Peter Chong Yang Dikatakan 'Hilang', Dah Balik ke Malaysia Menerusi KLIA

Sunday, 16 April 2017 | 0 comments



Bekas pembantu R.Sivarasa Rasiah yang dikatakan hilang, dilaporkan hilang, bahkan dimomok-momokkan sebagai 'telah dihilangkan', dikesan kembali ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.

Cerita tentang 'kehilangan' Peter Chong telah dibesar-besarkan oleh PKR dan DAP untuk menggambarkan taktik terbaharu Kerajaan yang menggunakan apa-apa sahaja kaedah bagi menghapuskan penentang.

Anak lelaki Peter Chong telah membuat laporan polis dan kemudian memuatnaikkan status pelik di Facebook selepas itu. Dan dari situlah segala-galanya bermula. 

Dan sekarang, lebih pelik lagi ialah dari masa Peter Chong dikesan melintasi sempadan sehinggalah ke hari ini, tiada sebarang kenyataan yang keluar daripada anak lelaki Peter Chong, Peter Chong sendiri mahupun ahli keluarganya tentang apa yang berlaku. R.Sivarasa juga mendiamkan diri. Semua komunikasi seolah-olah tidak wujud lagi. 

Menurut laporan, bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Peter Chong yang dilaporkan 'hilang' lebih dari seminggu lalu, telah slama tiba di rumahnya selepas pulang dari Thailand. 

Menerusi Twitter, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memuatnaik dua keping gambar Peter Chong yang hanya mengenakan sepasang seluar pendek dan baju T berwarna biru yang dipercayai dirakamkan di KLIA.

"Syabas @PDRMsia kuala Lumpur. 'Missing' Peter Chong is back from Pattaya this afternoon," tulis Khalid. 

Khalid ketika dihubungi berkata, Chong akan disoal berhubung 'kehilangannya'. 

Minggu lepas, Khalid berkata, polis mempunyai bukti Chong telah menyeberangi sempadan di pusat pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu hitam memasuki Thailand sekitar jam 6:30 pagi pada 7 April dan tiada sebarang rekod kepulangannya ke Malaysia. 

Chong menghilang selepas tidak lama memuatnaikkan kemaskini status di Facebooknya pada 31 Mac tentang orang yang tidak dinamakan menghubunginya. 

Peter Chong merupakan pembantu khas kepada Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa untuk selama beberapa tahun sehinggalah tahun 2015. Menurutnya, dia telah diberikan amaran oleh seorang penunggang motosikal yang masih muda agar berhati-hati kerana ramai orang sudah hilang. 


SABAH TIDAK AKAN SELAMAT Selagi Ada Musuh Dalaman, Kata Ketua Polis Negara

Saturday, 21 November 2015 | 0 comments



Sabah akan terus berhadapan dengan ancaman daripada militan selatan Filipina selagi penduduk dan rakyat tempatan terus membantu penceroboh-penceroboh tersebut melakukan jenayah rentas sempadan seperti menculik, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara itu menyeru rakyat Sabah, terutama sekali yang tinggal di pantai timur negeri tersebut untuk kerjasama kepada polis, selain memberi amaran bahawa sesiapa ang diketahui menjadi talibarut dalam jenayah tersebut, akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang serius.

"Selagi ada musuh dalam seliut, pantai timur Sabah tidak akan sepenuhnya aman. Tanggungjawab kita adalah untuk mengenalpasti mereka dan mengambil tindakan.

"Kita tidak akan membiarkan mereka terus wujud di kalangan kita. Sekiranya mereka mahu tinggal di Sabah dalam keadaan aman dan harmono, mereka perlu setia kepada negeri dan negara ini serta bekerjasama dengan kita untuk memastikan negeri dan negara ini aman," kata Khalid.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan berkata, penculikan di restoran makanan laut terkenal Sandakan, Ocean King pada Mei tahun ini - serangan terbaharu - adalah hasil daripada kerja dalam.

Insiden tersebut menyaksikan pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, dan pelanggannya, Bernard Then, 39, telah dilarikan ke selatan Filipina sebagai tebusan. Thien kemudiannya dibebaskan pada 8 November manakala Then pula telah dibunuh dan kepalanya dipenggal pada Selasa lepas.

Polis masih cuba mengenalpasti mayatnya menerusi ujian DNA.

Khalid berkata, polis sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan penduduk tempatan terutama sekali di pantai timur Sabah.

"Setiap hati, kita mempunyai program bersama komuniti untuk berkongsi maklumat, membina keyakinan dan kerjasama dengan awam. Itulah sebabnya saya meminta semua memberikan kerjasama kepada kami untuk menangani masalah ini," katanya.

Khalid yang berada di Sabah hari ini untuk menyampaikan pingat kehormat kepada anggota-anggota polis yang telah berkhidmat sewaktu Ops Daulat berkata, kumpulan-kumpulan militan di selatan Filipina sentiasa mensasarkan Sabah untuk aktiviti penculikan rentas sempadan mereka memandangkan itu adalah punca pendapatan utama mereka.

"Kita sentiasa dalam keadaan bersedia. Tahun ini sahaja, kita berjaya menghalang sekurang-kurangnya lapan cubaan menceroboh dan memasuki Sabah untuk menculik lebih ramai tebusan. Mereka sentiasa mencari peluang," katanya lagi.

Khalid juga berkata, polis sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman Abu Sayyaf yang bekerjasama dengan Islamic State (IS) di wilayah ini dan akan menggunakan pendekatan sama untuk semua kemungkinan aktiviti keganasan. (SUMBER)

LIM KIT SIANG TUDUH KETUA POLIS NEGARA TERLALU SIBUK MAIN TWITTER SAMPAI TAK SEDAR ANCAMAN IS

Thursday, 5 March 2015 | 5 comments

Lim Kit Siang cuba mencipta kontroversi dan meneruskan serangan DAP ke atas Ketua Polis Negara yang telah banyak menghalang kerja-kerja jahat DAP yang cuba menimbulkan masalah dalam negara atas nama politik.

DAP dari tahun 1965 sehingga ke hari ini tidak pernah jemu-jemu untuk menimbulkan permusuhan rakyat ke atas PDRM. Pembunuhan anggota-anggota polis seringkali disambut gembira tetapi apabila PDRM melaksanakan operasi membanteras penjenayah dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan, DAP akan segera mengutuskan peguam-peguam terbaik mereka untuk mempertahankan, bahkan membebaskan para penjenayah tersebut.

DAP juga adalah yang paling lantang mengutuk dan mencela PDRM apabila terdapat kes-kes tembak yang kemudian membunuh para suspek jenayah atau kematian suspek jenayah dalam tahanan. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mensabitkan kesalahan polis dan Teoh Beng Hock dalam kematian Teoh Beng Hock walaupun hakikatnya Teoh Beng Hock membunuh diri kerana melindungi kegiatan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin DAP sendiri terutama sekali Ean Yong Hian Wah.

Beberapa pendedahan membabitkan IS telah digunakan oleh Lim Kit Siang untuk mengutuk Ketua Polis Negara dan cuba menggambarkan Ketua Polis Negara dan PDRM tidak melaksanakan tugas mereka kerana terlalu asyik bermain dengan Twitter.

Dia cuba menggambarkan Ketua Polis Negara sama dengan dirinya yang terlalu sibuk membuat pelbagai kenyataan, sibuk di Twitter dan sibuk berceramah tanpa menghiraukan rakyat yang diwakilinya di Gelang Patah, sebaliknya menyerahkan semua urusan rakyat yang diwakilinya kepada Barisan Nasional yang menjadi Kerajaan Negeri Johor.

Usaha keras PDRM membanteras dan memburu mereka yang terlibat serta berkait dengan IS termasuklah yang terbaru, memberkas tiga orang suspek yagn mempunyai kaitan dengan IS, langsung tidak dihargai oleh Kit Siang yang takut mati.

Agak aneh, orang yang begitu kuat membela penjenayah, tiba-tiba marahkan Ketua Polis Negara kerana kewujudan dan perekrutan IS di negara ini?

Macam pencuri marah kerana kadar kes mencuri meningkat sebab bila makin ramai mencuri, dia dah tak boleh nak mencuri atau hasil curiannya tidak lagi mewah.

Showing posts with label ketua polis negara. Show all posts
Showing posts with label ketua polis negara. Show all posts

Peter Chong Yang Dikatakan 'Hilang', Dah Balik ke Malaysia Menerusi KLIA

Sunday, 16 April 2017 · 0 comments



Bekas pembantu R.Sivarasa Rasiah yang dikatakan hilang, dilaporkan hilang, bahkan dimomok-momokkan sebagai 'telah dihilangkan', dikesan kembali ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.

Cerita tentang 'kehilangan' Peter Chong telah dibesar-besarkan oleh PKR dan DAP untuk menggambarkan taktik terbaharu Kerajaan yang menggunakan apa-apa sahaja kaedah bagi menghapuskan penentang.

Anak lelaki Peter Chong telah membuat laporan polis dan kemudian memuatnaikkan status pelik di Facebook selepas itu. Dan dari situlah segala-galanya bermula. 

Dan sekarang, lebih pelik lagi ialah dari masa Peter Chong dikesan melintasi sempadan sehinggalah ke hari ini, tiada sebarang kenyataan yang keluar daripada anak lelaki Peter Chong, Peter Chong sendiri mahupun ahli keluarganya tentang apa yang berlaku. R.Sivarasa juga mendiamkan diri. Semua komunikasi seolah-olah tidak wujud lagi. 

Menurut laporan, bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Peter Chong yang dilaporkan 'hilang' lebih dari seminggu lalu, telah slama tiba di rumahnya selepas pulang dari Thailand. 

Menerusi Twitter, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memuatnaik dua keping gambar Peter Chong yang hanya mengenakan sepasang seluar pendek dan baju T berwarna biru yang dipercayai dirakamkan di KLIA.

"Syabas @PDRMsia kuala Lumpur. 'Missing' Peter Chong is back from Pattaya this afternoon," tulis Khalid. 

Khalid ketika dihubungi berkata, Chong akan disoal berhubung 'kehilangannya'. 

Minggu lepas, Khalid berkata, polis mempunyai bukti Chong telah menyeberangi sempadan di pusat pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu hitam memasuki Thailand sekitar jam 6:30 pagi pada 7 April dan tiada sebarang rekod kepulangannya ke Malaysia. 

Chong menghilang selepas tidak lama memuatnaikkan kemaskini status di Facebooknya pada 31 Mac tentang orang yang tidak dinamakan menghubunginya. 

Peter Chong merupakan pembantu khas kepada Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa untuk selama beberapa tahun sehinggalah tahun 2015. Menurutnya, dia telah diberikan amaran oleh seorang penunggang motosikal yang masih muda agar berhati-hati kerana ramai orang sudah hilang. 


SABAH TIDAK AKAN SELAMAT Selagi Ada Musuh Dalaman, Kata Ketua Polis Negara

Saturday, 21 November 2015 · 0 comments



Sabah akan terus berhadapan dengan ancaman daripada militan selatan Filipina selagi penduduk dan rakyat tempatan terus membantu penceroboh-penceroboh tersebut melakukan jenayah rentas sempadan seperti menculik, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara itu menyeru rakyat Sabah, terutama sekali yang tinggal di pantai timur negeri tersebut untuk kerjasama kepada polis, selain memberi amaran bahawa sesiapa ang diketahui menjadi talibarut dalam jenayah tersebut, akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang serius.

"Selagi ada musuh dalam seliut, pantai timur Sabah tidak akan sepenuhnya aman. Tanggungjawab kita adalah untuk mengenalpasti mereka dan mengambil tindakan.

"Kita tidak akan membiarkan mereka terus wujud di kalangan kita. Sekiranya mereka mahu tinggal di Sabah dalam keadaan aman dan harmono, mereka perlu setia kepada negeri dan negara ini serta bekerjasama dengan kita untuk memastikan negeri dan negara ini aman," kata Khalid.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan berkata, penculikan di restoran makanan laut terkenal Sandakan, Ocean King pada Mei tahun ini - serangan terbaharu - adalah hasil daripada kerja dalam.

Insiden tersebut menyaksikan pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, dan pelanggannya, Bernard Then, 39, telah dilarikan ke selatan Filipina sebagai tebusan. Thien kemudiannya dibebaskan pada 8 November manakala Then pula telah dibunuh dan kepalanya dipenggal pada Selasa lepas.

Polis masih cuba mengenalpasti mayatnya menerusi ujian DNA.

Khalid berkata, polis sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan penduduk tempatan terutama sekali di pantai timur Sabah.

"Setiap hati, kita mempunyai program bersama komuniti untuk berkongsi maklumat, membina keyakinan dan kerjasama dengan awam. Itulah sebabnya saya meminta semua memberikan kerjasama kepada kami untuk menangani masalah ini," katanya.

Khalid yang berada di Sabah hari ini untuk menyampaikan pingat kehormat kepada anggota-anggota polis yang telah berkhidmat sewaktu Ops Daulat berkata, kumpulan-kumpulan militan di selatan Filipina sentiasa mensasarkan Sabah untuk aktiviti penculikan rentas sempadan mereka memandangkan itu adalah punca pendapatan utama mereka.

"Kita sentiasa dalam keadaan bersedia. Tahun ini sahaja, kita berjaya menghalang sekurang-kurangnya lapan cubaan menceroboh dan memasuki Sabah untuk menculik lebih ramai tebusan. Mereka sentiasa mencari peluang," katanya lagi.

Khalid juga berkata, polis sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman Abu Sayyaf yang bekerjasama dengan Islamic State (IS) di wilayah ini dan akan menggunakan pendekatan sama untuk semua kemungkinan aktiviti keganasan. (SUMBER)

LIM KIT SIANG TUDUH KETUA POLIS NEGARA TERLALU SIBUK MAIN TWITTER SAMPAI TAK SEDAR ANCAMAN IS

Thursday, 5 March 2015 · 5 comments

Lim Kit Siang cuba mencipta kontroversi dan meneruskan serangan DAP ke atas Ketua Polis Negara yang telah banyak menghalang kerja-kerja jahat DAP yang cuba menimbulkan masalah dalam negara atas nama politik.

DAP dari tahun 1965 sehingga ke hari ini tidak pernah jemu-jemu untuk menimbulkan permusuhan rakyat ke atas PDRM. Pembunuhan anggota-anggota polis seringkali disambut gembira tetapi apabila PDRM melaksanakan operasi membanteras penjenayah dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan, DAP akan segera mengutuskan peguam-peguam terbaik mereka untuk mempertahankan, bahkan membebaskan para penjenayah tersebut.

DAP juga adalah yang paling lantang mengutuk dan mencela PDRM apabila terdapat kes-kes tembak yang kemudian membunuh para suspek jenayah atau kematian suspek jenayah dalam tahanan. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mensabitkan kesalahan polis dan Teoh Beng Hock dalam kematian Teoh Beng Hock walaupun hakikatnya Teoh Beng Hock membunuh diri kerana melindungi kegiatan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin DAP sendiri terutama sekali Ean Yong Hian Wah.

Beberapa pendedahan membabitkan IS telah digunakan oleh Lim Kit Siang untuk mengutuk Ketua Polis Negara dan cuba menggambarkan Ketua Polis Negara dan PDRM tidak melaksanakan tugas mereka kerana terlalu asyik bermain dengan Twitter.

Dia cuba menggambarkan Ketua Polis Negara sama dengan dirinya yang terlalu sibuk membuat pelbagai kenyataan, sibuk di Twitter dan sibuk berceramah tanpa menghiraukan rakyat yang diwakilinya di Gelang Patah, sebaliknya menyerahkan semua urusan rakyat yang diwakilinya kepada Barisan Nasional yang menjadi Kerajaan Negeri Johor.

Usaha keras PDRM membanteras dan memburu mereka yang terlibat serta berkait dengan IS termasuklah yang terbaru, memberkas tiga orang suspek yagn mempunyai kaitan dengan IS, langsung tidak dihargai oleh Kit Siang yang takut mati.

Agak aneh, orang yang begitu kuat membela penjenayah, tiba-tiba marahkan Ketua Polis Negara kerana kewujudan dan perekrutan IS di negara ini?

Macam pencuri marah kerana kadar kes mencuri meningkat sebab bila makin ramai mencuri, dia dah tak boleh nak mencuri atau hasil curiannya tidak lagi mewah.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks