Kasih Sayang Azmin Ali Terhadap PAS Mengatasi Sayang Azmin Kepada DAP dan PAN Apatah Lagi PPBM

Monday, 15 May 2017 | 0 comments



PAS telah membuat ketetapan. Majlis Syura PAS juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR termansuh kerana perangai PKR yang suka tikam belakang walaupun PKR tidak mengaku sampai ke sudah. Hari Khamis nanti, keputusan tentang kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan oleh parti tersebut.

Azmin Ali masih berusaha mempertahankan Kerajaan Negeri yang diketuainya, selepas dia menikam belakang Khalid Ibrahim dan merampas jawatan tersebut daripada Khalid Ibrahim. Khalid kemudiannya dipecat dari PKR bagi mengelakkan bekas Menteri Besar itu menggunakan pengaruhnya menumbangkan Azmin Ali pula.

Timbalan Presiden PKR yang memiliki kemnya sendiri, sedang berhempas pulas mempertahankan kedudukan serta jawatannya dengan masih lagi berusaha memujuk PAS agar tidak meneruskan rancangan untuk keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, para penyokong PKR Pro-DAP menggelarkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin sebagai KARTEL MIN, terus mengecam tindakan Azmin yang bacul dan enggan membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan.

Biarpun Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming, dua orang pemimpin kanan DAP mengecam PAS berkaitan dengan keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus mengancam kewujudan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR itu tetap tidak peduli.

Dia masih enggan menyingkirkan atau memecat ketiga-tiga orang Exco PAS itu walaupun cuba berselindung dengan gesaannya supaya mereka meletak jawatan. Kuasa memecat dan mengubah 'kabinet negeri Selangor' berada di tangan Azmin Ali.

PAN, parti serpihan PAS yang mempunyai kerusi dalam DUn Selangor, menunut jawatan Exco kerana menurut mereka, PAN lebih layak kerana merupakan parti yang diiktiraf oleh pakatan pembangkang, khususnya oleh DAP.

Bagaimanapun, Azmin enggan mengikut kehendak PAN yang merupakan parti ciptaan DAP dan sentiasa mengikut telunjuk Lim  Guan Eng. Apatah lagi, PAN walaupun cakap berdegar-degar, masih gagal menarik ADUN-ADUN PAS untuk menyertai mereka walaupun pada awal mereka ditubuhkan di Selangor dahulu, janji mereka, lebih 10 orang ADUN PAS sudah bersiap sedia untuk menyeberang masuk PAN.

Maka timbullah persoalan, mengapa Azmin Ali terlalu sayangkan PAS.

Grass root Azmin Ali di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa adalah ahli-ahli PAS. Kebergantungan Azmin Ali kepada PAS amat kuat kerana jentera dan grass root PAS sebenarnya yang bekerja keras untuk memenangkan Azmin sebelum ini. PKR Gombak dan Ampang pula, hidup segan mati tidak mahu.

Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin sudah berulang kali mendesak Azmin Ali agar segera membuat rombakan barisan Exco dengan menyingkirkan ketiga-tiga orang Exco PAS itu selain rombakan melibatkan Ahli-Ahli Majlis PBT dari kalangan ahli-ahli PAS. Bagaimanapun, Azmin tetap berdegil untuk tidak akur dengan desakan tersebut.


PRN SELANGOR TAK JADI! Azmin Kata Kerajaan Negeri Hari Ini Mandat Rakyat, Bukan Mandat Parti

Tuesday, 9 May 2017 | 2 comments



PKR, DAP dan PAS bertanggungjawab untuk menyempurnakan mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor sebagai Kerajaan Negeri, kata Azmin Ali hari ini. 

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan kepada penjawat-penjawat awam, Azmin berkata, para pengundi telah memilih ketiga-tiga parti itu untuk memimpin Selangor secara bekerjasama. 

"Kita telah dipilih untuk bekerja sama, bukannya bergaduh antara satu sama lain," katanya. "Ini adalah mandat yang diberikan kepada kita dan ia perlu dipenuhi sampai tempoh akhir mandat."

Kestabilan Kerajaan Negeri Selangor mula dipersoalkan selepas PAS dalam muktamarnya sebulat suara bersetuju dengan usul memutuskan hubungan dengan PKR. Usul tersebut bagaimanapun perlu diluluskan oleh Majlis Syura PAS sebelum dikuatkuasakan. 

"Biarkan rakyat yang membuat keputusan. Mereka yang akan menilai kerja-kerja yang telah kita lakukan sebagai kerajaan sepanjang lima tahun ini," katanya.

Azmin turut menegaskan, dia tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang pertukaran barisan pentadbiran, ekoran desakan daripada PAN untuk menggugurkan dan memecat para pegawai PAS daripada pentadbiran Kerajaan Negeri setelah parti itu membuat resolusi untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Dalam ucapannya sebelum itu, Azmin berazam yang Kerajaan Negeri akan menentang mana-mana pihak yang cuba mengganggugugat kestabilan Kerajaan Negeri. Malah dia turut mendakwa, hanya segelintir orang sahaja yang tidak begitu gembira dengan prestasi kerajaan negeri setakat ini.

4 orang ADUN PKR Bakal Lompat Parti, Azmin Terpaksa Bubar DUN Selangor Untuk PRN

Sunday, 30 April 2017 | 1 comments



Ketika Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli terdedah, Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor pada waktu itu sudah hampir mahu membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri berlangsung.

Bagaimanapun, PKR dengan sepenuh kuasa, disokong pula oleh DAP, terus memujuk agar Khalid Ibrahim membatalkan rancangannya mahu membubarkan DUN. Khalid Ibrahim dipujuk dengan mengatakan Langkah Kajang hanyalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

Ketika itu rayuan Anwar Ibrahim sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli adalah bertujuan memberi tekanan kepada KDYMM Sultan Selangor agar campurtangan dalam perundangan sekaligus bebas daripada hukuman penjara.

ADUN Kajang ketika itu, Lee Chin Cheh telah diarahkan meletak jawatan bagi membolehkan PRK Kajang diadakan dan Anwar Ibrahim menjadi calon. PKR amat yakin mereka boleh mengekalkan kemenangan dengan mudah di Kajang.

Apabila Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi calon DUN Kajang, Wan Azizah pula dilantik sebagai calon. LANGKAH KAJANG yang sepatutnya menaikkan Anwar, bertukar rancangan. Namun PAS pula menjadi penghalang. Wan Azizah bernasib baik kerana menang dalam PRK Kajang kerana tindakan sabotaj oleh sebahagian ahli-ahli UMNO terhadap calon BN.

Khalid kemudiannya digulingkan bahkan dipecat dari parti setelah Khalid mula bercakap tentang pampasan kepada SPLASH yang lebih rendah daripada kehendak Pakatan iaitu hanya 10% daripada jumlah yang diminta.

Nama Khalid Ibrahim terus dibusukkan oleh PKR. Azmin Ali kemudiannya dinaikkan sebagai Menteri Besar selepas PAS enggan bersetuju dengan Wan Azizah.

Kini hukum karma mula menimpa PKR yang licik bermain politik demi kelangsungan hidup politik Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Berita tentang 4 orang ADUN PKR yang sedang berura-ura mahu lompat parti sudah semakin kuat diperkatakan selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus membuatkan PKR-DAP hilang penguasaan ke atas pentadbiran negeri Selangor.

Dan kesemua orang melihat Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya yang sangat terkenal, Faekah Husin sebagai pemula gerakan ini.

Yang ditunggu sekarang adalah tindakan daripada PAS Selangor pula.

UMNO-BN?

Tak perlu diharapkan sangat kerana kebanyakan pemimpin UMNO-BN masih lagi tidur!

Takut Hilang Jawatan, Azmin Ali Cuba Pujuk PAS Dengan Mengatakan PKR Takkan Putus Tahaluf Siyasi Dengan PAS

Saturday, 22 April 2017 | 1 comments



PKR sentiasa mengambil sikap terbuka untuk mempertahankan kerjasama dengan Pas yang dijangka memberi kata putus isu talaluf siyasi mereka pada Muktamar Pas ke-63 hujung bulan ini.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga hari ini, kerjasama parti itu dengan Pas juga disifatkan masih kuat dan utuh.

Jelasnya, kerjasama itu sewajarnya turut dipertahankan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

"Sehingga hari ini tahaluf siyasi kerjasama politik Pas dan Keadilan masih kuat dan utuh, dan keadilan sentiasa mengambil sikap terbuka mempertahankan kerjasama ini. Ia sewajarnya dipertahankan dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tidak boleh menjangkakan apa akan berlaku dalam Muktamar Pas kerana saya bukan perwakilan dalam muktamar tetapi saya yakin kepimpinan Pas yang sedia ada melihat kerangka besar dalam perjuangan ini.

"Ia kerana kita mahu melakukan satu perubahan demi kepentingan agama dan kepentingan rakyat, bukan soal individu atau kepartian," katanya semasa sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada wakil komuniti di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi berkata, Muktamar Pas ke-63 pada hujung bulan ini, bakal menjadi penentu sama ada parti Islam itu akan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR atau mengekalkannya berikutan usul yang diluluskan beberapa kawasan Pas di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu agar kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.

Jelasnya, isu tahaluf siyasi Pas-PKR akan menjadi topik perbincangan pada muktamar kali ini.

Pada masa ini, Pas Selangor berpendirian untuk mengekalkan status quo dan akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika Pas memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Hubungan antara Pas dan PKR tegang selepas parti pemerintah kerajaan negeri Selangor itu bertegas untuk mengekalkan kerjasama dengan DAP dan menjalin hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan Pas.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyifatkan kerjasama Pas dengan parti lain ibarat 'memikul biawak hidup'.

Bagaimanapun Azmin tetap dengan berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan Pas malah yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa menghormati sebarang perbezaan pendapat.

Apa Kepentingan Azmin Dalam Syarikat Pemaju Jirat Cina Di Kampung Melayu Sampai Perlu Berbohong Dalam Parlimen?

Monday, 17 April 2017 | 0 comments




Azmin Ali, Menteri Besar yang dinaikkan melalui cara tipu helah, sekali lagi melakukan penipuan di DUN Selangor pada 31 Mac 2017 yang lalu.

Untuk rekod, Azmin pernah menipu ahli-ahli DUN berhubung dakwaan beliau kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan pelantikan bekas Ketua Setiausaha Sulit PM, Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Timbalan Pengerusi SPR. Cerita sebenarnya, cadangan itu tak pernah wujud pun.

Kali ini Azmin menipu lagi dalam isu pembinaan tanah perkuburan bukan Islam (jirat Cina) bersaiz mega di Meru dan Jeram, Selangor.

Menurut Azmin, cadangan pembinaan jirat seluas 110 hektar tersebut disokong oleh ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro tetapi Azmin tak sebut langsung dalam jawapannya itu bahawa sokongan Datuk Amiruddin adalah bersyarat iaitu pihak pemaju hendaklah menyediakan tanah seluas 23 ekar daripada projek tersebut sebagai tapak perkuburan Islam.

Lebih memalukan, Azmin langsung tidak menyebut bahawa kelulusan projek tersebut diberikan oleh beliau sendiri kepada pihak pemaju sebelum Datuk Amiruddin menyatakan sokongan syarat bersyarat beliau.

Kenapa Azmin Ali tergamak menyembunyikan fakta di sebalik isu ini sekaligus menipu para penduduk di sekitar Jeram dan Meru yang majoritinya beragama Islam?

Apakah motif sebenar Azmin Ali di sebalik tindak-tanduknya  yang mencurigakan ini? Pertama, beliau sendiri yang luluskan projek tersebut dan kedua, beliau cuba menyalahkan Datuk Amiruddin kononnya telah menyokong projek ini dilaksanakan walhal tanpa sokongan Datuk Amiruddin sekali pun projek ini tetap akan berjalan kerana sudah diluluskan oleh beliau sendiri!

Kami desak Azmin Ali berterus-terang atau lebih banyak fakta akan dibongkarkan selepas ini termasuk surat-surat kelulusan dan dokumen berkaitan pertukaran status tanah yang terlibat.

#deleaks
#infoSelangor

COPY PASTE

KHALID IBRAHIM Persoal Berapa 'KOMISYEN' Urusniaga SPLASH Yang Masuk Ke Kocek Azmin Ali

Wednesday, 5 April 2017 | 0 comments



Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempersoalkan kerajaan Selangor kerana mahu membayar RM2.8 bilion bagi mengambil alih SPLASH.

Khalid, bekas ahli PKR yang dipaksa meletak jawatan pada 2014 mempersoalkan mengapa Datuk Seri Azmin Ali menaikkan harga RM2.8 bilion, meningkat lebih 10 kali ganda berbanding tawaran asal RM250 juta.

Beliau mendedahkan Azmin telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membayar syarikat perunding bagi menjustifikasikan keputusannya untuk menaikkan harga tawaran itu.

Katanya, selepas gagal mengambil alih SPLASH kerana kekurangan wang sekali gus gagal menyelesaikan penstrukturan semula industri air di Selangor, Azmin menyalahkan pula kerajaan Pusat.

Khalid menasihatkan Azmin mengutamakan kepentingan rakyat bukannya menjaga syarikat SPLASH yang telahpun mengautkan keuntungan RM400 juta setiap tahun hasil penjualan air mentah kepada kerajaan negeri.

Beliau bimbang jika Azmin 'menyelam sambil minum air' dengan memperoleh keuntungan hasil pengambilalihan SPLASH itu.

Antara pemegang saham utama SPLASH ialah individu yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan PKR terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

SUMBER

DEDAH!!! Projek Rumah Selangorku Idaman Jadi Lubuk Komisyen Pemimpin PKR dan Warga Singapura Kroni Azmin Ali

Thursday, 24 November 2016 | 0 comments



Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.


Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.


Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor.

Dalam dokumen yang diperolehi juga ditemui bahawa perjanjian undang - undang bagi memperolehi komisyen pemberian projek Selangorku tersebut dibuat oleh Syarikat Guaman Daim & Gamany


Maka mustahil Sivarasa tidak tahu kegiatan melobi projek Kerajaan Selangor bagi memperolehi komisyen (rasuah) orang tengah kerana syarikat guaman dia terlibat secara langsung berdasarkan dokumen yang diperolehi atau timbul persoalan yang lebih dasyat ialah adakah Naveen hanya proksi bagi perjanjian undang undang dan Sivarasa atau beberapa pemimpin lain terlibat bagi melobi , memastikan projek diperolehi dan komisyen tinggi diperolehi.... BACAAN SELANJUTNYA DI SINI


KIDEX TETAP DIBATALKAN DAN SOLUSINYA CUKUP SENANG, KERAJAAN PERSEKUTUAN TANGGUNG PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Friday, 20 March 2015 | 3 comments

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor bertegas untuk membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Alasannya sama, iaitu 'mempertahankan tanah rakyat Selangor'.

Namun penyelesaian trafik di kawasan yang cukup bermasalah tersebut, amat mudah. Dan rasa-rasanya kalaupun seorang pelajar tadika menjadi Menteri Besar Selangor, penyelesaian itu juglah yang akan diambil.

Kata Azmin Ali, segala tanggungjawab menyelesaikan masalah trafik dan kesesakan di kawasan berkenaan, DISERAHKAN kepada Kerajaan Persekutuan menerusi pembaikian mutu perkhidmatan awam!

Azmin Ali sudah terlalu lama tidak menyusuri jalan-jalan raya di sekitar Selangor, terutama di kawasan yang menjadi sub kepada Bandaraya Kuala Lumpur seperti Puchong, Kinrara, Damansara, Kelana Jaya, mahupun Petaling Jaya, malah Kelang dan Kepong. Jadi, disebabkan itulah, Azmin Ali tidak tahu masalah sebenar kesesakan jalanraya.

Berapa kerat daripada penduduk di kawasan-kawasan terbabit yang mahu menggunakan pengangkutan awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri dengan alasan-alasan klise dan tipikal yang sudah boleh jangka?

Bukankah setiap kali Kerajaan Persekutuan mahu meningkatkan taraf pengangkutan awam, maka Pakatan Rakyat sendiri yang akan menentangnya kononnya pembaziran negara? Projek MRT bernilai beberapa bilion itu, ditentang keras oleh DAP dan menganggap kewujudannya sekadar menambahkan lagi masalah terutama perampasan tanah sehinggakan DAP berjaya membuat tunjuk perasaan bagi pemilik-pemilik premis perniagaan Jalan Sultan yang mereka perlu berpindah bagi membolehkan pembinaan terowong bawah tanah untuk MRT dilakukan?

Bukankah MRT dibina merentasi negeri Selangor sedangkan itu jugalah projek yang cukup kuat dibantah?

Senang benar menjadi Menteri Besar Selangor. Cukup dengan mengeluarkan kenyataan dan segala-galanya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Timbul pertanyaan, berapa banyakkah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat-syarikat pemilik bas-bas awam memandangkan kebanyakan syarikat-syarikat tersebut kini sebahagian besarnya sudah lupus atau pun terpaksa mengurangkan jumlah dan masa operasi memandangkan kekurangan penumpang?

Tak mahu buat lebuhraya tetapi penyelesaiannya diserahkan kepada Kerajaan Pusat.

Bijak! Bijak akal DAP dalam kepala dan mulut Azmin Ali!

Jadi, dia makan gaji sebagai Menteri Besar buat apa?

KALAH BABI ENGGAN MATI DISEMBELIH, HUSAM MUSA SIBUK PUJUK DAN BODEK AZMIN ALI UNTUK JAWATAN PENTING DALAM GLC DI SELANGOR

Sunday, 18 January 2015 | 0 comments

Husam Musa adalah nama yang sudah cukup kotor, menjijikkan dan kalau status najis, dia telah pun menjadi mughallazah yang tidak cukup dicuci dengan air mutlak semata-mata. Dari zaman Nik Aziz menjadi Menteri Besar Selangor sehinggalah zaman Nik Aziz terlalu uzur untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, Husam Musa membuat pelbagai onar dengan menjadikan orang tua yang bermulut celupar itu sebagai bahan untuk dipijak dan disandarnya.

Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan telah digagalkan oleh DYMM Sultan Kelantan. Dan lebih malang lagi buat Husam Musa yang pernah diberikan gelaran oleh para pecacai dan pemuja wang ringgitnya sebagai Arkitek Kewangan dan Kemajuan Kelantan, dia hilang segala kemudahan sebagai anggota Exco, malah menjadi ADUN Salor pun, Husam Musa dilihat sangat gagal.

Banjir yang berlaku pada penghujung Disember 2014 di Kelantan, memberikan ruang kepada Husam Musa yang pernah gagal dalam cubaannya menjadi Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU-13 lalu, untuk kembali menonjolkan diri, sekaligus 'merampas' jawatan dan kedudukan Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan sekarang ini.

Bekerjasama dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Husam Musa juga cuba melindungi Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang telah diberikan keistimewaan sehingga dibenarkan memiliki lebih 10,000 ekar tanah untuk dibalak dan digondolkan, Husam Musa yang juga cukup terkenal dengan kegagalan pelbagai projek gajah putih yang menelan wang rakyat Kelantan untuk koceknya sendiri seperti projek Kambing Jamnapari, projek Depu, projek Dinar dan Dirham dan sebagainya, Husam Musa dilihat sekarang ini mencuba nasib dengan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pula.

Dikhabarkan bahawa Husam Musa sedang memujuk dan mengampu Azmin Ali untuk mendapatkan jawatan utama dalam mana-mana GLC di Selangor. Sebab itulah, Husam Musa sanggup menyewa sebuah helikopter untuk kemudahan Azmin Ali melawat kawasan-kawasan banjir terutama sekali kawasan-kawasan pembalakan di Hulu Kelantan yang mana dia secara langsung terlibat dalam pemberian dan penganugerahan kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak itu.

Husam Musa sanggup mengeluarkan belanja menyewa helikopter semata-mata untuk menunjukkan kepada Azmin Ali --- atau sebenarnya untuk memujuk Azmin Ali selain mempromosikan dirinya tanpa sebarang gangguan sedangkan dia bukannya Menteri Besar, sekadar ADUN Salor. Malah tiada kepentingan pun untuk Azmin Ali membuat tinjauan dari udara memandangkan bantuan yang diberikan bukannya melibatkan seluruh kawasan Kelantan sebaliknya hanya satu atau dua kawasan bagi tujuan publisiti kebaikan Kerajan PKR Selangor.

Maka timbullah persoalan, apakah sebenarnya Selangor hanya tahu mengimport orang luar yang sudah dikenalpasti tidak tahu apa-apa seperti Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sedangkan dia hanya tahu bagaimana hendak menghabiskan simpanan negara tanpa tahu bagaimana hendak menambah?

Apakah Husam Musa juga yang sekadar cukup kaya dengan angan-angan selain menyebat duit rakyat untuk dimasukkan ke koceknya sendiri, juga akan mengikut jejak Anwar Ibrahim dengan diletakkan di mana-mana GLC Selangor untuk dikerjakan dan dimufliskan? Atau sebenarnya Azmin Ali amat tertarik bagaimana Husam Musa berjaya menemui petrol RON95 di dalam telaga penduduk kampung dan sedia digunakan seperti yang dilakukannya di Kelantan bagi tujuan memacu ekonomi Selangor, juga seperti Kelantan.

Cuma satu sahajalah, jangan sampai selepas Kelantan, Selangor pula terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pusat walaupun sekadar untuk membayar gaji Menteri Besar dan Exco, seperti Kelantan!

AZMIN ALI Bakal Naikkan Kadar Tarif Air Selangor Walaupun Air Selangor Telah 'Dirakyatkan'!

Wednesday, 26 November 2014 | 1 comments

Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan tarif air di negeri itu dinaikkan namun pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar Azmin Ali memberitahu dewan negeri hari ini, bahawa kerajaan negeri masih dalam proses penelitian mengenai kesan yang akan ditanggung oleh rakyat sekiranya tarif air ini dinaikkan.

“Ketika ini kerajaan negeri sedang meneliti implikasi ke atas rakyat sekiranya tarif dinaikkan dalam tempoh terdekat. Kerajaan negeri sedang membincangkan dengan pihak air Selangor untuk mengkaji pendirian kerajaan negeri bagi membela dan menjamin hak pengguna dan rakyat di Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan mulut ADUN Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Pelarasan tarif air itu adalah inisiatif kerajaan negeri dan bukannya permohonan terdahulu syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ujar Azmin.

SYABAS sebelum ini berkali-kali menghantar permohonan untuk menaikkan tarif air, namun ditolak bekas Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid sendiri memaklumkan kerajaan negeri memikirkan keperluan semakan tarif air serta kuantumnya kepada pengguna, ujar Azmin.

Berdasarkan MoU antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor itu, tarif air di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya perlu dinaikkan berikutan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan sistem agihannya.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) sebelum ini memberitahu kerajaan Selangor melalui anak syarikat miliknya yang akan menetapkan keperluan bagi sebarang semakan tarif air.

Azmin kemudiaanya berkata tindakan membuat semakan semula itu diambil bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Dalam pada masa yang sama kerajaan negeri akan memastikan bahawa air Selangor dapat memberikan perkhidmatan bekalan air yang cekap, efisien,” katanya.

Februari lalu, kerajaan Selangor dan Putrajaya menandatangani MoU untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syabas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

Daripada empat syarikat itu, hanya Splash yang masih tidak bersetuju dengan pengambilalihan berkenaan – Antarapos

AZMIN ALI TUDUH BAYARAN PAMPASAN KEPADA BEKAS PEKERJA KHALID IBRAHIM SEBAGAI SALAHGUNA KUASA!

Thursday, 20 November 2014 | 1 comments

Nampaknya pergeseran antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim bertambah besar. Terbaru Azmin Ali menghentam Khalid Ibrahim ekoran pendedahan bayaran pampasan kepada tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor. Menurut Azmin Ali, tindakan membayar pampasan yang tinggi kepada ketiga-tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim itu menunjukkan dengan jelas elemen salah guna kuasa.

Azmin bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen berhubung jumlah sebenar pampasan kepada pembantu-pembantu bekas Menteri Besar Selangor itu tetapi berkata, laporan audit menunjukkan perlanggaran peraturan dan undang-undang dalam proses pembayaran pampasan.

Menurut laporan, bayaran pampasan tersebut telah dipindah dalam tempoh yang amat singkat, kata Azmin. Menurutnya lagi, pengurusan baru MBI akan memutuskan langkah-langkah tindakan selanjutnya. Namun Azmin mengikrarkan tindakan keras kepada pihak yang terbabit.

ADUN-ADUN dari Pakatan dan Barisan Nasional dijangka akan menekan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan perincian tentang bayaran pampasan kepada bekas-bekas pembantu Khalid Ibrahim apabila DUN Selangor bersidang pada 24 November nanti.

Azmin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada September lepas.


Ahad lepas, Azmin berkata, pentadbirannya telah melengkapkan audit penuh berhubung bayaran pampasan yang dibuat kepada pembantu-pembantu Khalid di bawah MBI selepas terdapat dakwaan bahawa MBI telah mengeluarkan bayaran pampasan sebanyak RM2.5 juta.

Khalid Ibrahim bagaimanapun, menafikan jumlah bayaran pampasan tersebut. Menurutnya, dia terkejut apabila diberitahu tentang angka tersebut dan dia sendiri tidak tahu berapa bayaran pampasan sebenar telah diberikan kepada kelapan-lapan orang bekas pembantunya.

Menurut Khalid lagi, bekas-bekas pembantunya itu telah dibayar di bawah skim VSS yang telah ditawarkan kepada mereka sewaktu dia hampir menamatkan khidmat sebagai Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, sebarang keputusan membabitkan bayaran, dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan telah dibentangkan kepada Exco-Exco negeri.

AZMIN ALI Gesa Hormati Fatwa HARAM MAIS Ke Atas Sisters In Islam

Sunday, 2 November 2014 | 2 comments


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, keputusan mengharamkan NGO Sisters In Islam (SIS) oleh MAIS perlu diterimadan dihormati oleh semua orang. Sisters In Islam yang sebelum ini banyak mengelirukan umat Islam dengan agama liberal dan plural mereka, baru-baru ini telah menfailkan semakan penghakiman ke atas fatwa yang digazetkan di Selangor yang mengisytiharkan bahawa SIS menyeleweng dari Islam.

SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Osman berkata, mereka hanya mengetahui tentang fatwa tersebut ketika melayari laman sesawang e-fatwa JAKIM pada 20 Oktober.

Menurutnya Malaysia adalah satu-satunya negara Islam di dunia ini yang menguatkuasakan fatwa menerusi undang-undang yang telah digazetkan sebagaimana yang terdapat dalam Seksyen 13 Enaken Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) yang menyatakan, sesiapa yang menentang fatwa akan didenda atau dipenjarakan.

Menurut Ratna, fatwa adalah pendapat yang menjadi garis panduan umat Islam untuk menjalankan kehidupan harian berdasarkan ajaran Islam. Ia bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak dan menjadi pilihan sama ada seseorang itu hendak mematuhinya atau mencari fatwa lain.

Fatwa bertajuk, 'Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama' mengisytiharkan forum SIS (Malaysia) mengajak umat Islam di negara in ke arah liberalisme dan pluralisme agama, dan oleh kerana itu, ia menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Fatwa yang telah digazetkan pada Julai lalu, turut membolehkan mana-mana penerbitan yang mengandungi unsur-unsur liberal dan plural untuk diharamkan dan dirampas.

AZMIN ALI Buat-Buat Terkejut Namanya Disyorkan Oleh PAS Sebagai Calon Menteri Besar

Sunday, 17 August 2014 | 9 comments


Setelah sekian lama mendiamkan diri walaupun dia adalah salah seorang daripada dalang yang menghuru-harakan Selangor, akhirnya Azmin Ali bersuara.

Katanya, dia 'TERKEJUT' apabila PAS mengumumkan namanya sebagai Menteri Besar Selangor bersama-sama Wan Azizah.

Dalam satu kenyataan yang dibuatnya sebelum ini, Azmin Ali cuba menunjukkan marah apabila dia dikatakan tidak bersetuju menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Azmin Ali merupakan dalang utama gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim dari tahun 2008 lagi. Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor, bagaimanapun tidak tercapai apabila namanya tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor sewaktu Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan Selangor di bawah pentadbiran mereka pada 2013 lalu. Bagaimanapun, Azmin Ali tidak pernah berhenti berharap untuk jawatan tersebut dan pelbagai kaedah dan cara dilakukan untuk tujuan tersebut.

Menariknya, Azmin Ali tidak pernah mendabik dada atau muncul menunjukkan dia adalah dalang sebenar. Sebaliknya dengan menggunakan orang lain, terutama sekali Anwar Ibrahim, Azmin Ali cuba menguasai pentadbiran Selangor dengan kaedah yang tidak mempersalahkannya.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Azmin Ali buat-buat terkejut walaupun dia benar-benar mengharapkan jawatan Menteri Besar Selangor berada dalam genggamannya memandangkan dia adalah pemimpin PKR paling senior berbanding orang lain, termasuklah Wan Azizah sendiri.
Showing posts with label azmin ali. Show all posts
Showing posts with label azmin ali. Show all posts

Kasih Sayang Azmin Ali Terhadap PAS Mengatasi Sayang Azmin Kepada DAP dan PAN Apatah Lagi PPBM

Monday, 15 May 2017 · 0 comments



PAS telah membuat ketetapan. Majlis Syura PAS juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR termansuh kerana perangai PKR yang suka tikam belakang walaupun PKR tidak mengaku sampai ke sudah. Hari Khamis nanti, keputusan tentang kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan oleh parti tersebut.

Azmin Ali masih berusaha mempertahankan Kerajaan Negeri yang diketuainya, selepas dia menikam belakang Khalid Ibrahim dan merampas jawatan tersebut daripada Khalid Ibrahim. Khalid kemudiannya dipecat dari PKR bagi mengelakkan bekas Menteri Besar itu menggunakan pengaruhnya menumbangkan Azmin Ali pula.

Timbalan Presiden PKR yang memiliki kemnya sendiri, sedang berhempas pulas mempertahankan kedudukan serta jawatannya dengan masih lagi berusaha memujuk PAS agar tidak meneruskan rancangan untuk keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, para penyokong PKR Pro-DAP menggelarkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin sebagai KARTEL MIN, terus mengecam tindakan Azmin yang bacul dan enggan membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan.

Biarpun Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming, dua orang pemimpin kanan DAP mengecam PAS berkaitan dengan keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus mengancam kewujudan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR itu tetap tidak peduli.

Dia masih enggan menyingkirkan atau memecat ketiga-tiga orang Exco PAS itu walaupun cuba berselindung dengan gesaannya supaya mereka meletak jawatan. Kuasa memecat dan mengubah 'kabinet negeri Selangor' berada di tangan Azmin Ali.

PAN, parti serpihan PAS yang mempunyai kerusi dalam DUn Selangor, menunut jawatan Exco kerana menurut mereka, PAN lebih layak kerana merupakan parti yang diiktiraf oleh pakatan pembangkang, khususnya oleh DAP.

Bagaimanapun, Azmin enggan mengikut kehendak PAN yang merupakan parti ciptaan DAP dan sentiasa mengikut telunjuk Lim  Guan Eng. Apatah lagi, PAN walaupun cakap berdegar-degar, masih gagal menarik ADUN-ADUN PAS untuk menyertai mereka walaupun pada awal mereka ditubuhkan di Selangor dahulu, janji mereka, lebih 10 orang ADUN PAS sudah bersiap sedia untuk menyeberang masuk PAN.

Maka timbullah persoalan, mengapa Azmin Ali terlalu sayangkan PAS.

Grass root Azmin Ali di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa adalah ahli-ahli PAS. Kebergantungan Azmin Ali kepada PAS amat kuat kerana jentera dan grass root PAS sebenarnya yang bekerja keras untuk memenangkan Azmin sebelum ini. PKR Gombak dan Ampang pula, hidup segan mati tidak mahu.

Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin sudah berulang kali mendesak Azmin Ali agar segera membuat rombakan barisan Exco dengan menyingkirkan ketiga-tiga orang Exco PAS itu selain rombakan melibatkan Ahli-Ahli Majlis PBT dari kalangan ahli-ahli PAS. Bagaimanapun, Azmin tetap berdegil untuk tidak akur dengan desakan tersebut.


PRN SELANGOR TAK JADI! Azmin Kata Kerajaan Negeri Hari Ini Mandat Rakyat, Bukan Mandat Parti

Tuesday, 9 May 2017 · 2 comments



PKR, DAP dan PAS bertanggungjawab untuk menyempurnakan mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor sebagai Kerajaan Negeri, kata Azmin Ali hari ini. 

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan kepada penjawat-penjawat awam, Azmin berkata, para pengundi telah memilih ketiga-tiga parti itu untuk memimpin Selangor secara bekerjasama. 

"Kita telah dipilih untuk bekerja sama, bukannya bergaduh antara satu sama lain," katanya. "Ini adalah mandat yang diberikan kepada kita dan ia perlu dipenuhi sampai tempoh akhir mandat."

Kestabilan Kerajaan Negeri Selangor mula dipersoalkan selepas PAS dalam muktamarnya sebulat suara bersetuju dengan usul memutuskan hubungan dengan PKR. Usul tersebut bagaimanapun perlu diluluskan oleh Majlis Syura PAS sebelum dikuatkuasakan. 

"Biarkan rakyat yang membuat keputusan. Mereka yang akan menilai kerja-kerja yang telah kita lakukan sebagai kerajaan sepanjang lima tahun ini," katanya.

Azmin turut menegaskan, dia tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang pertukaran barisan pentadbiran, ekoran desakan daripada PAN untuk menggugurkan dan memecat para pegawai PAS daripada pentadbiran Kerajaan Negeri setelah parti itu membuat resolusi untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Dalam ucapannya sebelum itu, Azmin berazam yang Kerajaan Negeri akan menentang mana-mana pihak yang cuba mengganggugugat kestabilan Kerajaan Negeri. Malah dia turut mendakwa, hanya segelintir orang sahaja yang tidak begitu gembira dengan prestasi kerajaan negeri setakat ini.

4 orang ADUN PKR Bakal Lompat Parti, Azmin Terpaksa Bubar DUN Selangor Untuk PRN

Sunday, 30 April 2017 · 1 comments



Ketika Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli terdedah, Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor pada waktu itu sudah hampir mahu membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri berlangsung.

Bagaimanapun, PKR dengan sepenuh kuasa, disokong pula oleh DAP, terus memujuk agar Khalid Ibrahim membatalkan rancangannya mahu membubarkan DUN. Khalid Ibrahim dipujuk dengan mengatakan Langkah Kajang hanyalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

Ketika itu rayuan Anwar Ibrahim sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli adalah bertujuan memberi tekanan kepada KDYMM Sultan Selangor agar campurtangan dalam perundangan sekaligus bebas daripada hukuman penjara.

ADUN Kajang ketika itu, Lee Chin Cheh telah diarahkan meletak jawatan bagi membolehkan PRK Kajang diadakan dan Anwar Ibrahim menjadi calon. PKR amat yakin mereka boleh mengekalkan kemenangan dengan mudah di Kajang.

Apabila Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi calon DUN Kajang, Wan Azizah pula dilantik sebagai calon. LANGKAH KAJANG yang sepatutnya menaikkan Anwar, bertukar rancangan. Namun PAS pula menjadi penghalang. Wan Azizah bernasib baik kerana menang dalam PRK Kajang kerana tindakan sabotaj oleh sebahagian ahli-ahli UMNO terhadap calon BN.

Khalid kemudiannya digulingkan bahkan dipecat dari parti setelah Khalid mula bercakap tentang pampasan kepada SPLASH yang lebih rendah daripada kehendak Pakatan iaitu hanya 10% daripada jumlah yang diminta.

Nama Khalid Ibrahim terus dibusukkan oleh PKR. Azmin Ali kemudiannya dinaikkan sebagai Menteri Besar selepas PAS enggan bersetuju dengan Wan Azizah.

Kini hukum karma mula menimpa PKR yang licik bermain politik demi kelangsungan hidup politik Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Berita tentang 4 orang ADUN PKR yang sedang berura-ura mahu lompat parti sudah semakin kuat diperkatakan selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus membuatkan PKR-DAP hilang penguasaan ke atas pentadbiran negeri Selangor.

Dan kesemua orang melihat Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya yang sangat terkenal, Faekah Husin sebagai pemula gerakan ini.

Yang ditunggu sekarang adalah tindakan daripada PAS Selangor pula.

UMNO-BN?

Tak perlu diharapkan sangat kerana kebanyakan pemimpin UMNO-BN masih lagi tidur!

Takut Hilang Jawatan, Azmin Ali Cuba Pujuk PAS Dengan Mengatakan PKR Takkan Putus Tahaluf Siyasi Dengan PAS

Saturday, 22 April 2017 · 1 comments



PKR sentiasa mengambil sikap terbuka untuk mempertahankan kerjasama dengan Pas yang dijangka memberi kata putus isu talaluf siyasi mereka pada Muktamar Pas ke-63 hujung bulan ini.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga hari ini, kerjasama parti itu dengan Pas juga disifatkan masih kuat dan utuh.

Jelasnya, kerjasama itu sewajarnya turut dipertahankan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

"Sehingga hari ini tahaluf siyasi kerjasama politik Pas dan Keadilan masih kuat dan utuh, dan keadilan sentiasa mengambil sikap terbuka mempertahankan kerjasama ini. Ia sewajarnya dipertahankan dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tidak boleh menjangkakan apa akan berlaku dalam Muktamar Pas kerana saya bukan perwakilan dalam muktamar tetapi saya yakin kepimpinan Pas yang sedia ada melihat kerangka besar dalam perjuangan ini.

"Ia kerana kita mahu melakukan satu perubahan demi kepentingan agama dan kepentingan rakyat, bukan soal individu atau kepartian," katanya semasa sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada wakil komuniti di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi berkata, Muktamar Pas ke-63 pada hujung bulan ini, bakal menjadi penentu sama ada parti Islam itu akan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR atau mengekalkannya berikutan usul yang diluluskan beberapa kawasan Pas di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu agar kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.

Jelasnya, isu tahaluf siyasi Pas-PKR akan menjadi topik perbincangan pada muktamar kali ini.

Pada masa ini, Pas Selangor berpendirian untuk mengekalkan status quo dan akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika Pas memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Hubungan antara Pas dan PKR tegang selepas parti pemerintah kerajaan negeri Selangor itu bertegas untuk mengekalkan kerjasama dengan DAP dan menjalin hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan Pas.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyifatkan kerjasama Pas dengan parti lain ibarat 'memikul biawak hidup'.

Bagaimanapun Azmin tetap dengan berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan Pas malah yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa menghormati sebarang perbezaan pendapat.

Apa Kepentingan Azmin Dalam Syarikat Pemaju Jirat Cina Di Kampung Melayu Sampai Perlu Berbohong Dalam Parlimen?

Monday, 17 April 2017 · 0 comments




Azmin Ali, Menteri Besar yang dinaikkan melalui cara tipu helah, sekali lagi melakukan penipuan di DUN Selangor pada 31 Mac 2017 yang lalu.

Untuk rekod, Azmin pernah menipu ahli-ahli DUN berhubung dakwaan beliau kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan pelantikan bekas Ketua Setiausaha Sulit PM, Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Timbalan Pengerusi SPR. Cerita sebenarnya, cadangan itu tak pernah wujud pun.

Kali ini Azmin menipu lagi dalam isu pembinaan tanah perkuburan bukan Islam (jirat Cina) bersaiz mega di Meru dan Jeram, Selangor.

Menurut Azmin, cadangan pembinaan jirat seluas 110 hektar tersebut disokong oleh ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro tetapi Azmin tak sebut langsung dalam jawapannya itu bahawa sokongan Datuk Amiruddin adalah bersyarat iaitu pihak pemaju hendaklah menyediakan tanah seluas 23 ekar daripada projek tersebut sebagai tapak perkuburan Islam.

Lebih memalukan, Azmin langsung tidak menyebut bahawa kelulusan projek tersebut diberikan oleh beliau sendiri kepada pihak pemaju sebelum Datuk Amiruddin menyatakan sokongan syarat bersyarat beliau.

Kenapa Azmin Ali tergamak menyembunyikan fakta di sebalik isu ini sekaligus menipu para penduduk di sekitar Jeram dan Meru yang majoritinya beragama Islam?

Apakah motif sebenar Azmin Ali di sebalik tindak-tanduknya  yang mencurigakan ini? Pertama, beliau sendiri yang luluskan projek tersebut dan kedua, beliau cuba menyalahkan Datuk Amiruddin kononnya telah menyokong projek ini dilaksanakan walhal tanpa sokongan Datuk Amiruddin sekali pun projek ini tetap akan berjalan kerana sudah diluluskan oleh beliau sendiri!

Kami desak Azmin Ali berterus-terang atau lebih banyak fakta akan dibongkarkan selepas ini termasuk surat-surat kelulusan dan dokumen berkaitan pertukaran status tanah yang terlibat.

#deleaks
#infoSelangor

COPY PASTE

KHALID IBRAHIM Persoal Berapa 'KOMISYEN' Urusniaga SPLASH Yang Masuk Ke Kocek Azmin Ali

Wednesday, 5 April 2017 · 0 comments



Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempersoalkan kerajaan Selangor kerana mahu membayar RM2.8 bilion bagi mengambil alih SPLASH.

Khalid, bekas ahli PKR yang dipaksa meletak jawatan pada 2014 mempersoalkan mengapa Datuk Seri Azmin Ali menaikkan harga RM2.8 bilion, meningkat lebih 10 kali ganda berbanding tawaran asal RM250 juta.

Beliau mendedahkan Azmin telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membayar syarikat perunding bagi menjustifikasikan keputusannya untuk menaikkan harga tawaran itu.

Katanya, selepas gagal mengambil alih SPLASH kerana kekurangan wang sekali gus gagal menyelesaikan penstrukturan semula industri air di Selangor, Azmin menyalahkan pula kerajaan Pusat.

Khalid menasihatkan Azmin mengutamakan kepentingan rakyat bukannya menjaga syarikat SPLASH yang telahpun mengautkan keuntungan RM400 juta setiap tahun hasil penjualan air mentah kepada kerajaan negeri.

Beliau bimbang jika Azmin 'menyelam sambil minum air' dengan memperoleh keuntungan hasil pengambilalihan SPLASH itu.

Antara pemegang saham utama SPLASH ialah individu yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan PKR terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

SUMBER

DEDAH!!! Projek Rumah Selangorku Idaman Jadi Lubuk Komisyen Pemimpin PKR dan Warga Singapura Kroni Azmin Ali

Thursday, 24 November 2016 · 0 comments



Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.


Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.


Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor.

Dalam dokumen yang diperolehi juga ditemui bahawa perjanjian undang - undang bagi memperolehi komisyen pemberian projek Selangorku tersebut dibuat oleh Syarikat Guaman Daim & Gamany


Maka mustahil Sivarasa tidak tahu kegiatan melobi projek Kerajaan Selangor bagi memperolehi komisyen (rasuah) orang tengah kerana syarikat guaman dia terlibat secara langsung berdasarkan dokumen yang diperolehi atau timbul persoalan yang lebih dasyat ialah adakah Naveen hanya proksi bagi perjanjian undang undang dan Sivarasa atau beberapa pemimpin lain terlibat bagi melobi , memastikan projek diperolehi dan komisyen tinggi diperolehi.... BACAAN SELANJUTNYA DI SINI


KIDEX TETAP DIBATALKAN DAN SOLUSINYA CUKUP SENANG, KERAJAAN PERSEKUTUAN TANGGUNG PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Friday, 20 March 2015 · 3 comments

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor bertegas untuk membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Alasannya sama, iaitu 'mempertahankan tanah rakyat Selangor'.

Namun penyelesaian trafik di kawasan yang cukup bermasalah tersebut, amat mudah. Dan rasa-rasanya kalaupun seorang pelajar tadika menjadi Menteri Besar Selangor, penyelesaian itu juglah yang akan diambil.

Kata Azmin Ali, segala tanggungjawab menyelesaikan masalah trafik dan kesesakan di kawasan berkenaan, DISERAHKAN kepada Kerajaan Persekutuan menerusi pembaikian mutu perkhidmatan awam!

Azmin Ali sudah terlalu lama tidak menyusuri jalan-jalan raya di sekitar Selangor, terutama di kawasan yang menjadi sub kepada Bandaraya Kuala Lumpur seperti Puchong, Kinrara, Damansara, Kelana Jaya, mahupun Petaling Jaya, malah Kelang dan Kepong. Jadi, disebabkan itulah, Azmin Ali tidak tahu masalah sebenar kesesakan jalanraya.

Berapa kerat daripada penduduk di kawasan-kawasan terbabit yang mahu menggunakan pengangkutan awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri dengan alasan-alasan klise dan tipikal yang sudah boleh jangka?

Bukankah setiap kali Kerajaan Persekutuan mahu meningkatkan taraf pengangkutan awam, maka Pakatan Rakyat sendiri yang akan menentangnya kononnya pembaziran negara? Projek MRT bernilai beberapa bilion itu, ditentang keras oleh DAP dan menganggap kewujudannya sekadar menambahkan lagi masalah terutama perampasan tanah sehinggakan DAP berjaya membuat tunjuk perasaan bagi pemilik-pemilik premis perniagaan Jalan Sultan yang mereka perlu berpindah bagi membolehkan pembinaan terowong bawah tanah untuk MRT dilakukan?

Bukankah MRT dibina merentasi negeri Selangor sedangkan itu jugalah projek yang cukup kuat dibantah?

Senang benar menjadi Menteri Besar Selangor. Cukup dengan mengeluarkan kenyataan dan segala-galanya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Timbul pertanyaan, berapa banyakkah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat-syarikat pemilik bas-bas awam memandangkan kebanyakan syarikat-syarikat tersebut kini sebahagian besarnya sudah lupus atau pun terpaksa mengurangkan jumlah dan masa operasi memandangkan kekurangan penumpang?

Tak mahu buat lebuhraya tetapi penyelesaiannya diserahkan kepada Kerajaan Pusat.

Bijak! Bijak akal DAP dalam kepala dan mulut Azmin Ali!

Jadi, dia makan gaji sebagai Menteri Besar buat apa?

KALAH BABI ENGGAN MATI DISEMBELIH, HUSAM MUSA SIBUK PUJUK DAN BODEK AZMIN ALI UNTUK JAWATAN PENTING DALAM GLC DI SELANGOR

Sunday, 18 January 2015 · 0 comments

Husam Musa adalah nama yang sudah cukup kotor, menjijikkan dan kalau status najis, dia telah pun menjadi mughallazah yang tidak cukup dicuci dengan air mutlak semata-mata. Dari zaman Nik Aziz menjadi Menteri Besar Selangor sehinggalah zaman Nik Aziz terlalu uzur untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, Husam Musa membuat pelbagai onar dengan menjadikan orang tua yang bermulut celupar itu sebagai bahan untuk dipijak dan disandarnya.

Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan telah digagalkan oleh DYMM Sultan Kelantan. Dan lebih malang lagi buat Husam Musa yang pernah diberikan gelaran oleh para pecacai dan pemuja wang ringgitnya sebagai Arkitek Kewangan dan Kemajuan Kelantan, dia hilang segala kemudahan sebagai anggota Exco, malah menjadi ADUN Salor pun, Husam Musa dilihat sangat gagal.

Banjir yang berlaku pada penghujung Disember 2014 di Kelantan, memberikan ruang kepada Husam Musa yang pernah gagal dalam cubaannya menjadi Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU-13 lalu, untuk kembali menonjolkan diri, sekaligus 'merampas' jawatan dan kedudukan Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan sekarang ini.

Bekerjasama dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Husam Musa juga cuba melindungi Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang telah diberikan keistimewaan sehingga dibenarkan memiliki lebih 10,000 ekar tanah untuk dibalak dan digondolkan, Husam Musa yang juga cukup terkenal dengan kegagalan pelbagai projek gajah putih yang menelan wang rakyat Kelantan untuk koceknya sendiri seperti projek Kambing Jamnapari, projek Depu, projek Dinar dan Dirham dan sebagainya, Husam Musa dilihat sekarang ini mencuba nasib dengan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pula.

Dikhabarkan bahawa Husam Musa sedang memujuk dan mengampu Azmin Ali untuk mendapatkan jawatan utama dalam mana-mana GLC di Selangor. Sebab itulah, Husam Musa sanggup menyewa sebuah helikopter untuk kemudahan Azmin Ali melawat kawasan-kawasan banjir terutama sekali kawasan-kawasan pembalakan di Hulu Kelantan yang mana dia secara langsung terlibat dalam pemberian dan penganugerahan kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak itu.

Husam Musa sanggup mengeluarkan belanja menyewa helikopter semata-mata untuk menunjukkan kepada Azmin Ali --- atau sebenarnya untuk memujuk Azmin Ali selain mempromosikan dirinya tanpa sebarang gangguan sedangkan dia bukannya Menteri Besar, sekadar ADUN Salor. Malah tiada kepentingan pun untuk Azmin Ali membuat tinjauan dari udara memandangkan bantuan yang diberikan bukannya melibatkan seluruh kawasan Kelantan sebaliknya hanya satu atau dua kawasan bagi tujuan publisiti kebaikan Kerajan PKR Selangor.

Maka timbullah persoalan, apakah sebenarnya Selangor hanya tahu mengimport orang luar yang sudah dikenalpasti tidak tahu apa-apa seperti Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sedangkan dia hanya tahu bagaimana hendak menghabiskan simpanan negara tanpa tahu bagaimana hendak menambah?

Apakah Husam Musa juga yang sekadar cukup kaya dengan angan-angan selain menyebat duit rakyat untuk dimasukkan ke koceknya sendiri, juga akan mengikut jejak Anwar Ibrahim dengan diletakkan di mana-mana GLC Selangor untuk dikerjakan dan dimufliskan? Atau sebenarnya Azmin Ali amat tertarik bagaimana Husam Musa berjaya menemui petrol RON95 di dalam telaga penduduk kampung dan sedia digunakan seperti yang dilakukannya di Kelantan bagi tujuan memacu ekonomi Selangor, juga seperti Kelantan.

Cuma satu sahajalah, jangan sampai selepas Kelantan, Selangor pula terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pusat walaupun sekadar untuk membayar gaji Menteri Besar dan Exco, seperti Kelantan!

AZMIN ALI Bakal Naikkan Kadar Tarif Air Selangor Walaupun Air Selangor Telah 'Dirakyatkan'!

Wednesday, 26 November 2014 · 1 comments

Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan tarif air di negeri itu dinaikkan namun pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar Azmin Ali memberitahu dewan negeri hari ini, bahawa kerajaan negeri masih dalam proses penelitian mengenai kesan yang akan ditanggung oleh rakyat sekiranya tarif air ini dinaikkan.

“Ketika ini kerajaan negeri sedang meneliti implikasi ke atas rakyat sekiranya tarif dinaikkan dalam tempoh terdekat. Kerajaan negeri sedang membincangkan dengan pihak air Selangor untuk mengkaji pendirian kerajaan negeri bagi membela dan menjamin hak pengguna dan rakyat di Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan mulut ADUN Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Pelarasan tarif air itu adalah inisiatif kerajaan negeri dan bukannya permohonan terdahulu syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ujar Azmin.

SYABAS sebelum ini berkali-kali menghantar permohonan untuk menaikkan tarif air, namun ditolak bekas Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid sendiri memaklumkan kerajaan negeri memikirkan keperluan semakan tarif air serta kuantumnya kepada pengguna, ujar Azmin.

Berdasarkan MoU antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor itu, tarif air di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya perlu dinaikkan berikutan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan sistem agihannya.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) sebelum ini memberitahu kerajaan Selangor melalui anak syarikat miliknya yang akan menetapkan keperluan bagi sebarang semakan tarif air.

Azmin kemudiaanya berkata tindakan membuat semakan semula itu diambil bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Dalam pada masa yang sama kerajaan negeri akan memastikan bahawa air Selangor dapat memberikan perkhidmatan bekalan air yang cekap, efisien,” katanya.

Februari lalu, kerajaan Selangor dan Putrajaya menandatangani MoU untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syabas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

Daripada empat syarikat itu, hanya Splash yang masih tidak bersetuju dengan pengambilalihan berkenaan – Antarapos

AZMIN ALI TUDUH BAYARAN PAMPASAN KEPADA BEKAS PEKERJA KHALID IBRAHIM SEBAGAI SALAHGUNA KUASA!

Thursday, 20 November 2014 · 1 comments

Nampaknya pergeseran antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim bertambah besar. Terbaru Azmin Ali menghentam Khalid Ibrahim ekoran pendedahan bayaran pampasan kepada tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor. Menurut Azmin Ali, tindakan membayar pampasan yang tinggi kepada ketiga-tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim itu menunjukkan dengan jelas elemen salah guna kuasa.

Azmin bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen berhubung jumlah sebenar pampasan kepada pembantu-pembantu bekas Menteri Besar Selangor itu tetapi berkata, laporan audit menunjukkan perlanggaran peraturan dan undang-undang dalam proses pembayaran pampasan.

Menurut laporan, bayaran pampasan tersebut telah dipindah dalam tempoh yang amat singkat, kata Azmin. Menurutnya lagi, pengurusan baru MBI akan memutuskan langkah-langkah tindakan selanjutnya. Namun Azmin mengikrarkan tindakan keras kepada pihak yang terbabit.

ADUN-ADUN dari Pakatan dan Barisan Nasional dijangka akan menekan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan perincian tentang bayaran pampasan kepada bekas-bekas pembantu Khalid Ibrahim apabila DUN Selangor bersidang pada 24 November nanti.

Azmin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada September lepas.


Ahad lepas, Azmin berkata, pentadbirannya telah melengkapkan audit penuh berhubung bayaran pampasan yang dibuat kepada pembantu-pembantu Khalid di bawah MBI selepas terdapat dakwaan bahawa MBI telah mengeluarkan bayaran pampasan sebanyak RM2.5 juta.

Khalid Ibrahim bagaimanapun, menafikan jumlah bayaran pampasan tersebut. Menurutnya, dia terkejut apabila diberitahu tentang angka tersebut dan dia sendiri tidak tahu berapa bayaran pampasan sebenar telah diberikan kepada kelapan-lapan orang bekas pembantunya.

Menurut Khalid lagi, bekas-bekas pembantunya itu telah dibayar di bawah skim VSS yang telah ditawarkan kepada mereka sewaktu dia hampir menamatkan khidmat sebagai Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, sebarang keputusan membabitkan bayaran, dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan telah dibentangkan kepada Exco-Exco negeri.

AZMIN ALI Gesa Hormati Fatwa HARAM MAIS Ke Atas Sisters In Islam

Sunday, 2 November 2014 · 2 comments


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, keputusan mengharamkan NGO Sisters In Islam (SIS) oleh MAIS perlu diterimadan dihormati oleh semua orang. Sisters In Islam yang sebelum ini banyak mengelirukan umat Islam dengan agama liberal dan plural mereka, baru-baru ini telah menfailkan semakan penghakiman ke atas fatwa yang digazetkan di Selangor yang mengisytiharkan bahawa SIS menyeleweng dari Islam.

SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Osman berkata, mereka hanya mengetahui tentang fatwa tersebut ketika melayari laman sesawang e-fatwa JAKIM pada 20 Oktober.

Menurutnya Malaysia adalah satu-satunya negara Islam di dunia ini yang menguatkuasakan fatwa menerusi undang-undang yang telah digazetkan sebagaimana yang terdapat dalam Seksyen 13 Enaken Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) yang menyatakan, sesiapa yang menentang fatwa akan didenda atau dipenjarakan.

Menurut Ratna, fatwa adalah pendapat yang menjadi garis panduan umat Islam untuk menjalankan kehidupan harian berdasarkan ajaran Islam. Ia bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak dan menjadi pilihan sama ada seseorang itu hendak mematuhinya atau mencari fatwa lain.

Fatwa bertajuk, 'Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama' mengisytiharkan forum SIS (Malaysia) mengajak umat Islam di negara in ke arah liberalisme dan pluralisme agama, dan oleh kerana itu, ia menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Fatwa yang telah digazetkan pada Julai lalu, turut membolehkan mana-mana penerbitan yang mengandungi unsur-unsur liberal dan plural untuk diharamkan dan dirampas.

AZMIN ALI Buat-Buat Terkejut Namanya Disyorkan Oleh PAS Sebagai Calon Menteri Besar

Sunday, 17 August 2014 · 9 comments


Setelah sekian lama mendiamkan diri walaupun dia adalah salah seorang daripada dalang yang menghuru-harakan Selangor, akhirnya Azmin Ali bersuara.

Katanya, dia 'TERKEJUT' apabila PAS mengumumkan namanya sebagai Menteri Besar Selangor bersama-sama Wan Azizah.

Dalam satu kenyataan yang dibuatnya sebelum ini, Azmin Ali cuba menunjukkan marah apabila dia dikatakan tidak bersetuju menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Azmin Ali merupakan dalang utama gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim dari tahun 2008 lagi. Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor, bagaimanapun tidak tercapai apabila namanya tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor sewaktu Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan Selangor di bawah pentadbiran mereka pada 2013 lalu. Bagaimanapun, Azmin Ali tidak pernah berhenti berharap untuk jawatan tersebut dan pelbagai kaedah dan cara dilakukan untuk tujuan tersebut.

Menariknya, Azmin Ali tidak pernah mendabik dada atau muncul menunjukkan dia adalah dalang sebenar. Sebaliknya dengan menggunakan orang lain, terutama sekali Anwar Ibrahim, Azmin Ali cuba menguasai pentadbiran Selangor dengan kaedah yang tidak mempersalahkannya.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Azmin Ali buat-buat terkejut walaupun dia benar-benar mengharapkan jawatan Menteri Besar Selangor berada dalam genggamannya memandangkan dia adalah pemimpin PKR paling senior berbanding orang lain, termasuklah Wan Azizah sendiri.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks