Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Dicekup SPRM

Wednesday, 17 May 2017 | 0 comments



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah telah dicekup SPRM malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan telah mengesahkan bahawa KPD Melaka Tengah itu telah ditahan untuk disiasat oleh SPRM.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Melaka Tengah (Ketua Polis Daerah) telah disiasatan oleh Putrajaya (pegawai-pegawai SPRM). Bagaimanapun, saya belum dapat mengesahkan tentang penahanan Jasin (Ketua Polis Daerah)."

Shaikh Adzis dipercayai telah ditangkap kerana mempunyai kaitan kerana memberi perlindungan yang dijalankan oleh anggota-anggotanya serta yang lain di daerah Jasin.

Anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis tersebut didakwa terlibat mengutip bayaran daripada premis-premis perjudian dan pusat-pusat urut di Melaka. Sebagai balasan, sindiket tersebut akan dilindungi daripada sebarang tindakan polis.

Semalam, tiga orang pegawai polis tersebut - dua orang berpangkat Asisten Supritendan dan seorang Inspektor - dari Melaka Tengah dan Jasin telah diberkas.

Turut diberkas oleh SPRM adalah tiga orang awam, termasuklah seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah antara anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis itu dengan operator pusat-pusat haram.

Para penyiasat SPRM hari ini berjaya memperolehi reman enam hari ke atas mereka di Putrajaya.

Shaikh Adzis pula dijangka akan dihadapkan di hadapan majistret untuk perintah reman hari ini, di Putrajaya.

Dalam pada itu, SPRM dipercayai cuba mendapatkan perintah reman ke atas dua orang lagi pegawai polis berpangkat tinggi. Bagaimanapun, identiti mereka masih belum dapat disahkan.


DUA DATUK DAN DUA PEGAWAI KANAN SPRM, Antara Tangkapan Terkini Oleh SPRM

Tuesday, 9 May 2017 | 0 comments

Dua orang bergelar 'Datuk' dan dua orang pegawai kanan Imigresen di Perlis merupakan antara orang penjawat awam kanan yang bakal ditangkap dalam usaha agresif SPRM memerangi wabak rasuah. 

Salah seorang 'Datuk' itu merupakan pembantu kepada Ketua Menteri manakala seorang lagi adalah bekas pegawai khas kepada Datuk Bandar Bandaraya Melaka.



Bagaimanapun, tidak dinyatakan di negeri mana bekas pegawai khas itu ditugaskan. Di Malaysia, hanya empat negeri yang ketua kerajaan negeri dikenali sebagai Ketua Menteri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Manakala negeri-negeri lain, adalah Menteri Besar. 

Bekas pembantu Datuk Bandar Bandaraya Melaka itu yang berusia 56 tahun, dilaporkan telah diberkas pada jam 7:30 malam kelmarin ketika dia dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan dan dijangka akan didakwa dengan 15 tuduhan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram dan empat tuduhan lain di bawah Kanun Keseksaan. 

Selain itu, turut dilaporkan adalah penangkapan dua orang pegawai kanan Imigresen yang berpangkalan di Kompleks ICQ Padang Besar, Perlis pagi semalam. 

Kedua-duanya yang berusia 35 dan 37 tahun telah dipanggil ke pejabat SPRM Kedah kearna disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat bagi pekerja-pekerja mahir dan profesional.

Pegawai yang berusia 37 tahun itu didakwa terlibat dalam urusan haram itu ketika mengetuai divisyen perkhidmatan ekspatriat di Pejabat Imigresen Putrajaya antara Februari 2015 sehingga Disember 2015.

Antara lain tugasnya adalah mengawalselia, meluluskan dan membuat pemeriksaan balas ke atas semua maklumat permohonan menerusi sistem data. Dia telah meluluskan 339 permohonan bagi mendapatkan pas itu, membabitkan 18,626 permohonan. 

Seorang kontraktor berusia 48 tahun dikatakan bertindak sebagai agen untuk urusniaga tersebut, turut diberkas, Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali denda nilai suapan sebagai denda jikalau didapati bersalah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya bagi tugas-tugas operasi, Datuk Azam Baki mengesahkan penangkapan berkenaan. 

Empat buah kereta mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, satu akaun simpanan tetap yang mengandungi RM1 juta, 13 buah beg mewah dan 14 jam tangan mewah bernilai RM!30,000 turut disita dalam operasi berkenaan. 



Didakwa 33 Pertuduhan Subahat Rasuah RM30.3 Juta, EXCO JOHOR Dihadapkan Ke Mahkamah

Wednesday, 19 April 2017 | 0 comments



Exco kerajaan negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap 33 pertuduhan bersubahat dengan perunding hartanah membabitkan nilai suapan berjumlah RM30.3 juta antara 13 November 2013 hingga 19 Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Abd Latif Bandi@Nor Sebandi, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Turut tidak mengaku salah perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, yang juga berdepan 33 pertuduhan rasuah membabitkan nilai sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir Shariffuddin Abd Raub menerima satu suapan daripada beberapa individu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM30.3 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor itu didakwa melalui badan awam mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah kluster dan lot Bumiputera kepada pembeli dan pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor.

Bagi perbuatan itu, Abd Latif didakwa mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibacakan bersama seksyen 16(a)(b) dan Seksyen 24 yang peruntukan hukuman tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan.

Amir pula didakwa secara rasuah menerima wang terbabit sebagai upah untuk dirinya dan Abdul Latif melalui cek daripada beberapa bank kerana melakukan transaksi untuk mendapatkan kelulusan berkenaan

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaraya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud dan Amir Nasruddin.

Abd Latif diwakili oleh barisan lapan peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican manakala Amir Shariffuddin oleh Azrul Z Stork.

Mahkamah kemudian membenarkan menetapkan kedua-dua diikat jamin RM2 juta seorang dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

Hakim menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.


Dua Pegawai SPRM Dibatalkan Pertukaran, Adakah SPRM Akan Kerja Lebih Kuat Lepas Ni?

Monday, 10 August 2015 | 6 comments


Sebaik-baik sahaja pengumuman dua orang pegawai SPRM yang didekati dan disokong oleh Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Mat Sabu dibatalkan perpindahan mereka ke Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggiatkan usaha menyiasat tentang 1MDB termasuklah memanggil lebih ramai lagi orang termasuklah para pegawai SPRM sendiri untuk tujuan tersebut.

Pihak yang begitu dekat dengan DAP dan PKR cuba menggambarkan bahawa SPRM telah melakukan kerja-kerja yang terbaik tetapi telah dianiayai oleh PDRM dalam usaha menutup skandal 1MDB.

Namun tiada sesiapa pun di kalangan mereka yang mahu mengungkit kembali bagaimana SPRM selepas kematian Teoh Beng Hock, tidak berani menyentuh DAP dan PKR walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung salahlaku, salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan para pemimpin DAP dan PKR.

Berapa banyak kes yang berkaitan disenyapkan begitu sahaja?

Bagaimana dengan kes pencerobohan hutan di Kedah pada tahun 2008-2013 termasuklah perlombongan mineral secara haram? Berapa ramai pegawai perhutanan, pejabat tanah dan sebagainya yang telah diseret oleh SPRM ke mahkamah untuk diadili?

Bagaimana pula dengan kes melibatkan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Kelantan yang melibatkan puluhan ribu tanah balak sedangkan undang-undang tanah Kelantan sangat jelas, kedua-dua orang berkenaan tidak layak mendapat sebarang tanah?

Bagaimana pula dengan kes Yayasan Selangor yang sehingga kini gagal dibuka dan disiasat oleh SPRM walaupun pelbagai laporan dan memorandum telah diserahkan kepada mereka?

Terlalu banyak kemusykilan dan tanda tanya yang timbul apabila membabitkan SPRM.

26 Febuari 2015, dua orang pegawai SPRM berpangkat Penolong Penguasa telah ditangkap kerana terlibat dengan rasuah. (BACA DI SINI) Apa yang telah berlaku kepada mereka apabila kedua-dua pegawai tersebut diserahkan oleh PDRM kepada SPRM keesokan harinya selepas diambil keterangan?

Memang benar, tugas-tugas SPRM tidak boleh diganggu tetapi memandangkan apa yang berlaku, ditambah-tambah pula dengan kebocoran maklumat, menyebabkan SPRM tidak boleh terlalu berkuasa sebaliknya perlukan sebuah badan yang memantau tugas-tugasan mereka.

Maklumat-maklumat bocor tersebut boleh dipinda dan diubahsuai oleh pihak-pihak berkepentingan yang kemudian digunakan untuk menghancurkan negara ini. Malah ia akan membuka ruang lebih besar kepada campurtangan asing.

Dan melihat kepada keupayaan SPRM yang langsung lemah longlai apabila diminta menyiasat isu-isu berkaitan DAP-PKR, mengapa pula perlu dipersalahkan pihak awam yang memandang serong integriti SPRM?

Yang pasti, SPRM tidak maksum dan SPRM sendiri perlu dibersihkan!


BESARNYA EGO SPRM Apabila Pegawai-Pegawainya Diambil Keterangan Oleh PDRM

Thursday, 6 August 2015 | 17 comments


Kenyataan keras Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yang bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan pegawai-pegawai SPRM.

Tujuh orang pegawai SPRM telah ditahan untuk diambil keterangan berhubung kes pembocoran maklumat 1MDB dan kertas pendakwaan bocor terhadap Perdana Menteri.

Agak menarik kerana sumpah yang dibuat oleh Bahri Mohamad Zin yang sekarang ini mendapat sokongan besar daripada para pemimpin PKR dan DAP, tidak lebih daripada sekadar melambangkan keegoan besar Suruhanjaya tersebut.

Terdapat banyak kes melibatkan SPRM yang tidak diselesaikan sehingga kini. Antara tahun 2008-2013, terdapat banyak laporan tentang skandal dan salah laku melibatkan kewangan dan salahguna kuasa di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat, terutama sekali di Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Namun tidak ada satu pun, kes tersebut diselesaikan dan diumumkan. Individu yang didakwa pula, langsung tidak dibawa ke muka pengadilan. Sebaliknya SPRM pula terpaksa kalut menepis serangan daripada DAP dan PKR ekoran kematian Teoh Beng Hock, saksi penting mereka dalam skandal dan penyelewengan Ean Yong Hian Wah yang pada itu merupakan ADUN Seri Kembangan.

Begitu juga dengan isu-isu pembalakan haram, pengeluaran mineral dan pencerobohan tanah kerajaan secara haram di Kedah, Perak dan Kelantan, juga tiada sebarang tindakan daripada SPRM.

Kerap kali SPRM hanya memaparkan kejayaan mereka 'menangkap' anggota-anggota polis yang terlibat dengan kegiatan rasuah secara kecil-kecilan tetapi apabila melibatkan sindiket dan operasi perjudian haram, serta pelacuran dan sebagainya. Tiada seorang pun taukeh-taukeh besar yang mendalangi operasi pembalakan secara haram berjaya ditarik keluar dan dipaparkan oleh SPRM menerusi media terutama sekali televisyen dan media cetak.

Terlalu banyak kes melibatkan integriti SPRM sendiri.


Justeru apabila Bahri Mohamad Zin melatah sebegitu rupa, banyak persepsi negatif sekarang ini sedang berlegar-legar di kalangan rakyat awam. Yang pasti, orang ramai mempersoalkan tentang keegoan SPRM yang seolah-olah langsung tidak boleh disentuh, ditegur mahupun undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka kerana mereka adalah SPRM.

Kalau PDRM yang anggota-anggota dan pegawai-pegawainya ditangkap oleh SPRM atau diambil keterangan berhubung salahlaku dan rasuah, tidak melatah atau mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa, mengapa pula SPRM tiba-tiba jadi terlalu ego dan besar kepala?

Bukankah lebih baik sekiranya SPRM menyatakan kesanggupan mereka untuk membenarkan anggota-anggota dan pegawai-pegawai mereka disiasat bagi membuktikan bahawa SPRM lebih bersih daripada sangkaan-sangkaan awam selama ini?

Bukankah lebih baik sekiraya SPRM bersikap lebih profesional dan menyatakan bahawa mereka terbuka kepada sebarang siasatan memandangkan selama ini tiada sesiapa pun yang menyiasat ke atas SPRM, selain tidak akan melindungi para pegawainya yang telah melakukan kesalahan, bukanya mengamuk dengan membuat solat hajat agar mereka bebas bermaharajalela dan menjual nama Allah Taala?

Rasuah Besar PBT Selama Perak dan JPS Selama! Kenapa SPRM Buta Mata?

Tuesday, 7 July 2015 | 4 comments

Mungkin beranggapan projek ini tidak terlalu besar dan berada jauh di pedalaman Selama, Perak, membuatkan ia tidak dianggap sebagai sesuatu yang besar dan penting. Malahan, ia juga dianggap sebagai kecil dan remeh.

Namun rasuah dan penyelewengan tetap rasuah dan penyelewengan. Tidak ada sebarang usaha yang boleh menghalalkan salahlaku dan penyelewengan kuasa itu.

Sebuah projek rancangan tebatan banjir Lembangan Sungai Kerian dalam Mukim Hulu Selama, Daerah Selama Perak dipertikaikan. Malah sewajarnya mampu menarik perhatian SPRM.



Perkara paling asas pun sudah dilanggar. Seperti yang digariskan, sesebuah projek perlu disediakan sebuah pejabat tapak untuk dijadikan rujukan atau hentian. Malangnya di tapak projek tersebut, pejabat projek langsung tidak ada.

Juga tiada adalah papan tanda notis pemberitahuan projek berkenaan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.

Kaedah perlaksanaan kerja-kerja fizikal juga nampaknya langsung tidak diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Dari mula projek sehinggalah ketika artikel ini ditulis, tiada sebuah kenderaan atau kakitangan JPS di tapak projek berkenaan.

Maklumat yang turut diperolehi juga mendapati tiada perlantikan Jurukur Tanah Berlesen untuk mengesahkan masa kerja-kerja yang dilaksanakan ke atas sempadan warta dan ketinggian ban yang dibuat.



Pembinaan ban pula dilaksanakan hanya dengan mengorek tanah di sebelah kiri dan kanan ban sahaja tanpa membawa tanah dari luar, sekaligus boleh menjejaskan kestabilan tanah apabila wujud lurah dan jurang yang agak dalam di sisi kiri dan kanan ban.

Namun, perkara paling ketara dan amat mengejutkan ialah apabila terdapat rumah yang telah dibayar gantirugi (pampasan) sepenuhnya namun dinyatakan bahawa rumah tersebut tidak perlu dirobohkan atau dipindahkan kerana laluannya boleh dielak atau diubah.

Persoalannya, mengapa bayaran pampasan dibuat sedangkan rumah berkenaan tidak perlu dirobohkan?

Apakah mereka yang diberikan tanggungjawab dalam proses pemindahan dan pampasan, sedang melakukan silap mata besar-besaran kerana beranggapan perbuatan mereka tidak akan diketahui oleh sesiapa pun?

Apakah terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa dalam projek tersebut membabitkan kontraktor dan Pegawai Tapak serta pengurusan pengambilan oleh JKPTG dan JPS?

Apa pun, yang pasti, pembaziran besar telah berlaku!

Rumah yang terlibat adalah di Lot 2778, Nombor Hak Milik GM3093 Mukim Hulu Selama, Daerah Selama.



Turut dipersoalkan ialah penempatan untuk pemindahan sebahagian daripada penduduk yang tinggal di kawasan rezab sungai, masih belum sempurna iaitu tanpa ketiadaan bekalan air dan elektrik. Malah ditempatkan berhampiran dengan Hutan Simpan Bintang Hijau serta jauh daripada penempatan yang penyaluran kemudahan asas dibuat secara mudah.

Tinjauan juga mendapati laluan atau jajaran ban tebatan itu mengandungi pokok-pokok hutan dan pokok-pokok tanmaan kampung, yang telah pun ditebang dan dipindahkan keluar atau dijual. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan penebangan dan pengeluaran pokok-pokok tersebut dibuat dengan permit yang sah. Tanpa permit yang sah, pengeluaran tersebut bermakna tiada sebarang hasil cukai kayu-kayan dibuat kepada kerajaan menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Seperkara yang menarik tentang projek tebatan banjir di Bukit Bertam, Selama Perak itu ialah:

Dua orang perantaraan antara Kontraktor dengan orang-orang kampung telah dikenalpasti sebagai ‘Amir Mat Yakin’ dan ‘Dolah Serabut’. Kedua-dua mereka adalah penyokong tegar PAS pada PRU-13 lalu. Mereka inilah yang dikatakan banyak mempengaruhi kontraktor dan JPS bagi pihak pemilik bangunan untuk mengubah laluan agar rumah yang telah dibayar sepenuhnya pampasan oleh Kerajaan tidak perlu dirobohkan atau berpindah.

Kedua-duanya bergabung dengan seorang lelaki bernama Saimi Awang Teh yang merupakan bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Tua untuk menghancurkan Persatuan Belia yang cukup kuat suatu ketika dahulu.

Ada pendapat yang menyatakan, Saimi telah mempengaruhi JKKK dan UMNO untuk melantik Amir Mat Yakin dan Dolah Serabut sebagai orang perantaraan antara kontraktor dan penduduk, agar segala kepincangan dan kesalahan tidak diletakkan kepada UMNO dan JKKK. Namun lebih ramai yang berpendapat, kedua-dua mereka adalah orang suruhan Saimi.

Persoalannya, mengapa kontraktor dan JPS menggunakan orang PAS dan bukannya orang UMNO yang selama ini memperjuangkan keutuhan BN dan UMNO yang pernah kecundang pada PRU lepas?

Mengapa pula JKKK atau Jawatankuasa UMNO Cawangan Kampung Tua dan Bukit Bertam seolah-olah langsung tidak pedulikan keselamatan penduduk selain pembaziran atas peruntukan dan wang kerajaan untuk projek tersebut?

Mengapa sepatutnya penduduk yang tinggal di kawasan rizab sungai dipindahkan ke suatu kawasan baru, tidak melibatkan dua orang yang lain walaupun mereka bermastautin di atas rizab sungai?

Bagaimana penempatan baru boleh dibina di atas satu kawasan Hutan Simpan yang tidak mendapat kelulusan secara perundangan daripada Jabatan Perhutanan Perak sedangkan ia jelas menyalahi undang-undang mengikut Akta Perhutanan. Mengapa Pejabat Daerah seperti sengaja menunjukkan kelalaian dalam kes ini?

Di bawah ini adalah dokumen-dokumen yang melibatkan individu yang telah mendapat pampasan penuh tetapi tidak berpindah dan individu tersebut adalah penyokong PAS tegar.




Ini adalah jumlah kos yang tidak sepatutnya mereka terima, tetapi dibayar oleh Kerajaan kepada mereka.

Kos rumah : Rm160,000.00

Kos pindah: Rm3,000.00

Kos sewa : Rm2,100.00

Kos tandas: Rm5.000.00

Kos utiliti: Rm3,000.00

Rm173,100.00


SPRM dan pihak berkuasa seharusnya segera campurtangan dan segera memintas penyelewengan ini, kerana selain daripada menambahburukkan reputasi kepimpinan negara kerana skandal serta gejala rasuah, apa yang berlaku di Bukit Bertam, Hulu Selama juga jelas menunjukkan berlakunya ketirisan dan kehilangan hasil pendapatan negeri dan negara.


PENOLONG PENGUASA SPRM Ditangkap Kerana Terima Suapan RM50,000

Friday, 17 October 2014 | 6 comments

Seorang pegawai SPRM Negeri Sembilan telah ditahan oleh Pasukan BOK SPRM yang diketuai oleh PKPj Zainuddin Latif tengah hari semalam.

Mohd Redzuan bin Abdul Rahman yang berjawatan Penolong Penguasa telah ditahan berhubung kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) ASPRM 2009 kerana disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM50,000 sebagai balasan untuk menutup siasatan melalui NGS/SPRM/KPA pada 18 Julai 2014.

Pada 13 Oktober sejumlah wang RM20,000 telah dimasukkan ke akaun peribadinya daripada sumber yang amat mencurigakan. Manakala pada 16 Oktober 2014 pula, sejumlah RM30,000 dimasukkan ke akaun peribadinya.

SPRM Tangkap Kastam Rasuah, 22 Orang Ditahan

Thursday, 4 September 2014 | 6 comments


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

Sepuluh daripada mereka merupakan pemilik syarikat dan ejen-ejen mereka. Turut ditahan pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi khas secara besar-besaran di Lembah Klang.

Operasi ini turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan.

Difahamkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.

Salah seorang daripada 12 pegawai Kastam itu merupakan Pengarah Kastam Negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, tindakan menahan kesemua mereka merupakan hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Kata beliau, sindiket melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang.

"SPRM percaya tangkapan ini telah berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Barang-barang yang tidak dibayar duti kastam terbabit terdiri daripada rokok dan arak. Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara. Malah sebahagian barang terbabit turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram.

Operasi yang dijalankan bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai oleh SPRM bersama pasukan petugas khas. Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity.
Showing posts with label sprm. Show all posts
Showing posts with label sprm. Show all posts

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Dicekup SPRM

Wednesday, 17 May 2017 · 0 comments



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah telah dicekup SPRM malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan telah mengesahkan bahawa KPD Melaka Tengah itu telah ditahan untuk disiasat oleh SPRM.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Melaka Tengah (Ketua Polis Daerah) telah disiasatan oleh Putrajaya (pegawai-pegawai SPRM). Bagaimanapun, saya belum dapat mengesahkan tentang penahanan Jasin (Ketua Polis Daerah)."

Shaikh Adzis dipercayai telah ditangkap kerana mempunyai kaitan kerana memberi perlindungan yang dijalankan oleh anggota-anggotanya serta yang lain di daerah Jasin.

Anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis tersebut didakwa terlibat mengutip bayaran daripada premis-premis perjudian dan pusat-pusat urut di Melaka. Sebagai balasan, sindiket tersebut akan dilindungi daripada sebarang tindakan polis.

Semalam, tiga orang pegawai polis tersebut - dua orang berpangkat Asisten Supritendan dan seorang Inspektor - dari Melaka Tengah dan Jasin telah diberkas.

Turut diberkas oleh SPRM adalah tiga orang awam, termasuklah seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah antara anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis itu dengan operator pusat-pusat haram.

Para penyiasat SPRM hari ini berjaya memperolehi reman enam hari ke atas mereka di Putrajaya.

Shaikh Adzis pula dijangka akan dihadapkan di hadapan majistret untuk perintah reman hari ini, di Putrajaya.

Dalam pada itu, SPRM dipercayai cuba mendapatkan perintah reman ke atas dua orang lagi pegawai polis berpangkat tinggi. Bagaimanapun, identiti mereka masih belum dapat disahkan.


DUA DATUK DAN DUA PEGAWAI KANAN SPRM, Antara Tangkapan Terkini Oleh SPRM

Tuesday, 9 May 2017 · 0 comments

Dua orang bergelar 'Datuk' dan dua orang pegawai kanan Imigresen di Perlis merupakan antara orang penjawat awam kanan yang bakal ditangkap dalam usaha agresif SPRM memerangi wabak rasuah. 


Salah seorang 'Datuk' itu merupakan pembantu kepada Ketua Menteri manakala seorang lagi adalah bekas pegawai khas kepada Datuk Bandar Bandaraya Melaka.



Bagaimanapun, tidak dinyatakan di negeri mana bekas pegawai khas itu ditugaskan. Di Malaysia, hanya empat negeri yang ketua kerajaan negeri dikenali sebagai Ketua Menteri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Manakala negeri-negeri lain, adalah Menteri Besar. 

Bekas pembantu Datuk Bandar Bandaraya Melaka itu yang berusia 56 tahun, dilaporkan telah diberkas pada jam 7:30 malam kelmarin ketika dia dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan dan dijangka akan didakwa dengan 15 tuduhan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram dan empat tuduhan lain di bawah Kanun Keseksaan. 

Selain itu, turut dilaporkan adalah penangkapan dua orang pegawai kanan Imigresen yang berpangkalan di Kompleks ICQ Padang Besar, Perlis pagi semalam. 

Kedua-duanya yang berusia 35 dan 37 tahun telah dipanggil ke pejabat SPRM Kedah kearna disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat bagi pekerja-pekerja mahir dan profesional.

Pegawai yang berusia 37 tahun itu didakwa terlibat dalam urusan haram itu ketika mengetuai divisyen perkhidmatan ekspatriat di Pejabat Imigresen Putrajaya antara Februari 2015 sehingga Disember 2015.

Antara lain tugasnya adalah mengawalselia, meluluskan dan membuat pemeriksaan balas ke atas semua maklumat permohonan menerusi sistem data. Dia telah meluluskan 339 permohonan bagi mendapatkan pas itu, membabitkan 18,626 permohonan. 

Seorang kontraktor berusia 48 tahun dikatakan bertindak sebagai agen untuk urusniaga tersebut, turut diberkas, Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali denda nilai suapan sebagai denda jikalau didapati bersalah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya bagi tugas-tugas operasi, Datuk Azam Baki mengesahkan penangkapan berkenaan. 

Empat buah kereta mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, satu akaun simpanan tetap yang mengandungi RM1 juta, 13 buah beg mewah dan 14 jam tangan mewah bernilai RM!30,000 turut disita dalam operasi berkenaan. 



Didakwa 33 Pertuduhan Subahat Rasuah RM30.3 Juta, EXCO JOHOR Dihadapkan Ke Mahkamah

Wednesday, 19 April 2017 · 0 comments



Exco kerajaan negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap 33 pertuduhan bersubahat dengan perunding hartanah membabitkan nilai suapan berjumlah RM30.3 juta antara 13 November 2013 hingga 19 Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Abd Latif Bandi@Nor Sebandi, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Turut tidak mengaku salah perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, yang juga berdepan 33 pertuduhan rasuah membabitkan nilai sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir Shariffuddin Abd Raub menerima satu suapan daripada beberapa individu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM30.3 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor itu didakwa melalui badan awam mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah kluster dan lot Bumiputera kepada pembeli dan pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor.

Bagi perbuatan itu, Abd Latif didakwa mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibacakan bersama seksyen 16(a)(b) dan Seksyen 24 yang peruntukan hukuman tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan.

Amir pula didakwa secara rasuah menerima wang terbabit sebagai upah untuk dirinya dan Abdul Latif melalui cek daripada beberapa bank kerana melakukan transaksi untuk mendapatkan kelulusan berkenaan

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaraya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud dan Amir Nasruddin.

Abd Latif diwakili oleh barisan lapan peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican manakala Amir Shariffuddin oleh Azrul Z Stork.

Mahkamah kemudian membenarkan menetapkan kedua-dua diikat jamin RM2 juta seorang dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

Hakim menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.


Dua Pegawai SPRM Dibatalkan Pertukaran, Adakah SPRM Akan Kerja Lebih Kuat Lepas Ni?

Monday, 10 August 2015 · 6 comments


Sebaik-baik sahaja pengumuman dua orang pegawai SPRM yang didekati dan disokong oleh Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Mat Sabu dibatalkan perpindahan mereka ke Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggiatkan usaha menyiasat tentang 1MDB termasuklah memanggil lebih ramai lagi orang termasuklah para pegawai SPRM sendiri untuk tujuan tersebut.

Pihak yang begitu dekat dengan DAP dan PKR cuba menggambarkan bahawa SPRM telah melakukan kerja-kerja yang terbaik tetapi telah dianiayai oleh PDRM dalam usaha menutup skandal 1MDB.

Namun tiada sesiapa pun di kalangan mereka yang mahu mengungkit kembali bagaimana SPRM selepas kematian Teoh Beng Hock, tidak berani menyentuh DAP dan PKR walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung salahlaku, salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan para pemimpin DAP dan PKR.

Berapa banyak kes yang berkaitan disenyapkan begitu sahaja?

Bagaimana dengan kes pencerobohan hutan di Kedah pada tahun 2008-2013 termasuklah perlombongan mineral secara haram? Berapa ramai pegawai perhutanan, pejabat tanah dan sebagainya yang telah diseret oleh SPRM ke mahkamah untuk diadili?

Bagaimana pula dengan kes melibatkan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Kelantan yang melibatkan puluhan ribu tanah balak sedangkan undang-undang tanah Kelantan sangat jelas, kedua-dua orang berkenaan tidak layak mendapat sebarang tanah?

Bagaimana pula dengan kes Yayasan Selangor yang sehingga kini gagal dibuka dan disiasat oleh SPRM walaupun pelbagai laporan dan memorandum telah diserahkan kepada mereka?

Terlalu banyak kemusykilan dan tanda tanya yang timbul apabila membabitkan SPRM.

26 Febuari 2015, dua orang pegawai SPRM berpangkat Penolong Penguasa telah ditangkap kerana terlibat dengan rasuah. (BACA DI SINI) Apa yang telah berlaku kepada mereka apabila kedua-dua pegawai tersebut diserahkan oleh PDRM kepada SPRM keesokan harinya selepas diambil keterangan?

Memang benar, tugas-tugas SPRM tidak boleh diganggu tetapi memandangkan apa yang berlaku, ditambah-tambah pula dengan kebocoran maklumat, menyebabkan SPRM tidak boleh terlalu berkuasa sebaliknya perlukan sebuah badan yang memantau tugas-tugasan mereka.

Maklumat-maklumat bocor tersebut boleh dipinda dan diubahsuai oleh pihak-pihak berkepentingan yang kemudian digunakan untuk menghancurkan negara ini. Malah ia akan membuka ruang lebih besar kepada campurtangan asing.

Dan melihat kepada keupayaan SPRM yang langsung lemah longlai apabila diminta menyiasat isu-isu berkaitan DAP-PKR, mengapa pula perlu dipersalahkan pihak awam yang memandang serong integriti SPRM?

Yang pasti, SPRM tidak maksum dan SPRM sendiri perlu dibersihkan!


BESARNYA EGO SPRM Apabila Pegawai-Pegawainya Diambil Keterangan Oleh PDRM

Thursday, 6 August 2015 · 17 comments


Kenyataan keras Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yang bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan pegawai-pegawai SPRM.

Tujuh orang pegawai SPRM telah ditahan untuk diambil keterangan berhubung kes pembocoran maklumat 1MDB dan kertas pendakwaan bocor terhadap Perdana Menteri.

Agak menarik kerana sumpah yang dibuat oleh Bahri Mohamad Zin yang sekarang ini mendapat sokongan besar daripada para pemimpin PKR dan DAP, tidak lebih daripada sekadar melambangkan keegoan besar Suruhanjaya tersebut.

Terdapat banyak kes melibatkan SPRM yang tidak diselesaikan sehingga kini. Antara tahun 2008-2013, terdapat banyak laporan tentang skandal dan salah laku melibatkan kewangan dan salahguna kuasa di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat, terutama sekali di Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Namun tidak ada satu pun, kes tersebut diselesaikan dan diumumkan. Individu yang didakwa pula, langsung tidak dibawa ke muka pengadilan. Sebaliknya SPRM pula terpaksa kalut menepis serangan daripada DAP dan PKR ekoran kematian Teoh Beng Hock, saksi penting mereka dalam skandal dan penyelewengan Ean Yong Hian Wah yang pada itu merupakan ADUN Seri Kembangan.

Begitu juga dengan isu-isu pembalakan haram, pengeluaran mineral dan pencerobohan tanah kerajaan secara haram di Kedah, Perak dan Kelantan, juga tiada sebarang tindakan daripada SPRM.

Kerap kali SPRM hanya memaparkan kejayaan mereka 'menangkap' anggota-anggota polis yang terlibat dengan kegiatan rasuah secara kecil-kecilan tetapi apabila melibatkan sindiket dan operasi perjudian haram, serta pelacuran dan sebagainya. Tiada seorang pun taukeh-taukeh besar yang mendalangi operasi pembalakan secara haram berjaya ditarik keluar dan dipaparkan oleh SPRM menerusi media terutama sekali televisyen dan media cetak.

Terlalu banyak kes melibatkan integriti SPRM sendiri.


Justeru apabila Bahri Mohamad Zin melatah sebegitu rupa, banyak persepsi negatif sekarang ini sedang berlegar-legar di kalangan rakyat awam. Yang pasti, orang ramai mempersoalkan tentang keegoan SPRM yang seolah-olah langsung tidak boleh disentuh, ditegur mahupun undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka kerana mereka adalah SPRM.

Kalau PDRM yang anggota-anggota dan pegawai-pegawainya ditangkap oleh SPRM atau diambil keterangan berhubung salahlaku dan rasuah, tidak melatah atau mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa, mengapa pula SPRM tiba-tiba jadi terlalu ego dan besar kepala?

Bukankah lebih baik sekiranya SPRM menyatakan kesanggupan mereka untuk membenarkan anggota-anggota dan pegawai-pegawai mereka disiasat bagi membuktikan bahawa SPRM lebih bersih daripada sangkaan-sangkaan awam selama ini?

Bukankah lebih baik sekiraya SPRM bersikap lebih profesional dan menyatakan bahawa mereka terbuka kepada sebarang siasatan memandangkan selama ini tiada sesiapa pun yang menyiasat ke atas SPRM, selain tidak akan melindungi para pegawainya yang telah melakukan kesalahan, bukanya mengamuk dengan membuat solat hajat agar mereka bebas bermaharajalela dan menjual nama Allah Taala?

Rasuah Besar PBT Selama Perak dan JPS Selama! Kenapa SPRM Buta Mata?

Tuesday, 7 July 2015 · 4 comments

Mungkin beranggapan projek ini tidak terlalu besar dan berada jauh di pedalaman Selama, Perak, membuatkan ia tidak dianggap sebagai sesuatu yang besar dan penting. Malahan, ia juga dianggap sebagai kecil dan remeh.

Namun rasuah dan penyelewengan tetap rasuah dan penyelewengan. Tidak ada sebarang usaha yang boleh menghalalkan salahlaku dan penyelewengan kuasa itu.

Sebuah projek rancangan tebatan banjir Lembangan Sungai Kerian dalam Mukim Hulu Selama, Daerah Selama Perak dipertikaikan. Malah sewajarnya mampu menarik perhatian SPRM.



Perkara paling asas pun sudah dilanggar. Seperti yang digariskan, sesebuah projek perlu disediakan sebuah pejabat tapak untuk dijadikan rujukan atau hentian. Malangnya di tapak projek tersebut, pejabat projek langsung tidak ada.

Juga tiada adalah papan tanda notis pemberitahuan projek berkenaan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.

Kaedah perlaksanaan kerja-kerja fizikal juga nampaknya langsung tidak diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Dari mula projek sehinggalah ketika artikel ini ditulis, tiada sebuah kenderaan atau kakitangan JPS di tapak projek berkenaan.

Maklumat yang turut diperolehi juga mendapati tiada perlantikan Jurukur Tanah Berlesen untuk mengesahkan masa kerja-kerja yang dilaksanakan ke atas sempadan warta dan ketinggian ban yang dibuat.



Pembinaan ban pula dilaksanakan hanya dengan mengorek tanah di sebelah kiri dan kanan ban sahaja tanpa membawa tanah dari luar, sekaligus boleh menjejaskan kestabilan tanah apabila wujud lurah dan jurang yang agak dalam di sisi kiri dan kanan ban.

Namun, perkara paling ketara dan amat mengejutkan ialah apabila terdapat rumah yang telah dibayar gantirugi (pampasan) sepenuhnya namun dinyatakan bahawa rumah tersebut tidak perlu dirobohkan atau dipindahkan kerana laluannya boleh dielak atau diubah.

Persoalannya, mengapa bayaran pampasan dibuat sedangkan rumah berkenaan tidak perlu dirobohkan?

Apakah mereka yang diberikan tanggungjawab dalam proses pemindahan dan pampasan, sedang melakukan silap mata besar-besaran kerana beranggapan perbuatan mereka tidak akan diketahui oleh sesiapa pun?

Apakah terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa dalam projek tersebut membabitkan kontraktor dan Pegawai Tapak serta pengurusan pengambilan oleh JKPTG dan JPS?

Apa pun, yang pasti, pembaziran besar telah berlaku!

Rumah yang terlibat adalah di Lot 2778, Nombor Hak Milik GM3093 Mukim Hulu Selama, Daerah Selama.



Turut dipersoalkan ialah penempatan untuk pemindahan sebahagian daripada penduduk yang tinggal di kawasan rezab sungai, masih belum sempurna iaitu tanpa ketiadaan bekalan air dan elektrik. Malah ditempatkan berhampiran dengan Hutan Simpan Bintang Hijau serta jauh daripada penempatan yang penyaluran kemudahan asas dibuat secara mudah.

Tinjauan juga mendapati laluan atau jajaran ban tebatan itu mengandungi pokok-pokok hutan dan pokok-pokok tanmaan kampung, yang telah pun ditebang dan dipindahkan keluar atau dijual. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan penebangan dan pengeluaran pokok-pokok tersebut dibuat dengan permit yang sah. Tanpa permit yang sah, pengeluaran tersebut bermakna tiada sebarang hasil cukai kayu-kayan dibuat kepada kerajaan menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Seperkara yang menarik tentang projek tebatan banjir di Bukit Bertam, Selama Perak itu ialah:

Dua orang perantaraan antara Kontraktor dengan orang-orang kampung telah dikenalpasti sebagai ‘Amir Mat Yakin’ dan ‘Dolah Serabut’. Kedua-dua mereka adalah penyokong tegar PAS pada PRU-13 lalu. Mereka inilah yang dikatakan banyak mempengaruhi kontraktor dan JPS bagi pihak pemilik bangunan untuk mengubah laluan agar rumah yang telah dibayar sepenuhnya pampasan oleh Kerajaan tidak perlu dirobohkan atau berpindah.

Kedua-duanya bergabung dengan seorang lelaki bernama Saimi Awang Teh yang merupakan bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Tua untuk menghancurkan Persatuan Belia yang cukup kuat suatu ketika dahulu.

Ada pendapat yang menyatakan, Saimi telah mempengaruhi JKKK dan UMNO untuk melantik Amir Mat Yakin dan Dolah Serabut sebagai orang perantaraan antara kontraktor dan penduduk, agar segala kepincangan dan kesalahan tidak diletakkan kepada UMNO dan JKKK. Namun lebih ramai yang berpendapat, kedua-dua mereka adalah orang suruhan Saimi.

Persoalannya, mengapa kontraktor dan JPS menggunakan orang PAS dan bukannya orang UMNO yang selama ini memperjuangkan keutuhan BN dan UMNO yang pernah kecundang pada PRU lepas?

Mengapa pula JKKK atau Jawatankuasa UMNO Cawangan Kampung Tua dan Bukit Bertam seolah-olah langsung tidak pedulikan keselamatan penduduk selain pembaziran atas peruntukan dan wang kerajaan untuk projek tersebut?

Mengapa sepatutnya penduduk yang tinggal di kawasan rizab sungai dipindahkan ke suatu kawasan baru, tidak melibatkan dua orang yang lain walaupun mereka bermastautin di atas rizab sungai?

Bagaimana penempatan baru boleh dibina di atas satu kawasan Hutan Simpan yang tidak mendapat kelulusan secara perundangan daripada Jabatan Perhutanan Perak sedangkan ia jelas menyalahi undang-undang mengikut Akta Perhutanan. Mengapa Pejabat Daerah seperti sengaja menunjukkan kelalaian dalam kes ini?

Di bawah ini adalah dokumen-dokumen yang melibatkan individu yang telah mendapat pampasan penuh tetapi tidak berpindah dan individu tersebut adalah penyokong PAS tegar.




Ini adalah jumlah kos yang tidak sepatutnya mereka terima, tetapi dibayar oleh Kerajaan kepada mereka.

Kos rumah : Rm160,000.00

Kos pindah: Rm3,000.00

Kos sewa : Rm2,100.00

Kos tandas: Rm5.000.00

Kos utiliti: Rm3,000.00

Rm173,100.00


SPRM dan pihak berkuasa seharusnya segera campurtangan dan segera memintas penyelewengan ini, kerana selain daripada menambahburukkan reputasi kepimpinan negara kerana skandal serta gejala rasuah, apa yang berlaku di Bukit Bertam, Hulu Selama juga jelas menunjukkan berlakunya ketirisan dan kehilangan hasil pendapatan negeri dan negara.


PENOLONG PENGUASA SPRM Ditangkap Kerana Terima Suapan RM50,000

Friday, 17 October 2014 · 6 comments

Seorang pegawai SPRM Negeri Sembilan telah ditahan oleh Pasukan BOK SPRM yang diketuai oleh PKPj Zainuddin Latif tengah hari semalam.

Mohd Redzuan bin Abdul Rahman yang berjawatan Penolong Penguasa telah ditahan berhubung kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) ASPRM 2009 kerana disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM50,000 sebagai balasan untuk menutup siasatan melalui NGS/SPRM/KPA pada 18 Julai 2014.

Pada 13 Oktober sejumlah wang RM20,000 telah dimasukkan ke akaun peribadinya daripada sumber yang amat mencurigakan. Manakala pada 16 Oktober 2014 pula, sejumlah RM30,000 dimasukkan ke akaun peribadinya.

SPRM Tangkap Kastam Rasuah, 22 Orang Ditahan

Thursday, 4 September 2014 · 6 comments


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

Sepuluh daripada mereka merupakan pemilik syarikat dan ejen-ejen mereka. Turut ditahan pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi khas secara besar-besaran di Lembah Klang.

Operasi ini turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan.

Difahamkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.

Salah seorang daripada 12 pegawai Kastam itu merupakan Pengarah Kastam Negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, tindakan menahan kesemua mereka merupakan hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Kata beliau, sindiket melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang.

"SPRM percaya tangkapan ini telah berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Barang-barang yang tidak dibayar duti kastam terbabit terdiri daripada rokok dan arak. Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara. Malah sebahagian barang terbabit turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram.

Operasi yang dijalankan bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai oleh SPRM bersama pasukan petugas khas. Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks