimpinan Zuraidah Kamaruddin, akan turut bersama-sama berhimpun di Dataran Merdeka untuk tujuan yang sama.



Pada masa yang sama, kumpulan samseng India yang diketuai oleh Manikavasagam dan S.Jayatas turut bersedia untuk melakukan rempuhan pagar. Manikavasagam bersama-sama 10 orang samseng India cuba memprovokasi polis bagi membolehkan mereka memasuki kawasan Istana Kehakiman jam 10:00 pagi tadi.


Jam 11:20 tadi, Zuraidah Kamaruddin memaklumkan akan berlaku sesuatu yang amat luar biasa selepas Zohor. Kenyataan Zuraidah Kamaruddin itu sebenarnya adalah untuk memastikan para penyokong Anwar Ibrahim di pekarangan Istana Kehakiman tidak meninggalkan kawasan tersebut bagi mengekalkan momentum sokongan. Sebenarnya perkara 'luar biasa' yang akan dimaksudkan oleh Zuraidah itu adalah membakar patung Saiful Bukhari.

Sebelum itu, jam 10:15 pagi, Zuraidah dalam ucapannya telah menghasut para penyokong agar memberanikan dir dan merempuh pagar sementara yang dibina oleh pihak berkuasa.

Ternyata jelas, motif sebenar penyebaran warkah terakhir Anwar Ibrahim yang mahu meningkatkan semangat dan sokongan para penyokongnya agar beramai-ramai berhimpun dan melakukan provokasi sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 dahulu.

Malangnya, ia tidak menjadi dan suara-suara tidak puas hati di kalangan mereka yang datang untuk berkumpul dan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim di hadapan Istana Kehakiman hari ini juga, sudah boleh didengar.

Gabungan MalaysiaKini, Lawyers For Liberty dan Rafizi Ramli, Memperlekehkan Panel Hakim dan Penghujahan Shafie Abdullah

Monday, 3 November 2014 | 3 comments


Hari kelima memperlihatkan ketakutan dan kelam-kabutnya para penyokong Anwar Ibrahim apabila Shafie Abdullah mula mematahkan hujah-hujah barisan peguambela Anwar.

Bermula dengan Malaysiakini yang cuba menimbulkan persepsi negatif kepada panel lima orang hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Malaysiakini menyatakan, kelima-lima orang panel hakim yang mengadili kes rayuan Anwar Ibrahim merupakan penjawat awam sepanjang masa dan bukannya datang dari sektor swasta (BACA DI SINI).

Tujuan Malaysiakini menerbitkan artikel tersebut, sebenarnya mudah dibaca. Portal pro-Pakatan yang mendapat pembiayaan daripada George Soros, salah seorang rakan karib Anwar Ibrahim yang juga antara penyumbang kewangan utama PKR, cuba memberikan gambaran bahawa keputusan yang akan dibuat oleh panel hakim tersebut - sekiranya Anwar bersalah - adalah hasil daripada pendoktrinan elemen Kerajaan. Malaysiakini juga cuba menimbulkan persepsi bahawa kelima-lima hakim tersebut sudah pun mempunyai keputusan iaitu BERSALAH untuk Anwar Ibrahim dan mereka sekadar melengkapkan perbicaraan tersebut sebagai prosedur semata-mata.



Tidak ketinggalan Lawyers for Liberty dan Rafizi Ramli yang sedang membuat lintas langsung, memberikan perincian hujah Shafie Abdullah dengan tujuan memperlekehkan segala hujah tersebut. Dan yang paling menariknya ialah apabila para penyokong Anwar Ibrahim yang menggunakan Facebook, mengembangkan Tweet Lawyers for Liberty dan Rafizi Ramli dengan pemahaman dan imaginasi mereka.

Mengapa agaknya mereka semakin kelam-kabut. Apa sebenarnya yang menakutkan mereka daripada hujah-hujah Shafie Abdullah? Bukankah esok,Gopal Sri Ram akan membuat penggulungan hujah dan segala maklumat yang mereka ada, boleh disalurkan kepada Gopal Sri Ram, apatah lagi barisan peguam yang mewakili Anwar Ibrahim juga sebahagiannya adalah pembesar PKR yang cukup aktif bertwitter seperti Latheefa Koya?


Anda pun barangkali tahu mengapa Malaysiakini, LFL dan Rafizi Ramli bergabung mengeluarkan info perbicaraan dari galeri awam.... terutama apabila mereka dapat melihat sendiri kegersangan penyokong Anwar di luar Istana Kehakiman.

PROSIDING DITERUSKAN, ORANG ANWAR SEMAKIN BERKURANGAN!


Semakin berkurangan yang mahu bersolidariti dengan Anwar Ibrahim walaupun sudah berulang-ulang kali seruan dibuat agar para penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di hadapan Istana Kehakiman hari ini dengan pelbagai rancangan yang telah diatur oleh beberapa orang pemimpin anarki PKR seperti Tian Chua, Jonah dan Nik Nazmi.

Jam 7:45: Keadaan di hadapan Istana Kehakiman lengang. Yang dapat dilihat hanyalah kehadiran lebih kurang 10 orang wakil media.


Jam 8:05: Masih tiada seorang pun penyokong Anwar Ibrahim yang berkumpul. Yang kelihatan hanyalah wartawan-wartawan tempatan serta luar dan pihak polis.

Jam 8:09: Keadaan di dalam kompleks mahkamah masih tenang dan terkawal. Hanya kelihatan beberapa orang penyokong Anwar Ibrahim, terutama yang berada di kantin sedang menjamu selera.

Jam 8:21: Wakil media tempatan dan asing serta pemerhati asing beratur di pintu kamar untuk menjalani pemeriksan keselamatan. Barisan peguambela Anwar Ibrahim dan pendakwaraya juga kelihatan.


Jam 8:24: Seorang wakil dari Kedutaan Australia dilihat tiba di Istana Kehakiman.

Jam 8:25: 10 orang penyokong Anwar Ibrahim yang tidak dikenali, berlegar-legar di pekarangan Istana Kehakiman dengan wajah keliru dan kecewa kerana tidak ramai penyokong Anwar yang mahu menunjukkan muka.

Jam 8:27: Galeri awam mulai dipenuhi dengan wartawan tempatan dan asing selain pemerhati asing dan beberapa orang penyokong Anwar Ibrahim. Peguambela Anwar termasuklah Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Lateefa Koya serta peguam pasuan pendakwaraya membuat persiapan untuk prosiding mahkamah pada pagi ini.


Jam 8:28: Penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan di hadapan Istana Kehakiman menyorak dan melaung-laungkan 'HUKUM ANWAR' dan 'HUKUM PELIWAT'.

Jam 8:30: Antara penyokong Anwar yang mulai sampai di Istana Kehakiman. R.Sivarasa Rasiah, salah seorang peguam Anwar juga sampai.


Jam 8:39: Wartawan dari Al-Jazeera turut muncul.


Jam 8:47: Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail tiba. Anwar kelihatan kecewa dan memasamkan mukanya apabila melihat jumlah penyokongnya yang hadir.



Jam 9:30: Ketua JINGGA 13, Faris Musa (bertopi) bersama-sama lebih kurang antara 25-30 orang berada di hadapan Istana Kehakiman. Faris Musa kelihatan marah provokasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan.





Jam 10:00: Satu majlis bacaan Yassin telah diadakan oleh lebih kruang 20 orang penyokong Anwar Ibrahim di hadapan Istana Kehakiman. Sebelum itu, sarapan pagi untuk penyokong telah diberikan secara percuma dan telah ditaja oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Hanya 50 orang yang hadir di sekitar Istana Kehakiman.

Jam 10:20: Majlis bacaan Yassin tamat.



KETUA SRIKANDI PKR Pun Dah Tersampuk Mabuk KETUM Sampai Sel Otak Gagal Berfungsi

Saturday, 1 November 2014 | 11 comments


Siti Aishah Shaikh Ismail, Ketua Srikandi PKR yang sudah lama mendiamkan diri terutama selepas berkahwin, akhirnya membuka mulut, mengulas tentang Anwar Ibrahim yang sedang dalam proses rayuan bagi membebaskannya daripada hukuman penjara selama lima tahun.

Menurut Siti Aishah, peguam-peguam Anwar telah membuat pembelaan dan hujah yang cukup baik. Barangkali Siti Aishah cukup bangga kerana para peguam Anwar berhujah yang liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah SUKA SAMA SUKA.

Kalau itulah yang dikatakan 'baik', bermakna ada yang tidak betul dengan otak Ketua Srikandi PKR itu memandangkan liwat adalah perbuatan terkutuk yang tidak ada nilai-nilai baik sepertimana yang difikirkan.

Menariknya, dia turut menuduh hujah-hujah Shafie Abdullah sebagai cuba menimbulkan persepsi jahat dan hasil daripada konspirasi para pemimpin UMNO sehinggakan Shafie mengambil pendekatan untuk menangguhkan penghujahan.

Selama tiga hari para peguam Anwar berhujah, dan tidak sampai setengah hari Shafie berhujah, Ketua Srikandi PKR itu barangkali tidak dapat membezakan masa, apatah lagi dengan faktor perbuatan sengaja melambat-lambatkan pemberian jawapan bertulis oleh barisan peguam Anwar untuk menimbulkan persepsi jahat yang Shafie tidak berkeupayaan untuk menangkis segala isu yang mereka bangkitkan, menjelaskan tentang betapa KETUMnya otak Ketua Srikandi PKR itu.

Tempoh dua hari, telah dilanggar dan para peguam Anwar mengambil masa selama tiga hari untuk berhujah, sekaligus cuba menghalang Shafie daripada menjawab hujah mereka. Permainan yang dilakukan oleh 14 orang peguam Anwar itu, menunjukkan secara jelas selain pengakuan mereka bahawa Anwar memang meliwat Saiful, menunjukkan mereka memang terlalu takut untuk mendengar hujah-hujah Shafie.

Tiada penglibatan UMNO dalam hal ini sebagaimana yang cuba dibangkitkan oleh Aishah atau pun para pemimpin dan penyokong PKR. Sebaliknya ini adalah konspirasi nafsu songsang Anwar Ibrahim sendiri yang berasakan, dia boleh melepaskan diri daripada undang-undang anti liwat Malaysia kerana berasakan dia mempunyai kelompok penyokong tegar yang akan setia mempercayai setiap pembohongannya.

NASIHAT BIJAK Anwar Kepada Saiful... Jangan Tinggal Solat Selepas Diliwat... Supaya Bukti-Bukti Boleh Dihilangkan


BILA disebutkan di Mahkamah semalam bahawa peliwat (yang juga pemimpin pembangkang) menyuruh mangsanya sembahyang selepas meliwatnya, itu tidak bermakna sama sekali bahawa si peliwat ini adalah seorang yang alim. Ini perlu disebutkan sebab orang pembangkang tahu sajalah, bukan betul sangat otaknya.

Waktu ini pun sudah ada yang kata mustahil individu berkenaan seorang peliwat kalau dia juga nasihat mangsanya pergi sembahyang.

Yang sibodoh ini tak tahu, sebagai seorang penipu dan penuh muslihat, tujuan si peliwat menyuruh mangsanya sembahyang selepas meliwatnya adalah kerana mahu menghilang segala bukti DNA pada badan mangsa yang menunjukkan kejadian liwat itu telah berlaku.

Bukan ada kena mengena dengan si peliwat seorang yang alim atau warak apatah lagi tak meliwat.

Nak sembahyang ni tahu sajalah, kena bersih serba serbi. Kalau belum mandi wajib tu, mandi wajib dulu dan sebagainya. Semua ini kalau dilakukan dengan betul, akan menghilangkan bukti DNA yang boleh menyabitkan dia dengan kegiatan tersebut.

Akal pembohong si peliwat ini bukan kita tidak tahu. Satu Malaysia boleh ditipunya konon ada bangla 40 ribu mengundi untuk memenangkan BN dalam PRU13 yang lepas. Satu Malaysia ditipunya konon akan berlaku perubahan kerajaan pada 16 September 2008.

Nak tipu mangsa seorang untuk memadamkan bukti yang perbuatan liwat itu telah berlaku (tanpa disedarinya), tak boleh? Apatah lagi dalam kes ini, disebutkan bahawa mangsa admire gila dengan si peliwat, kerja dengan dia pulak lagi, hadiah dah macam-macam beri termasuk sut briyani berharga berpuluh ribu ringgit, bukan susah mana nak manipulate.

Yang tak pernah jumpa si peliwat ini pun senang-senang kena kelentong (mana yang terpedayalah), ini pulak yang kerja dengan dia, berjumpa dengan dia hari-hari macam si mangsa, jambu pulak tu.

Itulah si peliwat ini kalau semua nak tahu. Setiap apa yang dia buat, termasuk suruh sembahyang ini pun ada niat tak baik untuk menyelamatkan dirinya. Penulis dah lama tahu, anda yang lain bila lagi?

ANWAR BOLEH GHAIRAH DENGAR BUTIRAN HUJAH SHAFIE ABDULLAH... PELIK BETUL SELERA SEKS KETUM!!!

Friday, 31 October 2014 | 4 comments

Anwar jelas berserabut dengan hujah-hujah Shafie Abdullah. Dia tidak mahu para penyokong setianya tahu butiran yang berlaku berdasarkan pendakwaan. Dia hanya mahu mereka tahu dari pembelaan sahaja.

Justeru, Anwar menyatakan sesuatu yang akan menimbulkan kejijikan sekaligus merendahkan perincian hujah tersebut dengan menyatakan hujah-hujah Shafie Abdullah adalah bersifat ghairah.

Paling menarik bila dia cuba mengujakan para penyokonganya sendiri dengan mengaitkan hujah Shafie Abdullah sebagai memberi nilai sensasi kepada beberapa media utama yang menjadi musuhnya.

Kononnya dengan cakap-cakap sebegitu orang ramai akan tidak menerima hujah Shafie sedangkan sebahagian daripada kerja Shafie sudah pun 'selesai' apabila peguam-peguam mengakui Anwar telah meliwat Saiful yang menurut mereka dilakukam secara SUKA SAMA SUKA.

Aneh sungguh selera dan nafsu Anwar memandangkan jawapan daripada kesemua hujah dan isu yang dibangkitkan oleh peguam-peguamnya sendiri boleh membuatkan dia ghairah. Dan dia tidak malu-malu untuk mrnyatakan dan memberitahu satu dunia tentang perkara itu.

Cubaan untuk menimbulkan perasaan bersalah seperti itu srbenarnya hanya menunjukkan semakin jelas langkahnya sudah tiga suku di dalam penjara dan Anwar sangat takut sehingga memerlukan bantuan daripada simpati para penyokongnya dengan kenyataan terbarunya dan kehadiran anak cucunya untuk sesi hari ini.

Betullah seperti yang diberitahu, Anwar sebenarnya 'sakit' dan memerlukan rawatan!

TRANSKRIP PENGHUJAHAN SHAFIE ABDULLAH... PATUTLAH PENYOKONG ANWAR IBRAHIM KELAM-KABUT PUSING BELIT FAKTA!!!


Di bawah adalah di antara laporan prosiding Mahkamah Persekutuan kes liwat Anwar Ibrahim hari ke-4. Seperti dijangka, TS Shafee Abdullah tidak mempunyai masaalah untuk mematahkan hujah peguam-peguam Anwar.

Antara yang menarik ialah apabila Anwar Ibrahim 'menghadiahkan' Brioni Suit kepada Saiful Bukhari.

Jika kita google.search, Brioni Suit adalah jenama branded pakaian mewah. Klik Sini

Malah, hero filem James Bond 007 juga memakai jenama Brioni dalam filem tersebut!

9.20am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan penghujahannya dengan berkata sepanjang kes pendakwaan, keseluruhan pembelaan Anwar adalah tertumpu kepada konspirasi politik untuk mengenakan ketua pembangkang dengan jenayah tersebut.

Katanya, beliau akan menganalisisnya dan akan bermula dengan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

9.25am: Shafee berkata, menurut Anwar, ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi dari PM hingga ke pegawai penyiasat dan bahkan mengaitkannya dengan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad.

Shafee berkata, Anwar juga mendakwa Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam konspirasi itu bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Shafee lagi, Anwar telah mengadu bahawa dokumen-dokumen tidak disediakan kepada pihak pembelaan dan ketua pembangkang itu mendakwa pihak pendakwa juga merupakan sebahagian daripada konspirasi itu.

9.30am: Shafee berkata Anwar memasukkan Umno dan media (arus perdana) sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut.

Anwar, katanya, juga menyerang hakim perbicaraan, dan ia penghinaan mahkamah yang serius oleh ketua pembangkang itu

Meskipun demikian, kata Shafee, hakim perbicaraan tetap sabar.

9.35am: Shafee berkata Anwar membuat keributan dengan memberi keterangan di kandang tertuduh yang hakim 'pre-judged' beliau.

Beliau berkata, kita tidak boleh lupa bahawa terdapat 60 penangguhan dan terdapat banyak permohonan yang benar-benar tidak dalam undang-undang seperti di sini dan Komanwel.

Anwar, katanya, juga menyerang badan kehakiman, termasuk bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak.

Katanya, Anwar seterusnya mendakwa penglibatan Najib, Rosmah, Rodwan dan juga IGP Musa.

Shafee seterusnya menyentuh kenyataan Anwar dari kandang tertuduh mengadu bagaimana dia boleh memberi keterangan di kandang saksi kerana mendakwa wujudnya apa yang dikatakan diskriminasi terhadapnya.

Bagaimanapun, Shafee menegaskan bahawa dalam pengalamannya sebagai seorang peguam, pihak pembelaan tidak pernah dibenarkan memperolehi dokumen seperti kenyataan saksi yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Kata Shafee, Anwar membayangkan yang sampel telah sengaja diletakkan oleh pihak polis.

Ini, tegas Shafee, adalah tuduhan yang jelas terhadap IO (pegawai penyiasat) bahawa dia telah mengenakan Anwar.

Menurutnya, DNA 'Lelaki Y' ditemui di tempat sulit Saiful. Malah, tegasnya, DNA 'Lelaki Y' yang sama ditemui di sel IPK KL.

'Bagaimana anda mendapatkan air mani segar dari tertuduh yang mana sudah kira-kira 60 jam lamanya dari pengadu?"

9.50am: Pendakwa Shafee berkata Anwar juga mengkritik kredibiliti mahkamah perbicaraan yang memanggilnya membela diri.

"Pendek kata, skandal ini lebih buruk dari skandal di Monaco seperti yang dikatakan oleh (hakim) Eusoffe Abd Kadir," kata Shafee berseloroh dalam menggambarkan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

"Namun begitu, bagaimana anda menjelaskan air maninya di bahagian sulit Saiful," kata beliau.

9.54am: Walaupun kritikan Anwar terhadap hakim, Shafee berkata, hakim yang sama yang membebaskan beliau.

Beliau berkata kejadian liwat didakwa berlaku adalah jam 3 petang dan 4.30 petang di kondominium Desa Damansara.

Shafee berhujah bahawa apabila Saiful berkata, dia tidak berbuat demikian secara sukarela, IA berbeza dengan kerelaan.

"Ia adalah kawasan kelabu (grey area) di mana hati saya berkata tidak, tetapi apa yang hendak saya lakukan apabila majikan saya dominan sepenuhnya? Ia tidak ada kaitan dengan kerelaan."

10.10am: Shafee menjelaskan tugas Saiful sebagai pembantu Anwar.

Katanya, Saiful ikut ke mana-mana bersama tertuduh, Singapura dan Hong Kong dan diberi elaun, di mana dia mengikut tertuduh.

Semua ini, Kata Shafee, walaupun Saiful tidak habis belajar di universiti.

"Anwar juga memberinya Brioni suit, yang saya pun tak ada. Mengapa Anwar perlu mengekalkan hubungan yang demikian (dengan Saiful)," soalnya.

10am: Shafee berkata adalah lebih mudah bagi pihak pendakwa untuk mendakwa dan membuktikan kesnya jika perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan, daripada bukan dengan kerelaan.

Katanya, saksi (Saiful) boleh dipercayai dan macam ada kebenarannya.

Beliau menambah bahawa Saiful bukan rakan subahat.


10.15am: Shafee berkata selepas cuba untuk mengatur jadual hari itu,Anwar bertanya kepada Saiful, "Bolehkah saya f ** k you hari ini?"

Ini menunjukkan hubungan intim antara mereka, hujah Shafee.

Saiful, katanya, keberatan dan Anwar marah dan mereka pergi ke bilik tidur utama dan di sanalah mereka melakukannya.

10.15am: Shafee seterusnya membaca apa yang didakwa berlaku
pada hari itu untuk menunjukkan bahawa Saiful tidak mungkin mereka keterangannya di mahkamah.

Katanya, pemeriksaan balas oleh Karpal (Singh) di mana sebelum meninggalkan kondominium tersebut, mereka (kedua-dua Anwar dan Saiful) minum Nescafe tiga dalam satu dan karipap.

"Saiful berkata pintu ke kondominium itu terkunci dari dalam apabila mereka melakukannya. Saiful berkata dia mempunyai peluang untuk lari, tapi dia tidak boleh."

"Dia mengakui dia mempunyai peluang untuk lari. Anda tidak dipaksa, Karpal bertanya, tetapi Saiful menjawab dia tak rela."

Shafee berkata, kejadian itu berlaku atas karpet di tepi katil.

Shafee menjelaskan kejadian liwat itu tidak berlangsung 30 minit kerana di antaranya Saiful mencuci dirinya dan ini berjumlah setengah jam.

10.25am: Shafee berkata Saiful menunjukkan (perbuatan fizikal) di tempat kejadian apabila hakim perbicaraan melawat kondominium itu.

Beliau selanjutnya menceritakan insiden liwat itu, dengan memperincikan bagaimana Saiful diminta memegang zakar Anwar dan memasukkannya ke dalam duburnya di mana dia telah memakai beberapa bahan pelincir.

Shafee memetik Saiful sebagai berkata Anwar sangat kasar dan dia sembur (air maninya) ke dalam Saiful.

10.28am: Shafee berkata Saiful mengadu sakit di dubur dan perutnya.

Walaupun Karpal menegaskan kepada Saiful bahawa kejadian itu tidak berlaku, saksi pendakwa tetap berkata yang ia berlaku.

10.33am: Shafee berhujah bahawa Anwar bukan seorang perayu
biasa kerana dia berkarisma dan mampu mempengaruhi seorang anak muda.

Shafee berkata selepas perilaku seksual itu, Anwar menasihatkan Saiful juga tidak mengabaikan solat.

Katanya, ini menunjukkan mereka adalah mesra dan menunjukkan macam ada kebenarannya.

"Saiful mengaku dia takut pada Anwar," kata Shafee sambil menambah bahawa perbualan itu berlaku ketika mereka sedang minum kopi dan makan karipap.

10.37am: Mengenai KY jelly tidak dijumpai di atas karpet yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan, Shafee berkata keterangan Saiful menyatakan bahawa ia mungkin jatuh ke atas permaidani atau tuala yang mereka pakai semasa melakukan seks itu.

Shafee juga menegaskan bahawa karpet tidak dijumpai dari unit kondominium di mana Anwar dan Saiful melakukannya.

"Ironinya karpet itu ditemui di unit lain," kata Shafee.

10.41am: Shafee kini berhujah tentang beg plastik P27 yang mengandungi semua spesimen yang diambil dari Saiful.

Shafee menegaskan bahawa ia tidak ditutupkan secara 'heat sealed'.

Merujuk kepada keputusan hakim yang membebaskan Anwar, Shafee berkata hakim membuat kesilapan tentang gangguan pada beg plastik tersebut.

Hujahnya, apabila meterai luar rosak, meterai di dalam tetap utuh.

10.47am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

11.12am: Mahkamah disambung semula.

11.15am: Shafee meneruskan hujahnya di mana beliau menunjukkan beg plastik telus P27.

Beliau berkata IO (pegawai penyiasat) memotong plastik dan membiarkannya tergantung bagi menunjukkan tidak ada niat yang tidak diingini.

Beliau membacakan 'swab' yang diambil dari Saiful di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya bekas plastik dimeterai (sealed) dan Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan beliau memeteraikannya dan menandatangan di atasnya dan meminta Saiful untuk menandatanganinya.

Menurut Shafee, ia adalah "tamper proof"

"Saksi pembelaan mengatakan semua ini adalah 'tamper proof', tetapi tidak plastik besar (P27). IGSO menyatakan setiap sampel mesti dipisahkan dan dibungkus," tambahnya.

IGSO ialah Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

11.20am: Shafee membacakan sebahagian daripada IGSO yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus berasingan dan setiap sampel perlu disertakan dengan borang Polis 31.

"Apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat (IO) adalah memotong plastik, meletakkan sampel berasingan di dalam sampul dan meletakkannya di dalam beg.

"P27 ini dijadikan isu dan ini menyebabkan tertuduh bebas,” katanya.

Shafee menegaskan bahawa IO tidak mengusik sampel tersebut tetapi hanya meletakkannya berasingan.

"Sampel intim ini dihantar kepada Seah pada 30 Jun, manakala sampel kedua (Anwar) dihantar pada 17 Julai dan diberikan kepada seorang lagi ahli farmasi ((Noraidora Saedon).

"Dari mana IO boleh dapatkan sampel mani di antara (30 Jun dan 17 Julai) untuk mengubah (sampel pertama)?,” soalnya.

11.35am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Jude hanya menanda sampel "intim” dan polis hanya mematuhi IGSO.

"Ringkasnya, ketika Seah menerima sampel tersebut beliau ditanya sama ada materai HKL masih utuh di sampel berkenaan, dan beliau menjawab ia masih utuh,” katanya.

11.45am: Shafee berkata tindakan doktor HKL, Dr Siew Sheue Feng yang menandatangani sampul spesimen dan juga mendapatkan tandatangan Saiful adalah memadai untuk mengelakkannya daripada diusik.

Katanya, sampel itu seterusnya dimaterai dengan materai polis.

11.55am: Shafee berkata tindakan Jude bukanlah gangguan ke atas sampel, dan menyatakan beberapa kes untuk membuktikan sebab sampel tersebut perlu diterima.
Beliau seterusnya bertanya bagaimana seseorang boleh mendapatkan sampel spermatozoa Anwar untuk membolehkan sampel itu diganggu.

"Sekiranya seseorang berpendapat (bahawa DNA tersebut) boleh dimasukkan daripada sampel yang diambil daripada sel Anwar, ia tidak boleh dilakukan kerana ia berlangsung dalam tempoh masa berbeza,”katanya.

Samep Saiful dihantar pada 30 Jun manakala sampel Anwar diambil dan dihantar kepada ahli kimia pada 17 Julai - MK

Jika kita baca keterangan TS Shafee Abdullah, Anwar patut berasa sangat gusar!

HARI KEEMPAT ANWAR DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN... HARI YANG PALING MEMALUKAN!!!


Jangankan Anwar Ibrahim, para penyokong dan para pemimpin PKR yang sudah merancang untuk mengadakan demonstrasi berhari-hari termasuklah Jingga 13, Lawyers for Liberty, Tian Chua, Jonah, Rafizi Ramli dan sebagainya pun malu serta takut untuk mendengar hujah Shafie Abdullah sehinggakan hari keempat Anwar ke Mahkamah Persekutuan untuk mendengar proses rayuannya, mereka yang kuat melalak pada awalnya, kini hilang entah ke mana.

Hari keempat sama seperti hari-hari orang biasa pergi Mahkamah Persekutuan. Tiada sambutan. Tiada jerit pekik. Tiada laungan 'REFORMASI' atau solat luar masjid walaupun ruang solat masjid kosong seperti yang dapat dilihat semalam melihat Zuraidah Kamaruddin.

BERITA:

Bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menyifatkan kehadiran ahli dan penyokong parti itu di Istana Kehakiman di Putrajaya sejak Selasa lalu telah memalukan Ketua umum mereka sendiri kerana jumlah yang hadir untuk memberi sokongan cukup hambar dan dingin.

Beliau seterusnya melemparkan persoalan ke manakah hilangnya ahli dan penyokong pembangkang yang sepatutnya hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar yang bukan sahaja sebagai Ketua Umum PKR tetapi ketua kepada pakatan pembangkang.

“Berdasarkan pemerhatian, kita boleh bayangkan berapa kerat sahaja ahli mereka sendiri yang hadir. Katakanlah jika PKR ada ahli seramai 100 hingga 200 ribu, jumlah yang ditunjukkan di Putrajaya masih jauh jika mahu dibuat ukuran. Hanya beberapa peratus sahaja

“Nampaknya ahli serta penyokong sendiri pun sudah jemu dan tidak lagi yakin dengan Anwar. Malah mereka pun mungkin sedar serta tahu perbicaraan ini adalah masalah peribadi dan daripada buang masa dan tenaga, adalah lebih baik meneruskan tugasan seharian”, katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini..

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sambutan dingin dan hambar penyokong pakatan pembangkang terutama ahli PKR itu sendiri sejak perbicaraan Anwar di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di Putrajaya sejak hari Selasa yang lalu.

Malah suasana di luar Istana Kehakiman di sini hari ini hampir lengang tanpa kehadiran penyokong Anwar.

Tidak seperti hari pertama dan kedua prosiding yang menyaksikan hampir 1,000 penyokong ketua pembangkang itu berhimpun, kawasan luar bangunan Mahkamah Persekutuan pada hari ketiga prosiding hanya dipenuhi pihak media yang hadir sejak pukul 7 pagi.

Sehingga pukul 11 pagi, kehadiran penyokong Anwar bolehlah dikatakan sebagai hanya ‘beberapa kerat’ sahaja dan ia adalah sesuatu yang mengejutkan.

Sambil menyifatkan keadaan itu cukup memalukan, Anuar seterusnya menambah sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang apatah lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri utama pembangkang sepatutnya sambutan hambar sebegitu rupa tidak akan berlaku.

Malah jelas beliau lagi berdasarkan ungkapan atau laungan dari pemimpin pembangkang termasuk Anwar sendiri kononnya rakyat akan bersama untuk menegakkan keadilan terbukti hanya retorik kosong semata-mata.

“Bukan sahaja rakyat, ahli PKR sendiri pun tak sudi datang. Malah lebih memalukan pemimpin pakatan pembangkang sendiri pun boleh dikira dengan jari yang datang memberikan sokongan.

“Itu kita belum lagi kita lihat ahli Pas atau Dap… berapa kerat yang datang? Apakah masing-masing ada agenda untuk memalukan Anwar? Inilah nilai sebenar pemuafakatan pakatan pembangkang… kita yakin keadaan ini satu mesej yang jelas kepada Anwar… sudah-sudahlah”, ujarnya.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. (SUMBER)

14 Peguambela Untuk Anwar Ibrahim, Kenapa Masih Takut Dengan Shafie Abdullah?


Barangkali untuk menutup malu setelah para peguam Anwar mengakui, Anwar memang meliwat Saiful walaupun bukan merogol bekas pembantu peribadinya itu, serangan terpaksa beralih kepada Shafie Abdullah, peguam yang telah menawarkan khidmatnya kepada Saiful Bukhari Azlan untuk mendakwa Anwar Ibrahim dalam sesi rayuan di Mahkamah Rayuan. (BACA DI SINI)

Para pemimpin PKR dan DAP seperti Johari Abdul dan Nga Kor Ming mempersoalkan penggunaan khidmat Shafie Abdullah sebagai pendakwaraya dan bukannya dari Pejabat Peguam Negara sendiri. Sekalipun terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia bagi tujuan tersebut di bawah kuasa Peguam Negara, nampaknya para pemimpin PKR dan DAP berpura-pura buta dan pekak tuli sepertimana para penyokong mereka yang lain.

Dengan 14 orang peguambela, Anwar Ibrahim masih lagi takut dengan Shafie Abdullah. Agak aneh kerana fakta kes tidak diperjelaskan sebal

Menariknya para peguam Anwar terpaksa berbelit-belit dan menggunakan bidang teknikal semata-mata untuk menolak hukuman penjara sebagaimana yang mereka lakukan di Mahkamah Tinggi pada tahun 2012.

Dan untuk menimbulkan kebencian selain mewujudkan perasaan tidak percaya kepada kes tersebut, para pemimpin PKR dan DAP sedang mengusahakan cerita, wang rakyat dibazirkan untuk membayar khidmat Shafie Abdullah.

Bagaimana pula dengan lebih 70 kali penangguhan yang dibikin oleh Anwar Ibrahim sepanjang proses mahkamahnya, tidak dikira sebagai membazirkan wang rakyat? Berapa pula jumlah kos yang diakibatkan oleh Anwar Ibrahim berbanding 'upah' Shafie Abdullah? Mengapa tidak diambil kira sekali kos yang melibatkan perangai hodoh Anwar Ibrahim?

Nampak macam dah tersepit sangat.... macam dah takut sangat sehingga terpaksa jadi seperti budak yang cuba menipu ibu bapanya supaya dia tidak perlu bangun pagi untuk ke sekolah.... penjelasan oleh Shafie Abdullah semalam bagaimana peguam-peguam Anwar cuba menyempitkan masanya meneliti jawapan-jawapan bertulis mereka, dari dua minggu menjadi sehari, menjelaskan betapa barisan 14 orang peguam Anwar Ibrahim sebenarnya sudah terlalu buntu untuk mencari jawapan sebenar berhadapan dengan Shafie Abdullah dalam kes ini.

Kesian para pengikut PKR dan KETUM yang dibebal-bebalkan dek kehodohan perangai mereka sendiri!

ADAKAH PASUKAN PEGUAMBELA ANWAR BERKONSPIRASI DENGAN UMNO?

Thursday, 30 October 2014 | 13 comments

Anwar Ibrahim dan konco-konconya seringkali menuduh kes liwat yang sedang dihadapinya dan telah menyebabkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun pada Mac lepas adalah konspirasi UMNO semata-mata.

Kata Anwar lagi, semua itu adalah fitnah kerana UMNO dan Barisan Nasional sangat bimbang dan takut kerana Anwar bakal melakukan repformasi terutama sekali penentangan ke atas RASUAH dan PENYALAHGUNAAN serta PENYELEWENGAN yang kononnya dilakukan oleh para pemimpin UMNO sewenang-wenangnya.

Namun sudah ada yang bertanya, sepanjang mmemperjuangkan anti rasuah, berapa kalikah Anwar telah menghadap SPRM dan menyalurkan segala maklumat yang diketahuinya memandangkan Anwar Ibrahim sering mendabik dada, dia tahu semua perkara.


Bertentangan dengan kepercayaan yang cuba diterapkan oleh Anwar Ibrahim, sepanjang tiga hari penghujahan oleh para peguambelanya yang sudah pasti mendapat mandat, kelulusan dan kepercayaan daripada Anwar ialah FAKTA yang dinyatakan oleh peguam-peguamnya. Hari ini sahaja, Sangeet, Ram Karpal dan Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa LIWAT ANTARA ANWAR IBRAHIM DENGAN SAIFUL ADALAH SUKA SAMA SUKA!

Sekaligus para peguamnya bersetuju dengan pendakwaraya bahawa Anwar meliwat Saiful tetapi kelebihan berpihak kepada Saiful kerana Saiful membuat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar.

Sedangkan apra penyokong Anwar pula yang sudah kelam-kabut cuba 'membetulkan' semula persepsi tersebut dengan menyatakan, bukti-bukti klinikal, selain penggunaan KY Jelly dan liwat berulang, selain daripada tiada kesan melawan oleh Saiful membuktikan pemaksaan liwat sekaligus tiada liwat.

Para penyokong Anwar cuba untuk menyamakan perbuatan liwat dengan rogol, sedangkan ia adalah dua kes yang sama sekali bertentangan dan berlainan.

Dengan kenyataan dan hujah-hujah pembelaan para peguambela Anwar Ibrahim itu, adakah itu bermakna barisan peguam Anwar Ibrahim sedang BERKONSPIRASI dan BEKERJASAMA dengan UMNO dan KERAJAAN MALAYSIA, memandangkan tuduhan ke atas Anwar adalah, meliwat bekas pembantunya, bukannya merogol bekas pembantunya?

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Shafie Abdullah, liwat suka sama suka atau liwat paksa rela, hakikatnya Anwar Ibrahim adalah meliwat. Dan perbuatan meliwat tidak boleh diterima langsung di Malaysia dalam apa keadaan sekalipun!

AMK Akan Bertempur Untuk Halang Anwar Ibrahim Daripada Dibawa Ke Penjara!


Perancangan menerusi mesyuarat tertutup pada 25 Oktober di Bilik Mesyuarat Mawar, Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya yang dipengerusikan oleh Tian Chua, terdedah lagi. Jikalau sebelum ini, pemberi maklumat menyalurkan rancangan yang akan dibuat pada 28 dan 29 Oktober, tetapi kali ini, penyumber mendedahkan satu lagi perancangan jahat yang dibuat oleh PKR.

Khairul Anwar Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Jonah, suatu ketika dahulu merupakan Ketua AMK Selangor telah ditugaskan untuk melaksanakan satu rancangan yang lebih ekstrim dan jahat memandangkan tugasan pada 28 dan 29 Oktober gagal dilaksanakan dengan jayanya.

Berdasarkan maklumat yang kami terima, AMK sedang mengatur perancangan membuat halangan semasa hakim membacakan keputusan hukuman ke atas Anwar Ibrahim.

Jonah akan mengetuai sepasukan AMK yang akan menimbulkan huru-hara setelah satu lagi kumpulan yang belum lagi diketahui siapa ketuanya tetapi dipercayai Tian Chua sendiri, akan membuat provokasi dan mengganggu anggota-anggota polis yang bertugas.

Pasukan AMK yang dipimpin oleh Jonah akan bertempur dengan pihak polis untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada dibawa ke penjara. Kumpulan provokasi kedua pula akan selepas 'mengganggu dan menyibukkan polis' dengan serangan kumpulan yang diketuai oleh Jonah, akan menghalang laluan yang akan digunakan oleh pihak berkuasa bagi membawa Anwar ke penjara.

Manakala kumpulan penyokong yang lain, yang sekarang ini sedang giat dikumpulkan menjelang tempoh 96 jam, akan dikumpulkan di hadapan Istana Kehakiman untuk menimbulkan kekecohan selain mengalihkan perhatian daripada gangguan yang dibuat oleh kumpulan provokasi pertama dan kumpulan provokasi kedua yang mempunyai 'tugas' lebih besar.

Berdasarkan maklumat yang sama, AMK Johor sudah berjanji akan menghantar sebuah bas yang dipenuhi penyokong. Begitu juga dengan AMK Perak manakala AMK Selangor akan menghantar dua buah bas dan AMK Wilayah Persekutuan pula sebuah bas.

Jonah didedahkan sebagai ketua dan perancang utama pada provokasi terbaru dan terakhir nanti.

GAGAL Buktikan Anwar Tidak Meliwat, Para Peguambela Anwar Beralih Kepada LIWAT SUKA SAMA SUKA!

Tiga orang peguambela Anwar Ibrahim akhirnya berhujah bahawa liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari adalah SUKA SAMA SUKA, bukannya ROGOL, sebagaimana persepsi awal yang cuba dibuat oleh Karpal Singh ketika pembelaan di Mahkamah Tinggi dahulu.

Dan berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para penyokong Anwar Ibrahim di laman Facebook, mereka juga menyokong LIWAT SUKA SAMA SUKA sebagai bukan satu kesalahan dan perlu diterima secara umum.

Sangeet Kaur berhujah tiada kesan air mani pada seluar yang dipakai oleh Saiful pada waktu kejadian, sekaligus membuktikan penerobosan (penetrasi) tidak berlaku. Air mani menurut Sangeet hanya dikesan pada seluar dalam lain yang tidak dipakai oleh Saiful pada hari kejadian.

Yang tidak dijelaskan oleh Sangeet Kaur, bagaimana air mani Anwar boleh berada di salah satu seluar dalam Saiful Bukhari memandangkan air mani bukannya boleh dikutip secara sembrono seperti air liur.

Begitu juga dengan hujah Ram Karpal Singh yang masih mahu menggunakan alasan awal seorang pegawai perubatan hospital swasta yang tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan penyiasatan dalam kes-kes jenayah. Malahan semua hospital swasta di negara ini tidak boleh terlibat dalam siasatan jenayah sebaliknya merujuk kepada pakar-pakar di hospital kerajaan.

Ram Karpal Singh berhujah tentang tempoh masa 30 minit dan 5 minit berdasarkan keterangan Saiful Bukhari ketika di Mahkamah Tinggi dan di hadapan pegawai penyiasat. Yang tidak disebut oleh Ram Karpal ialah, tempoh 30 minit itu merangkumi tempoh pra-liwat termasuk cumbu rayu, foreplay dan sebagainya sebelum penetrasi. Manakala tempoh 5 minit itu pula adalah tempoh berlakunya proses penetrasi.


Barisan peguambela Anwar Ibrahim akhirnya menukar helah, daripada penafian berlakunya liwat kepada LIWAT SUKA SAMA SUKA.

Dengan kata lain, mereka sendiri yang mengaku Anwar Ibrahim memang meliwat Saiful Bukhari Azlan, cuma bentuk kesalahan itu berdasarkan undang-undang Malaysia sedikit berbeza kerana ada dua akta di bawah Kanun Keseksaan membabitkan perlakuan liwat. Bagaimanapun, apabila salah seorang daripada mereka membuat laporan polis yang dia telah diliwat, maka tiada istilah SUKA SAMA SUKA dalam hal ini.

MAKINLAH GABRA Bila PAS Pula Hantar Sokongan Kepada Saiful Bukhari Azlan, Bukannya Anwar Ibrahim!



PKR menerusi Wan Azizah cuba menjual topeng agama dengan menganjurkan bacaan Yassin bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim. Golongan liberal agama yang menganggap Islam itu sama seperti agama-agama lain di dunia ini dan berjuang untuk memodenkan Islam mengikut acuan freethinker dan Atheis, tiba-tiba sahaja melakukan bidaah membaca Yassin yang tidak mereka yakini sebelum ini kecuali untuk mendapatkan sokongan orang Melayu-Islam. Golongan yang memperjuangkan kebebasan LGBT, murtad dan serangan ke atas status rasmi Islam di Malaysia, tiba-tiba sahaja mahu menunjuk-nunjuk yang mereka adalah penganut akidah Islam tulen!

Namun sesuatu yang lebih 'menghairankan' tidak jauh dari lokasi penyokong PKR sedang membaca Yassin.


Sejumlah individu yang membawa bendera-bendera PAS, sedang berkumpul dan bersolidariti untuk Saiful Bukhari Azlan. (Sumber dari Facebook Persatuan Muka Buku Pulau Pinang).




Di dalam mahkamah pula, para peguam Anwar Ibrahim masih tetap bermain-main dengan teknikal untuk memenangi perbicaraan rayuan ini. Walaupun para penyokongnya di Facebook sedang memainkan isu kononnya Saiful menjolok punggungnya dengan plastik dan ada pula yang pandai telah merekacipta Twitter Saiful untuk mengukuhkan dakwaan tersebut, namun para peguam Anwar langsung tidak menggunakan hujah para penyokongnnya di luar sini.


Solidariti dan demonstrasi menyokong Anwar Ibrahim kali ini telah gagal dengan teruk apabila PKR memutuskan untuk berlagak dengan PAS, bahkan menyaman Presiden PAS semata-mata percaya, Anwar Ibrahim jauh lebih baik dan berpengaruh berbanding Abdul Hadi Awang. Hasilnya, demonstrasi anjuran-anjuran DAP dan PKR yang selama ini disertai ribuan kalau tidak pun puluhan ribu, sekarang ini hanya beberapa ratus dan puluh orang sahaja seperti yang terlibat pada hari ini.
Showing posts with label perbicaraan. Show all posts
Showing posts with label perbicaraan. Show all posts

ANWAR IBRAHIM BERSALAH! RAYUANNYA DITOLAK!

Tuesday, 10 February 2015 · 4 comments

YA Hakim sahkah penetrasi berlaku pada dubur Saiful Bukhari. 377B terpakai sama sekali jika penetrasi sudah dibuktikan.

YA Hakim mengesahkan bahawa @SaifulBukhari merupakan saksi yang boleh dipercayai dan keterangan beliau adalah relevan dan konsisten.

YA Hakim menerima bukti permaidani adalah yang sama sewaktu kejadian liwat berlaku. #LiwatII

YA Hakim juga kata keterangan pakar mengenai sakit tulang belakang Anwar (tertuduh) tidak menghalang tertuduh melakukan seks. #LiwatII

YA Hakim kata sampel DNA yang diambil dari objek objek sewaktu tertuduh ditahan adalah kukuh dan kuat dan ada bukti kukuh tertuduh gunakan.

YA Hakim, tidak berlaku pemutusan penjagaan sampel DNA dan DNA tak tercemar. Terima kata pakar kimia sampel DNA konsisten. #LiwatII

Rayuan tertuduh (Anwar Ibrahim) ditolak dan hukuman dikekalkan. Sabitan hukuman atas kesalahan jenayah 377B #LiwatII

YA Hakim, teori konspirasi politik yang didakwa tertuduh gagal dibuktikan menyamai sampel DNA tertuduh dalam rektum mangsa. #LiwatII

Hukuman penjara 5 tahun yang dibuat mahkamah rayuan sebelum ini dikekalkan keatas pesalah seks luar tabie Anwar Ibrahim. #LiwatII



PANEL HAKIM TAMATKAN PROSIDING KERANA PEGUAMBELA ANWAR TIADA ISU BARU, DAN TANGGUH KEPUTUSAN!

Friday, 7 November 2014 · 1 comments


Anwar Ibrahim pasti sedang bergembira sakan kerana keputusan membabitkan prosiding rayuannya ditangguhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada jam 3:53 petang tadi.

Kenyataan yang dibacakan oleh Tun Ariffin, mahkamah ditangguhkan untuk keputusan. Tarikh pengumuman hukuman bagaimanapun, tidak ditetapkan dan diisyiharkan.

Dan menariknya, ramai melihat kenyataan Tun Ariffin sebagai isyarat, panel 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan itu memerlukan masa yang lama untuk membuat keputusan.

Jaminan ke atas Anwar Ibrahim telah dibuat oleh Gopal Sri Ram.

Sepanjang 8 hari penghujahan, pasukan peguambela Anwar Ibrahim gagal sama sekali menafikan tentang perbuatan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Mereka juga gagal memberikan petunjuk bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh ditemui di dalam dubur Saiful Bukhari. Sebaliknya barisan peguambela Anwar yang terdiri daripada 14 orang peguam itu, cuba berbolak balik tentang data teknikal dan cuba mewujudkan kesangsian terhadap Saiful Bukhari tanpa sedikit pun dapat menceritakan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur orang yang mereka cuba ragui.

Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Ram Karpal turut ditegur oleh hakim kerana berbolak-balik. Ram Karpal umpamanya paling gelabah dan paling banyak terganggu dengan soalan-soalan daripada hakim-hakim sendiri. Perkara berkenaan tidak dilaporkan oleh Lawyers For Liberty dan Malaysiakini yang membuat liputan secara langsung menerusi Twitter.

Paling ketara ialah apabila hakim memutuskan para peguambela Anwar Ibrahim tidak mempunyai isu baru, sekaligus tidak memerlukan Pendakwaraya yang diketuai oleh Shafie Abdullah untuk membentangkan hujah-hujah baru.

8 hari berhujah, tetapi perkara pokok iaitu BAGAIMANA AIR MANI ANWAR BOLEH BERADA DALAM DUBUR SAIFUL tetap tidak dapat diterangkan oleh 14 orang peguam Anwar Ibrahim. 8 hari berhujah, rakyat Malaysia telah diberitahu oleh para peguambela Anwar Ibrahim sendiri bahawa kejadian liwat itu adalah SUKA SAMA SUKA. Dan 14 orang peguambela Anwar Ibrahim berusaha membuktikan faktor SUKA SAMA SUKA itu bagi mengurangkan hukuman penjara ke atas Anwar Ibrahim.

Para peguambela Anwar Ibrahim juga cuba menimbulkan persepsi dan terjemahan baru LIWAT sebagai ROGOL lelaki ke atas lelaki. Para peguambela Anwar Ibrahim juga cuba mengelirukan masyarakat dengan menyamakan AIR MANI dengan DNA.

Namun sesuatu yang amat pasti ialah, tempoh sehingga keputusan diumumkan, akan digunakan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim untuk melakukan pelbagai hasutan dan huru-hara. Melihat kepada rekod lampau Anwar Ibrahim, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Besar kemungkinan, esok akan diadakan demonstrasi di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana yang dirancangkan oleh Tian Chua.

HANYA 200 ORANG PENYOKONG BERSAMA-SAMA ANWAR BERARAK KE ISTANA KEHAKIMAN SELEPAS ANWAR BERSOLAT DI BELAKANG TUN MAHATHIR!

· 3 comments

Barangkali Anwar Ibrahim mengharapkan jemaah Jumaat di Masjid Sultan Mizan akan bersama-samanya, berarak dan kemudian memberikan sokongan kepadanya. Dan yang menariknya ketika di Masjid Sultan Mizan, Anwar Ibrahim bersolat di belakang Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri yang telah dijadikannya musuh ketat kerana menyingkirkannya daripada UMNO dan jawatan Kabinet.

Sememangnya perhatian diberikan kepada kedua-duanya. Tun Mahathir kelihatan cukup bersahaja, manakala Anwar Ibrahim pula kelihatan teragak-agak dan resah.



Selesai Solat Jumaat jam 2:00 petang tadi, Anwar bersama-sama 200 orang penyokongnya keluar dari Masjid Sultan Mizan dan terus berjalan menuju ke Istana Kehakiman. Laungan REFORMASI kedengaran sepanjang perarakan tersebut. Namun sama seperti sebelum-sebelumnya, laungan tersebut tidak disambut oleh orang ramai. Jemaah kelihatan cukup bersahaja dan ada sesetengahnya yang berbisik dan ketawa sambil menuding ke arah Anwar Ibrahim yang tidak begitu ceria sungguhpun masih cuba tersenyum dan berpura-pura tenang.

Jam 2:42 petang tadi, para penyokong Anwar Ibrahim memulakan program membaca Yassin di pekarangan Istana Kehakiman. Jumlah mereka semakin jauh berkurangan.


Petang ini, sesi penghujahan masih berterusan walaupun sudah masuk hari ke-7. Ada khabar-khabar angin yang menyatakan, keputusan tidak akan diperolehi petang ini. Para penyokong Anwar Ibrahim pada masa yang sama, sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan dan mendesak agar prosiding rayuan tidak lagi dipanjangkan.

Ini adalah kerana para peyokong Anwar Ibrahim sendiri malu dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh para peguam Anwar Ibrahim selain fakta-fakta yang tidak menyanggah perkara pokok iaitu bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada di dalam dubur Saiful Bukhari.

ANWAR SEMAKIN TAKUT... BAS PENJARA DI JALAN SULTAN SALAHUDDIN, KL DISANGKAKANNYA DI HADAPAN ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA

Thursday, 6 November 2014 · 4 comments


Ada tiga sebab mengapa Anwar Ibrahim dalam Facebook rasminya mengeluarkan posting membabitkan BAS PENJARA.

PERTAMA:
Anwar sudah tidak yakin lagi dia akan bebas walaupun dia puji melambung 14 orang peguambela upahannya. Dia sendiri yakin, dia akan didapati bersalah dan tempoh hukumannya akan ditambah dari lima tahun yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan Mac lepas.

KEDUA:
Tekanan dan kebosanan daripada penyokongnya sendiri yang mengharapkan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada hari ini sama ada Anwar Ibrahim dibebaskan atau dipenjarakan kerana mereka telah membuang lebih banyak masa dengan berdemonstrasi tanpa orang di hadapan Istana Kehakiman.

KETIGA:
Anwar Ibrahim mahu mewujudkan persepsi bahawa keputusan telah pun dibuat lebih awal walau sehebat mana pun hujah yang diberikan oleh barisan peguamnya. Dia mahu mencetuskan kemarahan di kalangan penyokongnya dan mereka akan menimbulkan huru-hara dan ketidaktenteraman di negara ini.

Luar biasa sungguh pun kepekaan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim sehinggakan dengan sengaja, gambar bas penjara itu disiarkan menerusi laman Facebook rasminya dengan butiran yang salah.

Katanya, "Bas Jabatan Penjara di pekarangan Istana Kehakiman."

Bagaimanapun, pemeriksaan gambar yang tidak bertarik itu menunjukkan bas itu sebenarnya berada berhampiran dengan WISMA TANI yang beralamat di bawah:

Wisma Tani
Jalan Sultan Salahuddin
50626 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dengan kata lain, gambar bas tersebut telah diambil di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan terlebih lebih 30 kilometer dari Putrajaya!

Takut betul Anwar sampaikan dia sekali lagi mempamerkan kegemarannya menipu para penyokongnya sendiri. 

Semuanya kerana mahu mendapatkan simpati...

Para Penyokong Anwar Ibrahim Terus Meroyan dan Jadi Gila Bila Anwar Ibrahim Hampir Pasti 20 Tahun Dalam Penjara!

Tuesday, 4 November 2014 · 1 comments


Itu yang sedang berlaku di hadapan Istana Kehakiman sekarang ini...

Shafie Abdullah telah berhujah, KY Jelly tidak diserahkan kepada ahli kimia kerana ia tidak diperlukan memandangkan ia memang KY Jelly. Saiful menurutnya adalah seorang saksi yang berkredibel dan tiada sebarang keraguan lagi termasuklah bukti-bukti DNA.

Shafie menutup hujahnya dan mahkamah ditangguhkan ke hari Khamis, jam 9:00 pagi.

Jam 2:40 petang tadi: Menurut Shafie, seluar dalam Saiful yang mengandungi kesan air mani menunjukkan bukti tambahan.


Jam 2:42 petang tadi: Ketua Peguambela Anwar Ibrahim, Gopal Sri Ram ditegur kerana menggunakan sekeping gambar yang menunjukkan Saiful di majlis minum teh bersama-sama Anwar Ibrahim. Menurut Gopal Sri Ram, gambar terseut menunjukkan dengan jelas sifat licik Saiful. Bagaimanapun, Shafie menegaskan gambar tersebut tidak memberikan tafsiran sebagaimana yang dikatakan oleh Gopal Sri Ram, sebaliknya ia hanya boleh disahkan apabila keterangan jurugambar diambil.

"Ini adalah bukti dokumentari dan undang-undang digunakan. Jikalau tidak, ini hanyalah sekarang dokumentary hearsay," katanya.

Shafie turut berkata, Gopal mendakwa Saiful kelihatan seperti normal, sedangkan menurut pendakwaraya, Saiful kelihatan marah.

"Ini adalah perkara subjektif," kata Shafie lagi.

Jam 2:50 petang tadi: Shafie berkata, Karpal telah meminta untuk mendapatkan salinan kenyataan beramaran Saiful dan itu tidak bermakna Karpal berhasrat untuk mendakwa saksi utama (Saiful).

"Gerak hati sahaja tidak mencukupi. Permohonan Karpal jelas bukanlah untuk mendakwa tetapi untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful," kata Shafie.

Jam 3:00 petang tadi: Shafie berkata Saiful bukanlah rakan subahat Anwar Ibrahim, sebaliknya merupakan mangsa perlakuan jenayah seksual.

"DNA Anwar turut ditemui pada beberapa eksibit. Oleh kerana itu, wujud pengesahan atau penyokongan berdasarkan bukti lanjutan terutama sekali dari sumber yang berbeza," katanya lagi.


Shafie turut menerangkan bagaimana Saiful bertemu ramai orang sebelum berlakunya kejadian liwat dan sebelum membuat laporan polis. Menurutnya, tiada sesiapa pun yang peduli tentang Saiful ketika dia bertemu dengan pegawai polis bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof sehinggalah selepas insiden berkenaan berlaku.

"Ini sudah cukup untuk menerangkan mengapa Saiful hanya membuat laporan dua hari selepas insiden berkenaan selepas tiada sesiapa pun mempedulikannya dakwaannya," kata Shafie.

Dan tidak menghairankan mengapa sejurus selepas Saiful membuat laporan polis secar rasmi, kelam-kabut Anwar Ibrahim melarikan diri ke rumah Duta Besar Turki.

WARKAH TERAKHIR ANWAR IBRAHIM AJAK RAKYAT GULINGKAN KERAJAAN UNTUK BEBASKANNYA DARI PENJARA TETAP GAGAL MENARIK PERHATIAN PENYOKONG SENDIRI!

· 5 comments


Bagaikan sudah mengetahui yang nasibnya akan berakhir di penjara dan besar kemungkinan, dia akan berada di penjara dalam tempoh yang panjang, lewat malam tadi, Anwar Ibrahim mengarang warkah terakhir untuk para penyokongnya.

Tujuan surat tersebut sebenarnya amat mudah ditelah... Anwar mahu para penyokongnya beramai-ramai datang ke Istana Kehakiman bagi membolehkan segala rancangan huru-hara dilangsungkan mengikut perancangan asal.

Tidak dinafikan walaupun kewujudan tersebut efektif, namun jumlah kehadiran tetap tidak memuaskan. Jauh benar daripada sasaran 10,000 seperti yang digebangkan oleh Nik Nazmi dan seluruh kepimpinan PKR.





Daripada pemerhatian, jumlah kehadiran di hadapan Istana Kehakiman hari ini meningkat sedikit berbanding semalam. Dengan jumlah lebih kurang 300 orang dan mendengar nada serta gaya pertuturan mereka, boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka berasal dari utara, atau didatangkan dari utara sebagaimana maklumat awal yang diterima.

Tengah hari semalam, diberitakan PKR Pulau Pinang telah menyediakan sebanyak 14 buah bas bagi membawa penyokong ke Putrajaya pada hari ini untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Bas-bas yang membawa penyokong Anwar Ibrahim itu telah berlepas pada tengah malam tadi. Difahamkan PKR Pusat telah menyalurkan kewangan bagi tujuan menyewa bas-bas berkeanaan.


Kecewa dengan jumlah kehadiran yang tidak memuaskan dan hanya Pulau Pinang yang menunjukkan kesungguhan, Tian Chua cuba mencipta provokasi dengan ucapan berapi-api sebentar tadi.

Menurutnya, pada hari Anwar dibawa ke penjara, para penyokong Anwar Ibrahim akan berkumpul di Dataran Merdeka hujung minggu ini. Mereka akan membuktikan siapa yang lebih kuat. Tian Chua juga dalam ucapannya memperlekehkan Shafie Abdullah yang masih belum berjaya memenjarakan Anwar Ibrahim. Menurutnya lagi, rakyat dibebani dengan kos hidup yang tingi dan kerajaan memilih untuk memenjarakan Anwar kerana UMNO sangat takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, segala kegiatan rasuah yang menyebabkan rakyat dibebani kesusahan, akan terbongkar.

Berkali-kali dalam ucapannya, Tian Chua menyeru agar para penyokong Anwar Ibrahim berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad ini sekiranya, Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara. Turut menjanjikan yang Wanita PKR pimpinan Zuraidah Kamaruddin, akan turut bersama-sama berhimpun di Dataran Merdeka untuk tujuan yang sama.



Pada masa yang sama, kumpulan samseng India yang diketuai oleh Manikavasagam dan S.Jayatas turut bersedia untuk melakukan rempuhan pagar. Manikavasagam bersama-sama 10 orang samseng India cuba memprovokasi polis bagi membolehkan mereka memasuki kawasan Istana Kehakiman jam 10:00 pagi tadi.


Jam 11:20 tadi, Zuraidah Kamaruddin memaklumkan akan berlaku sesuatu yang amat luar biasa selepas Zohor. Kenyataan Zuraidah Kamaruddin itu sebenarnya adalah untuk memastikan para penyokong Anwar Ibrahim di pekarangan Istana Kehakiman tidak meninggalkan kawasan tersebut bagi mengekalkan momentum sokongan. Sebenarnya perkara 'luar biasa' yang akan dimaksudkan oleh Zuraidah itu adalah membakar patung Saiful Bukhari.

Sebelum itu, jam 10:15 pagi, Zuraidah dalam ucapannya telah menghasut para penyokong agar memberanikan dir dan merempuh pagar sementara yang dibina oleh pihak berkuasa.

Ternyata jelas, motif sebenar penyebaran warkah terakhir Anwar Ibrahim yang mahu meningkatkan semangat dan sokongan para penyokongnya agar beramai-ramai berhimpun dan melakukan provokasi sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 dahulu.

Malangnya, ia tidak menjadi dan suara-suara tidak puas hati di kalangan mereka yang datang untuk berkumpul dan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim di hadapan Istana Kehakiman hari ini juga, sudah boleh didengar.

Gabungan MalaysiaKini, Lawyers For Liberty dan Rafizi Ramli, Memperlekehkan Panel Hakim dan Penghujahan Shafie Abdullah

Monday, 3 November 2014 · 3 comments


Hari kelima memperlihatkan ketakutan dan kelam-kabutnya para penyokong Anwar Ibrahim apabila Shafie Abdullah mula mematahkan hujah-hujah barisan peguambela Anwar.

Bermula dengan Malaysiakini yang cuba menimbulkan persepsi negatif kepada panel lima orang hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Malaysiakini menyatakan, kelima-lima orang panel hakim yang mengadili kes rayuan Anwar Ibrahim merupakan penjawat awam sepanjang masa dan bukannya datang dari sektor swasta (BACA DI SINI).

Tujuan Malaysiakini menerbitkan artikel tersebut, sebenarnya mudah dibaca. Portal pro-Pakatan yang mendapat pembiayaan daripada George Soros, salah seorang rakan karib Anwar Ibrahim yang juga antara penyumbang kewangan utama PKR, cuba memberikan gambaran bahawa keputusan yang akan dibuat oleh panel hakim tersebut - sekiranya Anwar bersalah - adalah hasil daripada pendoktrinan elemen Kerajaan. Malaysiakini juga cuba menimbulkan persepsi bahawa kelima-lima hakim tersebut sudah pun mempunyai keputusan iaitu BERSALAH untuk Anwar Ibrahim dan mereka sekadar melengkapkan perbicaraan tersebut sebagai prosedur semata-mata.



Tidak ketinggalan Lawyers for Liberty dan Rafizi Ramli yang sedang membuat lintas langsung, memberikan perincian hujah Shafie Abdullah dengan tujuan memperlekehkan segala hujah tersebut. Dan yang paling menariknya ialah apabila para penyokong Anwar Ibrahim yang menggunakan Facebook, mengembangkan Tweet Lawyers for Liberty dan Rafizi Ramli dengan pemahaman dan imaginasi mereka.

Mengapa agaknya mereka semakin kelam-kabut. Apa sebenarnya yang menakutkan mereka daripada hujah-hujah Shafie Abdullah? Bukankah esok,Gopal Sri Ram akan membuat penggulungan hujah dan segala maklumat yang mereka ada, boleh disalurkan kepada Gopal Sri Ram, apatah lagi barisan peguam yang mewakili Anwar Ibrahim juga sebahagiannya adalah pembesar PKR yang cukup aktif bertwitter seperti Latheefa Koya?


Anda pun barangkali tahu mengapa Malaysiakini, LFL dan Rafizi Ramli bergabung mengeluarkan info perbicaraan dari galeri awam.... terutama apabila mereka dapat melihat sendiri kegersangan penyokong Anwar di luar Istana Kehakiman.

PROSIDING DITERUSKAN, ORANG ANWAR SEMAKIN BERKURANGAN!

· 1 comments


Semakin berkurangan yang mahu bersolidariti dengan Anwar Ibrahim walaupun sudah berulang-ulang kali seruan dibuat agar para penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di hadapan Istana Kehakiman hari ini dengan pelbagai rancangan yang telah diatur oleh beberapa orang pemimpin anarki PKR seperti Tian Chua, Jonah dan Nik Nazmi.

Jam 7:45: Keadaan di hadapan Istana Kehakiman lengang. Yang dapat dilihat hanyalah kehadiran lebih kurang 10 orang wakil media.


Jam 8:05: Masih tiada seorang pun penyokong Anwar Ibrahim yang berkumpul. Yang kelihatan hanyalah wartawan-wartawan tempatan serta luar dan pihak polis.

Jam 8:09: Keadaan di dalam kompleks mahkamah masih tenang dan terkawal. Hanya kelihatan beberapa orang penyokong Anwar Ibrahim, terutama yang berada di kantin sedang menjamu selera.

Jam 8:21: Wakil media tempatan dan asing serta pemerhati asing beratur di pintu kamar untuk menjalani pemeriksan keselamatan. Barisan peguambela Anwar Ibrahim dan pendakwaraya juga kelihatan.


Jam 8:24: Seorang wakil dari Kedutaan Australia dilihat tiba di Istana Kehakiman.

Jam 8:25: 10 orang penyokong Anwar Ibrahim yang tidak dikenali, berlegar-legar di pekarangan Istana Kehakiman dengan wajah keliru dan kecewa kerana tidak ramai penyokong Anwar yang mahu menunjukkan muka.

Jam 8:27: Galeri awam mulai dipenuhi dengan wartawan tempatan dan asing selain pemerhati asing dan beberapa orang penyokong Anwar Ibrahim. Peguambela Anwar termasuklah Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Lateefa Koya serta peguam pasuan pendakwaraya membuat persiapan untuk prosiding mahkamah pada pagi ini.


Jam 8:28: Penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan di hadapan Istana Kehakiman menyorak dan melaung-laungkan 'HUKUM ANWAR' dan 'HUKUM PELIWAT'.

Jam 8:30: Antara penyokong Anwar yang mulai sampai di Istana Kehakiman. R.Sivarasa Rasiah, salah seorang peguam Anwar juga sampai.


Jam 8:39: Wartawan dari Al-Jazeera turut muncul.


Jam 8:47: Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail tiba. Anwar kelihatan kecewa dan memasamkan mukanya apabila melihat jumlah penyokongnya yang hadir.



Jam 9:30: Ketua JINGGA 13, Faris Musa (bertopi) bersama-sama lebih kurang antara 25-30 orang berada di hadapan Istana Kehakiman. Faris Musa kelihatan marah provokasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan.





Jam 10:00: Satu majlis bacaan Yassin telah diadakan oleh lebih kruang 20 orang penyokong Anwar Ibrahim di hadapan Istana Kehakiman. Sebelum itu, sarapan pagi untuk penyokong telah diberikan secara percuma dan telah ditaja oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Hanya 50 orang yang hadir di sekitar Istana Kehakiman.

Jam 10:20: Majlis bacaan Yassin tamat.



KETUA SRIKANDI PKR Pun Dah Tersampuk Mabuk KETUM Sampai Sel Otak Gagal Berfungsi

Saturday, 1 November 2014 · 11 comments


Siti Aishah Shaikh Ismail, Ketua Srikandi PKR yang sudah lama mendiamkan diri terutama selepas berkahwin, akhirnya membuka mulut, mengulas tentang Anwar Ibrahim yang sedang dalam proses rayuan bagi membebaskannya daripada hukuman penjara selama lima tahun.

Menurut Siti Aishah, peguam-peguam Anwar telah membuat pembelaan dan hujah yang cukup baik. Barangkali Siti Aishah cukup bangga kerana para peguam Anwar berhujah yang liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah SUKA SAMA SUKA.

Kalau itulah yang dikatakan 'baik', bermakna ada yang tidak betul dengan otak Ketua Srikandi PKR itu memandangkan liwat adalah perbuatan terkutuk yang tidak ada nilai-nilai baik sepertimana yang difikirkan.

Menariknya, dia turut menuduh hujah-hujah Shafie Abdullah sebagai cuba menimbulkan persepsi jahat dan hasil daripada konspirasi para pemimpin UMNO sehinggakan Shafie mengambil pendekatan untuk menangguhkan penghujahan.

Selama tiga hari para peguam Anwar berhujah, dan tidak sampai setengah hari Shafie berhujah, Ketua Srikandi PKR itu barangkali tidak dapat membezakan masa, apatah lagi dengan faktor perbuatan sengaja melambat-lambatkan pemberian jawapan bertulis oleh barisan peguam Anwar untuk menimbulkan persepsi jahat yang Shafie tidak berkeupayaan untuk menangkis segala isu yang mereka bangkitkan, menjelaskan tentang betapa KETUMnya otak Ketua Srikandi PKR itu.

Tempoh dua hari, telah dilanggar dan para peguam Anwar mengambil masa selama tiga hari untuk berhujah, sekaligus cuba menghalang Shafie daripada menjawab hujah mereka. Permainan yang dilakukan oleh 14 orang peguam Anwar itu, menunjukkan secara jelas selain pengakuan mereka bahawa Anwar memang meliwat Saiful, menunjukkan mereka memang terlalu takut untuk mendengar hujah-hujah Shafie.

Tiada penglibatan UMNO dalam hal ini sebagaimana yang cuba dibangkitkan oleh Aishah atau pun para pemimpin dan penyokong PKR. Sebaliknya ini adalah konspirasi nafsu songsang Anwar Ibrahim sendiri yang berasakan, dia boleh melepaskan diri daripada undang-undang anti liwat Malaysia kerana berasakan dia mempunyai kelompok penyokong tegar yang akan setia mempercayai setiap pembohongannya.

NASIHAT BIJAK Anwar Kepada Saiful... Jangan Tinggal Solat Selepas Diliwat... Supaya Bukti-Bukti Boleh Dihilangkan

· 2 comments


BILA disebutkan di Mahkamah semalam bahawa peliwat (yang juga pemimpin pembangkang) menyuruh mangsanya sembahyang selepas meliwatnya, itu tidak bermakna sama sekali bahawa si peliwat ini adalah seorang yang alim. Ini perlu disebutkan sebab orang pembangkang tahu sajalah, bukan betul sangat otaknya.

Waktu ini pun sudah ada yang kata mustahil individu berkenaan seorang peliwat kalau dia juga nasihat mangsanya pergi sembahyang.

Yang sibodoh ini tak tahu, sebagai seorang penipu dan penuh muslihat, tujuan si peliwat menyuruh mangsanya sembahyang selepas meliwatnya adalah kerana mahu menghilang segala bukti DNA pada badan mangsa yang menunjukkan kejadian liwat itu telah berlaku.

Bukan ada kena mengena dengan si peliwat seorang yang alim atau warak apatah lagi tak meliwat.

Nak sembahyang ni tahu sajalah, kena bersih serba serbi. Kalau belum mandi wajib tu, mandi wajib dulu dan sebagainya. Semua ini kalau dilakukan dengan betul, akan menghilangkan bukti DNA yang boleh menyabitkan dia dengan kegiatan tersebut.

Akal pembohong si peliwat ini bukan kita tidak tahu. Satu Malaysia boleh ditipunya konon ada bangla 40 ribu mengundi untuk memenangkan BN dalam PRU13 yang lepas. Satu Malaysia ditipunya konon akan berlaku perubahan kerajaan pada 16 September 2008.

Nak tipu mangsa seorang untuk memadamkan bukti yang perbuatan liwat itu telah berlaku (tanpa disedarinya), tak boleh? Apatah lagi dalam kes ini, disebutkan bahawa mangsa admire gila dengan si peliwat, kerja dengan dia pulak lagi, hadiah dah macam-macam beri termasuk sut briyani berharga berpuluh ribu ringgit, bukan susah mana nak manipulate.

Yang tak pernah jumpa si peliwat ini pun senang-senang kena kelentong (mana yang terpedayalah), ini pulak yang kerja dengan dia, berjumpa dengan dia hari-hari macam si mangsa, jambu pulak tu.

Itulah si peliwat ini kalau semua nak tahu. Setiap apa yang dia buat, termasuk suruh sembahyang ini pun ada niat tak baik untuk menyelamatkan dirinya. Penulis dah lama tahu, anda yang lain bila lagi?

ANWAR BOLEH GHAIRAH DENGAR BUTIRAN HUJAH SHAFIE ABDULLAH... PELIK BETUL SELERA SEKS KETUM!!!

Friday, 31 October 2014 · 4 comments

Anwar jelas berserabut dengan hujah-hujah Shafie Abdullah. Dia tidak mahu para penyokong setianya tahu butiran yang berlaku berdasarkan pendakwaan. Dia hanya mahu mereka tahu dari pembelaan sahaja.

Justeru, Anwar menyatakan sesuatu yang akan menimbulkan kejijikan sekaligus merendahkan perincian hujah tersebut dengan menyatakan hujah-hujah Shafie Abdullah adalah bersifat ghairah.

Paling menarik bila dia cuba mengujakan para penyokonganya sendiri dengan mengaitkan hujah Shafie Abdullah sebagai memberi nilai sensasi kepada beberapa media utama yang menjadi musuhnya.

Kononnya dengan cakap-cakap sebegitu orang ramai akan tidak menerima hujah Shafie sedangkan sebahagian daripada kerja Shafie sudah pun 'selesai' apabila peguam-peguam mengakui Anwar telah meliwat Saiful yang menurut mereka dilakukam secara SUKA SAMA SUKA.

Aneh sungguh selera dan nafsu Anwar memandangkan jawapan daripada kesemua hujah dan isu yang dibangkitkan oleh peguam-peguamnya sendiri boleh membuatkan dia ghairah. Dan dia tidak malu-malu untuk mrnyatakan dan memberitahu satu dunia tentang perkara itu.

Cubaan untuk menimbulkan perasaan bersalah seperti itu srbenarnya hanya menunjukkan semakin jelas langkahnya sudah tiga suku di dalam penjara dan Anwar sangat takut sehingga memerlukan bantuan daripada simpati para penyokongnya dengan kenyataan terbarunya dan kehadiran anak cucunya untuk sesi hari ini.

Betullah seperti yang diberitahu, Anwar sebenarnya 'sakit' dan memerlukan rawatan!

TRANSKRIP PENGHUJAHAN SHAFIE ABDULLAH... PATUTLAH PENYOKONG ANWAR IBRAHIM KELAM-KABUT PUSING BELIT FAKTA!!!

· 2 comments


Di bawah adalah di antara laporan prosiding Mahkamah Persekutuan kes liwat Anwar Ibrahim hari ke-4. Seperti dijangka, TS Shafee Abdullah tidak mempunyai masaalah untuk mematahkan hujah peguam-peguam Anwar.

Antara yang menarik ialah apabila Anwar Ibrahim 'menghadiahkan' Brioni Suit kepada Saiful Bukhari.

Jika kita google.search, Brioni Suit adalah jenama branded pakaian mewah. Klik Sini

Malah, hero filem James Bond 007 juga memakai jenama Brioni dalam filem tersebut!

9.20am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan penghujahannya dengan berkata sepanjang kes pendakwaan, keseluruhan pembelaan Anwar adalah tertumpu kepada konspirasi politik untuk mengenakan ketua pembangkang dengan jenayah tersebut.

Katanya, beliau akan menganalisisnya dan akan bermula dengan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

9.25am: Shafee berkata, menurut Anwar, ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi dari PM hingga ke pegawai penyiasat dan bahkan mengaitkannya dengan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad.

Shafee berkata, Anwar juga mendakwa Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam konspirasi itu bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Shafee lagi, Anwar telah mengadu bahawa dokumen-dokumen tidak disediakan kepada pihak pembelaan dan ketua pembangkang itu mendakwa pihak pendakwa juga merupakan sebahagian daripada konspirasi itu.

9.30am: Shafee berkata Anwar memasukkan Umno dan media (arus perdana) sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut.

Anwar, katanya, juga menyerang hakim perbicaraan, dan ia penghinaan mahkamah yang serius oleh ketua pembangkang itu

Meskipun demikian, kata Shafee, hakim perbicaraan tetap sabar.

9.35am: Shafee berkata Anwar membuat keributan dengan memberi keterangan di kandang tertuduh yang hakim 'pre-judged' beliau.

Beliau berkata, kita tidak boleh lupa bahawa terdapat 60 penangguhan dan terdapat banyak permohonan yang benar-benar tidak dalam undang-undang seperti di sini dan Komanwel.

Anwar, katanya, juga menyerang badan kehakiman, termasuk bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak.

Katanya, Anwar seterusnya mendakwa penglibatan Najib, Rosmah, Rodwan dan juga IGP Musa.

Shafee seterusnya menyentuh kenyataan Anwar dari kandang tertuduh mengadu bagaimana dia boleh memberi keterangan di kandang saksi kerana mendakwa wujudnya apa yang dikatakan diskriminasi terhadapnya.

Bagaimanapun, Shafee menegaskan bahawa dalam pengalamannya sebagai seorang peguam, pihak pembelaan tidak pernah dibenarkan memperolehi dokumen seperti kenyataan saksi yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Kata Shafee, Anwar membayangkan yang sampel telah sengaja diletakkan oleh pihak polis.

Ini, tegas Shafee, adalah tuduhan yang jelas terhadap IO (pegawai penyiasat) bahawa dia telah mengenakan Anwar.

Menurutnya, DNA 'Lelaki Y' ditemui di tempat sulit Saiful. Malah, tegasnya, DNA 'Lelaki Y' yang sama ditemui di sel IPK KL.

'Bagaimana anda mendapatkan air mani segar dari tertuduh yang mana sudah kira-kira 60 jam lamanya dari pengadu?"

9.50am: Pendakwa Shafee berkata Anwar juga mengkritik kredibiliti mahkamah perbicaraan yang memanggilnya membela diri.

"Pendek kata, skandal ini lebih buruk dari skandal di Monaco seperti yang dikatakan oleh (hakim) Eusoffe Abd Kadir," kata Shafee berseloroh dalam menggambarkan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

"Namun begitu, bagaimana anda menjelaskan air maninya di bahagian sulit Saiful," kata beliau.

9.54am: Walaupun kritikan Anwar terhadap hakim, Shafee berkata, hakim yang sama yang membebaskan beliau.

Beliau berkata kejadian liwat didakwa berlaku adalah jam 3 petang dan 4.30 petang di kondominium Desa Damansara.

Shafee berhujah bahawa apabila Saiful berkata, dia tidak berbuat demikian secara sukarela, IA berbeza dengan kerelaan.

"Ia adalah kawasan kelabu (grey area) di mana hati saya berkata tidak, tetapi apa yang hendak saya lakukan apabila majikan saya dominan sepenuhnya? Ia tidak ada kaitan dengan kerelaan."

10.10am: Shafee menjelaskan tugas Saiful sebagai pembantu Anwar.

Katanya, Saiful ikut ke mana-mana bersama tertuduh, Singapura dan Hong Kong dan diberi elaun, di mana dia mengikut tertuduh.

Semua ini, Kata Shafee, walaupun Saiful tidak habis belajar di universiti.

"Anwar juga memberinya Brioni suit, yang saya pun tak ada. Mengapa Anwar perlu mengekalkan hubungan yang demikian (dengan Saiful)," soalnya.

10am: Shafee berkata adalah lebih mudah bagi pihak pendakwa untuk mendakwa dan membuktikan kesnya jika perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan, daripada bukan dengan kerelaan.

Katanya, saksi (Saiful) boleh dipercayai dan macam ada kebenarannya.

Beliau menambah bahawa Saiful bukan rakan subahat.


10.15am: Shafee berkata selepas cuba untuk mengatur jadual hari itu,Anwar bertanya kepada Saiful, "Bolehkah saya f ** k you hari ini?"

Ini menunjukkan hubungan intim antara mereka, hujah Shafee.

Saiful, katanya, keberatan dan Anwar marah dan mereka pergi ke bilik tidur utama dan di sanalah mereka melakukannya.

10.15am: Shafee seterusnya membaca apa yang didakwa berlaku
pada hari itu untuk menunjukkan bahawa Saiful tidak mungkin mereka keterangannya di mahkamah.

Katanya, pemeriksaan balas oleh Karpal (Singh) di mana sebelum meninggalkan kondominium tersebut, mereka (kedua-dua Anwar dan Saiful) minum Nescafe tiga dalam satu dan karipap.

"Saiful berkata pintu ke kondominium itu terkunci dari dalam apabila mereka melakukannya. Saiful berkata dia mempunyai peluang untuk lari, tapi dia tidak boleh."

"Dia mengakui dia mempunyai peluang untuk lari. Anda tidak dipaksa, Karpal bertanya, tetapi Saiful menjawab dia tak rela."

Shafee berkata, kejadian itu berlaku atas karpet di tepi katil.

Shafee menjelaskan kejadian liwat itu tidak berlangsung 30 minit kerana di antaranya Saiful mencuci dirinya dan ini berjumlah setengah jam.

10.25am: Shafee berkata Saiful menunjukkan (perbuatan fizikal) di tempat kejadian apabila hakim perbicaraan melawat kondominium itu.

Beliau selanjutnya menceritakan insiden liwat itu, dengan memperincikan bagaimana Saiful diminta memegang zakar Anwar dan memasukkannya ke dalam duburnya di mana dia telah memakai beberapa bahan pelincir.

Shafee memetik Saiful sebagai berkata Anwar sangat kasar dan dia sembur (air maninya) ke dalam Saiful.

10.28am: Shafee berkata Saiful mengadu sakit di dubur dan perutnya.

Walaupun Karpal menegaskan kepada Saiful bahawa kejadian itu tidak berlaku, saksi pendakwa tetap berkata yang ia berlaku.

10.33am: Shafee berhujah bahawa Anwar bukan seorang perayu
biasa kerana dia berkarisma dan mampu mempengaruhi seorang anak muda.

Shafee berkata selepas perilaku seksual itu, Anwar menasihatkan Saiful juga tidak mengabaikan solat.

Katanya, ini menunjukkan mereka adalah mesra dan menunjukkan macam ada kebenarannya.

"Saiful mengaku dia takut pada Anwar," kata Shafee sambil menambah bahawa perbualan itu berlaku ketika mereka sedang minum kopi dan makan karipap.

10.37am: Mengenai KY jelly tidak dijumpai di atas karpet yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan, Shafee berkata keterangan Saiful menyatakan bahawa ia mungkin jatuh ke atas permaidani atau tuala yang mereka pakai semasa melakukan seks itu.

Shafee juga menegaskan bahawa karpet tidak dijumpai dari unit kondominium di mana Anwar dan Saiful melakukannya.

"Ironinya karpet itu ditemui di unit lain," kata Shafee.

10.41am: Shafee kini berhujah tentang beg plastik P27 yang mengandungi semua spesimen yang diambil dari Saiful.

Shafee menegaskan bahawa ia tidak ditutupkan secara 'heat sealed'.

Merujuk kepada keputusan hakim yang membebaskan Anwar, Shafee berkata hakim membuat kesilapan tentang gangguan pada beg plastik tersebut.

Hujahnya, apabila meterai luar rosak, meterai di dalam tetap utuh.

10.47am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

11.12am: Mahkamah disambung semula.

11.15am: Shafee meneruskan hujahnya di mana beliau menunjukkan beg plastik telus P27.

Beliau berkata IO (pegawai penyiasat) memotong plastik dan membiarkannya tergantung bagi menunjukkan tidak ada niat yang tidak diingini.

Beliau membacakan 'swab' yang diambil dari Saiful di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya bekas plastik dimeterai (sealed) dan Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan beliau memeteraikannya dan menandatangan di atasnya dan meminta Saiful untuk menandatanganinya.

Menurut Shafee, ia adalah "tamper proof"

"Saksi pembelaan mengatakan semua ini adalah 'tamper proof', tetapi tidak plastik besar (P27). IGSO menyatakan setiap sampel mesti dipisahkan dan dibungkus," tambahnya.

IGSO ialah Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

11.20am: Shafee membacakan sebahagian daripada IGSO yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus berasingan dan setiap sampel perlu disertakan dengan borang Polis 31.

"Apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat (IO) adalah memotong plastik, meletakkan sampel berasingan di dalam sampul dan meletakkannya di dalam beg.

"P27 ini dijadikan isu dan ini menyebabkan tertuduh bebas,” katanya.

Shafee menegaskan bahawa IO tidak mengusik sampel tersebut tetapi hanya meletakkannya berasingan.

"Sampel intim ini dihantar kepada Seah pada 30 Jun, manakala sampel kedua (Anwar) dihantar pada 17 Julai dan diberikan kepada seorang lagi ahli farmasi ((Noraidora Saedon).

"Dari mana IO boleh dapatkan sampel mani di antara (30 Jun dan 17 Julai) untuk mengubah (sampel pertama)?,” soalnya.

11.35am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Jude hanya menanda sampel "intim” dan polis hanya mematuhi IGSO.

"Ringkasnya, ketika Seah menerima sampel tersebut beliau ditanya sama ada materai HKL masih utuh di sampel berkenaan, dan beliau menjawab ia masih utuh,” katanya.

11.45am: Shafee berkata tindakan doktor HKL, Dr Siew Sheue Feng yang menandatangani sampul spesimen dan juga mendapatkan tandatangan Saiful adalah memadai untuk mengelakkannya daripada diusik.

Katanya, sampel itu seterusnya dimaterai dengan materai polis.

11.55am: Shafee berkata tindakan Jude bukanlah gangguan ke atas sampel, dan menyatakan beberapa kes untuk membuktikan sebab sampel tersebut perlu diterima.
Beliau seterusnya bertanya bagaimana seseorang boleh mendapatkan sampel spermatozoa Anwar untuk membolehkan sampel itu diganggu.

"Sekiranya seseorang berpendapat (bahawa DNA tersebut) boleh dimasukkan daripada sampel yang diambil daripada sel Anwar, ia tidak boleh dilakukan kerana ia berlangsung dalam tempoh masa berbeza,”katanya.

Samep Saiful dihantar pada 30 Jun manakala sampel Anwar diambil dan dihantar kepada ahli kimia pada 17 Julai - MK

Jika kita baca keterangan TS Shafee Abdullah, Anwar patut berasa sangat gusar!

HARI KEEMPAT ANWAR DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN... HARI YANG PALING MEMALUKAN!!!

· 0 comments


Jangankan Anwar Ibrahim, para penyokong dan para pemimpin PKR yang sudah merancang untuk mengadakan demonstrasi berhari-hari termasuklah Jingga 13, Lawyers for Liberty, Tian Chua, Jonah, Rafizi Ramli dan sebagainya pun malu serta takut untuk mendengar hujah Shafie Abdullah sehinggakan hari keempat Anwar ke Mahkamah Persekutuan untuk mendengar proses rayuannya, mereka yang kuat melalak pada awalnya, kini hilang entah ke mana.

Hari keempat sama seperti hari-hari orang biasa pergi Mahkamah Persekutuan. Tiada sambutan. Tiada jerit pekik. Tiada laungan 'REFORMASI' atau solat luar masjid walaupun ruang solat masjid kosong seperti yang dapat dilihat semalam melihat Zuraidah Kamaruddin.

BERITA:

Bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menyifatkan kehadiran ahli dan penyokong parti itu di Istana Kehakiman di Putrajaya sejak Selasa lalu telah memalukan Ketua umum mereka sendiri kerana jumlah yang hadir untuk memberi sokongan cukup hambar dan dingin.

Beliau seterusnya melemparkan persoalan ke manakah hilangnya ahli dan penyokong pembangkang yang sepatutnya hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar yang bukan sahaja sebagai Ketua Umum PKR tetapi ketua kepada pakatan pembangkang.

“Berdasarkan pemerhatian, kita boleh bayangkan berapa kerat sahaja ahli mereka sendiri yang hadir. Katakanlah jika PKR ada ahli seramai 100 hingga 200 ribu, jumlah yang ditunjukkan di Putrajaya masih jauh jika mahu dibuat ukuran. Hanya beberapa peratus sahaja

“Nampaknya ahli serta penyokong sendiri pun sudah jemu dan tidak lagi yakin dengan Anwar. Malah mereka pun mungkin sedar serta tahu perbicaraan ini adalah masalah peribadi dan daripada buang masa dan tenaga, adalah lebih baik meneruskan tugasan seharian”, katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini..

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sambutan dingin dan hambar penyokong pakatan pembangkang terutama ahli PKR itu sendiri sejak perbicaraan Anwar di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di Putrajaya sejak hari Selasa yang lalu.

Malah suasana di luar Istana Kehakiman di sini hari ini hampir lengang tanpa kehadiran penyokong Anwar.

Tidak seperti hari pertama dan kedua prosiding yang menyaksikan hampir 1,000 penyokong ketua pembangkang itu berhimpun, kawasan luar bangunan Mahkamah Persekutuan pada hari ketiga prosiding hanya dipenuhi pihak media yang hadir sejak pukul 7 pagi.

Sehingga pukul 11 pagi, kehadiran penyokong Anwar bolehlah dikatakan sebagai hanya ‘beberapa kerat’ sahaja dan ia adalah sesuatu yang mengejutkan.

Sambil menyifatkan keadaan itu cukup memalukan, Anuar seterusnya menambah sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang apatah lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri utama pembangkang sepatutnya sambutan hambar sebegitu rupa tidak akan berlaku.

Malah jelas beliau lagi berdasarkan ungkapan atau laungan dari pemimpin pembangkang termasuk Anwar sendiri kononnya rakyat akan bersama untuk menegakkan keadilan terbukti hanya retorik kosong semata-mata.

“Bukan sahaja rakyat, ahli PKR sendiri pun tak sudi datang. Malah lebih memalukan pemimpin pakatan pembangkang sendiri pun boleh dikira dengan jari yang datang memberikan sokongan.

“Itu kita belum lagi kita lihat ahli Pas atau Dap… berapa kerat yang datang? Apakah masing-masing ada agenda untuk memalukan Anwar? Inilah nilai sebenar pemuafakatan pakatan pembangkang… kita yakin keadaan ini satu mesej yang jelas kepada Anwar… sudah-sudahlah”, ujarnya.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. (SUMBER)

14 Peguambela Untuk Anwar Ibrahim, Kenapa Masih Takut Dengan Shafie Abdullah?

· 5 comments


Barangkali untuk menutup malu setelah para peguam Anwar mengakui, Anwar memang meliwat Saiful walaupun bukan merogol bekas pembantu peribadinya itu, serangan terpaksa beralih kepada Shafie Abdullah, peguam yang telah menawarkan khidmatnya kepada Saiful Bukhari Azlan untuk mendakwa Anwar Ibrahim dalam sesi rayuan di Mahkamah Rayuan. (BACA DI SINI)

Para pemimpin PKR dan DAP seperti Johari Abdul dan Nga Kor Ming mempersoalkan penggunaan khidmat Shafie Abdullah sebagai pendakwaraya dan bukannya dari Pejabat Peguam Negara sendiri. Sekalipun terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia bagi tujuan tersebut di bawah kuasa Peguam Negara, nampaknya para pemimpin PKR dan DAP berpura-pura buta dan pekak tuli sepertimana para penyokong mereka yang lain.

Dengan 14 orang peguambela, Anwar Ibrahim masih lagi takut dengan Shafie Abdullah. Agak aneh kerana fakta kes tidak diperjelaskan sebal

Menariknya para peguam Anwar terpaksa berbelit-belit dan menggunakan bidang teknikal semata-mata untuk menolak hukuman penjara sebagaimana yang mereka lakukan di Mahkamah Tinggi pada tahun 2012.

Dan untuk menimbulkan kebencian selain mewujudkan perasaan tidak percaya kepada kes tersebut, para pemimpin PKR dan DAP sedang mengusahakan cerita, wang rakyat dibazirkan untuk membayar khidmat Shafie Abdullah.

Bagaimana pula dengan lebih 70 kali penangguhan yang dibikin oleh Anwar Ibrahim sepanjang proses mahkamahnya, tidak dikira sebagai membazirkan wang rakyat? Berapa pula jumlah kos yang diakibatkan oleh Anwar Ibrahim berbanding 'upah' Shafie Abdullah? Mengapa tidak diambil kira sekali kos yang melibatkan perangai hodoh Anwar Ibrahim?

Nampak macam dah tersepit sangat.... macam dah takut sangat sehingga terpaksa jadi seperti budak yang cuba menipu ibu bapanya supaya dia tidak perlu bangun pagi untuk ke sekolah.... penjelasan oleh Shafie Abdullah semalam bagaimana peguam-peguam Anwar cuba menyempitkan masanya meneliti jawapan-jawapan bertulis mereka, dari dua minggu menjadi sehari, menjelaskan betapa barisan 14 orang peguam Anwar Ibrahim sebenarnya sudah terlalu buntu untuk mencari jawapan sebenar berhadapan dengan Shafie Abdullah dalam kes ini.

Kesian para pengikut PKR dan KETUM yang dibebal-bebalkan dek kehodohan perangai mereka sendiri!

ADAKAH PASUKAN PEGUAMBELA ANWAR BERKONSPIRASI DENGAN UMNO?

Thursday, 30 October 2014 · 13 comments

Anwar Ibrahim dan konco-konconya seringkali menuduh kes liwat yang sedang dihadapinya dan telah menyebabkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun pada Mac lepas adalah konspirasi UMNO semata-mata.

Kata Anwar lagi, semua itu adalah fitnah kerana UMNO dan Barisan Nasional sangat bimbang dan takut kerana Anwar bakal melakukan repformasi terutama sekali penentangan ke atas RASUAH dan PENYALAHGUNAAN serta PENYELEWENGAN yang kononnya dilakukan oleh para pemimpin UMNO sewenang-wenangnya.

Namun sudah ada yang bertanya, sepanjang mmemperjuangkan anti rasuah, berapa kalikah Anwar telah menghadap SPRM dan menyalurkan segala maklumat yang diketahuinya memandangkan Anwar Ibrahim sering mendabik dada, dia tahu semua perkara.


Bertentangan dengan kepercayaan yang cuba diterapkan oleh Anwar Ibrahim, sepanjang tiga hari penghujahan oleh para peguambelanya yang sudah pasti mendapat mandat, kelulusan dan kepercayaan daripada Anwar ialah FAKTA yang dinyatakan oleh peguam-peguamnya. Hari ini sahaja, Sangeet, Ram Karpal dan Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa LIWAT ANTARA ANWAR IBRAHIM DENGAN SAIFUL ADALAH SUKA SAMA SUKA!

Sekaligus para peguamnya bersetuju dengan pendakwaraya bahawa Anwar meliwat Saiful tetapi kelebihan berpihak kepada Saiful kerana Saiful membuat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar.

Sedangkan apra penyokong Anwar pula yang sudah kelam-kabut cuba 'membetulkan' semula persepsi tersebut dengan menyatakan, bukti-bukti klinikal, selain penggunaan KY Jelly dan liwat berulang, selain daripada tiada kesan melawan oleh Saiful membuktikan pemaksaan liwat sekaligus tiada liwat.

Para penyokong Anwar cuba untuk menyamakan perbuatan liwat dengan rogol, sedangkan ia adalah dua kes yang sama sekali bertentangan dan berlainan.

Dengan kenyataan dan hujah-hujah pembelaan para peguambela Anwar Ibrahim itu, adakah itu bermakna barisan peguam Anwar Ibrahim sedang BERKONSPIRASI dan BEKERJASAMA dengan UMNO dan KERAJAAN MALAYSIA, memandangkan tuduhan ke atas Anwar adalah, meliwat bekas pembantunya, bukannya merogol bekas pembantunya?

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Shafie Abdullah, liwat suka sama suka atau liwat paksa rela, hakikatnya Anwar Ibrahim adalah meliwat. Dan perbuatan meliwat tidak boleh diterima langsung di Malaysia dalam apa keadaan sekalipun!

AMK Akan Bertempur Untuk Halang Anwar Ibrahim Daripada Dibawa Ke Penjara!

· 8 comments


Perancangan menerusi mesyuarat tertutup pada 25 Oktober di Bilik Mesyuarat Mawar, Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya yang dipengerusikan oleh Tian Chua, terdedah lagi. Jikalau sebelum ini, pemberi maklumat menyalurkan rancangan yang akan dibuat pada 28 dan 29 Oktober, tetapi kali ini, penyumber mendedahkan satu lagi perancangan jahat yang dibuat oleh PKR.

Khairul Anwar Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Jonah, suatu ketika dahulu merupakan Ketua AMK Selangor telah ditugaskan untuk melaksanakan satu rancangan yang lebih ekstrim dan jahat memandangkan tugasan pada 28 dan 29 Oktober gagal dilaksanakan dengan jayanya.

Berdasarkan maklumat yang kami terima, AMK sedang mengatur perancangan membuat halangan semasa hakim membacakan keputusan hukuman ke atas Anwar Ibrahim.

Jonah akan mengetuai sepasukan AMK yang akan menimbulkan huru-hara setelah satu lagi kumpulan yang belum lagi diketahui siapa ketuanya tetapi dipercayai Tian Chua sendiri, akan membuat provokasi dan mengganggu anggota-anggota polis yang bertugas.

Pasukan AMK yang dipimpin oleh Jonah akan bertempur dengan pihak polis untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada dibawa ke penjara. Kumpulan provokasi kedua pula akan selepas 'mengganggu dan menyibukkan polis' dengan serangan kumpulan yang diketuai oleh Jonah, akan menghalang laluan yang akan digunakan oleh pihak berkuasa bagi membawa Anwar ke penjara.

Manakala kumpulan penyokong yang lain, yang sekarang ini sedang giat dikumpulkan menjelang tempoh 96 jam, akan dikumpulkan di hadapan Istana Kehakiman untuk menimbulkan kekecohan selain mengalihkan perhatian daripada gangguan yang dibuat oleh kumpulan provokasi pertama dan kumpulan provokasi kedua yang mempunyai 'tugas' lebih besar.

Berdasarkan maklumat yang sama, AMK Johor sudah berjanji akan menghantar sebuah bas yang dipenuhi penyokong. Begitu juga dengan AMK Perak manakala AMK Selangor akan menghantar dua buah bas dan AMK Wilayah Persekutuan pula sebuah bas.

Jonah didedahkan sebagai ketua dan perancang utama pada provokasi terbaru dan terakhir nanti.

GAGAL Buktikan Anwar Tidak Meliwat, Para Peguambela Anwar Beralih Kepada LIWAT SUKA SAMA SUKA!

· 3 comments

Tiga orang peguambela Anwar Ibrahim akhirnya berhujah bahawa liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari adalah SUKA SAMA SUKA, bukannya ROGOL, sebagaimana persepsi awal yang cuba dibuat oleh Karpal Singh ketika pembelaan di Mahkamah Tinggi dahulu.

Dan berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para penyokong Anwar Ibrahim di laman Facebook, mereka juga menyokong LIWAT SUKA SAMA SUKA sebagai bukan satu kesalahan dan perlu diterima secara umum.

Sangeet Kaur berhujah tiada kesan air mani pada seluar yang dipakai oleh Saiful pada waktu kejadian, sekaligus membuktikan penerobosan (penetrasi) tidak berlaku. Air mani menurut Sangeet hanya dikesan pada seluar dalam lain yang tidak dipakai oleh Saiful pada hari kejadian.

Yang tidak dijelaskan oleh Sangeet Kaur, bagaimana air mani Anwar boleh berada di salah satu seluar dalam Saiful Bukhari memandangkan air mani bukannya boleh dikutip secara sembrono seperti air liur.

Begitu juga dengan hujah Ram Karpal Singh yang masih mahu menggunakan alasan awal seorang pegawai perubatan hospital swasta yang tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan penyiasatan dalam kes-kes jenayah. Malahan semua hospital swasta di negara ini tidak boleh terlibat dalam siasatan jenayah sebaliknya merujuk kepada pakar-pakar di hospital kerajaan.

Ram Karpal Singh berhujah tentang tempoh masa 30 minit dan 5 minit berdasarkan keterangan Saiful Bukhari ketika di Mahkamah Tinggi dan di hadapan pegawai penyiasat. Yang tidak disebut oleh Ram Karpal ialah, tempoh 30 minit itu merangkumi tempoh pra-liwat termasuk cumbu rayu, foreplay dan sebagainya sebelum penetrasi. Manakala tempoh 5 minit itu pula adalah tempoh berlakunya proses penetrasi.


Barisan peguambela Anwar Ibrahim akhirnya menukar helah, daripada penafian berlakunya liwat kepada LIWAT SUKA SAMA SUKA.

Dengan kata lain, mereka sendiri yang mengaku Anwar Ibrahim memang meliwat Saiful Bukhari Azlan, cuma bentuk kesalahan itu berdasarkan undang-undang Malaysia sedikit berbeza kerana ada dua akta di bawah Kanun Keseksaan membabitkan perlakuan liwat. Bagaimanapun, apabila salah seorang daripada mereka membuat laporan polis yang dia telah diliwat, maka tiada istilah SUKA SAMA SUKA dalam hal ini.

MAKINLAH GABRA Bila PAS Pula Hantar Sokongan Kepada Saiful Bukhari Azlan, Bukannya Anwar Ibrahim!

· 15 comments



PKR menerusi Wan Azizah cuba menjual topeng agama dengan menganjurkan bacaan Yassin bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim. Golongan liberal agama yang menganggap Islam itu sama seperti agama-agama lain di dunia ini dan berjuang untuk memodenkan Islam mengikut acuan freethinker dan Atheis, tiba-tiba sahaja melakukan bidaah membaca Yassin yang tidak mereka yakini sebelum ini kecuali untuk mendapatkan sokongan orang Melayu-Islam. Golongan yang memperjuangkan kebebasan LGBT, murtad dan serangan ke atas status rasmi Islam di Malaysia, tiba-tiba sahaja mahu menunjuk-nunjuk yang mereka adalah penganut akidah Islam tulen!

Namun sesuatu yang lebih 'menghairankan' tidak jauh dari lokasi penyokong PKR sedang membaca Yassin.


Sejumlah individu yang membawa bendera-bendera PAS, sedang berkumpul dan bersolidariti untuk Saiful Bukhari Azlan. (Sumber dari Facebook Persatuan Muka Buku Pulau Pinang).




Di dalam mahkamah pula, para peguam Anwar Ibrahim masih tetap bermain-main dengan teknikal untuk memenangi perbicaraan rayuan ini. Walaupun para penyokongnya di Facebook sedang memainkan isu kononnya Saiful menjolok punggungnya dengan plastik dan ada pula yang pandai telah merekacipta Twitter Saiful untuk mengukuhkan dakwaan tersebut, namun para peguam Anwar langsung tidak menggunakan hujah para penyokongnnya di luar sini.


Solidariti dan demonstrasi menyokong Anwar Ibrahim kali ini telah gagal dengan teruk apabila PKR memutuskan untuk berlagak dengan PAS, bahkan menyaman Presiden PAS semata-mata percaya, Anwar Ibrahim jauh lebih baik dan berpengaruh berbanding Abdul Hadi Awang. Hasilnya, demonstrasi anjuran-anjuran DAP dan PKR yang selama ini disertai ribuan kalau tidak pun puluhan ribu, sekarang ini hanya beberapa ratus dan puluh orang sahaja seperti yang terlibat pada hari ini.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks