Selepas Teruk Dihentam, Akhirnya CEO BSN Salahkan Agen Pengiklanan

Tuesday 30 September 2014 | 6 comments


Hari ini, panas dengan isu iklan BSN di Malaysia.

Sebelum ini pun, ada iklan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan di Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Walaupun telah ditegur dan dikritik, nampaknya mereka yang memberikan kerja-kerja pengiklanan tersebut tidak menjelaskan kepada konsultan atau broker atau agen iklan tentang di mana dan bagaimana iklan-iklan berkenaan dipasang.

Yang pastinya, upah yang diberikan dan kos yang perlu ditanggung serta diserahkan kepada The Malaysian Insider dan Malaysiakini bernilai sangat tinggi.

Hari ini, mereka yang sudah tidak dapat menahan sabar, membuat kritikan dan meluahkan kemarahan kepada Kerajaan Malaysia kerana terlalu cuai, culas dan degil untuk terus mengiklankan produk mereka di portal-portal pro-Pakatan Rakyat.

Walaupun terdapat banyak medium-medium sosial lain pro-Kerajaan, namun yang pasti, pihak berkenaan lebih berminat dengan tapak di media pro-Pakatan.

Alasan yang diberikan adalah untuk menarik pelanggan-pelanggan baru terutama dari kaum Cina. Sedangkan terdapat banyak kaedah atau media lain yang boleh digunakan untuk menarik pelanggan-pelanggan baru tanpa perlu merendahkan diri untuk dihina oleh Pakatan Rakyat menerusi kewangan yang disalurkan oleh UMNO-BN sendiri.

Baru sebentar tadi, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan membuat pengumuman yang iklan di Malaysiakini telah ditarik balik dan alasannya sudah boleh dijangkakan iaitu KESALAHAN AGEN PENGIKLANAN.

Kita percaya, perkara ini tetap akan berulang pada masa hadapan.

KEKEJAMAN dan KEZALIMAN MELAYU Membolehkan Francis YTL Bina Rumah Lebih Besar Dari Istana Negara!


Tidak lama dahulu, Francis Yeoh yang menguasai Empayar YTL dan terlalu banyak mendapat kontrak bernilai tinggi daripada kerajaan Melayu-Bumiputera Malaysia sebelum kontrak-kontrak tersebut diserahkan kepada syarikat-syarikat Melayu-Bumiputera pula, merungut dan menghentam Kerajaan Malaysia kerana kononnya menzalimi dan mendiskriminasi orang bukan Melayu, khususnya Cina.

Kempen persepsi Kerajaan UMNO-BN terhadap Bukan Melayu, telah dipelopori oleh DAP dan dibantu oleh Anwar Ibrahim. Menariknya, kenyataan yang dibuat oleh Francis Yeoh yang sakit hati apabila salah satu daripada projek IPPnya di Johor mendapat bantahan dan kritikan, turut disokong oleh DAP yang rata-rata pemimpinnya berumah besar dan mewah seperti Nga Kor Ming.


Anehnya, di sebalik pelbagai kempen kononnya UMNO-BN zalim kepada bukan Melayu, khususnya Cina, Kerajaan UMNO-BN jugalah yang membenarkan kaum bukan Melayu-Bumiputera mempunyai hak mengundi, mempunyai hak politik tanpa batasan, mempunyai persatuan dan sekolah-sekolah vernakular yang dibiayai oleh kerajaan, bahkan membenarkan mereka menjadi ULTRA KAYA seperti Francis Yeoh, Robert Kuok dan sebagainya.

Berbanding negara-negara lain yang melakukan pelbagai sekatan terutama sekali dari segi hak berpolitik dan menentukan hala tuju negara, di Malaysia, rakyat bukan Melayu-Bumiputera terlalu bebas, termasuklah terlalu bebas menghasut untuk menggulingkan kerajaan dan menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu dengan bantuan daripada macai-macai Melayu mereka yang mendapat upah seringgit dua.


Perhatikanlah gambar-gambar yang disajikan ini. Ini adalah salah satu daripada rumah agam Francis Yeoh, seorang tokoh korporat yang banyak mendapat projek kerajaan sebelum ini dan merungut kerajaan berlaku zalim dan mendiskriminasi orang bukan Melayu-Bumiputera!!!

Anehnya, tiada sebarang rungutan atau komen tentang kekayaan Francis Yeoh dan manusia-manusia sejenisnya. Malah, ada pula yang berkata, CINA RAJIN, MELAYU MALAS bagi menjawab persoalan tentang kekayaan yang tidak merata itu. Lebih malang lagi, ada pula yang berkata, apa nak dihairankan dengan kekayaan Cina, sedangkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO kaya-raya berbanding para pengikut, sedangkan mereka tidak mampu pun untuk menghadirkan bukti.

Paling aneh ialah, manusia seperti Francis Yeoh yang mendapat kekayaan menerusi pelbagai jenis projek kerajaan, tidak pernah dipertikaikan, tetapi Melayu, walaupun hanya satu projek bernilai RM200 juta, akan dikorek sehingga ke lubang cacing bagi menunjukkan berlakunya penyelewengan dan rasuah.

Demonstrasi Halau PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat, Gagal dan Memalukan


Walaupun beberapa orang pemimpin PKR cuba mempublisitikan acara yang dijalankan di hadapan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, namun ternyata publisiti serta promosi yang dibuat, gagal menarik perhatian orang ramai.

Daripada sekurang-kurangnya 300 orang yang hadir dan melaung-laungkan PAS keluar dari Pakatan, yang muncul hanyalah 7 orang bercampur blogger, wartawan dan orang awam yang lalu lalang termasuklah pelacur-pelacur kelas kambing dari hotel-hotel ayam di sekitar Ibu Pejabat PAS itu, menjadikan jumlah keseluruhan yang hadir, tidak sampai 30 orang.

Ramai yang melihat tindakan PKR menerusi LENSA ini sebenarnya hanyalah salah satu daripada drama yang cuba dicetuskan oleh Anwar Ibrahim menjelang 'tempoh rehatnya' di Penjara Sungai Buloh kian hampir. Anwar cuba mencetuskan gelombang kacau bilau apabila melakukan serangan ke atas PAS selain turut mempertikaikan Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor yang akhirnya melepaskan jawatan kepada Azmin Ali.

Bagaimanapun, berbeza dari tahun 1998, gelombang yang diwujudkan kali ini tidak menjadi. Bahkan tidak langsung mendapat sambutan. Lebih-lebih lagi apabila banyak perbuatan dan rancangan jahatnya didedahkan menerusi media-media sosial berbanding pada tahun 1998 apabila media-media sosial dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan pro-Anwar.

Lakonan kali ini nampak lebih hebat apabila Anwar Ibrahim menjadi antagonis yang memecah belahkan PAS sebelum kemudiannya dia muncul sebagai penyelamat parti sekongkol PKR dalam Pakatan Rakyat itu. Tindakan ini perlu dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin kerana hanya PAS  yang boleh menggerakkan orang ramai untuk demonstrasi besar-besaran di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh PAS dalam demonstrasi-demonstrasi lalu.

Dengan kekalahan demi kekalahan serta masalah demi masalah terutama yang melanda PKR dan DAP, PAS merupakan medium terbaik buat Anwar Ibrahim untuk membuktikan yang dia adalah seorang penyelamat dan wira besar.

Bagaimanapun, lakonan di hadapan Ibu Pejabat PAS hari ini, tidak menjadi. Muka-muka yang sama dalam demonstrasi membebaskan Rejimen Anarki dihantar untuk membebaskan PAS dari Pakatan Rakyat dalam dua demonstrasi berasingan dan berturut-turut.

Kedua-dua demonstrasi itu sekadar berstatus flash-mob dan digelakkan oleh orang ramai!

Kaedah demonstrasi berbayar seperti yang berlaku di Indonesia, ternyata telah gagal.





Pegawai Kementerian Pelajaran 'BOCORKAN' Punca Sebenar Soalan UPSR Bocor!

Monday 29 September 2014 | 2 comments

Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: “pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor”. Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: “esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok”. Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.

Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca “command” atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.

Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM telah acap kali bocor. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.

Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak, jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak.

Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya.

Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan anak-anak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau “straight A”. A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi.

Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan “straight A”.

Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara “natural” seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila menduduki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang.

Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah menduduki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tuisyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tuisyen dan tiada paksaan.

Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki.

Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka sendiri.

Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya. Saya dan isteri sentiasa sibuk dengan tugasan kerja rasmi, Di waktu antara maghrib dan isyak ketika di bilik solat, saya bertanyakan tentang persekolahan mereka. Itu sahaja masa yang saya ada untuk memberi dorongan kepada mereka. Tetapi setiap malam kami bersolat hajat untuk kejayaan ahli keluarga. Inilah kekuatan luar biasa yang tiada tolok bandingnya.

Apabila terdengar cerita dan terbaca berita di dalam media sosial tentang soalan bocor, terfikir oleh saya soalan bocor atau integriti segelintir orang yang diamanahkan itu yang bocor. Kenapa boleh bocor. Apabila bocor mesti ada orang yang kena dipertanggungjawabkan di atas kebocoran ini. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada bocor atau ketirisan integriti mereka ini.

Antaranya pencetak soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan KPM dan juga pegawai yang diamanahkan di Bilik Kebal setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Saya bukan menuduh, tetapi kebocoran pasti bermula dari salah satu lubang di situ.

Agak lama juga saya bekerja di KPM Putrajaya. Sedikit sebanyak perkara-perkara dasar seperti ini saya tahu juga. Isunya lebih kepada integriti pegawai yang diamanahkan menggubal soalan, pencetak yang diamanahkan mencetak soalan dan pegawai yang diamanahkan menjaga Bilik Kebal. Mereka ini perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu. Mereka telah mengharubirukan suasana ketenangan murid yang sedang menduduki UPSR. Kurang sungguh integriti segelintir mereka yang diamanahkan terhadap perkara-perkara yang sulit seperti soalan peperiksaan ini.

Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak. Saya mahu kesemua anak saya menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin. Harapan yang terlalu tinggi menjadi tekanan kepada anak-anak kita. Mereka akan stress. Bertambah stress jika peperiksaan ditangguhkan.

WAN AZIZAH Tersesat Jalan Ke Kajang Ketika Kajang Sekali Lagi Dilanda Banjir Besar


Hari ini Kajang mengulangi kembali BANJIR KILAT besar sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Walaupun beberapa masalah membabitkan saliran dan perparitan telah dikenalpasti menjadi punca banjir di Kajang, tetapi Pakatan Rakyat yang hanya pandai meminta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tetapi tidak menggunakan peruntukan tersebut untuk menambahbaikkan prasarana rakyat.

Pada ketika mereka menjadi pembangkang di Selangor, cakap mereka sepeti mereka mampu mengubah Selangor seperti sebuah negeri Shangri-La atau dalam bahasa Islamnya, Syurga Firdausi. Namun setelah 6 tahun Selangor berada di tangan Pakatan Rakyat, kebanyakan prasarana yang disediakan lebih awal oleh Kerajaan Barisan Nasional, semakin teruk. Bukan kerana terlalu mundur tetapi kerana tidak diselenggara, tidak dinaiktarafkan dan tidak dijaga.

Dari sampah, tikus, harga sewa mahupun harga rumah yang terlalu tinggi, Selangor merupakan lubuk banjir yang tidak berkesudahan kerana corak pengorekan pasir yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor dan penender-penender kroni Pakatan Rakyat bukan menyenangkan, sebaliknya semakin menyusahkan penduduk.



Bagaimanapun, banjir yang melanda buat kesekian kalinya di Kajang, merupakan 'ubat' kepada penduduk Kajang yang percaya, Wan Azizah dan Pakatan Rakyat, khususnya PKR mampu menyelesaikan masalah itu. Apatah lagi, Pakatan Rakyat sentiasa mendabik dada, mereka buat segala-galanya tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan, sekalipun Laporan Ketua AuditNegara  menunjukkan Selangor menerima peruntukan besar yang tidak digunakan, tetapi ditukarkan menjadi pendapatan negeri.

Yang menjadi tarikan sekarang ialah, KE MANA PERGINYA ADUN KAJANG yang kerap tersasul dan tidak tahu kawasan yang diwakilinya - Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR merangkap isteri KETUM?

Apakah Wan Azizah tersesat dan tidak dapat membezakan antara Kajang, Bangi, Bandar Baru Bangi dan Semenyeh sehingga dia gagal mengetahui bahawa Kajang sedang dilanda banjir hari ini?



Bagaimana pula dengan Majlis Daerah Kajang yang cukup terkenal dengan kematian Teoh Beng Hock yang dipolitikkan oleh DAP dan PKR? Ke mana peruntukan untuk perparitan dan saliran digunakan memandangkan saliran dan perparitan di Kajang tidak pernah berubah-ubah semenjak dari dahulu?

Siapakah yang mendapat kontrak untuk mendalamkan sungai serta membersihkan parit dan longkang di sekitar Kajang sehinggakan hujan lebat yang sedikit sahaja, sudah cukup untuk menenggelamkan pekan Kajang?

Dan yang lebih penting, MANA JANJI PAKATAN MAHU MENYELESAIKAN MASALAH BANJIR di Kajang yang mereka janjikan pada kempen PRK DUN Kajang beberapa bulan lepas?



PESTA SEKS SARDIN (78 LELAKI, 18 WANITA) DI KONDOMINIUM DUA BILIK DI SENTUL!


Sebuah kondominium dua bilik yang hanya seluas 97 meter persegi di Sentul, malam kelmarin padat bagaikan ‘tin sardin’ berikutan kehadiran hampir 100 individu iaitu 78 lelaki dan 18 wanita termasuk remaja perempuan berusia semuda 16 tahun bersesak dipercayai berpesta seks dan dadah.

Ketika diserbu jam 5 pagi semalam, polis mendapati segenap ruang dalam kondominum itu dipenuhi peserta pesta berkenaan termasuk ruang tamu, dapur dan bilik air yang dalam keadaan khayal akibat mengambil dadah dengan ramai antaranya terbaring di lantai.

Malah ada remaja perempuan dan lelaki yang menyertai pesta itu didapati dalam keadaan bogel, dipercayai selepas melakukan hubungan seks.

SUMBER : HARIAN METRO

GAMBAR BOGEL Menyerupai Diri: Konstabel Polis Wanita di Pulau Pinang Buat Laporan Polis

Sunday 28 September 2014 | 3 comments


GEORGETOWN : Seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang membuat laporan polis beliau di beritahu rakan-rakannya bahawa tersebar di internet dan applikasi Whatsapp foto wanita separuh bogel yang menyerupai dirinya.

Di dalam laporan polisnya, beliau menafikan wanita di dalam foto itu adalah dirinya walaupun wajah wanita tersebut menyerupai dirinya.

Di acara Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan sedang menjejaki beberapa individu yang di duga dapat membantu siasatan.

“Kami menganggap serius walaupun anggota yang dalam usia 20-an itu menafikannya. Mungkin gambar wanita separuh bogel itu menyerupai mukanya, namun kepada yang mengenalinya akan tahu bahawa itu bukan dia,” kata Thaiveegan kepada pemberita.

Tambah beliau lagi, pihak polis sudah minta kerjasama dari SKMM untuk membantu mengesan pihak-pihak yang menyebar foto tersebut.

Kes itu sekarang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SUMBER

IMPIAN SARAWAK Atau PEMBOHONGAN BESAR DAP DI SARAWAK?

DAP sekarang ini giat menjalankan kempen PEMBANGUNAN di Sarawak menerusi kempen IMPIAN SARAWAK, terutama sekali kawasan-kawasan yang menjadi sasaran untuk dimenangi pada Pilihanraya Negeri yang akan datang. Dan seperti biasa, Barisan Nasional lebih banyak menutup mata, membiarkan DAP bermaharajalela tanpa sebarang tentangan walaupun sebenarnya DAP melakukan penipuan terang-terangan.


Kalau di Semenanjung, DAP sekadar bercakap tentang elemen-elemen seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, open tender dan sebagainya, di Sarawak pula, DAP cuba muncul sebagai perwira dengan janji-janji pembangunan.

Dan menariknya, seperti di Lawas, DAP mengambil kredit daripada pembangunan dan penaiktarafan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Modal yang dikeluarkan oleh DAP hanyalah retorik. Cukup sekadar memperlihatkan kesungguhan DAP untuk membangunkan prasarana rakyat, DAP cuba menarik perhatian dan sokongan daripada penduduk tempatan kepada mereka.

Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan negeri sudah pun memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk pembangunan prasarana. DAP sanggup mencari kampung-kampung terpencil, menghantar pemimpin-pemimpin muda mereka yang berwajah cantik dan berlakon seperti sedang bekerja keras bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat.


Di Lawas, batang paip air besar yang disediakan dan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak tidak memerlukan derma daripada masyarakat dan orang ramai berbanding saluran getah berwarna hitam yang diberikan oleh DAP. Penyaluran air oleh Kerajaan Negeri Sarawak mencangkupi kawasan yang jauh lebih luas tanpa banyak promosi mahupun publisiti. Sedangkan dengan hanya sebatang salur getah berwarna hitam, DAP mencanangkan bahawa bekalan air di seluruh Sarawak telah berjaya diberikan hasil kerja dan usaha DAP.

Di Ba'kelalan, generator kuasa yang disediakan oleh Kerajaan Negeri jauh lebih mencukupi dan berkuasa tinggi. Namun demi meraih simpati dan perhatian, DAP menghantar sebuah generator kuasa bersaiz kecil yang hanya untuk sebuah atau dua buah rumah dan kemudian meuwar-uwarkan kepada rakyat Malaysia bahawa Ba'kelalan bercahaya kerana generator sumbangan DAP.


Sasaran DAP sebenarnya adalah untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak memandangkan Sarawak mempunyai Undang-Undang Tubuh yang jauh 'lebih longgar' berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Kalau sebelum ini, usaha subversif mereka menerusi penajaan SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM) gagal apabila kerajaan mula menguatkuasakan undang-undang Anti-Hasutan, DAP segera menggunakan pendekatan yang lebih hampir dengan masyarakat di Sarawak, iaitu pembangunan.

Keadaan geografi dan keluasan negeri Sarawak, selain kedudukan petempatan yang jauh serta terpencil, tidak pernah diterangkan oleh DAP mahupun Pakatan Rakyat. Sebaliknya, lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Semenanjung yang sampai mereka mungkin sekadar di bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan sebagainya, melihat Sarawak sama seperti Perlis yang kentut di seberang sini, boleh dengar di seberang sana.

Apatah lagi tanggapan dan persepsi Pakatan Rakyat terhadap rakyat Sarawak yang bagi mereka jauh lebih bodoh dan mudah diperbodoh-bodohkan dengan hanya sedikit modal dan sedikit temberang!

ANWAR IBRAHIM Malu dan Mengamuk Besar Di Permatang Pauh

Semalam, Pakatan Rakyat menampilkan dan menurunkan sejumlah besar pemimpin heavyweight untuk berceramah tentang Akta Hasutan. Mereka mahu mewujudkan gelombang anti Akta Hasutan sepertimana yang mereka lakukan ketika mendesak kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Bagaimanapun, lain yang dirancang, lain pula yang menjadi.

Dengan permulaan gelombang di kubu kuat Anwar Ibrahim sendiri di Permatang Pauh, si KETUM yang sentiasa berasakan dia adalah daya penarik ceramah dan mampu mengundang kehadiran puluhan ribu orang ke ceramah anti-Akta Hasutan itu, mula beraksi walaupun agak lambat. Lagipun, keyakinannya bertambah menebal apabila yang akan sama-sama berceramah dengannya nanti adalah Mat Sabu, Afief, Adam Adli dan sebagainya.

Jadi, jangkaan awal kehadiran ialah sekurang-kurangnya 3000 orang!

Malangnya, yang hadir untuk mendengar temberang Anwar Ibrahim, tidak sampai 300 orang. Dan pada pertengahan ceramah berapi-api Anwar Ibrahim, jumlah tersebut semakin merosot apabila semakin ramai yang meninggalkan tapak ceramah. Manakala para peniaga kecil yang berjaja di tapak ceramah dengan harapan, perniagaan mereka akan mendapat untung besar, mengeluh berat apabila perniagaan mereka tidak laku dan lebih besar modal yang dikeluarkan berbanding keuntungan.

Anwar Ibrahim mengamuk dan memaki hamun penganjur kerana gagal menarik kehadiran lebih ramai pendengar dan hadirin. Anwar menyalahkan publisiti dan promosi yang tidak cukup kuat dibuat oleh penganjur sehinggakan ceramah tersebut menjadi begitu hambar dan ditertawakan orang ramai.

Sedangkan Permatang Pauh dianggap sebagai kubu kebalnya yang tidak boleh ditembusi oleh sesiapa pun. Kalau kehadirannya pun hanya mampu menarik 300 orang bagi isu yang dianggap besar dan hebat, keadaan akan bertambah buruk apabila dia dimasukkan ke penjara nanti kerana kesalahan meliwat.

AHLI PARLIMEN PKR ALOR STAR, Cadangkan Pakatan Rakyat Hapuskan Institusi Kesultanan Melayu Selangor!

Thursday 25 September 2014 | 25 comments


Cadangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Alor Star dari PKR, Gooi Hsiou Leong agar Sultan Selangor diturunkan 'pangkat' dan dihapuskan kuasanya menerusi PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI, sangat kurang ajar, biadap dan tidak kenang diuntung.

Gooi Hsiou Leong membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang membabitkan kuasa DYMM Sultan Selangor. Hsiou Leong mempertikaikan kuasa Sultan Selangor kerana baginya, Sultan Selangor tidak punya sebarang hak kecuali memberikan perkenan sahaja dengan alasan, pemilihan Menteri Besar Selangor adalah berdasarkan meritokrasi.

Dari awal KAJANG MOVE lagi, PKR menerusi Anwar Ibrahim cuba mengenepikan DYMM Sultan Selangor, bahkan cuba menimbulkan persepsi bahawa DYMM Sultan Selangor tidak wujud dan tidak mempunyai sebarang kuasa. DAP turut mendendangkan lagu yang sama.

Dengan majoriti lebih 2/3, Pakatan Rakyat Selangor kini mempunyai peluang untuk menghapuskan banyak perkara dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, terutama sekali apabila Azmin Ali mula memperkatakan tentang kuasa MAIS dan JAIS menerusi isu Bible Bahasa Melayu dan KALIMAH ALLAH.


Berdasarkan kepada kecenderungan Pakatan Rakyat, Azmin Ali tidak akan mengambil masa yang panjang untuk akur kepada kehendak untuk menghapuskan Sultan Selangor, Institusi Kesultanan Selangor dan kepentingan Melayu-Islam atas nama MERITOKRASI, SUARA RAKYAT, KEBEBASAN BERSUARA dan KEBEBASAN BERAGAMA.

Bunga-bunga ke arah itu sedang dapat dilihat dengan jelas!

BACA JUGA DINTURTLE

SEKITAR Jam-Jam Terawal Hari Pengundian PRK Pengkalan Kubor





Jam 8:00 pagi: Menteri Besar Kelantan turut mengiringi calon PAS ke Pusat Mengundi di SK Bendang Pak Yong dan calon selesai mengundi pada jam 8:15 pagi.

Jam 8:25 pagi: Jalan dari Telaga Bata ke SK Bunohan sudah mulai sesak.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Kg. Ketil (SK Pengkalan Kubor 2), kempen PAS kelihatan lebih agresif berbanding BN di Pusat Pembuangan Undi. PAS menggunakan plakad GST dan Royalti bagi meraih undi apabila pengundi melintasi barong PAS.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Tujoh, peraih undi BN lebih kurang 120 orang dan PAS pula lebih kurang 80 orang. Masing-masing agresif untuk meraih undi. Walau bagaimanapun, keadaan baik dan terkawal.

Jam 8:33 pagi: PDM Kampung Geting, peraih undi BN lebih kurang 20 orang dan PAS lebih kurang 15 orang. Keadaan terkawal. Laluan trafik lancar di jalan utama dan lorong masuk ke lokaliti.

Jam 8:45 pagi: PDM Teluk Jering (SK Teluk Jering, lebih kurang 25 orang peraih undi PAS telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Teluk Jering. Jentera BN pula lebih kurang 30 orang juga dilihat bergerak aktif. Keadaan cuaca cerah. Laluan trafik lancar.






Jam 8:47 pagi:  PDM Pengkalan Kubor, peraih undi lebih kurang 80 orang dan BN lebih kurang 50 orang. Jalan utamake tempat pembuangan undi sesak teruk. Polis trafik telah diatur untuk melancarkan lalu lintas.

Jam 9:00 pagi: PDM Teluk Jering (SK Kg. Geting) Lebih kurang 100 orang peraih undi PAS dan 100 orang pengundi BN telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Kg.Geting. Jentera BN dan PAS bergiat aktif tetapi terkawal. Laluan trafik masih lancar walaupun keadaan jalanraya sesak.

Jam 9:04 pagi: PDM Bunohan, terdapat dua kmpulan perayu undi parti bertanding. Di hujung sebelah kiri SK Bunohan dan satu lagi di hujung sebelah kanan SK Bunohan (berhadapan masjid). Perayu undi kedua-dua parti bertanding lebih agresif di penjuru sebelah kiri SK Bunohan. Penjuru sebelah kiri SK Bunohan dikuasai oleh perayu undi BN dengan jumlah mereka adalah lebih kurang 70 orang berbanding PAS, lebih kurang 10 orang.

Jam 9:20 pagi: PDM Kampung Geting, sehingga jam 9:00 seramai 247 daripada 338 orang pengundi telah menyemak daftar undi mereka di pondok BN. Aliran pengundian berjalan lancar.

Jam 9:22 pagi: PDM Kedai Geting, terdapat dua kumpulan perayu undi dari parti yang bertanding. Peraih BN di hujung sebelah kanan SMK Geting dan PAS di sebelah kiri SMK Geting (berhadapan sekolah). Perayu dan peraih undi kedua-dua parti sama-sama agresif menarik pengundi. Jumlah lebih kurang 50 orang perayu BN manakala perayu undi PAS pula sekitar 20 orang.
 






Jam 9:45 pagi: PDM Pengkalan Kubor, berlaku sedikit kekecohan di kalangan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding di PDM Pengkalan Kubor kerana diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Pihak berkuasa telah berjaya mententeramkan keadaan dan menasihati kedua-dua belah pihak agar menjarakkan kumpulan mereka sejauh 2 meter. Keadaan terkawal

Jam 10:16 pagi: Punca kesesakan dari MRSM ke Geting telah dikenalpasti. Pertama, kenderaan diletakkan di jalan sepanjang jalan ke MRSM. Kedua, lampu isyarat Geting yang tidak efektif. 

Jam 10:18 pagi: Anggota polis trafik berjaya menyuraikan kesesakan dari Tumpat ke MRSM.

Jam 10:38 pagi: Berdasarkan maklumat, seramai 60 orang pengundi Cina PDM Pengkalan Kubor dan Kg.Ketil telah keluar mengundi. Manakala di Jubakar pula, sehingga artikel ini ditulis, jumlah pengundi Cina yang telah keluar mengundi adalah 28 orang. 







laporan lanjut akan menyusul

Selepas Teruk Dihentam, Akhirnya CEO BSN Salahkan Agen Pengiklanan

Tuesday 30 September 2014 · 6 comments


Hari ini, panas dengan isu iklan BSN di Malaysia.

Sebelum ini pun, ada iklan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan di Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Walaupun telah ditegur dan dikritik, nampaknya mereka yang memberikan kerja-kerja pengiklanan tersebut tidak menjelaskan kepada konsultan atau broker atau agen iklan tentang di mana dan bagaimana iklan-iklan berkenaan dipasang.

Yang pastinya, upah yang diberikan dan kos yang perlu ditanggung serta diserahkan kepada The Malaysian Insider dan Malaysiakini bernilai sangat tinggi.

Hari ini, mereka yang sudah tidak dapat menahan sabar, membuat kritikan dan meluahkan kemarahan kepada Kerajaan Malaysia kerana terlalu cuai, culas dan degil untuk terus mengiklankan produk mereka di portal-portal pro-Pakatan Rakyat.

Walaupun terdapat banyak medium-medium sosial lain pro-Kerajaan, namun yang pasti, pihak berkenaan lebih berminat dengan tapak di media pro-Pakatan.

Alasan yang diberikan adalah untuk menarik pelanggan-pelanggan baru terutama dari kaum Cina. Sedangkan terdapat banyak kaedah atau media lain yang boleh digunakan untuk menarik pelanggan-pelanggan baru tanpa perlu merendahkan diri untuk dihina oleh Pakatan Rakyat menerusi kewangan yang disalurkan oleh UMNO-BN sendiri.

Baru sebentar tadi, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan membuat pengumuman yang iklan di Malaysiakini telah ditarik balik dan alasannya sudah boleh dijangkakan iaitu KESALAHAN AGEN PENGIKLANAN.

Kita percaya, perkara ini tetap akan berulang pada masa hadapan.

KEKEJAMAN dan KEZALIMAN MELAYU Membolehkan Francis YTL Bina Rumah Lebih Besar Dari Istana Negara!

· 4 comments


Tidak lama dahulu, Francis Yeoh yang menguasai Empayar YTL dan terlalu banyak mendapat kontrak bernilai tinggi daripada kerajaan Melayu-Bumiputera Malaysia sebelum kontrak-kontrak tersebut diserahkan kepada syarikat-syarikat Melayu-Bumiputera pula, merungut dan menghentam Kerajaan Malaysia kerana kononnya menzalimi dan mendiskriminasi orang bukan Melayu, khususnya Cina.

Kempen persepsi Kerajaan UMNO-BN terhadap Bukan Melayu, telah dipelopori oleh DAP dan dibantu oleh Anwar Ibrahim. Menariknya, kenyataan yang dibuat oleh Francis Yeoh yang sakit hati apabila salah satu daripada projek IPPnya di Johor mendapat bantahan dan kritikan, turut disokong oleh DAP yang rata-rata pemimpinnya berumah besar dan mewah seperti Nga Kor Ming.


Anehnya, di sebalik pelbagai kempen kononnya UMNO-BN zalim kepada bukan Melayu, khususnya Cina, Kerajaan UMNO-BN jugalah yang membenarkan kaum bukan Melayu-Bumiputera mempunyai hak mengundi, mempunyai hak politik tanpa batasan, mempunyai persatuan dan sekolah-sekolah vernakular yang dibiayai oleh kerajaan, bahkan membenarkan mereka menjadi ULTRA KAYA seperti Francis Yeoh, Robert Kuok dan sebagainya.

Berbanding negara-negara lain yang melakukan pelbagai sekatan terutama sekali dari segi hak berpolitik dan menentukan hala tuju negara, di Malaysia, rakyat bukan Melayu-Bumiputera terlalu bebas, termasuklah terlalu bebas menghasut untuk menggulingkan kerajaan dan menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu dengan bantuan daripada macai-macai Melayu mereka yang mendapat upah seringgit dua.


Perhatikanlah gambar-gambar yang disajikan ini. Ini adalah salah satu daripada rumah agam Francis Yeoh, seorang tokoh korporat yang banyak mendapat projek kerajaan sebelum ini dan merungut kerajaan berlaku zalim dan mendiskriminasi orang bukan Melayu-Bumiputera!!!

Anehnya, tiada sebarang rungutan atau komen tentang kekayaan Francis Yeoh dan manusia-manusia sejenisnya. Malah, ada pula yang berkata, CINA RAJIN, MELAYU MALAS bagi menjawab persoalan tentang kekayaan yang tidak merata itu. Lebih malang lagi, ada pula yang berkata, apa nak dihairankan dengan kekayaan Cina, sedangkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO kaya-raya berbanding para pengikut, sedangkan mereka tidak mampu pun untuk menghadirkan bukti.

Paling aneh ialah, manusia seperti Francis Yeoh yang mendapat kekayaan menerusi pelbagai jenis projek kerajaan, tidak pernah dipertikaikan, tetapi Melayu, walaupun hanya satu projek bernilai RM200 juta, akan dikorek sehingga ke lubang cacing bagi menunjukkan berlakunya penyelewengan dan rasuah.

Demonstrasi Halau PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat, Gagal dan Memalukan

· 2 comments


Walaupun beberapa orang pemimpin PKR cuba mempublisitikan acara yang dijalankan di hadapan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, namun ternyata publisiti serta promosi yang dibuat, gagal menarik perhatian orang ramai.

Daripada sekurang-kurangnya 300 orang yang hadir dan melaung-laungkan PAS keluar dari Pakatan, yang muncul hanyalah 7 orang bercampur blogger, wartawan dan orang awam yang lalu lalang termasuklah pelacur-pelacur kelas kambing dari hotel-hotel ayam di sekitar Ibu Pejabat PAS itu, menjadikan jumlah keseluruhan yang hadir, tidak sampai 30 orang.

Ramai yang melihat tindakan PKR menerusi LENSA ini sebenarnya hanyalah salah satu daripada drama yang cuba dicetuskan oleh Anwar Ibrahim menjelang 'tempoh rehatnya' di Penjara Sungai Buloh kian hampir. Anwar cuba mencetuskan gelombang kacau bilau apabila melakukan serangan ke atas PAS selain turut mempertikaikan Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor yang akhirnya melepaskan jawatan kepada Azmin Ali.

Bagaimanapun, berbeza dari tahun 1998, gelombang yang diwujudkan kali ini tidak menjadi. Bahkan tidak langsung mendapat sambutan. Lebih-lebih lagi apabila banyak perbuatan dan rancangan jahatnya didedahkan menerusi media-media sosial berbanding pada tahun 1998 apabila media-media sosial dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan pro-Anwar.

Lakonan kali ini nampak lebih hebat apabila Anwar Ibrahim menjadi antagonis yang memecah belahkan PAS sebelum kemudiannya dia muncul sebagai penyelamat parti sekongkol PKR dalam Pakatan Rakyat itu. Tindakan ini perlu dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin kerana hanya PAS  yang boleh menggerakkan orang ramai untuk demonstrasi besar-besaran di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh PAS dalam demonstrasi-demonstrasi lalu.

Dengan kekalahan demi kekalahan serta masalah demi masalah terutama yang melanda PKR dan DAP, PAS merupakan medium terbaik buat Anwar Ibrahim untuk membuktikan yang dia adalah seorang penyelamat dan wira besar.

Bagaimanapun, lakonan di hadapan Ibu Pejabat PAS hari ini, tidak menjadi. Muka-muka yang sama dalam demonstrasi membebaskan Rejimen Anarki dihantar untuk membebaskan PAS dari Pakatan Rakyat dalam dua demonstrasi berasingan dan berturut-turut.

Kedua-dua demonstrasi itu sekadar berstatus flash-mob dan digelakkan oleh orang ramai!

Kaedah demonstrasi berbayar seperti yang berlaku di Indonesia, ternyata telah gagal.





Pegawai Kementerian Pelajaran 'BOCORKAN' Punca Sebenar Soalan UPSR Bocor!

Monday 29 September 2014 · 2 comments

Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: “pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor”. Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: “esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok”. Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.

Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca “command” atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.

Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM telah acap kali bocor. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.

Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak, jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak.

Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya.

Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan anak-anak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau “straight A”. A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi.

Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan “straight A”.

Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara “natural” seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila menduduki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang.

Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah menduduki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tuisyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tuisyen dan tiada paksaan.

Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki.

Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka sendiri.

Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya. Saya dan isteri sentiasa sibuk dengan tugasan kerja rasmi, Di waktu antara maghrib dan isyak ketika di bilik solat, saya bertanyakan tentang persekolahan mereka. Itu sahaja masa yang saya ada untuk memberi dorongan kepada mereka. Tetapi setiap malam kami bersolat hajat untuk kejayaan ahli keluarga. Inilah kekuatan luar biasa yang tiada tolok bandingnya.

Apabila terdengar cerita dan terbaca berita di dalam media sosial tentang soalan bocor, terfikir oleh saya soalan bocor atau integriti segelintir orang yang diamanahkan itu yang bocor. Kenapa boleh bocor. Apabila bocor mesti ada orang yang kena dipertanggungjawabkan di atas kebocoran ini. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada bocor atau ketirisan integriti mereka ini.

Antaranya pencetak soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan KPM dan juga pegawai yang diamanahkan di Bilik Kebal setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Saya bukan menuduh, tetapi kebocoran pasti bermula dari salah satu lubang di situ.

Agak lama juga saya bekerja di KPM Putrajaya. Sedikit sebanyak perkara-perkara dasar seperti ini saya tahu juga. Isunya lebih kepada integriti pegawai yang diamanahkan menggubal soalan, pencetak yang diamanahkan mencetak soalan dan pegawai yang diamanahkan menjaga Bilik Kebal. Mereka ini perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu. Mereka telah mengharubirukan suasana ketenangan murid yang sedang menduduki UPSR. Kurang sungguh integriti segelintir mereka yang diamanahkan terhadap perkara-perkara yang sulit seperti soalan peperiksaan ini.

Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak. Saya mahu kesemua anak saya menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin. Harapan yang terlalu tinggi menjadi tekanan kepada anak-anak kita. Mereka akan stress. Bertambah stress jika peperiksaan ditangguhkan.

WAN AZIZAH Tersesat Jalan Ke Kajang Ketika Kajang Sekali Lagi Dilanda Banjir Besar

· 1 comments


Hari ini Kajang mengulangi kembali BANJIR KILAT besar sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Walaupun beberapa masalah membabitkan saliran dan perparitan telah dikenalpasti menjadi punca banjir di Kajang, tetapi Pakatan Rakyat yang hanya pandai meminta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tetapi tidak menggunakan peruntukan tersebut untuk menambahbaikkan prasarana rakyat.

Pada ketika mereka menjadi pembangkang di Selangor, cakap mereka sepeti mereka mampu mengubah Selangor seperti sebuah negeri Shangri-La atau dalam bahasa Islamnya, Syurga Firdausi. Namun setelah 6 tahun Selangor berada di tangan Pakatan Rakyat, kebanyakan prasarana yang disediakan lebih awal oleh Kerajaan Barisan Nasional, semakin teruk. Bukan kerana terlalu mundur tetapi kerana tidak diselenggara, tidak dinaiktarafkan dan tidak dijaga.

Dari sampah, tikus, harga sewa mahupun harga rumah yang terlalu tinggi, Selangor merupakan lubuk banjir yang tidak berkesudahan kerana corak pengorekan pasir yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor dan penender-penender kroni Pakatan Rakyat bukan menyenangkan, sebaliknya semakin menyusahkan penduduk.



Bagaimanapun, banjir yang melanda buat kesekian kalinya di Kajang, merupakan 'ubat' kepada penduduk Kajang yang percaya, Wan Azizah dan Pakatan Rakyat, khususnya PKR mampu menyelesaikan masalah itu. Apatah lagi, Pakatan Rakyat sentiasa mendabik dada, mereka buat segala-galanya tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan, sekalipun Laporan Ketua AuditNegara  menunjukkan Selangor menerima peruntukan besar yang tidak digunakan, tetapi ditukarkan menjadi pendapatan negeri.

Yang menjadi tarikan sekarang ialah, KE MANA PERGINYA ADUN KAJANG yang kerap tersasul dan tidak tahu kawasan yang diwakilinya - Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR merangkap isteri KETUM?

Apakah Wan Azizah tersesat dan tidak dapat membezakan antara Kajang, Bangi, Bandar Baru Bangi dan Semenyeh sehingga dia gagal mengetahui bahawa Kajang sedang dilanda banjir hari ini?



Bagaimana pula dengan Majlis Daerah Kajang yang cukup terkenal dengan kematian Teoh Beng Hock yang dipolitikkan oleh DAP dan PKR? Ke mana peruntukan untuk perparitan dan saliran digunakan memandangkan saliran dan perparitan di Kajang tidak pernah berubah-ubah semenjak dari dahulu?

Siapakah yang mendapat kontrak untuk mendalamkan sungai serta membersihkan parit dan longkang di sekitar Kajang sehinggakan hujan lebat yang sedikit sahaja, sudah cukup untuk menenggelamkan pekan Kajang?

Dan yang lebih penting, MANA JANJI PAKATAN MAHU MENYELESAIKAN MASALAH BANJIR di Kajang yang mereka janjikan pada kempen PRK DUN Kajang beberapa bulan lepas?



PESTA SEKS SARDIN (78 LELAKI, 18 WANITA) DI KONDOMINIUM DUA BILIK DI SENTUL!

· 2 comments


Sebuah kondominium dua bilik yang hanya seluas 97 meter persegi di Sentul, malam kelmarin padat bagaikan ‘tin sardin’ berikutan kehadiran hampir 100 individu iaitu 78 lelaki dan 18 wanita termasuk remaja perempuan berusia semuda 16 tahun bersesak dipercayai berpesta seks dan dadah.

Ketika diserbu jam 5 pagi semalam, polis mendapati segenap ruang dalam kondominum itu dipenuhi peserta pesta berkenaan termasuk ruang tamu, dapur dan bilik air yang dalam keadaan khayal akibat mengambil dadah dengan ramai antaranya terbaring di lantai.

Malah ada remaja perempuan dan lelaki yang menyertai pesta itu didapati dalam keadaan bogel, dipercayai selepas melakukan hubungan seks.

SUMBER : HARIAN METRO

GAMBAR BOGEL Menyerupai Diri: Konstabel Polis Wanita di Pulau Pinang Buat Laporan Polis

Sunday 28 September 2014 · 3 comments


GEORGETOWN : Seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang membuat laporan polis beliau di beritahu rakan-rakannya bahawa tersebar di internet dan applikasi Whatsapp foto wanita separuh bogel yang menyerupai dirinya.

Di dalam laporan polisnya, beliau menafikan wanita di dalam foto itu adalah dirinya walaupun wajah wanita tersebut menyerupai dirinya.

Di acara Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan sedang menjejaki beberapa individu yang di duga dapat membantu siasatan.

“Kami menganggap serius walaupun anggota yang dalam usia 20-an itu menafikannya. Mungkin gambar wanita separuh bogel itu menyerupai mukanya, namun kepada yang mengenalinya akan tahu bahawa itu bukan dia,” kata Thaiveegan kepada pemberita.

Tambah beliau lagi, pihak polis sudah minta kerjasama dari SKMM untuk membantu mengesan pihak-pihak yang menyebar foto tersebut.

Kes itu sekarang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SUMBER

IMPIAN SARAWAK Atau PEMBOHONGAN BESAR DAP DI SARAWAK?

· 4 comments

DAP sekarang ini giat menjalankan kempen PEMBANGUNAN di Sarawak menerusi kempen IMPIAN SARAWAK, terutama sekali kawasan-kawasan yang menjadi sasaran untuk dimenangi pada Pilihanraya Negeri yang akan datang. Dan seperti biasa, Barisan Nasional lebih banyak menutup mata, membiarkan DAP bermaharajalela tanpa sebarang tentangan walaupun sebenarnya DAP melakukan penipuan terang-terangan.


Kalau di Semenanjung, DAP sekadar bercakap tentang elemen-elemen seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, open tender dan sebagainya, di Sarawak pula, DAP cuba muncul sebagai perwira dengan janji-janji pembangunan.

Dan menariknya, seperti di Lawas, DAP mengambil kredit daripada pembangunan dan penaiktarafan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Modal yang dikeluarkan oleh DAP hanyalah retorik. Cukup sekadar memperlihatkan kesungguhan DAP untuk membangunkan prasarana rakyat, DAP cuba menarik perhatian dan sokongan daripada penduduk tempatan kepada mereka.

Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan negeri sudah pun memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk pembangunan prasarana. DAP sanggup mencari kampung-kampung terpencil, menghantar pemimpin-pemimpin muda mereka yang berwajah cantik dan berlakon seperti sedang bekerja keras bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat.


Di Lawas, batang paip air besar yang disediakan dan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak tidak memerlukan derma daripada masyarakat dan orang ramai berbanding saluran getah berwarna hitam yang diberikan oleh DAP. Penyaluran air oleh Kerajaan Negeri Sarawak mencangkupi kawasan yang jauh lebih luas tanpa banyak promosi mahupun publisiti. Sedangkan dengan hanya sebatang salur getah berwarna hitam, DAP mencanangkan bahawa bekalan air di seluruh Sarawak telah berjaya diberikan hasil kerja dan usaha DAP.

Di Ba'kelalan, generator kuasa yang disediakan oleh Kerajaan Negeri jauh lebih mencukupi dan berkuasa tinggi. Namun demi meraih simpati dan perhatian, DAP menghantar sebuah generator kuasa bersaiz kecil yang hanya untuk sebuah atau dua buah rumah dan kemudian meuwar-uwarkan kepada rakyat Malaysia bahawa Ba'kelalan bercahaya kerana generator sumbangan DAP.


Sasaran DAP sebenarnya adalah untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak memandangkan Sarawak mempunyai Undang-Undang Tubuh yang jauh 'lebih longgar' berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Kalau sebelum ini, usaha subversif mereka menerusi penajaan SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM) gagal apabila kerajaan mula menguatkuasakan undang-undang Anti-Hasutan, DAP segera menggunakan pendekatan yang lebih hampir dengan masyarakat di Sarawak, iaitu pembangunan.

Keadaan geografi dan keluasan negeri Sarawak, selain kedudukan petempatan yang jauh serta terpencil, tidak pernah diterangkan oleh DAP mahupun Pakatan Rakyat. Sebaliknya, lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Semenanjung yang sampai mereka mungkin sekadar di bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan sebagainya, melihat Sarawak sama seperti Perlis yang kentut di seberang sini, boleh dengar di seberang sana.

Apatah lagi tanggapan dan persepsi Pakatan Rakyat terhadap rakyat Sarawak yang bagi mereka jauh lebih bodoh dan mudah diperbodoh-bodohkan dengan hanya sedikit modal dan sedikit temberang!

ANWAR IBRAHIM Malu dan Mengamuk Besar Di Permatang Pauh

· 3 comments

Semalam, Pakatan Rakyat menampilkan dan menurunkan sejumlah besar pemimpin heavyweight untuk berceramah tentang Akta Hasutan. Mereka mahu mewujudkan gelombang anti Akta Hasutan sepertimana yang mereka lakukan ketika mendesak kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Bagaimanapun, lain yang dirancang, lain pula yang menjadi.

Dengan permulaan gelombang di kubu kuat Anwar Ibrahim sendiri di Permatang Pauh, si KETUM yang sentiasa berasakan dia adalah daya penarik ceramah dan mampu mengundang kehadiran puluhan ribu orang ke ceramah anti-Akta Hasutan itu, mula beraksi walaupun agak lambat. Lagipun, keyakinannya bertambah menebal apabila yang akan sama-sama berceramah dengannya nanti adalah Mat Sabu, Afief, Adam Adli dan sebagainya.

Jadi, jangkaan awal kehadiran ialah sekurang-kurangnya 3000 orang!

Malangnya, yang hadir untuk mendengar temberang Anwar Ibrahim, tidak sampai 300 orang. Dan pada pertengahan ceramah berapi-api Anwar Ibrahim, jumlah tersebut semakin merosot apabila semakin ramai yang meninggalkan tapak ceramah. Manakala para peniaga kecil yang berjaja di tapak ceramah dengan harapan, perniagaan mereka akan mendapat untung besar, mengeluh berat apabila perniagaan mereka tidak laku dan lebih besar modal yang dikeluarkan berbanding keuntungan.

Anwar Ibrahim mengamuk dan memaki hamun penganjur kerana gagal menarik kehadiran lebih ramai pendengar dan hadirin. Anwar menyalahkan publisiti dan promosi yang tidak cukup kuat dibuat oleh penganjur sehinggakan ceramah tersebut menjadi begitu hambar dan ditertawakan orang ramai.

Sedangkan Permatang Pauh dianggap sebagai kubu kebalnya yang tidak boleh ditembusi oleh sesiapa pun. Kalau kehadirannya pun hanya mampu menarik 300 orang bagi isu yang dianggap besar dan hebat, keadaan akan bertambah buruk apabila dia dimasukkan ke penjara nanti kerana kesalahan meliwat.

AHLI PARLIMEN PKR ALOR STAR, Cadangkan Pakatan Rakyat Hapuskan Institusi Kesultanan Melayu Selangor!

Thursday 25 September 2014 · 25 comments


Cadangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Alor Star dari PKR, Gooi Hsiou Leong agar Sultan Selangor diturunkan 'pangkat' dan dihapuskan kuasanya menerusi PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI, sangat kurang ajar, biadap dan tidak kenang diuntung.

Gooi Hsiou Leong membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang membabitkan kuasa DYMM Sultan Selangor. Hsiou Leong mempertikaikan kuasa Sultan Selangor kerana baginya, Sultan Selangor tidak punya sebarang hak kecuali memberikan perkenan sahaja dengan alasan, pemilihan Menteri Besar Selangor adalah berdasarkan meritokrasi.

Dari awal KAJANG MOVE lagi, PKR menerusi Anwar Ibrahim cuba mengenepikan DYMM Sultan Selangor, bahkan cuba menimbulkan persepsi bahawa DYMM Sultan Selangor tidak wujud dan tidak mempunyai sebarang kuasa. DAP turut mendendangkan lagu yang sama.

Dengan majoriti lebih 2/3, Pakatan Rakyat Selangor kini mempunyai peluang untuk menghapuskan banyak perkara dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, terutama sekali apabila Azmin Ali mula memperkatakan tentang kuasa MAIS dan JAIS menerusi isu Bible Bahasa Melayu dan KALIMAH ALLAH.


Berdasarkan kepada kecenderungan Pakatan Rakyat, Azmin Ali tidak akan mengambil masa yang panjang untuk akur kepada kehendak untuk menghapuskan Sultan Selangor, Institusi Kesultanan Selangor dan kepentingan Melayu-Islam atas nama MERITOKRASI, SUARA RAKYAT, KEBEBASAN BERSUARA dan KEBEBASAN BERAGAMA.

Bunga-bunga ke arah itu sedang dapat dilihat dengan jelas!

BACA JUGA DINTURTLE

SEKITAR Jam-Jam Terawal Hari Pengundian PRK Pengkalan Kubor

· 0 comments





Jam 8:00 pagi: Menteri Besar Kelantan turut mengiringi calon PAS ke Pusat Mengundi di SK Bendang Pak Yong dan calon selesai mengundi pada jam 8:15 pagi.

Jam 8:25 pagi: Jalan dari Telaga Bata ke SK Bunohan sudah mulai sesak.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Kg. Ketil (SK Pengkalan Kubor 2), kempen PAS kelihatan lebih agresif berbanding BN di Pusat Pembuangan Undi. PAS menggunakan plakad GST dan Royalti bagi meraih undi apabila pengundi melintasi barong PAS.

Jam 8:33 pagi: Di PDM Tujoh, peraih undi BN lebih kurang 120 orang dan PAS pula lebih kurang 80 orang. Masing-masing agresif untuk meraih undi. Walau bagaimanapun, keadaan baik dan terkawal.

Jam 8:33 pagi: PDM Kampung Geting, peraih undi BN lebih kurang 20 orang dan PAS lebih kurang 15 orang. Keadaan terkawal. Laluan trafik lancar di jalan utama dan lorong masuk ke lokaliti.

Jam 8:45 pagi: PDM Teluk Jering (SK Teluk Jering, lebih kurang 25 orang peraih undi PAS telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Teluk Jering. Jentera BN pula lebih kurang 30 orang juga dilihat bergerak aktif. Keadaan cuaca cerah. Laluan trafik lancar.






Jam 8:47 pagi:  PDM Pengkalan Kubor, peraih undi lebih kurang 80 orang dan BN lebih kurang 50 orang. Jalan utamake tempat pembuangan undi sesak teruk. Polis trafik telah diatur untuk melancarkan lalu lintas.

Jam 9:00 pagi: PDM Teluk Jering (SK Kg. Geting) Lebih kurang 100 orang peraih undi PAS dan 100 orang pengundi BN telah memenuhi bahu jalan ke pusat mengundi Kg.Geting. Jentera BN dan PAS bergiat aktif tetapi terkawal. Laluan trafik masih lancar walaupun keadaan jalanraya sesak.

Jam 9:04 pagi: PDM Bunohan, terdapat dua kmpulan perayu undi parti bertanding. Di hujung sebelah kiri SK Bunohan dan satu lagi di hujung sebelah kanan SK Bunohan (berhadapan masjid). Perayu undi kedua-dua parti bertanding lebih agresif di penjuru sebelah kiri SK Bunohan. Penjuru sebelah kiri SK Bunohan dikuasai oleh perayu undi BN dengan jumlah mereka adalah lebih kurang 70 orang berbanding PAS, lebih kurang 10 orang.

Jam 9:20 pagi: PDM Kampung Geting, sehingga jam 9:00 seramai 247 daripada 338 orang pengundi telah menyemak daftar undi mereka di pondok BN. Aliran pengundian berjalan lancar.

Jam 9:22 pagi: PDM Kedai Geting, terdapat dua kumpulan perayu undi dari parti yang bertanding. Peraih BN di hujung sebelah kanan SMK Geting dan PAS di sebelah kiri SMK Geting (berhadapan sekolah). Perayu dan peraih undi kedua-dua parti sama-sama agresif menarik pengundi. Jumlah lebih kurang 50 orang perayu BN manakala perayu undi PAS pula sekitar 20 orang.
 






Jam 9:45 pagi: PDM Pengkalan Kubor, berlaku sedikit kekecohan di kalangan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding di PDM Pengkalan Kubor kerana diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Pihak berkuasa telah berjaya mententeramkan keadaan dan menasihati kedua-dua belah pihak agar menjarakkan kumpulan mereka sejauh 2 meter. Keadaan terkawal

Jam 10:16 pagi: Punca kesesakan dari MRSM ke Geting telah dikenalpasti. Pertama, kenderaan diletakkan di jalan sepanjang jalan ke MRSM. Kedua, lampu isyarat Geting yang tidak efektif. 

Jam 10:18 pagi: Anggota polis trafik berjaya menyuraikan kesesakan dari Tumpat ke MRSM.

Jam 10:38 pagi: Berdasarkan maklumat, seramai 60 orang pengundi Cina PDM Pengkalan Kubor dan Kg.Ketil telah keluar mengundi. Manakala di Jubakar pula, sehingga artikel ini ditulis, jumlah pengundi Cina yang telah keluar mengundi adalah 28 orang. 







laporan lanjut akan menyusul

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks