Selepas Mukhriz Dipecat Dari UMNO, Gerakan Tunggingkan Ahmad Bashah dan UMNO-BN Kedah Giat Dijalankan di Kedah Selatan dan Dalam Pentadbiran Negeri Sendiri

Sunday, 26 June 2016 | 4 comments

Mukhriz Mahathir telah selamat ditalkinkan dan ditahlilkan apabila dia dihalau keluar dari UMNO, walaupun bukan sehelai sepinggang atau harta-harta yang diperolehi ketika bersama-sama UMNO tidak dirampas atau disita. Bersama-samanya adalah bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin yang memilih untuk taat setia kepada Dr. Mahathir berbanding kepada ketua yang telah melantiknya.

Kedua-duanya telah dikenakan tindakan tatatertib dan dipecat dari parti serta semua jawatan dalam UMNO yang disandang.

Bagi Muhyiddin Yassin, kerugian yang ditanggungnya dari segi kerjaya politik memang besar kerana setelah lama berada di dalam UMNO, mengharungi pelbagai gelombang dan badai, termasuklah ketika Dr. Mahathir berhadapan dengan bahaya penggulingan besar-besaran oleh rakyat Malaysia pada tahun 1998.

Namun bagi Mukhriz Mahathir yang kerjaya politiknya hanya bermula setelah bapanya bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003, kerugian yang ditanggung tidaklah sebesar mana. Namun walaupun tidak besar, tetapi banyak peluang yang telah dicipta menerusi para penyokong dan pengkagum bapanya.

Ketika Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan dari Menteri Besar Kedah, berlaku sedikit pertentangan di dalam 'kabinet' Kerajaan Negeri Kedah. Beberapa orang Exco secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada Mukhriz dan menentang Ahmad Bashah Hanipah. Konflik berlangsung selama hampir dua minggu, sebelum akhirnya dilihat selesai apabila kesemua Exco yang dilantik oleh Mukhriz, dikekalkan jawatan masing-masing.

Kedah, walaupun kelihatan tenang di permukaan, tetapi konco-konco dan para penyokong Mukhriz serta Dr. Mahathir giat menjalankan tugas-tugas mengumpulkan penyokong. Sungai Petani dijadikan sebagai markas utama termasuklah oleh Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kedah. Gelagat serta komen-komen menghasut bernada kebencian terhadap Ahmad Bashah dan UMNO-Kedah serta BN Malaysia secara keseluruhannya, boleh diperhatikan dan dikesan dengan mudah di Facebook terutamanya.

Biarpun secara lahiriahnya, gerakan ini tidaklah sehebat mana pun, malahan sambutan daripada rakyat Kedah cukup daif dan miskin, namun Kedah yang dirampas daripada PAS pada tahun 2013, boleh bertukar menjadi medan perang pada PRU akan datang.

Ini adalah kerana, Menteri Besar Kedah yang baru discaj Hospital Pulau Pinang, masih terus mengekalkan saki-baki konco serta pengikut Mukhriz di dalam Kerajaan Negeri sama ada sebagai Exco mahupun sebagai petugas.

Ironinya, di sebalik peluang yang diberikan oleh Ahmad Bashah untuk mereka menumpukan perhatian kepada tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas, kesempatan itulah digunakan untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah Ahmad Bashah, Ahmad Bashah dan UMNO serta Najib Abdul Razak. Mereka melihat Ahmad Bashah sebagai sasaran mudah kerana sangkaan mereka, Ahmad Bashah lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Apatah lagi, Kedah dirampas oleh UMNO-BN dari PAS pada tahun 2013 dengan hanya 6 kerusi majoriti (BN 21, PAS 9, DAP 2, PKR 4)

Pada PRU-13, UMNO-BN Kedah berjaya merampas semula kerusi-kerusi DUN penting seperti, Bandar Baru, Kulim, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Kupang dan Ayer Hitam, Kunci kepada kemenangan UMNO-BN pada PRU-13 lalu adalah kerusi-kerusi DUN Kedah Selatan.

Fakta ini diketahui secara lengkap oleh Mukhriz Mahathir dan konco-konconya. Itulah sebabnya, apabila Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, perkara pertama yang dilakukan oleh Mukhriz adalah cuba menimbulkan gelombang di Sungai Petani yang terletak di Kedah Selatan. Gerakan yang disokong kuat oleh GKCM Kedah serta beberapa pemimpin PERKASA Kedah, turut berpusat di Sungai Petani.

Kini Mukhriz Mahathir telah dilucutkan keahliannya dari UMNO. Sekaligus menjadi pemangkin dan pencetus kepada semangat yang bukan sahaja untuk menggulingkan Ahmad Bashah tetapi juga memastikan UMNO-BN kalah di Kedah pada PRU akan datang.

Beberapa kerusi DUN di Kedah Selatan sememangnya amat rapuh. Terdapat banyak faktor termasuklah ADUN-ADUN UMNO di kerusi-kerusi tersebut yang masih mengekalkan tahap kerja cara lama walaupun di kalangan mereka, ada yang kalah teruk pada PRU-12 di kerusi tersebut, sebelum menang kembali dengan majoriti nipis pada PRU-13.

Ahmad Bashah bukan sahaja berhadapan dengan pengkhianatan daripada mereka yang bekerja dalam pentadbiran Kerajaan Negerinya, tetapi juga dari kalangan ADUN-ADUN UMNO-BN Kedah yang melihat ini peluang terbaik mereka untuk mencetuskan masalah dan menunjukkan kuasa selain menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz dan Dr. Mahathir.

Dengan tempoh tidak sampai 18 bulan, Ahmad Bashah perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik termasuklah mengenalpasti calon-calon anak tempatan selain menapis dan menyingkirkan konco-konco Mukhriz daripada pasukannya di Kedah. Pada masa yang sama, Ahmad Bashah juga perlu mempergiatkan lagi jentera UMNO-BN Kedah yang sudah mula bergerak selepas Mukhriz disingkirkan dari jawatan Menteri Besar tetapi masih dilihat terlalu perlahan.

Ketika tohmahan, fitnah dan adu domba dijalankan oleh pasukan Mukhriz di seluruh Kedah, terutama sekali di kawasan Kedah Selatan, di dalam pentadbiran negeri juga, kerja-kerja jahat itu juga berjalan lancar terutama sepanjang Ahmad Bashah dimasukkan ke hospital.

Kesemua mereka ini perlu dikenalpasti dengan seberapa segera yang mungkin. Ahmad Bashah mungkin telah pun mengetahui siapa mereka namun ketiadaan tindakan segera, akan menyebabkan mereka naik lemak kerana berasakan mereka boleh terus bersembunyi di dalam selimut munafik.

MUKHRIZ TOLAK DESAKAN AHMAD LEBAI SUDIN UNTUK LETAK JAWATAN MENTERI BESAR KEDAH

Thursday, 16 April 2015 | 5 comments

Pergolakan dalaman UMNO Kedah nampaknya berlaku lagi. Dan kali ini, ia juga melibatkan individu yang sama iaitu Ahmad Lebai Sudin.

Ada banyak cerita tentang Ahmad Lebai Sudin terutama membabitkan DUN Bukit Lada, DUN Bukit Pinang dan Parlimen Permatang Pauh dari PRU tahun 2004 sehingga PRU 2013. Bagaimanapun disebabkan 'semangat UMNO', tidak banyaklah cerita tentang Ahmad Lebai Sudin yang diketahui keluar dari Kedah atau Pokok Sena. Namun cerita tentang projek Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah yang melibatkan Ahmad Lebai Sudin, mula diperkatakan kembali ekoran gelagat terbarunya.

Dilihat sebagai orang yang gemar menangguk di air keruh, Ahmad Lebai Sudin yang merupakan ADUN Bukit Lada, dikatakan kembali mengejar cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Kedah dengan segera memintas Mukhriz Mahathir dalam memberikan dan melafazkan taat setia kepada Perdana Menteri.

Mukhriz telah meletakkan tarikh 24 April untuk berbuat begitu bersama-sama dengan semua Ketua Bahagian UMNO Kedah, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Kedah. Tarikh sebelum ini, dilihat tidak sesuai memandangkan sebahagian daripada mereka berada di luar Kedah terutama sekali Ahli-Ahli Parlimen Kedah yang mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

Menggunakan alasan itu, Ahmad Lebai Sudin melancarkan serangan dan mendesak agar Mukhriz Mahathir meletak jawatan dengan alasan, jawatan Menteri Besar Kedah adalah atas persetujuan Perdana Menteri. Justeru, menurutnya, keengganan Mukhriz melafazkan kesetiaan kepada Najib dalam pertelingkahan antara Tun Mahathir dengan Najib Abdul Razak, mewajarkannya meletak jawatan kerana telah melanggar Perdana Menteri.

Menariknya, Mukhriz belum pun menyatakan sebarang pendirian kecuali tarikh kenyataan rasmi UMNO Kedah diberikan.

Mukhriz dalam masa yang sama, berkata, desakan tersebut adalah remeh dan dia tidak akan meletak jawatan hanya kerana desakan sebegitu. Apatah lagi, masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk rakyat Kedah selain tanggungjawabnya selaku Menteri Besar Kedah yang diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri sendiri, perlu dilunaskan.

Sesuatu yang Ahmad Sudin sendiri terlupa ialah, watikah untuk dia menjadi calon ADUN Bukit Lada pada PRU lalu datang dari siapa agaknya kalau itulah alasan yang digunakan untuk mewajarkan desakannya. Mengapa dia tidak pula meletak jawatan kerana dia mahu melanggar Mukhriz Mahathir?

Sebenarnya, tindakan Ahmad Lebai Sudin bukanlah sesuatu yang aneh atau luar biasa. Bagi yang memahami politik Kedah, akan faham apa sebenarnya yang diburu oleh Ahmad Lebai Sudin semenjak dari zaman Syed Abdul Razak sebagai Menteri Besar lagi.
Showing posts with label politik kedah. Show all posts
Showing posts with label politik kedah. Show all posts

Selepas Mukhriz Dipecat Dari UMNO, Gerakan Tunggingkan Ahmad Bashah dan UMNO-BN Kedah Giat Dijalankan di Kedah Selatan dan Dalam Pentadbiran Negeri Sendiri

Sunday, 26 June 2016 · 4 comments

Thursday, 16 April 2015 · 5 comments

Pergolakan dalaman UMNO Kedah nampaknya berlaku lagi. Dan kali ini, ia juga melibatkan individu yang sama iaitu Ahmad Lebai Sudin.

Ada banyak cerita tentang Ahmad Lebai Sudin terutama membabitkan DUN Bukit Lada, DUN Bukit Pinang dan Parlimen Permatang Pauh dari PRU tahun 2004 sehingga PRU 2013. Bagaimanapun disebabkan 'semangat UMNO', tidak banyaklah cerita tentang Ahmad Lebai Sudin yang diketahui keluar dari Kedah atau Pokok Sena. Namun cerita tentang projek Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah yang melibatkan Ahmad Lebai Sudin, mula diperkatakan kembali ekoran gelagat terbarunya.

Dilihat sebagai orang yang gemar menangguk di air keruh, Ahmad Lebai Sudin yang merupakan ADUN Bukit Lada, dikatakan kembali mengejar cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Kedah dengan segera memintas Mukhriz Mahathir dalam memberikan dan melafazkan taat setia kepada Perdana Menteri.

Mukhriz telah meletakkan tarikh 24 April untuk berbuat begitu bersama-sama dengan semua Ketua Bahagian UMNO Kedah, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Kedah. Tarikh sebelum ini, dilihat tidak sesuai memandangkan sebahagian daripada mereka berada di luar Kedah terutama sekali Ahli-Ahli Parlimen Kedah yang mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

Menggunakan alasan itu, Ahmad Lebai Sudin melancarkan serangan dan mendesak agar Mukhriz Mahathir meletak jawatan dengan alasan, jawatan Menteri Besar Kedah adalah atas persetujuan Perdana Menteri. Justeru, menurutnya, keengganan Mukhriz melafazkan kesetiaan kepada Najib dalam pertelingkahan antara Tun Mahathir dengan Najib Abdul Razak, mewajarkannya meletak jawatan kerana telah melanggar Perdana Menteri.

Menariknya, Mukhriz belum pun menyatakan sebarang pendirian kecuali tarikh kenyataan rasmi UMNO Kedah diberikan.

Mukhriz dalam masa yang sama, berkata, desakan tersebut adalah remeh dan dia tidak akan meletak jawatan hanya kerana desakan sebegitu. Apatah lagi, masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk rakyat Kedah selain tanggungjawabnya selaku Menteri Besar Kedah yang diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri sendiri, perlu dilunaskan.

Sesuatu yang Ahmad Sudin sendiri terlupa ialah, watikah untuk dia menjadi calon ADUN Bukit Lada pada PRU lalu datang dari siapa agaknya kalau itulah alasan yang digunakan untuk mewajarkan desakannya. Mengapa dia tidak pula meletak jawatan kerana dia mahu melanggar Mukhriz Mahathir?

Sebenarnya, tindakan Ahmad Lebai Sudin bukanlah sesuatu yang aneh atau luar biasa. Bagi yang memahami politik Kedah, akan faham apa sebenarnya yang diburu oleh Ahmad Lebai Sudin semenjak dari zaman Syed Abdul Razak sebagai Menteri Besar lagi.

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks