4 orang ADUN PKR Bakal Lompat Parti, Azmin Terpaksa Bubar DUN Selangor Untuk PRN

Sunday, 30 April 2017 | 1 comments



Ketika Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli terdedah, Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor pada waktu itu sudah hampir mahu membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri berlangsung.

Bagaimanapun, PKR dengan sepenuh kuasa, disokong pula oleh DAP, terus memujuk agar Khalid Ibrahim membatalkan rancangannya mahu membubarkan DUN. Khalid Ibrahim dipujuk dengan mengatakan Langkah Kajang hanyalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

Ketika itu rayuan Anwar Ibrahim sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli adalah bertujuan memberi tekanan kepada KDYMM Sultan Selangor agar campurtangan dalam perundangan sekaligus bebas daripada hukuman penjara.

ADUN Kajang ketika itu, Lee Chin Cheh telah diarahkan meletak jawatan bagi membolehkan PRK Kajang diadakan dan Anwar Ibrahim menjadi calon. PKR amat yakin mereka boleh mengekalkan kemenangan dengan mudah di Kajang.

Apabila Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi calon DUN Kajang, Wan Azizah pula dilantik sebagai calon. LANGKAH KAJANG yang sepatutnya menaikkan Anwar, bertukar rancangan. Namun PAS pula menjadi penghalang. Wan Azizah bernasib baik kerana menang dalam PRK Kajang kerana tindakan sabotaj oleh sebahagian ahli-ahli UMNO terhadap calon BN.

Khalid kemudiannya digulingkan bahkan dipecat dari parti setelah Khalid mula bercakap tentang pampasan kepada SPLASH yang lebih rendah daripada kehendak Pakatan iaitu hanya 10% daripada jumlah yang diminta.

Nama Khalid Ibrahim terus dibusukkan oleh PKR. Azmin Ali kemudiannya dinaikkan sebagai Menteri Besar selepas PAS enggan bersetuju dengan Wan Azizah.

Kini hukum karma mula menimpa PKR yang licik bermain politik demi kelangsungan hidup politik Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Berita tentang 4 orang ADUN PKR yang sedang berura-ura mahu lompat parti sudah semakin kuat diperkatakan selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus membuatkan PKR-DAP hilang penguasaan ke atas pentadbiran negeri Selangor.

Dan kesemua orang melihat Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya yang sangat terkenal, Faekah Husin sebagai pemula gerakan ini.

Yang ditunggu sekarang adalah tindakan daripada PAS Selangor pula.

UMNO-BN?

Tak perlu diharapkan sangat kerana kebanyakan pemimpin UMNO-BN masih lagi tidur!

FAEKAH HUSSIN BAGI AMARAN KEPADA PKR, JANGAN BERSIKAP RAKUS DAN JAHAT TERHADAP KHALID IBRAHIM

Sunday, 2 November 2014 | 4 comments


Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ( BTR ) dan ADUN Pelabuhan Klang.

Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR. Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI. Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?

Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa. Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan. Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.

Akhirnya, hari ini Menteri Besar baharu Selangor tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan kerajaan Persekutuaan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses. Beliau turut mengumumkan projek KIDEX akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalulintas. Bukankah pemegang konsesi KIDEX masih peguam UMNO? Atau sudah bertukar dalam dua bulan ini? Atau mungkinkah peguam Umno tersebut telah isytihar menyokong PKR mahupun DAP? Sudahkah pihak berkepentingan dan mendapat ganjaran hasil penstrukturan air dikenalpasti sebagaimana arahan pimpinan tertinggi PKR? Berapa ratus juta yang berjaya dipunggah oleh kroni TSKI melalui proses penstrukturan tersebut? Rakyat kini terpinga-pinga bagaimana dalam sekelip mata isu besar yang digembar-gemburkan tersebut berkubur dan semua keputusan yang diambil TSKI semasa menjadi MB diakui secara senyap dan tanpa rasa malu oleh PKR.

Perlu juga ditekankan bahawa status TSKI selaku Ahli Parlimen Bebas adalah hasil dari kerakusan pimpinan PKR yang telah memecat beliau secara jahat, tidak berhemah dan keji. Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghentikan peruntukan Ahli Dewan beliau di Pelabuhan Klang dan dua pegawai DUN dipecat walau masih mempunyai kontrak dengan kerajan negeri. Ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor hari ini gagal melihat pentadbiran negeri hendaklah diasingkan dari perjalanan parti hatta terlalu fokus untuk mematikan karier politik TSKI.

Sekarang ada pihak pula yang mendesak beliau untuk melepaskan kerusi Parlimen BTR sedangkan TSKI yakin dapat meneruskan khidmat secera efektif walau sebagai Ahli Parlimen bebas. PKR sesungguhnya terhalang dari segi moral untuk mengkritik mahupun mengulas kedudukan TSKI yang kini Ahli Parlimen Bebas. Biar rakyat BTR yang menentukan kedudukan TSKI pada pilihanraya akan datang.

Setelah berehat selama 2 minggu bersama keluarga, TSKI telah turun ke kawasan BTR dan PK untuk berbincang dengan beberapa ketua komuniti di sana untuk meneruskan khidmat kepada rakyat yang telah memilih beliau melalui proses pilihanraya yang sah.

Alhamdulillah, ramai telah menawarkan khidmat bantuan dan kesediaan untuk bersama TSKI bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Rakyat hari ini mampu melihat keikhlasan seseorang pemimpin dalam melakukan sesuatu mahupun tatkala mengungkapkan kata-kata. Di BTR, beliau telah pun membuka pusat khidmat rakyat; manakala di Pelabuhan Klang, pejabat baharu di Bukit Tinggi telah pun dibuka.

Tindakan PKR memecat TSKI tidak akan menghalang TSKI untuk terus bersama rakyat lantas telah mulai bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO). TSKI bersama beberapa teman mulai 15 November ini akan memulakan aktiviti "Sajian Rakyat" - satu NGO yang akan menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform untuk bertemu dengan rakyat.

Ditegaskan bahawa TSKI komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat dan PKR - satu parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua - perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN 
PELABUHAN KLANG DAN 
MP BANDAR TUN RAZAK

FAEKAH HUSIN MUNCUL LAGI... Sam Ketot Dibuktikannya Pembohong Dan Kaki Kencing

Wednesday, 2 July 2014 | 7 comments


Memang betul pun, jikalau Khalid Ibrahim perlu bersara daripada jawatan Menteri Besar kerana kekalahannya dalam pemilihan Cabang PKR Kuala Selangor, para pemimpin PKR yang lain yang juga senasib dengannya juga perlu meletak jawata.

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Faekah Hussin, bekas SETPOL Khalid Ibrahim yang sekarang ini mengetuai MBI.

"Kalau Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempertikaikan Khalid dan menyatakan Khalid perlu mengambil tanggungjawab moral untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar, bagaimana pula dengan Daroyah Ali? Bukankah dia juga kalah dalam pemilihan Cabang Kapar? Perlukah dia melepaskan jawatan sebagai Exco Selanat hanya kerana dia tidak dipilih sebagai Ketua Cabang? Bagaimana pula dengan Ketua Umum dan Presiden yang tidak mempunyai jawatan di peringkat Cabang? Adakah mereka berkredibiliti untuk mengetuai parti ini atau berjawatan Pemimpin Pembangkang hanya kerana mereka tidak mempunyai jawatan Cabang?"

Faekah yang sudah lama senyap, terus mendesak Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot yang semakin terdesak untuk menunjuk pandai.

"Sepatutnya sebagai peguam, dia tahu bagaimana MB dapat kuasa. Jangan membodohkan diri semata-mata nak mengampu orang," kata Faekah.

Faekah turut berkata, Sam Ketot berbohong apabila berkata Pakatan Rakyat telah sepakat untuk menggantikan Khalid  sebagai Menteri Besar.

Sam Ketot bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan arahan Anwar Ibrahim yang melarang mana-mana pemimpin PKR bercakap tentang kedudukan Menteri Besar, kenyataan Sam Ketot turut bertentangan dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.

"Kenyataan-kenyataan Shamsul secara asasnya mengusutkan Pakatan Rakyat dan merosakkan imej PKR. Sebagai ahli Biro Politik, dia sepatutnya lebih matang terutama sekiranya kenyataan-kenyataannya menyerang secara langsung dan mencemarkan rakan-rakan dalam biro. Sepatutnya, dia perlu menunjukkan dan membuktikan prestasinya sebagai Ahli Majlis Tindakan Felda Selangor."

Faekah menyelar Sam Ketot yang gagal menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis Tindakan FELDA Selangor dan langsung tidak menghantar walau satu laporan pun, tetapi pada masa yang sama, Sam Ketot cuba mempertikaikan Menteri Besar Selangor.
Showing posts with label faekah husin. Show all posts
Showing posts with label faekah husin. Show all posts

4 orang ADUN PKR Bakal Lompat Parti, Azmin Terpaksa Bubar DUN Selangor Untuk PRN

Sunday, 30 April 2017 · 1 comments



Ketika Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli terdedah, Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor pada waktu itu sudah hampir mahu membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri berlangsung.

Bagaimanapun, PKR dengan sepenuh kuasa, disokong pula oleh DAP, terus memujuk agar Khalid Ibrahim membatalkan rancangannya mahu membubarkan DUN. Khalid Ibrahim dipujuk dengan mengatakan Langkah Kajang hanyalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

Ketika itu rayuan Anwar Ibrahim sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli adalah bertujuan memberi tekanan kepada KDYMM Sultan Selangor agar campurtangan dalam perundangan sekaligus bebas daripada hukuman penjara.

ADUN Kajang ketika itu, Lee Chin Cheh telah diarahkan meletak jawatan bagi membolehkan PRK Kajang diadakan dan Anwar Ibrahim menjadi calon. PKR amat yakin mereka boleh mengekalkan kemenangan dengan mudah di Kajang.

Apabila Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi calon DUN Kajang, Wan Azizah pula dilantik sebagai calon. LANGKAH KAJANG yang sepatutnya menaikkan Anwar, bertukar rancangan. Namun PAS pula menjadi penghalang. Wan Azizah bernasib baik kerana menang dalam PRK Kajang kerana tindakan sabotaj oleh sebahagian ahli-ahli UMNO terhadap calon BN.

Khalid kemudiannya digulingkan bahkan dipecat dari parti setelah Khalid mula bercakap tentang pampasan kepada SPLASH yang lebih rendah daripada kehendak Pakatan iaitu hanya 10% daripada jumlah yang diminta.

Nama Khalid Ibrahim terus dibusukkan oleh PKR. Azmin Ali kemudiannya dinaikkan sebagai Menteri Besar selepas PAS enggan bersetuju dengan Wan Azizah.

Kini hukum karma mula menimpa PKR yang licik bermain politik demi kelangsungan hidup politik Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Berita tentang 4 orang ADUN PKR yang sedang berura-ura mahu lompat parti sudah semakin kuat diperkatakan selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus membuatkan PKR-DAP hilang penguasaan ke atas pentadbiran negeri Selangor.

Dan kesemua orang melihat Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya yang sangat terkenal, Faekah Husin sebagai pemula gerakan ini.

Yang ditunggu sekarang adalah tindakan daripada PAS Selangor pula.

UMNO-BN?

Tak perlu diharapkan sangat kerana kebanyakan pemimpin UMNO-BN masih lagi tidur!

FAEKAH HUSSIN BAGI AMARAN KEPADA PKR, JANGAN BERSIKAP RAKUS DAN JAHAT TERHADAP KHALID IBRAHIM

Sunday, 2 November 2014 · 4 comments


Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ( BTR ) dan ADUN Pelabuhan Klang.

Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR. Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI. Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?

Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa. Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan. Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.

Akhirnya, hari ini Menteri Besar baharu Selangor tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan kerajaan Persekutuaan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses. Beliau turut mengumumkan projek KIDEX akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalulintas. Bukankah pemegang konsesi KIDEX masih peguam UMNO? Atau sudah bertukar dalam dua bulan ini? Atau mungkinkah peguam Umno tersebut telah isytihar menyokong PKR mahupun DAP? Sudahkah pihak berkepentingan dan mendapat ganjaran hasil penstrukturan air dikenalpasti sebagaimana arahan pimpinan tertinggi PKR? Berapa ratus juta yang berjaya dipunggah oleh kroni TSKI melalui proses penstrukturan tersebut? Rakyat kini terpinga-pinga bagaimana dalam sekelip mata isu besar yang digembar-gemburkan tersebut berkubur dan semua keputusan yang diambil TSKI semasa menjadi MB diakui secara senyap dan tanpa rasa malu oleh PKR.

Perlu juga ditekankan bahawa status TSKI selaku Ahli Parlimen Bebas adalah hasil dari kerakusan pimpinan PKR yang telah memecat beliau secara jahat, tidak berhemah dan keji. Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghentikan peruntukan Ahli Dewan beliau di Pelabuhan Klang dan dua pegawai DUN dipecat walau masih mempunyai kontrak dengan kerajan negeri. Ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor hari ini gagal melihat pentadbiran negeri hendaklah diasingkan dari perjalanan parti hatta terlalu fokus untuk mematikan karier politik TSKI.

Sekarang ada pihak pula yang mendesak beliau untuk melepaskan kerusi Parlimen BTR sedangkan TSKI yakin dapat meneruskan khidmat secera efektif walau sebagai Ahli Parlimen bebas. PKR sesungguhnya terhalang dari segi moral untuk mengkritik mahupun mengulas kedudukan TSKI yang kini Ahli Parlimen Bebas. Biar rakyat BTR yang menentukan kedudukan TSKI pada pilihanraya akan datang.

Setelah berehat selama 2 minggu bersama keluarga, TSKI telah turun ke kawasan BTR dan PK untuk berbincang dengan beberapa ketua komuniti di sana untuk meneruskan khidmat kepada rakyat yang telah memilih beliau melalui proses pilihanraya yang sah.

Alhamdulillah, ramai telah menawarkan khidmat bantuan dan kesediaan untuk bersama TSKI bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Rakyat hari ini mampu melihat keikhlasan seseorang pemimpin dalam melakukan sesuatu mahupun tatkala mengungkapkan kata-kata. Di BTR, beliau telah pun membuka pusat khidmat rakyat; manakala di Pelabuhan Klang, pejabat baharu di Bukit Tinggi telah pun dibuka.

Tindakan PKR memecat TSKI tidak akan menghalang TSKI untuk terus bersama rakyat lantas telah mulai bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO). TSKI bersama beberapa teman mulai 15 November ini akan memulakan aktiviti "Sajian Rakyat" - satu NGO yang akan menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform untuk bertemu dengan rakyat.

Ditegaskan bahawa TSKI komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat dan PKR - satu parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua - perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN 
PELABUHAN KLANG DAN 
MP BANDAR TUN RAZAK

FAEKAH HUSIN MUNCUL LAGI... Sam Ketot Dibuktikannya Pembohong Dan Kaki Kencing

Wednesday, 2 July 2014 · 7 comments


Memang betul pun, jikalau Khalid Ibrahim perlu bersara daripada jawatan Menteri Besar kerana kekalahannya dalam pemilihan Cabang PKR Kuala Selangor, para pemimpin PKR yang lain yang juga senasib dengannya juga perlu meletak jawata.

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Faekah Hussin, bekas SETPOL Khalid Ibrahim yang sekarang ini mengetuai MBI.

"Kalau Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempertikaikan Khalid dan menyatakan Khalid perlu mengambil tanggungjawab moral untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar, bagaimana pula dengan Daroyah Ali? Bukankah dia juga kalah dalam pemilihan Cabang Kapar? Perlukah dia melepaskan jawatan sebagai Exco Selanat hanya kerana dia tidak dipilih sebagai Ketua Cabang? Bagaimana pula dengan Ketua Umum dan Presiden yang tidak mempunyai jawatan di peringkat Cabang? Adakah mereka berkredibiliti untuk mengetuai parti ini atau berjawatan Pemimpin Pembangkang hanya kerana mereka tidak mempunyai jawatan Cabang?"

Faekah yang sudah lama senyap, terus mendesak Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot yang semakin terdesak untuk menunjuk pandai.

"Sepatutnya sebagai peguam, dia tahu bagaimana MB dapat kuasa. Jangan membodohkan diri semata-mata nak mengampu orang," kata Faekah.

Faekah turut berkata, Sam Ketot berbohong apabila berkata Pakatan Rakyat telah sepakat untuk menggantikan Khalid  sebagai Menteri Besar.

Sam Ketot bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan arahan Anwar Ibrahim yang melarang mana-mana pemimpin PKR bercakap tentang kedudukan Menteri Besar, kenyataan Sam Ketot turut bertentangan dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.

"Kenyataan-kenyataan Shamsul secara asasnya mengusutkan Pakatan Rakyat dan merosakkan imej PKR. Sebagai ahli Biro Politik, dia sepatutnya lebih matang terutama sekiranya kenyataan-kenyataannya menyerang secara langsung dan mencemarkan rakan-rakan dalam biro. Sepatutnya, dia perlu menunjukkan dan membuktikan prestasinya sebagai Ahli Majlis Tindakan Felda Selangor."

Faekah menyelar Sam Ketot yang gagal menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis Tindakan FELDA Selangor dan langsung tidak menghantar walau satu laporan pun, tetapi pada masa yang sama, Sam Ketot cuba mempertikaikan Menteri Besar Selangor.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks