DOKTOR BUANG BAYI Main Kotor Untuk Menang Jawatan Ketua Cabang PKR Miri

Thursday, 3 July 2014 | 1 comments

Dr. Michael Teoh yang merupakan seorang pengamal perubatan yang membuka sebuah klinik di Miri dan cukup terkenal sebagai DOKTOR GUGURKAN BAYI, juga merupakan Ahli Parlimen Miri dan Ketua Cabang PKR Miri.

Semalam, DOKTOR GUGURKAN BAYI itu terlibat dalam satu cubaan membelasah seorang wakil dari syarikat pemaju kerana membangunkan bangunan di kawasan lapang di hadapan kliniknya yang dijadikan sebagai medan ceramah di Miri. Laporan polis berhubung insiden tersebut telah dibuat oleh wakil syarikat pemaju tersebut.

Selepas pendedahan dibuat, beberapa pihak dari PKR Miri mula membuka rahsia Dr. Michael Teoh yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Miri.

Michael Teoh kerap menuduh Barisan Nasional mengamalkan rasuah. Dalam cermaah-ceramahnya, perkataan rasuah yang dikaitkan dengan Barisan Nasional, tidak pernah lekang dari mulutnya. Seolah-olah dia sangat suci dan tidak pernah terlibat dengan rasuah.

Hakikatnya berbeza sama sekali. Michael Teoh bukan sahaja seorang perasuah tegar, tetapi menjadikan rasuah sebagai amalannya bagi memastikan jawatan yang disandangnya kekal. Dalam pemilihan PKR Cabang Miri pada 27 April 2014 lalu, Michael Teoh didakwa mempraktikkan rasuah wang untuk membeli undi. Michael Teoh berbelanja besar untuk memastikan jawatan Ketua Cabang PKR Miri tidak terlucut dari tanganya.

Dalam pemilihan tersebut, kehadiran ramai ahli PKR dikatakan bukan dari Cabang PKR Miri, sekaligus menimbulkan keraguan di luar kemunasabahan kepada ahli-ahli PKR Miri sendiri. Jumlah sebenar ahli-ahli PKR Cabang Miri yang hadir dikatakan terlalu sedikit berbanding jumlah ahli-ahli PKR yang dipercaai didatangkan dari kawasan Kemena, Tinjar serta Ulu Niah.

Michael Teoh telah menyogok RM30 setiap seorang daripada mereka berserta dengan kupon makanan. Bagi tujuan pengangkutan untuk pengundi-pengundi itu pula, Michael Teoh turut menyediakan beberapa buah pacuan empat roda Toyota Hilux dan bas.

Pencabarnya adalah Zolhaidah Suboh yang cukup dikenali pada PRN-11 lalu. Zolhaidah bagaimanapun, cuma mampu meraih undi sebanyak 29 undi berbanding Michael Teoh yang memperolehi 139 undi.

Disebabkan keahlian yang diragui dan mereka yang mengundi pula statusnya diragui, Zolhaidah Suboh tidak dapat menerima kekalahannya. Apatah lagi setelah bukti-bukti yang ada menunjukkan Michael Teoh telah menggunakan rasuah untuk memperolehi undi sebanyak itu, membuatkan Zolhaidah Suboh membuat bantahan kepada Pimpinan PKR Pusat.

Bagaimanapun, disebabkan duit yang dimilikinya dan amalan rasuah serta sogokan yang sudah menjadi darah daging kepada DOKTOR GUGUR BAYI itu, sehingga setakat ini, tiada sebarang perkembangan lanjut diperolehi. Pimpinan PKR Pusat lebih mementingkan wang ringgit berbanding kebenaran. 

FAEKAH HUSIN MUNCUL LAGI... Sam Ketot Dibuktikannya Pembohong Dan Kaki Kencing

Wednesday, 2 July 2014 | 7 comments


Memang betul pun, jikalau Khalid Ibrahim perlu bersara daripada jawatan Menteri Besar kerana kekalahannya dalam pemilihan Cabang PKR Kuala Selangor, para pemimpin PKR yang lain yang juga senasib dengannya juga perlu meletak jawata.

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Faekah Hussin, bekas SETPOL Khalid Ibrahim yang sekarang ini mengetuai MBI.

"Kalau Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempertikaikan Khalid dan menyatakan Khalid perlu mengambil tanggungjawab moral untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar, bagaimana pula dengan Daroyah Ali? Bukankah dia juga kalah dalam pemilihan Cabang Kapar? Perlukah dia melepaskan jawatan sebagai Exco Selanat hanya kerana dia tidak dipilih sebagai Ketua Cabang? Bagaimana pula dengan Ketua Umum dan Presiden yang tidak mempunyai jawatan di peringkat Cabang? Adakah mereka berkredibiliti untuk mengetuai parti ini atau berjawatan Pemimpin Pembangkang hanya kerana mereka tidak mempunyai jawatan Cabang?"

Faekah yang sudah lama senyap, terus mendesak Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot yang semakin terdesak untuk menunjuk pandai.

"Sepatutnya sebagai peguam, dia tahu bagaimana MB dapat kuasa. Jangan membodohkan diri semata-mata nak mengampu orang," kata Faekah.

Faekah turut berkata, Sam Ketot berbohong apabila berkata Pakatan Rakyat telah sepakat untuk menggantikan Khalid  sebagai Menteri Besar.

Sam Ketot bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan arahan Anwar Ibrahim yang melarang mana-mana pemimpin PKR bercakap tentang kedudukan Menteri Besar, kenyataan Sam Ketot turut bertentangan dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.

"Kenyataan-kenyataan Shamsul secara asasnya mengusutkan Pakatan Rakyat dan merosakkan imej PKR. Sebagai ahli Biro Politik, dia sepatutnya lebih matang terutama sekiranya kenyataan-kenyataannya menyerang secara langsung dan mencemarkan rakan-rakan dalam biro. Sepatutnya, dia perlu menunjukkan dan membuktikan prestasinya sebagai Ahli Majlis Tindakan Felda Selangor."

Faekah menyelar Sam Ketot yang gagal menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis Tindakan FELDA Selangor dan langsung tidak menghantar walau satu laporan pun, tetapi pada masa yang sama, Sam Ketot cuba mempertikaikan Menteri Besar Selangor.

LAGI PEMILIHAN PKR BERDARAH... di Kota Raja Pula!

Monday, 23 June 2014 | 0 comments

PKR memang hebat. Memang tiada bandingannya. Kalau Ketua Umumnya adalah seorang peliwat, anak-anak buahnya pula terdiri daripada golongan sakit jiwa yang berasa mereka lebih hebat daripada segala-galanya.

Tidak banyak pendedahan yang dibuat oleh para macai PKR sendiri terutama membabitkan pergaduhan di Kota Raja, antara penyokong Xavier Jeyakumar dengan penyokong Khalid Ibrahim semalam.

Insiden berlaku di Dewan MPK, Klang Jaya, Kelang. Kekecohan bermula dari dalam dewan lagi. Puncanya adalah tindakan seorang lelaki yang dipercayai penyokong Viknesvaran memasukkan sesuatu seperti puntung rokok ke dalam Peti Undi No.12 ketika membuang undi. Tindakan lelaki tersebut elah dilihat oleh salah seorang penyokong Xavier Jeyakumar bernama Nallsamy yang pada waktu yang sama, juga mahu membuang undi.



Apabila melihat tindakan lelaki tersebut, Nallasamy cuba menyelamatkan peti undi yang cuba disabotaj oleh penyokong Viknesvaran. Lelaki tersebut kemudiannya memukul Nallasamy pada bahagian kepala. Seperti biasa, dalam keadaan begitu, kekecohan mudah tercetus.

Kekecohan mendorong penyokong kedua-dua calon yang berada di luar dewan, cuba merempuh masuk dan ada antara penyokong yang membuat provokasi di pintu pagar utama dewan yang dikawal oleh JPP sehingga berlaku pula pergaduhan di luar dewan.



Kekecohan di dalam dewan menyebabkan dua peti undi retak atau rosak iaitu peti undi bernombor 7 dan 12.

Kekecohan dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4:145. Satu perbincangan ringkas telah diadakan antara Radin Shamsul Kamal yang merupakan wakil JPP Pusat dengan wakil calon dan hasil perbincangan itu, semuanya telah bersetuju proses pengundian ditamatkan pada jam 4:35 iaitu setelah berlakunya pergaduhan.

ABDULLAH SANI HANTAR SAMSENG BELASAH AHLI JPP DI WARUNG MAKAN

Saturday, 21 June 2014 | 15 comments



Sepatutnya hari ini adalah pemilihan semula PKR Kuala Langat. Pemilihan PKR di Kuala Langat sebelum ini kecoh dengan insiden ganas para penyokong Abdullah Sani yang tidak berpuas hati dengan keputusan JPP dan kekalahan awal Abdullah Sani. Oleh kerana itu, mereka telah melakukan rusuhan dan bertindak ganas.

Hasilnya, Cabang Kuala Langat digantung dan pemilihan diadakan semula.


Nampaknya pemilihan semula ini juga tidak selancar dan seaman yang diharapkan.

Di sebuah warung makan bernama NANA RETRO, salah seorang anggota JPP yang dikenali dengan nama Zainol telah diserang dan dibelasah oleh sekumpulan penyokong-penyokong Abdullah Sani. Serangan tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Punca keadaan masih tidak dapat disahkan dan masih disiasat.




SENARAI NAMA AHLI PKR YANG DIPECAT DAN DIGANTUNG KEAHLIAN Kerana Dedah Azmin Ali Rasuah!

Sunday, 8 June 2014 | 0 comments


Pemilihan PKR 2014 yg bermula 25 April yg sepatutnya berakhir pd 11 Mei lalu menyaksikan parti PKR setakat ini telah mengambil tindakan memecat keahlian lima individu dan menggantung keahlian 11 individu.
 
AHLI YG DIPECAT:
1) Zulkifli Abdullah (Cabang Kuala Selangor)
2) Ahmad Jufliz Faiza (Cabang Setiawangsa)
3) Azrai Abdullah (Cabang Hulu Langat)
4) Md Yusop Kamaruddin (Cabang Pasir Salak)
5) Radin Sharifuddin Mohamad Yassin (Cabang Selayang).

DIGANTUNG KEAHLIAN:
1) Badrul Hisham Shaharin@Chegu Bard (Cabang Rembau)
2) Mustapha Mohd Taib (Cabang Kuala Selangor)
3) S Manikavasagam (Cabang Kuala Selangor)
4) Bobinath Vello (Cabang Kuala Selangor)
5) Monniza@Sarimah Abdul Ghani (Cabang Kampar)
6) K Gunasekaran Kuppan (Cabang Ulu Selangor)
7) Noor Azman Samsuri (Cabang Tanjung Karang)
8) M nageswaran A/L Munisamy (Cabang Kota Raja)
9) Shanmuganathan A/L Velo (Cabang Selayang)
10) Jol Jolhi Bin Bee (Cabang Batang Sadong)
11) Patmanathan A/L Nadarajah (Cabang Selayang)

Hangat di Teluk Intan, Tidak Sehangat Di Hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana

Tuesday, 20 May 2014 | 0 comments

Isu pemilihan dan proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih jauh daripada selesai. Walaupun Anwar Ibrahim yang sekarang ini melarikan diri ke Langkawi bersama-sama anggota keluarganya dengan menyewa tiga buah hotel mewah menggunakan nama seorang lelaki lain telah cuba menuduh UMNO dan PDRM terlibat, hakikatnya kebenaran yang terserlah ialah, yang samseng dan sentiasa tidak berpuas hati serta menimbulkan kekacauan itu adalah ahli-ahli PKR sendiri.



Terbaru, lebih kurang jam 8:15 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, 20 sehingga 30 orang ahli-ahli PKR yang dipercayai penyokong kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang juga calon Timbalan Presiden PKR, telah memasang 11 banner yang mendesak agar Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan Azmin Ali, penyandang jawatan Timbalan Presiden dipecat dari parti. Turut didesak agar dipecat adalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang dituduh sebagai talibarut UMNO.





Proses pemilihan dan pilihanraya PKR tercemar apabila beberapa penipuan dan penyelewengan khususnya melibatkan undi kepada Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin dikesan. Lebih 25 Cabang PKR di seluruh negara telah digantung dan sebahagian pula tidak diiktiraf.
Showing posts with label pemilihan pkr. Show all posts
Showing posts with label pemilihan pkr. Show all posts

DOKTOR BUANG BAYI Main Kotor Untuk Menang Jawatan Ketua Cabang PKR Miri

Thursday, 3 July 2014 · 1 comments

Dr. Michael Teoh yang merupakan seorang pengamal perubatan yang membuka sebuah klinik di Miri dan cukup terkenal sebagai DOKTOR GUGURKAN BAYI, juga merupakan Ahli Parlimen Miri dan Ketua Cabang PKR Miri.

Semalam, DOKTOR GUGURKAN BAYI itu terlibat dalam satu cubaan membelasah seorang wakil dari syarikat pemaju kerana membangunkan bangunan di kawasan lapang di hadapan kliniknya yang dijadikan sebagai medan ceramah di Miri. Laporan polis berhubung insiden tersebut telah dibuat oleh wakil syarikat pemaju tersebut.

Selepas pendedahan dibuat, beberapa pihak dari PKR Miri mula membuka rahsia Dr. Michael Teoh yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Miri.

Michael Teoh kerap menuduh Barisan Nasional mengamalkan rasuah. Dalam cermaah-ceramahnya, perkataan rasuah yang dikaitkan dengan Barisan Nasional, tidak pernah lekang dari mulutnya. Seolah-olah dia sangat suci dan tidak pernah terlibat dengan rasuah.

Hakikatnya berbeza sama sekali. Michael Teoh bukan sahaja seorang perasuah tegar, tetapi menjadikan rasuah sebagai amalannya bagi memastikan jawatan yang disandangnya kekal. Dalam pemilihan PKR Cabang Miri pada 27 April 2014 lalu, Michael Teoh didakwa mempraktikkan rasuah wang untuk membeli undi. Michael Teoh berbelanja besar untuk memastikan jawatan Ketua Cabang PKR Miri tidak terlucut dari tanganya.

Dalam pemilihan tersebut, kehadiran ramai ahli PKR dikatakan bukan dari Cabang PKR Miri, sekaligus menimbulkan keraguan di luar kemunasabahan kepada ahli-ahli PKR Miri sendiri. Jumlah sebenar ahli-ahli PKR Cabang Miri yang hadir dikatakan terlalu sedikit berbanding jumlah ahli-ahli PKR yang dipercaai didatangkan dari kawasan Kemena, Tinjar serta Ulu Niah.

Michael Teoh telah menyogok RM30 setiap seorang daripada mereka berserta dengan kupon makanan. Bagi tujuan pengangkutan untuk pengundi-pengundi itu pula, Michael Teoh turut menyediakan beberapa buah pacuan empat roda Toyota Hilux dan bas.

Pencabarnya adalah Zolhaidah Suboh yang cukup dikenali pada PRN-11 lalu. Zolhaidah bagaimanapun, cuma mampu meraih undi sebanyak 29 undi berbanding Michael Teoh yang memperolehi 139 undi.

Disebabkan keahlian yang diragui dan mereka yang mengundi pula statusnya diragui, Zolhaidah Suboh tidak dapat menerima kekalahannya. Apatah lagi setelah bukti-bukti yang ada menunjukkan Michael Teoh telah menggunakan rasuah untuk memperolehi undi sebanyak itu, membuatkan Zolhaidah Suboh membuat bantahan kepada Pimpinan PKR Pusat.

Bagaimanapun, disebabkan duit yang dimilikinya dan amalan rasuah serta sogokan yang sudah menjadi darah daging kepada DOKTOR GUGUR BAYI itu, sehingga setakat ini, tiada sebarang perkembangan lanjut diperolehi. Pimpinan PKR Pusat lebih mementingkan wang ringgit berbanding kebenaran. 

FAEKAH HUSIN MUNCUL LAGI... Sam Ketot Dibuktikannya Pembohong Dan Kaki Kencing

Wednesday, 2 July 2014 · 7 comments


Memang betul pun, jikalau Khalid Ibrahim perlu bersara daripada jawatan Menteri Besar kerana kekalahannya dalam pemilihan Cabang PKR Kuala Selangor, para pemimpin PKR yang lain yang juga senasib dengannya juga perlu meletak jawata.

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Faekah Hussin, bekas SETPOL Khalid Ibrahim yang sekarang ini mengetuai MBI.

"Kalau Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempertikaikan Khalid dan menyatakan Khalid perlu mengambil tanggungjawab moral untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar, bagaimana pula dengan Daroyah Ali? Bukankah dia juga kalah dalam pemilihan Cabang Kapar? Perlukah dia melepaskan jawatan sebagai Exco Selanat hanya kerana dia tidak dipilih sebagai Ketua Cabang? Bagaimana pula dengan Ketua Umum dan Presiden yang tidak mempunyai jawatan di peringkat Cabang? Adakah mereka berkredibiliti untuk mengetuai parti ini atau berjawatan Pemimpin Pembangkang hanya kerana mereka tidak mempunyai jawatan Cabang?"

Faekah yang sudah lama senyap, terus mendesak Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot yang semakin terdesak untuk menunjuk pandai.

"Sepatutnya sebagai peguam, dia tahu bagaimana MB dapat kuasa. Jangan membodohkan diri semata-mata nak mengampu orang," kata Faekah.

Faekah turut berkata, Sam Ketot berbohong apabila berkata Pakatan Rakyat telah sepakat untuk menggantikan Khalid  sebagai Menteri Besar.

Sam Ketot bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan arahan Anwar Ibrahim yang melarang mana-mana pemimpin PKR bercakap tentang kedudukan Menteri Besar, kenyataan Sam Ketot turut bertentangan dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.

"Kenyataan-kenyataan Shamsul secara asasnya mengusutkan Pakatan Rakyat dan merosakkan imej PKR. Sebagai ahli Biro Politik, dia sepatutnya lebih matang terutama sekiranya kenyataan-kenyataannya menyerang secara langsung dan mencemarkan rakan-rakan dalam biro. Sepatutnya, dia perlu menunjukkan dan membuktikan prestasinya sebagai Ahli Majlis Tindakan Felda Selangor."

Faekah menyelar Sam Ketot yang gagal menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis Tindakan FELDA Selangor dan langsung tidak menghantar walau satu laporan pun, tetapi pada masa yang sama, Sam Ketot cuba mempertikaikan Menteri Besar Selangor.

LAGI PEMILIHAN PKR BERDARAH... di Kota Raja Pula!

Monday, 23 June 2014 · 0 comments

PKR memang hebat. Memang tiada bandingannya. Kalau Ketua Umumnya adalah seorang peliwat, anak-anak buahnya pula terdiri daripada golongan sakit jiwa yang berasa mereka lebih hebat daripada segala-galanya.

Tidak banyak pendedahan yang dibuat oleh para macai PKR sendiri terutama membabitkan pergaduhan di Kota Raja, antara penyokong Xavier Jeyakumar dengan penyokong Khalid Ibrahim semalam.

Insiden berlaku di Dewan MPK, Klang Jaya, Kelang. Kekecohan bermula dari dalam dewan lagi. Puncanya adalah tindakan seorang lelaki yang dipercayai penyokong Viknesvaran memasukkan sesuatu seperti puntung rokok ke dalam Peti Undi No.12 ketika membuang undi. Tindakan lelaki tersebut elah dilihat oleh salah seorang penyokong Xavier Jeyakumar bernama Nallsamy yang pada waktu yang sama, juga mahu membuang undi.



Apabila melihat tindakan lelaki tersebut, Nallasamy cuba menyelamatkan peti undi yang cuba disabotaj oleh penyokong Viknesvaran. Lelaki tersebut kemudiannya memukul Nallasamy pada bahagian kepala. Seperti biasa, dalam keadaan begitu, kekecohan mudah tercetus.

Kekecohan mendorong penyokong kedua-dua calon yang berada di luar dewan, cuba merempuh masuk dan ada antara penyokong yang membuat provokasi di pintu pagar utama dewan yang dikawal oleh JPP sehingga berlaku pula pergaduhan di luar dewan.



Kekecohan di dalam dewan menyebabkan dua peti undi retak atau rosak iaitu peti undi bernombor 7 dan 12.

Kekecohan dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4:145. Satu perbincangan ringkas telah diadakan antara Radin Shamsul Kamal yang merupakan wakil JPP Pusat dengan wakil calon dan hasil perbincangan itu, semuanya telah bersetuju proses pengundian ditamatkan pada jam 4:35 iaitu setelah berlakunya pergaduhan.

ABDULLAH SANI HANTAR SAMSENG BELASAH AHLI JPP DI WARUNG MAKAN

Saturday, 21 June 2014 · 15 comments



Sepatutnya hari ini adalah pemilihan semula PKR Kuala Langat. Pemilihan PKR di Kuala Langat sebelum ini kecoh dengan insiden ganas para penyokong Abdullah Sani yang tidak berpuas hati dengan keputusan JPP dan kekalahan awal Abdullah Sani. Oleh kerana itu, mereka telah melakukan rusuhan dan bertindak ganas.

Hasilnya, Cabang Kuala Langat digantung dan pemilihan diadakan semula.


Nampaknya pemilihan semula ini juga tidak selancar dan seaman yang diharapkan.

Di sebuah warung makan bernama NANA RETRO, salah seorang anggota JPP yang dikenali dengan nama Zainol telah diserang dan dibelasah oleh sekumpulan penyokong-penyokong Abdullah Sani. Serangan tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Punca keadaan masih tidak dapat disahkan dan masih disiasat.




SENARAI NAMA AHLI PKR YANG DIPECAT DAN DIGANTUNG KEAHLIAN Kerana Dedah Azmin Ali Rasuah!

Sunday, 8 June 2014 · 0 comments


Pemilihan PKR 2014 yg bermula 25 April yg sepatutnya berakhir pd 11 Mei lalu menyaksikan parti PKR setakat ini telah mengambil tindakan memecat keahlian lima individu dan menggantung keahlian 11 individu.
 
AHLI YG DIPECAT:
1) Zulkifli Abdullah (Cabang Kuala Selangor)
2) Ahmad Jufliz Faiza (Cabang Setiawangsa)
3) Azrai Abdullah (Cabang Hulu Langat)
4) Md Yusop Kamaruddin (Cabang Pasir Salak)
5) Radin Sharifuddin Mohamad Yassin (Cabang Selayang).

DIGANTUNG KEAHLIAN:
1) Badrul Hisham Shaharin@Chegu Bard (Cabang Rembau)
2) Mustapha Mohd Taib (Cabang Kuala Selangor)
3) S Manikavasagam (Cabang Kuala Selangor)
4) Bobinath Vello (Cabang Kuala Selangor)
5) Monniza@Sarimah Abdul Ghani (Cabang Kampar)
6) K Gunasekaran Kuppan (Cabang Ulu Selangor)
7) Noor Azman Samsuri (Cabang Tanjung Karang)
8) M nageswaran A/L Munisamy (Cabang Kota Raja)
9) Shanmuganathan A/L Velo (Cabang Selayang)
10) Jol Jolhi Bin Bee (Cabang Batang Sadong)
11) Patmanathan A/L Nadarajah (Cabang Selayang)

Hangat di Teluk Intan, Tidak Sehangat Di Hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana

Tuesday, 20 May 2014 · 0 comments

Isu pemilihan dan proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih jauh daripada selesai. Walaupun Anwar Ibrahim yang sekarang ini melarikan diri ke Langkawi bersama-sama anggota keluarganya dengan menyewa tiga buah hotel mewah menggunakan nama seorang lelaki lain telah cuba menuduh UMNO dan PDRM terlibat, hakikatnya kebenaran yang terserlah ialah, yang samseng dan sentiasa tidak berpuas hati serta menimbulkan kekacauan itu adalah ahli-ahli PKR sendiri.



Terbaru, lebih kurang jam 8:15 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, 20 sehingga 30 orang ahli-ahli PKR yang dipercayai penyokong kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang juga calon Timbalan Presiden PKR, telah memasang 11 banner yang mendesak agar Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan Azmin Ali, penyandang jawatan Timbalan Presiden dipecat dari parti. Turut didesak agar dipecat adalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang dituduh sebagai talibarut UMNO.





Proses pemilihan dan pilihanraya PKR tercemar apabila beberapa penipuan dan penyelewengan khususnya melibatkan undi kepada Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin dikesan. Lebih 25 Cabang PKR di seluruh negara telah digantung dan sebahagian pula tidak diiktiraf.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks