Sekali imbas, Radio BFM dan Aishah Tajuddin memperlekehkan usaha PAS Kelantan mahu mengadakan hudud di negeri tersebut. Namun apabila diperhalusi, ternyata Radio BFM, malah Aishah Tajuddin sendiri sebenarnya mempunyai niat terselindung yang lebih tepat lagi disebutkan sebagai HASUTAN dan penghinaan ke atas Islam serta umat Islam itu sendiri.
Latar belakang Aishah Tajuddin sudah pun diketahui. Ibu bapanya adalah Melayu yang cukup terkenal kerana pejuang liberalisme dan penyokong kuat LGBT selain merupakan penyokong tegar DAP yang berjuang menentang sistem sedia ada walaupun mereka sebenarnya berasal dan memperolehi kehidupan selesa kerana berkhidmat dengan sistem yang mereka tentang.
Radio BFM dimiliki oleh Tong Kooi Ong menerusi pegangan 50.1%. Selain Radio BFM, Tong Kooi Ong yang dikenali sebagai sekutu utama Anwar Ibrahim terutama menerusi pegangannya ke atas Phileo Allied Berhad ketika kemuncak serangan matawang dan kekalutan Anwar Ibrahim mahu merampas jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir pada penghujung 1990-an, turut memiliki akhbar The Edge dan portal berita The Malaysian Insider.
Beberapa minggu lepas, Tong Kooi Ong dikaitkan dengan cubaan memusnahkan nilai Ringgit Malaysia dalam usaha menjatuhkan ekonomi dan kewangan negara melalui serangan pasaran matawang dunia. Tong Kooi Oii bagaimanapun, menafikan perbuatan itu malah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menuduhnya.
Ironinya, nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika lebih stabil selepas penafian Tong Kooi Ong dan tidak lagi jatuh mendadak pada nilai dan kadar yang lebih besar!
Radio BFM yang dipancarkan pada frekuensi 89.9 sebenarnya bersifat amat rasis, sangat anti dengan Islam dan juga bersifat pro-pembangkang. Seringkali review yang dibuat membabitkan isu-isu semasa di akhbar-akhbar akan diakhiri dengan 'salah kerajaan' dan salah agama Islam serta orang Melayu.
Modus operandi Radio BFM ini sebenarnya mudah. Konsepnya tidak ketara politik tetapi sangat bersifat dan cenderung kepada DAP. Seringkali yang dibangkitkan adalah isu-isu agama Islam yang juga akan digunakan untuk menyerang kerajaan, agama Islam dan Bumiputera. Pada pendengar akan dibawa kepada perbincangan yang sangat sensitif kepada masyarakat dan kemudian dibiarkan untuk membincangkan isu tersebut secara bebas malah akan ditokok tambah agar ianya akan menghangatkan dan menimbulkan ketegangan.
Satu lagi cara adalah dengan membangkitkan isu yang salah tentang hak kaum Bumiputera dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sekiranya ada pendengar Melayu yang cuba membetulkan tuduhan tersebut, pendengar tersebut akan diserang sebagai RASIS. Bagaimanapun, sekiranya mendapat sokongan daripada pendengar bukan Melayu, mereka akan dikatakan sebagai penyokong kebebasan bersuara.
Pada 18 Disember 2014, beberapa NGO telah membuat laporan polis ke atas tiga orang penyampai Radio BFM iaitu Sharaad Kutin serta Umapagam Ampikaypagan dan Caroline. Dalam satu slot yang disiarkan di stesen berkenaan, ketiga-tiga penyampai tersebut telah membincangkan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk
soal pemakaian tudung, kalimah Allah, daging korban dan hak orang Melayu bersama pemanggil bernama Ezra dan Patrick Teoh,
pada 12 Disember 2014, jam 6 petang hingga 7 malam.
Penyampai yang paling rasis ialah Sharaad Kutin. Memandangkan majoriti pendengar adalah orang India dan Cina, dia sering mengambil kesempatan untuk meniup api perkauman. Kebanyakan isu perbincangan yang dicetuskannya adalah ke arah perkauman dan kebencian kepada Melayu-Bumiputera serta Islam.
Waktu yang dipilih untuk meniup api kebencian terhadap orang Melayu-Bumiputera dan agama Islam adalah:
(1) Sepanjang minggu antara pukul 7:00 pagi sehingga selepas berita pukul 8:00 pagi. BFM selalunya akan menggunakan waktu ini untuk mengulas tentang tajuk-tajuk utama akhbar. Pada ketika ini, penyampai seperti Sharaad Kutin akan bertindak sebagai agen DAP dan akan menekankan yang Malaysia ini bermentaliti kelas ketiga kerana enggan menerima pembaharuan.
(2) Segmen Talkback yang diadakan setiap hari sepanjang minggu dan disiarkan pada jam 6:00 petang sehingga 7:30 malam. Dalam segmen ini, semua hosnya adalah wanita yang sangat anti-kerajaan, anti-Melayu dan anti-Islam. Antara penyampainya adalah Umapagan Ampkaypagan, Caroline Oh, Ezra Zaid dan Patrick Teoh. Mereka akan membuat pelbagai provokasi ke atas isu-isu agama Islam seperti kalimah ALLAH, daging korban, tudung dan sebagainya.
Aishah Tajudin adalah salah seorang penyampai di stesen radio terbabit. Malah dia juga adalah penerbit untuk segmen SEKILAS. Radio BFM memaklumkan bahawa Aishah Tajuddin yang telah menerima pelbagai ancaman selepas penyiaran klip video 'Hudud Isi Periuk Nasi?' yang telah dimuatnaik di halaman YouTube dua hari lepas, hanyalah pelakon gantian. Permohonan maaf telah dibuat, sekaligus Radio BFM dan Projek Dialog lepas tangan, manakala Aishah Tajuddin pula terperangkap dengan kemarahan masyarakat awam, khususnya orang Melayu-Islam.
Disokong oleh FZ.com dan portal The Malaysian Insider yang kesemuanya milik Tong Kooi Ong, Radio BFM menyelar dan menuduh kemarahan orang ramai kepada Aishah Tajuddin sebagai bukan sahaja menyalahi perundangan, malah tidak bertepatan dengan nilai-nilai masyarakat negara ini yang mendokong keamanan.
Menariknya, dalam hal ini, sebenarnya yang melakukan provokasi adalah Radio BFM sendiri malah dengan 'rekod jenayah' dan track mereka sendiri yang gemar memainkan isu-isu sensitif yang menjurus untuk menimbulkan kebencian terhadap Melayu-Bumiputera serta mempertikaikan hak-hak Bumiputera dan kedudukan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, motif sebenar penyiaran klip video tersebut yang sudah pasti dijangka reaksi daripada orang ramai, amat jelas.
Dalam kata lain, Radio BFM sememangnya secara sengaja mahu mencetuskan ketidaktenteraman bagi membuktikan bahawa umat Islam adalah umat yang ganas dan agama Islam pula adalah sebuah agama yang karut.
Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan undang-undang ke atas stesen radio ini walaupun mereka sudah menurunkan klip video tersebut dan memohon maaf. Berdasarkan kecenderungan, laporan polis dan rekod lampau operasi, stesen radio tersebut sememangnya mempunyai agenda yang sangat buruk dalam usaha mengganggu gugat keharmonian dan menghasut kekacauan agama serta kaum di negara ini.