PARTI-PARTI PEMBANGKANG TERMASUK PAS DAN GHB Akan Bersatu Buat Solat Hajat Agar Najib Hilang Jawatan

Wednesday, 12 August 2015 | 21 comments


Parti pembangkang termasuk Pas dan Harapan Baru akan hadir dalam program solat hajat bagi meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar berundur dari jawatannya.

PKR, DAP, Pas dan Harapan Baru juga akan berkongsi pentas dalam program ceramah perdana selepas berakhirnya solat hajat.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata, program ini dibuat bagi membina gelombang rakyat menjelang Perhimpunan Bersih 4.0.

"Oleh itu, saya menyeru supaya seberapa ramai rakyat turun menyertai solat hajat dan himpunan rakyat seperti ini bagi menzahirkan desakan agar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.

"Saya yakin jika ia tidak dilakukan, skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion akan cuba dikuburkan seperti mana skandal-skandal lain," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Katanya, majlis yang akan bermula esok di Padang Perbandaran Ampang Jaya, akan menghimpunkan ramai pemimpin parti pembangkang.

Antara pimpinan yang akan hadir termasuklah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Harapan Baru Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad.

Selain itu, Adun Teratai Tiew Wei Keng, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Kapar Manivannan juga akan berucap. (sumber)

Rupa-rupanya Si Pembuat Fitnah Yang Cuba Burukkan Nama Sultan Johor dan Kerajaan Negeri Johor Adalah KETUA PENOLONG PENGARAH ZAKAT DAN WAKAF JOHOR!


Amat memalukan bilamana seorang individu bertaraf Ketua Penolong Pengarah Zakat dan Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor menjadi tukang pembuat fitnah.

Dalam statusnya di facebook, Mustafa Omar, telah membuat satu fitnah keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berhubung kehadiran Perdana Menteri ke Mesyuarat UMNO Pasir Gudang pada 9 Ogos 2015, yang menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

Dalam statusnya, beliau menjual nama Sultan Johor kononnya Najib dihalang untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Tetapi ternyata status yang ditulis oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitumal dan Wakaf MAINJ adalah satu fitnah dan tuduhan tanpa asas.

Kenyataan tersebut disangkal oleh netizen, Rizal Mansor yang menyatakan bahawa sememangnya jadual PM adalah ke Singapura bagi meraikan sambutan 50 Tahun penyingkiran Singapura dari Malaysia. Dan kereta yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Singapura sebagai memudahkan urusan Perdana Menteri bagi menyeberangi tambak ke Johor buat seketika.

Ternyata Mustafa Omar telah mencemarkan nama baik Majlis Agama Islam Negeri Johor malah institusi Kesultanan Johor itu sendiri. Adalah sebaiknya beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan beliau. Aku mengharapkan agar kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap pegawai ini agar menjadi iktibar dimasa akan datang - sumber


DAP JOHOR Sedia Bekerjasama Dengan UMNO JOHOR Untuk Tumbangkan UMNO Pusat dan Najib Abdul Razak

Tuesday, 11 August 2015 | 13 comments


Perlu diperakui bahawa DAP memang bijak mengambil kesempatan dan bijak juga memanipulasikan isu untuk membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan rasis serta menentang rasuah serta ketidakadilan di negara ini.

Tawaran Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang merangkap Pengerusi DAP Johor kepada UMNO Johor untuk bekerjasama menjatuhkan Najib selain memutuskan hubungan dengan UMNO Pusat sebenarnya mengandungi pelbagai maksud yang tersirat.

Umum mengetahui, DAP mempunyai perancangan jangka panjang ke atas Johor. Daripada 177 orang calon yang dilahirkan dari Sekolah Demokrasi yang mana kesemua mereka adalah Melayu, Johor akan menempatkan sebahagian besar mereka di Johor.

Difahamkan DAP mensasarkan Johor sebagai negeri utama yang perlu dirampas dan diperintah selepas PRU-14 nanti. Sekolah Demokrasi diwujudkan untuk menawan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang bermajoritikan Melayu terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar.

Johor merupakan negeri yang kuat UMNOnya. Pergeseran akibat pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, segera digunakan oleh DAP untuk melakukan hasutan agar UMNO dan Melayu berpecah-belah.

Kenyataan Liew Chin Tong yang kononnya DAP boleh bekerjasama dengan UMNO Johor seandainya UMNO Johor mahu bersama-sama DAP memerangi rasuah dan salahguna kuasa sebenarnya tidak lebih daripada usaha perogol yang sudah cukup terkenal dengan jenayah rogol bersiri cuba menuduh orang lain merogol bagi memudahkannya merogol.

DAP seringkali menggambarkan diri mereka sebagai sebuah parti yang bersih. Para pemimpinnya juga seringkali menggambarkan mereka sebagai bersih dan tidak pernah melakukan rasuah atau salahguna kuasa. Malangnya, kalau sudah dasar DAP, ibu bapa sendiri dan keturunan sendiri pun mereka sanggup bohongkan agar mereka dilihat cerdik, bijak dan suci.

Isyarat yang diberikan oleh DAP Johor sebenarnya lebih besar daripada itu. Walaupun mereka hanyalah 16% daripada keseluruhan rakyat negara ini, tetapi mereka cuba berlagak seperti Zionis di bumi Palestin. Bagi mereka, selagi Melayu-Bumiputera tidak redha dengan apa yang mereka mahukan, maka ianya dianggap sebagai RASIS. Kalau mereka hendak tanah, keinginan mereka dipenuhi, maka itulah tandanya kerjasama dan keterbukaan. Kalau mereka hendak menghapuskan kuasa Melayu-Bumiputera dengan menaikkan boneka, dan kemudian dipersetujui, itulah maksud demokrasi bagi mereka.

177 orang budak Melayu dari Sekolah Demokrasi yang bakal dicalonkan mewakili DAP pada PRU akan datang, adalah lambang demokrasi sebenar DAP dengan kemuncak kuasa adalah dipegang oleh Dinasti Lim manakala Melayu dan Bumiputera pula hanyalah macai-macai barisan hadapan seperti yang dilakukan oleh S4S di Sarawak dan SSKM di Sabah.


HINA SUNGGUH BANGSA IBAN DI MATA DORRIS JONES... MARUAH IBAN HANYA RM10, KATANYA!

Monday, 10 August 2015 | 6 comments


Bukan rahsia lagi, dalang utama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan Sarawak for Sarawakians (S4S) bukannya berdarah pribumi atau Bumiputera, sebaliknya Cina yang sedang berusaha keras untuk mengeluarkan dua buah negeri daripada gabungan Malaysia.

Salah seorang daripada mereka adalah Doris Jones yang sudah berambus keluar dari negara ini dan menyalak dari negara asing yang melindunginya.

Sudah berkali-kali ditegaskan bahawa UMNO tidak akan masuk ke Sarawak kerana 'adik' UMNO iaitu PBB sudah ada di sana sekaligus menjadi ikatan yang mencantumkan pelbagai etnik dan sub-etnik Melayu - baik yang beragama Islam atau tidak - di dalam sebuah parti politik.


Doris Jones cuba menjadikan UMNO sebagai bahan untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada Pusat atau Malaya. Tiada suatu kebaikan pun tentang Kerajaan Pusat yang dilafazkan oleh Doris Jones, sebaliknya keinginannya untuk melihat kaum Bumiputera dan Pribumi hidup merempat dengan segala hak dirampas oleh kaum pendatang, dipertuturkan hampir setiap masa terutama apabila dia mempunyai peluang berbuat begitu.

Penghinaan ke atas kaum Pribumi dan Bumiputera oleh S4S dan SSKM dapat dilihat dengan jelas. Perhatikan bagaimana mereka diperkudakan dan diletakkan pada barisan hadapan untuk menggambarkan kononnya perjuangan subversif S4S dan SSKM, mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakat Pribumi dan Bumiputera.

S4S sudah pun mengalihkan taktik, daripada mengeluarkan Sarawak dari Malaysia, kepada memperjuangkan autonomi rakyat Sarawak.

Menariknya, Doris Jones mempersoalkan kewujudan UMNO di United Kingdom dan menggambarkan UMNO sebagai agen penjajah dan mana-mana Pribumi dan Bumiputera yang berada di dalam UMNO, adalah agen penjajah dari Malaya (SEMENANJUNG - Pusat). Sedangkan SSKM yang diketuai oleh Doris Jones sendiri mahu menjadikan Sabah sebagai sebahagian daripada koloni Barat di utara Borneo. Malah Doris Jones sendiri berlindung di United Kingdom untuk mengelakkan dirinya daripada ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang negara ini.

Doris Jones benar-benar biadap apabila menggambarkan dan melabelkan orang Iban yang menyokong Kerajaan sebagai kaum primitif yang hanya berharga RM10. Menariknya, tiada pula Doris Jones melabelkan orang Iban atau kaum Bumiputera/Pribumi yang kuat menyokong DAP atau PKR sebagai BANGSA RM10.

Sampai begitu hina sekali kaum Pribumi dan Bumiputera yang enggan tunduk kepada kekuasaan orang seperti Doris Jones.

Anehnya, orang seperti Doris Jones merupakan kaum pengecut yang awal-awal lagi lari apabila negara memerlukan khidmat mereka di perbatasan tetapi apabila keadaan kembali aman, mereka akan kembali dan berlagak seperti hero dan penyelamat.

Cuba tanya, berapa ramaikah orang yang telah dipengaruhi oleh Doris Jones untuk berkhidmat dalam angkatan tentera dan pasukan keselamatan berbanding anak watan yang berkhidmat kerana tanggungjawab mereka mempertahankan bumi ini daripada ancaman asing?

Dua Pegawai SPRM Dibatalkan Pertukaran, Adakah SPRM Akan Kerja Lebih Kuat Lepas Ni?


Sebaik-baik sahaja pengumuman dua orang pegawai SPRM yang didekati dan disokong oleh Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Mat Sabu dibatalkan perpindahan mereka ke Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggiatkan usaha menyiasat tentang 1MDB termasuklah memanggil lebih ramai lagi orang termasuklah para pegawai SPRM sendiri untuk tujuan tersebut.

Pihak yang begitu dekat dengan DAP dan PKR cuba menggambarkan bahawa SPRM telah melakukan kerja-kerja yang terbaik tetapi telah dianiayai oleh PDRM dalam usaha menutup skandal 1MDB.

Namun tiada sesiapa pun di kalangan mereka yang mahu mengungkit kembali bagaimana SPRM selepas kematian Teoh Beng Hock, tidak berani menyentuh DAP dan PKR walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung salahlaku, salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan para pemimpin DAP dan PKR.

Berapa banyak kes yang berkaitan disenyapkan begitu sahaja?

Bagaimana dengan kes pencerobohan hutan di Kedah pada tahun 2008-2013 termasuklah perlombongan mineral secara haram? Berapa ramai pegawai perhutanan, pejabat tanah dan sebagainya yang telah diseret oleh SPRM ke mahkamah untuk diadili?

Bagaimana pula dengan kes melibatkan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Kelantan yang melibatkan puluhan ribu tanah balak sedangkan undang-undang tanah Kelantan sangat jelas, kedua-dua orang berkenaan tidak layak mendapat sebarang tanah?

Bagaimana pula dengan kes Yayasan Selangor yang sehingga kini gagal dibuka dan disiasat oleh SPRM walaupun pelbagai laporan dan memorandum telah diserahkan kepada mereka?

Terlalu banyak kemusykilan dan tanda tanya yang timbul apabila membabitkan SPRM.

26 Febuari 2015, dua orang pegawai SPRM berpangkat Penolong Penguasa telah ditangkap kerana terlibat dengan rasuah. (BACA DI SINI) Apa yang telah berlaku kepada mereka apabila kedua-dua pegawai tersebut diserahkan oleh PDRM kepada SPRM keesokan harinya selepas diambil keterangan?

Memang benar, tugas-tugas SPRM tidak boleh diganggu tetapi memandangkan apa yang berlaku, ditambah-tambah pula dengan kebocoran maklumat, menyebabkan SPRM tidak boleh terlalu berkuasa sebaliknya perlukan sebuah badan yang memantau tugas-tugasan mereka.

Maklumat-maklumat bocor tersebut boleh dipinda dan diubahsuai oleh pihak-pihak berkepentingan yang kemudian digunakan untuk menghancurkan negara ini. Malah ia akan membuka ruang lebih besar kepada campurtangan asing.

Dan melihat kepada keupayaan SPRM yang langsung lemah longlai apabila diminta menyiasat isu-isu berkaitan DAP-PKR, mengapa pula perlu dipersalahkan pihak awam yang memandang serong integriti SPRM?

Yang pasti, SPRM tidak maksum dan SPRM sendiri perlu dibersihkan!


Dari LUBANG CACING Ke Jabatan Perdana Menteri SERTA-MERTA!

Friday, 7 August 2015 | 21 comments


Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Mohammed Bahri Mohd Zin yang sebelum ini bersumpah akan mencari dan menyiasat ke lubang cacing sesiapa dari kalangan pihak atasan yang telah menyiasat dan mengarahkan penangkapan bagi memberi keterangan berhubung kebocoran maklumat, telah ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.

Turut diarahkan berpindah dan bertukar serta merta ke Pejabat Perdana Menteri adalah Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob.

Walaupun berita ini akan menimbulkan satu lagi spekulasi baru tetapi pertukaran tersebut besar kemungkinan ada kena mengena dengan 'kerjasama' yang ditunjukkan oleh DAP, PKR dan GHB kepada mereka dalam kemelut antara SPRM dan PDRM. Apatah lagi berita tentang hal berkenaan tersiar di media.

DAP Semakin Berjaya MENGANJING-ANJINGKAN PAS dan UMNO



Lim Kit Siang sekarang ini merupakan orang yang paling sibuk. Di sebalik desakan agar DAP dan Lim Kit Siang sendiri mendedahkan sumber kewangan mereka, lelaki tua yang tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran pembabitannya dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 itu, semakin rancak menjadi Iblis dan Syaitan yang cuba melaga-lagakan rakyat negara ini.

Puaka tua itu cuba menjadikan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Abdul Razak yang sudah pun dimatikan pada tahun 2013 sejurus selepas PRU-13, sebagai rasuah dan penyelewengan Najib Abdul Razak.

Dan rata-rata, ramai yang termakan dengan kejahatan Lim Kit Siang dengan melihat RM2.6 bilion itu sebagai satu usaha Najib melarikan wang negara untuk kepentingan peribadinya.

Ketika pendedahan dibuat, Najib tidak menafikan kewujudan wang tersebut tetapi menafikan ianya adalah wang 1MDB sebagaimana yang ditekankan oleh Rafizi Ramli, Tony Pua dan Lim Kit Siang dengan bantuan entiti antarabangsa yang diketahui mengamalkan sikap berjahat ke atas negara ini semenjak dari zaman pentadbiran Mahathir lagi.

Menariknya, hanya Najib dan UMNO-BN sahaja yang dipersalahkan dan sangat berdosa kerana menerima sumbangan dana politik tetapi DAP dan PKR tidak boleh terkesan apa-apa. Malahan keengganan dan penentangan DAP untuk menerima usul yang membolehkan SPR memeriksa sumbangan dan dana politik, langsung tidak diperkatakan.

DAP mempunyai sumber kewangan yang sangat besar. Belum pernah sekalipun DAP berani untuk mendedahkan sumber kewangan mereka itu walaupun ada masa-masanya, mereka cuba berlaku dengan fund-raising dinner yang jumlahnya tidaklah seberapa berbanding pengeluaran dan perbelanjaan untuk aktiviti-aktiviti parti itu.

Perhatikan sahaja bagaimana DAP sanggup membuat pelaburan besar dalam beberapa isu bagi memastikan kemenangan besar dan rampasan kuasa ke atas Putrajaya, terutama menerusi penubuhan SEKOLAH DEMOKRASI, mahupun penajaan Gerakan Harapan Baru yang dipimpin oleh Mat Sabu. Sebelum itu, DAP juga menaja dan mempunyai peruntukan untuk PASMA yang dipimpin oleh Phahrolrazi Zawawi, orang yang paling kuat berangan untuk menjadi Menteri Besar Kedah dan lebih terkenal sebagai PENGKHIANAT besar ke atas Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah pada era pentadbiran PAS.

DAP sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk Gerakan Harapan Baru (GHB) merampas dan menguasai PAS terutama pada pemilihan parti dua bulan lepas. Selepas kegagalan ahli-ahli GHB merampas hierarki tertinggi dalam PAS, mereka kemudian bergabung dalam GHB yang ditaja dan didanai sepenuhnya oleh DAP. GHB selepas itu berkempen siang malam untuk menghapuskan PAS sedangkan pada masa yang sama, DAP turut berkempen siang dan malam untuk menghapuskan legasi UMNO-BN.

PAS Kawasan Kluang akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri, hari ini di Balai Islam Haji Omar Jani, Taman Ilham, Kluang. Program-program seperti ini adalah biasa bagi PAS dan PAS juga sentiasa cuba mengelak program anjuran mereka daripada bertembung dengan mana-mana program anjuran PKR atau DAP.

Namun berbeza dengan DAP yang sudah sedia busuk hati dan jahat. Sebuah program GHB dianjurkan yang sama, pada hari dan masa yang sama dengan PAS Kluang diadakan di Pusat Komuniti Kluang, di Pusat Perniagaan Tasik, Kluang, sebuah kawasan yang bermajoritikan Cina.

Difahamkan, program tersebut diketuai oleh Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang yang amat diketahui mempunyai kebencian mendalam ke atas PAS. Bekerjasama dengan Tan Hon Pin, ADUN Mengkibol yang menang dengan undi daripada ahli-ahli PAS pada PRU-13, mereka berjaya menguasai Mat Sabu dan Aminolhuda yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Johor dan ADUN PAS Parit Yaani.

GHB sebelum ini telah mengisytiharkan yang mereka akan menggerakkan kempen menghapuskan PAS bermula dari Johor. DAP juga telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkuatkan dan menggiatkan kekuatan GHB dari Johor.

Program yang diadakan oleh GHB di Kluang merupakan antara usaha untuk menunjukkan bahawa mereka lebih popular, lebih kuat dan lebih kuat sumber kewangan dan dana berbanding PAS.

Menariknya, semua ini berpangkal kepada DAP.

Dari mana DAP memperolehi sumber kewangan untuk membiayai kegiatan-kegiatan politik GHB yang sudah tentu tidak kecil modalnya? Mengapa tiada sesiapa pun yang mempersoalkan jumlah kewangan yang digunakan oleh DAP dan puncanya berbanding Lim Kit Siang persoalkan RM2.6 bilion yang berjaya diperolehi oleh Najib dan UMNO untuk aktiviti politik mereka?





BESARNYA EGO SPRM Apabila Pegawai-Pegawainya Diambil Keterangan Oleh PDRM

Thursday, 6 August 2015 | 18 comments


Kenyataan keras Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yang bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan pegawai-pegawai SPRM.

Tujuh orang pegawai SPRM telah ditahan untuk diambil keterangan berhubung kes pembocoran maklumat 1MDB dan kertas pendakwaan bocor terhadap Perdana Menteri.

Agak menarik kerana sumpah yang dibuat oleh Bahri Mohamad Zin yang sekarang ini mendapat sokongan besar daripada para pemimpin PKR dan DAP, tidak lebih daripada sekadar melambangkan keegoan besar Suruhanjaya tersebut.

Terdapat banyak kes melibatkan SPRM yang tidak diselesaikan sehingga kini. Antara tahun 2008-2013, terdapat banyak laporan tentang skandal dan salah laku melibatkan kewangan dan salahguna kuasa di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat, terutama sekali di Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Namun tidak ada satu pun, kes tersebut diselesaikan dan diumumkan. Individu yang didakwa pula, langsung tidak dibawa ke muka pengadilan. Sebaliknya SPRM pula terpaksa kalut menepis serangan daripada DAP dan PKR ekoran kematian Teoh Beng Hock, saksi penting mereka dalam skandal dan penyelewengan Ean Yong Hian Wah yang pada itu merupakan ADUN Seri Kembangan.

Begitu juga dengan isu-isu pembalakan haram, pengeluaran mineral dan pencerobohan tanah kerajaan secara haram di Kedah, Perak dan Kelantan, juga tiada sebarang tindakan daripada SPRM.

Kerap kali SPRM hanya memaparkan kejayaan mereka 'menangkap' anggota-anggota polis yang terlibat dengan kegiatan rasuah secara kecil-kecilan tetapi apabila melibatkan sindiket dan operasi perjudian haram, serta pelacuran dan sebagainya. Tiada seorang pun taukeh-taukeh besar yang mendalangi operasi pembalakan secara haram berjaya ditarik keluar dan dipaparkan oleh SPRM menerusi media terutama sekali televisyen dan media cetak.

Terlalu banyak kes melibatkan integriti SPRM sendiri.


Justeru apabila Bahri Mohamad Zin melatah sebegitu rupa, banyak persepsi negatif sekarang ini sedang berlegar-legar di kalangan rakyat awam. Yang pasti, orang ramai mempersoalkan tentang keegoan SPRM yang seolah-olah langsung tidak boleh disentuh, ditegur mahupun undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka kerana mereka adalah SPRM.

Kalau PDRM yang anggota-anggota dan pegawai-pegawainya ditangkap oleh SPRM atau diambil keterangan berhubung salahlaku dan rasuah, tidak melatah atau mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa, mengapa pula SPRM tiba-tiba jadi terlalu ego dan besar kepala?

Bukankah lebih baik sekiranya SPRM menyatakan kesanggupan mereka untuk membenarkan anggota-anggota dan pegawai-pegawai mereka disiasat bagi membuktikan bahawa SPRM lebih bersih daripada sangkaan-sangkaan awam selama ini?

Bukankah lebih baik sekiraya SPRM bersikap lebih profesional dan menyatakan bahawa mereka terbuka kepada sebarang siasatan memandangkan selama ini tiada sesiapa pun yang menyiasat ke atas SPRM, selain tidak akan melindungi para pegawainya yang telah melakukan kesalahan, bukanya mengamuk dengan membuat solat hajat agar mereka bebas bermaharajalela dan menjual nama Allah Taala?

Akhirnya SKMM Buru Pemilik Akaun Facebook Sharifah Sofia

Tuesday, 4 August 2015 | 4 comments


BEBAS TUDUHAN, 1MDB SEHARUSNYA MEMPERCEPATKAN SAMAN RAFIZI RAMLI!


Kenyataan media oleh Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan

Dikeluarkan pada 4 Ogos 2015
Untuk siaran segera


1MDB bebas tuduhan

1MDB menyambut baik kenyataan yang jelas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengesahkan bahawa tiada dana daripada 1MDB dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Kami sentiasa menyatakan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan media pada 3 Julai 2015, dengan keyakinan bahawa kebenaran akan terbukti.

Bagi berterusan menyatakan sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dalam blognya semalam, merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan percubaan secara sengaja untuk menjejaskan syarikat.

Ini meskipun 1MDB telah mengeluarkan ringkasan penggunaan hutang RM42 bilion tersebut pada 3 Jun 2015, yang merupakan maklumat yang didedahkan di dalam akaun diaudit 1MDB dan boleh diperolehi umum, daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Sekali lagi kami berkongsi di sini dua infografik ringkasan tersebut.



RAFIZI Makin Besar Kepala Apabila Berjaya Perolehi Penangguhan Bicara BAFIA

Monday, 3 August 2015 | 5 comments


Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan perbicaraan kes Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dituduh mengikut Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Hakim, Datuk Yazid Mustafa, membenarkan pemohonan tersebut dengan alasan untuk berlaku adil dalam pendengan kes terhadap tertuduh mengikut Perlembagaan.

“Perbicaraan yang akan bermula pada 10 Ogos akan ditangguh sehingga pendengaran untuk menangani isu-isu perlembagaan didengar terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Peguam Rafizi, N. Surendran dalam hujahan beliu berkata, Seksyen 87 (2) Akta BAFIA bertentangan dengan hak yang termaktub dalam Perlembagaan kerana tertuduh dipaksa memberi jawapan apabila soal pihak penyiasat.

“Tidak ada hak untuk menutup mulut di bawah Seksyen 87 (2). Ia berbeza dengan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan seseorang untuk enggan menjawab,” katanya.

Pada 19 Jun lalu, Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan Rafizi yang mencabar Perlembagaan BAFIA.

Rafizi, 38, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Mohamad Salleh kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Akta BAFIA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Rafizi merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta BAFIA.

Mampukah Tindakan Penguatkuasaan Diambil Ke Atas Tian Chua dan Sim Tze Tzin Yang Terang-Terang Melakukan Fitnah dan Putarbelit Media Sosial!

Sunday, 2 August 2015 | 6 comments


Tian Chua menyebarkan pembohongan dengan menfitnah dan memperlekehkan PDRM apabila dikatakan gagal mendapatkan reman untuk menyoal siasat Rashpal Singh dan Jessica Sidhu berhubung pembabitan mereka dengan Sarawak Report.

Ketua Polis Negara terpaksa mengeluarkan kenyataan di Twitter dengan menafikan pembohongan Tian Chua dan selain menyebut tweet yang dibuat oleh Tian Chua itu adalah dalam usaha untuk mewujudkan kekeliruan kepada orang ramai.

Tian Chua amat diingati kerana keterkaitannya dengan peristiwa Lahad Datu yang telah mengorbankan 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Menyifatkan peristiwa Lahad Datu sebagai 'SANDIWARA UMNO', Tian Chua langsung tidak memberikan sebarang ulasan berhubung kematian dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang telah dibunuh oleh lanun-lanun Suluk.

Tiada sebarang tindakan ke atasnya dan Tian Chua terus bercakap besar selain bebas melakukan fitnah.

PKR tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang kuat melakukan fitnah demi meraih sokongan dan menyemarakkan kebencian. Sama seperti DAP yang cukup kreatif mencipta fitnah seperti Nga Kor Ming, salah seorang tukang pereka fitnah PKR adalah Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru.

Dengan menggunakan Facebook, Sim Tze Tzin menggunakan sekeping gambar yang telah disiarkan oleh Sinar Harian pada 20 Mac 2013 yang memaparkan bekas Peguam Negara, Ghani Patail dikawal oleh seorang anggota keselamatan bersenjata.

Sim Tze Tzin cuba mengambil kesempatan melakukan fitnah dengan cubaan menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada PDRM selain Kerajaan apabila bekas Peguam Negara, Ghani Patail digambarkan sedang ditangkap dengan menggunakan anggota keselamatan yang lengkap bersenjata sebaik-baik sahaja dia dipecat daripada jawatan Peguam Negara.

Sim Tze Tzin dengan bermodalkan gambar lama yang langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang diperkatakannya, cuba menggambarkan bagaimana kekejaman kerajaan dengan menggunakan PDRM untuk menghapuskan sebarang penentangan atau cubaan menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak.


Tindakan seharusnya dikenakan ke atas Sim Tze Tzin. Orang politik sepertinya seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada rakyat awam. Apatah lagi dia adalah seorang Ahli Parlimen. Sepatutnya orang sepertinya tidak menunjukkan contoh bagaimana matlamat menghalalkan cara termasuklah dengan melakukan fitnah.

Sehubungan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa tindakan tidak akan disusuli terlebih dahulu dengan amaran bagi pihak yang melakukan fitnah dan putarbelit media, Sim Tze Tzin seharusnya dikenakan tindakan bersama-sama dengan Tian Chua kerana objektif mereka sangat jelas iaitu melakukan fitnah dan fitnah tersebut bertujuan untuk mewujudkan ketidaktenteraman dan ketidakstabilan di negara ini.

Kita mengharapkan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri baru Malaysia tidak mengulangi amaran berulang kali tanpa sebarang tindakan tegas yang amat diperlukan dalam mendisiplinkan dan menjaga keselamatan negara ini daripada sebarang anasir subversif yang tidak lagi menggalas senjata di dalam hutan tetapi sebaliknya menggunakan keyboard komputer atau telefon pintar mereka untuk mewujudkan ketakutan dan ancaman nasional.

SESB BUTA MATA: Berapa Ramai Lagi Yang Perlu Mati Kerana CURI ELEKTRIK Di Sandakan dan Seluruh Sabah?


20 Julai, anggota bomba bernama Apolos Jeremos, 25, dari Kampung Entilibon, Tongod maut ketika menjalankan tugas memadamkan kebakaran belukar apabila terkena renjatan elektrik di Taman Kenari Batu 7 di Sandakan.

Mangsa terkena renjatan elektrik daripada pendawaian yang disambung secara haram di kawasan rumah setinggan berhampiran taman perumahan itu. Dia meninggal di tempat kejadian dan meninggalkan seorang balu yang sedang hamil lima bulan.





Sandakan merupakan antara daerah yang menjadi sasaran pendatang asing untuk berkumpul, berhabitat dan membiak. Selain daripada masalah sosial melibatkan jenayah kekerasan, Sandakan juga menampilkan satu lagi masalah besar yang perlu ditanggung oleh keseluruhan rakyat Sabah dan kerajaan negeri sendiri iaitu pencurian elektrik.

Dengan kewujudan setinggan-setinggan di Sandakan yang didirikan oleh warga asing, isu mencuri elektrik selain persekongkolan orang tempatan untuk jenayah ini, dilihat seperti satu barah yang gagal ditangani oleh pihak berkuasa di Sabah.

Perbuatan mencuri elektrik telah pun mengorbankan seorang anggota bomba yang cuba menyelamatkan penduduk daripada kebakaran.




Gambar-gambar berikut dirakamkan di kampung setinggan Kampung Dato Pengiran Galpam Sandakan. Setakat ini, tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa mahupun SESB untuk menangani masalah kecurian elektrik yang dilakukan oleh pendatang asing.

Ada ramai yang merungut, SESB begitu pantas mengambil tindakan memotong bekalan elektrik ke rumah-rumah 'halal' apabila terlewat membayar bil, tetapi seperti buta, pekak, bodoh dan bengong apabila membabitkan kawasan setinggan dan penyambungan elektrik secara haram.

Perhatikan bagaimana wayar bumi yang berjuntaian dalam gambar yang disertakan. Masakan penguatkuasan SESB langsung tidak nampak? Takkan telinga mereka tidak mendengar rungutan daripada orang awam dan tempatan? Masakan mereka berlagak bodoh dengan konon-kononnya tidak mengetahui bahawa wayar-wayar yang melintang dan berjuntai itu adalah wayar-wayar api dalam kes penyambungan elektrik secara haram? Adakah mereka terlalu bengong dengan persepsi awam yang mengandaikan sebilangan penguatkuasa SESB mendapat bayaran cara haram daripada penduduk setinggan dan pendatang haram yang mendiami kawasan berkenaan memandangkan tiada sebarang tindakan dilakukan menangani masalah kecurian dan pembekalan elektrik haram ini?

DEMONSTRASI Tak Menjadi, Anarkis Persoalkan Kenapa Mereka Ditangkap Sedangkan Mereka Perjuangkan Negara

Saturday, 1 August 2015 | 9 comments



Polis menahan kira-kira 20 peserta Himpunan #TangkapNajib yang melakukan provokasi di perkarangan pusat membeli belah Sogo di sini, sebentar tadi.

Antara yang ditahan termasuk Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda, Safwan Anang.

Himpunan yang disertai ratusan peserta itu telah dikawal polis yang mengarahkan peserta mengosongkan lokasi berkenaan.

Pihak polis juga telah menutup kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman dari persimpangan Sogo ke Dataran Merdeka sebagai langkah awal keselamatan.

Berikut adalah senarai mereka yang telah ditangkap dan ditahan: 





Azira Aziz  
Marwan 
Md Ashraff 
Ahmad Nazrin 
Sidiqin Omar 
Jay Jay Denis 
Merico 
Mohammad afiq arif 
Muslim aqil 
Mohamad Khomaimei bin mansor





Amir hadiri bin Abd Hadi 
Tan Kar Hing 
Afzainizam b. Abdul Rahman-
Chang Lih Kang 
Nashita Md Noor 
Asiah bad Latif anak kepada Nashita, 14 tahun
Valerian Mohan Das a/p Chandra Mohan,





Rozan Azen Mat Rasip 
Er Teck Hwa 
Annie ooi Siew lan 
Sylvester Lenin de Silva 
Noor rashid bin Amirdin 
Fong mei li 
Saw Hock Hin 


Sementara itu dalam isu yang berasingan, polis gagal memperolehi reman untuk menahan Tan Sri Rashpal Singh dan Jessica Sidhu.

TAN SRI Bersabit Pembocoran Maklumat 1MDB Yang Ditangkap Bukan Ghani Patail

Gambar hiasan
 
Polis hari ini menafikan khabar angin bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditahan polis pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, berkata perkara itu hanya khabar angin.

"Jangan buat andaian dan spekulasi yang tidak sihat, ..ia akan menimbulkan situasi yang tidak baik.

"Jika benda ini benar, kami (polis) akan maklumkan kepada semua," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa bekas peguam negara itu ditahan polis pagi ini. Pada Selasa lalu, perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan dan digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Gambar hiasan

Sementara itu...


Seorang lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi individu terbaru ditangkap dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Turut ditahan, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara (AG).

The Star hari ini melaporkan penahanan itu dibuat ada kaitan dengan siasatan dibuat pasukan petugas khas yang dipertanggungjawabkan meneliti isu 1MDB dan dikaitkan dengan perdana menteri.

Pasukan petugas khas itu dianggotai pegawai dari SPRM, Bank Negara Malaysia dan diselaraskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Siasatan dijalankan apabila timbul dakwaan berlaku pengaliran dana 1MDB ke akauan persendirian milik Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun siasatan dilihat tergendala apabila Tan Sri Abdul Gani Patail digugurkan daripada jawatannya sebagai Peguam Negara.

Gambar hiasan

Portal MYKMU melaporkan, mereka yang ditahan ialah bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh, dan warganegara Singapura bernama Jessica Kaur Singh yang bertugas di bahagian Anti-Money Laundering di Jabatan Peguam Negara.

Isnin lalu, portal Malaysia-Today mendakwa bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh membocorkan maklumat mengenai siasatan pasukan petugas khas terhadap laman sesawang Sarawak Report.

Bagaimanapun SPRM menafikan dakwaan terbabit dengan menyatakan Rashpal tidak mempunyai sebarang akses langsung kerana ketika ini beliau bukan anggota penasihat agensi antirasuah itu.

Sementara itu Malaysia-Today pernah mendakwa pejabat Peguam Negara sudah tidak selamat kerana melantik warganegara Singapura, Jessica Gurmet Kaur D/O Nashtar Sigh sebagai salah seorang pegawainya.

Jessica merupakan warganegara Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap Malaysia dan dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ahli politik Pakatan Rakyat.

PARTI-PARTI PEMBANGKANG TERMASUK PAS DAN GHB Akan Bersatu Buat Solat Hajat Agar Najib Hilang Jawatan

Wednesday, 12 August 2015 · 21 comments


Parti pembangkang termasuk Pas dan Harapan Baru akan hadir dalam program solat hajat bagi meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar berundur dari jawatannya.

PKR, DAP, Pas dan Harapan Baru juga akan berkongsi pentas dalam program ceramah perdana selepas berakhirnya solat hajat.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata, program ini dibuat bagi membina gelombang rakyat menjelang Perhimpunan Bersih 4.0.

"Oleh itu, saya menyeru supaya seberapa ramai rakyat turun menyertai solat hajat dan himpunan rakyat seperti ini bagi menzahirkan desakan agar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.

"Saya yakin jika ia tidak dilakukan, skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion akan cuba dikuburkan seperti mana skandal-skandal lain," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Katanya, majlis yang akan bermula esok di Padang Perbandaran Ampang Jaya, akan menghimpunkan ramai pemimpin parti pembangkang.

Antara pimpinan yang akan hadir termasuklah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Harapan Baru Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad.

Selain itu, Adun Teratai Tiew Wei Keng, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Kapar Manivannan juga akan berucap. (sumber)

Rupa-rupanya Si Pembuat Fitnah Yang Cuba Burukkan Nama Sultan Johor dan Kerajaan Negeri Johor Adalah KETUA PENOLONG PENGARAH ZAKAT DAN WAKAF JOHOR!

· 15 comments


Amat memalukan bilamana seorang individu bertaraf Ketua Penolong Pengarah Zakat dan Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor menjadi tukang pembuat fitnah.

Dalam statusnya di facebook, Mustafa Omar, telah membuat satu fitnah keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berhubung kehadiran Perdana Menteri ke Mesyuarat UMNO Pasir Gudang pada 9 Ogos 2015, yang menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

Dalam statusnya, beliau menjual nama Sultan Johor kononnya Najib dihalang untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Tetapi ternyata status yang ditulis oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitumal dan Wakaf MAINJ adalah satu fitnah dan tuduhan tanpa asas.

Kenyataan tersebut disangkal oleh netizen, Rizal Mansor yang menyatakan bahawa sememangnya jadual PM adalah ke Singapura bagi meraikan sambutan 50 Tahun penyingkiran Singapura dari Malaysia. Dan kereta yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Singapura sebagai memudahkan urusan Perdana Menteri bagi menyeberangi tambak ke Johor buat seketika.

Ternyata Mustafa Omar telah mencemarkan nama baik Majlis Agama Islam Negeri Johor malah institusi Kesultanan Johor itu sendiri. Adalah sebaiknya beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan beliau. Aku mengharapkan agar kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap pegawai ini agar menjadi iktibar dimasa akan datang - sumber


DAP JOHOR Sedia Bekerjasama Dengan UMNO JOHOR Untuk Tumbangkan UMNO Pusat dan Najib Abdul Razak

Tuesday, 11 August 2015 · 13 comments


Perlu diperakui bahawa DAP memang bijak mengambil kesempatan dan bijak juga memanipulasikan isu untuk membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan rasis serta menentang rasuah serta ketidakadilan di negara ini.

Tawaran Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang merangkap Pengerusi DAP Johor kepada UMNO Johor untuk bekerjasama menjatuhkan Najib selain memutuskan hubungan dengan UMNO Pusat sebenarnya mengandungi pelbagai maksud yang tersirat.

Umum mengetahui, DAP mempunyai perancangan jangka panjang ke atas Johor. Daripada 177 orang calon yang dilahirkan dari Sekolah Demokrasi yang mana kesemua mereka adalah Melayu, Johor akan menempatkan sebahagian besar mereka di Johor.

Difahamkan DAP mensasarkan Johor sebagai negeri utama yang perlu dirampas dan diperintah selepas PRU-14 nanti. Sekolah Demokrasi diwujudkan untuk menawan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang bermajoritikan Melayu terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar.

Johor merupakan negeri yang kuat UMNOnya. Pergeseran akibat pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, segera digunakan oleh DAP untuk melakukan hasutan agar UMNO dan Melayu berpecah-belah.

Kenyataan Liew Chin Tong yang kononnya DAP boleh bekerjasama dengan UMNO Johor seandainya UMNO Johor mahu bersama-sama DAP memerangi rasuah dan salahguna kuasa sebenarnya tidak lebih daripada usaha perogol yang sudah cukup terkenal dengan jenayah rogol bersiri cuba menuduh orang lain merogol bagi memudahkannya merogol.

DAP seringkali menggambarkan diri mereka sebagai sebuah parti yang bersih. Para pemimpinnya juga seringkali menggambarkan mereka sebagai bersih dan tidak pernah melakukan rasuah atau salahguna kuasa. Malangnya, kalau sudah dasar DAP, ibu bapa sendiri dan keturunan sendiri pun mereka sanggup bohongkan agar mereka dilihat cerdik, bijak dan suci.

Isyarat yang diberikan oleh DAP Johor sebenarnya lebih besar daripada itu. Walaupun mereka hanyalah 16% daripada keseluruhan rakyat negara ini, tetapi mereka cuba berlagak seperti Zionis di bumi Palestin. Bagi mereka, selagi Melayu-Bumiputera tidak redha dengan apa yang mereka mahukan, maka ianya dianggap sebagai RASIS. Kalau mereka hendak tanah, keinginan mereka dipenuhi, maka itulah tandanya kerjasama dan keterbukaan. Kalau mereka hendak menghapuskan kuasa Melayu-Bumiputera dengan menaikkan boneka, dan kemudian dipersetujui, itulah maksud demokrasi bagi mereka.

177 orang budak Melayu dari Sekolah Demokrasi yang bakal dicalonkan mewakili DAP pada PRU akan datang, adalah lambang demokrasi sebenar DAP dengan kemuncak kuasa adalah dipegang oleh Dinasti Lim manakala Melayu dan Bumiputera pula hanyalah macai-macai barisan hadapan seperti yang dilakukan oleh S4S di Sarawak dan SSKM di Sabah.


HINA SUNGGUH BANGSA IBAN DI MATA DORRIS JONES... MARUAH IBAN HANYA RM10, KATANYA!

Monday, 10 August 2015 · 6 comments


Bukan rahsia lagi, dalang utama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan Sarawak for Sarawakians (S4S) bukannya berdarah pribumi atau Bumiputera, sebaliknya Cina yang sedang berusaha keras untuk mengeluarkan dua buah negeri daripada gabungan Malaysia.

Salah seorang daripada mereka adalah Doris Jones yang sudah berambus keluar dari negara ini dan menyalak dari negara asing yang melindunginya.

Sudah berkali-kali ditegaskan bahawa UMNO tidak akan masuk ke Sarawak kerana 'adik' UMNO iaitu PBB sudah ada di sana sekaligus menjadi ikatan yang mencantumkan pelbagai etnik dan sub-etnik Melayu - baik yang beragama Islam atau tidak - di dalam sebuah parti politik.


Doris Jones cuba menjadikan UMNO sebagai bahan untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada Pusat atau Malaya. Tiada suatu kebaikan pun tentang Kerajaan Pusat yang dilafazkan oleh Doris Jones, sebaliknya keinginannya untuk melihat kaum Bumiputera dan Pribumi hidup merempat dengan segala hak dirampas oleh kaum pendatang, dipertuturkan hampir setiap masa terutama apabila dia mempunyai peluang berbuat begitu.

Penghinaan ke atas kaum Pribumi dan Bumiputera oleh S4S dan SSKM dapat dilihat dengan jelas. Perhatikan bagaimana mereka diperkudakan dan diletakkan pada barisan hadapan untuk menggambarkan kononnya perjuangan subversif S4S dan SSKM, mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakat Pribumi dan Bumiputera.

S4S sudah pun mengalihkan taktik, daripada mengeluarkan Sarawak dari Malaysia, kepada memperjuangkan autonomi rakyat Sarawak.

Menariknya, Doris Jones mempersoalkan kewujudan UMNO di United Kingdom dan menggambarkan UMNO sebagai agen penjajah dan mana-mana Pribumi dan Bumiputera yang berada di dalam UMNO, adalah agen penjajah dari Malaya (SEMENANJUNG - Pusat). Sedangkan SSKM yang diketuai oleh Doris Jones sendiri mahu menjadikan Sabah sebagai sebahagian daripada koloni Barat di utara Borneo. Malah Doris Jones sendiri berlindung di United Kingdom untuk mengelakkan dirinya daripada ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang negara ini.

Doris Jones benar-benar biadap apabila menggambarkan dan melabelkan orang Iban yang menyokong Kerajaan sebagai kaum primitif yang hanya berharga RM10. Menariknya, tiada pula Doris Jones melabelkan orang Iban atau kaum Bumiputera/Pribumi yang kuat menyokong DAP atau PKR sebagai BANGSA RM10.

Sampai begitu hina sekali kaum Pribumi dan Bumiputera yang enggan tunduk kepada kekuasaan orang seperti Doris Jones.

Anehnya, orang seperti Doris Jones merupakan kaum pengecut yang awal-awal lagi lari apabila negara memerlukan khidmat mereka di perbatasan tetapi apabila keadaan kembali aman, mereka akan kembali dan berlagak seperti hero dan penyelamat.

Cuba tanya, berapa ramaikah orang yang telah dipengaruhi oleh Doris Jones untuk berkhidmat dalam angkatan tentera dan pasukan keselamatan berbanding anak watan yang berkhidmat kerana tanggungjawab mereka mempertahankan bumi ini daripada ancaman asing?

Dua Pegawai SPRM Dibatalkan Pertukaran, Adakah SPRM Akan Kerja Lebih Kuat Lepas Ni?

· 7 comments


Sebaik-baik sahaja pengumuman dua orang pegawai SPRM yang didekati dan disokong oleh Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Mat Sabu dibatalkan perpindahan mereka ke Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggiatkan usaha menyiasat tentang 1MDB termasuklah memanggil lebih ramai lagi orang termasuklah para pegawai SPRM sendiri untuk tujuan tersebut.

Pihak yang begitu dekat dengan DAP dan PKR cuba menggambarkan bahawa SPRM telah melakukan kerja-kerja yang terbaik tetapi telah dianiayai oleh PDRM dalam usaha menutup skandal 1MDB.

Namun tiada sesiapa pun di kalangan mereka yang mahu mengungkit kembali bagaimana SPRM selepas kematian Teoh Beng Hock, tidak berani menyentuh DAP dan PKR walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung salahlaku, salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan para pemimpin DAP dan PKR.

Berapa banyak kes yang berkaitan disenyapkan begitu sahaja?

Bagaimana dengan kes pencerobohan hutan di Kedah pada tahun 2008-2013 termasuklah perlombongan mineral secara haram? Berapa ramai pegawai perhutanan, pejabat tanah dan sebagainya yang telah diseret oleh SPRM ke mahkamah untuk diadili?

Bagaimana pula dengan kes melibatkan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Kelantan yang melibatkan puluhan ribu tanah balak sedangkan undang-undang tanah Kelantan sangat jelas, kedua-dua orang berkenaan tidak layak mendapat sebarang tanah?

Bagaimana pula dengan kes Yayasan Selangor yang sehingga kini gagal dibuka dan disiasat oleh SPRM walaupun pelbagai laporan dan memorandum telah diserahkan kepada mereka?

Terlalu banyak kemusykilan dan tanda tanya yang timbul apabila membabitkan SPRM.

26 Febuari 2015, dua orang pegawai SPRM berpangkat Penolong Penguasa telah ditangkap kerana terlibat dengan rasuah. (BACA DI SINI) Apa yang telah berlaku kepada mereka apabila kedua-dua pegawai tersebut diserahkan oleh PDRM kepada SPRM keesokan harinya selepas diambil keterangan?

Memang benar, tugas-tugas SPRM tidak boleh diganggu tetapi memandangkan apa yang berlaku, ditambah-tambah pula dengan kebocoran maklumat, menyebabkan SPRM tidak boleh terlalu berkuasa sebaliknya perlukan sebuah badan yang memantau tugas-tugasan mereka.

Maklumat-maklumat bocor tersebut boleh dipinda dan diubahsuai oleh pihak-pihak berkepentingan yang kemudian digunakan untuk menghancurkan negara ini. Malah ia akan membuka ruang lebih besar kepada campurtangan asing.

Dan melihat kepada keupayaan SPRM yang langsung lemah longlai apabila diminta menyiasat isu-isu berkaitan DAP-PKR, mengapa pula perlu dipersalahkan pihak awam yang memandang serong integriti SPRM?

Yang pasti, SPRM tidak maksum dan SPRM sendiri perlu dibersihkan!


Dari LUBANG CACING Ke Jabatan Perdana Menteri SERTA-MERTA!

Friday, 7 August 2015 · 21 comments


Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Mohammed Bahri Mohd Zin yang sebelum ini bersumpah akan mencari dan menyiasat ke lubang cacing sesiapa dari kalangan pihak atasan yang telah menyiasat dan mengarahkan penangkapan bagi memberi keterangan berhubung kebocoran maklumat, telah ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.

Turut diarahkan berpindah dan bertukar serta merta ke Pejabat Perdana Menteri adalah Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob.

Walaupun berita ini akan menimbulkan satu lagi spekulasi baru tetapi pertukaran tersebut besar kemungkinan ada kena mengena dengan 'kerjasama' yang ditunjukkan oleh DAP, PKR dan GHB kepada mereka dalam kemelut antara SPRM dan PDRM. Apatah lagi berita tentang hal berkenaan tersiar di media.

DAP Semakin Berjaya MENGANJING-ANJINGKAN PAS dan UMNO

· 6 comments



Lim Kit Siang sekarang ini merupakan orang yang paling sibuk. Di sebalik desakan agar DAP dan Lim Kit Siang sendiri mendedahkan sumber kewangan mereka, lelaki tua yang tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran pembabitannya dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 itu, semakin rancak menjadi Iblis dan Syaitan yang cuba melaga-lagakan rakyat negara ini.

Puaka tua itu cuba menjadikan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Abdul Razak yang sudah pun dimatikan pada tahun 2013 sejurus selepas PRU-13, sebagai rasuah dan penyelewengan Najib Abdul Razak.

Dan rata-rata, ramai yang termakan dengan kejahatan Lim Kit Siang dengan melihat RM2.6 bilion itu sebagai satu usaha Najib melarikan wang negara untuk kepentingan peribadinya.

Ketika pendedahan dibuat, Najib tidak menafikan kewujudan wang tersebut tetapi menafikan ianya adalah wang 1MDB sebagaimana yang ditekankan oleh Rafizi Ramli, Tony Pua dan Lim Kit Siang dengan bantuan entiti antarabangsa yang diketahui mengamalkan sikap berjahat ke atas negara ini semenjak dari zaman pentadbiran Mahathir lagi.

Menariknya, hanya Najib dan UMNO-BN sahaja yang dipersalahkan dan sangat berdosa kerana menerima sumbangan dana politik tetapi DAP dan PKR tidak boleh terkesan apa-apa. Malahan keengganan dan penentangan DAP untuk menerima usul yang membolehkan SPR memeriksa sumbangan dan dana politik, langsung tidak diperkatakan.

DAP mempunyai sumber kewangan yang sangat besar. Belum pernah sekalipun DAP berani untuk mendedahkan sumber kewangan mereka itu walaupun ada masa-masanya, mereka cuba berlaku dengan fund-raising dinner yang jumlahnya tidaklah seberapa berbanding pengeluaran dan perbelanjaan untuk aktiviti-aktiviti parti itu.

Perhatikan sahaja bagaimana DAP sanggup membuat pelaburan besar dalam beberapa isu bagi memastikan kemenangan besar dan rampasan kuasa ke atas Putrajaya, terutama menerusi penubuhan SEKOLAH DEMOKRASI, mahupun penajaan Gerakan Harapan Baru yang dipimpin oleh Mat Sabu. Sebelum itu, DAP juga menaja dan mempunyai peruntukan untuk PASMA yang dipimpin oleh Phahrolrazi Zawawi, orang yang paling kuat berangan untuk menjadi Menteri Besar Kedah dan lebih terkenal sebagai PENGKHIANAT besar ke atas Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah pada era pentadbiran PAS.

DAP sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk Gerakan Harapan Baru (GHB) merampas dan menguasai PAS terutama pada pemilihan parti dua bulan lepas. Selepas kegagalan ahli-ahli GHB merampas hierarki tertinggi dalam PAS, mereka kemudian bergabung dalam GHB yang ditaja dan didanai sepenuhnya oleh DAP. GHB selepas itu berkempen siang malam untuk menghapuskan PAS sedangkan pada masa yang sama, DAP turut berkempen siang dan malam untuk menghapuskan legasi UMNO-BN.

PAS Kawasan Kluang akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri, hari ini di Balai Islam Haji Omar Jani, Taman Ilham, Kluang. Program-program seperti ini adalah biasa bagi PAS dan PAS juga sentiasa cuba mengelak program anjuran mereka daripada bertembung dengan mana-mana program anjuran PKR atau DAP.

Namun berbeza dengan DAP yang sudah sedia busuk hati dan jahat. Sebuah program GHB dianjurkan yang sama, pada hari dan masa yang sama dengan PAS Kluang diadakan di Pusat Komuniti Kluang, di Pusat Perniagaan Tasik, Kluang, sebuah kawasan yang bermajoritikan Cina.

Difahamkan, program tersebut diketuai oleh Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang yang amat diketahui mempunyai kebencian mendalam ke atas PAS. Bekerjasama dengan Tan Hon Pin, ADUN Mengkibol yang menang dengan undi daripada ahli-ahli PAS pada PRU-13, mereka berjaya menguasai Mat Sabu dan Aminolhuda yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Johor dan ADUN PAS Parit Yaani.

GHB sebelum ini telah mengisytiharkan yang mereka akan menggerakkan kempen menghapuskan PAS bermula dari Johor. DAP juga telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkuatkan dan menggiatkan kekuatan GHB dari Johor.

Program yang diadakan oleh GHB di Kluang merupakan antara usaha untuk menunjukkan bahawa mereka lebih popular, lebih kuat dan lebih kuat sumber kewangan dan dana berbanding PAS.

Menariknya, semua ini berpangkal kepada DAP.

Dari mana DAP memperolehi sumber kewangan untuk membiayai kegiatan-kegiatan politik GHB yang sudah tentu tidak kecil modalnya? Mengapa tiada sesiapa pun yang mempersoalkan jumlah kewangan yang digunakan oleh DAP dan puncanya berbanding Lim Kit Siang persoalkan RM2.6 bilion yang berjaya diperolehi oleh Najib dan UMNO untuk aktiviti politik mereka?





BESARNYA EGO SPRM Apabila Pegawai-Pegawainya Diambil Keterangan Oleh PDRM

Thursday, 6 August 2015 · 18 comments


Kenyataan keras Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yang bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan pegawai-pegawai SPRM.

Tujuh orang pegawai SPRM telah ditahan untuk diambil keterangan berhubung kes pembocoran maklumat 1MDB dan kertas pendakwaan bocor terhadap Perdana Menteri.

Agak menarik kerana sumpah yang dibuat oleh Bahri Mohamad Zin yang sekarang ini mendapat sokongan besar daripada para pemimpin PKR dan DAP, tidak lebih daripada sekadar melambangkan keegoan besar Suruhanjaya tersebut.

Terdapat banyak kes melibatkan SPRM yang tidak diselesaikan sehingga kini. Antara tahun 2008-2013, terdapat banyak laporan tentang skandal dan salah laku melibatkan kewangan dan salahguna kuasa di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat, terutama sekali di Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Namun tidak ada satu pun, kes tersebut diselesaikan dan diumumkan. Individu yang didakwa pula, langsung tidak dibawa ke muka pengadilan. Sebaliknya SPRM pula terpaksa kalut menepis serangan daripada DAP dan PKR ekoran kematian Teoh Beng Hock, saksi penting mereka dalam skandal dan penyelewengan Ean Yong Hian Wah yang pada itu merupakan ADUN Seri Kembangan.

Begitu juga dengan isu-isu pembalakan haram, pengeluaran mineral dan pencerobohan tanah kerajaan secara haram di Kedah, Perak dan Kelantan, juga tiada sebarang tindakan daripada SPRM.

Kerap kali SPRM hanya memaparkan kejayaan mereka 'menangkap' anggota-anggota polis yang terlibat dengan kegiatan rasuah secara kecil-kecilan tetapi apabila melibatkan sindiket dan operasi perjudian haram, serta pelacuran dan sebagainya. Tiada seorang pun taukeh-taukeh besar yang mendalangi operasi pembalakan secara haram berjaya ditarik keluar dan dipaparkan oleh SPRM menerusi media terutama sekali televisyen dan media cetak.

Terlalu banyak kes melibatkan integriti SPRM sendiri.


Justeru apabila Bahri Mohamad Zin melatah sebegitu rupa, banyak persepsi negatif sekarang ini sedang berlegar-legar di kalangan rakyat awam. Yang pasti, orang ramai mempersoalkan tentang keegoan SPRM yang seolah-olah langsung tidak boleh disentuh, ditegur mahupun undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka kerana mereka adalah SPRM.

Kalau PDRM yang anggota-anggota dan pegawai-pegawainya ditangkap oleh SPRM atau diambil keterangan berhubung salahlaku dan rasuah, tidak melatah atau mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa, mengapa pula SPRM tiba-tiba jadi terlalu ego dan besar kepala?

Bukankah lebih baik sekiranya SPRM menyatakan kesanggupan mereka untuk membenarkan anggota-anggota dan pegawai-pegawai mereka disiasat bagi membuktikan bahawa SPRM lebih bersih daripada sangkaan-sangkaan awam selama ini?

Bukankah lebih baik sekiraya SPRM bersikap lebih profesional dan menyatakan bahawa mereka terbuka kepada sebarang siasatan memandangkan selama ini tiada sesiapa pun yang menyiasat ke atas SPRM, selain tidak akan melindungi para pegawainya yang telah melakukan kesalahan, bukanya mengamuk dengan membuat solat hajat agar mereka bebas bermaharajalela dan menjual nama Allah Taala?

Akhirnya SKMM Buru Pemilik Akaun Facebook Sharifah Sofia

Tuesday, 4 August 2015 · 4 comments


BEBAS TUDUHAN, 1MDB SEHARUSNYA MEMPERCEPATKAN SAMAN RAFIZI RAMLI!

· 4 comments


Kenyataan media oleh Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan

Dikeluarkan pada 4 Ogos 2015
Untuk siaran segera


1MDB bebas tuduhan

1MDB menyambut baik kenyataan yang jelas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengesahkan bahawa tiada dana daripada 1MDB dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Kami sentiasa menyatakan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan media pada 3 Julai 2015, dengan keyakinan bahawa kebenaran akan terbukti.

Bagi berterusan menyatakan sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dalam blognya semalam, merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan percubaan secara sengaja untuk menjejaskan syarikat.

Ini meskipun 1MDB telah mengeluarkan ringkasan penggunaan hutang RM42 bilion tersebut pada 3 Jun 2015, yang merupakan maklumat yang didedahkan di dalam akaun diaudit 1MDB dan boleh diperolehi umum, daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Sekali lagi kami berkongsi di sini dua infografik ringkasan tersebut.



RAFIZI Makin Besar Kepala Apabila Berjaya Perolehi Penangguhan Bicara BAFIA

Monday, 3 August 2015 · 5 comments


Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan perbicaraan kes Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dituduh mengikut Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Hakim, Datuk Yazid Mustafa, membenarkan pemohonan tersebut dengan alasan untuk berlaku adil dalam pendengan kes terhadap tertuduh mengikut Perlembagaan.

“Perbicaraan yang akan bermula pada 10 Ogos akan ditangguh sehingga pendengaran untuk menangani isu-isu perlembagaan didengar terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Peguam Rafizi, N. Surendran dalam hujahan beliu berkata, Seksyen 87 (2) Akta BAFIA bertentangan dengan hak yang termaktub dalam Perlembagaan kerana tertuduh dipaksa memberi jawapan apabila soal pihak penyiasat.

“Tidak ada hak untuk menutup mulut di bawah Seksyen 87 (2). Ia berbeza dengan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan seseorang untuk enggan menjawab,” katanya.

Pada 19 Jun lalu, Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan Rafizi yang mencabar Perlembagaan BAFIA.

Rafizi, 38, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Mohamad Salleh kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Akta BAFIA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Rafizi merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta BAFIA.

Mampukah Tindakan Penguatkuasaan Diambil Ke Atas Tian Chua dan Sim Tze Tzin Yang Terang-Terang Melakukan Fitnah dan Putarbelit Media Sosial!

Sunday, 2 August 2015 · 6 comments


Tian Chua menyebarkan pembohongan dengan menfitnah dan memperlekehkan PDRM apabila dikatakan gagal mendapatkan reman untuk menyoal siasat Rashpal Singh dan Jessica Sidhu berhubung pembabitan mereka dengan Sarawak Report.

Ketua Polis Negara terpaksa mengeluarkan kenyataan di Twitter dengan menafikan pembohongan Tian Chua dan selain menyebut tweet yang dibuat oleh Tian Chua itu adalah dalam usaha untuk mewujudkan kekeliruan kepada orang ramai.

Tian Chua amat diingati kerana keterkaitannya dengan peristiwa Lahad Datu yang telah mengorbankan 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Menyifatkan peristiwa Lahad Datu sebagai 'SANDIWARA UMNO', Tian Chua langsung tidak memberikan sebarang ulasan berhubung kematian dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang telah dibunuh oleh lanun-lanun Suluk.

Tiada sebarang tindakan ke atasnya dan Tian Chua terus bercakap besar selain bebas melakukan fitnah.

PKR tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang kuat melakukan fitnah demi meraih sokongan dan menyemarakkan kebencian. Sama seperti DAP yang cukup kreatif mencipta fitnah seperti Nga Kor Ming, salah seorang tukang pereka fitnah PKR adalah Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru.

Dengan menggunakan Facebook, Sim Tze Tzin menggunakan sekeping gambar yang telah disiarkan oleh Sinar Harian pada 20 Mac 2013 yang memaparkan bekas Peguam Negara, Ghani Patail dikawal oleh seorang anggota keselamatan bersenjata.

Sim Tze Tzin cuba mengambil kesempatan melakukan fitnah dengan cubaan menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada PDRM selain Kerajaan apabila bekas Peguam Negara, Ghani Patail digambarkan sedang ditangkap dengan menggunakan anggota keselamatan yang lengkap bersenjata sebaik-baik sahaja dia dipecat daripada jawatan Peguam Negara.

Sim Tze Tzin dengan bermodalkan gambar lama yang langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang diperkatakannya, cuba menggambarkan bagaimana kekejaman kerajaan dengan menggunakan PDRM untuk menghapuskan sebarang penentangan atau cubaan menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak.


Tindakan seharusnya dikenakan ke atas Sim Tze Tzin. Orang politik sepertinya seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada rakyat awam. Apatah lagi dia adalah seorang Ahli Parlimen. Sepatutnya orang sepertinya tidak menunjukkan contoh bagaimana matlamat menghalalkan cara termasuklah dengan melakukan fitnah.

Sehubungan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa tindakan tidak akan disusuli terlebih dahulu dengan amaran bagi pihak yang melakukan fitnah dan putarbelit media, Sim Tze Tzin seharusnya dikenakan tindakan bersama-sama dengan Tian Chua kerana objektif mereka sangat jelas iaitu melakukan fitnah dan fitnah tersebut bertujuan untuk mewujudkan ketidaktenteraman dan ketidakstabilan di negara ini.

Kita mengharapkan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri baru Malaysia tidak mengulangi amaran berulang kali tanpa sebarang tindakan tegas yang amat diperlukan dalam mendisiplinkan dan menjaga keselamatan negara ini daripada sebarang anasir subversif yang tidak lagi menggalas senjata di dalam hutan tetapi sebaliknya menggunakan keyboard komputer atau telefon pintar mereka untuk mewujudkan ketakutan dan ancaman nasional.

SESB BUTA MATA: Berapa Ramai Lagi Yang Perlu Mati Kerana CURI ELEKTRIK Di Sandakan dan Seluruh Sabah?

· 2 comments


20 Julai, anggota bomba bernama Apolos Jeremos, 25, dari Kampung Entilibon, Tongod maut ketika menjalankan tugas memadamkan kebakaran belukar apabila terkena renjatan elektrik di Taman Kenari Batu 7 di Sandakan.

Mangsa terkena renjatan elektrik daripada pendawaian yang disambung secara haram di kawasan rumah setinggan berhampiran taman perumahan itu. Dia meninggal di tempat kejadian dan meninggalkan seorang balu yang sedang hamil lima bulan.





Sandakan merupakan antara daerah yang menjadi sasaran pendatang asing untuk berkumpul, berhabitat dan membiak. Selain daripada masalah sosial melibatkan jenayah kekerasan, Sandakan juga menampilkan satu lagi masalah besar yang perlu ditanggung oleh keseluruhan rakyat Sabah dan kerajaan negeri sendiri iaitu pencurian elektrik.

Dengan kewujudan setinggan-setinggan di Sandakan yang didirikan oleh warga asing, isu mencuri elektrik selain persekongkolan orang tempatan untuk jenayah ini, dilihat seperti satu barah yang gagal ditangani oleh pihak berkuasa di Sabah.

Perbuatan mencuri elektrik telah pun mengorbankan seorang anggota bomba yang cuba menyelamatkan penduduk daripada kebakaran.




Gambar-gambar berikut dirakamkan di kampung setinggan Kampung Dato Pengiran Galpam Sandakan. Setakat ini, tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa mahupun SESB untuk menangani masalah kecurian elektrik yang dilakukan oleh pendatang asing.

Ada ramai yang merungut, SESB begitu pantas mengambil tindakan memotong bekalan elektrik ke rumah-rumah 'halal' apabila terlewat membayar bil, tetapi seperti buta, pekak, bodoh dan bengong apabila membabitkan kawasan setinggan dan penyambungan elektrik secara haram.

Perhatikan bagaimana wayar bumi yang berjuntaian dalam gambar yang disertakan. Masakan penguatkuasan SESB langsung tidak nampak? Takkan telinga mereka tidak mendengar rungutan daripada orang awam dan tempatan? Masakan mereka berlagak bodoh dengan konon-kononnya tidak mengetahui bahawa wayar-wayar yang melintang dan berjuntai itu adalah wayar-wayar api dalam kes penyambungan elektrik secara haram? Adakah mereka terlalu bengong dengan persepsi awam yang mengandaikan sebilangan penguatkuasa SESB mendapat bayaran cara haram daripada penduduk setinggan dan pendatang haram yang mendiami kawasan berkenaan memandangkan tiada sebarang tindakan dilakukan menangani masalah kecurian dan pembekalan elektrik haram ini?

DEMONSTRASI Tak Menjadi, Anarkis Persoalkan Kenapa Mereka Ditangkap Sedangkan Mereka Perjuangkan Negara

Saturday, 1 August 2015 · 9 comments



Polis menahan kira-kira 20 peserta Himpunan #TangkapNajib yang melakukan provokasi di perkarangan pusat membeli belah Sogo di sini, sebentar tadi.

Antara yang ditahan termasuk Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda, Safwan Anang.

Himpunan yang disertai ratusan peserta itu telah dikawal polis yang mengarahkan peserta mengosongkan lokasi berkenaan.

Pihak polis juga telah menutup kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman dari persimpangan Sogo ke Dataran Merdeka sebagai langkah awal keselamatan.

Berikut adalah senarai mereka yang telah ditangkap dan ditahan: 





Azira Aziz  
Marwan 
Md Ashraff 
Ahmad Nazrin 
Sidiqin Omar 
Jay Jay Denis 
Merico 
Mohammad afiq arif 
Muslim aqil 
Mohamad Khomaimei bin mansor





Amir hadiri bin Abd Hadi 
Tan Kar Hing 
Afzainizam b. Abdul Rahman-
Chang Lih Kang 
Nashita Md Noor 
Asiah bad Latif anak kepada Nashita, 14 tahun
Valerian Mohan Das a/p Chandra Mohan,





Rozan Azen Mat Rasip 
Er Teck Hwa 
Annie ooi Siew lan 
Sylvester Lenin de Silva 
Noor rashid bin Amirdin 
Fong mei li 
Saw Hock Hin 


Sementara itu dalam isu yang berasingan, polis gagal memperolehi reman untuk menahan Tan Sri Rashpal Singh dan Jessica Sidhu.

TAN SRI Bersabit Pembocoran Maklumat 1MDB Yang Ditangkap Bukan Ghani Patail

· 1 comments

Gambar hiasan
 
Polis hari ini menafikan khabar angin bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditahan polis pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, berkata perkara itu hanya khabar angin.

"Jangan buat andaian dan spekulasi yang tidak sihat, ..ia akan menimbulkan situasi yang tidak baik.

"Jika benda ini benar, kami (polis) akan maklumkan kepada semua," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa bekas peguam negara itu ditahan polis pagi ini. Pada Selasa lalu, perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan dan digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Gambar hiasan

Sementara itu...


Seorang lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi individu terbaru ditangkap dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Turut ditahan, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara (AG).

The Star hari ini melaporkan penahanan itu dibuat ada kaitan dengan siasatan dibuat pasukan petugas khas yang dipertanggungjawabkan meneliti isu 1MDB dan dikaitkan dengan perdana menteri.

Pasukan petugas khas itu dianggotai pegawai dari SPRM, Bank Negara Malaysia dan diselaraskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Siasatan dijalankan apabila timbul dakwaan berlaku pengaliran dana 1MDB ke akauan persendirian milik Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun siasatan dilihat tergendala apabila Tan Sri Abdul Gani Patail digugurkan daripada jawatannya sebagai Peguam Negara.

Gambar hiasan

Portal MYKMU melaporkan, mereka yang ditahan ialah bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh, dan warganegara Singapura bernama Jessica Kaur Singh yang bertugas di bahagian Anti-Money Laundering di Jabatan Peguam Negara.

Isnin lalu, portal Malaysia-Today mendakwa bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh membocorkan maklumat mengenai siasatan pasukan petugas khas terhadap laman sesawang Sarawak Report.

Bagaimanapun SPRM menafikan dakwaan terbabit dengan menyatakan Rashpal tidak mempunyai sebarang akses langsung kerana ketika ini beliau bukan anggota penasihat agensi antirasuah itu.

Sementara itu Malaysia-Today pernah mendakwa pejabat Peguam Negara sudah tidak selamat kerana melantik warganegara Singapura, Jessica Gurmet Kaur D/O Nashtar Sigh sebagai salah seorang pegawainya.

Jessica merupakan warganegara Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap Malaysia dan dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ahli politik Pakatan Rakyat.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks