PRN-11 Sarawak Saksikan Parti-Parti Politik Sarawak Di Bawah BN, Berusaha Pertahankan Negeri Daripada Dijajah Parti-Parti Semenanjung

Monday, 25 April 2016 | 2 comments



Bermulalah sudah 'perang' di Sarawak membabitkan parti-parti politik Malaysia. Namun berbeza di negeri-negeri lain, di Sarawak, pertembungan sebenar adalah antara parti-parti politik tempatan, sama ada yang bergabung dalam Barisan Nasional atau bersendirian dengan parti-parti dari Semenanjung yang diketuai oleh DAP.

Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang aktif di Semenanjung dan Sabah, tidak terlibat di Sarawak. Sebaliknya obor dan panji-panji Barisan Nasional digalas utama oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Adenan Satem, yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak.

UMNO tidak wujud di Sarawak. Dan UMNO juga tidak memainkan peranan utama di Sarawak, sekalipun sepanjang kempen, ramai pemimpin UMNO yang turun membantu kempen Barisan Nasional di Sarawak.

Momokan oleh DAP dan PKR tentang UMNO di Sarawak, secara tidak langsung berbalik ke batang hidung mereka sendiri kerana DAP dan PKR merupakan parti-parti Semenanjung @ Malaya yang sedang mencari kuasa di Sarawak.

Walaupun Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak menyatakan bahawa DAP Sarawak adalah berbeza daripada DAP di Semenanjung, hakikatnya ia adalah pembohongan semata-mata kerana berbanding Chong Chien Jen, kuasa sebenar DAP Sarawak, masih di tangan Lim Guan Eng yang merupakan orang yang terpalit dengan skandal tanah dan penyelewengan kuasa di Pulau Pinang.


Dengan dua kemenangan tanpa bertanding yang dimiliki oleh BN Sarawak setakat artikel ini ditulis, peluang BN Sarawak untuk menambah koleksi kemenangan dalam PRN-11. Apatah lagi PKR dan DAP pula bergasak sesama sendiri pada sekurang-kurangnya 8 DUN.

Pertandingan sesama sendiri membabitkan DAP-PKR di DUN-DUN tersebut, pastinya akan memberikan ruang yang lebih besar kepada Barisan Nasional. Dendam antara PKR dengan DAP, membuatkan mereka saling tuding-menuding dan salah menyalah serta menuduh pihak lain sebagai 'perampas' dan 'pemungkir janji', pastinya akan memberi ruang dan peluang kepada calon-calon Barisan Nasional yang sudah lama bekerja untuk rakyat di kawasan tersebut berbanding calon-calon PKR dan DAP yang hanya muncul pada musim pilihanraya.



Barisan Nasional muncul dalam kempen-kempen pilihanraya dengan modal kesejahteraan, keselesaan dan kesenangan rakyat, manakala DAP dan PKR pula akan menggunakan isu-isu di Semenanjung dengan memburuk-burukkan keperibadian Perdana Menteri dan isteri serta UMNO sebagai modal mereka. DAP juga akan cuba untuk membangga-banggakan 'pencapaian' Lim Guan Eng di Pulau Pinang tanpa mereka berani bercakap tentang skandal dan penyelewengan Lim Guan Eng yang didedahkan secara besar-besaran.

'Perang' antara parti-parti politik tempatan Sarawak dengan parti-parti politik yang berasal dari Semenanjung @ Malaya yang rakus memburu kuasa, tanah dan balak, pasti akan menelurkan situasi yang pelik tetapi menarik.

Namun yang pastinya, keagresifan dan kebiadapan parti-parti politik dari Semenanjung yang sedang memburu kuasa, balak dan tanah di Sarawak itu, mungkin sedikit terencat kerana masyarakat pengundi di Sarawak, tidaklah sebodoh dan senaif sebagaimana yang mereka sangkakan!


Pasang Bendera Terbalik, Taktik Terbaru DAP Untuk Salahkan PKR dan Tarik Simpati Pengundi di Sarawak

Sunday, 24 April 2016 | 1 comments



Menurut maklumat dari orang awam, bendera DAP yang dipasang terbalik ini adalah hasil kerja jentera DAP sendiri.

Maka, kita semua berhati-hati dengan propaganda seperti ini yang bertujuan mendapat simpati pengundi.

Modus operandi:

1. DAP memasang sendiri bendera terbalik
2. DAP akan menuduh ia adalah sabotaj dari pihak lawan (sama ada BN atau PKR)

(namun kali ini PKR menjadi mangsa kerana penyokong DAP bila ditanya, majoriti mengatakan ini kerja PKR!)

Walaupun rakyat Sarawak benci dengan DAP, tetapi secara bijaknya mereka tidak akan melakukan kerja sedemikian.

Ini adalah kerja terkutuk yang biasa dibuat oleh DAP pada setiap musim pilihanraya !

Selepas Viral, Penyokong PKR Yang Gelarkan Ketua Menteri Sarawak Sebagai P**IMAK Dan BABI, Kata Tweeternya Kena Hack!!!

Thursday, 14 April 2016 | 3 comments



PKR suatu masa dahulu, mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan kuasa autonomi negeri Sarawak. Dijaja-jaja ke serata Sarawak kononnya, Sarawak tidak mempunyai kuasa autonomi di bawah pentadbiran Putrajaya. PKR menggambarkan Sarawak mempunyai pemerintahan sendiri dan berkuasa dalam segala hal.

Namun tanpa mengambil kira hak autonomi yang ada pada Sarawak, PKR akhirnya melalak-lalak apabila para pemimpin mereka, ramai yang dihalang memasuki Sarawak. 

Mangsa terbaharu daripada kejahilan PKR adalah Timbalan Ketua AMK, Afif Bahardin dihalang daripada memasuki Sarawak. 


Berita tersebut menyebabkan salah seorang penyokong PKR yang buta kayu dan jahil ilmu, mengutuk keras Kerajaan Negeri Sarawak, khususnya Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem. 

Ahli PKR itu, Saifuddin Shafi bukan sahaja menghamun, tetapi juga mencerca dan menghina Adenan Satem. 

"Adenan Satem, simpanlah negeri kau dalam poket. Nanti bila mati, bawalah imej sebagai seorang tua bodoh yang penuh ketakutan dalam menghadapi kebenaran dan demokrasi. Shame on you bloody old man!”


Tidak cukup dengan itu, satu Tweet yang lain pula, memaparkan sikap biadap Saifuddin Shafi apabila dia mencarut-carutkan Ketua Menteri Sarawak dengan perkataan PUKIMAK dan BABI. Malah dia turut mengancam dan mengugut keselamatan Adenan Satem apabila dia tiba di Sarawak nanti.

Mengulas tentang Tweeter tersebut, beberapa orang pemimpin kanan BN Sarawak menyatakan, printscreen yang beredar menerusi WhatsApp itu menunjukkan sikap sebenar PKR dan parti pembangkang. 

"Inilah sebabnya, mengapa kita tidak mahu orang seperti ini berada di Sarawak."

Selepas Tweet tersebut menjadi viral, Saifuddin mendakwa menerusi Facebook bahawa kesemua tweet tersebut adalah paling dan mendakwa, dia tidak pernah menggunakan perkataan-perkataan seperti itu mahupun gaya tulisan sebegitu.


DAP SARAWAK Makin Kucar-Kacir... Setiausaha DAP Sarikie Letak Jawatan dan Keluar Parti



DAP Sarawak terpukul dalam cita-cita mereka untuk menjadi penguasa sejati Sarawak pada PRN kali ini. Cita-cita Chong Chien Jen untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak dari kalangan masyarakat Cina pertama, semakin malap.

Selain daripada masalah membabitkan Lim Guan Eng, Chong Chien Jen sendiri berhadapan dengan masalah yang mana besar kemungkinan Chong Chien Jen sendiri tidak akan menyertai PRN kali ini kerana rekod jenayah yang dimilikinya.

Kini, satu lagi pukulan buat DAP Sarawak apabila orang kuat DAP Sarikei pula meletakkan semua jawatan dalam DAP.

Wong Chin King yang merupakan Setiausaha DAP Cawangan Sarikei merupakan satu tamparan hebat kepada DAP Kebangsaan yang mempunyai cita-cita tinggi di Sarawak, bahkan menjahanamkan sebahagian daripada perancangan rapi DAP Sarawak dalam menghadapi PRN ke-11.


Menurutnya, keputusannya untuk melepaskan semua jawatan di dalam parti adalah kerana tidak berpuas hati terhadap segelintir kepimpinan parti yang tidak profesional selain mementingkan diri ketika menjalankan amanah parti. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan keluar parti, meskipun menurutnya, dia masih sayangkan DAP.

Semuanya berlaku apabila DAP Sarawak dijangka mencalonkan muka baru iaitu Yong Siew Wei, seorang peguam wanita yang mempunyai firma guaman di Kuching di N.45 Repok.

Difahamkan, tindakan meletak jawatan dan keluar parti oleh Wong Chin King telah dituruti oleh beberapa orang ahli lain. Perletakan jawatan itu benar-benar telah menjejaskan persiapan DAP untuk menambah bilangan kerusi yang mereka boleh tawan pada PRN kali ini.

Malah, tindakan Wong Chin King itu juga, sekaligus telah memberikan kelebihan kepada calon BN dari SUPP, Dato Sri Huang Tiong Sii untuk merampas semula kerusi DUN N.45 Repok.


Showing posts with label prn sarawak. Show all posts
Showing posts with label prn sarawak. Show all posts

PRN-11 Sarawak Saksikan Parti-Parti Politik Sarawak Di Bawah BN, Berusaha Pertahankan Negeri Daripada Dijajah Parti-Parti Semenanjung

Monday, 25 April 2016 · 2 comments



Bermulalah sudah 'perang' di Sarawak membabitkan parti-parti politik Malaysia. Namun berbeza di negeri-negeri lain, di Sarawak, pertembungan sebenar adalah antara parti-parti politik tempatan, sama ada yang bergabung dalam Barisan Nasional atau bersendirian dengan parti-parti dari Semenanjung yang diketuai oleh DAP.

Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang aktif di Semenanjung dan Sabah, tidak terlibat di Sarawak. Sebaliknya obor dan panji-panji Barisan Nasional digalas utama oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Adenan Satem, yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak.

UMNO tidak wujud di Sarawak. Dan UMNO juga tidak memainkan peranan utama di Sarawak, sekalipun sepanjang kempen, ramai pemimpin UMNO yang turun membantu kempen Barisan Nasional di Sarawak.

Momokan oleh DAP dan PKR tentang UMNO di Sarawak, secara tidak langsung berbalik ke batang hidung mereka sendiri kerana DAP dan PKR merupakan parti-parti Semenanjung @ Malaya yang sedang mencari kuasa di Sarawak.

Walaupun Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak menyatakan bahawa DAP Sarawak adalah berbeza daripada DAP di Semenanjung, hakikatnya ia adalah pembohongan semata-mata kerana berbanding Chong Chien Jen, kuasa sebenar DAP Sarawak, masih di tangan Lim Guan Eng yang merupakan orang yang terpalit dengan skandal tanah dan penyelewengan kuasa di Pulau Pinang.


Dengan dua kemenangan tanpa bertanding yang dimiliki oleh BN Sarawak setakat artikel ini ditulis, peluang BN Sarawak untuk menambah koleksi kemenangan dalam PRN-11. Apatah lagi PKR dan DAP pula bergasak sesama sendiri pada sekurang-kurangnya 8 DUN.

Pertandingan sesama sendiri membabitkan DAP-PKR di DUN-DUN tersebut, pastinya akan memberikan ruang yang lebih besar kepada Barisan Nasional. Dendam antara PKR dengan DAP, membuatkan mereka saling tuding-menuding dan salah menyalah serta menuduh pihak lain sebagai 'perampas' dan 'pemungkir janji', pastinya akan memberi ruang dan peluang kepada calon-calon Barisan Nasional yang sudah lama bekerja untuk rakyat di kawasan tersebut berbanding calon-calon PKR dan DAP yang hanya muncul pada musim pilihanraya.



Barisan Nasional muncul dalam kempen-kempen pilihanraya dengan modal kesejahteraan, keselesaan dan kesenangan rakyat, manakala DAP dan PKR pula akan menggunakan isu-isu di Semenanjung dengan memburuk-burukkan keperibadian Perdana Menteri dan isteri serta UMNO sebagai modal mereka. DAP juga akan cuba untuk membangga-banggakan 'pencapaian' Lim Guan Eng di Pulau Pinang tanpa mereka berani bercakap tentang skandal dan penyelewengan Lim Guan Eng yang didedahkan secara besar-besaran.

'Perang' antara parti-parti politik tempatan Sarawak dengan parti-parti politik yang berasal dari Semenanjung @ Malaya yang rakus memburu kuasa, tanah dan balak, pasti akan menelurkan situasi yang pelik tetapi menarik.

Namun yang pastinya, keagresifan dan kebiadapan parti-parti politik dari Semenanjung yang sedang memburu kuasa, balak dan tanah di Sarawak itu, mungkin sedikit terencat kerana masyarakat pengundi di Sarawak, tidaklah sebodoh dan senaif sebagaimana yang mereka sangkakan!


Pasang Bendera Terbalik, Taktik Terbaru DAP Untuk Salahkan PKR dan Tarik Simpati Pengundi di Sarawak

Sunday, 24 April 2016 · 1 comments



Menurut maklumat dari orang awam, bendera DAP yang dipasang terbalik ini adalah hasil kerja jentera DAP sendiri.

Maka, kita semua berhati-hati dengan propaganda seperti ini yang bertujuan mendapat simpati pengundi.

Modus operandi:

1. DAP memasang sendiri bendera terbalik
2. DAP akan menuduh ia adalah sabotaj dari pihak lawan (sama ada BN atau PKR)

(namun kali ini PKR menjadi mangsa kerana penyokong DAP bila ditanya, majoriti mengatakan ini kerja PKR!)

Walaupun rakyat Sarawak benci dengan DAP, tetapi secara bijaknya mereka tidak akan melakukan kerja sedemikian.

Ini adalah kerja terkutuk yang biasa dibuat oleh DAP pada setiap musim pilihanraya !

Selepas Viral, Penyokong PKR Yang Gelarkan Ketua Menteri Sarawak Sebagai P**IMAK Dan BABI, Kata Tweeternya Kena Hack!!!

Thursday, 14 April 2016 · 3 comments



PKR suatu masa dahulu, mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan kuasa autonomi negeri Sarawak. Dijaja-jaja ke serata Sarawak kononnya, Sarawak tidak mempunyai kuasa autonomi di bawah pentadbiran Putrajaya. PKR menggambarkan Sarawak mempunyai pemerintahan sendiri dan berkuasa dalam segala hal.

Namun tanpa mengambil kira hak autonomi yang ada pada Sarawak, PKR akhirnya melalak-lalak apabila para pemimpin mereka, ramai yang dihalang memasuki Sarawak. 

Mangsa terbaharu daripada kejahilan PKR adalah Timbalan Ketua AMK, Afif Bahardin dihalang daripada memasuki Sarawak. 


Berita tersebut menyebabkan salah seorang penyokong PKR yang buta kayu dan jahil ilmu, mengutuk keras Kerajaan Negeri Sarawak, khususnya Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem. 

Ahli PKR itu, Saifuddin Shafi bukan sahaja menghamun, tetapi juga mencerca dan menghina Adenan Satem. 

"Adenan Satem, simpanlah negeri kau dalam poket. Nanti bila mati, bawalah imej sebagai seorang tua bodoh yang penuh ketakutan dalam menghadapi kebenaran dan demokrasi. Shame on you bloody old man!”


Tidak cukup dengan itu, satu Tweet yang lain pula, memaparkan sikap biadap Saifuddin Shafi apabila dia mencarut-carutkan Ketua Menteri Sarawak dengan perkataan PUKIMAK dan BABI. Malah dia turut mengancam dan mengugut keselamatan Adenan Satem apabila dia tiba di Sarawak nanti.

Mengulas tentang Tweeter tersebut, beberapa orang pemimpin kanan BN Sarawak menyatakan, printscreen yang beredar menerusi WhatsApp itu menunjukkan sikap sebenar PKR dan parti pembangkang. 

"Inilah sebabnya, mengapa kita tidak mahu orang seperti ini berada di Sarawak."

Selepas Tweet tersebut menjadi viral, Saifuddin mendakwa menerusi Facebook bahawa kesemua tweet tersebut adalah paling dan mendakwa, dia tidak pernah menggunakan perkataan-perkataan seperti itu mahupun gaya tulisan sebegitu.


DAP SARAWAK Makin Kucar-Kacir... Setiausaha DAP Sarikie Letak Jawatan dan Keluar Parti

· 0 comments



DAP Sarawak terpukul dalam cita-cita mereka untuk menjadi penguasa sejati Sarawak pada PRN kali ini. Cita-cita Chong Chien Jen untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak dari kalangan masyarakat Cina pertama, semakin malap.

Selain daripada masalah membabitkan Lim Guan Eng, Chong Chien Jen sendiri berhadapan dengan masalah yang mana besar kemungkinan Chong Chien Jen sendiri tidak akan menyertai PRN kali ini kerana rekod jenayah yang dimilikinya.

Kini, satu lagi pukulan buat DAP Sarawak apabila orang kuat DAP Sarikei pula meletakkan semua jawatan dalam DAP.

Wong Chin King yang merupakan Setiausaha DAP Cawangan Sarikei merupakan satu tamparan hebat kepada DAP Kebangsaan yang mempunyai cita-cita tinggi di Sarawak, bahkan menjahanamkan sebahagian daripada perancangan rapi DAP Sarawak dalam menghadapi PRN ke-11.


Menurutnya, keputusannya untuk melepaskan semua jawatan di dalam parti adalah kerana tidak berpuas hati terhadap segelintir kepimpinan parti yang tidak profesional selain mementingkan diri ketika menjalankan amanah parti. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan keluar parti, meskipun menurutnya, dia masih sayangkan DAP.

Semuanya berlaku apabila DAP Sarawak dijangka mencalonkan muka baru iaitu Yong Siew Wei, seorang peguam wanita yang mempunyai firma guaman di Kuching di N.45 Repok.

Difahamkan, tindakan meletak jawatan dan keluar parti oleh Wong Chin King telah dituruti oleh beberapa orang ahli lain. Perletakan jawatan itu benar-benar telah menjejaskan persiapan DAP untuk menambah bilangan kerusi yang mereka boleh tawan pada PRN kali ini.

Malah, tindakan Wong Chin King itu juga, sekaligus telah memberikan kelebihan kepada calon BN dari SUPP, Dato Sri Huang Tiong Sii untuk merampas semula kerusi DUN N.45 Repok.


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks