Sebelum ini, sebaik-baik sahaja dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Chong Sin Woon berikrar akan memperjuangkan dan membantu sekolah-sekolah vernakular aliran Cina yang sudah terbukti menjadi salah satu sebab mengapa Cina-Cina di Malaysia, bersikap amat kiasu dan chauvinis.
Dalam BERSIH 4.0 yang ditaja dan dianjurkan oleh DAP, Chong Sin Woon menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi, malah dengan penuh angkuh berkata, MCA tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk turut serta dalam demonstrasi jalanan bagi mendesak perletakan jawatan Najib Abdul Razak dan menyerahkan pentadbiran negara kepada DAP menerusi jalan bukan demokrasi dengan alasan, Najib lemah, gagal mentadbir dan menguruskan ekonomi serta terpalit dengan pelbagai isu.
Bagaimanapun, selepas didedahkan dan dia dibelasah, Chong Sin Woon cuba membetulkan kenyataannya. Kononnya, kenyataannya telah diputarbelit.
Alasan yang kerap diberikan oleh puak-puak sespesiesnya apabila mereka sudah terkantoi.
Kini, Chong Sin Woon mempersoalkan tentang Himpunan Baju Merah yang menurutnya tarikh 16 September yang dipilih oleh demonstrasi tersebut, bukan sahaja tidak sesuai bahkan menghina Malaysia, Sabah dan Sarawak.
16 September adalah Hari Malaysia.
Masa BERSIH 4.0 buat demonstrasi pada 29 dan 30 Ogos, mengapa Chong Sin Woon bukan main suka lagi, bahkan menyatakan sokongan?
Mengapa BERSIH 4.0 disokong dan tarikh yang dipilih tidak menjadi kepantangan kepada Chong Sin Woon, tetapi Himpunan Baju Merah perlu memilih tarikh lain selain 16 September agar menghormati Malaysia?
Adakah kerana ianya membabitkan Cina DAP, maka mereka tidak perlu menghormati apa-apa tarikh tetapi apabila membabitkan Melayu-Bumiputera, maka banyak pantang larang yang perlu diikut?
Sekarang ini, di media-media terutama sekali portal-portal yang dikuasai oleh Cina-Cina DAP, Himpunan Baju Merah disifatkan sebagai Himpunan RASIS. Bahkan dilabelkan sebagai pengancam keselamatan kerana mensasarkan Cina sebagai bahan sesahan. Himpunan Baju Merah kononnya tidak baik untuk negara ini.
Tetapi BERSIH 4.0 yang sah-sah memang bertujuan untuk subversif, diberikan label yang muluk-muluk!
Inilah yang dikatakan, beri betis, paha yang mereka tuntut.







