ISU KERETANYA TIDAK DISELESAIKAN, LELAKI MENGAMUK DI PEJABAT JPJ PULA AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH!!!

Wednesday, 30 December 2015 | 2 comments



Lelaki yang menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban, di sini yang rakaman video insiden itu menjadi viral semalam, akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kertas siasatan berhubung rakaman video itu telah dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) dan pihaknya telah mendapat arahan untuk mendakwa peniaga berusia 45 tahun itu.

"DPP telah meneliti kertas siasatan kes berkenaan dan mengeluarkan arahan mendakwa lelaki itu di mahkamah esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan rakaman video seorang lelaki yang berang menimbulkan kekecohan di pejabat JPJ itu menjadi viral selepas dikongsi semula di beberapa laman sosial antaranya Facebook semalam.

Video berdurasi empat minit menerusi akaun dipercayai milik peribadi lelaki atas nama Amin Beyond itu memaparkan dia sedang naik angin selepas mendakwa tidak boleh memperbaharui cukai jalan keretanya.

Mior Faridalatrash berkata berdasarkan siasatan polis, kejadian dalam rakaman video yang tersebar sejak semalam itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang 26 Nov lepas dan lelaki yang merupakan peniaga itu datang ke pejabat JPJ Batu Uban untuk memperbaharui cukai jalan kenderaannya.

"Bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai JPJ di situ selepas gagal berbuat demikian kerana kenderaannya disenarai hitam ekoran terdapat beberapa saman yang belum dijelaskan.

"Ekoran kejadian itu, pegawai JPJ yang terlibat membuat laporan polis pada hari yang sama," katanya.

Menurut beliau polis turut menerima satu laporan polis daripada lelaki itu semalam yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa oleh JPJ berhubung kes memperbaharui cukai jalan keretanya.

"Berhubung laporan polis yang dibuat lelaki itu, kami merujuk ia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya. - ASTRO AWANI



JPJ PULAU PINANG Bagi Penjelasan Setelah Lelaki Mengamuk Keretanya Yang Disita Lupus Tahun 2001 Sekarang Digunakan Oleh Individu Lain di Jalan Raya



Penjelasan JPJ Pulau Pinang berkenaan seorang lelaki buat kecoh di Pejabat JPJ Batu Uban yang viral di laman sosial. Harap kita lebih rasional dan menerima penjelasan mereka dengan fikiran positif.

PERKARA : VIRAL DI FACEBOOK - LELAKI BUAT KECOH DI PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG

KEJADIAN BERLAKU PADA 26 NOV 2015 JAM LEBIH KURANG 4 PETANG DI HADAPAN PINTU UTAMA PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG.

PENGADU TELAH CUBA MELAKUKAN PROVOKASI DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT KEPADA PENJAWAT AWAM APABILA PERMOHONAN BELIAU UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN KERETA MOTOR (LKM) / CUKAI JALAN SEBUAH KENDERAAN MILIK BELIAU TIDAK DAPAT DIPROSES KERANA TELAH DISENARAI HITAM OLEH PIHAK PDRM ATAS KESALAHAN TIDAK MEMASANG LAMPU MOTOSIKAL PADA SIANG HARI PADA TAHUN 2012.

SISTEM SENARAI HITAM PIHAK PDRM MENGGUNAKAN NOMBOR KAD PENGENALAN PEMILIK TELAH MENYEBABKAN SEMUA KENDERAAN MILIK PENGADU TIDAK DAPAT MEMBAHARUI CUKAI JALAN.

PENJELASAN TELAH DISAMPAIKAN DENGAN JELAS OLEH PETUGAS KAUNTER.

TERDAPAT DUA ISU BERBEZA IAITU :

SENARAI HITAM PDRM YANG MENYEBABKAN PENGADU TIDAK DAPAT MEMPERBAHARUI LKM (CUKAI JALAN) SEMUA KENDERAAN MILIK BELIAU.

SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS SEBUAH KENDERAAN BELIAU YANG PERNAH DISITA (DAN TELAH DILEPASKAN KEPADA PENGADU PADA 30 OKTOBER 2003) KERANA MENGALAMI GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS KENDERAAN .

ISU KEDUA - KENDERAAN MILIK BELIAU YANG TELAH DISITA OLEH JPJ PULAU PINANG PADA APRIL 2003 KERANA GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.

DISITA PADA 17 APRIL 3003 OLEH JPJ PULAU PINANG SETELAH KENDERAAN TERSEBUT GAGAL SEMASA PEMERIKSAAN PUSPAKOM DALAM PEMERIKSAAN PENUKARAN ENJIN.

JPJ PULAU PINANG TELAH MEMBUAT SIASATAN DAN TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARI JABATAN KIMIA PULAU PINANG PADA 21 MEI 2003 MENGESAHKAN GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.

JPJ PULAU PINANG JUGA TELAH MENERIMA ARAHAN DARI BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF AGAR KENDERAAN INI DILARANG UNTUK DILESENKAN.

JPJ PULAU PINANG TELAH MENYENARAI HITAM KENDERAAN INI PADA 14 OGOS 2003.


JPJ PULAU PINANG MENERIMA PERMOHONAN DARI PENGADU UNTUK MENGELUARKAN KENDERAAN DARI SITAAN JPJ BAGI DIGUNAKAN SEBAGAI BARANG ALAT GANTI SEPERTI MANA SURAT AKUAN BERSUMPAH BERTARIKH 29 OKTOBER 2003 JUGA DIIKRARKAN OLEH PENGADU DI HADAPAN PESURUHJAYA SUMPAH

PADA 30 OKTOBER 2003 KENDERAAN TERSEBUT TELAH DISERAHKAN KEPADA PENGADU SELAKU PEMILIK BERDAFTAR MELALUI SATU SURAT AKU TERIMA YANG DITANDATANGANI OLEH PENGADU.

PADA 14 JULAI 2013, KENDERAAN INI TELAH DITAHAN OLEH JPJ KEDAH DI JALAN KULIM-BALING YANG DIPANDU OLEH SEORANG LELAKI MELAYU LAIN DAN MELAKUKAN KESALAHAN LESEN KERETA MOTOR (ROAD TAX) TAMAT TEMPOH PADA 09 FEBRUARI 2004 DAN TIDAK DILINDUNGI INSURAN. SAMAN KEPADA PEMANDU DIKELUARKAN SECARA KENDIRI MANAKALA SAMAN KEPADA PEMILIK TELAH DIKELUARKAN SECARA POS BERDAFTAR KEPADA ALAMAT TERKINI DALAM SISTEM JPJ.

SAMAN PEMILIK TELAH DIJELASKAN DI MAHKAMAH BALING PADA 30 OKT 2013 MANAKALA SAMAN PEMILIK TIDAK DIJELASKAN MENYEBABKAN SENARAI HITAM JPJ DIJANA ATAS KENDERAAN INI SAHAJA.


RUMUSAN

NOMBOR K/P PENGADU TELAH DISENARAI HITAM OLEH PDRM DARI MEMPERBAHARUI LESEN KERETA MOTOR (CUKAI JALAN) MANAKALA SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS KENDERAAN YANG PERNAH DISITA PADA TAHUN 2003 YANG DILARANG DARI DILESENKAN.

PENGADU JUGA TIDAK PERNAH MEMBUAT ADUAN ATAU PERTANYAAN KEPADA BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN JPJ PULAU PINANG BERKAITAN MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG TEMPOH DARI 26 NOV 2015 HINGGA 29 DIS 2015.

PRO JPJ PULAU PINANG TELAH MENGAMBIL INISIATIF MENDAPATKAN NOMBOR TELEFON PENGADU DAN MENGHUBUNGI PENGADU BEBERAPA JAM SELEPAS VIDEO DIMUAT NAIK DALAM LAMAN FACEBOOK, NAMUN PENGADU ENGGAN MEMBERI KERJASAMA DAN BERJANJI UNTUK MENGHUBUNGI PRO SEMULA. MALANGNYA SEHINGGA JAM 5 PETANG TIADA PANGGILAN DITERIMA OLEH PRO DARI PENGADU.

PRO JPJ PULAU PINANG TERUS MENGAMBIL INISIATIF MENGHANTAR MESEJ KEPADA PENGADU DAN MEMAKLUMKAN AKAN STATUS SEBENAR MASALAH YANG DIHADAPI BAGI MEMUDAHKAN BELIAU MENYELESAIKANNYA



LAGI KES NOMBOR PENDAFTARAN SAMA... JPJ JANGAN TIDUR

Sunday, 30 November 2014 | 9 comments

Ketika JPJ tengah 'mengamuk' memburu plat nombor-nombor pendaftaran kenderaan persendirian, siap dengan pembaris dan pengukur, muncul juga kisah kenderaan persendirian yang dikesan mempunyai nombor pendaftaran yang sama bagi model dan warna kenderaan yang sama, tetapi dimiliki individu yang berasingan. Lebih menarik lagi, kedua-dua kenderaan yang berkongsi nombor pendaftaran itu turut memiliki cukai jalan yang sah, yang sudah tentulah dikeluarkan oleh JPJ.

Nampaknya, satu lagi kes berlaku dan berjaya dikesan oleh pemilik kenderaan persendirian sah.

Apakah kali ini JPJ akan mula melakukan operasi mengesan kereta sah dan kereta tidak sah?

Atau JPJ akan memulakan siasatan dalaman terlebih dahulu, memburu kakitangan sendiri yang terlibat dalam pengeluaran pemilikan dan pengesahan kenderaan tersebut menerusi cukai jalan dan geran?

Atau JPJ akan mengeluarkan kenyataan bahawa semua ini hanyalah fitnah ke atas Jabatan Pengangkutan Jalan sepertimana yang kerap mereka lakukan sebelum ini?

ISU PENGUATKUASAAN JPJ: GOPOH DAN GILA NAK TUNJUK KUASA PUNCA SEBENAR MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA!

Thursday, 13 November 2014 | 10 comments


Jauh sekali kematangan ketua pengarah JPJ yang ini berbanding dengan yang sebelumnya. Hari demi hari kita melihat kekalutan beliau dalam melontarkan hujah depan media. Setiap kali tersilap cakap, maka laman FB JPJ jadi punching bag. Berhempas pulas pulalah admin laman itu menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

Tidak keterlaluan kami katakan yang begitu ramai pegawai dan anggota JPJ yang merasa terhina dan malu dengan pelbagai kenyataan kurang akal oleh KP mereka. Kebencian rakyat yang memang sudah sedia tertekan jiwanya menjadi semakin meluap-luap. Beliau harus belajar berhujah, jangan hanya tahu membaca teks.

Khilaf yang berulang-ulang itu akhirnya dijadikan bahan tawa rakyat jelata. Tidak kurang juga yang menjadikannya isu politik. Tindak tanduk kurang matang itu dikaitkan dengan usaha kerajaan untuk kononnya sengaja mengutip wang rakyat. Lebih parah lagi bila kebencian itu sampai ke peringkat meludah anggota JPJ yang ditimpa kemalangan, juga kereta JPJ dibakar tanpa belas kasihan sama sekali.

Ungkapan paling lawak ialah apabila mengaitkan nombor plate dengan kadar kemalangan maut tanpa menjelaskan rasionalnya sewaktu diwawancara. Lebih sadis apabila beliau dengan jelas menyatakan mahukan 'sejumlah kematian' walaupun maksudnya baik iaitu mahukan kematian dikurangkan. Siapa sahaja yang mendengar pasti akan tersentak dengan kenyataan itu.

UKURAN NOMBOR PLATE

Isu ini telah dijadikan bahan lawak. Terlalu sedih melihat rintihan marhaen yang begitu naif, yang terkais-kais untuk menyara hidup yang serba mahal dan tertekan namun dibebani dengan saman yang tidak sepatutnya. Nombor plate standard yang dipasang oleh pihak proton juga disaman.

Perhatikan beberapa gambar yang dikepilkan dan biar gambar berbicara.

1. Adakah plate number motorsikal 1Malaysia BCB 3731 itu yang menyebabkan kemalangan maut atau helmet yang tidak ikut piawaian? atau ketiadaan lampu dan signal belakang pada motosikal yang menggunakan plate sebesar gajah itu?

2. Adakah plate number yang jadi penyebab kemalangan atau pakaian seksi yang menyebabkan mata tertumpu pada penumpang motosikal itu ?

Saiz huruf untuk kereta ditetapkan 70x40mm dan sais huruf untuk motosikal ialah 40x30mm. Secara logiknya, asal saja tidak lebih kecil dari saiz huruf yang ditetapkan pada motosikal sepatutnya dibolehkan. Jika tidak, baik tetapkan sahaja ukuran yang sama untuk motosikal dan kereta.

Mengapa kami kata begitu? Kerana mata dan lensa kamera yang sama juga yang akan digunakan untuk melihat kedua-dua nombor plate itu bukan?

JARAK HURUF

Telah ditetapkan 10 mm jarak antara nombor, juga 30mm antara nombor dan huruf bagi nombor plate kereta. Bagi plate motosikal pula sekitar separuh dari itu. Huruf atau nombor tertentu seperti nombor 1, 4 atau 7 contohnya akan secara otomatik nampak hodoh dan janggal jika dipasang mengikut jarak yang diminta. Cuba lihat pada imej plate JPJ 11. Pegawai JPJ sendiri tidak ikut ukuran yang ditetapkan.

Sekali lagi ingin kami tarik perhatian tentang beza saiz dan jarak huruf untuk plate kereta dan motosikal. Sudahlah huruf yang ditetapkan kecil, jarak antara huruf juga separuh dari itu. Bukankah mata yang sama juga yang akan melihat dan mengenalpasti plate nombor itu?

Cuba perhatikan plate number kereta pemandu yang disaman itu (MBR 7074). Diberitakan beliau tidak tahu menahu. Plate itu tidak pernah diubah sejak kereta itu dibeli. Tidakkah itu menganiaya pemandu yang naif ini? Yang peliknya ada kereta yang disaman pernah lulus PUSPAKOM beberapa kali dengan plate yang sama.

CERMIN GELAP

Sebelum ini ramai sahabat dari kalangan anggota PDRM yang merungut. Mereka juga tidak bersetuju dengan ketetapan JPJ tentang isu ini.

Alhamdulillah semalam diberitakan Datuk Abdul Manaf Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod PDRM Bukit Aman sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan cermin gelap bukan faktor melonjakkan kadar jenayah di Malaysia. Malah PDRM tiada statistik yang menunjukkan penjenayah menggunakan cermin gelap semasa melakukan jenayah.

Majoriti anggota PDRM menampakkan kebimbangan dengan kejadian pecah cermin kereta dan kecurian isi kereta yang terlalu banyak berlaku. Sebenarnya penjenayah ada banyak cara yang lebih nekad. Antaranya termasuk memalsukan nombor kenderaan. Sekalipun diharamkan cermin gelap, penjenayah yang ingin menggunakan kaedah itu akan tetap memasangnya kerana menganggap itu masalah kecil. Saman mereka boleh bayar. Bahkan mereka akan memecut lari dari pihak polis atau JPJ apabila melakukan jenayah.

Pihak polis sendiri kongsikan pengalaman mereka yang membawa kesimpulan bahawa pemasangan cermin gelap boleh mengurangkan kes jenayah, khususnya kes ragut dan pecah cermin kenderaan terhadap pemandu wanita. Suka kami rumuskan beberapa lagi kebaikan cermin gelap ini seperti berikut,

1. Menyukarkan peragut dan perompak mengintai isi dalam kenderaan. Khasnya ketika ianya sedang dipandu. Apatah lagi oleh pemandu wanita.

2. Memberikan sedikit keselesaan kepada pemandu dan penumpang ketika panas terik, khasnya bagi kenderaan lama yang airconnya kurang sejuk. Ini amat penting khususnya bagi wanita, bayi atau yang ada masalah kulit.

3. Memudahkan para ibu dan kaum hawa untuk menyusukan anak, membuka atau membetulkan tudung/pakaian, khasnya semasa cuaca panas terik.

4. Mengurangkan kerosakan peralatan dalam kereta, terutama ketika parkir di bawah terik matahari sepanjang hari.

PENINDASAN YANG NYATA

Jika JPJ dikuatkuasakan aturan plate number dengan jumud, siap bawa pembaris untuk mengukur semua nombor plate kenderaan, maka hampir semua kenderaan di Malaysia bakal kena saman. Terutamanya kenderaan pegawai JPj itu sendiri. Siapa yang terbeban saman? Kemudian semua kenderaan akan terpaksa beli plate baru. Siapa yang kaya?

Demikian juga isu cermin gelap. Bukankah kata-kata menteri yang tersiar di media rasmi itu jadi HUKUM? Namun apabila berurusan dengan Puspakom tiba-tiba tidak boleh dan diminta buka pula. Sampaikan cermin asal dari kilang yang gelap sedikit pun perlu ditukar. Tidakkah itu satu pembaziran dan membebankan?

Terkini isu kos untuk buat semua lesen memandu pula dinaikkan sekali ganda. Tidakkah itu membebankan rakyat bawahan yang tidak mampu sedangkan lesen itu satu keperluan asas? Tidakkah itu menyebabkan ramai yang akan memandu tanpa lesen? Tidakkah bebanan terhadap rakyat itu juga bakal mengundang banyak jenayah?

Satu hal lagi ialah seringnya berubah syarat tukar hakmilik kenderaan yang tidak bijak dan menindas. Berapa banyak kenderaan yang dibeli ketika pemilik masih hidup, lengkap dengan salinan kad pengenalan yang telah disahkan gagal dipindah milik kerana pemilik asal telah mati? Akhirnya ia terpaksa dilupuskan.

Ini banyak menyebabkan pembaziran khasnya pada pembeli miskin yang hanya mampu membeli kenderaan murah dan perlu masa untuk mengumpul duit bagi membiayai kos tukar milik. Sudahlah miskin, hanya mampu beli kereta lama, tiba-tiba terpaksa dilupus pula.

Begitu juga nasib yang menimpa pengusaha kereta terpakai yang biasanya hanya menukar hakmilik selepas kenderaan terjual. Mengapa tidak dipermudahkan dengan pengesahan dokumen jualbeli atau dengan bantuan surat sumpah?

Proses pengesahan kad pengenalan bagi urusan pindah milik juga amat dipersulit. Kedua-dua pemilik terpaksa hadir sendiri ke JPJ untuk pengesahan kad pengenalan. Bagaimana halnya dengan pemilik yang uzur? Yang berada di luar negara atau luar kawasan? Itu tidak termasuk kenderaan yang pemilik asalnya telah kembali ke tanah air.

APA SEBENARNYA PUNCA KEMALANGAN?

Banyak sekali kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat. Berapa banyak tanker, lori pasir, lori balak, lori hantu yang bermaharajalela di jalanraya? Berapa banyak yang sah dari segi perlesenan dan sempurna ciri keselamatannya? Berapa ramai pemandu kenderaan berat dari kalangan PATI?

Berapa banyak injin yang diubah suai untuk berlumba di jalanraya? Tidakkah banyak kemalangan berpunca dari aktiviti lumba haram atau habit memecut di jalanraya dengan kuasa injin yang diubahsuai? Berapa banyak kereta motor di Dataran Merdeka yang memekak menayangkan kuasa injin sampai keluar api menjulang dari ekzos?

Di samping kondisi kenderaan, kemalangan juga banyak disebabkan oleh sikap dan gaya pemanduan yang liar, gopoh atau tidak berkemahiran. Masih ingat lagi kemalangan melibatkan kenderaan JPJ yang menyebabkan orang ramai marah sehingga ia dibakar? Berapa banyak pula lapuran awam mengenai kenderaan awam seperti bas/lori yang dipandu dengan laju dan merbahaya tak dilayan?

KESIMPULAN

Sekalipun benar rakyat kita mundur dan kelas tiga, berhati-hatilah membuat kenyataan terbuka, jangan asyik melukakan hati rakyat. Jika mahu gubal undang-undang pula, biarlah ia berasas dan mencapai maksud yang dihajatkan serta tidak membebankan rakyat. Jangan ikut musim dan berbentuk flipflop. Hari ini begini, esok begitu dan terus menerus berbolak-balik tidak menentu.

Jika mahu kuatkuasakan undang-undang biarlah ianya adil dan saksama. Lihatlah keliling kita. Berapa banyak kereta VIP yang bercermin gelap gelita dan tidak menepati ukuran plate number? Jika cermin gelap mereka ada permit atas apa alasan sekalipun, TETAPI adakah pula PERMIT KHAS untuk mereka tidak ikut ukuran plate number? Berapa banyak pula saman mereka yang dihapus kira? Mengapa boleh begitu?

Sebagai contoh, kenderaan bernombor ‘JPJ 11’. Ia milik individu yang turut menggubal peraturan yang sedang hangat diperkatakan dan dengan angkuh menguatkuasakannya tanpa budi bicara. Namun kenderaan itu sendiri tidak mematuhi aturan yang ditetapkan oleh penggubalnya... Aneh bukan? Wajar tidak puak ini dibenci masyarakat?

QS:61. Ash Shaff 2-3. "Hai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

Kekalutan ini berpunca dari khilaf Ketua Pengarah atau pembuat dasar yang kurang matang. Sebagai rakyat, mari kita saling menyeru agar tidak memusuhi setiap anggota JPJ secara peribadi. Janganlah sampai hilang sifat insaniah kita hingga ada kejadian seperti meludah anggota JPJ yang kemalangan. Ketahuilah bahawa kami juga pernah menerima infaq dari anggota JPJ yang prihatin. Wajarkah kita bersikap zalim terhadap insan prihatin seperti mereka, hanya semata-mata mereka anggota JPJ?

Demikian juga dengan dendam dan kebencian yang sering kita zahirkan dengan wenangnya terhadap anggota PDRM. Ramai juga anggota polis dan bekas pegawai tinggi PDRM yang prihatin datang bersedekah di RPWP. PDRM juga ada hadiahkan beberapa buah van lama, walaupun sampai hari ini ia masih belum dapat kami baiki lagi. Jika ada yang ambil rasuah tanpa kerelaan kita, lapur saja pada SPRM. Jika kita sendiri yang gatal-gatal menghulur rasuah kepada mereka, mari kita tuding jari kepada diri kita juga.

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memenuhi permintaan mereka yang meminta perkongsian khusus dari kami. Anggaplah ini juga sebagai seruan dan rayuan ikhlas kami untuk didengar oleh pihak JPJ, PDRM dan juga pembaca amnya.

WARGA PRIHATIN

TAK SANGGUP KENA TROLL, AKHIRNYA JPJ HENTIKAN SEMUA OPERASI PENGUATKUASAAN PLAT NOMBOR PENDAFTARAN!

Wednesday, 12 November 2014 | 8 comments


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhirnya terpaksa 'mengalah' apabila dibelasah sampai lembik dan langsung tidak boleh menjawab. Walaupun ada usaha memberikan pelbagai alasan yang berbelit-belit namun, pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh orang ramai terutama sekali membabitkan kesalahan yang dilakukan oleh JPJ dan KETUA PENGARAH JPJ sendiri, berjaya mengalahkan segala jawapan retorik JPJ. 

Surat pekeliling kepada Pengarah JPJ Negeri turut disebarkan oleh pengguna media sosial yang antara lain di dalam surat tersebut menjelaskan bahawa Ops Khas akan ditangguh berkuat-kuasa serta-merta hari ini. 

Suka atau tidak, beberapa ketegasan yang ditunjukkan oleh JPJ sebenarnya tidak diharapkan kerana wujud persepsi bahawa JPJ sebenarnya terlalu 'sayangkan' pengangkutan seperti lori dan bas yang bukan sahaja banyak melanggar peraturan dan undang-undang tetapi juga banyak mebahayakan nyawa dan keselamatan para pengguna jalanraya. 

Terlalu banyak persoalan membabitkan lori, bas dan penguatkuasaan JPJ itu sendiri. Rasa-rasanya, JPJ sendiri perlu memerhatikan perubahan alam dan dunia. 

Begitu juga dengan penguatkuasaan had laju yang adakalanya tidak masuk akal dengan tidak mengambil kira pelbagai faktor dan elemen yang sudah banyak berubah berbanding 50 tahun lalu ketika peraturan-peraturan yang digunapakai oleh JPJ sekarang digubal dan dibuat. 

JPJ OH JPJ.. MENTERI PENGANGKUTAN PULAK MASUK CAMPUR KES NOMBOR PENDAFTARAN

Monday, 10 November 2014 | 19 comments


Barangkali sedar yang tindakan penguatkuasaan JPJ membabitkan nombor pendaftaran kenderaan lebih banyak mendatangkan kekeliruan memandangkan banyak juga tindakan saman yang dikeluarkan, boleh dipertikaikan, akhirnya, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA mengeluarkan kenyataan agar penguatkuasa JPJ tidak mengambil tindakan melampau.

"JPJ jangan melampau ketika periksa nombor plat, asal nampak jelas sudah memadai," kata Menteri Pengangkutan.


Sudah ramai yang mengesyorkan agar JPJ sendiri yang mengeluarkan plat nombor pendaftaran dan tidak membenarkan mana-mana kedai atau premis yang mengeluarkan nombor pendaftaran itu. Semua kenderaan yang baru dibeli, akan memperolehi nombor pendaftaran daripada JPJ bukannya disediakan oleh syarikat penjual kereta menerusi kontraktor mereka. 

JPJ kata mereka perlu menguruskan 'perniagaan' plat kenderaan sama seperti mereka menguruskan pembaharuan cukai jalan. Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mencontohi jabatan-jabatan pengangkutan jalan negara maju yang mengeluarkan nombor pendaftaran sendiri dengan bayaran tertentu yang turut diletakkan cip komputer yang turut mengandungi data-data tentang cukai jalan. 


Begitu juga dengan cermin gelap. Semuanya diuruskan sendiri oleh JPJ tanpa perlu membenarkan sebarang premis swasta menjalankan perniagaan tersebut. Puspakom juga perlu diletakkan di bawah JPJ sepenuhnya. 

Dan kalau perlu, JPJ wajib mengeluarkan kenderaan sendiri yang mengikut semua spesifikasi dan peraturan yang telah ditetapkan bagi tujuan penyelarasan dan keseragaman. Tiada lagi jenama seperti Honda, Toyota, Proton, Mazda dan sebagainya kecuali JPJ!

LAGI CERITA JPJ.... NOMBOR PENDAFTARAN STANDARD PUN KENA SAMAN JUGA


Laman Facebook JPJ kini menjadi tumpuan dan lebih ramai haters daripada pemuji.

Ketua Pengarah JPJ tersilap cakap dan dianggap tidak cerdik kerana MAHUKAN KEMATIAN selain mengaitkan kematian di jalanraya dengan saiz nombor plate kenderaan. Videonya sedang viral di Facebook.

Kini lebih ramai yang membuka pekung dan kelemahan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan kerana sakit hati.





Sebuah portal (RUJUK SINI)  menyiarkan keluhan seorang pengguna jalanraya yang telah disaman oleh JPJ kerana nombor pendaftaran keretanya yang dikatakan menyalahi undang-undang.

Perkara sebegini pastinya akan bertambah-tambah dalam tempoh terdekat ini. Lebih banyak yang akan didedahkan dan dibuka. Turut viral sekarang ini adalah seorang pengguna Facebook yang mendedahkan bagaimana anggota penguatkuasa JPJ meminta rasuah daripadanya.



Turut didedahkan ialah kenderaan Ketua Pengarah JPJ sendiri yang mempunyai beberapa saman trafik.

Nampaknya apa yang berlaku sekarang ialah, sebelum penguatkuasaan hendak dilakukan, pastikan terlebih dahulu, penguatkuasa bebas daripada sebarang kesalahan. Kalau tidak, jadilah sepertimana yang berlaku kepada Ketua Pengarah JPJ dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

KETUA PENGARAH JPJ MASIH TIDAK MENJAWAB DAN PENGGUNA FACEBOOKTERUS MENCABARNYA!

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook membabitkan sebuah kenderaan yang dimiliki atau digunakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang terang-terang menyalahi semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ sendiri ke atas pengguna jalanraya, pengguna media sosial mengikuti kes tersebut dengan rapat.

Pengguna Facebook atas nama Maxazman Sabudin menyahut cabaran Ketua Pengarah JPJ dengan mengeluarkan satu kenyataan semalam menerusi Facebook. Menurutnya, dia telah menerima panggilan dairpada pihak ketiga yang meminta dia berjumpa dengan Ketua Pengarah JPJ.

Bagaimanapun, pengguna Facebook itu menyatakan, disebabkan Ketua Pengarah JPJ kurang senang dengan diari Facebooknya, Ketua Pengarah JPJ berjumpa di pejabatnya di Aras 16, Tower 1, Petronas Twin Towers pada 13 November 2014 jam 9:00 pagi.


Semuanya bermula daripada pendedahan gambar kereta Ketua Pengarah JPJ itu yang langsung tidak mengikut spesifikasi yang mana JPJ sedang melakukan penguatkuasaan sekarang membabitkan nombor pendaftaran, lampu dan cermin gelap.

Alasan yang diberikan oleh Ketua Pengarah JPJ dalam satu siaran berita media yang mengaitkan kemalangan maut dengan saiz nombor pendaftaran sekarang ini sedang menjadi bahan gelak tawa dalam media sosial.
Showing posts with label jpj. Show all posts
Showing posts with label jpj. Show all posts

ISU KERETANYA TIDAK DISELESAIKAN, LELAKI MENGAMUK DI PEJABAT JPJ PULA AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH!!!

Wednesday, 30 December 2015 · 2 comments



Lelaki yang menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban, di sini yang rakaman video insiden itu menjadi viral semalam, akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kertas siasatan berhubung rakaman video itu telah dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) dan pihaknya telah mendapat arahan untuk mendakwa peniaga berusia 45 tahun itu.

"DPP telah meneliti kertas siasatan kes berkenaan dan mengeluarkan arahan mendakwa lelaki itu di mahkamah esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan rakaman video seorang lelaki yang berang menimbulkan kekecohan di pejabat JPJ itu menjadi viral selepas dikongsi semula di beberapa laman sosial antaranya Facebook semalam.

Video berdurasi empat minit menerusi akaun dipercayai milik peribadi lelaki atas nama Amin Beyond itu memaparkan dia sedang naik angin selepas mendakwa tidak boleh memperbaharui cukai jalan keretanya.

Mior Faridalatrash berkata berdasarkan siasatan polis, kejadian dalam rakaman video yang tersebar sejak semalam itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang 26 Nov lepas dan lelaki yang merupakan peniaga itu datang ke pejabat JPJ Batu Uban untuk memperbaharui cukai jalan kenderaannya.

"Bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai JPJ di situ selepas gagal berbuat demikian kerana kenderaannya disenarai hitam ekoran terdapat beberapa saman yang belum dijelaskan.

"Ekoran kejadian itu, pegawai JPJ yang terlibat membuat laporan polis pada hari yang sama," katanya.

Menurut beliau polis turut menerima satu laporan polis daripada lelaki itu semalam yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa oleh JPJ berhubung kes memperbaharui cukai jalan keretanya.

"Berhubung laporan polis yang dibuat lelaki itu, kami merujuk ia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya. - ASTRO AWANI



JPJ PULAU PINANG Bagi Penjelasan Setelah Lelaki Mengamuk Keretanya Yang Disita Lupus Tahun 2001 Sekarang Digunakan Oleh Individu Lain di Jalan Raya

· 0 comments



Penjelasan JPJ Pulau Pinang berkenaan seorang lelaki buat kecoh di Pejabat JPJ Batu Uban yang viral di laman sosial. Harap kita lebih rasional dan menerima penjelasan mereka dengan fikiran positif.

PERKARA : VIRAL DI FACEBOOK - LELAKI BUAT KECOH DI PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG

KEJADIAN BERLAKU PADA 26 NOV 2015 JAM LEBIH KURANG 4 PETANG DI HADAPAN PINTU UTAMA PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG.

PENGADU TELAH CUBA MELAKUKAN PROVOKASI DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT KEPADA PENJAWAT AWAM APABILA PERMOHONAN BELIAU UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN KERETA MOTOR (LKM) / CUKAI JALAN SEBUAH KENDERAAN MILIK BELIAU TIDAK DAPAT DIPROSES KERANA TELAH DISENARAI HITAM OLEH PIHAK PDRM ATAS KESALAHAN TIDAK MEMASANG LAMPU MOTOSIKAL PADA SIANG HARI PADA TAHUN 2012.

SISTEM SENARAI HITAM PIHAK PDRM MENGGUNAKAN NOMBOR KAD PENGENALAN PEMILIK TELAH MENYEBABKAN SEMUA KENDERAAN MILIK PENGADU TIDAK DAPAT MEMBAHARUI CUKAI JALAN.

PENJELASAN TELAH DISAMPAIKAN DENGAN JELAS OLEH PETUGAS KAUNTER.

TERDAPAT DUA ISU BERBEZA IAITU :

SENARAI HITAM PDRM YANG MENYEBABKAN PENGADU TIDAK DAPAT MEMPERBAHARUI LKM (CUKAI JALAN) SEMUA KENDERAAN MILIK BELIAU.

SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS SEBUAH KENDERAAN BELIAU YANG PERNAH DISITA (DAN TELAH DILEPASKAN KEPADA PENGADU PADA 30 OKTOBER 2003) KERANA MENGALAMI GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS KENDERAAN .

ISU KEDUA - KENDERAAN MILIK BELIAU YANG TELAH DISITA OLEH JPJ PULAU PINANG PADA APRIL 2003 KERANA GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.

DISITA PADA 17 APRIL 3003 OLEH JPJ PULAU PINANG SETELAH KENDERAAN TERSEBUT GAGAL SEMASA PEMERIKSAAN PUSPAKOM DALAM PEMERIKSAAN PENUKARAN ENJIN.

JPJ PULAU PINANG TELAH MEMBUAT SIASATAN DAN TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARI JABATAN KIMIA PULAU PINANG PADA 21 MEI 2003 MENGESAHKAN GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.

JPJ PULAU PINANG JUGA TELAH MENERIMA ARAHAN DARI BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF AGAR KENDERAAN INI DILARANG UNTUK DILESENKAN.

JPJ PULAU PINANG TELAH MENYENARAI HITAM KENDERAAN INI PADA 14 OGOS 2003.


JPJ PULAU PINANG MENERIMA PERMOHONAN DARI PENGADU UNTUK MENGELUARKAN KENDERAAN DARI SITAAN JPJ BAGI DIGUNAKAN SEBAGAI BARANG ALAT GANTI SEPERTI MANA SURAT AKUAN BERSUMPAH BERTARIKH 29 OKTOBER 2003 JUGA DIIKRARKAN OLEH PENGADU DI HADAPAN PESURUHJAYA SUMPAH

PADA 30 OKTOBER 2003 KENDERAAN TERSEBUT TELAH DISERAHKAN KEPADA PENGADU SELAKU PEMILIK BERDAFTAR MELALUI SATU SURAT AKU TERIMA YANG DITANDATANGANI OLEH PENGADU.

PADA 14 JULAI 2013, KENDERAAN INI TELAH DITAHAN OLEH JPJ KEDAH DI JALAN KULIM-BALING YANG DIPANDU OLEH SEORANG LELAKI MELAYU LAIN DAN MELAKUKAN KESALAHAN LESEN KERETA MOTOR (ROAD TAX) TAMAT TEMPOH PADA 09 FEBRUARI 2004 DAN TIDAK DILINDUNGI INSURAN. SAMAN KEPADA PEMANDU DIKELUARKAN SECARA KENDIRI MANAKALA SAMAN KEPADA PEMILIK TELAH DIKELUARKAN SECARA POS BERDAFTAR KEPADA ALAMAT TERKINI DALAM SISTEM JPJ.

SAMAN PEMILIK TELAH DIJELASKAN DI MAHKAMAH BALING PADA 30 OKT 2013 MANAKALA SAMAN PEMILIK TIDAK DIJELASKAN MENYEBABKAN SENARAI HITAM JPJ DIJANA ATAS KENDERAAN INI SAHAJA.


RUMUSAN

NOMBOR K/P PENGADU TELAH DISENARAI HITAM OLEH PDRM DARI MEMPERBAHARUI LESEN KERETA MOTOR (CUKAI JALAN) MANAKALA SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS KENDERAAN YANG PERNAH DISITA PADA TAHUN 2003 YANG DILARANG DARI DILESENKAN.

PENGADU JUGA TIDAK PERNAH MEMBUAT ADUAN ATAU PERTANYAAN KEPADA BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN JPJ PULAU PINANG BERKAITAN MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG TEMPOH DARI 26 NOV 2015 HINGGA 29 DIS 2015.

PRO JPJ PULAU PINANG TELAH MENGAMBIL INISIATIF MENDAPATKAN NOMBOR TELEFON PENGADU DAN MENGHUBUNGI PENGADU BEBERAPA JAM SELEPAS VIDEO DIMUAT NAIK DALAM LAMAN FACEBOOK, NAMUN PENGADU ENGGAN MEMBERI KERJASAMA DAN BERJANJI UNTUK MENGHUBUNGI PRO SEMULA. MALANGNYA SEHINGGA JAM 5 PETANG TIADA PANGGILAN DITERIMA OLEH PRO DARI PENGADU.

PRO JPJ PULAU PINANG TERUS MENGAMBIL INISIATIF MENGHANTAR MESEJ KEPADA PENGADU DAN MEMAKLUMKAN AKAN STATUS SEBENAR MASALAH YANG DIHADAPI BAGI MEMUDAHKAN BELIAU MENYELESAIKANNYA



LAGI KES NOMBOR PENDAFTARAN SAMA... JPJ JANGAN TIDUR

Sunday, 30 November 2014 · 9 comments

Ketika JPJ tengah 'mengamuk' memburu plat nombor-nombor pendaftaran kenderaan persendirian, siap dengan pembaris dan pengukur, muncul juga kisah kenderaan persendirian yang dikesan mempunyai nombor pendaftaran yang sama bagi model dan warna kenderaan yang sama, tetapi dimiliki individu yang berasingan. Lebih menarik lagi, kedua-dua kenderaan yang berkongsi nombor pendaftaran itu turut memiliki cukai jalan yang sah, yang sudah tentulah dikeluarkan oleh JPJ.

Nampaknya, satu lagi kes berlaku dan berjaya dikesan oleh pemilik kenderaan persendirian sah.

Apakah kali ini JPJ akan mula melakukan operasi mengesan kereta sah dan kereta tidak sah?

Atau JPJ akan memulakan siasatan dalaman terlebih dahulu, memburu kakitangan sendiri yang terlibat dalam pengeluaran pemilikan dan pengesahan kenderaan tersebut menerusi cukai jalan dan geran?

Atau JPJ akan mengeluarkan kenyataan bahawa semua ini hanyalah fitnah ke atas Jabatan Pengangkutan Jalan sepertimana yang kerap mereka lakukan sebelum ini?

ISU PENGUATKUASAAN JPJ: GOPOH DAN GILA NAK TUNJUK KUASA PUNCA SEBENAR MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA!

Thursday, 13 November 2014 · 10 comments


Jauh sekali kematangan ketua pengarah JPJ yang ini berbanding dengan yang sebelumnya. Hari demi hari kita melihat kekalutan beliau dalam melontarkan hujah depan media. Setiap kali tersilap cakap, maka laman FB JPJ jadi punching bag. Berhempas pulas pulalah admin laman itu menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

Tidak keterlaluan kami katakan yang begitu ramai pegawai dan anggota JPJ yang merasa terhina dan malu dengan pelbagai kenyataan kurang akal oleh KP mereka. Kebencian rakyat yang memang sudah sedia tertekan jiwanya menjadi semakin meluap-luap. Beliau harus belajar berhujah, jangan hanya tahu membaca teks.

Khilaf yang berulang-ulang itu akhirnya dijadikan bahan tawa rakyat jelata. Tidak kurang juga yang menjadikannya isu politik. Tindak tanduk kurang matang itu dikaitkan dengan usaha kerajaan untuk kononnya sengaja mengutip wang rakyat. Lebih parah lagi bila kebencian itu sampai ke peringkat meludah anggota JPJ yang ditimpa kemalangan, juga kereta JPJ dibakar tanpa belas kasihan sama sekali.

Ungkapan paling lawak ialah apabila mengaitkan nombor plate dengan kadar kemalangan maut tanpa menjelaskan rasionalnya sewaktu diwawancara. Lebih sadis apabila beliau dengan jelas menyatakan mahukan 'sejumlah kematian' walaupun maksudnya baik iaitu mahukan kematian dikurangkan. Siapa sahaja yang mendengar pasti akan tersentak dengan kenyataan itu.

UKURAN NOMBOR PLATE

Isu ini telah dijadikan bahan lawak. Terlalu sedih melihat rintihan marhaen yang begitu naif, yang terkais-kais untuk menyara hidup yang serba mahal dan tertekan namun dibebani dengan saman yang tidak sepatutnya. Nombor plate standard yang dipasang oleh pihak proton juga disaman.

Perhatikan beberapa gambar yang dikepilkan dan biar gambar berbicara.

1. Adakah plate number motorsikal 1Malaysia BCB 3731 itu yang menyebabkan kemalangan maut atau helmet yang tidak ikut piawaian? atau ketiadaan lampu dan signal belakang pada motosikal yang menggunakan plate sebesar gajah itu?

2. Adakah plate number yang jadi penyebab kemalangan atau pakaian seksi yang menyebabkan mata tertumpu pada penumpang motosikal itu ?

Saiz huruf untuk kereta ditetapkan 70x40mm dan sais huruf untuk motosikal ialah 40x30mm. Secara logiknya, asal saja tidak lebih kecil dari saiz huruf yang ditetapkan pada motosikal sepatutnya dibolehkan. Jika tidak, baik tetapkan sahaja ukuran yang sama untuk motosikal dan kereta.

Mengapa kami kata begitu? Kerana mata dan lensa kamera yang sama juga yang akan digunakan untuk melihat kedua-dua nombor plate itu bukan?

JARAK HURUF

Telah ditetapkan 10 mm jarak antara nombor, juga 30mm antara nombor dan huruf bagi nombor plate kereta. Bagi plate motosikal pula sekitar separuh dari itu. Huruf atau nombor tertentu seperti nombor 1, 4 atau 7 contohnya akan secara otomatik nampak hodoh dan janggal jika dipasang mengikut jarak yang diminta. Cuba lihat pada imej plate JPJ 11. Pegawai JPJ sendiri tidak ikut ukuran yang ditetapkan.

Sekali lagi ingin kami tarik perhatian tentang beza saiz dan jarak huruf untuk plate kereta dan motosikal. Sudahlah huruf yang ditetapkan kecil, jarak antara huruf juga separuh dari itu. Bukankah mata yang sama juga yang akan melihat dan mengenalpasti plate nombor itu?

Cuba perhatikan plate number kereta pemandu yang disaman itu (MBR 7074). Diberitakan beliau tidak tahu menahu. Plate itu tidak pernah diubah sejak kereta itu dibeli. Tidakkah itu menganiaya pemandu yang naif ini? Yang peliknya ada kereta yang disaman pernah lulus PUSPAKOM beberapa kali dengan plate yang sama.

CERMIN GELAP

Sebelum ini ramai sahabat dari kalangan anggota PDRM yang merungut. Mereka juga tidak bersetuju dengan ketetapan JPJ tentang isu ini.

Alhamdulillah semalam diberitakan Datuk Abdul Manaf Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod PDRM Bukit Aman sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan cermin gelap bukan faktor melonjakkan kadar jenayah di Malaysia. Malah PDRM tiada statistik yang menunjukkan penjenayah menggunakan cermin gelap semasa melakukan jenayah.

Majoriti anggota PDRM menampakkan kebimbangan dengan kejadian pecah cermin kereta dan kecurian isi kereta yang terlalu banyak berlaku. Sebenarnya penjenayah ada banyak cara yang lebih nekad. Antaranya termasuk memalsukan nombor kenderaan. Sekalipun diharamkan cermin gelap, penjenayah yang ingin menggunakan kaedah itu akan tetap memasangnya kerana menganggap itu masalah kecil. Saman mereka boleh bayar. Bahkan mereka akan memecut lari dari pihak polis atau JPJ apabila melakukan jenayah.

Pihak polis sendiri kongsikan pengalaman mereka yang membawa kesimpulan bahawa pemasangan cermin gelap boleh mengurangkan kes jenayah, khususnya kes ragut dan pecah cermin kenderaan terhadap pemandu wanita. Suka kami rumuskan beberapa lagi kebaikan cermin gelap ini seperti berikut,

1. Menyukarkan peragut dan perompak mengintai isi dalam kenderaan. Khasnya ketika ianya sedang dipandu. Apatah lagi oleh pemandu wanita.

2. Memberikan sedikit keselesaan kepada pemandu dan penumpang ketika panas terik, khasnya bagi kenderaan lama yang airconnya kurang sejuk. Ini amat penting khususnya bagi wanita, bayi atau yang ada masalah kulit.

3. Memudahkan para ibu dan kaum hawa untuk menyusukan anak, membuka atau membetulkan tudung/pakaian, khasnya semasa cuaca panas terik.

4. Mengurangkan kerosakan peralatan dalam kereta, terutama ketika parkir di bawah terik matahari sepanjang hari.

PENINDASAN YANG NYATA

Jika JPJ dikuatkuasakan aturan plate number dengan jumud, siap bawa pembaris untuk mengukur semua nombor plate kenderaan, maka hampir semua kenderaan di Malaysia bakal kena saman. Terutamanya kenderaan pegawai JPj itu sendiri. Siapa yang terbeban saman? Kemudian semua kenderaan akan terpaksa beli plate baru. Siapa yang kaya?

Demikian juga isu cermin gelap. Bukankah kata-kata menteri yang tersiar di media rasmi itu jadi HUKUM? Namun apabila berurusan dengan Puspakom tiba-tiba tidak boleh dan diminta buka pula. Sampaikan cermin asal dari kilang yang gelap sedikit pun perlu ditukar. Tidakkah itu satu pembaziran dan membebankan?

Terkini isu kos untuk buat semua lesen memandu pula dinaikkan sekali ganda. Tidakkah itu membebankan rakyat bawahan yang tidak mampu sedangkan lesen itu satu keperluan asas? Tidakkah itu menyebabkan ramai yang akan memandu tanpa lesen? Tidakkah bebanan terhadap rakyat itu juga bakal mengundang banyak jenayah?

Satu hal lagi ialah seringnya berubah syarat tukar hakmilik kenderaan yang tidak bijak dan menindas. Berapa banyak kenderaan yang dibeli ketika pemilik masih hidup, lengkap dengan salinan kad pengenalan yang telah disahkan gagal dipindah milik kerana pemilik asal telah mati? Akhirnya ia terpaksa dilupuskan.

Ini banyak menyebabkan pembaziran khasnya pada pembeli miskin yang hanya mampu membeli kenderaan murah dan perlu masa untuk mengumpul duit bagi membiayai kos tukar milik. Sudahlah miskin, hanya mampu beli kereta lama, tiba-tiba terpaksa dilupus pula.

Begitu juga nasib yang menimpa pengusaha kereta terpakai yang biasanya hanya menukar hakmilik selepas kenderaan terjual. Mengapa tidak dipermudahkan dengan pengesahan dokumen jualbeli atau dengan bantuan surat sumpah?

Proses pengesahan kad pengenalan bagi urusan pindah milik juga amat dipersulit. Kedua-dua pemilik terpaksa hadir sendiri ke JPJ untuk pengesahan kad pengenalan. Bagaimana halnya dengan pemilik yang uzur? Yang berada di luar negara atau luar kawasan? Itu tidak termasuk kenderaan yang pemilik asalnya telah kembali ke tanah air.

APA SEBENARNYA PUNCA KEMALANGAN?

Banyak sekali kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat. Berapa banyak tanker, lori pasir, lori balak, lori hantu yang bermaharajalela di jalanraya? Berapa banyak yang sah dari segi perlesenan dan sempurna ciri keselamatannya? Berapa ramai pemandu kenderaan berat dari kalangan PATI?

Berapa banyak injin yang diubah suai untuk berlumba di jalanraya? Tidakkah banyak kemalangan berpunca dari aktiviti lumba haram atau habit memecut di jalanraya dengan kuasa injin yang diubahsuai? Berapa banyak kereta motor di Dataran Merdeka yang memekak menayangkan kuasa injin sampai keluar api menjulang dari ekzos?

Di samping kondisi kenderaan, kemalangan juga banyak disebabkan oleh sikap dan gaya pemanduan yang liar, gopoh atau tidak berkemahiran. Masih ingat lagi kemalangan melibatkan kenderaan JPJ yang menyebabkan orang ramai marah sehingga ia dibakar? Berapa banyak pula lapuran awam mengenai kenderaan awam seperti bas/lori yang dipandu dengan laju dan merbahaya tak dilayan?

KESIMPULAN

Sekalipun benar rakyat kita mundur dan kelas tiga, berhati-hatilah membuat kenyataan terbuka, jangan asyik melukakan hati rakyat. Jika mahu gubal undang-undang pula, biarlah ia berasas dan mencapai maksud yang dihajatkan serta tidak membebankan rakyat. Jangan ikut musim dan berbentuk flipflop. Hari ini begini, esok begitu dan terus menerus berbolak-balik tidak menentu.

Jika mahu kuatkuasakan undang-undang biarlah ianya adil dan saksama. Lihatlah keliling kita. Berapa banyak kereta VIP yang bercermin gelap gelita dan tidak menepati ukuran plate number? Jika cermin gelap mereka ada permit atas apa alasan sekalipun, TETAPI adakah pula PERMIT KHAS untuk mereka tidak ikut ukuran plate number? Berapa banyak pula saman mereka yang dihapus kira? Mengapa boleh begitu?

Sebagai contoh, kenderaan bernombor ‘JPJ 11’. Ia milik individu yang turut menggubal peraturan yang sedang hangat diperkatakan dan dengan angkuh menguatkuasakannya tanpa budi bicara. Namun kenderaan itu sendiri tidak mematuhi aturan yang ditetapkan oleh penggubalnya... Aneh bukan? Wajar tidak puak ini dibenci masyarakat?

QS:61. Ash Shaff 2-3. "Hai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

Kekalutan ini berpunca dari khilaf Ketua Pengarah atau pembuat dasar yang kurang matang. Sebagai rakyat, mari kita saling menyeru agar tidak memusuhi setiap anggota JPJ secara peribadi. Janganlah sampai hilang sifat insaniah kita hingga ada kejadian seperti meludah anggota JPJ yang kemalangan. Ketahuilah bahawa kami juga pernah menerima infaq dari anggota JPJ yang prihatin. Wajarkah kita bersikap zalim terhadap insan prihatin seperti mereka, hanya semata-mata mereka anggota JPJ?

Demikian juga dengan dendam dan kebencian yang sering kita zahirkan dengan wenangnya terhadap anggota PDRM. Ramai juga anggota polis dan bekas pegawai tinggi PDRM yang prihatin datang bersedekah di RPWP. PDRM juga ada hadiahkan beberapa buah van lama, walaupun sampai hari ini ia masih belum dapat kami baiki lagi. Jika ada yang ambil rasuah tanpa kerelaan kita, lapur saja pada SPRM. Jika kita sendiri yang gatal-gatal menghulur rasuah kepada mereka, mari kita tuding jari kepada diri kita juga.

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memenuhi permintaan mereka yang meminta perkongsian khusus dari kami. Anggaplah ini juga sebagai seruan dan rayuan ikhlas kami untuk didengar oleh pihak JPJ, PDRM dan juga pembaca amnya.

WARGA PRIHATIN

TAK SANGGUP KENA TROLL, AKHIRNYA JPJ HENTIKAN SEMUA OPERASI PENGUATKUASAAN PLAT NOMBOR PENDAFTARAN!

Wednesday, 12 November 2014 · 8 comments


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhirnya terpaksa 'mengalah' apabila dibelasah sampai lembik dan langsung tidak boleh menjawab. Walaupun ada usaha memberikan pelbagai alasan yang berbelit-belit namun, pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh orang ramai terutama sekali membabitkan kesalahan yang dilakukan oleh JPJ dan KETUA PENGARAH JPJ sendiri, berjaya mengalahkan segala jawapan retorik JPJ. 

Surat pekeliling kepada Pengarah JPJ Negeri turut disebarkan oleh pengguna media sosial yang antara lain di dalam surat tersebut menjelaskan bahawa Ops Khas akan ditangguh berkuat-kuasa serta-merta hari ini. 

Suka atau tidak, beberapa ketegasan yang ditunjukkan oleh JPJ sebenarnya tidak diharapkan kerana wujud persepsi bahawa JPJ sebenarnya terlalu 'sayangkan' pengangkutan seperti lori dan bas yang bukan sahaja banyak melanggar peraturan dan undang-undang tetapi juga banyak mebahayakan nyawa dan keselamatan para pengguna jalanraya. 

Terlalu banyak persoalan membabitkan lori, bas dan penguatkuasaan JPJ itu sendiri. Rasa-rasanya, JPJ sendiri perlu memerhatikan perubahan alam dan dunia. 

Begitu juga dengan penguatkuasaan had laju yang adakalanya tidak masuk akal dengan tidak mengambil kira pelbagai faktor dan elemen yang sudah banyak berubah berbanding 50 tahun lalu ketika peraturan-peraturan yang digunapakai oleh JPJ sekarang digubal dan dibuat. 

JPJ OH JPJ.. MENTERI PENGANGKUTAN PULAK MASUK CAMPUR KES NOMBOR PENDAFTARAN

Monday, 10 November 2014 · 19 comments


Barangkali sedar yang tindakan penguatkuasaan JPJ membabitkan nombor pendaftaran kenderaan lebih banyak mendatangkan kekeliruan memandangkan banyak juga tindakan saman yang dikeluarkan, boleh dipertikaikan, akhirnya, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA mengeluarkan kenyataan agar penguatkuasa JPJ tidak mengambil tindakan melampau.

"JPJ jangan melampau ketika periksa nombor plat, asal nampak jelas sudah memadai," kata Menteri Pengangkutan.


Sudah ramai yang mengesyorkan agar JPJ sendiri yang mengeluarkan plat nombor pendaftaran dan tidak membenarkan mana-mana kedai atau premis yang mengeluarkan nombor pendaftaran itu. Semua kenderaan yang baru dibeli, akan memperolehi nombor pendaftaran daripada JPJ bukannya disediakan oleh syarikat penjual kereta menerusi kontraktor mereka. 

JPJ kata mereka perlu menguruskan 'perniagaan' plat kenderaan sama seperti mereka menguruskan pembaharuan cukai jalan. Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mencontohi jabatan-jabatan pengangkutan jalan negara maju yang mengeluarkan nombor pendaftaran sendiri dengan bayaran tertentu yang turut diletakkan cip komputer yang turut mengandungi data-data tentang cukai jalan. 


Begitu juga dengan cermin gelap. Semuanya diuruskan sendiri oleh JPJ tanpa perlu membenarkan sebarang premis swasta menjalankan perniagaan tersebut. Puspakom juga perlu diletakkan di bawah JPJ sepenuhnya. 

Dan kalau perlu, JPJ wajib mengeluarkan kenderaan sendiri yang mengikut semua spesifikasi dan peraturan yang telah ditetapkan bagi tujuan penyelarasan dan keseragaman. Tiada lagi jenama seperti Honda, Toyota, Proton, Mazda dan sebagainya kecuali JPJ!

LAGI CERITA JPJ.... NOMBOR PENDAFTARAN STANDARD PUN KENA SAMAN JUGA

· 3 comments


Laman Facebook JPJ kini menjadi tumpuan dan lebih ramai haters daripada pemuji.

Ketua Pengarah JPJ tersilap cakap dan dianggap tidak cerdik kerana MAHUKAN KEMATIAN selain mengaitkan kematian di jalanraya dengan saiz nombor plate kenderaan. Videonya sedang viral di Facebook.

Kini lebih ramai yang membuka pekung dan kelemahan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan kerana sakit hati.





Sebuah portal (RUJUK SINI)  menyiarkan keluhan seorang pengguna jalanraya yang telah disaman oleh JPJ kerana nombor pendaftaran keretanya yang dikatakan menyalahi undang-undang.

Perkara sebegini pastinya akan bertambah-tambah dalam tempoh terdekat ini. Lebih banyak yang akan didedahkan dan dibuka. Turut viral sekarang ini adalah seorang pengguna Facebook yang mendedahkan bagaimana anggota penguatkuasa JPJ meminta rasuah daripadanya.



Turut didedahkan ialah kenderaan Ketua Pengarah JPJ sendiri yang mempunyai beberapa saman trafik.

Nampaknya apa yang berlaku sekarang ialah, sebelum penguatkuasaan hendak dilakukan, pastikan terlebih dahulu, penguatkuasa bebas daripada sebarang kesalahan. Kalau tidak, jadilah sepertimana yang berlaku kepada Ketua Pengarah JPJ dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

KETUA PENGARAH JPJ MASIH TIDAK MENJAWAB DAN PENGGUNA FACEBOOKTERUS MENCABARNYA!

· 19 comments

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook membabitkan sebuah kenderaan yang dimiliki atau digunakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang terang-terang menyalahi semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ sendiri ke atas pengguna jalanraya, pengguna media sosial mengikuti kes tersebut dengan rapat.

Pengguna Facebook atas nama Maxazman Sabudin menyahut cabaran Ketua Pengarah JPJ dengan mengeluarkan satu kenyataan semalam menerusi Facebook. Menurutnya, dia telah menerima panggilan dairpada pihak ketiga yang meminta dia berjumpa dengan Ketua Pengarah JPJ.

Bagaimanapun, pengguna Facebook itu menyatakan, disebabkan Ketua Pengarah JPJ kurang senang dengan diari Facebooknya, Ketua Pengarah JPJ berjumpa di pejabatnya di Aras 16, Tower 1, Petronas Twin Towers pada 13 November 2014 jam 9:00 pagi.


Semuanya bermula daripada pendedahan gambar kereta Ketua Pengarah JPJ itu yang langsung tidak mengikut spesifikasi yang mana JPJ sedang melakukan penguatkuasaan sekarang membabitkan nombor pendaftaran, lampu dan cermin gelap.

Alasan yang diberikan oleh Ketua Pengarah JPJ dalam satu siaran berita media yang mengaitkan kemalangan maut dengan saiz nombor pendaftaran sekarang ini sedang menjadi bahan gelak tawa dalam media sosial.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks