Akhirnya, WANITA PEGAWAI BANK HONG LEONG Yang Rasis Itu, Dijatuhi HUKUMAN PENJARA 6 Bulan

Monday, 21 December 2015 | 4 comments

Oktober 2014, satu kes membabitkan seorang pegawai Hong Leong Bank Seri Tebrau, Johor telah didedahkan dan satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan berbangsa Melayu ekoran pegawai Hong Leong Bank itu mengeluarkan kata-kata nista yang berbunyi:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"



Keadaan menjadi kecoh apabila orang ramai menyuarakan tidak puas hati terhadap pengurusan dan pentadbiran bank tersebut. 

April 2015, pegawai Hong Leong Bank berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah. Perbicaraan telah dijalankan ke atasnya.

Hari ini, bertempat di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Jalan Air Molek, Johor Bahru, Liau Choy Wan, pegawai Hong Leong Bank, telah didapati dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Dia telah dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan, manakala wang jaminannya berjumlah RM10,000 telah dipulangkan. 


Hakim untuk kes tersebut adalah Yang Arif Azlan Shah Alias, manakala pendakwaan dijalankan oleh Tuan Saiful Edris. 

Liau Choy Wan telah diwakili oleh peguamnya, Adnan Ismail. 


PENGURUS Cinabeng DAP RASIS Hong Leong Bank Tak Mengaku Salah

Sunday, 24 August 2014 | 20 comments



 


JOHOR BAHARU: Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Ahad di atas tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.

Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49 dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada pukul 6 petang, 8 April lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Md Zahar Ngah yang mewakili Choy Wan memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memberitahu jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.

SUMBER: THE STAR ONLINE
Showing posts with label rasis. Show all posts
Showing posts with label rasis. Show all posts

Akhirnya, WANITA PEGAWAI BANK HONG LEONG Yang Rasis Itu, Dijatuhi HUKUMAN PENJARA 6 Bulan

Monday, 21 December 2015 · 4 comments

Oktober 2014, satu kes membabitkan seorang pegawai Hong Leong Bank Seri Tebrau, Johor telah didedahkan dan satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan berbangsa Melayu ekoran pegawai Hong Leong Bank itu mengeluarkan kata-kata nista yang berbunyi:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"



Keadaan menjadi kecoh apabila orang ramai menyuarakan tidak puas hati terhadap pengurusan dan pentadbiran bank tersebut. 

April 2015, pegawai Hong Leong Bank berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah. Perbicaraan telah dijalankan ke atasnya.

Hari ini, bertempat di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Jalan Air Molek, Johor Bahru, Liau Choy Wan, pegawai Hong Leong Bank, telah didapati dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Dia telah dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan, manakala wang jaminannya berjumlah RM10,000 telah dipulangkan. 


Hakim untuk kes tersebut adalah Yang Arif Azlan Shah Alias, manakala pendakwaan dijalankan oleh Tuan Saiful Edris. 

Liau Choy Wan telah diwakili oleh peguamnya, Adnan Ismail. 


PENGURUS Cinabeng DAP RASIS Hong Leong Bank Tak Mengaku Salah

Sunday, 24 August 2014 · 20 comments



 


JOHOR BAHARU: Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Ahad di atas tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.

Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49 dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada pukul 6 petang, 8 April lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Md Zahar Ngah yang mewakili Choy Wan memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memberitahu jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.

SUMBER: THE STAR ONLINE

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks