Secara dasarnya, memang itulah yang akan berlaku.
Selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat dihapuskan, selain ura-ura penghapusan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Harmoni yang lebih bersifat tunduk kepada kehendak Majlis Peguam, keadaan di negara ini tidak lagi aman. Ketegangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
SOSMA yang menggantikan ISA, tidak menampakkan sebarang kesan. Manakala Akta Pencegahan Jenayah Polis (PCA) pula, mempunyai ruang yang sangat besar untuk dimanipulasi oleh peguam-peguam DAP dan PKR. Apatah lagi dengan kelemahan ketara dari Pejabat Peguam Negara serta pembabitan beberapa orang hakim dalam MENYEDIAKAN KEPUTUSAN lebih awal untuk berpihak kepada pihak yang menentang kerajaan, tidak memperbaiki keadaan di negara ini.
UBF bercita-cita menjadikan Sabah sebagai sebuah NEGARA KRISTIAN, mengeluarkan Sabah dari Malaysia dan mewujudkan suasana tidak tenteram dengan umat Islam di negeri tersebut terutama selepas ISA dan Ordinan Darurat dihapuskan.
Selama berkurun-kurun umat Islam dan Kristian boleh hidup sebagai sebuah keluarga besar di Sabah dan Sarawak, anasir-anasir yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan akhirnya melihat peluang untuk memecah belahkan dan menghapuskan keamanan di Sabah dan Sarawak terbuka luas.
Kristian-Islam telah dijadikan alasan oleh golongan berkenaan memandangkan di Sabah dan Sarawak terdapat ramai orang Kristian dari suku kaum Bumiputera. Walaupun dari keluarga besar 'MELAYU', namun Inggeris yang pernah menjajah Sabah dan Sarawak suatu ketika dahulu, telah melakukan pemecahan kesukuan dan telah mewujudkan identiti tersendiri bagi setiap suku untuk memudahkan mereka mengamalkan dasar PECAH-PERINTAH.
Hanya di Sabah dan Sarawak sahaja, suku lebih dibesar-besarkan berbanding di Semenanjung yang menggabungkan kesemua suku dalam ras Melayu. Dan menariknya juga, walaupun Kadazan, Murut, Dusun atau Bidayuh dan Iban sekalipun, apabila mereka berasimilasi di Semenanjung dan beragama Islam, mereka serta-merta 'menjadi Melayu' dan tiada bezanya dengan Melayu-Melayu yang lain.
Perhatikanlah apa yang dilakukan oleh Desmond Yongkor dan Doris Jones yang cukup kuat kebencian mereka terhadap Islam!

