Pengerusi Yayasan Al-Abrar Sifatkan Tuduhan Rafizi Ramli Sebagai Fitnah Besar dan Rafizi Wajib Bertaubat

Wednesday, 3 May 2017 | 0 comments



Yayasan Al-Abrar yang menganjurkan majlis zikir “Malaysia Berselawat” pada 2013 menafikan dakwaan Rafizi Ramli mereka pernah menerima RM5 juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusinya, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah menyifatkan tuduhan naib presiden PKR itu fitnah besar dan beliau wajib bertaubat.

“Tidak ada, tidak ada terima duit dari Najib. Itu (tuduhannya) suatu pembohongan. Dia (Rafizi) sepatutnya kena siasat betul-betul mana-mana maklumat yang dia dapat.

“Kalau kata ada terima wang RM5 juta, mesti ada akaun transaksi semuanya. Dia boleh semak.

“Apa yang Rafizi lakukan ini adalah fitnah. Dia menjawablah di depan Allah, saya malas hendak panjangkan isu,” katanya kepada FMT hari ini.

Tengah hari tadi, Rafizi dalam sebuah sidang media menamakan 3 pihak menerima wang berkaitan 1MDB daripada akaun peribadi Najib.

Selain Yayasan Al-Abrar, Rafizi turut menamakan Datuk Amhari Effendi Nazaruddin – penasihat kanan di Jabatan Perdana Menteri menerima RM2 juta dan tidak ketinggalan Najib sendiri.


Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa 2 transaksi berjumlah RM3.28 juta dibelanjakan dalam hari sama di sebuah kedai barang kemas mewah di Itali, dengan menggunakan kad kredit di bawah akaun peribadi Najib.

Dalam pada itu, Mehdar berkata, beliau mendapat sokongan kewangan daripada beberapa rakan karibnya untuk menjayakan majlis zikir “Malaysia Bersalawat” pada 7 Disember 2013.

“Duit itu hasil daripada sumbangan rakan-rakan saya seperti Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Itu juga wang yang saya kumpul. Kita kumpul dan tidak ambil 1 sen dari Najib.”

Ini adalah dakwaan ke-2 dibuat Rafizi, hampir sebulan selepas beliau menamakan bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang berkaitan 1MDB menerusi peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun.

Nasharuddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Rafizi berjanji akan meneruskan pendedahan lebih ramai pihak yang menerima wang didakwa daripada dana 1MDB.

Pada 2015, dokumen siasatan SPRM yang dipetik The Wall Street Journal mendedahkan sejumlah RM2.6 bilion mengalir masuk daripada akaun dan entiti berkait 1MDB ke akaun peribadi milik Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun berkata, wang tersebut merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi kepada Umno untuk kempen pilihan raya umum tahun itu.

Kerana WHATSAPP, Admin Mungkin Boleh Dipenjarakan

Thursday, 27 April 2017 | 0 comments



Admin-admin grup WhatsApp mula dilanda kerisauan ekoran kebarangkalian mereka dihukum kerana ahli-ahli grup menyebarkan berita-berita palsu atau menghasut di dalam grup oleh pihak berkuasa. 

Ini ekoran laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mereka mungkin akan berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana gagal menyekat atau menghentikan penyebaran maklumat-maklumat palsu.

Sudah ramai yang melahirkan kebimbangan untuk bertanggungjawab bagi kenyataan atau fitnah yang dibuat oleh orang lain. Ini adalah kerana kebanyakan orang, tidak peduli pun sama ada apa yang mereka katakan itu adalah benar atau bertentangan dengan undang-undang. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari berkata, tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap admin (pentadbir) terbabit. 

Di bawah akta-akta tersebut, pelbagai kesalahan boleh dikenakan termasuklah seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

"Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes. Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan menfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebarkan secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya. 


Terdapat desakan agar cadangan mengenakan hukuman terhadap pentadbir dilaksanakan segera termasuklah daripada Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Menurut Timbalan Presidennya, penyebaran maklumat palsu bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, tetapi juga boleh menggugat keamanan negara. 

"Di India, kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang baharu yang mana penetadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya ahli kupulan yang terbabit menyebarkan berita palsu. Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah ahli kumpulan, namun pentadbir yang akan bertanggungjawab menerima hukuman kerana dia tidak menapis dan memadamkan terlebih dahulu berita palsu daripada terus disebarkan," katanya.

Bagaimanapun, terdapat banyak pendekatan lain yang boleh diambil untuk memantau penyebaran maklumat palsu seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaaan. 

Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah - Hukuman penjara 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. 

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan berita palsu - denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Akta Hasutan 1948 - Penjara tiga tahun atau denda RM5000 atau kedua-duanya sekali. 

Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 - Penjara mandatori antara satu sehingga 7 tahun. 


AZALINA OTHMAN SAID Minta Dirogol? Kenyataan Palsu Yang Diviralkan Sebagai Pre-Empt Guan Eng Hentam Shabudin Yahya!

Sunday, 23 April 2017 | 0 comments



Lim Guan Eng dan DAP sedang berusaha untuk menutup masalah yang sedang melanda parti dan kepimpinan negeri Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan masalah rasuah dan penyelewengan kuasa di mahkamah.

Lim Guan Eng dan DAP juga sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan daripada masyarakat Cina yang merupakan tonggak kepada kekuatan DAP sebelum ini apabila semakin ramai masyarakat Cina yang menzahirkan penentangan terhadap DAP dan Lim Guan Eng - sesuatu yang cuba dikekang oleh DAP dengan menggunakan kaedah ugutan dan kuku besi.

Untuk itu, angkatan propaganda DAP perlu mencari isu yang boleh mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada DAP, sekaligus memperlihatkan dan membuktikan bagaimana runtuhnya nilai-nilai kehidupan sekiranya pentadbiran negeri kembali kepada Barisan Nasional.

Musuh utama DAP, sudah tentulah UMNO walaupun DAP bertanding di kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh MCA, Gerakan atau MIC.

Lim Guan Eng secara peribadi menjadikan kenyataan YB Shabudin Yahya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari UMNO sebagai senjata terbaharunya. Sama ada dia tersalah faham, atau memang berniat hendak memutarbelitkan kenyataan sebenar YB Shabudin berkenaan perkahwinan, rogol dan remaja sepertimana yang terkandung dalam hansard Parlimen, yang pasti, Lim Guan Eng mahu isu tersebut menjadi panjang dan terbenam dalam benak para pengundi Cinanya.

Jentera propaganda DAP yang diketahui menjadikan fitnah sebagai senjata utama mereka, kini menghalakan serangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut menjaga hal ehwal Parlimen, Azalina Said.

Pagi tadi, dikesan satu fitnah berlegar-legar di WhatsApp membabtkan Azalina Said. Kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Azalina Said itu adalah sesuatu yang amat menjijikkan. Azalina Said konon-kononnya meminta orang merogolnya!

Berikut adalah kenyataan daripada pegawai khas Azalina Said berkaitan isu berkenaan.


Salam Sejahtera..

Isu kenyataan YB DS Azalina Othman Said berkaitan makkuman balas Kpd Isu Rogol Yb MP Tasek Gelugor :

Saya menafikan bahawa YBM DS Azalina mengeluarkan kenyataan tersebut bg maklum balas atau apa2 tindakan yg berkaitan merujuk undang2 Sivil & Syariah berkenaan Isu tersebut. 
Apa yg ditularkan adalah semata- mata direka n fitnah bg tujuan yg tdk pasti olh pihak2 yg tdk bertanggungjawap.
Jelas apa yg ditulis adalah fitnah utk mengaibkan individu.
Semoga kita semua dilindungi olh Allah SWT dr bahaya fitnah n Nista.

Mohd Hasri
Pegawai Khas
YBM DS Azalina

Viral DYMM Sultan Kedah Gering Adalah Palsu dan Berniat Jahat

Friday, 7 April 2017 | 0 comments



Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah menafikan khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang gering.

Beliau berkata mesej tersebut disebarkan orang tidak bertanggungjawab yang suka menambah cerita untuk sengaja ditularkan.

"Kenyataan tular itu tidak benar. Alhamdulillah baginda sihat tapi kita mesti sedar umur baginda hampir 90 tahun jadi mungkin tidak sekuat masa dahulu.

"Walaupun begitu, baru-baru ini baginda ada melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'17) dan perasmian Masjid Padang Lalang di Langkawi," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Kenyataan itu tular bersama-sama dengan satu surat pemakluman dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, meminta semua pegawai daerah memaklumkan kepada imam di daerah masing-masing supaya mengadakan solat hajat selepas selesai solat Jumaat hari ini.

Syed Unan Mashri menjelaskan surat yang dikeluarkan bagi mengadakan sembahyang hajat untuk kesejahteraan dan kesihatan Sultan Kedah itu adalah satu usaha berterusan yang diadakan dari masa ke semasa sejak dahulu lagi.

Ia bagi memohon supaya Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Sultan Kedah, katanya. - Bernama

Teruja Melakukan Fitnah, Seorang Pengguna Facebook Bogelkan Gambar Rosmah Mansor

Thursday, 6 April 2017 | 1 comments




Di sebalik tindakan pihak berkuasa mengheret mereka yang menyalahgunakan kemudahan Internet ke mahkamah, malah hukuman yang dijatuhkan juga bukan sekadar denda ringan sebaliknya penjara, masih ada yang beranggapan mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Mereka masih yakin, mereka tidak akan dapat dijejaki kerana identiti mereka di media-media sosial, khususnya Facebook, terlindung.

Justeru, kepercayaan itulah yang mendorong mereka untuk mencipta fitnah, bahkan memalukan figur-figur tertentu terutama sekali isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Netizen mendedahkan tentang tindakan seorang individu yang telah mengedit gambar isteri Perdana Menteri dalam keadaan memalukan.


Individu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Sharizal Jalil bagaimanapun, dikesan telah memadamkan posting berkenaan. Pun begitu, kecenderungannya untuk melakukan fitnah terutama menuduh Perdana Menteri mencuri, menyalahgunakan kuasa, berpakat untuk menjarah serta pembunuhan yang persepsinya adalah isteri Perdana Menteri.

Keterujaannya untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri dan isteri, pasti akan mengundang natijah yang lebih besar dari segi perundangan.

Kesalahan yang dilakukan seperti penyebaran fitnah atau berita palsu menggunakan platform Internet adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan (Akta 574) selain penyalahgunaan Internet dan media baharu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ISU BUNUH DAN PERTAHANKAN DIRI: Sedap MENFITNAH KETUA POLIS NEGARA, Kerana Ramai Yang Mudah Percaya

Saturday, 2 January 2016 | 1 comments



Barangkali itulah yang sering bermain-main dalam fikiran sesetengah orang yang cukup aktif di media-media sosial seperti Facebook.

Menjadikan beberapa individu termasuklah Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri Malaysia sebagai sasaran fitnah kerana kurang tindak balas, setiap kenyataan mereka pasti akan diputarbelit dan diberikan gambaran sebaliknya.

Lebih menarik ialah apabila kelompok pembaca dan pengguna media sosial terutama di Facebook begitu teruja untuk mengedarkan dan mewabakkan penipuan tersebut tanpa usul periksa. Malah ada pula yang begitu beria-ia berdebat dan memaki hamun di Facebook kerana percaya, mereka lebih berperikemanusiaan dan lebih faham berbanding individu yang dimaki.

Itulah yang berlaku kepada Ketua Polis Negara yang menjadi sasaran terbaru selepas dua hari sebelum itu, Timbalan Menteri Ahmad Maslan diperolok-olokkan kerana saranannya agar orang ramai terutama sekali kakitangan awam mencari kerja-kerja sampingan menggunakan kemudahan online untuk menambah pendapatan.

Ketua Polis Negara dilaporkan dan digambarkan sebagai berkata, perompak dan penjenayah yang cuba melakukan jenayah, perlu dibiarkan berleluasa. Mempertahankan diri sehingga membunuh mereka adalah satu kesalahan kepada mangsa jenayah.


Sedangkan kenyataan sebenar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara adalah berbeza bahkan bertentangan sama sekali. Ketua Polis dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai tentang batas-batas dan had mempertahankan diri kerana negara ini diuruskan dengan undang-undang.

Menurut Ketua Polis Negara, hak mempertahankan diri sepertimana yang termaktub dalam Seksen 99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had mempertahankan diri bukan hanya kepada orang awam tetapi juga kepada anggota polis. (RUJUK SINI)

Khalid berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika cuba mempertahankan dirinya di Terengganu.

Fitnah yang dibuat terhadap Khalid Abu Bakar oleh portal-portal/blog tersebut, langsung tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa. Ketidakpedulian itulah yang menyuburkan budaya fitnah. Ketidakpedulian pihak berkuasa itulah juga seolah-olah memberi isyarat bahawa FITNAH adalah sesuatu yang dibenarkan dan boleh diterima sebagai sub-budaya sosial di negara ini.

Sampai bila sebenarnya pihak berkenaan akan benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memastikan negara ini bebas daripada elemen-elemen negatif seperti tohmahan, hasutan, fitnah dan pemomokan keterlaluan seperti yang kita dapat lihat di media-media sosial?


Rupa-rupanya Si Pembuat Fitnah Yang Cuba Burukkan Nama Sultan Johor dan Kerajaan Negeri Johor Adalah KETUA PENOLONG PENGARAH ZAKAT DAN WAKAF JOHOR!

Wednesday, 12 August 2015 | 15 comments


Amat memalukan bilamana seorang individu bertaraf Ketua Penolong Pengarah Zakat dan Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor menjadi tukang pembuat fitnah.

Dalam statusnya di facebook, Mustafa Omar, telah membuat satu fitnah keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berhubung kehadiran Perdana Menteri ke Mesyuarat UMNO Pasir Gudang pada 9 Ogos 2015, yang menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

Dalam statusnya, beliau menjual nama Sultan Johor kononnya Najib dihalang untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Tetapi ternyata status yang ditulis oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitumal dan Wakaf MAINJ adalah satu fitnah dan tuduhan tanpa asas.

Kenyataan tersebut disangkal oleh netizen, Rizal Mansor yang menyatakan bahawa sememangnya jadual PM adalah ke Singapura bagi meraikan sambutan 50 Tahun penyingkiran Singapura dari Malaysia. Dan kereta yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Singapura sebagai memudahkan urusan Perdana Menteri bagi menyeberangi tambak ke Johor buat seketika.

Ternyata Mustafa Omar telah mencemarkan nama baik Majlis Agama Islam Negeri Johor malah institusi Kesultanan Johor itu sendiri. Adalah sebaiknya beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan beliau. Aku mengharapkan agar kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap pegawai ini agar menjadi iktibar dimasa akan datang - sumber


Mampukah Tindakan Penguatkuasaan Diambil Ke Atas Tian Chua dan Sim Tze Tzin Yang Terang-Terang Melakukan Fitnah dan Putarbelit Media Sosial!

Sunday, 2 August 2015 | 4 comments


Tian Chua menyebarkan pembohongan dengan menfitnah dan memperlekehkan PDRM apabila dikatakan gagal mendapatkan reman untuk menyoal siasat Rashpal Singh dan Jessica Sidhu berhubung pembabitan mereka dengan Sarawak Report.

Ketua Polis Negara terpaksa mengeluarkan kenyataan di Twitter dengan menafikan pembohongan Tian Chua dan selain menyebut tweet yang dibuat oleh Tian Chua itu adalah dalam usaha untuk mewujudkan kekeliruan kepada orang ramai.

Tian Chua amat diingati kerana keterkaitannya dengan peristiwa Lahad Datu yang telah mengorbankan 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Menyifatkan peristiwa Lahad Datu sebagai 'SANDIWARA UMNO', Tian Chua langsung tidak memberikan sebarang ulasan berhubung kematian dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang telah dibunuh oleh lanun-lanun Suluk.

Tiada sebarang tindakan ke atasnya dan Tian Chua terus bercakap besar selain bebas melakukan fitnah.

PKR tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang kuat melakukan fitnah demi meraih sokongan dan menyemarakkan kebencian. Sama seperti DAP yang cukup kreatif mencipta fitnah seperti Nga Kor Ming, salah seorang tukang pereka fitnah PKR adalah Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru.

Dengan menggunakan Facebook, Sim Tze Tzin menggunakan sekeping gambar yang telah disiarkan oleh Sinar Harian pada 20 Mac 2013 yang memaparkan bekas Peguam Negara, Ghani Patail dikawal oleh seorang anggota keselamatan bersenjata.

Sim Tze Tzin cuba mengambil kesempatan melakukan fitnah dengan cubaan menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada PDRM selain Kerajaan apabila bekas Peguam Negara, Ghani Patail digambarkan sedang ditangkap dengan menggunakan anggota keselamatan yang lengkap bersenjata sebaik-baik sahaja dia dipecat daripada jawatan Peguam Negara.

Sim Tze Tzin dengan bermodalkan gambar lama yang langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang diperkatakannya, cuba menggambarkan bagaimana kekejaman kerajaan dengan menggunakan PDRM untuk menghapuskan sebarang penentangan atau cubaan menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak.


Tindakan seharusnya dikenakan ke atas Sim Tze Tzin. Orang politik sepertinya seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada rakyat awam. Apatah lagi dia adalah seorang Ahli Parlimen. Sepatutnya orang sepertinya tidak menunjukkan contoh bagaimana matlamat menghalalkan cara termasuklah dengan melakukan fitnah.

Sehubungan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa tindakan tidak akan disusuli terlebih dahulu dengan amaran bagi pihak yang melakukan fitnah dan putarbelit media, Sim Tze Tzin seharusnya dikenakan tindakan bersama-sama dengan Tian Chua kerana objektif mereka sangat jelas iaitu melakukan fitnah dan fitnah tersebut bertujuan untuk mewujudkan ketidaktenteraman dan ketidakstabilan di negara ini.

Kita mengharapkan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri baru Malaysia tidak mengulangi amaran berulang kali tanpa sebarang tindakan tegas yang amat diperlukan dalam mendisiplinkan dan menjaga keselamatan negara ini daripada sebarang anasir subversif yang tidak lagi menggalas senjata di dalam hutan tetapi sebaliknya menggunakan keyboard komputer atau telefon pintar mereka untuk mewujudkan ketakutan dan ancaman nasional.

Deraf Waran Tangkap Palsu Ke Atas Najib Abdul Razak, Dedahkan Konspirasi Besar Dalang Tertentu Untuk Hancurkan Negara Ini

Friday, 31 July 2015 | 3 comments

Apabila Sarawak Report dengan penuh bangganya menyiarkan deraf waran tangkap yang sebenarnya merupakan deraf kertas pertuduhan kepada umum, sekaligus cuba mengaitkannya dengan pemecatan Abdul Ghani Patail daripada jawatan Peguam Negara, ada banyak pihak yang mulai menyebarkan khabar-khabar angin dan teori-teori konspirasi yang tidak kurang menariknya.

Namun, walau apa pun teori yang dibentangkan dan cuba didendangkan, hakikatnya deraf itu sendiri adalah satu fitnah yang cuba membodoh-bodohkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Tidak menghairankan apabila ramai rakyat Malaysia yang cukup bodoh untuk mempercayai laporan Sarawak Report.


Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara berhubung fitnah berkenaan:

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA

30 Julai 2015

1. Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.

2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami.

3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai.

4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.

5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah.

STATEMENT BY ATTORNEY GENERAL MALAYSIA

30 July 2015

1. These allegations by foreign national Clare Rewcastle Brown in political blog Sarawak Report are false.

2. T‎he alleged charge sheets are not in and never reached the Attorney General’s Chambers. Furthermore, the format of the sheets is not correct or written by our Chambers. ‎
‎
3. The Special Task Force investigation has not been completed. So it is not legally possible for charge sheets to be drafted in advance.

4. These alleged charge papers therefore indicate that there is a conspiracy to topple a serving Prime Minister by criminalising him, and that the methods include doctoring and criminal leakage.

5. This plot represents a threat to Malaysia’s democracy and I will direct for all action possible to be taken to investigate. The full force of the law will be applied without exception to any that are found guilty. ‎
‎
TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
ATTORNEY GENERAL MALAYSIA


Bagi yang percaya bahawa apa yang disiarkan oleh Sarawak Report tersebut adalah tulen, mereka barangkali tidak tahu, yang disiarkan itu adalah kertas pertduuhan. Bagaimana kertas pertuduhan didraf walhal tidak pernah kedengaran Perdana Menteri disoalsiasat mahupn mana-mana individu termasuk pegawai Ambank dipanggil untuk memberikan keterangan?

Pejabat Timbalan Pendakwaraya tidak akan mendraf kertas pertuduhan tanpa Pegawai Penyiasat mengemukakan Investigation Diary (ID) kepada mereka. Itu bermakna siasatan sudah lengkap untuk buat pertuduhan di mahkamah.

Kenapa perlu waran tangkap sedangkan Perdana Menteri hampir setiap hari dipaparkan di media-media di mana dia berada? Waran Tangkap lazimya dikeluarkan apabila anda tidak hadir di mahkamah tanpa sebarang alasan.


UMNO, PMO, Pejabat Peguam Negara sendiri, mahupun Najib Abdul Razak perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebar dan pencipta fitnah ini. Bantahan dan desakan perlu dibuat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia agar kerajaan negara itu mengambil tindakan ke atas Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown yang tidak henti-henti menabur fitnah serta menggunakan dokumen-dokumen palsu untuk mencetuskan kegelisahan serta menggugat kestabilan di negara ini.

ROSMAH DIFITNAH BOM AIDANA BAIZIEVA YANG MENYEBABKAN HELIKOPTER BAWA JAMALUDDIN JARJIS TERHEMPAS

Thursday, 9 April 2015 | 3 comments

Kalau dah mulut keparat, hati berkarat, dalam otak tak ada benda lain kecuali mengumpat dan berjahat.

Itu yang berlaku apabila pecacai Pakatan yang sukar menerima hakikat bahawa sangkaan mereka selama ini telah meleset dan hanyalah fitnah semata-mata. Hasad dengki tahap tinggi, akhirnya mendorong mereka untuk melakukan fitnah yang sekali lagi menjadikan Rosmah Mansor sebagai SASARAN POPULAR.

Seorang individu yang dikenali sebagai trooper PR telah membuat spekulasi liar tentang kejadian ngeri ke atas helikopter terbabit.

Menurutnya, Rosmah telah menggunakan bom C4 untuk meletupkan helikopter tersebut sekaligus membunuh rakan baik suaminya sendiri (dan juga penasihat utamanya) selain Ketua Setiausaha Sulit suaminya semata-mata untuk membunuh seorang wanita muda jelita ygn mempunyai hubungan atau skandal dengan menantu lelaki Rosmah Mansor. 

Anda baca sendiri kebodohan dengan niat jahat trooper terbabit apa yang ditulisnya di bawah:

RUJUK DI SINI

FITNAH HANTARAN USD500 RIBU, JAKIM AMBIL MASA SELAMA DUA HARI UNTUK MENJAWAB!

Friday, 20 March 2015 | 6 comments


Lambat dan Khianat!

Itulah yang boleh dikatakan kepada JAKIM di atas kelambatan mereka memberikan reaksi berhubung fitnah yang dilakukan oleh 'orang dalam' berhubung surat pengesahan nikah anak perempuan Perdana Menteri dan isterinya.

Berdasarkan klip video pernikahan, wang hantaran untuk anak Perdana Menteri itu hanyalah RM5000 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja), bukannya USD500,000 sebagaimana yang disebarkan oleh para pecacai Pakatan Rakyat dan masih diperkatakan sehingga ke saat ini untuk tujuan menyindir dan memomok-momokkan Najib Abdul Razak dan para penyokong Barisan Nasional.

Daripada JAKIM sendiri didedahkan bahawa surat pengesahan nikah palsu tersebut datangnya daripada kalangan kakitangan atau lebih tepat disebut 'orang dalam' JAKIM yang sudah tentu bertujuan jahat.


Umum mengetahui, JAKIM merupakan sarang kepada golongan yang amat memusuhi kerajaan tetapi masih mahu bekerja dengan kerajaan yang mereka musuhi atas alasan, wang gaji yang mereka terima bukanlah wang dari Barisan Nasional sebaliknya daripada cukai rakyat. Menariknya mereka terlupa bahawa pengurus dan pentadbiran negara ini adalah Barisan Nasional, sekaligus secara tidak langsung menjadikan Barisan Nasional adalah majikan mereka.

Sebabnya, mana-mana parti yang menjadi Kerajaan Malaysia, akan mengurus dan mentadbir Kerajaan menjadikan para kakitangan perkhidmatan awam tertakluk di bawah pekeliling serta peraturan yang dibuat oleh kerajaan sedia ada atau kerajaan semasa.


Sudah lama cerita tentang pengkhianat yang berada di dalam JAKIM, enggan melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan tetapi banyak serta pintar memberi alasan selain menyalahkan kerajaan sedia ada walaupun sebenarnya mereka yang MALAS BEKERJA, diketahui oleh rakyat Malaysia. Pengurusan dan pentadbiran JAKIM cukup lemah dan terlalu lambat bertindak.

Pengesahan bahawa penyebaran surat pengesahan nikah palsu itu adalah dibuat oleh ORANG DALAM, sememangnya tidak mengejutkan langsung kerana perkara berkenaan sudah berlaku semenjak lama dahulu. Yang cuma mengejutkan nanti ialah seandainya pengurusan dan pentadbiran JAKIM benar-benar bertindak menangani pengkhianat dan pemecah amanah itu!

Yang menariknya, mengapa Asyraf Wajdi dari YADIM yang memberikan penjelasan. Apa sudah jadi dengan JAWI dengan komunikasi korporat dan Ketua Pengarah JAKIM? Adakah mereka terlalu sibuk berzikir di masjid sampai terlupa ada tanggungjawab lain yang perlu mereka perjelaskan?

Elok letak jawatan sahajalah puak-puak lembab nih... itu pun ada hati nak bersara pada usia 62 tahun!

PASANGAN GURU LAKI BINI DI KEDAH DITAHAN POLIS KERANA SEBAR MAKLUMAT PALSU BANJIR, KONONNYA BANYAK MAYAT DITEMUI BERGELIMPANGAN DALAM RUMAH

Sunday, 11 January 2015 | 9 comments


Polis menahan sepasang suami isteri yang bekerja sebagai guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan bah kuning yang melanda negeri ini menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Pasangan berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam oleh anggota Jabatan Siastaan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di rumah mereka di Kodiang, Kedah.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, suami isteri yang berasal dari Bachok, Kelantan dan Kodiang itu dikatakan menyebarkan maklumat palsu yang menyatakan sukarelawan menemui banyak mayat bergelimpangan di dalam rumah selepas air banjir surut.

Tambahnya, kedua suspek ditahan di bawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi serta Multimedia 1998. - UTUSAN ONLINE

PENFITNAH GUNAKAN BANJIR OKTOBER 2014 DI SABAH UNTUK PERTIKAIKAN BANTUAN RM550 JUTA UNTUK KELANTAN, TERENGGANU, JOHOR DAN PERAK!!!

Sunday, 4 January 2015 | 0 comments


Barangkali kerana fikir Sabah itu terlalu jauh dari Semenanjung, jauh pula daripada jangkauan media-media konvensional, para pecacai dan penjilat Pakatan Rakyat cuba menjadikan berita banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah pada Oktober 2014 sebagai isu terkini.

Konon-kononnya gambar-gambar yang disiarkan oleh golongan penfitnah tersebut adalah banjir masakini yang telah melanda Beaufort, Penampang, Kota Belud dan Tenom. Konon-kononnya jugalah, tumpuan berlebihan Kerajaan Persekutuan kepada Semenanjung telah menganaktirikan Sabah yang juga dilanda banjir dengan kesannya cukup besar kepada penduduk setempat.

Sebenarnya gambar-gambar berkenaan adalah banjir yang melanda pada 7 Oktober 2014. Antara kawasan yang paling teruk terjejas adalah Penampang, Sepanggar dan Beaufort. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Musa Aman telah mengambil langkah-langkah perlu termasuklah memberikan peruntukan besar dengan kerjasama Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah banjir pada masa akan datang.

RM250 juta telah dipohon dari Kerajaan Persekutuan. Berita-berita berkenaan banjir di Sabah telah disiarkan secara menyeluruh oleh semua stesen televisyen. Begitu juga dengan bantuan-bantuan kecemasan.

TIDAK ADA BANJIR YANG MELANDA PENAMPANG DAN BEAUFORT sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking!




Menariknya, terdapat golongan penfitnah yang tidak segan silu membuat pembohongan. Kononnya kawasan-kawasan berkenaan banjir lagi, walhal banjir hanya berlaku di Kota Belud. Dan UMNO-BN yang diketuai oleh Abdul Rahman Dahlan telah menggerakkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan tanpa sebarang pembabitan PAS, PKR atau DAP mahupun golongan yang kuat memekak dan buat fitnah.

Lebih kurang jam 10:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari tadi bertempat di Pusat Pemindahan Banjir SMK Taun Gusi Kota Belud, satu rombongan yang diketuai oleh Harif bin Musa, Ketua Pemuda UMNO Sabah telah membuat dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Lebih kurang 100 orang Pemuda MNO turut terlibat yang terdiri dari pelbagai daerah iaitu Papar, Tenom, Keningau adan Kota Belud. Antara yang turut hadir termasuklah Zamri Mahmud, Pengarah KEMAS Sabah; Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tenom; Armizan Mohd Ali, Ketua Pemuda UMNO Papar; dan Arshad Bestari, Ketua Pemuda UMNO Kota Belud.




Rombongan tersebut telah melawat dan memberikan sumbangan berupa barangan dapur seperti minyak, beras dan gula serta makanan ringan. Selesai aktiviti di SMK Taun Gusi, rombongan tersebut menuju ke Kg. Lebak Engat untuk menyampaikan sumbangan yang sama untuk penduduk kampung di sekitar kampung berkenaan.

Di penghujung program, rombongan turut melawat sebuah rumah mangsa banjir yang roboh ang berada berhampiran tebing sungai. Kes tersebut telah dipanjangkan dan dirujuk kepada Pejabat Daerah untuk tindakan lanjut.

Ramai mangsa banjir sudah pun berpindah ke rumah masing-masing memandangkan banjir sudah mulai surut.

Ternyata penyokong Pakatan Rakyat memang kuat menfitnah. Cuma yang sangat menarik ialah golongan yang kuat memperjuangkan pemisahan Sabah dari Malaysia cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan fitnah ini bertujuan untuk menghasut dan membangkitkan sentimen kemarahan rakyat Sabah kepada Kerajaan Pusat yang mereka sifatkan sebagai PENJAJAH DARI MALAYA.

PENGHINAAN! Inilah Yang Diajarkan Oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim

Monday, 1 December 2014 | 3 comments


Sebelum 2005, iaitu pada tahun Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara oleh Mahkamah Persekutuan atas faktor kesalahan teknikal walaupun Anwar Ibrahim belum menghabiskan 6 tahun hukuman kerana rasuah salahguna kuasa dan langsung tidak menjalani 8 tahun hukuman penjara walau sesaat pun untuk kesalahan meliwat, masalah penghinaan seperti yang berleluasa sekarang sukar dilihat.


Kalau ada pun pada waktu itu hanyalah pemalsuan kepala surat dan isi kandungan surat yang lebih tertumpu kepada surat-surat Perdana Menteri terutama sekali surat-surat Tun Dr. Mahathir. Kerana kurangnya pihak yang berminat untuk menyanggah dan membela kerajaan pada waktu itu, persepsi negatif berkembang subur dan pembohongan dianggap sebagai satu kebenaran.

Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, bermulalah episod dan trend baru dalam perbuatan fitnah dan pembohongan demi mendapat undi dan sokongan. Kali pertama Anwar lakukan ialah cubaan mengaitkan kematian dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak dan pembelian dua buah kapal selam dari Perancis yang telah diluluskan pembeliannya oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1995 iaitu ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Kewangan Malaysia.


Tian Chua menggunakan perisian Photoshop untuk mengukuhkan pembohongan tersebut. Para pecacai Pakatan Rakyat pula menyebarluaskan pembohongan tersebut dan berjaya menimbulkan persepsi bahawa gambar-gambar itu adalah gambar-gambar tulen.

Selepas itu, semakin meriahlah fitnah dan hasutan yang dibuat demi kemenangan Pakatan Rakyat. Menariknya, mereka melakukannya secara bebas tetapi mereka mempromosikannya sebagai salah satu ciptaan dan kejahatan UMNO.


Perhatikan gambar-gambar yang sedang diviralkan di Internet khususnya di Facebook. Adakah ini bukan bermaksud hasutan untuk menimbulkan kebencian seterusnya menyuburkan fitnah yang akan mengucar-ngacirkan negara ini sebagaimana yang dilakukan oleh Tian Chua pada tahun 2005 sehingga 2008 yang kemudian dipanjangkan pula oleh para penyokong mereka sehingga sekarang?


Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

Pengerusi Yayasan Al-Abrar Sifatkan Tuduhan Rafizi Ramli Sebagai Fitnah Besar dan Rafizi Wajib Bertaubat

Wednesday, 3 May 2017 · 0 comments



Yayasan Al-Abrar yang menganjurkan majlis zikir “Malaysia Berselawat” pada 2013 menafikan dakwaan Rafizi Ramli mereka pernah menerima RM5 juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusinya, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah menyifatkan tuduhan naib presiden PKR itu fitnah besar dan beliau wajib bertaubat.

“Tidak ada, tidak ada terima duit dari Najib. Itu (tuduhannya) suatu pembohongan. Dia (Rafizi) sepatutnya kena siasat betul-betul mana-mana maklumat yang dia dapat.

“Kalau kata ada terima wang RM5 juta, mesti ada akaun transaksi semuanya. Dia boleh semak.

“Apa yang Rafizi lakukan ini adalah fitnah. Dia menjawablah di depan Allah, saya malas hendak panjangkan isu,” katanya kepada FMT hari ini.

Tengah hari tadi, Rafizi dalam sebuah sidang media menamakan 3 pihak menerima wang berkaitan 1MDB daripada akaun peribadi Najib.

Selain Yayasan Al-Abrar, Rafizi turut menamakan Datuk Amhari Effendi Nazaruddin – penasihat kanan di Jabatan Perdana Menteri menerima RM2 juta dan tidak ketinggalan Najib sendiri.


Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa 2 transaksi berjumlah RM3.28 juta dibelanjakan dalam hari sama di sebuah kedai barang kemas mewah di Itali, dengan menggunakan kad kredit di bawah akaun peribadi Najib.

Dalam pada itu, Mehdar berkata, beliau mendapat sokongan kewangan daripada beberapa rakan karibnya untuk menjayakan majlis zikir “Malaysia Bersalawat” pada 7 Disember 2013.

“Duit itu hasil daripada sumbangan rakan-rakan saya seperti Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Itu juga wang yang saya kumpul. Kita kumpul dan tidak ambil 1 sen dari Najib.”

Ini adalah dakwaan ke-2 dibuat Rafizi, hampir sebulan selepas beliau menamakan bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang berkaitan 1MDB menerusi peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun.

Nasharuddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Rafizi berjanji akan meneruskan pendedahan lebih ramai pihak yang menerima wang didakwa daripada dana 1MDB.

Pada 2015, dokumen siasatan SPRM yang dipetik The Wall Street Journal mendedahkan sejumlah RM2.6 bilion mengalir masuk daripada akaun dan entiti berkait 1MDB ke akaun peribadi milik Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun berkata, wang tersebut merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi kepada Umno untuk kempen pilihan raya umum tahun itu.

Kerana WHATSAPP, Admin Mungkin Boleh Dipenjarakan

Thursday, 27 April 2017 · 0 comments



Admin-admin grup WhatsApp mula dilanda kerisauan ekoran kebarangkalian mereka dihukum kerana ahli-ahli grup menyebarkan berita-berita palsu atau menghasut di dalam grup oleh pihak berkuasa. 

Ini ekoran laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mereka mungkin akan berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana gagal menyekat atau menghentikan penyebaran maklumat-maklumat palsu.

Sudah ramai yang melahirkan kebimbangan untuk bertanggungjawab bagi kenyataan atau fitnah yang dibuat oleh orang lain. Ini adalah kerana kebanyakan orang, tidak peduli pun sama ada apa yang mereka katakan itu adalah benar atau bertentangan dengan undang-undang. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari berkata, tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap admin (pentadbir) terbabit. 

Di bawah akta-akta tersebut, pelbagai kesalahan boleh dikenakan termasuklah seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

"Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes. Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan menfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebarkan secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya. 


Terdapat desakan agar cadangan mengenakan hukuman terhadap pentadbir dilaksanakan segera termasuklah daripada Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Menurut Timbalan Presidennya, penyebaran maklumat palsu bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, tetapi juga boleh menggugat keamanan negara. 

"Di India, kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang baharu yang mana penetadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya ahli kupulan yang terbabit menyebarkan berita palsu. Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah ahli kumpulan, namun pentadbir yang akan bertanggungjawab menerima hukuman kerana dia tidak menapis dan memadamkan terlebih dahulu berita palsu daripada terus disebarkan," katanya.

Bagaimanapun, terdapat banyak pendekatan lain yang boleh diambil untuk memantau penyebaran maklumat palsu seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaaan. 

Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah - Hukuman penjara 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. 

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan berita palsu - denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Akta Hasutan 1948 - Penjara tiga tahun atau denda RM5000 atau kedua-duanya sekali. 

Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 - Penjara mandatori antara satu sehingga 7 tahun. 


AZALINA OTHMAN SAID Minta Dirogol? Kenyataan Palsu Yang Diviralkan Sebagai Pre-Empt Guan Eng Hentam Shabudin Yahya!

Sunday, 23 April 2017 · 0 comments



Lim Guan Eng dan DAP sedang berusaha untuk menutup masalah yang sedang melanda parti dan kepimpinan negeri Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan masalah rasuah dan penyelewengan kuasa di mahkamah.

Lim Guan Eng dan DAP juga sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan daripada masyarakat Cina yang merupakan tonggak kepada kekuatan DAP sebelum ini apabila semakin ramai masyarakat Cina yang menzahirkan penentangan terhadap DAP dan Lim Guan Eng - sesuatu yang cuba dikekang oleh DAP dengan menggunakan kaedah ugutan dan kuku besi.

Untuk itu, angkatan propaganda DAP perlu mencari isu yang boleh mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada DAP, sekaligus memperlihatkan dan membuktikan bagaimana runtuhnya nilai-nilai kehidupan sekiranya pentadbiran negeri kembali kepada Barisan Nasional.

Musuh utama DAP, sudah tentulah UMNO walaupun DAP bertanding di kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh MCA, Gerakan atau MIC.

Lim Guan Eng secara peribadi menjadikan kenyataan YB Shabudin Yahya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari UMNO sebagai senjata terbaharunya. Sama ada dia tersalah faham, atau memang berniat hendak memutarbelitkan kenyataan sebenar YB Shabudin berkenaan perkahwinan, rogol dan remaja sepertimana yang terkandung dalam hansard Parlimen, yang pasti, Lim Guan Eng mahu isu tersebut menjadi panjang dan terbenam dalam benak para pengundi Cinanya.

Jentera propaganda DAP yang diketahui menjadikan fitnah sebagai senjata utama mereka, kini menghalakan serangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut menjaga hal ehwal Parlimen, Azalina Said.

Pagi tadi, dikesan satu fitnah berlegar-legar di WhatsApp membabtkan Azalina Said. Kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Azalina Said itu adalah sesuatu yang amat menjijikkan. Azalina Said konon-kononnya meminta orang merogolnya!

Berikut adalah kenyataan daripada pegawai khas Azalina Said berkaitan isu berkenaan.


Salam Sejahtera..

Isu kenyataan YB DS Azalina Othman Said berkaitan makkuman balas Kpd Isu Rogol Yb MP Tasek Gelugor :

Saya menafikan bahawa YBM DS Azalina mengeluarkan kenyataan tersebut bg maklum balas atau apa2 tindakan yg berkaitan merujuk undang2 Sivil & Syariah berkenaan Isu tersebut. 
Apa yg ditularkan adalah semata- mata direka n fitnah bg tujuan yg tdk pasti olh pihak2 yg tdk bertanggungjawap.
Jelas apa yg ditulis adalah fitnah utk mengaibkan individu.
Semoga kita semua dilindungi olh Allah SWT dr bahaya fitnah n Nista.

Mohd Hasri
Pegawai Khas
YBM DS Azalina

Viral DYMM Sultan Kedah Gering Adalah Palsu dan Berniat Jahat

Friday, 7 April 2017 · 0 comments



Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah menafikan khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang gering.

Beliau berkata mesej tersebut disebarkan orang tidak bertanggungjawab yang suka menambah cerita untuk sengaja ditularkan.

"Kenyataan tular itu tidak benar. Alhamdulillah baginda sihat tapi kita mesti sedar umur baginda hampir 90 tahun jadi mungkin tidak sekuat masa dahulu.

"Walaupun begitu, baru-baru ini baginda ada melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'17) dan perasmian Masjid Padang Lalang di Langkawi," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Kenyataan itu tular bersama-sama dengan satu surat pemakluman dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, meminta semua pegawai daerah memaklumkan kepada imam di daerah masing-masing supaya mengadakan solat hajat selepas selesai solat Jumaat hari ini.

Syed Unan Mashri menjelaskan surat yang dikeluarkan bagi mengadakan sembahyang hajat untuk kesejahteraan dan kesihatan Sultan Kedah itu adalah satu usaha berterusan yang diadakan dari masa ke semasa sejak dahulu lagi.

Ia bagi memohon supaya Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Sultan Kedah, katanya. - Bernama

Teruja Melakukan Fitnah, Seorang Pengguna Facebook Bogelkan Gambar Rosmah Mansor

Thursday, 6 April 2017 · 1 comments




Di sebalik tindakan pihak berkuasa mengheret mereka yang menyalahgunakan kemudahan Internet ke mahkamah, malah hukuman yang dijatuhkan juga bukan sekadar denda ringan sebaliknya penjara, masih ada yang beranggapan mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Mereka masih yakin, mereka tidak akan dapat dijejaki kerana identiti mereka di media-media sosial, khususnya Facebook, terlindung.

Justeru, kepercayaan itulah yang mendorong mereka untuk mencipta fitnah, bahkan memalukan figur-figur tertentu terutama sekali isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Netizen mendedahkan tentang tindakan seorang individu yang telah mengedit gambar isteri Perdana Menteri dalam keadaan memalukan.


Individu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Sharizal Jalil bagaimanapun, dikesan telah memadamkan posting berkenaan. Pun begitu, kecenderungannya untuk melakukan fitnah terutama menuduh Perdana Menteri mencuri, menyalahgunakan kuasa, berpakat untuk menjarah serta pembunuhan yang persepsinya adalah isteri Perdana Menteri.

Keterujaannya untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri dan isteri, pasti akan mengundang natijah yang lebih besar dari segi perundangan.

Kesalahan yang dilakukan seperti penyebaran fitnah atau berita palsu menggunakan platform Internet adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan (Akta 574) selain penyalahgunaan Internet dan media baharu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ISU BUNUH DAN PERTAHANKAN DIRI: Sedap MENFITNAH KETUA POLIS NEGARA, Kerana Ramai Yang Mudah Percaya

Saturday, 2 January 2016 · 1 comments



Barangkali itulah yang sering bermain-main dalam fikiran sesetengah orang yang cukup aktif di media-media sosial seperti Facebook.

Menjadikan beberapa individu termasuklah Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri Malaysia sebagai sasaran fitnah kerana kurang tindak balas, setiap kenyataan mereka pasti akan diputarbelit dan diberikan gambaran sebaliknya.

Lebih menarik ialah apabila kelompok pembaca dan pengguna media sosial terutama di Facebook begitu teruja untuk mengedarkan dan mewabakkan penipuan tersebut tanpa usul periksa. Malah ada pula yang begitu beria-ia berdebat dan memaki hamun di Facebook kerana percaya, mereka lebih berperikemanusiaan dan lebih faham berbanding individu yang dimaki.

Itulah yang berlaku kepada Ketua Polis Negara yang menjadi sasaran terbaru selepas dua hari sebelum itu, Timbalan Menteri Ahmad Maslan diperolok-olokkan kerana saranannya agar orang ramai terutama sekali kakitangan awam mencari kerja-kerja sampingan menggunakan kemudahan online untuk menambah pendapatan.

Ketua Polis Negara dilaporkan dan digambarkan sebagai berkata, perompak dan penjenayah yang cuba melakukan jenayah, perlu dibiarkan berleluasa. Mempertahankan diri sehingga membunuh mereka adalah satu kesalahan kepada mangsa jenayah.


Sedangkan kenyataan sebenar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara adalah berbeza bahkan bertentangan sama sekali. Ketua Polis dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai tentang batas-batas dan had mempertahankan diri kerana negara ini diuruskan dengan undang-undang.

Menurut Ketua Polis Negara, hak mempertahankan diri sepertimana yang termaktub dalam Seksen 99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had mempertahankan diri bukan hanya kepada orang awam tetapi juga kepada anggota polis. (RUJUK SINI)

Khalid berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika cuba mempertahankan dirinya di Terengganu.

Fitnah yang dibuat terhadap Khalid Abu Bakar oleh portal-portal/blog tersebut, langsung tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa. Ketidakpedulian itulah yang menyuburkan budaya fitnah. Ketidakpedulian pihak berkuasa itulah juga seolah-olah memberi isyarat bahawa FITNAH adalah sesuatu yang dibenarkan dan boleh diterima sebagai sub-budaya sosial di negara ini.

Sampai bila sebenarnya pihak berkenaan akan benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memastikan negara ini bebas daripada elemen-elemen negatif seperti tohmahan, hasutan, fitnah dan pemomokan keterlaluan seperti yang kita dapat lihat di media-media sosial?


Rupa-rupanya Si Pembuat Fitnah Yang Cuba Burukkan Nama Sultan Johor dan Kerajaan Negeri Johor Adalah KETUA PENOLONG PENGARAH ZAKAT DAN WAKAF JOHOR!

Wednesday, 12 August 2015 · 15 comments


Amat memalukan bilamana seorang individu bertaraf Ketua Penolong Pengarah Zakat dan Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor menjadi tukang pembuat fitnah.

Dalam statusnya di facebook, Mustafa Omar, telah membuat satu fitnah keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berhubung kehadiran Perdana Menteri ke Mesyuarat UMNO Pasir Gudang pada 9 Ogos 2015, yang menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

Dalam statusnya, beliau menjual nama Sultan Johor kononnya Najib dihalang untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Tetapi ternyata status yang ditulis oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitumal dan Wakaf MAINJ adalah satu fitnah dan tuduhan tanpa asas.

Kenyataan tersebut disangkal oleh netizen, Rizal Mansor yang menyatakan bahawa sememangnya jadual PM adalah ke Singapura bagi meraikan sambutan 50 Tahun penyingkiran Singapura dari Malaysia. Dan kereta yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Singapura sebagai memudahkan urusan Perdana Menteri bagi menyeberangi tambak ke Johor buat seketika.

Ternyata Mustafa Omar telah mencemarkan nama baik Majlis Agama Islam Negeri Johor malah institusi Kesultanan Johor itu sendiri. Adalah sebaiknya beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan beliau. Aku mengharapkan agar kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap pegawai ini agar menjadi iktibar dimasa akan datang - sumber


Mampukah Tindakan Penguatkuasaan Diambil Ke Atas Tian Chua dan Sim Tze Tzin Yang Terang-Terang Melakukan Fitnah dan Putarbelit Media Sosial!

Sunday, 2 August 2015 · 4 comments


Tian Chua menyebarkan pembohongan dengan menfitnah dan memperlekehkan PDRM apabila dikatakan gagal mendapatkan reman untuk menyoal siasat Rashpal Singh dan Jessica Sidhu berhubung pembabitan mereka dengan Sarawak Report.

Ketua Polis Negara terpaksa mengeluarkan kenyataan di Twitter dengan menafikan pembohongan Tian Chua dan selain menyebut tweet yang dibuat oleh Tian Chua itu adalah dalam usaha untuk mewujudkan kekeliruan kepada orang ramai.

Tian Chua amat diingati kerana keterkaitannya dengan peristiwa Lahad Datu yang telah mengorbankan 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Menyifatkan peristiwa Lahad Datu sebagai 'SANDIWARA UMNO', Tian Chua langsung tidak memberikan sebarang ulasan berhubung kematian dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang telah dibunuh oleh lanun-lanun Suluk.

Tiada sebarang tindakan ke atasnya dan Tian Chua terus bercakap besar selain bebas melakukan fitnah.

PKR tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang kuat melakukan fitnah demi meraih sokongan dan menyemarakkan kebencian. Sama seperti DAP yang cukup kreatif mencipta fitnah seperti Nga Kor Ming, salah seorang tukang pereka fitnah PKR adalah Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru.

Dengan menggunakan Facebook, Sim Tze Tzin menggunakan sekeping gambar yang telah disiarkan oleh Sinar Harian pada 20 Mac 2013 yang memaparkan bekas Peguam Negara, Ghani Patail dikawal oleh seorang anggota keselamatan bersenjata.

Sim Tze Tzin cuba mengambil kesempatan melakukan fitnah dengan cubaan menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada PDRM selain Kerajaan apabila bekas Peguam Negara, Ghani Patail digambarkan sedang ditangkap dengan menggunakan anggota keselamatan yang lengkap bersenjata sebaik-baik sahaja dia dipecat daripada jawatan Peguam Negara.

Sim Tze Tzin dengan bermodalkan gambar lama yang langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang diperkatakannya, cuba menggambarkan bagaimana kekejaman kerajaan dengan menggunakan PDRM untuk menghapuskan sebarang penentangan atau cubaan menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak.


Tindakan seharusnya dikenakan ke atas Sim Tze Tzin. Orang politik sepertinya seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada rakyat awam. Apatah lagi dia adalah seorang Ahli Parlimen. Sepatutnya orang sepertinya tidak menunjukkan contoh bagaimana matlamat menghalalkan cara termasuklah dengan melakukan fitnah.

Sehubungan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa tindakan tidak akan disusuli terlebih dahulu dengan amaran bagi pihak yang melakukan fitnah dan putarbelit media, Sim Tze Tzin seharusnya dikenakan tindakan bersama-sama dengan Tian Chua kerana objektif mereka sangat jelas iaitu melakukan fitnah dan fitnah tersebut bertujuan untuk mewujudkan ketidaktenteraman dan ketidakstabilan di negara ini.

Kita mengharapkan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri baru Malaysia tidak mengulangi amaran berulang kali tanpa sebarang tindakan tegas yang amat diperlukan dalam mendisiplinkan dan menjaga keselamatan negara ini daripada sebarang anasir subversif yang tidak lagi menggalas senjata di dalam hutan tetapi sebaliknya menggunakan keyboard komputer atau telefon pintar mereka untuk mewujudkan ketakutan dan ancaman nasional.

Deraf Waran Tangkap Palsu Ke Atas Najib Abdul Razak, Dedahkan Konspirasi Besar Dalang Tertentu Untuk Hancurkan Negara Ini

Friday, 31 July 2015 · 3 comments

Apabila Sarawak Report dengan penuh bangganya menyiarkan deraf waran tangkap yang sebenarnya merupakan deraf kertas pertuduhan kepada umum, sekaligus cuba mengaitkannya dengan pemecatan Abdul Ghani Patail daripada jawatan Peguam Negara, ada banyak pihak yang mulai menyebarkan khabar-khabar angin dan teori-teori konspirasi yang tidak kurang menariknya.

Namun, walau apa pun teori yang dibentangkan dan cuba didendangkan, hakikatnya deraf itu sendiri adalah satu fitnah yang cuba membodoh-bodohkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Tidak menghairankan apabila ramai rakyat Malaysia yang cukup bodoh untuk mempercayai laporan Sarawak Report.


Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara berhubung fitnah berkenaan:

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA

30 Julai 2015

1. Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.

2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami.

3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai.

4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.

5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah.

STATEMENT BY ATTORNEY GENERAL MALAYSIA

30 July 2015

1. These allegations by foreign national Clare Rewcastle Brown in political blog Sarawak Report are false.

2. T‎he alleged charge sheets are not in and never reached the Attorney General’s Chambers. Furthermore, the format of the sheets is not correct or written by our Chambers. ‎
‎
3. The Special Task Force investigation has not been completed. So it is not legally possible for charge sheets to be drafted in advance.

4. These alleged charge papers therefore indicate that there is a conspiracy to topple a serving Prime Minister by criminalising him, and that the methods include doctoring and criminal leakage.

5. This plot represents a threat to Malaysia’s democracy and I will direct for all action possible to be taken to investigate. The full force of the law will be applied without exception to any that are found guilty. ‎
‎
TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
ATTORNEY GENERAL MALAYSIA


Bagi yang percaya bahawa apa yang disiarkan oleh Sarawak Report tersebut adalah tulen, mereka barangkali tidak tahu, yang disiarkan itu adalah kertas pertduuhan. Bagaimana kertas pertuduhan didraf walhal tidak pernah kedengaran Perdana Menteri disoalsiasat mahupn mana-mana individu termasuk pegawai Ambank dipanggil untuk memberikan keterangan?

Pejabat Timbalan Pendakwaraya tidak akan mendraf kertas pertuduhan tanpa Pegawai Penyiasat mengemukakan Investigation Diary (ID) kepada mereka. Itu bermakna siasatan sudah lengkap untuk buat pertuduhan di mahkamah.

Kenapa perlu waran tangkap sedangkan Perdana Menteri hampir setiap hari dipaparkan di media-media di mana dia berada? Waran Tangkap lazimya dikeluarkan apabila anda tidak hadir di mahkamah tanpa sebarang alasan.


UMNO, PMO, Pejabat Peguam Negara sendiri, mahupun Najib Abdul Razak perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebar dan pencipta fitnah ini. Bantahan dan desakan perlu dibuat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia agar kerajaan negara itu mengambil tindakan ke atas Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown yang tidak henti-henti menabur fitnah serta menggunakan dokumen-dokumen palsu untuk mencetuskan kegelisahan serta menggugat kestabilan di negara ini.

ROSMAH DIFITNAH BOM AIDANA BAIZIEVA YANG MENYEBABKAN HELIKOPTER BAWA JAMALUDDIN JARJIS TERHEMPAS

Thursday, 9 April 2015 · 3 comments

Kalau dah mulut keparat, hati berkarat, dalam otak tak ada benda lain kecuali mengumpat dan berjahat.

Itu yang berlaku apabila pecacai Pakatan yang sukar menerima hakikat bahawa sangkaan mereka selama ini telah meleset dan hanyalah fitnah semata-mata. Hasad dengki tahap tinggi, akhirnya mendorong mereka untuk melakukan fitnah yang sekali lagi menjadikan Rosmah Mansor sebagai SASARAN POPULAR.

Seorang individu yang dikenali sebagai trooper PR telah membuat spekulasi liar tentang kejadian ngeri ke atas helikopter terbabit.

Menurutnya, Rosmah telah menggunakan bom C4 untuk meletupkan helikopter tersebut sekaligus membunuh rakan baik suaminya sendiri (dan juga penasihat utamanya) selain Ketua Setiausaha Sulit suaminya semata-mata untuk membunuh seorang wanita muda jelita ygn mempunyai hubungan atau skandal dengan menantu lelaki Rosmah Mansor. 

Anda baca sendiri kebodohan dengan niat jahat trooper terbabit apa yang ditulisnya di bawah:

RUJUK DI SINI

FITNAH HANTARAN USD500 RIBU, JAKIM AMBIL MASA SELAMA DUA HARI UNTUK MENJAWAB!

Friday, 20 March 2015 · 6 comments


Lambat dan Khianat!

Itulah yang boleh dikatakan kepada JAKIM di atas kelambatan mereka memberikan reaksi berhubung fitnah yang dilakukan oleh 'orang dalam' berhubung surat pengesahan nikah anak perempuan Perdana Menteri dan isterinya.

Berdasarkan klip video pernikahan, wang hantaran untuk anak Perdana Menteri itu hanyalah RM5000 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja), bukannya USD500,000 sebagaimana yang disebarkan oleh para pecacai Pakatan Rakyat dan masih diperkatakan sehingga ke saat ini untuk tujuan menyindir dan memomok-momokkan Najib Abdul Razak dan para penyokong Barisan Nasional.

Daripada JAKIM sendiri didedahkan bahawa surat pengesahan nikah palsu tersebut datangnya daripada kalangan kakitangan atau lebih tepat disebut 'orang dalam' JAKIM yang sudah tentu bertujuan jahat.


Umum mengetahui, JAKIM merupakan sarang kepada golongan yang amat memusuhi kerajaan tetapi masih mahu bekerja dengan kerajaan yang mereka musuhi atas alasan, wang gaji yang mereka terima bukanlah wang dari Barisan Nasional sebaliknya daripada cukai rakyat. Menariknya mereka terlupa bahawa pengurus dan pentadbiran negara ini adalah Barisan Nasional, sekaligus secara tidak langsung menjadikan Barisan Nasional adalah majikan mereka.

Sebabnya, mana-mana parti yang menjadi Kerajaan Malaysia, akan mengurus dan mentadbir Kerajaan menjadikan para kakitangan perkhidmatan awam tertakluk di bawah pekeliling serta peraturan yang dibuat oleh kerajaan sedia ada atau kerajaan semasa.


Sudah lama cerita tentang pengkhianat yang berada di dalam JAKIM, enggan melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan tetapi banyak serta pintar memberi alasan selain menyalahkan kerajaan sedia ada walaupun sebenarnya mereka yang MALAS BEKERJA, diketahui oleh rakyat Malaysia. Pengurusan dan pentadbiran JAKIM cukup lemah dan terlalu lambat bertindak.

Pengesahan bahawa penyebaran surat pengesahan nikah palsu itu adalah dibuat oleh ORANG DALAM, sememangnya tidak mengejutkan langsung kerana perkara berkenaan sudah berlaku semenjak lama dahulu. Yang cuma mengejutkan nanti ialah seandainya pengurusan dan pentadbiran JAKIM benar-benar bertindak menangani pengkhianat dan pemecah amanah itu!

Yang menariknya, mengapa Asyraf Wajdi dari YADIM yang memberikan penjelasan. Apa sudah jadi dengan JAWI dengan komunikasi korporat dan Ketua Pengarah JAKIM? Adakah mereka terlalu sibuk berzikir di masjid sampai terlupa ada tanggungjawab lain yang perlu mereka perjelaskan?

Elok letak jawatan sahajalah puak-puak lembab nih... itu pun ada hati nak bersara pada usia 62 tahun!

PASANGAN GURU LAKI BINI DI KEDAH DITAHAN POLIS KERANA SEBAR MAKLUMAT PALSU BANJIR, KONONNYA BANYAK MAYAT DITEMUI BERGELIMPANGAN DALAM RUMAH

Sunday, 11 January 2015 · 9 comments


Polis menahan sepasang suami isteri yang bekerja sebagai guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan bah kuning yang melanda negeri ini menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Pasangan berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam oleh anggota Jabatan Siastaan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di rumah mereka di Kodiang, Kedah.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, suami isteri yang berasal dari Bachok, Kelantan dan Kodiang itu dikatakan menyebarkan maklumat palsu yang menyatakan sukarelawan menemui banyak mayat bergelimpangan di dalam rumah selepas air banjir surut.

Tambahnya, kedua suspek ditahan di bawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi serta Multimedia 1998. - UTUSAN ONLINE

PENFITNAH GUNAKAN BANJIR OKTOBER 2014 DI SABAH UNTUK PERTIKAIKAN BANTUAN RM550 JUTA UNTUK KELANTAN, TERENGGANU, JOHOR DAN PERAK!!!

Sunday, 4 January 2015 · 0 comments


Barangkali kerana fikir Sabah itu terlalu jauh dari Semenanjung, jauh pula daripada jangkauan media-media konvensional, para pecacai dan penjilat Pakatan Rakyat cuba menjadikan berita banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah pada Oktober 2014 sebagai isu terkini.

Konon-kononnya gambar-gambar yang disiarkan oleh golongan penfitnah tersebut adalah banjir masakini yang telah melanda Beaufort, Penampang, Kota Belud dan Tenom. Konon-kononnya jugalah, tumpuan berlebihan Kerajaan Persekutuan kepada Semenanjung telah menganaktirikan Sabah yang juga dilanda banjir dengan kesannya cukup besar kepada penduduk setempat.

Sebenarnya gambar-gambar berkenaan adalah banjir yang melanda pada 7 Oktober 2014. Antara kawasan yang paling teruk terjejas adalah Penampang, Sepanggar dan Beaufort. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Musa Aman telah mengambil langkah-langkah perlu termasuklah memberikan peruntukan besar dengan kerjasama Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah banjir pada masa akan datang.

RM250 juta telah dipohon dari Kerajaan Persekutuan. Berita-berita berkenaan banjir di Sabah telah disiarkan secara menyeluruh oleh semua stesen televisyen. Begitu juga dengan bantuan-bantuan kecemasan.

TIDAK ADA BANJIR YANG MELANDA PENAMPANG DAN BEAUFORT sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking!




Menariknya, terdapat golongan penfitnah yang tidak segan silu membuat pembohongan. Kononnya kawasan-kawasan berkenaan banjir lagi, walhal banjir hanya berlaku di Kota Belud. Dan UMNO-BN yang diketuai oleh Abdul Rahman Dahlan telah menggerakkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan tanpa sebarang pembabitan PAS, PKR atau DAP mahupun golongan yang kuat memekak dan buat fitnah.

Lebih kurang jam 10:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari tadi bertempat di Pusat Pemindahan Banjir SMK Taun Gusi Kota Belud, satu rombongan yang diketuai oleh Harif bin Musa, Ketua Pemuda UMNO Sabah telah membuat dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Lebih kurang 100 orang Pemuda MNO turut terlibat yang terdiri dari pelbagai daerah iaitu Papar, Tenom, Keningau adan Kota Belud. Antara yang turut hadir termasuklah Zamri Mahmud, Pengarah KEMAS Sabah; Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tenom; Armizan Mohd Ali, Ketua Pemuda UMNO Papar; dan Arshad Bestari, Ketua Pemuda UMNO Kota Belud.




Rombongan tersebut telah melawat dan memberikan sumbangan berupa barangan dapur seperti minyak, beras dan gula serta makanan ringan. Selesai aktiviti di SMK Taun Gusi, rombongan tersebut menuju ke Kg. Lebak Engat untuk menyampaikan sumbangan yang sama untuk penduduk kampung di sekitar kampung berkenaan.

Di penghujung program, rombongan turut melawat sebuah rumah mangsa banjir yang roboh ang berada berhampiran tebing sungai. Kes tersebut telah dipanjangkan dan dirujuk kepada Pejabat Daerah untuk tindakan lanjut.

Ramai mangsa banjir sudah pun berpindah ke rumah masing-masing memandangkan banjir sudah mulai surut.

Ternyata penyokong Pakatan Rakyat memang kuat menfitnah. Cuma yang sangat menarik ialah golongan yang kuat memperjuangkan pemisahan Sabah dari Malaysia cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan fitnah ini bertujuan untuk menghasut dan membangkitkan sentimen kemarahan rakyat Sabah kepada Kerajaan Pusat yang mereka sifatkan sebagai PENJAJAH DARI MALAYA.

PENGHINAAN! Inilah Yang Diajarkan Oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim

Monday, 1 December 2014 · 3 comments


Sebelum 2005, iaitu pada tahun Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara oleh Mahkamah Persekutuan atas faktor kesalahan teknikal walaupun Anwar Ibrahim belum menghabiskan 6 tahun hukuman kerana rasuah salahguna kuasa dan langsung tidak menjalani 8 tahun hukuman penjara walau sesaat pun untuk kesalahan meliwat, masalah penghinaan seperti yang berleluasa sekarang sukar dilihat.


Kalau ada pun pada waktu itu hanyalah pemalsuan kepala surat dan isi kandungan surat yang lebih tertumpu kepada surat-surat Perdana Menteri terutama sekali surat-surat Tun Dr. Mahathir. Kerana kurangnya pihak yang berminat untuk menyanggah dan membela kerajaan pada waktu itu, persepsi negatif berkembang subur dan pembohongan dianggap sebagai satu kebenaran.

Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, bermulalah episod dan trend baru dalam perbuatan fitnah dan pembohongan demi mendapat undi dan sokongan. Kali pertama Anwar lakukan ialah cubaan mengaitkan kematian dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak dan pembelian dua buah kapal selam dari Perancis yang telah diluluskan pembeliannya oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1995 iaitu ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Kewangan Malaysia.


Tian Chua menggunakan perisian Photoshop untuk mengukuhkan pembohongan tersebut. Para pecacai Pakatan Rakyat pula menyebarluaskan pembohongan tersebut dan berjaya menimbulkan persepsi bahawa gambar-gambar itu adalah gambar-gambar tulen.

Selepas itu, semakin meriahlah fitnah dan hasutan yang dibuat demi kemenangan Pakatan Rakyat. Menariknya, mereka melakukannya secara bebas tetapi mereka mempromosikannya sebagai salah satu ciptaan dan kejahatan UMNO.


Perhatikan gambar-gambar yang sedang diviralkan di Internet khususnya di Facebook. Adakah ini bukan bermaksud hasutan untuk menimbulkan kebencian seterusnya menyuburkan fitnah yang akan mengucar-ngacirkan negara ini sebagaimana yang dilakukan oleh Tian Chua pada tahun 2005 sehingga 2008 yang kemudian dipanjangkan pula oleh para penyokong mereka sehingga sekarang?


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks