Ezam Mohd Nor dan Khairuddin Abu Hassan CURI DAN ROMPAK Parti Orang Untuk Dijadikan Parti Sendiri

Monday, 17 April 2017 | 0 comments



Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.

Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan berkata, Ezam dan Khairuddin yang masing-masing merupakan presiden dan timbalan presiden PBR, didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 ahli parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat diadakan.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat, selain mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk memohon siasatan lanjut kerana tindakan berkenaan melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi berkenaan.

“Penukaran nama kepada PBR tidak mendapat mandat daripada ROS…mereka juga menyalahgunakan parti ini untuk menghentam kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya pada sidang media hari ini.

Kumar yang menerajui Parti Generasi Baru sejak 16 Mac 2016 berkata, beliau masih menunggu maklum balas ROS.

Parti Generasi Baru yang diasaskan S Gobi Krishnan, iaitu bekas setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR, didaftarkan pada September 2013 dengan menyasarkan golongan muda sebagai ahli parti.

Difahamkan, namanya ditukar kepada PBR dengan hasrat untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan.

Kumar berkata, Gobi Krishnan digantung keahliannya sebagai setiausaha agung Parti Generasi Baru bulan lepas kerana didapati pecah amanah dengan melanggar perlembagaan parti dan melantik jawatankuasa baharu tanpa memberi notis mengadakan mesyuarat kepada presiden.



EZAM 'THE KOTAK' MD NOOR Dihentam Teruk Rahimi Osman Kerana Kotak-Kotaknya Yang Masih Belum Muncul

Tuesday, 11 April 2017 | 1 comments



1. Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR), Ezam Md Noor dalam satu kenyataan semalam telah menuduh bahawa Dato’ Seri Najib menggunakan isu RUU 355 bagi menutup isu 1MDB.

2. Saya ingin memberitahu beliau bahawa RUU355 adalah isu umat Islam yang perlu diberikan keutamaan. Isu 1MDB pula adalah isu yang dimainkan oleh pembangkang dan segala tuduhan kepada Perdana Menteri sehingga hari ini belum dibuktikan dalam mana-mana mahkamah.

3. Siasatan PAC yang disebut oleh Ezam juga telah membuktikan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dalam masaalah 1MDB. Isu 1MDB berpunca daripada kelemahan pengurusan dan tadbirurus korporat sahaja. Hari ini, selepas penstrukturan semula dan beberapa langkah strategik dibuat, 1MDB telah berjaya melangsaikan segala hutang jangka pendek syarikat itu.

4. Saya ingin mencabar Ezam selaku Presiden Parti Bebas Rasuah untuk terlebih dahulu membersihkan namanya sendiri daripada segala persoalan berkaitan diri beliau.

5. Yang pertamanya adalah isu 6 kotak rasuah yang selalu didendangkan oleh Ezam semenjak dari tahun 1999. Hampir 18 tahun hanya dua dokumen sahaja yang didedahkan Ezam. Bagaimana dengan kotak-kotak yang lain ? Melindungi atau bersekongkol dengan rasuah juga adalah satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan agama. Adakah Ezam menggunakan kotak-kotak itu sebagai kotak untuk beliau cari makan?

6. Yang keduanya saya ingin bertanya kepada Ezam mengenai berapa banyak dana kerajaan yang diterima oleh beliau sepanjang beliau berada dalam UMNO? Ini termasuk dana sebagai senator, dana NGO Hisbah dan Yayasan Nusantara yang diketuai oleh beliau.

7. Kemana dana-dana ini dibelanjakan dan apakah tujuan perbelanjaan tersebut? Dan adakah segala perbelanjaan dibentangkan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang?

8. Ezam juga sebagai seorang pemimpin kepada Parti Bebas Rasuah haruslah membuktikan kepada rakyat bahawa dirinya terlebih dahulu adalah seratus-peratus bersih daripada sebarang perbuatan rasuah dan penyelewengan. Beliau juga perlu mengistiharkan segala harta diatas namanya dan orang-orang terdekat dengannya dan menyatakan bagaimana harta tersebut diperolehi.

9. Saya juga ingin bertanya apakah pendirian Ezam dan Parti Bebas Rasuah terhadap segala isu rasuah dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan seperti isu rumah banglo Guan Eng, Isu Dana YAWAS dan SMUE, Isu pembelian equiti SLASH, isu kedai judi haram dan macam-macam lagi? Adakah Parti Bebas Rasuah pimpinan Dato’ Ezam juga akan menggesa perletakan jawatan Lim Guan Eng dan Dato’ Seri Azmin Ali?

10. Sebagai penutup, dalam kenyataan semalam Ezam menceritakan bagaimana Rasullulah enggan menyembahyangkan jenazah seorang sahabat kerana sahabat itu mencuri harta negara yang bernilai dua dirham. Bagaimana pula dengan Ezam yang menggunakan segala kemudahan semasa berada di dalam kerajaan khususnya di Kementerian Kewangan ? Adakah sepanjang hampir 2 tahun di Kementerian Kewangan beliau tidak makan gaji buta dan telah menjalankan tugas setimpal dengan gaji besar yang diterima? Elaun beliau dibayar dengan wang kerajaan juga adalah harta negara. Apakah Ezam tidak bimbang kariah masjid di rumahnya nanti tidak mahu menyembahyangkan jenazahnya kelak?

Muhammad Rahimi Osman
Bekas Setiausaha Sulit DS Anwar Ibrahim
Presiden, Pertubuhan Gerakan Transformasi Nasional 50
11 April 2017
Showing posts with label Ezam Md Noor. Show all posts
Showing posts with label Ezam Md Noor. Show all posts

Ezam Mohd Nor dan Khairuddin Abu Hassan CURI DAN ROMPAK Parti Orang Untuk Dijadikan Parti Sendiri

Monday, 17 April 2017 · 0 comments



Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.

Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan berkata, Ezam dan Khairuddin yang masing-masing merupakan presiden dan timbalan presiden PBR, didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 ahli parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat diadakan.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat, selain mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk memohon siasatan lanjut kerana tindakan berkenaan melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi berkenaan.

“Penukaran nama kepada PBR tidak mendapat mandat daripada ROS…mereka juga menyalahgunakan parti ini untuk menghentam kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya pada sidang media hari ini.

Kumar yang menerajui Parti Generasi Baru sejak 16 Mac 2016 berkata, beliau masih menunggu maklum balas ROS.

Parti Generasi Baru yang diasaskan S Gobi Krishnan, iaitu bekas setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR, didaftarkan pada September 2013 dengan menyasarkan golongan muda sebagai ahli parti.

Difahamkan, namanya ditukar kepada PBR dengan hasrat untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan.

Kumar berkata, Gobi Krishnan digantung keahliannya sebagai setiausaha agung Parti Generasi Baru bulan lepas kerana didapati pecah amanah dengan melanggar perlembagaan parti dan melantik jawatankuasa baharu tanpa memberi notis mengadakan mesyuarat kepada presiden.



EZAM 'THE KOTAK' MD NOOR Dihentam Teruk Rahimi Osman Kerana Kotak-Kotaknya Yang Masih Belum Muncul

Tuesday, 11 April 2017 · 1 comments



1. Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR), Ezam Md Noor dalam satu kenyataan semalam telah menuduh bahawa Dato’ Seri Najib menggunakan isu RUU 355 bagi menutup isu 1MDB.

2. Saya ingin memberitahu beliau bahawa RUU355 adalah isu umat Islam yang perlu diberikan keutamaan. Isu 1MDB pula adalah isu yang dimainkan oleh pembangkang dan segala tuduhan kepada Perdana Menteri sehingga hari ini belum dibuktikan dalam mana-mana mahkamah.

3. Siasatan PAC yang disebut oleh Ezam juga telah membuktikan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dalam masaalah 1MDB. Isu 1MDB berpunca daripada kelemahan pengurusan dan tadbirurus korporat sahaja. Hari ini, selepas penstrukturan semula dan beberapa langkah strategik dibuat, 1MDB telah berjaya melangsaikan segala hutang jangka pendek syarikat itu.

4. Saya ingin mencabar Ezam selaku Presiden Parti Bebas Rasuah untuk terlebih dahulu membersihkan namanya sendiri daripada segala persoalan berkaitan diri beliau.

5. Yang pertamanya adalah isu 6 kotak rasuah yang selalu didendangkan oleh Ezam semenjak dari tahun 1999. Hampir 18 tahun hanya dua dokumen sahaja yang didedahkan Ezam. Bagaimana dengan kotak-kotak yang lain ? Melindungi atau bersekongkol dengan rasuah juga adalah satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan agama. Adakah Ezam menggunakan kotak-kotak itu sebagai kotak untuk beliau cari makan?

6. Yang keduanya saya ingin bertanya kepada Ezam mengenai berapa banyak dana kerajaan yang diterima oleh beliau sepanjang beliau berada dalam UMNO? Ini termasuk dana sebagai senator, dana NGO Hisbah dan Yayasan Nusantara yang diketuai oleh beliau.

7. Kemana dana-dana ini dibelanjakan dan apakah tujuan perbelanjaan tersebut? Dan adakah segala perbelanjaan dibentangkan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang?

8. Ezam juga sebagai seorang pemimpin kepada Parti Bebas Rasuah haruslah membuktikan kepada rakyat bahawa dirinya terlebih dahulu adalah seratus-peratus bersih daripada sebarang perbuatan rasuah dan penyelewengan. Beliau juga perlu mengistiharkan segala harta diatas namanya dan orang-orang terdekat dengannya dan menyatakan bagaimana harta tersebut diperolehi.

9. Saya juga ingin bertanya apakah pendirian Ezam dan Parti Bebas Rasuah terhadap segala isu rasuah dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan seperti isu rumah banglo Guan Eng, Isu Dana YAWAS dan SMUE, Isu pembelian equiti SLASH, isu kedai judi haram dan macam-macam lagi? Adakah Parti Bebas Rasuah pimpinan Dato’ Ezam juga akan menggesa perletakan jawatan Lim Guan Eng dan Dato’ Seri Azmin Ali?

10. Sebagai penutup, dalam kenyataan semalam Ezam menceritakan bagaimana Rasullulah enggan menyembahyangkan jenazah seorang sahabat kerana sahabat itu mencuri harta negara yang bernilai dua dirham. Bagaimana pula dengan Ezam yang menggunakan segala kemudahan semasa berada di dalam kerajaan khususnya di Kementerian Kewangan ? Adakah sepanjang hampir 2 tahun di Kementerian Kewangan beliau tidak makan gaji buta dan telah menjalankan tugas setimpal dengan gaji besar yang diterima? Elaun beliau dibayar dengan wang kerajaan juga adalah harta negara. Apakah Ezam tidak bimbang kariah masjid di rumahnya nanti tidak mahu menyembahyangkan jenazahnya kelak?

Muhammad Rahimi Osman
Bekas Setiausaha Sulit DS Anwar Ibrahim
Presiden, Pertubuhan Gerakan Transformasi Nasional 50
11 April 2017

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks