PAS Selangor Ancam Tarik Diri Dari Kerajaan Negeri Sekiranya Azmin Paksa 3 Exconya Letak Jawatan

Thursday, 18 May 2017 | 0 comments



Drama membabitkan David Teo dan Sulaiman Yassin dalam program TN50 bersama penggiat seni di Dewan Bankuet Seri Perdana semalam, telah menghilangkan beberapa cerita yang jauh lebih penting, termasuklah cerita MEJA RM30 ribu membabitkan Mufti Perlis dan cerita Kerajaan Negeri Selangor. 

Di Selangor, krisis politik di Selangor semakin meruncing apabila PAS mengancam untuk menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor sekiranya Azmin Ali memaksa Exco-Exco PAS negeri itu meletak jawatan. 

Kepimpinan PAS Selangor memutuskan bahawa 13 orang ADUN akan keluar dari Kerajaan negei sekiranya Azmin Ali menuruti perintah DAP untuk memaksa ketiga-tiga orang Exco dari PAS itu meletak jawatan dalam usaha untuk menyingkirkan PAS. 

Ancaman tersebut sekiranya direalisasikan akan menggoncangkan Kerajaan Negeri Selangor kerana Pakatan hanya akan tinggal 29 orang ADUN dalam DUN yang berjumlah 56 kerusi itu. Kelebihan Pakatan yang diketuai oleh DAP hanya bermajoritikan satu kerusi dengan 14 orang ADUN dari DAP, 13 dari PKR dan 2 dari PAN. 

Keputusan PAS itu telah dibuat dalam mesyuarat lewat malam tadi yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru merangkap ADUN Sabak Sallehen Mukhyi. 

Sallehen telah diberikan tugas untuk untuk menerangkan keputusan tersebut kepada PAS Pusat yang akan bersidang hari ini. 

Dalam mesyuarat malam tadi yang dihadiri oleh kesemua pemimpin kawasan PAS, Sallehen memaklumkan kepada mereka berhubung krisis politik yang membelenggu Kerajaan Negeri ekoran keputusan Majlis Syura untuk memutuskan hubungan dengan PKR. 

Sallehen turut menjelaskan kepada mereka berhubung pertemuannya dengan Azmin semasa Menteri Besar Selangor itu meminta ketiga-tiga orang Exco dari PAS meletak jawatan. Ketiga-tiga orang Exco tersebut adalah Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. 

Bagaimanapun, apa yang akan dilakukan oleh parti sekiranya keluar dari Kerajaan Negeri tidak pula dibincangkan. 

Sekiranya ancaman PAS benar-benar dinyatakan, barisan pembangkang Selangor akan terdiri daripada 13 orang dari PAS, 11 dari UMNO dan dua Bebas. 


Ada spekulasi yang menyatakan, bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan kembali menerajui negeri itu dan usaha-usaha memujuk ADUN-ADUN dari PKR dan DAP untuk melompat parti sedang giat dijalankan. 

Ironinya, Biro Politik PKR yang turut bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Wan Aizah memutuskan untuk memerintahkan kesemua lantikan politik dari PKR di Kelantan, meletak jawatan serta merta.

Azmin Ali mendapat tekanan yang cukup besar daripada DAP untuk bertindak terhadap PAS yang enggan lagi bekerjasama dan menyediakan segala bantuan kepada DAP, sekaligus menyekat nafsu besar DAP untuk menguasai Shah Alam sepenuhnya pada PRU akan datang. 

Ini adalah kali kedua krisis politik berlaku di Selangor. Kali pertama adalah ketika PKR dan DAP serta beberapa orang pemimpin PAS yang sekarang ini sudah berhijrah ke dalam PAN berkonspirasi untuk menggulingkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Khalid Ibrahim kemudian dipecat dari PKR selepas kejayaan menjatuhkannya. 

Kejayaan menggulingkan Khalid Ibrahim itu telah mencetuskan krisis perlembagaan apabila kem yang diketuai DAP dan istana terlibat dalam 'perbalahan' berhubung siapa yang harus menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim. 


David Teo Ingat Dia Bercakap Dengan Budak Production Ke, Tanya Mamat Khalid Ekoran Insiden David Teo Ditampar Mat Over



Cara pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo bercakap di hadapan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "tidak beradab", kata pengarah filem Mamat Khalid.

Jelas Mamat, David memang diketahui cara bercakapnya yang kuat dan lantang, tetapi kali ini beliau dianggap melampaui batas.

“Dengan sesiapa pun dalam industri begitulah cara dia cakap, begitu lantang.

“Jadi apabila berada dalam satu forum bersama dengan perdana menteri, saya rasa kelantangan itu dia tak tahu nak ‘control’. Dia masih ingat dia bercakap dengan budak ‘production’ agaknya,” katanya.

Kebiadaban tersebut seterusnya mengundang kemarahan pelakon Sulaiman Yassin, atau lebih dikenali sebagai Mat Over, yang kemudiannya bertindak menampar muka David, mengejutkan seluruh hadirin sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana.

Kata Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, mengenali Mat Over secara peribadi, lelaki yang berasal dari Terengganu itu bukanlah seorang yang bengis tetapi sangat bersopan santun.

Malah, beliau sendiri tidak menjangkakan Mat Over akan bertindak sedemikian.

“Bersembang dengan kita pun tak bertentang mata, punya lembut Mat Over ini.

“Maklumlah bukan selalu ada ‘open talk’ pasal industri dengan pemimpin negara, mungkin dia tak mampu nak kawal lagi kesabaran dia.”

Bagaimanapun kata Khalid, insiden memalukan itu tidak akan menjejaskan imej industri seni secara keseluruhannya kerana menyifatkan ia lebih kepada sentimen peribadi.

“David bukannya mewakili seluruh industri yang membolehkan orang luar menunding jari dan memandang serong pada industri.

“Pada saya, dia hanyalah satu individu yang memegang tampuk empayar perfileman yang miliknya sendiri dengan caranya sendiri, tiada kena-mengena dengan industri perfileman negara. Dia adalah entitinya sendiri,” katanya.

Katanya lagi, perkara sudah pun berlaku, dan melihat ke hadapan semua pihak perlu lebih matang, lebih-lebih lagi apabila dalam gelanggang perbincangan supaya insiden sama tidak berulang.



SEMAK RAKYAT ADA DUA KERAKYATAN, GESA PCM KEPADA KERAJAAN

Wednesday, 17 May 2017 | 1 comments



Parti Cinta Malaysia (PCM) menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai dua kewarganegaraan.

Menurut Presidennya Datuk Huan Cheng Guan, semakan tersebut adalah perlu bagi menjaga aspek keselamatan negara supaya tidak mudah dibolos oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.

“Saya menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri semalam, kerajaan harus bertindak tegas terhadap mereka yang memiliki 2 kewarganegaraan.

“Saya minta kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai identiti kewargaan negara lain kerana saya percaya masih ada banyak dikalangan rakyat kita yang mempunyai 2 atau lebih kewarganegaraan.

“Kerajaan harus serius dalam menangani masalah. Tidak guna kita beri kewarganegaraan dan pelbagai peluang kepada mereka yang memberi ketaatan kepada negara lain,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Semalam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya berkata kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang 2 kewarganegaraan.

Ahmad Zahid berkata situasi ini jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara negara lain.

“Kita harus melihat kepada perundangan di negara kita terutama dari segi perundangan tertinggi iaitu perlembagaan negara kita yang hanya iktiraf satu kewarganegaraan untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.

Zahid berkata demikian bagi mengulas usul melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut diluluskan dalam persidangan hari Ke-2 Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 DUN Sarawak ke-18.

Usul yang disokong 70 Adun dan 10 menentang dikemukakan selepas Tiong Choon dikatakan mempunyai 2 kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia selepas lama bermastautin di sana.

Tambah Zahid lagi, Perlembagaan Malaysia haruslah tetap dijunjung sebagai sistem perundangan yang terulung dan dihormati semua pihak.

“Ini bukan soal mempolitikkan isu tetapi ini adalah soal prinsip yang dijunjung seluruh sistem perundangan dan rakyat Malaysia,” katanya.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Dicekup SPRM



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah telah dicekup SPRM malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan telah mengesahkan bahawa KPD Melaka Tengah itu telah ditahan untuk disiasat oleh SPRM.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Melaka Tengah (Ketua Polis Daerah) telah disiasatan oleh Putrajaya (pegawai-pegawai SPRM). Bagaimanapun, saya belum dapat mengesahkan tentang penahanan Jasin (Ketua Polis Daerah)."

Shaikh Adzis dipercayai telah ditangkap kerana mempunyai kaitan kerana memberi perlindungan yang dijalankan oleh anggota-anggotanya serta yang lain di daerah Jasin.

Anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis tersebut didakwa terlibat mengutip bayaran daripada premis-premis perjudian dan pusat-pusat urut di Melaka. Sebagai balasan, sindiket tersebut akan dilindungi daripada sebarang tindakan polis.

Semalam, tiga orang pegawai polis tersebut - dua orang berpangkat Asisten Supritendan dan seorang Inspektor - dari Melaka Tengah dan Jasin telah diberkas.

Turut diberkas oleh SPRM adalah tiga orang awam, termasuklah seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah antara anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis itu dengan operator pusat-pusat haram.

Para penyiasat SPRM hari ini berjaya memperolehi reman enam hari ke atas mereka di Putrajaya.

Shaikh Adzis pula dijangka akan dihadapkan di hadapan majistret untuk perintah reman hari ini, di Putrajaya.

Dalam pada itu, SPRM dipercayai cuba mendapatkan perintah reman ke atas dua orang lagi pegawai polis berpangkat tinggi. Bagaimanapun, identiti mereka masih belum dapat disahkan.


PKR Ajar PAS Di Kelantan, Semua Lantikan Politik Wakil PKR Di Kelantan Diarahkan Letak Jawatan Serta-Merta



PKR membalas dendam terhadap PAS atau sebenarnya cuba mengajar PAS?

Sakit hati kerana ketiga-tiga orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS enggan meletak jawatan sementara menunggu keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan PAS berhubung kedudukan mereka esok, PKR mengorak langkah lebih awal. 

Memandangkan PKR tidak mempunyai sebarang kepentingan di Kelantan apatah lagi penguasaan kerusi DUN Kelantan oleh PKR pula terlalu sedikit dan tidak menjejaskan apa-apa, Biro Politik PKR malam tadi telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik melibatkan wakil rakyat parti itu di Kelantan termasuklah Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan lantikan di syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri diminta untuk melepaskan jawatan mereka berkuatkuasa serta-merta.

Perkara berkenaan telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya. 

Antara lain yang turut diputuskan oleh PKR ialah, mereka menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR. Walau bagaimanapun, PKR menolak alasan-alasan yang diberikan oleh PAS sebagai punca tahaluf siyasi itu dibatalkan. 

PKR juga berikrar untuk mengatur langkah yang lebih berkesan bersama-sama DAP, PPBM dan PAN untuk menentang UMNO-BN dan PAS pada PRU akan datang.

Itu yang diumumkan oleh Wan Azizah malam tadi.

Mengenai kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, pimpinan PKR akan memutuskan perkara tersebut sekembalinya Azmin Ali dari lawatan rasmi ke luar negara.

'Bantuan' Untuk PKR Sebagai Parti Memperjuangkan Hudud, Nampaknya Datang Dari Sabah

Tuesday, 16 May 2017 | 0 comments



Kerana temubual Wan Azizah dan Al Jazeera, parti-parti pembangkang bakal berhadapan masalah untuk bekerjasama dengan PKR pada PRU akan datang, kata Presiden Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) Datuk Henrynus Amin. 

Di dalam temubual tersebut, Wan Azizah telah memperkatakan dan bersetuju kepada perkara yang menjadi TABOO atau pantang besar kepada parti-parti politik pembangkang, khususnya DAP dan parti-parti tempatan Sabah serta Sarawak.

Menurut Henrymus, sukar bagi parti-parti pembangkang untuk mempercayai pakatan di mana PKR berada di dalamnya selepas Presiden PKR, Wan Azizah berkata, perlaksanaan hukuman hudud masih mempunyai peluang untuk diadakan sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU akan datang. 

Menurut Henrynus, Sabah dan Sarawak akan bersatu menentang sebarang perlaksanaan hukuman hudud di negara ini, khususnya di Sabah dan Sarawak. 

"Sokongan terbuka PKR kepada hukuman hudud sudah pasti akan menimbulkan curiga kepada semangat kepelbagaian yang dilaung-laungkan di dalam parti tersebut selain komitmen tegas mereka terhadap tradisi sekular di negara ini," kata Henrynus lagi. 

Menurutnya, sesiapa pun yang akan menjadi Kerajaan Persekutuan perlu menghormati Batu Sumpah Keningau yang telah didirikan sempena penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. 

"Kebebasan beragama tidak hanya terhad dengan memberikan peruntukan bagi membina tempat-tempat ibadat atau membenarkan pembacaan kitab-kitab agama. Kebebasan agama bermaksud, kebebasan untuk kesedaran termasukalh hak bagi setiap rakyat untuk melafazkan, mengamalkan bahkan menukar agama berdasarkan pilihan dan kepercayaan peribadi mereka," kata Henrynus lagi. 

Laporan Polis Oleh Hannah Yeoh Dedahkan Masalah Lain Babitkan DAP



'Kesilapan' terbesar yang dilakukan oleh Hannah Yeoh adalah dengan membuat laporan polis berhubung pendedahan ke atas buku tulisannya, 'Becoming Hannah'. Buku tersebut sepatutnya membantu DAP dan Pakatan Rakyat, sama ada dalam bentuk kempen mahupun untuk mengumpulkan dana namun laporan polis yang dibuat, akan menyebabkan bukan buku itu sahaja akan disiasat tetapi juga agenda DAP itu sendiri.

Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat oleh seorang pensyarah dan kemudian ditularkan menerusi media sosial, membuatkan ramai yang membuka mata seluas-luasnya tentang cita-cita sebenar DAP walaupun Hannah Yeoh cuba untuk mempertahankan DAP dengan cara 'mengorbankan' dirinya sendiri menerusi kenyataan penafiannya. 

Mengambil kira apa yang berlaku di negara seberang apabila calon gabenor terkenal dan popular yang dikenali sebagai Ahok dipenjarakan kerana menghina Islam di Indonesia, apa yang ditulis oleh Hannah Yeoh sebenarnya lebih berpotensi untuk menjadi sangat bahaya. 



Para penyokong PAS sekarang ini sedang menggunakan tulisannya di dalam buku itu dan mula menyerang sikap hipokrit DAP. DAP secara lantang dan berulang-ulang kali menuntut agar PAS tidak menggunakan agama dalam politik sedangkan pada masa yang sama, DAP juga melakukan perkara yang sama. 

Dalam banyak-banyak contoh yang boleh diberikan, Hannah Yeoh tentang impiannya untuk menjadi pendakwah Evangelist Kristian berbanding menjadi ahli politik, namun menjadi ahli politik membolehkan dia melakukan kerja-kerja pengkristianan yang lebih menyeluruh kepada orang ramai. 

Hannah Yeoh juga menulis tentang sesuatu yang lebih merbahaya kepada kestabilan dan keharmonian negara ini apabila meminta rakan-rakan Kristiannya di luar negara pulang ke Malaysia dan 'menuntut' negara ini. 

"God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field."


Membawa ahli politik dalam kepompong bangsa dan agama di Malaysia, membuatkan pendedahan terbaharu ini akan memberikan ancaman yang cukup besar kepada DAP, sekaligus memberikan kesan yang lebih parah kepada rakan-rakan sekongkol mereka iaitu PAN, PPBM dan PKR yang mana sekarang ini mereka dituduh membantu Hannah Yeoh dan konco-koconya untuk menjayakan agenda mereka.

Hannah sudah pun membuat laporan polis semalam dan telah cuba menjarakkan partinya daripada tulisannya. 

"This is why it is called ‘Becoming Hannah’ and not ‘Becoming DAP’ or ‘Becoming a Christian'," kata Hannah di dalam kenyataannya. 

Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa setiap orang berhak mengamalkan agama masing-masing secara bebas, tetapi Undang-Undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. 

Dalam bahasa yang lebih mudah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghalang mana-mana pihak yang bukan beragama Islam menyebarkan agama mereka dalam apa cara sekalipun kepada penganut-penganut beragama Islam di negara ini. 

DAP sudah beberapa kali menjadi dalang dan peneraju utama dalam kempen menentang agama Islam terutama yang membabitkan kes murtad seperti yang diperkatakan oleh Ngeh Kor Ham bahawa Malaysia sepatutnya membenarkan mana-mana individu Islam yang ingin murtad tanpa perlu dikenakan sebarang tindakan undang-undang. (RUJUK SINI)

Hannah Yeoh dan DAP boleh memberikan sebarang alasan untuk menafikan agenda mereka sendiri ke atas rakyat Malaysia, termasuklah cuba menyalahkan pihak lain kerana kononnya memainkan isu-isu agama dan kaum menjelang PRU, namun apa yang dilakukan oleh DAP sebenarnya telah menceritakan perkara sebenar berbanding penafian kosong dan putar belit yang diamalkan sekarang, termasuklah oleh Hannah Yeoh.


Sementara itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS membabitkan sebuah buku tulisan Ian Buchanan yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World, berjudul 'Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionsim and Christian Zionism in Malaysia'.

Di dalam buku berkenaan, nama Hannah Yeoh dan Lim Guan Eng turut dipetik sebagai antara mereka yang menjadi tentera Kristian yang cuba menakluk serta mengubah lanskap politik serta sosio budaya di Malaysia, khususnya.









POLIS SABAH Siasat Dakwaan Lima Lelaki Bersenjata Menceroboh Lahad Datu



Polis Sabah sedang menyiasat laporan seorang pekerja ladang yang mendakwa terserempak dengan lima orang lelaki yang memakai pakaian celoreng dan lengkap bersenjata yang mendakwa ingin 'menyelamatkan' orang di Sabah.

Berdasarkan laporan, pekerja ladang berkenaan mendakwa kelima-lima orang lelaki yang berceloreng dan lengkap bersenjata itu dilihat berada berhampiran sungai di FELDA Sahabat 2, Lahad Datu. Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pekerja ladang berusia 52 tahun di Balai Polis Cenderawasih.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menyiasat dakwaan pekerja ladangn berkenaan. Menurutnya lagi, polis telah dan sedang melakukan siasatan dari pelbagai aspek berhubung laporan pekerja ladang itu. 

Berdasarkan laporan itu, pekerja ladang berkenaan mendakwa terserempak dengan lima individu terbabit pada 30 April lalu ketika membersihkan kebun pisang di tebing sungai ladang berkenaan. Difahamkan laporan itu juga menyebut dua daripada lelaki terbabit yang menyedari kehadiran pekerja ladang itu telah memberitahu kehadiran mereka bukan untuk menyusahkan sebaliknya bagi menyelamatkan orang Sabah. 

Pekerja ladang yang sudah tinggal di Sabah semenjak 2010 itu juga mendakwa, kumpulan tersebut membawa dua laras mesingan M60, dua laras M16 dan satu laras M14. Dia bercakap dengan dua daripada lelaki berkenaan dalam bahasa Tagalog. Daripada perbualan itu, pekerja ladang itu melaporkan, lima orang terbabit mendakwa mereka adalah sebahagian daripada 37 orang yang datang melalui jalan laut.

Dia kemudiannya dibenarkan untuk meninggalkan ladang berkenaan dan tidak dicederakan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan dan meminta agar orang ramai tidak panik. Polis juga memberi jaminan, keadaan di Sabah masih dalam keadaan selamat dan dia meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara berkenan.

Pada Februari 2013, kumpulan bersenjata yang diketuai oleh Sulu Force Royal menceroboh Tanduo di kawasan Felda Tungku sebelum operasi besar-besaran dilancarkan untuk mengusir mereka.

Syarikat Pengeluar Gula Tuntut Kerajaan Naikkan Harga Gula Dinaikkan 29 Sen

Monday, 15 May 2017 | 0 comments



Syarikat pengeluar gula Malaysia, MSM Malaysia Holdings masih dalam perbincangan dengan Kerajaan Malaysia untuk menaikkan harga gula sebanyak RM0.29 sen sekilogram bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini.

Kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) yang menguasai syarikat pengeluar itu berkata, harga gula mentah yang tidak stabil, ditambah dengan kejatuhan nilai Ringgit telah menyebabkan keuntungan syarikat berkurangan dengan banyak.

'Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen sekilogram,' kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Pada 1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis telah dinaikkan 11 sen sekilogram menjadikan harganya meningkat daripada RM2.84 sen menjadi RM2.95 sen sekilogram.

Kali terakhir harga gula diselaraskan adalah pada Oktober 2013.

DAP BOHONG LAGI! TalentCorp Nafi Bawa Pulang Bekas ADUN DAP Pujut Yang Ada Dua Kerakyatan



Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) menafikan ADUN Sarawak, Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan daripada kerusi Pujut, kembali ke negara ini di bawah Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme, REP).

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Shareen Shariza Abdul Ghani berkata demikian ketika merujuk kenyataan Ting, yang mendakwa bahawa beliau “melepaskan kerakyatan Australia selepas dipilih oleh TalentCorp untuk kembali bekerja di Malaysia”.


Minggu lalu, Dewan Undangan Negeri Sarawak mengundi untuk untuk melucutkan keanggotaaan Ting dari kerusi Pujut kerana dikatakan memiliki kerakyatan Australia.

Menurut Shareen, rekod TalentCorp menunjukkan bahawa Ting tidak pulang di bawah REP dan juga tidak menerima insentif program berkenaan.

“Walaupun Dr Ting membuat permohonan di bawah REP pada Mei 2014 dan telah diberi kelulusan bersyarat pada September 2014, beliau tidak menyerahkan bukti bahawa beliau telah pulang ke tanah air dan berjaya memperoleh pekerjaan di Malaysia untuk membolehkan beliau menerima Surat Akuan Tarikh Kembali (SATK).

“Di samping itu, beliau juga telah gagal untuk memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa REP,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sijil pengesahan MMC

Walau bagaimanapun, Ting menegaskan bahawa beliau telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) walaupun proses itu ditangguhkan selama beberapa bulan.

Beliau juga menunjukkan Malaysiakini dokumen berkaitan itu.


"Saya juga telah mendapat sijil pengesahan pendaftaran yang dikeluarkan oleh MMC pada tahun 2015, yang membolehkan saya untuk bekerja di Sarawak atau mana-mana tempat di Malaysia.

"Satu-satunya perkara yang saya tidak dilakukan adalah melaporkan kepada REP. Insentif bukan alasan untuk saya pulang bagi berkhidmat kepada rakyat Sarawak," katanya kepada Malaysiakini.

Shareen menjelaskan bahawa semua permohonan REP REP daripada para profesional perubatan terlebih dahulu dibentangkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Bersama – Tenaga Kerja Penjagaan Kesihatan (Joint Working Committee - Healthcare Talent, JWC-HT).

Ahli-ahli jawatankuasa ini termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, MMC, Pendaftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Register, NSR) dan beberapa anggota jawatankuasa yang dilantik.

“JWC-HT berperanan untuk menyemak kelayakan akademik dan pengalaman kerja pemohon bagi menentukan kelayakan mereka di bawah REP. Ia kemudian menghantar cadangannya kepada Jawatankuasa REP.

“Dalam kes Dr Ting, kelulusan bersyaratnya menghendaki beliau menyediakan surat pelantikan jawatan sebagai pegawai perubatan di kawasan luar bandar serta pendaftarannya dengan MMC,” katanya.

Cabar kesahihan

Selepas mendapat kelulusan, Shareen berkata semua pemohon REP diberi tempoh sehingga dua tahun untuk kembali dan memperoleh pekerjaan di Malaysia sebelum SATK dikeluarkan oleh

TalentCorp untuk diluluskan sebagai pakar yang pulang di bawah REP dan mendapat manfaat daripada insentif di bawah program ini.

“Ketika membuat permohonan, Dr Ting memegang pasport Malaysia yang sah dan ini melayakkan beliau untuk membuat permohonan REP. Di bawah REP, pemegang penduduk tetap (PR) dibenarkan memohon untuk REP sekiranya mereka dapat menunjukkan bukti bahawa mereka masih warganegara Malaysia.


“Di samping itu, pemohon perlu memenuhi kriteria yang ketat berhubung kelayakan akademik, pengalaman kerja, tahap pendapatan dan tempoh perkhidmatan di luar negara.

“Mereka juga mesti bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi yang dikenal pasti dalam Senarai Pekerjaan Kritikal (Critical Occupations List, COL) serta bekerja dan tinggal di luar negara pada masa permohonan,” katanya.

Usul untuk melucutkan kelayakan Ting dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Wong memetik Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

DAP Sarawak dilaporkan akan mencabar kesahihan tindakan pemecatan di mahkamah.

Kes ini dipercayai yang pertama di Malaysia.


Kasih Sayang Azmin Ali Terhadap PAS Mengatasi Sayang Azmin Kepada DAP dan PAN Apatah Lagi PPBM



PAS telah membuat ketetapan. Majlis Syura PAS juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR termansuh kerana perangai PKR yang suka tikam belakang walaupun PKR tidak mengaku sampai ke sudah. Hari Khamis nanti, keputusan tentang kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan oleh parti tersebut.

Azmin Ali masih berusaha mempertahankan Kerajaan Negeri yang diketuainya, selepas dia menikam belakang Khalid Ibrahim dan merampas jawatan tersebut daripada Khalid Ibrahim. Khalid kemudiannya dipecat dari PKR bagi mengelakkan bekas Menteri Besar itu menggunakan pengaruhnya menumbangkan Azmin Ali pula.

Timbalan Presiden PKR yang memiliki kemnya sendiri, sedang berhempas pulas mempertahankan kedudukan serta jawatannya dengan masih lagi berusaha memujuk PAS agar tidak meneruskan rancangan untuk keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, para penyokong PKR Pro-DAP menggelarkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin sebagai KARTEL MIN, terus mengecam tindakan Azmin yang bacul dan enggan membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan.

Biarpun Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming, dua orang pemimpin kanan DAP mengecam PAS berkaitan dengan keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus mengancam kewujudan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR itu tetap tidak peduli.

Dia masih enggan menyingkirkan atau memecat ketiga-tiga orang Exco PAS itu walaupun cuba berselindung dengan gesaannya supaya mereka meletak jawatan. Kuasa memecat dan mengubah 'kabinet negeri Selangor' berada di tangan Azmin Ali.

PAN, parti serpihan PAS yang mempunyai kerusi dalam DUn Selangor, menunut jawatan Exco kerana menurut mereka, PAN lebih layak kerana merupakan parti yang diiktiraf oleh pakatan pembangkang, khususnya oleh DAP.

Bagaimanapun, Azmin enggan mengikut kehendak PAN yang merupakan parti ciptaan DAP dan sentiasa mengikut telunjuk Lim  Guan Eng. Apatah lagi, PAN walaupun cakap berdegar-degar, masih gagal menarik ADUN-ADUN PAS untuk menyertai mereka walaupun pada awal mereka ditubuhkan di Selangor dahulu, janji mereka, lebih 10 orang ADUN PAS sudah bersiap sedia untuk menyeberang masuk PAN.

Maka timbullah persoalan, mengapa Azmin Ali terlalu sayangkan PAS.

Grass root Azmin Ali di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa adalah ahli-ahli PAS. Kebergantungan Azmin Ali kepada PAS amat kuat kerana jentera dan grass root PAS sebenarnya yang bekerja keras untuk memenangkan Azmin sebelum ini. PKR Gombak dan Ampang pula, hidup segan mati tidak mahu.

Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin sudah berulang kali mendesak Azmin Ali agar segera membuat rombakan barisan Exco dengan menyingkirkan ketiga-tiga orang Exco PAS itu selain rombakan melibatkan Ahli-Ahli Majlis PBT dari kalangan ahli-ahli PAS. Bagaimanapun, Azmin tetap berdegil untuk tidak akur dengan desakan tersebut.


MAHFUZ OMAR Kecam PAS Selangor Sebagai 'TIDAK MALU'



Mahfuz Omar yang sudah tidak peduli lagi dengan kawasannya, Pokok Sena, terus berusaha untuk mengkagumkan PAN, PPBM dan DAP dengan membuat kenyataan terbaharu membabitkan parti yang telah  mengangkat dan memperkenalkan namanya ke persada politik negara, PAS. 

Menyertai beberapa orang pemimpin PKR dan DAP yang mengutuk PAS Selangor kerana enggan meninggalkan Kerajaan Negeri selepas PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR, Mahfuz berkata, Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu Timbalan Presiden PAS, jenis muka tak malu. 

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mempertahankan keengganan PAS Selangor utnuk mengeluarkan arahan kepada ketiga-tiga orang Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk meletak jawatan. 

Kata Mahfuz, PAS tidak boleh meletakkan situasi di mana rakyat Selangor melihat PAS sebagai sebuah parti 'kartun' tanpa mengetahui ke mana haluan sebenarnya parti itu.

Mahfuz juga mengutuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana cuba menggunakan istana dalam usaha mempertahankan kedudukan ketiga-tiga Exco terbabit. 

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin politik senior, Tuan Ibrahim seharusnya tahu, di bawah sistem raja berperlembagaan, perlantikan Exco-Exco Negeri atau Menteri-Menteri Kabinet sekalipun dibuat oleh Sultan atau Yang Dipertuan Agong, sebenarnya dibuat di atas nasihat Menteri Besar atau Perdana Menteri."

Bagaimanapun, menurut Mahfuz lagi, ketiga-tiga orang Exco PAS itu tidak boleh diberikan tekanan atau paksaan untuk meletakkan jawatan. Sebaliknya ketiga-tiga Exco tersebut sebenarnya perlu meletakkan jawatan serta-merta selepas Majlis Syura mengesahkan keputusan yang dibuat oleh PAS dalam muktamar lalu tentang pemutusan tahaluf siyasi dengan PKR tanpa perlu bertanya atau dipaksa oleh pihak lain.

Menurutnya lagi, perletakan jawatan tersebut amat penting untuk menunjukkan kedudukan PAS pada peringkat kebangsaan dan Selangor selaas dengan keputusan yang dibuat dalam muktamar serta Majlis Syura.

PAS mempunyai tiga orang Exco di Selangor iaitu Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. PAS turut memiliki ramai Ahli-Ahli Majlis pada peringkat Kerajaan Tempatan. Timbalan Speaker DUN Selangor, Shafie Ngah juga merupakan ADUN PAS. 

Muktamar PAS pada 30 April telah menerima usul secara sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan PKR. Keputusan berkenaan kemudiannya disahkan oleh Majlis Syura yang merupakan peringkat tertinggi penggubal polisi parti tersebut, Khamis lepas. 

PAS akan memutuskan kedudukan ketiga-tiga Exco tersebut dalam mesyuarat pada Khamis nanti. 

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam satu kenyataan menyatakan ketiga-tiga orang Exco tersebut akan kekal buat sementara waktu.

Mahfuz mengingatkan, situasi di Selangor sekarang hampir sama  dengan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1996 selepas Semangat 46 memutuskan hubungan dengan PAS sebaik-baik sahaja parti tersebut dimansuhkan bagi membolehkan ahli-ahlinya menyertai UMNO. 

Menurut Mahfuz, Exco-Exco Semangat 46 juga mengumumkan, mereka akan kekal di dalam pentadbiran negeri memandangkan mereka dilantik oleh Sultan Kelantan dan mereka mahu memenuhi mandat yang diterima pada PRU tahun 1995.

Bagaimanapun, mereka telah diperintahkan untuk meninggalkan pentadbiran Kelantan oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir.

Justeru kata Mahfuz, ketiga-tiga Exco tersebut sebenarnya perlu menjadikan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1996 sebagai panduan dan ikutan. 


Ekoran Penahanan 16 Orang Pegawai Kanan, PDRM akan rombak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ekoran penahan 16 orang pegawai kanan dan anggota jabatan itu kerana dipercayai melindungi sindiket dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota jabatan itu untuk melindungi atau bersekongkol dengan sindiket termasuklah melaksanakan rombakan besar-besaran dalam jabatan berkenaan.

Selain itu, PDRM turut melancarkan gerakan dan operasi mengesan pegawai serta anggota-anggota polis lain yang turut terbabit melindungi sindiket berkenaan.

"Mereka ini dipercayai mempunyai hubungan dengan pengedar dadah serta membocorkan maklumat dan operasi polis. Kita serius sekiranya ada pembabitan pegawai dan anggota polis yang melindungi atau berkawan baik dengan mana-mana sindiket itu (dadah) dan tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan diambil," katanya.


Bekas ADUN DAP Pujut Rupa-Rupanya Bukan Pemegang Kerakyatan Malaysia

Sunday, 14 May 2017 | 1 comments



Bekas ADUN Pujut yang dilucutkan kelayakan sebagai ADUN oleh DUN Sarawak dua hari lepas, Dr. Ting Tiong Choon sebenarnya telah memegang kerakyatan Australia selama lebih enam tahun. Dia memperolehi status kerakyatan tersebut pada 20 Januari 2010.

Bagaimanapun, selepas namanya disebut-sebut dan bakal menjadi calon mewakili DAP di Pilihanraya Negeri Sarawak, Dr. Ting kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australia pada 4 April 2016 iaitu sebulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak pada 8 Mei tahun lepas.

Disebabkan itulah, menurut Pengerusi DAP Sarawak yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, juga tidak boleh menyanyikan lagu Negaraku serta langsung tidak tahu tentang Prinsip Rukunegara, Chong Chien Jen berkata, DAP akan membawa isu perlucutan jawatan tersebut ke mahkamah.

DAP mahu mahkamah mengembalikan jawatan ADUN Pujut kepada Dr. Ting Tiong Choon kerana menurutnya perlucutan jawatan tersebut merupakan 'satu perlanggaran semangat perlembagaan Malaysia'.

Perkara 24 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan;

"Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa seseorang warganegara telah memperolehi kewarganegaraan mana-mana negeri luar Persekutuan dengan cara pendaftaran, masukan atau perbuatan lain yang sengaja serta menurut peraturan (lain daripada perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh dengan perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu."

Dengan kata lain, bermula dari 20 Januari 2010 lagi, Dr. Ting Tiong Choon sudah tidak ada apa-apa hak di Malaysia, termasuklah hak untuk mengundi apatah lagi menjadi calon pilihanraya kerana status kerakyatannya di Malaysia telah gugur secara automatik.


Walaupun dia kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australianya pada 4 April 2016 bagi membolehkan dia menjadi calon DAP di DUN Pujut dalam PRN Sarawak 2016, sebenarnya Dr. Ting bukan lagi rakyat Malaysia bermula dari 20 Januari 2010 lagi.

Justeru, ikrar Chong Chien Jen dan Lim Guan Eng bahawa mereka akan memanipulasikan undang-undang serta institusi mahkamah di negara ini bagi membolehkan seorang penderhaka dan pengkhianat seperti Dr. Ting kembali menikmati hak-haknya selaku warga negara Malaysia, sebenarnya menunjukkan perangai dan niat jahat DAP ke atas negara ini.

Seharusnya, bekas ADUN Pujut itu perlu menjalani proses kembali mendapatkan kerakyatannya yang telah hilang secara automatik pada 20 Januari 2010, bukannya mereka membawa kesnya sehingga ke Mahkamah Persekutuan untuk membolehkan pengkhianat dan penderhaka seperti Dr. Ting bermaharajalela dan berbuat apa-apa sahaja di negara ini.

Apatah lagi dengan dua kes muflisnya di Australia, kepulangan Dr. Ting ke Malaysia dan pengguguran status kerakyatan Australianya itu sendiri boleh dipertikaikan.

Guan Eng Bukan Sahaja Bacul Untuk Dibicarakan Kes Rasuah, Tapi Ada Hati Kata PAS Tidak Bermaruah



Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, selain merupakan suspek kes rasuah dan salahguna kuasa yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, 3 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS seharusnya melepaskan jawatan mereka, sekiranya mereka bermaruah.

Kata Lim Guan Eng lagi, ketiga-tiga Exco tersebut perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah oportunis. Lebih menarik lagi ialah, suspek rasuah dan salahguna kuasa yang cuba mengelak daripada dibicarakan dengan pemanipulasian undang-undang ini cuba pula mengaitkan UMNO untuk menyandarkan hujahnya itu.

Lim Guan Eng merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin UMNO Selangor yang mengatakan PAS tidak bermaruah sekiranya terus membenarkan ketiga-tiga Exco tersebut bergayut pada jawatan mereka.

"Sekiranya ini pun tidak boleh faham. Itu menunjukkan pemimpin Pas yang lain sudah keliru dan sesat dan kalau UMNO pun cakap mereka tidak bermaruah dan oportunis.

"Pas mesti tunjuk bahawa UMNO tidak bercakap benar, bahawa Pas bermaruah dan letak jawatan kalau tidak apa yang UMNO cakap tu (benar), PAS oportunis dan tidak bermaruah langsung," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian iInsentif Teksi dan Bas sekolah bilangan 2 tahun 2017 di Seberang Jaya semalam. (RUJUK SINI)

Ironinya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan, lancang lidahnya mengata PAS tidak bermaruah. Dia sendiri bukan sahaja enggan melepaskan jawatan atau bercuti sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya berusaha dengan apa cara sekalipun untuk tidak dibicarakan dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang digunakan sekarang ini dan diperjuangkan oleh para peguamnya ialah untuk mengiktirafkan Akta SPRM sebagai tidak berperlembagaan.

Ketiga-tiga Exco PAS terbabit menang dalam pilihanraya lalu kerana mereka mewakili PAS, bukannya mewakili Pakatan memandangkan Pakatan tidak wujud, tidak berdaftar dan tidak terlibat dalam PRU lalu sebagai satu entiti. Para pengundi telah memberikan undi kepada ketiga-tiga Exco terbabit dan memenangkan mereka di kawasan masing-masing. 

Ketiadaan parti politik dominan di Selangor menyaksikan, perlu wujud sebuah kerajaan campuran yang melibatkan PKR, DAP dan PAS. Apatah lagi, PKR dan DAP pula banyak terhutang budi kepada PAS memandangkan segala kemudahan dan pembekalan logistik serta strategik, semuanya datang daripada PAS.

Berbanding di Pulau Pinang di mana DAP adalah parti dominan, ketiadaan wakil PAS dalam barisan Exco Negeri boleh diterima, keadaan yang sama tidak berlaku di Selangor. 

Orang yang tidak bermaruah seperti Lim Guan Eng tidak seharusnya berani-berani melabelkan orang lain sebagai tidak bermaruah!


PRN SELANGOR TAK JADI! Azmin Kata Kerajaan Negeri Hari Ini Mandat Rakyat, Bukan Mandat Parti

Tuesday, 9 May 2017 | 2 comments



PKR, DAP dan PAS bertanggungjawab untuk menyempurnakan mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor sebagai Kerajaan Negeri, kata Azmin Ali hari ini. 

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan kepada penjawat-penjawat awam, Azmin berkata, para pengundi telah memilih ketiga-tiga parti itu untuk memimpin Selangor secara bekerjasama. 

"Kita telah dipilih untuk bekerja sama, bukannya bergaduh antara satu sama lain," katanya. "Ini adalah mandat yang diberikan kepada kita dan ia perlu dipenuhi sampai tempoh akhir mandat."

Kestabilan Kerajaan Negeri Selangor mula dipersoalkan selepas PAS dalam muktamarnya sebulat suara bersetuju dengan usul memutuskan hubungan dengan PKR. Usul tersebut bagaimanapun perlu diluluskan oleh Majlis Syura PAS sebelum dikuatkuasakan. 

"Biarkan rakyat yang membuat keputusan. Mereka yang akan menilai kerja-kerja yang telah kita lakukan sebagai kerajaan sepanjang lima tahun ini," katanya.

Azmin turut menegaskan, dia tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang pertukaran barisan pentadbiran, ekoran desakan daripada PAN untuk menggugurkan dan memecat para pegawai PAS daripada pentadbiran Kerajaan Negeri setelah parti itu membuat resolusi untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Dalam ucapannya sebelum itu, Azmin berazam yang Kerajaan Negeri akan menentang mana-mana pihak yang cuba mengganggugugat kestabilan Kerajaan Negeri. Malah dia turut mendakwa, hanya segelintir orang sahaja yang tidak begitu gembira dengan prestasi kerajaan negeri setakat ini.

INSIDEN TAMAN AUSTIN PERDANA: Polis Cari 7 Lelaki Bantu Siasatan

Polis sedang mengesan tujuh lelaki bagi membantu siasatan lanjut kes memukul seorang pemandu yang membunyikan hon ketika solat Jumaat, di hadapan Surau Austin Perdana, dekat sini Jumaat lalu. 



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata setakat ini polis sudah mengenal pasti tujuh lelaki terbabit yang berusia lingkungan 20 hingga 50-an dan mahu mereka tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan. 

"Kita telah mengenalpasti ketujuh-tujuh lelaki berkenaan yang dipercayai penduduk di sekitar kawasan terbabit. Kesemua mereka diminta untuk tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dan sekiranya gagal, kita akan tahan mereka."

"Kerjasama mereka diperlukan supaya kita dapat menjalankan siasatan yang benar-benar adil dan tidak berat sebelah," katanya pada sidang media di sini hari ini. 


Sulaiman berkata, sebelum ini pihaknya menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, namun semua mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. 

Kejadian sekumpulan jemaah masjid yang dilihat memukul seorang lelaki selepas solat Jumaat, dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila pemandu itu membunyikan hon ketika jemaah sedang solat. 

Dua video mengenai kejadian itu menjadi viral di laman sosial.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/280699

Pakatan Harapan Masih Menaruh Harapan, PAS Kembali Menjilat DAP



Pakatan Harapan hari ini berkata, mereka masih menunggu keputusan akhir PAS berhubung pendirian parti itu yang telah membuat keputusan sebelum ini untuk memutuskan hubungan dengan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan, bagi menghadapi PRU akan datang. 

Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah menegaskan, Pakatan Harapan tidak pernah mahu memutuskan hubungan dengan PAS walaupun PAS bertegas untuk tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan PAN yang merupakan komponen dalam Pakatan Harapan. 

"Pakatan Harapan tidak akan menjadi pihak yang memutuskan ikatan. Justeru, kita akan menanti PAS kerana mereka belum membuat keputusan lagi," katanya dalam satu sidang media hari ini. 

Pada penghujung tahun 2015, DAP telah memutuskan hubungan dan menghalau PAS dari Pakatan Rakyat setelah PAS tetap bertegas untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah yang dikenali sebagai RUU355. Lim Guan Eng secara peribadi telah mengatakan PAS adalah musuh DAP kerana tetap mahu memperjuangkan undang-undang hudud walaupun PAS berkali-kali memberitahu, RUU355 bukanlah berkenaan undang-undang hudud. Beberapa bulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak, DAP Sarawak secara rasmi telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS.

DAP juga telah membiayai kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) setelah barisan pemimpin yang ditaja oleh DAP, gagal dalam merebut jawatan-jawatan penting dalam saf kepimpinan utama PAS pada tahun 2015. 

Menurut Saifuddin, Pakatan Harapan masih mengadakan rundingan terbuka dengan semua parti-parti pembangkang, termasuklah di Sabah dan Sarawak. 

Saifuddin turut mengumumkan Pakatan Harapan akan tampil dengan rangka kerja polisi yang disepakati, yang telah dipersetujui antara PKR, DAP, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Bekas Menteri pada zaman Abdullah Badawi dan bekas Ketua UMNO Bahagian yang digantung kerana rasuah wang itu juga berkata, ini akan membantu blok pembangkang untuk mendapat lebih banyak momentum bagi menghadapi PRU akan datang. 

Mesyuarat hari ini dihadiri oleh perwakilan daripada semua parti-parti Pakatan Harapan, termasuklah Teresa Kok, Anthony Loke, Saifuddin Nasution dan Fahmi Fadzil serta Ketua Armada PPBM Syed Saddiq dan beberapa orang yang lain. 

Pakatan itu bagaimanapun enggan menamakan calon Perdana Menteri mereka, sekalipun salah seorang ahli baru DAP, Zaid Ibrahim menamakan Dr. Mahathir untuk merebut kembali jawatan Perdana Menteri yang pernah disandangnya selama 22 tahun. 

Saifuddin sebaliknya berkata, semua cadangan adalah dialu-alukan dan menggesa ahli-ahli untuk memberikan fokus kepada perkara yang lebih besar berbanding nama calon Perdana Menteri.

DUA DATUK DAN DUA PEGAWAI KANAN SPRM, Antara Tangkapan Terkini Oleh SPRM

Dua orang bergelar 'Datuk' dan dua orang pegawai kanan Imigresen di Perlis merupakan antara orang penjawat awam kanan yang bakal ditangkap dalam usaha agresif SPRM memerangi wabak rasuah. 

Salah seorang 'Datuk' itu merupakan pembantu kepada Ketua Menteri manakala seorang lagi adalah bekas pegawai khas kepada Datuk Bandar Bandaraya Melaka.



Bagaimanapun, tidak dinyatakan di negeri mana bekas pegawai khas itu ditugaskan. Di Malaysia, hanya empat negeri yang ketua kerajaan negeri dikenali sebagai Ketua Menteri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Manakala negeri-negeri lain, adalah Menteri Besar. 

Bekas pembantu Datuk Bandar Bandaraya Melaka itu yang berusia 56 tahun, dilaporkan telah diberkas pada jam 7:30 malam kelmarin ketika dia dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan dan dijangka akan didakwa dengan 15 tuduhan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram dan empat tuduhan lain di bawah Kanun Keseksaan. 

Selain itu, turut dilaporkan adalah penangkapan dua orang pegawai kanan Imigresen yang berpangkalan di Kompleks ICQ Padang Besar, Perlis pagi semalam. 

Kedua-duanya yang berusia 35 dan 37 tahun telah dipanggil ke pejabat SPRM Kedah kearna disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat bagi pekerja-pekerja mahir dan profesional.

Pegawai yang berusia 37 tahun itu didakwa terlibat dalam urusan haram itu ketika mengetuai divisyen perkhidmatan ekspatriat di Pejabat Imigresen Putrajaya antara Februari 2015 sehingga Disember 2015.

Antara lain tugasnya adalah mengawalselia, meluluskan dan membuat pemeriksaan balas ke atas semua maklumat permohonan menerusi sistem data. Dia telah meluluskan 339 permohonan bagi mendapatkan pas itu, membabitkan 18,626 permohonan. 

Seorang kontraktor berusia 48 tahun dikatakan bertindak sebagai agen untuk urusniaga tersebut, turut diberkas, Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali denda nilai suapan sebagai denda jikalau didapati bersalah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya bagi tugas-tugas operasi, Datuk Azam Baki mengesahkan penangkapan berkenaan. 

Empat buah kereta mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, satu akaun simpanan tetap yang mengandungi RM1 juta, 13 buah beg mewah dan 14 jam tangan mewah bernilai RM!30,000 turut disita dalam operasi berkenaan. 



DJ Kelab Malam Yang Kurang Ajar, Akhirnya Didakwa di Mahkamah Majistret

Monday, 8 May 2017 | 0 comments



DJ kelab malam yang merakamkan dan memuatnaikkan klip video untuk mengugut polis, hari ini telah didakwa di mahkamah majistret kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. 

Ooi Kok Wei, 31, telah didakwa kerana mempunyai 84 miligram kandungan alkohol dalam 100 mililiter darah, sekaligus lebih 4 miligram berbanding yang dibenarkan. 

Dia dituduh melakukan kesalahana tersebut di Jalan Sungai Besi lebih kurang jam 3:45 pagi pada 6 Mei. 

Ooi didakwa di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Seandainya didapati bersalah, dia boleh didenda RM1000 sehingga RM6000 atau penjara maksimum 12 bulan. 

Dia bagaimanapun, tidak mengaku bersalah. 

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM2,000.

Pendakwaan dibuat oleh Inspektor Hashimah Hashim manakala Ooi diwakili oleh peguam Mohamed Nizam Mohamed Fazil.

Kes berkenaan telah ditetapkan untuk disebut semula pada 15 Jun. 

Di dalam video yang berdurasi satu minit 42 saat, Ooi dilihat duduk di kerusi hadapan penumpang di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh seorang anggota polis trafik yang telah meminta dia membuat ujian pernafasan. 

Menurutnya, dia telah memberitahu anggota polis itu, dia adalah seorang DJ kelab malam dan menafikan yang telah meminum arak serta mabuk. 

Ooi juga berkata, dia bersetuju untuk mengikut anggota polis tersebut ke balai kerana dia menghormati polis. 

"Tetapi sekiranya polis mendapati saya tidak minum, apa yang dia akan bayar balik," katanya ketika rakaman dibuat. 

Anggota polis itu kemudiannya menjawab, "Kalau awak mabuk, awak masuk penjara. Kalau tidak mabuk, awak boleh balik."

Ooi kemudiannya mendakwa, anggota polis tersebut telah membazirkan masanya dan mula mencarut-carut dan memaki hamun termasuklah mendakwa polis Malaysia korup!

Lelaki Ditahan Kerana Buat Ancaman Jenayah Terhadap MAZA



Polis telah menahan seorang lelaki kerana membuat ancaman jenayah ke atas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebook, kata Ketua Polis Kangar, Supt Wari Kiew. 

Lelaki yang berusia 40 tahun itu telah direman selama tiga hari bermula semalam utnuk membatu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

"Polis telah menerima laporan daripada Asri pada jam 11:30 pagi pada hari Sabtu di Balai Polis Kangar, mendakwa terdapat ancaman jenayah ke atasnya di Facebook," katanya sambil menambah suspek telah ditangkap dan dibawa dari Kedah. 

Adalah dipercayai, ancaman jenayah tersebut dibuat hasil daripada rasa tidak puas hati berhubung sokongan Asri kepada penceramah antarabangsa Dr. Zakir naik. 

Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Arau pada Februari lalu turut mendapat bantahan daripada sesetengah orang.

KLIP VIDEO Dua Wanita Dicukur Kepala Kononnya Berlaku Di Malaysia, Berasal Dari Venezuela



Polis Bukit Aman menolak laporan-laporan berkenaan satu klip video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang mencukur kepala dua orang wanita dan menjelaskan klip video tersebut adalah insiden di Venezuela.

Klip video berkenaan telah ditularkan dan dikongsi di media sosial dengan mesej palsu yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kebencian antara kaum. 

Klip video berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang wanita duduk di atas kerusi plastik dengan seorang wanita lain berdiri di belakangnya dan beberapa orang lelaki mengelilingi mereka di dalam sebuah kedai yang menjual pakaian. 

Salah seorang lelaki mencekak rambut perempuan yang duduk di atas kerusi itu sebelum seorang lelaki lain mulai mencukur kepalanya dengan pencukur elektrik. 

Wanita yang sedang berdiri dan bercakap-cakap dengan salah seorang lelaki lain, turut disuruh duduk di atas kerusi dan kepalanya juga dicukur. 

Ketua Sekretariat Komunikasi Korporat Ketua Polis Negara, Senior Asst Comm Datin Asmawati Ahmad berkata, polis telah mengesan penyebaran video tersebut yang disertai mesej yang mendakwa, kedua-dua wanita tersebut telah ditangkap mencuri di sebuah kedai yang dimiliki oleh salah seorang lelaki yang berlainan kaum dan sebagai hukumannya, kepala mereka dibotakkan. 

SAC Asmawati berkata, ekoran daripada penyebaran video tersebut, wujud reaksi dengan sentimen perkauman yang kemudian dikongsi secara meluas di media sosial. 

Menurutnya lagi, pemeriksaan oleh polis mendapati, insiden tersebut sebenarnya berlaku di Maracaibo, Venezuela pada tahun 2016.

"Ia tidak berlaku di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh pihak yang menyebarkan video serta mesej berkenaan," katanya. 

SAC Asmawati menasihati masyarakat awam agar lebih bijak menilai berita-berita yang ditularkan dan dikongsikan menerusi media sosial atau rangkaian-rangkaian komunikasi lain dan tidak menjadi mangsa kepada niat jahat sesetengah pihak. 

Menurutnya lagi, masyarakat tidak sepatutnya memainkan isu-isu yang menyentuh perkauman dan sensitiviti keagamaan yang boleh mengancam keharmonian di negara ini.

Iskandar Samad Digugurkan Dari Jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor

Sunday, 7 May 2017 | 0 comments



Kehangatan berita dan cerita yang membabitkan insiden di Taman Austin Perdana, Johor Bahru menenggelamkan berita dari Selangor, membabitkan Naib Presiden PAS yang berjaya mengekalkan jawatannya dalam saf kepimpinan utama pada Muktamar Ke-63 yang lalu, Iskandar Samad.

Iskandar Samad merupakan antara yang tidak hadir menyambut kepulangan Azmin Ali dan delegasinya yang melawat ke beberapa buah negara Arab ketika kemuncak Muktamar PAS yang menyaksikan beberapa sayap parti itu mendesak parti agar memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Satu perubahan telah dilakukan membabitkan kepimpinan PAS Negeri Selangor. Iskandar Samad yang sebelum itu merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor telah digugurkan daripada jawatannya dan digantikan oleh Sallehin Mukhyi. (RUJUK SINI)

Itu yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Pengguguran tersebut adalah atas arahan daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang meminta agar Iskandar memberikan lebih tumpuan kepada negeri itu.

Iskandar akan dipertanggungjawab untuk memberikan perhatian kepada 'Zon Tengah dan Selatan' iaitu membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Manakala dua Naib Presiden lain iaitu Idris Ahmad dan Nik Amar Nik Abdullah, masing-masing akan mengawal selia Zon Utara dan Pantai Timur.

Idris akan menjaga Perlis, Kedah Perak dan Pulau Pinang, manakala Nik Amar pula akan menjaga Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula ditugaskan utnk mentadbir hubungan luar parti.

Selain Selangor, trut digantikan adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Johor.



Insiden Di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, Polis Johor Terima 3 Laporan Berkaitan Komen Biadap di Facebook



Polis Johor telah menerima tiga laporan polis berkaitan dengan kekecohan yang berlaku di luar pekarangan sebuah surau Jumaat di Taman Austin Perdana. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, laporan-laporan tersebut adalah berkaitan dengan komen-komen negatif membabitkan Netizen di media sosial, yang menyentuh isu-isu perkauman dan keagamaan. 

"Kami telah memanjangkan laporan-laporan berkenaan ke Bukit Aman bagi siasatan lanjut dan tindakan" katanya.

Wan Ahmad juga berkata, Unit Siasatan Khas Bukit Aman sedang memantau komen-komen negatif di media-media sosial berhubung insiden berkenaan. 

Klip video kekecohan tersebut telah dirakamkan dan kemudian ditularkan di media sosial seawal jam 2:45 petang di laman-laman Facebook berbahasa Cina. 


Kekecohan tersebut dipercayai bermula apabila seorang pemandu berbangsa Cina yang bekerja sebagai seorang jurutera dilihat sengaja mencetuskan provokasi dengan memasuki laluan yang digunakan untuk meletak kenderaan bagi memberi laluan kepada solat Jumaat di hadapan surau berkenaan. 

Bagaimanapun, dalam laporan polis yang dibuatnya, lelaki berkenaan mengatakan, keretanya telah dihalang dan dia telah menekan hon panjang agar pemandu di hadapannya mengalihkan kenderaan yang menghalang keretanya walaupun pada ketika itu, jemaah sedang bersolat. Di dalam laporannya juga, lelaki berkenaan mengatakan, secara tiba-tiba dia telah diserang dan merosakkan keretanya.

Dalam kes ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan berkata, polis boleh mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang didapati bersalah kerana menghasut dan menyemarakkan api perkauman memandangkan ia boleh mencetuskan perasaan tidak harmoni di negara ini. 

Nur Jazlan turut memuji tindakan polis Johor menangani masalah berkenaan termasuklah penangkapan empat orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kekecohan tersebut. Keempat-empat suspek tersebut bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu termasuklah ahli-ahli politik mengambil kesempatan daripada insiden ini dan meniupkan lagi kebencian antara kaum dan agama," katanya.

ADUN DAP Merangkap Setiausaha DAP Melaka Nak Saman Malu Sebab Dikatakan Terlibat Tipu Petani Dalam Jual Beli Tanah di Kelantan



Dituduh menipu seorang petani, ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, dia akan menfailkan saman fitnah untuk membersihkan namanya. 

Khoo mendakwa, petani tersebut telah membuat laporan polis palsu ke atasnya pada 14 Disember lalu. Dalam laporannya, petani tersebut berkata, dia telah ditipu dalam urusan membabitkan tanah seluas 202.3 hektar di Hutan Simpan Hulu Galas, Kuala Krai Kelantan yang bernilai RM976,300.

ADUN DAP itu marah kerana namanya telah disebut di dalam laporan polis berkenaan. Laporan polis itu juga katanya, telah mencemarkan reputasinya selaku ahli perniagaan dan ADUN.

Menurutnya, dia telah dituduh secara rambang tentang urusniaga tersebut di dalam laporan polis yang dibuat, sedangkan dia tidak terlibat langsung.

Khoo yang juga Setiausaha DAP Melaka menfailkan laporan balas terhadap petani yang tidak dinamakan di Banda Kaaba semalam. 


Pada 22 Mac lepas, Seorang pemimpin kanan DAP Melaka dan seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari berhubung kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Analia Kamaruddin di mahkamah majistret Ayer Keroh.

Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.

Pada 8 Mac lalu, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San menggemparkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka apabila beliau mendakwa dua bekas rakan dalam parti, termasuk pembantu wakil rakyat pembangkang, terlibat dalam rasuah dan ugutan.

Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas-Duyong, memberitahu DUN bahawa dakwaan penipuan itu melibatkan kira-kira RM1 juta.

Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 14 Disember tahun lalu oleh tiga pekebun kecil yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka dalam perjanjian tanah di Kelantan.

Leong San berkata, mangsa membayar hampir RM1 juta kepada seornag pembantu Adun DAP dan seorang pemimpin pemuda PAS Kelantan dalam perjanjian yang dibuat pada 2012. (RUJUK SINI)

DJ Kelab Malam Berlagak dan Maki Hamun Anggota Polis Selain Tak Mengaku Mabuk, Rupa-Rupanya Mabuk Arak

Saturday, 6 May 2017 | 2 comments


Polis mengesahkan lelaki yang cuba memburukkan imej polis trafik dengan merakam dan menyebarkan video tentang dirinya ditahan dan dibawa ke balai untuk ujian alkohol, didapati positif dengan bahan itu. 

Lelaki mendakwa DJ sebuah kelab malam berusia 31 tahun itu pada mulanya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Peguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi-Jalan Tun Razak, kira-kira jam 3 pagi semalam. 

Ketika di lokasi operasi, anggota yang menjalankan ujian pernafasan ke atasnya selepas mengesyaki memandu di bawah pengaruh alkohol mendapati positif mengambil bahan itu dan ditahan sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H S Lee untuk melakukan ujian kedua. 

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan menaiki kereta polis, dia bertindak merakam satu video dan mendakwa kononnya berulang kali memberitahu tidak mabuk, sebaliknya dipaksa mengaku oleh anggota yang menahannya. 

Selain itu, dia turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota dan mendakwa penahanannya itu hanya membazirkan masanya. 

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata hasil ujian pernafasan kali kedua yang dijalankan mengesahkan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol apabila bacaan yang ditunjukkan melebihi had dibenarkan iaitu 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah. 

"Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis. (VIDEO BOLEH DITONTON DI SINI)

"Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi. 

"Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua," katanya. 

Susulan penyebaran video itu, Mohd Nadzri berkata, satu laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998. 

Katanya, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan menyerahkan lelaki itu kepada polis Dang Wangi untuk mengambil tindakan lanjut. 

"Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Isnin ini," katanya.

SUMBER

INSIDEN DI TAMAN AUSTIN HEIGHT, Empat Lelaki Melayu Ditangkap Kerana Memukul Pemandu Cina Yang Bunyikan Hon dan Cuba Langgar Jemaah Semasa Solat Jumaat



Insiden membunyikan hon panjang dan berlagak samseng tanpa menghiraukan arahan serta pemberitahuan anggota RELA, laluan ditutup sementara, sehingga mencetuskan cubaan melanggar selain menghina agama Islam di Taman Austin Height, Johor Bahru, masih terus diperkatakan meskipun polis telah meminta agar isu berkenaan tidak dipanjangkan bagi mengelakkan konflik kaum dan agama di negara ini.

Dalam insiden semalam, seorang lelaki Cina berusia 28 tahun, yang memandu sebuah kereta Toyota Camry berlagak samseng dan tidak menghiraukan papan tanda serta arahan pengawal RELA yang memintanya menggunakan satu lagi laluan untuk keluar masuk ke taman perumahan tersebut. Keengganan dan kedegilannya telah membuatkan keretanya tersekat kerana laluan yang ingin digunakannya telah ditutup sementara bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Bunyi hon yang panjang ketika jemaah sedang bersolat, selain maki hamun dan menunjuk isyarat lucah, malahan cubaan melanggar beberapa orang jemaah untuk menunjukkan betapa samsengnya dia, terpapar menerusi rakaman beberapa klip video yang ditularkan oleh laman-laman Facebook berbahasa Cina dan penyokong kuat DAP sejurus selepas kejadian berkenaan iaitu pada jam lebih kurang 3:00 petang.


Pemandu berkenaan telah membuat laporan polis. Dan daripada laporannya itu, polis telah menahan empat individu bagi membantu siasatan kes memukul pemandu berkenaan. Suspek yang berusia anara 21 dan 55 tahun itu telah ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Kesemua mereka ditahan ditahan di hadapan surau di mana insiden berkenaan berlaku pada jam 1:00 pagi. Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, polis tidak pula menyatakan pemandu berkenaan ditahan atau tidak sekalipun, pemandu berkenaan jelas telah melanggar beberapa seksyen undang-undang termasuklah Seksyen 298A.


Berdasarkan laporannya, pemandu berkenaan memaklumkan dia berada di hadapan surau terbabit pada jam 1:30 tengah hari dan keretanya dihalang laluan. Dia membunyikan hon untuk meminta seseorang mengalihkan kenderaan. Tiba-tiba orang ramai datang dan memukulnya sehingga menyebabkan dia tercedera dan keretanya mengalami kerosakan.

Laporan tersebut turut digunakan oleh beberapa portal berita yang sedia maklum sangat pro-DAP tanpa sedikit pun menyebut tentang laporan polis yang turut dibuat oleh AJK Surau yang jelas memperincikan kejadian sehingga menyebabkan insiden serangan berkenaan.

Dua Lelaki Sembunyi 28 kilogram Dadah Dalam 28 Plastik Bungkusan Teh, Dicekup Di Kangar

Thursday, 4 May 2017 | 0 comments



Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas 28 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam 28 plastik bungkusan teh di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini, semalam.

Dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM1.9 juta itu ditemui dalam kereta jenis Mercedes Benz, yang dinaiki dua lelaki berusia 55 tahun, termasuk seorang warga Thailand.


Pengarah Kastam negeri, Datuk Kamarudin Jaafar, berkata dadah itu yang diperoleh dari negara jiran cuba diseludup masuk ke negara ini.

Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini sebelum perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Monica Joseph Gaisah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



PULAK DAH! DR.MAHATHIR Tak Sokong Bukan Melayu Jadi Perdana Menteri Malaysia



Selepas mengeluarkan kenyataan tentang 'bahayanya' Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berbanding Lim Kit Siang, Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir berkata, partinya tidak akan menyokong mana-mana bukan Melayu ke jawatan Perdana Menteri. 

Menurutnya lagi, DAP tidak mungkin dapat membentuk Kerajaan Pusat memandangkan Cina hanyalah minoriti di Malaysia, apatah lagi daripada 222 kerusi Parlimen hanya 52 kerusi sahaja bermajoriti Cina. Parti-parti campuran Melayu mungkin akan menambahkan bilangan calon-calon bukan Melayu.
 
Manakala majoriti daripada ketiga-tiga parti yang mempunyai kepimpinan Melayu akan membariskan calon-calon dari kalangan orang Melayu dan PPBM, sebuah parti Melayu tidak akan mencalonkan atau menyokong mana-mana bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.

Menurut Mahathir, pakatan Pembangkang tidak akan boleh didominasi oleh DAP selain dari Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir tidak pula mengambil contoh yang berlaku di Perak pada tahun 2008 apabila DAP menuntut agar mereka diberikan jawatan Menteri Besar Perak. Hanya kerana Undang-Undang Tubuh yang tidak membenarkan calon-calon bukan Melayu dan bukan beragama Islam menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perak, membuatkan cita-cita Ngeh Kor Ham untuk menjadi Menteri Besar Perak dari kalangan Cina, gagal. Walaupun selepas itu Nizar Jamaluddin telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak, hakikatnya, segala kuasa dan keputusan yang dibuat oleh Nizar Jamaluddin dikuasai dan 'perlu mendapat kelulusan' daripada Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.

Begitu juga dalam Pakatan Rakyat mahupun Pakatan Harapan. Segala keputusan, walaupun Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Penasihat Pakatan Harapan, perlu datang daripada Lim Kit Siang. Semua cadangan dan usul yang dikeluarkan oleh Dr. Mahathir sendiri, telah dimansuhkan jikalau tidak dipersetujui oleh Lim Kit Siang dan DAP. 

Serangan bertali arus yang dibuat ke atas PAS oleh DAP dan konco-konconya adalah kerana keengganan PAS berada di bawah DAP, sekaligus membantu DAP untuk memenangi undi daripada masyarakat Melayu.

Dr. Mahathir juga tidak bercakap dan menyentuh langsung tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang tidak menghalang mana-mana orang bukan Melayu yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Pengerusi PPBM itu juga langsung tidak menyentuh tentang kaedah pakatan yang diamalkan dan konsesi daripada komponen-komponen berdasarkan majoriti sepertimana yang diamalkan di Parlimen Malaysia, malah lebih tepat lagi menerusi pakatan Barisan Nasional yang terdiri daripada gabungan 14 buah parti politik dengan UMNO adalah pemegang majoriti berbanding MCA atau MIC dan GERAKAN yang diperkatakan oleh Mahathir. Manakala di dalam Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan, DAP adalah pemegang majoriti yang membuat semua keputusan.

Justeru, hujah Dr. Mahathir itu sebenarnya adalah hujah yang sekadar untuk menyedapkan hatinya sendiri kerana sampai bila pun, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan keseluruhan DAP tidak akan bersetuju Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia tanpa arahan serta kuasa mereka!

SKMM Keluarkan Garis Panduan Untuk Admin Chat Group Bagi Mengelakkan Dipenjarakan



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyiarkan apa garis panduan untuk pentadbir-pentadbir kumpulan 'chat' selepas memberi amaran tindakan yang boleh diambil kerana berita-berita palsu sebelum itu. 

Dalam laman rasmi mereka, SKMM garis panduan enam perkara, yang mana termasuklah memeriksa posting di dalam kumpulan 'chat' dengan moderator membuat komen pada posting tersebut bagi 'memastikan perbincangan berada di landasan sebenar', dan 'mengendalikan trol (momokan) dengan tegas'.

Antara lain yang dicadangkan untuk dilakukan oleh pentadbir termasuklah memaklumkan kepada ahli-ahli tentang alasan penubuhan kumpulan chat tersebut selain peraturan asas, dan mempertimbangkan untuk menyekat mana-mana ahli yang berterusan melakukan posting-posting tidak wajar.

Garis panduan tersebut turut menekankan tentang kepentingan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi sebarang siasatan di dalam grup chat itu dan peka dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform chat seperti Facebook, WhatsApp atau Telegram.


Turut ditekankan oleh SKMM adalah tentang pentadbir atau admin yang tidak aktif atau 'hilang', melanggar garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh penyedia platform, menggalakkan posting-posting yang 'tidak sewajarnya', membenarkan perbincangan melencong dari tajuk asal dan menghalang siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. 

Minggu lepas, akhbar harian berbahasa Melayu, Berita Harian melaporkan pentadbir-pentadbir kumpulan WhatsApp berhadapan dengan risiko penjara sekiranya mereka gagal mengawal penyebaran mesej-mesej atau berita-berita palsu yang berpotensi mengancam keselamatan negara menerusi chat grup yang mereka kendalikan. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dilaporkan berkata, tindakan boleh dikuatkuasakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Dia dipetik sebagai berkata, di bawah Akta tersebut, beberapa tindakan yang bersifat jenayah seperti menyebarkan berita-berita palsu, membuat kenyataan-kenyataan fitnah, tohmahan dan mendedahkan maklumat-maklumat rahsia yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

Sekalipun grup-grup chat pada peranti mesej seperti WhatsApp dan Messenger Facebook bersifat tertutup, screenshot perbualan tersebut adakalanya boleh disiarkan secara umum pada platform media sosial seperti Facebook.

PAS Selangor Ancam Tarik Diri Dari Kerajaan Negeri Sekiranya Azmin Paksa 3 Exconya Letak Jawatan

Thursday, 18 May 2017 · 0 comments



Drama membabitkan David Teo dan Sulaiman Yassin dalam program TN50 bersama penggiat seni di Dewan Bankuet Seri Perdana semalam, telah menghilangkan beberapa cerita yang jauh lebih penting, termasuklah cerita MEJA RM30 ribu membabitkan Mufti Perlis dan cerita Kerajaan Negeri Selangor. 

Di Selangor, krisis politik di Selangor semakin meruncing apabila PAS mengancam untuk menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor sekiranya Azmin Ali memaksa Exco-Exco PAS negeri itu meletak jawatan. 

Kepimpinan PAS Selangor memutuskan bahawa 13 orang ADUN akan keluar dari Kerajaan negei sekiranya Azmin Ali menuruti perintah DAP untuk memaksa ketiga-tiga orang Exco dari PAS itu meletak jawatan dalam usaha untuk menyingkirkan PAS. 

Ancaman tersebut sekiranya direalisasikan akan menggoncangkan Kerajaan Negeri Selangor kerana Pakatan hanya akan tinggal 29 orang ADUN dalam DUN yang berjumlah 56 kerusi itu. Kelebihan Pakatan yang diketuai oleh DAP hanya bermajoritikan satu kerusi dengan 14 orang ADUN dari DAP, 13 dari PKR dan 2 dari PAN. 

Keputusan PAS itu telah dibuat dalam mesyuarat lewat malam tadi yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru merangkap ADUN Sabak Sallehen Mukhyi. 

Sallehen telah diberikan tugas untuk untuk menerangkan keputusan tersebut kepada PAS Pusat yang akan bersidang hari ini. 

Dalam mesyuarat malam tadi yang dihadiri oleh kesemua pemimpin kawasan PAS, Sallehen memaklumkan kepada mereka berhubung krisis politik yang membelenggu Kerajaan Negeri ekoran keputusan Majlis Syura untuk memutuskan hubungan dengan PKR. 

Sallehen turut menjelaskan kepada mereka berhubung pertemuannya dengan Azmin semasa Menteri Besar Selangor itu meminta ketiga-tiga orang Exco dari PAS meletak jawatan. Ketiga-tiga orang Exco tersebut adalah Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. 

Bagaimanapun, apa yang akan dilakukan oleh parti sekiranya keluar dari Kerajaan Negeri tidak pula dibincangkan. 

Sekiranya ancaman PAS benar-benar dinyatakan, barisan pembangkang Selangor akan terdiri daripada 13 orang dari PAS, 11 dari UMNO dan dua Bebas. 


Ada spekulasi yang menyatakan, bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan kembali menerajui negeri itu dan usaha-usaha memujuk ADUN-ADUN dari PKR dan DAP untuk melompat parti sedang giat dijalankan. 

Ironinya, Biro Politik PKR yang turut bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Wan Aizah memutuskan untuk memerintahkan kesemua lantikan politik dari PKR di Kelantan, meletak jawatan serta merta.

Azmin Ali mendapat tekanan yang cukup besar daripada DAP untuk bertindak terhadap PAS yang enggan lagi bekerjasama dan menyediakan segala bantuan kepada DAP, sekaligus menyekat nafsu besar DAP untuk menguasai Shah Alam sepenuhnya pada PRU akan datang. 

Ini adalah kali kedua krisis politik berlaku di Selangor. Kali pertama adalah ketika PKR dan DAP serta beberapa orang pemimpin PAS yang sekarang ini sudah berhijrah ke dalam PAN berkonspirasi untuk menggulingkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Khalid Ibrahim kemudian dipecat dari PKR selepas kejayaan menjatuhkannya. 

Kejayaan menggulingkan Khalid Ibrahim itu telah mencetuskan krisis perlembagaan apabila kem yang diketuai DAP dan istana terlibat dalam 'perbalahan' berhubung siapa yang harus menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim. 


David Teo Ingat Dia Bercakap Dengan Budak Production Ke, Tanya Mamat Khalid Ekoran Insiden David Teo Ditampar Mat Over

· 0 comments



Cara pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo bercakap di hadapan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "tidak beradab", kata pengarah filem Mamat Khalid.

Jelas Mamat, David memang diketahui cara bercakapnya yang kuat dan lantang, tetapi kali ini beliau dianggap melampaui batas.

“Dengan sesiapa pun dalam industri begitulah cara dia cakap, begitu lantang.

“Jadi apabila berada dalam satu forum bersama dengan perdana menteri, saya rasa kelantangan itu dia tak tahu nak ‘control’. Dia masih ingat dia bercakap dengan budak ‘production’ agaknya,” katanya.

Kebiadaban tersebut seterusnya mengundang kemarahan pelakon Sulaiman Yassin, atau lebih dikenali sebagai Mat Over, yang kemudiannya bertindak menampar muka David, mengejutkan seluruh hadirin sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana.

Kata Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, mengenali Mat Over secara peribadi, lelaki yang berasal dari Terengganu itu bukanlah seorang yang bengis tetapi sangat bersopan santun.

Malah, beliau sendiri tidak menjangkakan Mat Over akan bertindak sedemikian.

“Bersembang dengan kita pun tak bertentang mata, punya lembut Mat Over ini.

“Maklumlah bukan selalu ada ‘open talk’ pasal industri dengan pemimpin negara, mungkin dia tak mampu nak kawal lagi kesabaran dia.”

Bagaimanapun kata Khalid, insiden memalukan itu tidak akan menjejaskan imej industri seni secara keseluruhannya kerana menyifatkan ia lebih kepada sentimen peribadi.

“David bukannya mewakili seluruh industri yang membolehkan orang luar menunding jari dan memandang serong pada industri.

“Pada saya, dia hanyalah satu individu yang memegang tampuk empayar perfileman yang miliknya sendiri dengan caranya sendiri, tiada kena-mengena dengan industri perfileman negara. Dia adalah entitinya sendiri,” katanya.

Katanya lagi, perkara sudah pun berlaku, dan melihat ke hadapan semua pihak perlu lebih matang, lebih-lebih lagi apabila dalam gelanggang perbincangan supaya insiden sama tidak berulang.



SEMAK RAKYAT ADA DUA KERAKYATAN, GESA PCM KEPADA KERAJAAN

Wednesday, 17 May 2017 · 1 comments



Parti Cinta Malaysia (PCM) menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai dua kewarganegaraan.

Menurut Presidennya Datuk Huan Cheng Guan, semakan tersebut adalah perlu bagi menjaga aspek keselamatan negara supaya tidak mudah dibolos oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.

“Saya menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri semalam, kerajaan harus bertindak tegas terhadap mereka yang memiliki 2 kewarganegaraan.

“Saya minta kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai identiti kewargaan negara lain kerana saya percaya masih ada banyak dikalangan rakyat kita yang mempunyai 2 atau lebih kewarganegaraan.

“Kerajaan harus serius dalam menangani masalah. Tidak guna kita beri kewarganegaraan dan pelbagai peluang kepada mereka yang memberi ketaatan kepada negara lain,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Semalam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya berkata kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang 2 kewarganegaraan.

Ahmad Zahid berkata situasi ini jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara negara lain.

“Kita harus melihat kepada perundangan di negara kita terutama dari segi perundangan tertinggi iaitu perlembagaan negara kita yang hanya iktiraf satu kewarganegaraan untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.

Zahid berkata demikian bagi mengulas usul melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut diluluskan dalam persidangan hari Ke-2 Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 DUN Sarawak ke-18.

Usul yang disokong 70 Adun dan 10 menentang dikemukakan selepas Tiong Choon dikatakan mempunyai 2 kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia selepas lama bermastautin di sana.

Tambah Zahid lagi, Perlembagaan Malaysia haruslah tetap dijunjung sebagai sistem perundangan yang terulung dan dihormati semua pihak.

“Ini bukan soal mempolitikkan isu tetapi ini adalah soal prinsip yang dijunjung seluruh sistem perundangan dan rakyat Malaysia,” katanya.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Dicekup SPRM

· 0 comments



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah telah dicekup SPRM malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan telah mengesahkan bahawa KPD Melaka Tengah itu telah ditahan untuk disiasat oleh SPRM.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Melaka Tengah (Ketua Polis Daerah) telah disiasatan oleh Putrajaya (pegawai-pegawai SPRM). Bagaimanapun, saya belum dapat mengesahkan tentang penahanan Jasin (Ketua Polis Daerah)."

Shaikh Adzis dipercayai telah ditangkap kerana mempunyai kaitan kerana memberi perlindungan yang dijalankan oleh anggota-anggotanya serta yang lain di daerah Jasin.

Anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis tersebut didakwa terlibat mengutip bayaran daripada premis-premis perjudian dan pusat-pusat urut di Melaka. Sebagai balasan, sindiket tersebut akan dilindungi daripada sebarang tindakan polis.

Semalam, tiga orang pegawai polis tersebut - dua orang berpangkat Asisten Supritendan dan seorang Inspektor - dari Melaka Tengah dan Jasin telah diberkas.

Turut diberkas oleh SPRM adalah tiga orang awam, termasuklah seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah antara anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis itu dengan operator pusat-pusat haram.

Para penyiasat SPRM hari ini berjaya memperolehi reman enam hari ke atas mereka di Putrajaya.

Shaikh Adzis pula dijangka akan dihadapkan di hadapan majistret untuk perintah reman hari ini, di Putrajaya.

Dalam pada itu, SPRM dipercayai cuba mendapatkan perintah reman ke atas dua orang lagi pegawai polis berpangkat tinggi. Bagaimanapun, identiti mereka masih belum dapat disahkan.


PKR Ajar PAS Di Kelantan, Semua Lantikan Politik Wakil PKR Di Kelantan Diarahkan Letak Jawatan Serta-Merta

· 1 comments



PKR membalas dendam terhadap PAS atau sebenarnya cuba mengajar PAS?

Sakit hati kerana ketiga-tiga orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS enggan meletak jawatan sementara menunggu keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan PAS berhubung kedudukan mereka esok, PKR mengorak langkah lebih awal. 

Memandangkan PKR tidak mempunyai sebarang kepentingan di Kelantan apatah lagi penguasaan kerusi DUN Kelantan oleh PKR pula terlalu sedikit dan tidak menjejaskan apa-apa, Biro Politik PKR malam tadi telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik melibatkan wakil rakyat parti itu di Kelantan termasuklah Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan lantikan di syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri diminta untuk melepaskan jawatan mereka berkuatkuasa serta-merta.

Perkara berkenaan telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya. 

Antara lain yang turut diputuskan oleh PKR ialah, mereka menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR. Walau bagaimanapun, PKR menolak alasan-alasan yang diberikan oleh PAS sebagai punca tahaluf siyasi itu dibatalkan. 

PKR juga berikrar untuk mengatur langkah yang lebih berkesan bersama-sama DAP, PPBM dan PAN untuk menentang UMNO-BN dan PAS pada PRU akan datang.

Itu yang diumumkan oleh Wan Azizah malam tadi.

Mengenai kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, pimpinan PKR akan memutuskan perkara tersebut sekembalinya Azmin Ali dari lawatan rasmi ke luar negara.

'Bantuan' Untuk PKR Sebagai Parti Memperjuangkan Hudud, Nampaknya Datang Dari Sabah

Tuesday, 16 May 2017 · 0 comments



Kerana temubual Wan Azizah dan Al Jazeera, parti-parti pembangkang bakal berhadapan masalah untuk bekerjasama dengan PKR pada PRU akan datang, kata Presiden Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) Datuk Henrynus Amin. 

Di dalam temubual tersebut, Wan Azizah telah memperkatakan dan bersetuju kepada perkara yang menjadi TABOO atau pantang besar kepada parti-parti politik pembangkang, khususnya DAP dan parti-parti tempatan Sabah serta Sarawak.

Menurut Henrymus, sukar bagi parti-parti pembangkang untuk mempercayai pakatan di mana PKR berada di dalamnya selepas Presiden PKR, Wan Azizah berkata, perlaksanaan hukuman hudud masih mempunyai peluang untuk diadakan sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU akan datang. 

Menurut Henrynus, Sabah dan Sarawak akan bersatu menentang sebarang perlaksanaan hukuman hudud di negara ini, khususnya di Sabah dan Sarawak. 

"Sokongan terbuka PKR kepada hukuman hudud sudah pasti akan menimbulkan curiga kepada semangat kepelbagaian yang dilaung-laungkan di dalam parti tersebut selain komitmen tegas mereka terhadap tradisi sekular di negara ini," kata Henrynus lagi. 

Menurutnya, sesiapa pun yang akan menjadi Kerajaan Persekutuan perlu menghormati Batu Sumpah Keningau yang telah didirikan sempena penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. 

"Kebebasan beragama tidak hanya terhad dengan memberikan peruntukan bagi membina tempat-tempat ibadat atau membenarkan pembacaan kitab-kitab agama. Kebebasan agama bermaksud, kebebasan untuk kesedaran termasukalh hak bagi setiap rakyat untuk melafazkan, mengamalkan bahkan menukar agama berdasarkan pilihan dan kepercayaan peribadi mereka," kata Henrynus lagi. 

Laporan Polis Oleh Hannah Yeoh Dedahkan Masalah Lain Babitkan DAP

· 0 comments



'Kesilapan' terbesar yang dilakukan oleh Hannah Yeoh adalah dengan membuat laporan polis berhubung pendedahan ke atas buku tulisannya, 'Becoming Hannah'. Buku tersebut sepatutnya membantu DAP dan Pakatan Rakyat, sama ada dalam bentuk kempen mahupun untuk mengumpulkan dana namun laporan polis yang dibuat, akan menyebabkan bukan buku itu sahaja akan disiasat tetapi juga agenda DAP itu sendiri.

Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat oleh seorang pensyarah dan kemudian ditularkan menerusi media sosial, membuatkan ramai yang membuka mata seluas-luasnya tentang cita-cita sebenar DAP walaupun Hannah Yeoh cuba untuk mempertahankan DAP dengan cara 'mengorbankan' dirinya sendiri menerusi kenyataan penafiannya. 

Mengambil kira apa yang berlaku di negara seberang apabila calon gabenor terkenal dan popular yang dikenali sebagai Ahok dipenjarakan kerana menghina Islam di Indonesia, apa yang ditulis oleh Hannah Yeoh sebenarnya lebih berpotensi untuk menjadi sangat bahaya. 



Para penyokong PAS sekarang ini sedang menggunakan tulisannya di dalam buku itu dan mula menyerang sikap hipokrit DAP. DAP secara lantang dan berulang-ulang kali menuntut agar PAS tidak menggunakan agama dalam politik sedangkan pada masa yang sama, DAP juga melakukan perkara yang sama. 

Dalam banyak-banyak contoh yang boleh diberikan, Hannah Yeoh tentang impiannya untuk menjadi pendakwah Evangelist Kristian berbanding menjadi ahli politik, namun menjadi ahli politik membolehkan dia melakukan kerja-kerja pengkristianan yang lebih menyeluruh kepada orang ramai. 

Hannah Yeoh juga menulis tentang sesuatu yang lebih merbahaya kepada kestabilan dan keharmonian negara ini apabila meminta rakan-rakan Kristiannya di luar negara pulang ke Malaysia dan 'menuntut' negara ini. 

"God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field."


Membawa ahli politik dalam kepompong bangsa dan agama di Malaysia, membuatkan pendedahan terbaharu ini akan memberikan ancaman yang cukup besar kepada DAP, sekaligus memberikan kesan yang lebih parah kepada rakan-rakan sekongkol mereka iaitu PAN, PPBM dan PKR yang mana sekarang ini mereka dituduh membantu Hannah Yeoh dan konco-koconya untuk menjayakan agenda mereka.

Hannah sudah pun membuat laporan polis semalam dan telah cuba menjarakkan partinya daripada tulisannya. 

"This is why it is called ‘Becoming Hannah’ and not ‘Becoming DAP’ or ‘Becoming a Christian'," kata Hannah di dalam kenyataannya. 

Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa setiap orang berhak mengamalkan agama masing-masing secara bebas, tetapi Undang-Undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. 

Dalam bahasa yang lebih mudah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghalang mana-mana pihak yang bukan beragama Islam menyebarkan agama mereka dalam apa cara sekalipun kepada penganut-penganut beragama Islam di negara ini. 

DAP sudah beberapa kali menjadi dalang dan peneraju utama dalam kempen menentang agama Islam terutama yang membabitkan kes murtad seperti yang diperkatakan oleh Ngeh Kor Ham bahawa Malaysia sepatutnya membenarkan mana-mana individu Islam yang ingin murtad tanpa perlu dikenakan sebarang tindakan undang-undang. (RUJUK SINI)

Hannah Yeoh dan DAP boleh memberikan sebarang alasan untuk menafikan agenda mereka sendiri ke atas rakyat Malaysia, termasuklah cuba menyalahkan pihak lain kerana kononnya memainkan isu-isu agama dan kaum menjelang PRU, namun apa yang dilakukan oleh DAP sebenarnya telah menceritakan perkara sebenar berbanding penafian kosong dan putar belit yang diamalkan sekarang, termasuklah oleh Hannah Yeoh.


Sementara itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS membabitkan sebuah buku tulisan Ian Buchanan yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World, berjudul 'Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionsim and Christian Zionism in Malaysia'.

Di dalam buku berkenaan, nama Hannah Yeoh dan Lim Guan Eng turut dipetik sebagai antara mereka yang menjadi tentera Kristian yang cuba menakluk serta mengubah lanskap politik serta sosio budaya di Malaysia, khususnya.









POLIS SABAH Siasat Dakwaan Lima Lelaki Bersenjata Menceroboh Lahad Datu

· 0 comments



Polis Sabah sedang menyiasat laporan seorang pekerja ladang yang mendakwa terserempak dengan lima orang lelaki yang memakai pakaian celoreng dan lengkap bersenjata yang mendakwa ingin 'menyelamatkan' orang di Sabah.

Berdasarkan laporan, pekerja ladang berkenaan mendakwa kelima-lima orang lelaki yang berceloreng dan lengkap bersenjata itu dilihat berada berhampiran sungai di FELDA Sahabat 2, Lahad Datu. Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pekerja ladang berusia 52 tahun di Balai Polis Cenderawasih.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menyiasat dakwaan pekerja ladangn berkenaan. Menurutnya lagi, polis telah dan sedang melakukan siasatan dari pelbagai aspek berhubung laporan pekerja ladang itu. 

Berdasarkan laporan itu, pekerja ladang berkenaan mendakwa terserempak dengan lima individu terbabit pada 30 April lalu ketika membersihkan kebun pisang di tebing sungai ladang berkenaan. Difahamkan laporan itu juga menyebut dua daripada lelaki terbabit yang menyedari kehadiran pekerja ladang itu telah memberitahu kehadiran mereka bukan untuk menyusahkan sebaliknya bagi menyelamatkan orang Sabah. 

Pekerja ladang yang sudah tinggal di Sabah semenjak 2010 itu juga mendakwa, kumpulan tersebut membawa dua laras mesingan M60, dua laras M16 dan satu laras M14. Dia bercakap dengan dua daripada lelaki berkenaan dalam bahasa Tagalog. Daripada perbualan itu, pekerja ladang itu melaporkan, lima orang terbabit mendakwa mereka adalah sebahagian daripada 37 orang yang datang melalui jalan laut.

Dia kemudiannya dibenarkan untuk meninggalkan ladang berkenaan dan tidak dicederakan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan dan meminta agar orang ramai tidak panik. Polis juga memberi jaminan, keadaan di Sabah masih dalam keadaan selamat dan dia meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara berkenan.

Pada Februari 2013, kumpulan bersenjata yang diketuai oleh Sulu Force Royal menceroboh Tanduo di kawasan Felda Tungku sebelum operasi besar-besaran dilancarkan untuk mengusir mereka.

Syarikat Pengeluar Gula Tuntut Kerajaan Naikkan Harga Gula Dinaikkan 29 Sen

Monday, 15 May 2017 · 0 comments



Syarikat pengeluar gula Malaysia, MSM Malaysia Holdings masih dalam perbincangan dengan Kerajaan Malaysia untuk menaikkan harga gula sebanyak RM0.29 sen sekilogram bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini.

Kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) yang menguasai syarikat pengeluar itu berkata, harga gula mentah yang tidak stabil, ditambah dengan kejatuhan nilai Ringgit telah menyebabkan keuntungan syarikat berkurangan dengan banyak.

'Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen sekilogram,' kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Pada 1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis telah dinaikkan 11 sen sekilogram menjadikan harganya meningkat daripada RM2.84 sen menjadi RM2.95 sen sekilogram.

Kali terakhir harga gula diselaraskan adalah pada Oktober 2013.

DAP BOHONG LAGI! TalentCorp Nafi Bawa Pulang Bekas ADUN DAP Pujut Yang Ada Dua Kerakyatan

· 1 comments



Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) menafikan ADUN Sarawak, Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan daripada kerusi Pujut, kembali ke negara ini di bawah Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme, REP).

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Shareen Shariza Abdul Ghani berkata demikian ketika merujuk kenyataan Ting, yang mendakwa bahawa beliau “melepaskan kerakyatan Australia selepas dipilih oleh TalentCorp untuk kembali bekerja di Malaysia”.


Minggu lalu, Dewan Undangan Negeri Sarawak mengundi untuk untuk melucutkan keanggotaaan Ting dari kerusi Pujut kerana dikatakan memiliki kerakyatan Australia.

Menurut Shareen, rekod TalentCorp menunjukkan bahawa Ting tidak pulang di bawah REP dan juga tidak menerima insentif program berkenaan.

“Walaupun Dr Ting membuat permohonan di bawah REP pada Mei 2014 dan telah diberi kelulusan bersyarat pada September 2014, beliau tidak menyerahkan bukti bahawa beliau telah pulang ke tanah air dan berjaya memperoleh pekerjaan di Malaysia untuk membolehkan beliau menerima Surat Akuan Tarikh Kembali (SATK).

“Di samping itu, beliau juga telah gagal untuk memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa REP,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sijil pengesahan MMC

Walau bagaimanapun, Ting menegaskan bahawa beliau telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) walaupun proses itu ditangguhkan selama beberapa bulan.

Beliau juga menunjukkan Malaysiakini dokumen berkaitan itu.


"Saya juga telah mendapat sijil pengesahan pendaftaran yang dikeluarkan oleh MMC pada tahun 2015, yang membolehkan saya untuk bekerja di Sarawak atau mana-mana tempat di Malaysia.

"Satu-satunya perkara yang saya tidak dilakukan adalah melaporkan kepada REP. Insentif bukan alasan untuk saya pulang bagi berkhidmat kepada rakyat Sarawak," katanya kepada Malaysiakini.

Shareen menjelaskan bahawa semua permohonan REP REP daripada para profesional perubatan terlebih dahulu dibentangkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Bersama – Tenaga Kerja Penjagaan Kesihatan (Joint Working Committee - Healthcare Talent, JWC-HT).

Ahli-ahli jawatankuasa ini termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, MMC, Pendaftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Register, NSR) dan beberapa anggota jawatankuasa yang dilantik.

“JWC-HT berperanan untuk menyemak kelayakan akademik dan pengalaman kerja pemohon bagi menentukan kelayakan mereka di bawah REP. Ia kemudian menghantar cadangannya kepada Jawatankuasa REP.

“Dalam kes Dr Ting, kelulusan bersyaratnya menghendaki beliau menyediakan surat pelantikan jawatan sebagai pegawai perubatan di kawasan luar bandar serta pendaftarannya dengan MMC,” katanya.

Cabar kesahihan

Selepas mendapat kelulusan, Shareen berkata semua pemohon REP diberi tempoh sehingga dua tahun untuk kembali dan memperoleh pekerjaan di Malaysia sebelum SATK dikeluarkan oleh

TalentCorp untuk diluluskan sebagai pakar yang pulang di bawah REP dan mendapat manfaat daripada insentif di bawah program ini.

“Ketika membuat permohonan, Dr Ting memegang pasport Malaysia yang sah dan ini melayakkan beliau untuk membuat permohonan REP. Di bawah REP, pemegang penduduk tetap (PR) dibenarkan memohon untuk REP sekiranya mereka dapat menunjukkan bukti bahawa mereka masih warganegara Malaysia.


“Di samping itu, pemohon perlu memenuhi kriteria yang ketat berhubung kelayakan akademik, pengalaman kerja, tahap pendapatan dan tempoh perkhidmatan di luar negara.

“Mereka juga mesti bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi yang dikenal pasti dalam Senarai Pekerjaan Kritikal (Critical Occupations List, COL) serta bekerja dan tinggal di luar negara pada masa permohonan,” katanya.

Usul untuk melucutkan kelayakan Ting dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Wong memetik Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

DAP Sarawak dilaporkan akan mencabar kesahihan tindakan pemecatan di mahkamah.

Kes ini dipercayai yang pertama di Malaysia.


Kasih Sayang Azmin Ali Terhadap PAS Mengatasi Sayang Azmin Kepada DAP dan PAN Apatah Lagi PPBM

· 0 comments



PAS telah membuat ketetapan. Majlis Syura PAS juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR termansuh kerana perangai PKR yang suka tikam belakang walaupun PKR tidak mengaku sampai ke sudah. Hari Khamis nanti, keputusan tentang kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan oleh parti tersebut.

Azmin Ali masih berusaha mempertahankan Kerajaan Negeri yang diketuainya, selepas dia menikam belakang Khalid Ibrahim dan merampas jawatan tersebut daripada Khalid Ibrahim. Khalid kemudiannya dipecat dari PKR bagi mengelakkan bekas Menteri Besar itu menggunakan pengaruhnya menumbangkan Azmin Ali pula.

Timbalan Presiden PKR yang memiliki kemnya sendiri, sedang berhempas pulas mempertahankan kedudukan serta jawatannya dengan masih lagi berusaha memujuk PAS agar tidak meneruskan rancangan untuk keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, para penyokong PKR Pro-DAP menggelarkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin sebagai KARTEL MIN, terus mengecam tindakan Azmin yang bacul dan enggan membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan.

Biarpun Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming, dua orang pemimpin kanan DAP mengecam PAS berkaitan dengan keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus mengancam kewujudan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR itu tetap tidak peduli.

Dia masih enggan menyingkirkan atau memecat ketiga-tiga orang Exco PAS itu walaupun cuba berselindung dengan gesaannya supaya mereka meletak jawatan. Kuasa memecat dan mengubah 'kabinet negeri Selangor' berada di tangan Azmin Ali.

PAN, parti serpihan PAS yang mempunyai kerusi dalam DUn Selangor, menunut jawatan Exco kerana menurut mereka, PAN lebih layak kerana merupakan parti yang diiktiraf oleh pakatan pembangkang, khususnya oleh DAP.

Bagaimanapun, Azmin enggan mengikut kehendak PAN yang merupakan parti ciptaan DAP dan sentiasa mengikut telunjuk Lim  Guan Eng. Apatah lagi, PAN walaupun cakap berdegar-degar, masih gagal menarik ADUN-ADUN PAS untuk menyertai mereka walaupun pada awal mereka ditubuhkan di Selangor dahulu, janji mereka, lebih 10 orang ADUN PAS sudah bersiap sedia untuk menyeberang masuk PAN.

Maka timbullah persoalan, mengapa Azmin Ali terlalu sayangkan PAS.

Grass root Azmin Ali di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa adalah ahli-ahli PAS. Kebergantungan Azmin Ali kepada PAS amat kuat kerana jentera dan grass root PAS sebenarnya yang bekerja keras untuk memenangkan Azmin sebelum ini. PKR Gombak dan Ampang pula, hidup segan mati tidak mahu.

Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin sudah berulang kali mendesak Azmin Ali agar segera membuat rombakan barisan Exco dengan menyingkirkan ketiga-tiga orang Exco PAS itu selain rombakan melibatkan Ahli-Ahli Majlis PBT dari kalangan ahli-ahli PAS. Bagaimanapun, Azmin tetap berdegil untuk tidak akur dengan desakan tersebut.


MAHFUZ OMAR Kecam PAS Selangor Sebagai 'TIDAK MALU'

· 0 comments



Mahfuz Omar yang sudah tidak peduli lagi dengan kawasannya, Pokok Sena, terus berusaha untuk mengkagumkan PAN, PPBM dan DAP dengan membuat kenyataan terbaharu membabitkan parti yang telah  mengangkat dan memperkenalkan namanya ke persada politik negara, PAS. 

Menyertai beberapa orang pemimpin PKR dan DAP yang mengutuk PAS Selangor kerana enggan meninggalkan Kerajaan Negeri selepas PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR, Mahfuz berkata, Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu Timbalan Presiden PAS, jenis muka tak malu. 

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mempertahankan keengganan PAS Selangor utnuk mengeluarkan arahan kepada ketiga-tiga orang Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk meletak jawatan. 

Kata Mahfuz, PAS tidak boleh meletakkan situasi di mana rakyat Selangor melihat PAS sebagai sebuah parti 'kartun' tanpa mengetahui ke mana haluan sebenarnya parti itu.

Mahfuz juga mengutuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana cuba menggunakan istana dalam usaha mempertahankan kedudukan ketiga-tiga Exco terbabit. 

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin politik senior, Tuan Ibrahim seharusnya tahu, di bawah sistem raja berperlembagaan, perlantikan Exco-Exco Negeri atau Menteri-Menteri Kabinet sekalipun dibuat oleh Sultan atau Yang Dipertuan Agong, sebenarnya dibuat di atas nasihat Menteri Besar atau Perdana Menteri."

Bagaimanapun, menurut Mahfuz lagi, ketiga-tiga orang Exco PAS itu tidak boleh diberikan tekanan atau paksaan untuk meletakkan jawatan. Sebaliknya ketiga-tiga Exco tersebut sebenarnya perlu meletakkan jawatan serta-merta selepas Majlis Syura mengesahkan keputusan yang dibuat oleh PAS dalam muktamar lalu tentang pemutusan tahaluf siyasi dengan PKR tanpa perlu bertanya atau dipaksa oleh pihak lain.

Menurutnya lagi, perletakan jawatan tersebut amat penting untuk menunjukkan kedudukan PAS pada peringkat kebangsaan dan Selangor selaas dengan keputusan yang dibuat dalam muktamar serta Majlis Syura.

PAS mempunyai tiga orang Exco di Selangor iaitu Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. PAS turut memiliki ramai Ahli-Ahli Majlis pada peringkat Kerajaan Tempatan. Timbalan Speaker DUN Selangor, Shafie Ngah juga merupakan ADUN PAS. 

Muktamar PAS pada 30 April telah menerima usul secara sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan PKR. Keputusan berkenaan kemudiannya disahkan oleh Majlis Syura yang merupakan peringkat tertinggi penggubal polisi parti tersebut, Khamis lepas. 

PAS akan memutuskan kedudukan ketiga-tiga Exco tersebut dalam mesyuarat pada Khamis nanti. 

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam satu kenyataan menyatakan ketiga-tiga orang Exco tersebut akan kekal buat sementara waktu.

Mahfuz mengingatkan, situasi di Selangor sekarang hampir sama  dengan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1996 selepas Semangat 46 memutuskan hubungan dengan PAS sebaik-baik sahaja parti tersebut dimansuhkan bagi membolehkan ahli-ahlinya menyertai UMNO. 

Menurut Mahfuz, Exco-Exco Semangat 46 juga mengumumkan, mereka akan kekal di dalam pentadbiran negeri memandangkan mereka dilantik oleh Sultan Kelantan dan mereka mahu memenuhi mandat yang diterima pada PRU tahun 1995.

Bagaimanapun, mereka telah diperintahkan untuk meninggalkan pentadbiran Kelantan oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir.

Justeru kata Mahfuz, ketiga-tiga Exco tersebut sebenarnya perlu menjadikan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1996 sebagai panduan dan ikutan. 


Ekoran Penahanan 16 Orang Pegawai Kanan, PDRM akan rombak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

· 0 comments



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ekoran penahan 16 orang pegawai kanan dan anggota jabatan itu kerana dipercayai melindungi sindiket dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota jabatan itu untuk melindungi atau bersekongkol dengan sindiket termasuklah melaksanakan rombakan besar-besaran dalam jabatan berkenaan.

Selain itu, PDRM turut melancarkan gerakan dan operasi mengesan pegawai serta anggota-anggota polis lain yang turut terbabit melindungi sindiket berkenaan.

"Mereka ini dipercayai mempunyai hubungan dengan pengedar dadah serta membocorkan maklumat dan operasi polis. Kita serius sekiranya ada pembabitan pegawai dan anggota polis yang melindungi atau berkawan baik dengan mana-mana sindiket itu (dadah) dan tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan diambil," katanya.


Bekas ADUN DAP Pujut Rupa-Rupanya Bukan Pemegang Kerakyatan Malaysia

Sunday, 14 May 2017 · 1 comments



Bekas ADUN Pujut yang dilucutkan kelayakan sebagai ADUN oleh DUN Sarawak dua hari lepas, Dr. Ting Tiong Choon sebenarnya telah memegang kerakyatan Australia selama lebih enam tahun. Dia memperolehi status kerakyatan tersebut pada 20 Januari 2010.

Bagaimanapun, selepas namanya disebut-sebut dan bakal menjadi calon mewakili DAP di Pilihanraya Negeri Sarawak, Dr. Ting kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australia pada 4 April 2016 iaitu sebulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak pada 8 Mei tahun lepas.

Disebabkan itulah, menurut Pengerusi DAP Sarawak yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, juga tidak boleh menyanyikan lagu Negaraku serta langsung tidak tahu tentang Prinsip Rukunegara, Chong Chien Jen berkata, DAP akan membawa isu perlucutan jawatan tersebut ke mahkamah.

DAP mahu mahkamah mengembalikan jawatan ADUN Pujut kepada Dr. Ting Tiong Choon kerana menurutnya perlucutan jawatan tersebut merupakan 'satu perlanggaran semangat perlembagaan Malaysia'.

Perkara 24 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan;

"Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa seseorang warganegara telah memperolehi kewarganegaraan mana-mana negeri luar Persekutuan dengan cara pendaftaran, masukan atau perbuatan lain yang sengaja serta menurut peraturan (lain daripada perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh dengan perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu."

Dengan kata lain, bermula dari 20 Januari 2010 lagi, Dr. Ting Tiong Choon sudah tidak ada apa-apa hak di Malaysia, termasuklah hak untuk mengundi apatah lagi menjadi calon pilihanraya kerana status kerakyatannya di Malaysia telah gugur secara automatik.


Walaupun dia kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australianya pada 4 April 2016 bagi membolehkan dia menjadi calon DAP di DUN Pujut dalam PRN Sarawak 2016, sebenarnya Dr. Ting bukan lagi rakyat Malaysia bermula dari 20 Januari 2010 lagi.

Justeru, ikrar Chong Chien Jen dan Lim Guan Eng bahawa mereka akan memanipulasikan undang-undang serta institusi mahkamah di negara ini bagi membolehkan seorang penderhaka dan pengkhianat seperti Dr. Ting kembali menikmati hak-haknya selaku warga negara Malaysia, sebenarnya menunjukkan perangai dan niat jahat DAP ke atas negara ini.

Seharusnya, bekas ADUN Pujut itu perlu menjalani proses kembali mendapatkan kerakyatannya yang telah hilang secara automatik pada 20 Januari 2010, bukannya mereka membawa kesnya sehingga ke Mahkamah Persekutuan untuk membolehkan pengkhianat dan penderhaka seperti Dr. Ting bermaharajalela dan berbuat apa-apa sahaja di negara ini.

Apatah lagi dengan dua kes muflisnya di Australia, kepulangan Dr. Ting ke Malaysia dan pengguguran status kerakyatan Australianya itu sendiri boleh dipertikaikan.

Guan Eng Bukan Sahaja Bacul Untuk Dibicarakan Kes Rasuah, Tapi Ada Hati Kata PAS Tidak Bermaruah

· 0 comments



Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, selain merupakan suspek kes rasuah dan salahguna kuasa yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, 3 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS seharusnya melepaskan jawatan mereka, sekiranya mereka bermaruah.

Kata Lim Guan Eng lagi, ketiga-tiga Exco tersebut perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah oportunis. Lebih menarik lagi ialah, suspek rasuah dan salahguna kuasa yang cuba mengelak daripada dibicarakan dengan pemanipulasian undang-undang ini cuba pula mengaitkan UMNO untuk menyandarkan hujahnya itu.

Lim Guan Eng merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin UMNO Selangor yang mengatakan PAS tidak bermaruah sekiranya terus membenarkan ketiga-tiga Exco tersebut bergayut pada jawatan mereka.

"Sekiranya ini pun tidak boleh faham. Itu menunjukkan pemimpin Pas yang lain sudah keliru dan sesat dan kalau UMNO pun cakap mereka tidak bermaruah dan oportunis.

"Pas mesti tunjuk bahawa UMNO tidak bercakap benar, bahawa Pas bermaruah dan letak jawatan kalau tidak apa yang UMNO cakap tu (benar), PAS oportunis dan tidak bermaruah langsung," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian iInsentif Teksi dan Bas sekolah bilangan 2 tahun 2017 di Seberang Jaya semalam. (RUJUK SINI)

Ironinya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan, lancang lidahnya mengata PAS tidak bermaruah. Dia sendiri bukan sahaja enggan melepaskan jawatan atau bercuti sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya berusaha dengan apa cara sekalipun untuk tidak dibicarakan dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang digunakan sekarang ini dan diperjuangkan oleh para peguamnya ialah untuk mengiktirafkan Akta SPRM sebagai tidak berperlembagaan.

Ketiga-tiga Exco PAS terbabit menang dalam pilihanraya lalu kerana mereka mewakili PAS, bukannya mewakili Pakatan memandangkan Pakatan tidak wujud, tidak berdaftar dan tidak terlibat dalam PRU lalu sebagai satu entiti. Para pengundi telah memberikan undi kepada ketiga-tiga Exco terbabit dan memenangkan mereka di kawasan masing-masing. 

Ketiadaan parti politik dominan di Selangor menyaksikan, perlu wujud sebuah kerajaan campuran yang melibatkan PKR, DAP dan PAS. Apatah lagi, PKR dan DAP pula banyak terhutang budi kepada PAS memandangkan segala kemudahan dan pembekalan logistik serta strategik, semuanya datang daripada PAS.

Berbanding di Pulau Pinang di mana DAP adalah parti dominan, ketiadaan wakil PAS dalam barisan Exco Negeri boleh diterima, keadaan yang sama tidak berlaku di Selangor. 

Orang yang tidak bermaruah seperti Lim Guan Eng tidak seharusnya berani-berani melabelkan orang lain sebagai tidak bermaruah!


PRN SELANGOR TAK JADI! Azmin Kata Kerajaan Negeri Hari Ini Mandat Rakyat, Bukan Mandat Parti

Tuesday, 9 May 2017 · 2 comments



PKR, DAP dan PAS bertanggungjawab untuk menyempurnakan mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor sebagai Kerajaan Negeri, kata Azmin Ali hari ini. 

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan kepada penjawat-penjawat awam, Azmin berkata, para pengundi telah memilih ketiga-tiga parti itu untuk memimpin Selangor secara bekerjasama. 

"Kita telah dipilih untuk bekerja sama, bukannya bergaduh antara satu sama lain," katanya. "Ini adalah mandat yang diberikan kepada kita dan ia perlu dipenuhi sampai tempoh akhir mandat."

Kestabilan Kerajaan Negeri Selangor mula dipersoalkan selepas PAS dalam muktamarnya sebulat suara bersetuju dengan usul memutuskan hubungan dengan PKR. Usul tersebut bagaimanapun perlu diluluskan oleh Majlis Syura PAS sebelum dikuatkuasakan. 

"Biarkan rakyat yang membuat keputusan. Mereka yang akan menilai kerja-kerja yang telah kita lakukan sebagai kerajaan sepanjang lima tahun ini," katanya.

Azmin turut menegaskan, dia tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang pertukaran barisan pentadbiran, ekoran desakan daripada PAN untuk menggugurkan dan memecat para pegawai PAS daripada pentadbiran Kerajaan Negeri setelah parti itu membuat resolusi untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Dalam ucapannya sebelum itu, Azmin berazam yang Kerajaan Negeri akan menentang mana-mana pihak yang cuba mengganggugugat kestabilan Kerajaan Negeri. Malah dia turut mendakwa, hanya segelintir orang sahaja yang tidak begitu gembira dengan prestasi kerajaan negeri setakat ini.

INSIDEN TAMAN AUSTIN PERDANA: Polis Cari 7 Lelaki Bantu Siasatan

· 0 comments

Polis sedang mengesan tujuh lelaki bagi membantu siasatan lanjut kes memukul seorang pemandu yang membunyikan hon ketika solat Jumaat, di hadapan Surau Austin Perdana, dekat sini Jumaat lalu. 




Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata setakat ini polis sudah mengenal pasti tujuh lelaki terbabit yang berusia lingkungan 20 hingga 50-an dan mahu mereka tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan. 

"Kita telah mengenalpasti ketujuh-tujuh lelaki berkenaan yang dipercayai penduduk di sekitar kawasan terbabit. Kesemua mereka diminta untuk tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dan sekiranya gagal, kita akan tahan mereka."

"Kerjasama mereka diperlukan supaya kita dapat menjalankan siasatan yang benar-benar adil dan tidak berat sebelah," katanya pada sidang media di sini hari ini. 


Sulaiman berkata, sebelum ini pihaknya menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, namun semua mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. 

Kejadian sekumpulan jemaah masjid yang dilihat memukul seorang lelaki selepas solat Jumaat, dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila pemandu itu membunyikan hon ketika jemaah sedang solat. 

Dua video mengenai kejadian itu menjadi viral di laman sosial.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/280699

Pakatan Harapan Masih Menaruh Harapan, PAS Kembali Menjilat DAP

· 0 comments



Pakatan Harapan hari ini berkata, mereka masih menunggu keputusan akhir PAS berhubung pendirian parti itu yang telah membuat keputusan sebelum ini untuk memutuskan hubungan dengan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan, bagi menghadapi PRU akan datang. 

Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah menegaskan, Pakatan Harapan tidak pernah mahu memutuskan hubungan dengan PAS walaupun PAS bertegas untuk tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan PAN yang merupakan komponen dalam Pakatan Harapan. 

"Pakatan Harapan tidak akan menjadi pihak yang memutuskan ikatan. Justeru, kita akan menanti PAS kerana mereka belum membuat keputusan lagi," katanya dalam satu sidang media hari ini. 

Pada penghujung tahun 2015, DAP telah memutuskan hubungan dan menghalau PAS dari Pakatan Rakyat setelah PAS tetap bertegas untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah yang dikenali sebagai RUU355. Lim Guan Eng secara peribadi telah mengatakan PAS adalah musuh DAP kerana tetap mahu memperjuangkan undang-undang hudud walaupun PAS berkali-kali memberitahu, RUU355 bukanlah berkenaan undang-undang hudud. Beberapa bulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak, DAP Sarawak secara rasmi telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS.

DAP juga telah membiayai kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) setelah barisan pemimpin yang ditaja oleh DAP, gagal dalam merebut jawatan-jawatan penting dalam saf kepimpinan utama PAS pada tahun 2015. 

Menurut Saifuddin, Pakatan Harapan masih mengadakan rundingan terbuka dengan semua parti-parti pembangkang, termasuklah di Sabah dan Sarawak. 

Saifuddin turut mengumumkan Pakatan Harapan akan tampil dengan rangka kerja polisi yang disepakati, yang telah dipersetujui antara PKR, DAP, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Bekas Menteri pada zaman Abdullah Badawi dan bekas Ketua UMNO Bahagian yang digantung kerana rasuah wang itu juga berkata, ini akan membantu blok pembangkang untuk mendapat lebih banyak momentum bagi menghadapi PRU akan datang. 

Mesyuarat hari ini dihadiri oleh perwakilan daripada semua parti-parti Pakatan Harapan, termasuklah Teresa Kok, Anthony Loke, Saifuddin Nasution dan Fahmi Fadzil serta Ketua Armada PPBM Syed Saddiq dan beberapa orang yang lain. 

Pakatan itu bagaimanapun enggan menamakan calon Perdana Menteri mereka, sekalipun salah seorang ahli baru DAP, Zaid Ibrahim menamakan Dr. Mahathir untuk merebut kembali jawatan Perdana Menteri yang pernah disandangnya selama 22 tahun. 

Saifuddin sebaliknya berkata, semua cadangan adalah dialu-alukan dan menggesa ahli-ahli untuk memberikan fokus kepada perkara yang lebih besar berbanding nama calon Perdana Menteri.

DUA DATUK DAN DUA PEGAWAI KANAN SPRM, Antara Tangkapan Terkini Oleh SPRM

· 0 comments

Dua orang bergelar 'Datuk' dan dua orang pegawai kanan Imigresen di Perlis merupakan antara orang penjawat awam kanan yang bakal ditangkap dalam usaha agresif SPRM memerangi wabak rasuah. 


Salah seorang 'Datuk' itu merupakan pembantu kepada Ketua Menteri manakala seorang lagi adalah bekas pegawai khas kepada Datuk Bandar Bandaraya Melaka.



Bagaimanapun, tidak dinyatakan di negeri mana bekas pegawai khas itu ditugaskan. Di Malaysia, hanya empat negeri yang ketua kerajaan negeri dikenali sebagai Ketua Menteri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Manakala negeri-negeri lain, adalah Menteri Besar. 

Bekas pembantu Datuk Bandar Bandaraya Melaka itu yang berusia 56 tahun, dilaporkan telah diberkas pada jam 7:30 malam kelmarin ketika dia dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan dan dijangka akan didakwa dengan 15 tuduhan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram dan empat tuduhan lain di bawah Kanun Keseksaan. 

Selain itu, turut dilaporkan adalah penangkapan dua orang pegawai kanan Imigresen yang berpangkalan di Kompleks ICQ Padang Besar, Perlis pagi semalam. 

Kedua-duanya yang berusia 35 dan 37 tahun telah dipanggil ke pejabat SPRM Kedah kearna disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat bagi pekerja-pekerja mahir dan profesional.

Pegawai yang berusia 37 tahun itu didakwa terlibat dalam urusan haram itu ketika mengetuai divisyen perkhidmatan ekspatriat di Pejabat Imigresen Putrajaya antara Februari 2015 sehingga Disember 2015.

Antara lain tugasnya adalah mengawalselia, meluluskan dan membuat pemeriksaan balas ke atas semua maklumat permohonan menerusi sistem data. Dia telah meluluskan 339 permohonan bagi mendapatkan pas itu, membabitkan 18,626 permohonan. 

Seorang kontraktor berusia 48 tahun dikatakan bertindak sebagai agen untuk urusniaga tersebut, turut diberkas, Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali denda nilai suapan sebagai denda jikalau didapati bersalah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya bagi tugas-tugas operasi, Datuk Azam Baki mengesahkan penangkapan berkenaan. 

Empat buah kereta mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, satu akaun simpanan tetap yang mengandungi RM1 juta, 13 buah beg mewah dan 14 jam tangan mewah bernilai RM!30,000 turut disita dalam operasi berkenaan. 



DJ Kelab Malam Yang Kurang Ajar, Akhirnya Didakwa di Mahkamah Majistret

Monday, 8 May 2017 · 0 comments



DJ kelab malam yang merakamkan dan memuatnaikkan klip video untuk mengugut polis, hari ini telah didakwa di mahkamah majistret kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. 

Ooi Kok Wei, 31, telah didakwa kerana mempunyai 84 miligram kandungan alkohol dalam 100 mililiter darah, sekaligus lebih 4 miligram berbanding yang dibenarkan. 

Dia dituduh melakukan kesalahana tersebut di Jalan Sungai Besi lebih kurang jam 3:45 pagi pada 6 Mei. 

Ooi didakwa di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Seandainya didapati bersalah, dia boleh didenda RM1000 sehingga RM6000 atau penjara maksimum 12 bulan. 

Dia bagaimanapun, tidak mengaku bersalah. 

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM2,000.

Pendakwaan dibuat oleh Inspektor Hashimah Hashim manakala Ooi diwakili oleh peguam Mohamed Nizam Mohamed Fazil.

Kes berkenaan telah ditetapkan untuk disebut semula pada 15 Jun. 

Di dalam video yang berdurasi satu minit 42 saat, Ooi dilihat duduk di kerusi hadapan penumpang di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh seorang anggota polis trafik yang telah meminta dia membuat ujian pernafasan. 

Menurutnya, dia telah memberitahu anggota polis itu, dia adalah seorang DJ kelab malam dan menafikan yang telah meminum arak serta mabuk. 

Ooi juga berkata, dia bersetuju untuk mengikut anggota polis tersebut ke balai kerana dia menghormati polis. 

"Tetapi sekiranya polis mendapati saya tidak minum, apa yang dia akan bayar balik," katanya ketika rakaman dibuat. 

Anggota polis itu kemudiannya menjawab, "Kalau awak mabuk, awak masuk penjara. Kalau tidak mabuk, awak boleh balik."

Ooi kemudiannya mendakwa, anggota polis tersebut telah membazirkan masanya dan mula mencarut-carut dan memaki hamun termasuklah mendakwa polis Malaysia korup!

Lelaki Ditahan Kerana Buat Ancaman Jenayah Terhadap MAZA

· 0 comments



Polis telah menahan seorang lelaki kerana membuat ancaman jenayah ke atas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebook, kata Ketua Polis Kangar, Supt Wari Kiew. 

Lelaki yang berusia 40 tahun itu telah direman selama tiga hari bermula semalam utnuk membatu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

"Polis telah menerima laporan daripada Asri pada jam 11:30 pagi pada hari Sabtu di Balai Polis Kangar, mendakwa terdapat ancaman jenayah ke atasnya di Facebook," katanya sambil menambah suspek telah ditangkap dan dibawa dari Kedah. 

Adalah dipercayai, ancaman jenayah tersebut dibuat hasil daripada rasa tidak puas hati berhubung sokongan Asri kepada penceramah antarabangsa Dr. Zakir naik. 

Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Arau pada Februari lalu turut mendapat bantahan daripada sesetengah orang.

KLIP VIDEO Dua Wanita Dicukur Kepala Kononnya Berlaku Di Malaysia, Berasal Dari Venezuela

· 0 comments



Polis Bukit Aman menolak laporan-laporan berkenaan satu klip video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang mencukur kepala dua orang wanita dan menjelaskan klip video tersebut adalah insiden di Venezuela.

Klip video berkenaan telah ditularkan dan dikongsi di media sosial dengan mesej palsu yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kebencian antara kaum. 

Klip video berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang wanita duduk di atas kerusi plastik dengan seorang wanita lain berdiri di belakangnya dan beberapa orang lelaki mengelilingi mereka di dalam sebuah kedai yang menjual pakaian. 

Salah seorang lelaki mencekak rambut perempuan yang duduk di atas kerusi itu sebelum seorang lelaki lain mulai mencukur kepalanya dengan pencukur elektrik. 

Wanita yang sedang berdiri dan bercakap-cakap dengan salah seorang lelaki lain, turut disuruh duduk di atas kerusi dan kepalanya juga dicukur. 

Ketua Sekretariat Komunikasi Korporat Ketua Polis Negara, Senior Asst Comm Datin Asmawati Ahmad berkata, polis telah mengesan penyebaran video tersebut yang disertai mesej yang mendakwa, kedua-dua wanita tersebut telah ditangkap mencuri di sebuah kedai yang dimiliki oleh salah seorang lelaki yang berlainan kaum dan sebagai hukumannya, kepala mereka dibotakkan. 

SAC Asmawati berkata, ekoran daripada penyebaran video tersebut, wujud reaksi dengan sentimen perkauman yang kemudian dikongsi secara meluas di media sosial. 

Menurutnya lagi, pemeriksaan oleh polis mendapati, insiden tersebut sebenarnya berlaku di Maracaibo, Venezuela pada tahun 2016.

"Ia tidak berlaku di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh pihak yang menyebarkan video serta mesej berkenaan," katanya. 

SAC Asmawati menasihati masyarakat awam agar lebih bijak menilai berita-berita yang ditularkan dan dikongsikan menerusi media sosial atau rangkaian-rangkaian komunikasi lain dan tidak menjadi mangsa kepada niat jahat sesetengah pihak. 

Menurutnya lagi, masyarakat tidak sepatutnya memainkan isu-isu yang menyentuh perkauman dan sensitiviti keagamaan yang boleh mengancam keharmonian di negara ini.

Iskandar Samad Digugurkan Dari Jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor

Sunday, 7 May 2017 · 0 comments



Kehangatan berita dan cerita yang membabitkan insiden di Taman Austin Perdana, Johor Bahru menenggelamkan berita dari Selangor, membabitkan Naib Presiden PAS yang berjaya mengekalkan jawatannya dalam saf kepimpinan utama pada Muktamar Ke-63 yang lalu, Iskandar Samad.

Iskandar Samad merupakan antara yang tidak hadir menyambut kepulangan Azmin Ali dan delegasinya yang melawat ke beberapa buah negara Arab ketika kemuncak Muktamar PAS yang menyaksikan beberapa sayap parti itu mendesak parti agar memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Satu perubahan telah dilakukan membabitkan kepimpinan PAS Negeri Selangor. Iskandar Samad yang sebelum itu merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor telah digugurkan daripada jawatannya dan digantikan oleh Sallehin Mukhyi. (RUJUK SINI)

Itu yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Pengguguran tersebut adalah atas arahan daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang meminta agar Iskandar memberikan lebih tumpuan kepada negeri itu.

Iskandar akan dipertanggungjawab untuk memberikan perhatian kepada 'Zon Tengah dan Selatan' iaitu membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Manakala dua Naib Presiden lain iaitu Idris Ahmad dan Nik Amar Nik Abdullah, masing-masing akan mengawal selia Zon Utara dan Pantai Timur.

Idris akan menjaga Perlis, Kedah Perak dan Pulau Pinang, manakala Nik Amar pula akan menjaga Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula ditugaskan utnk mentadbir hubungan luar parti.

Selain Selangor, trut digantikan adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Johor.



Insiden Di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, Polis Johor Terima 3 Laporan Berkaitan Komen Biadap di Facebook

· 0 comments



Polis Johor telah menerima tiga laporan polis berkaitan dengan kekecohan yang berlaku di luar pekarangan sebuah surau Jumaat di Taman Austin Perdana. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, laporan-laporan tersebut adalah berkaitan dengan komen-komen negatif membabitkan Netizen di media sosial, yang menyentuh isu-isu perkauman dan keagamaan. 

"Kami telah memanjangkan laporan-laporan berkenaan ke Bukit Aman bagi siasatan lanjut dan tindakan" katanya.

Wan Ahmad juga berkata, Unit Siasatan Khas Bukit Aman sedang memantau komen-komen negatif di media-media sosial berhubung insiden berkenaan. 

Klip video kekecohan tersebut telah dirakamkan dan kemudian ditularkan di media sosial seawal jam 2:45 petang di laman-laman Facebook berbahasa Cina. 


Kekecohan tersebut dipercayai bermula apabila seorang pemandu berbangsa Cina yang bekerja sebagai seorang jurutera dilihat sengaja mencetuskan provokasi dengan memasuki laluan yang digunakan untuk meletak kenderaan bagi memberi laluan kepada solat Jumaat di hadapan surau berkenaan. 

Bagaimanapun, dalam laporan polis yang dibuatnya, lelaki berkenaan mengatakan, keretanya telah dihalang dan dia telah menekan hon panjang agar pemandu di hadapannya mengalihkan kenderaan yang menghalang keretanya walaupun pada ketika itu, jemaah sedang bersolat. Di dalam laporannya juga, lelaki berkenaan mengatakan, secara tiba-tiba dia telah diserang dan merosakkan keretanya.

Dalam kes ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan berkata, polis boleh mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang didapati bersalah kerana menghasut dan menyemarakkan api perkauman memandangkan ia boleh mencetuskan perasaan tidak harmoni di negara ini. 

Nur Jazlan turut memuji tindakan polis Johor menangani masalah berkenaan termasuklah penangkapan empat orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kekecohan tersebut. Keempat-empat suspek tersebut bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu termasuklah ahli-ahli politik mengambil kesempatan daripada insiden ini dan meniupkan lagi kebencian antara kaum dan agama," katanya.

ADUN DAP Merangkap Setiausaha DAP Melaka Nak Saman Malu Sebab Dikatakan Terlibat Tipu Petani Dalam Jual Beli Tanah di Kelantan

· 0 comments



Dituduh menipu seorang petani, ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, dia akan menfailkan saman fitnah untuk membersihkan namanya. 

Khoo mendakwa, petani tersebut telah membuat laporan polis palsu ke atasnya pada 14 Disember lalu. Dalam laporannya, petani tersebut berkata, dia telah ditipu dalam urusan membabitkan tanah seluas 202.3 hektar di Hutan Simpan Hulu Galas, Kuala Krai Kelantan yang bernilai RM976,300.

ADUN DAP itu marah kerana namanya telah disebut di dalam laporan polis berkenaan. Laporan polis itu juga katanya, telah mencemarkan reputasinya selaku ahli perniagaan dan ADUN.

Menurutnya, dia telah dituduh secara rambang tentang urusniaga tersebut di dalam laporan polis yang dibuat, sedangkan dia tidak terlibat langsung.

Khoo yang juga Setiausaha DAP Melaka menfailkan laporan balas terhadap petani yang tidak dinamakan di Banda Kaaba semalam. 


Pada 22 Mac lepas, Seorang pemimpin kanan DAP Melaka dan seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari berhubung kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Analia Kamaruddin di mahkamah majistret Ayer Keroh.

Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.

Pada 8 Mac lalu, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San menggemparkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka apabila beliau mendakwa dua bekas rakan dalam parti, termasuk pembantu wakil rakyat pembangkang, terlibat dalam rasuah dan ugutan.

Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas-Duyong, memberitahu DUN bahawa dakwaan penipuan itu melibatkan kira-kira RM1 juta.

Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 14 Disember tahun lalu oleh tiga pekebun kecil yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka dalam perjanjian tanah di Kelantan.

Leong San berkata, mangsa membayar hampir RM1 juta kepada seornag pembantu Adun DAP dan seorang pemimpin pemuda PAS Kelantan dalam perjanjian yang dibuat pada 2012. (RUJUK SINI)

DJ Kelab Malam Berlagak dan Maki Hamun Anggota Polis Selain Tak Mengaku Mabuk, Rupa-Rupanya Mabuk Arak

Saturday, 6 May 2017 · 2 comments


Polis mengesahkan lelaki yang cuba memburukkan imej polis trafik dengan merakam dan menyebarkan video tentang dirinya ditahan dan dibawa ke balai untuk ujian alkohol, didapati positif dengan bahan itu. 

Lelaki mendakwa DJ sebuah kelab malam berusia 31 tahun itu pada mulanya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Peguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi-Jalan Tun Razak, kira-kira jam 3 pagi semalam. 

Ketika di lokasi operasi, anggota yang menjalankan ujian pernafasan ke atasnya selepas mengesyaki memandu di bawah pengaruh alkohol mendapati positif mengambil bahan itu dan ditahan sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H S Lee untuk melakukan ujian kedua. 

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan menaiki kereta polis, dia bertindak merakam satu video dan mendakwa kononnya berulang kali memberitahu tidak mabuk, sebaliknya dipaksa mengaku oleh anggota yang menahannya. 

Selain itu, dia turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota dan mendakwa penahanannya itu hanya membazirkan masanya. 

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata hasil ujian pernafasan kali kedua yang dijalankan mengesahkan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol apabila bacaan yang ditunjukkan melebihi had dibenarkan iaitu 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah. 

"Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis. (VIDEO BOLEH DITONTON DI SINI)

"Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi. 

"Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua," katanya. 

Susulan penyebaran video itu, Mohd Nadzri berkata, satu laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998. 

Katanya, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan menyerahkan lelaki itu kepada polis Dang Wangi untuk mengambil tindakan lanjut. 

"Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Isnin ini," katanya.

SUMBER

INSIDEN DI TAMAN AUSTIN HEIGHT, Empat Lelaki Melayu Ditangkap Kerana Memukul Pemandu Cina Yang Bunyikan Hon dan Cuba Langgar Jemaah Semasa Solat Jumaat

· 1 comments



Insiden membunyikan hon panjang dan berlagak samseng tanpa menghiraukan arahan serta pemberitahuan anggota RELA, laluan ditutup sementara, sehingga mencetuskan cubaan melanggar selain menghina agama Islam di Taman Austin Height, Johor Bahru, masih terus diperkatakan meskipun polis telah meminta agar isu berkenaan tidak dipanjangkan bagi mengelakkan konflik kaum dan agama di negara ini.

Dalam insiden semalam, seorang lelaki Cina berusia 28 tahun, yang memandu sebuah kereta Toyota Camry berlagak samseng dan tidak menghiraukan papan tanda serta arahan pengawal RELA yang memintanya menggunakan satu lagi laluan untuk keluar masuk ke taman perumahan tersebut. Keengganan dan kedegilannya telah membuatkan keretanya tersekat kerana laluan yang ingin digunakannya telah ditutup sementara bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Bunyi hon yang panjang ketika jemaah sedang bersolat, selain maki hamun dan menunjuk isyarat lucah, malahan cubaan melanggar beberapa orang jemaah untuk menunjukkan betapa samsengnya dia, terpapar menerusi rakaman beberapa klip video yang ditularkan oleh laman-laman Facebook berbahasa Cina dan penyokong kuat DAP sejurus selepas kejadian berkenaan iaitu pada jam lebih kurang 3:00 petang.


Pemandu berkenaan telah membuat laporan polis. Dan daripada laporannya itu, polis telah menahan empat individu bagi membantu siasatan kes memukul pemandu berkenaan. Suspek yang berusia anara 21 dan 55 tahun itu telah ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Kesemua mereka ditahan ditahan di hadapan surau di mana insiden berkenaan berlaku pada jam 1:00 pagi. Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, polis tidak pula menyatakan pemandu berkenaan ditahan atau tidak sekalipun, pemandu berkenaan jelas telah melanggar beberapa seksyen undang-undang termasuklah Seksyen 298A.


Berdasarkan laporannya, pemandu berkenaan memaklumkan dia berada di hadapan surau terbabit pada jam 1:30 tengah hari dan keretanya dihalang laluan. Dia membunyikan hon untuk meminta seseorang mengalihkan kenderaan. Tiba-tiba orang ramai datang dan memukulnya sehingga menyebabkan dia tercedera dan keretanya mengalami kerosakan.

Laporan tersebut turut digunakan oleh beberapa portal berita yang sedia maklum sangat pro-DAP tanpa sedikit pun menyebut tentang laporan polis yang turut dibuat oleh AJK Surau yang jelas memperincikan kejadian sehingga menyebabkan insiden serangan berkenaan.

Dua Lelaki Sembunyi 28 kilogram Dadah Dalam 28 Plastik Bungkusan Teh, Dicekup Di Kangar

Thursday, 4 May 2017 · 0 comments



Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas 28 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam 28 plastik bungkusan teh di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini, semalam.

Dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM1.9 juta itu ditemui dalam kereta jenis Mercedes Benz, yang dinaiki dua lelaki berusia 55 tahun, termasuk seorang warga Thailand.


Pengarah Kastam negeri, Datuk Kamarudin Jaafar, berkata dadah itu yang diperoleh dari negara jiran cuba diseludup masuk ke negara ini.

Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini sebelum perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Monica Joseph Gaisah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



PULAK DAH! DR.MAHATHIR Tak Sokong Bukan Melayu Jadi Perdana Menteri Malaysia

· 0 comments



Selepas mengeluarkan kenyataan tentang 'bahayanya' Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berbanding Lim Kit Siang, Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir berkata, partinya tidak akan menyokong mana-mana bukan Melayu ke jawatan Perdana Menteri. 

Menurutnya lagi, DAP tidak mungkin dapat membentuk Kerajaan Pusat memandangkan Cina hanyalah minoriti di Malaysia, apatah lagi daripada 222 kerusi Parlimen hanya 52 kerusi sahaja bermajoriti Cina. Parti-parti campuran Melayu mungkin akan menambahkan bilangan calon-calon bukan Melayu.
 
Manakala majoriti daripada ketiga-tiga parti yang mempunyai kepimpinan Melayu akan membariskan calon-calon dari kalangan orang Melayu dan PPBM, sebuah parti Melayu tidak akan mencalonkan atau menyokong mana-mana bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.

Menurut Mahathir, pakatan Pembangkang tidak akan boleh didominasi oleh DAP selain dari Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir tidak pula mengambil contoh yang berlaku di Perak pada tahun 2008 apabila DAP menuntut agar mereka diberikan jawatan Menteri Besar Perak. Hanya kerana Undang-Undang Tubuh yang tidak membenarkan calon-calon bukan Melayu dan bukan beragama Islam menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perak, membuatkan cita-cita Ngeh Kor Ham untuk menjadi Menteri Besar Perak dari kalangan Cina, gagal. Walaupun selepas itu Nizar Jamaluddin telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak, hakikatnya, segala kuasa dan keputusan yang dibuat oleh Nizar Jamaluddin dikuasai dan 'perlu mendapat kelulusan' daripada Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.

Begitu juga dalam Pakatan Rakyat mahupun Pakatan Harapan. Segala keputusan, walaupun Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Penasihat Pakatan Harapan, perlu datang daripada Lim Kit Siang. Semua cadangan dan usul yang dikeluarkan oleh Dr. Mahathir sendiri, telah dimansuhkan jikalau tidak dipersetujui oleh Lim Kit Siang dan DAP. 

Serangan bertali arus yang dibuat ke atas PAS oleh DAP dan konco-konconya adalah kerana keengganan PAS berada di bawah DAP, sekaligus membantu DAP untuk memenangi undi daripada masyarakat Melayu.

Dr. Mahathir juga tidak bercakap dan menyentuh langsung tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang tidak menghalang mana-mana orang bukan Melayu yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Pengerusi PPBM itu juga langsung tidak menyentuh tentang kaedah pakatan yang diamalkan dan konsesi daripada komponen-komponen berdasarkan majoriti sepertimana yang diamalkan di Parlimen Malaysia, malah lebih tepat lagi menerusi pakatan Barisan Nasional yang terdiri daripada gabungan 14 buah parti politik dengan UMNO adalah pemegang majoriti berbanding MCA atau MIC dan GERAKAN yang diperkatakan oleh Mahathir. Manakala di dalam Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan, DAP adalah pemegang majoriti yang membuat semua keputusan.

Justeru, hujah Dr. Mahathir itu sebenarnya adalah hujah yang sekadar untuk menyedapkan hatinya sendiri kerana sampai bila pun, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan keseluruhan DAP tidak akan bersetuju Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia tanpa arahan serta kuasa mereka!

SKMM Keluarkan Garis Panduan Untuk Admin Chat Group Bagi Mengelakkan Dipenjarakan

· 0 comments



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyiarkan apa garis panduan untuk pentadbir-pentadbir kumpulan 'chat' selepas memberi amaran tindakan yang boleh diambil kerana berita-berita palsu sebelum itu. 

Dalam laman rasmi mereka, SKMM garis panduan enam perkara, yang mana termasuklah memeriksa posting di dalam kumpulan 'chat' dengan moderator membuat komen pada posting tersebut bagi 'memastikan perbincangan berada di landasan sebenar', dan 'mengendalikan trol (momokan) dengan tegas'.

Antara lain yang dicadangkan untuk dilakukan oleh pentadbir termasuklah memaklumkan kepada ahli-ahli tentang alasan penubuhan kumpulan chat tersebut selain peraturan asas, dan mempertimbangkan untuk menyekat mana-mana ahli yang berterusan melakukan posting-posting tidak wajar.

Garis panduan tersebut turut menekankan tentang kepentingan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi sebarang siasatan di dalam grup chat itu dan peka dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform chat seperti Facebook, WhatsApp atau Telegram.


Turut ditekankan oleh SKMM adalah tentang pentadbir atau admin yang tidak aktif atau 'hilang', melanggar garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh penyedia platform, menggalakkan posting-posting yang 'tidak sewajarnya', membenarkan perbincangan melencong dari tajuk asal dan menghalang siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. 

Minggu lepas, akhbar harian berbahasa Melayu, Berita Harian melaporkan pentadbir-pentadbir kumpulan WhatsApp berhadapan dengan risiko penjara sekiranya mereka gagal mengawal penyebaran mesej-mesej atau berita-berita palsu yang berpotensi mengancam keselamatan negara menerusi chat grup yang mereka kendalikan. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dilaporkan berkata, tindakan boleh dikuatkuasakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Dia dipetik sebagai berkata, di bawah Akta tersebut, beberapa tindakan yang bersifat jenayah seperti menyebarkan berita-berita palsu, membuat kenyataan-kenyataan fitnah, tohmahan dan mendedahkan maklumat-maklumat rahsia yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

Sekalipun grup-grup chat pada peranti mesej seperti WhatsApp dan Messenger Facebook bersifat tertutup, screenshot perbualan tersebut adakalanya boleh disiarkan secara umum pada platform media sosial seperti Facebook.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks