CERITA SEBENAR Yang Menyayat Hati Tentang Ibu Firdaus Dullah Yang Ditemui Kurus Kering Di Dalam Bilik Tidak Bertingkap Di Nilai!

Tuesday, 24 June 2014

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama .Tak rugi pun kita, lagi untung ada.


5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

48 comments:

  1. Sibuk dan miskin mana sekalipun tak kan dia tak da masa nak membersihkan budak tu sampai bergelumang tahi dan baju koyak rabak...tak faham mcm mana smpai gitu sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga masih tidak dpt menerima alasan pembelaan rakan2 puan lola itu. mrk hidup disebuah negara maju spt malaysia. pndpt sy, puan lola ini tak mahu berkongsi kesusahan dgn org lain, sanggup pula dia melihat anak dia menjadi kering kontang diabaikan dgn air kencing dan taik sendiri, SIKAP ORG YG SAYANGKAN ANAKKAH ITU???? kalau dia mengadu atau bertanya kpd orang ramai, pasti akn ada yg akn menunjukkan jln bantuan kpd dia dgn taraf OKU anak dia tu. PD SY PUAN LOLA NI EEEEGGGGGGOOOOOOO

      Delete
    2. Pada pendapat sy, akal wanita sangat rapuh. Dengan segala bebanan hutang dan kos sara hidup 3 beranak yang ditanggung beliau tanpa suami dan keluarga terdekat memburukkan lagi keadaan.

      Mungkin ini cara Allah membantu beliau keluar dari masalah. Memberi bantuan & sokongan lebih baik. Anak-anak beliau memerlukan beliau.

      Bagi saya beliau lebih elok daripada mereka yang melakukan pembuangan bayi. Jangan menzalimi orang lain. Lebih2 lagi sesama Islam. Hanya Allah maha mengetahui.

      Delete
  2. satu pencerahan yang baik. menepati saranan Allah swt supaya memastikan maklumat sesuatu berita sebelum membuat kesimpulan. acapkali terjadi kita membuat kesimpulan tanpa maklumat yang lengkap. akibatnya kita menjzalimi diri kita dan orang lain. syabas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia Malaysia skrg adalah dunia persepsi yg lebih mendapat tempat drpd realiti. Lihatlah apa jua isu yg berlegar di sekeliling kita, org akan mempercayai persepsi dari kebenaran..

      Delete
  3. difahamkan si ibu menghidap penyakit jiwa.

    ReplyDelete
  4. Mengapa kamu semua tidak ungkit tentang bapa kandung Firdaus? Seandainya ia masih hidup, maka bapa si Firdausah patut dicemuh dan di maki hamun kerana tidak bertanggungjawab atas kebajikan anak kandungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, nafkah anak tetap tanggungan bapa, bukan ibu

      Delete
  5. Maaf...alasan tidak diterima...

    ReplyDelete
  6. yang banyak mencemuh di sana sini, begitu dan begini, kalau dapat anak yang kurang upaya macam lola, entah sanggup jaga sendiri atau tidak. sekurang-kurangnya lola terus jaga anaknya sendiri setakat kemampuannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg kena bilang jaga? Kurung anak trus tdk bagi makan dan minum? Trus biarkan anak d bilik yg ada najis kencing sampah sarap smua? Itu? Jaga? Serious? Nonsense.

      Delete
  7. SEKADAR INGIN BERTANYA....
    LEMBAGA PUNGUTAN ZAKAT BUAT APA ?
    DUIT BERJUTA JUTA NAK BUAT APA ?
    SEPATUTNYA PEGAWAI ZAKATYANGTAMPIL DAHULU SEBELUM MENTERI DATANG....
    APAKAH AMANAH DALAM SISI ISLAM
    APAKAH AMANAH JABATAN PUNGUTAN ZAKAT......TIADA ASNAF KAH FIDAUS INI...

    ReplyDelete
  8. Sukar bg kita yg x menerima ujian sedemikian. Sebelum menghukum, ada baiknya kita bersholat taubat dan diikuti sholat hajat memohon petunjuk Illahi akan duduk perkara sbnarnya. Kemudian, lakukn tindakan kita secara individu i.e. membuat infak dsb.

    ReplyDelete
  9. Minta maaf laa...susah saya nak percaya alasan semacam ini. Kalau la Cik Lola tu letak anak dia tepi jalan pun masyarakat akan kutip dia dan hantar ke Jabatan Masyarakat utk pembelaan. Ada yg saya tahu seorang nenek tua yg sanggup jaga cucu2 dia yg cacat sambil kerja mengambil upah semata2 membela cucu2 dia...tanpa facebook...tanpa makeup...tanpa tudung bling2...Cik Lola skrg cuba mengambil kesempatan menagih simpati masyarakat melalui anak OKU yg dia sendiri aniaya. Kita mencemuh bukan dgn mata dan hati yg buta...kita mencemuh atas sifat kebinatangan membiarkan anak yg tak mampu nak berdikari terseksa akibat perbuatan ibu yg kejam mcm nie...Mulut bleh la cakap jaga tapi tidak dgn perbuatan dia...sorry laa...aku cadangkan dia ditahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan gila..membusuk dineraka jahanam...astaqfirullah dengan alasan apapun lebih baik anaik diberikan kepada orang lain daripada disiksa begitu, menetes airmata melihat adik firdaus

      Delete
    2. Sedangkan nabi ampunkan, inikan kita manusia biasa, tak lari dr dosa, mmg apa yg lola buat itu salah, tp tetap, perkataan dan tingkah laku kita mesti dijaga. Perkataan yg keluar dr mulut seseorang mencerminkan peribadinya..

      Delete
  10. cakap , pendapat ,cacian biasalah tapi jika kita ditempat Dia bagaimana
    yes perbuatan nya dianggap salah tapi , kita juga salah mengabaikan tanggung jwp sesama manusia

    ReplyDelete
  11. Kat kampung aku ada budak oku (Islam) lebih kurang macam remaja ni. Bapa ada masalah dadah, keluar masuk pusat.
    Persatuan gereja ada bagi bantuan kerusi roda. Orang putih yang datang sendiri serahkan kerusi roda pada keluarga ni.
    Mungkin kita sibuk memperbetulkan orang lain, sedangkan kita terlupa perkara asas. Apa la aku nak besok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Aku setuju. Orang kampung kamu sepatutnya ambil tindakan. Bukan biar orang putih tu.

      Delete
  12. Tahun INI Kita Bayar zakat terus kat firdaus

    ReplyDelete
  13. Saya setuju walau apa pun kita tiada hak hendak memaki hamun.Saya setuju sebelum sebarang kenyataan dibuat siasatan terperinci hendaklah dibuat.Penulis minta tulisannya ini dishare persoalannya adakah penulis sendiri sudah jalankan siasatan terperinci terhadap perkara berikut?
    1.Tempat tinggal puan Lola
    2.Lokasi sebenar adik firdaus dikurung dan kenapa keadaannya begitu menjijikkan.
    3.Bekas pengasuh bila kali terakhir bertemu adik firdaus
    4.Kenal pasti majikan pn lola dan dari situ segala maklumat bolih diperolihi mengenai pn lola.
    5.Mengapa adik firdaus tidak dapat bantuan dari JKM dan majikan pn lola sdgkan pn lola adalah wargenegara.
    6.Siapakah jiran sekeliling pn lola
    7.Siapa dan di mana suami pn lola
    Kalau penulis betul lkhlas tlg lah siasat perkara di atas biar kami tidak tersalah anggap.Walau apapun keadaan adik firdaus spt itu sy tidak dpt menerima krn kita berada di negara yg aman makmur.Peminta sedekah dari luar negara kaya raya menagih simpati di negara kita.

    ReplyDelete
  14. Kat kg aku Pulak ada satu famili Islam yg bercerai, anak terbiar di jaga oleh ayah mereka yg tidak bekerja. Yg datang bantu siapa......persatuan Buddha. Mereka dapat tahu yg famili ni tak mampu bayar yuran. Tolong beli keperluan asa dan bayar yuran sek dan mcm2 lagi. Jadi moral of the story, orang lain yg dtg bantu. Kita masih tak tahu menahu pun ada orang susah dekat dengan kita atau kita buat dek je atau ala biarlah nanti ada orang lain tolong atau lantak lah buat apa nak susahkan diri atau........sendiri mau ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya....orang kampung kamu tu memang tak patut. Biar orang Buddha datang bantu. Kamu juga!!!

      Delete
  15. Bantu la ibu Firdaus ni, bagi up kan kehidupan dia. Bagi kerja yg masa flexible, kerja sekerat hari ke.
    Bagi kaunseling sikit. Firdaus tu biar la mak dia jaga.

    ReplyDelete
  16. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    Kena hidupkan balik konsep..Jaga tepi kain orang.

    ReplyDelete
  17. Tengok baju mak ngan anak mcm langit ngan lahar bumi,jgnla nak tegak benang yg basah anjing nya kandang lg bersih hampas punya ibu,please jgn la nak bela blur

    ReplyDelete
  18. kita tengok dulu, tapi setakat ni susah nak yakin, kebaikan ibunya kerana budak ini ditinggalkan dalam keadaan sangat terbiar dan kebuluran. sedangkan dia sendiri ada facebook dan muat turun gambar happy dia. atau betul juga kut kata orang mak dia sakit jiwa. kalau yang ini bolehlah kitra maafkan.

    ReplyDelete
  19. Setuju dgn anon 20:03. Dimanakah pegawai pusat zakat? Dimana pegawai jabatan kebajikan masyarakat? Jgnlah bagi alasan tiada laporan yg diterima. Tuan-tuanlah yg sepatutnya bertindak proaktif. Bukannya mencari alasan dan janganlah mencari publisiti murahan dengan muncul di kaca tv dan memberikan komen yg klise...alahai jab. Kebajikan masyarakat dan pusat zakat.

    ReplyDelete
  20. Alasan tak boleh dipakai.
    Muhammad Kamal Zawari, sila pergi siasat dan bertanyakan rakan-rakan sekerjanya di KLIA sebelum simpati tidak bertempat. Bayangkan emak yang bekerja di Catering untuk penerbangan MAS,tiada makanan untuk di bawa balik untuk anaknya?

    ReplyDelete
  21. Kita membandingkan kesusahan org lain dgn Cik Lola nie dgn cara yg tak adil. Susah mana pon...miskin mana pon..apa yg ada kt si ibu sama dgn kt anak...kita bleh beza...kalau si anak kurus kering...si ibu dua kali ganda kurus kering..kalau anak baju koyak rabak...si ibu mesti koyak rabak jugak...tapi dlm kes cik Lola nie...ibu segar bugar...anak2 yg lain segar bugar...cuma yg satu nie je mcm terbiar tak terurus..apatah lagi OKU...sepatutnya dijaga elok2...bukan bergelumang najis kencing dan berbaju reput...common la..nak salahkan masyarakat...kalau cik Lola tu tinggalka dia kt tepi jalan pun org ramai akan kutip bawak ke jabatan masyarakat...mana ada kejam sgt cik Lola ooi...tak payah isi borang..tak payah kata apa pun...jgn sedap2 nak kata kalau kita kt tempat dia yg kita akan wat menda yg sama....takde laa...sekurang2 nya kita akan hantar ke tempat yg terbela utk anak OKU tu...so tak payah nak tegakkan benang basah utk cik Lola...

    ReplyDelete
  22. Maaf, sya tdk menerima alasan ni..sya bkn org bodoh yg boleh diperbodohkan bgtu sahaja..kalau mmg lah ibu Firdaus tu tdk mampu jd knpa di fb ibu dia gmbar profile picture siap make up dgn tudung bling2? Itu? Yg kna ckp tdk mampu tu? Tdk masuk akal langsung..kalau sdh tau salah tu mengaku lah, tdk paya buat2 alasan, minta simpati apa smua benda tu. Skrg baru menyesal...hmm

    ReplyDelete
  23. keluarga Lola terlalu miskin sehingga beli baju pun tak mampu ? ...lihat Fb maknya pakai baju lawa2 , tudung bling bling, ada bedak gincu ! mampu pula ?

    maknya terlalu sayang ? tapi masa budak tu dijumpai gaya macam budak hutan, kotor ..baju koyak rabak macam bertahun tak ganti, bilik macam kandang kucing kotor sekotor-kotornya, macam ni kah sayang ?
    tak payah la terlalu membela puan Lola , dimana ada kemahuan disitu ada jalan ! Lola kata dia tak tahu macamana nak hubungi jabatan kebajikan, napa tak tanya kawan2 ?

    pendek kata , dimana ada kemahuan disitu ada jalan , hendak seribu daya tak hendak sejuta dalih ,

    paling mudah, minta jabatan kebajikan hantar Lola sekeluarga balik sabah, kerana di Sabah mereka masih punya ramai keluarga , abang adik sepupu semua ada , buat apa tinggal di semenanjung menyeksa diri ?

    ReplyDelete
  24. macamana puast zakat dan jabatan kebajikan tahu ada budak kes macam ni kalau ..

    a] maknya tak pernah bagitahu pihak berkenaan
    b] tak tanya orang bagaimana nak buat
    c] anak tu dikurung, disembunyikan dari orang ramai
    d] nasib baiklah ada operasi , kalau tak alamat mati budak tu terseksa lapar haus berselimut kekotoran dalam tu ..

    pusat zakat tak mampu tanya dan cari dari rumah ke rumah utk cari kes begini, jabatan kebajikan pun tak mampu cari dari rumah ke rumah seluruh negara ...
    tanggungjawab pada maknya, atau pada jiran2nya utk lapor supaya PPZ atau JKM ambil tindakan

    alasan pembelaan tak lojik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul dan saya setuju sangat. Janganlah asyik nak salahkan JKM dan Lembaga Pungutan Zakat saja. Mak dia sendiri sembunyikan keadaan anaknya drpd pengetahuan orang ramai,
      lepas tu expect JKM dan LPZ ada kebolehan luarbiasa utk detect orang yg terabai.

      Delete
  25. Mak tudung bukan main mahal tp anak dibiar bergelumang tahi, baju koyak rabak tak bagi makan, adakah anak itu ditinggalkan untuk mati? mengapa ada usaha2 terancang untuk membersihkan nama mak dia? instigfarlah admin blog ni

    ReplyDelete
  26. Sukar bg akal yg waras utk menerima alasan 'kesusahan hidup orangtuanye' yg mnjadikan keadaan adik firdaus sampai macam tu sekali.. melainkan kalau mak firdaus ni ada gangguan mental(allahualam).. Apapun,doa yg terbaik utk adik firdaus..

    ReplyDelete
  27. Kalau korang check la fb mak firdaus ni, Imashima Lola..ada status dia tu..dia update psl kereta mengatakan bahawa kereta tu rosak ka atau takde minyak...so dia tak dpt pg kerja.. Dia update stat dia tu bilan 5 kalau tdk silap..so skrg ni? Mampu ke tidak mampu? Haaa

    ReplyDelete

  28. BUKAN SEMUA ORANG ADA FB. GUNA FB KENA PAKAI TIPON CANGGIH. YG CANGGIH BUKAN MURAH HARGANYA. MELIHAT KEADAAN ADEK INI SEMASA DITEMUI TIDAK MASUK AKAL.
    INSAFLAH. TUHAN MENJADIKAN KEADAAN ADEK INI BEGINI ADALAH DUGAAN KEPADA KITA. TERUTAMA KPD YG HAMPIR DGN ADEK INI. KENAPA DIABAIKAN ?

    ReplyDelete
  29. Keputusan hospital.menunjukkan makanan dimakan oleh firdaua sudah berusia 3 bulan...maknanya dan 3 bulan dia ditinggalkan seblum diselamatkan.

    ReplyDelete
  30. Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN, Phone: 03-6274 5352
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK


    ReplyDelete
  31. Alasan sibuk bekerja menampung keluarga tak boleh dijadikan sebab anak terabai.Ramai lagi para ibu yg lain sibuk bekerja siang malam mampu menjaga anak. Badan arwah Firdaus teramat cengkung ibarat berbulan dan mungkin bertahun tidak diberi makan dan minuman yg secukupnya. Dia menahan kelaparan manakala ibunya gempal...cukup makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sngat dgn pencerahan nih.. ini cuma alasan yang tidak masuk akal cuba meminta simpati pada org ramai. . .
      #Al FATIHAH buat arwah adik Firdaus , semoga ditempatkan bersama org2 yang Soleh :'(

      Delete
  32. Alasan sibuk bekerja bukan penyebab anak terabai hingga kurus cengkung tanpa diberi makan dan pakaian yg bersih. Pakaian yg dipakai firdaus ini sudah cukup menunjukkan bertahun dia tidak bertukar baju. Susuk badan firdaus sudah terbukti dia tidak diberi makan walaupun ibu nya beri seribu alasan.

    ReplyDelete
  33. Ya Allah.. langsung tak ade logik betul hujah2 dia membela puan lola tu..alfatihah buat adik firdaus..

    ReplyDelete
  34. gak masuk akal miskin sampai kurus kering gitu...kenapa emaknya segar dan gemuk banyak makan?

    ReplyDelete
  35. c bodoh nak backup c bodoh.ok le tu dua dua bodoh

    ReplyDelete

CERITA SEBENAR Yang Menyayat Hati Tentang Ibu Firdaus Dullah Yang Ditemui Kurus Kering Di Dalam Bilik Tidak Bertingkap Di Nilai!

Tuesday, 24 June 2014 ·

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama .Tak rugi pun kita, lagi untung ada.


5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

48 comments:

Anonymous said...
24 June 2014 at 18:59  

Sibuk dan miskin mana sekalipun tak kan dia tak da masa nak membersihkan budak tu sampai bergelumang tahi dan baju koyak rabak...tak faham mcm mana smpai gitu sekali

Anonymous said...
24 June 2014 at 19:10  

saya juga masih tidak dpt menerima alasan pembelaan rakan2 puan lola itu. mrk hidup disebuah negara maju spt malaysia. pndpt sy, puan lola ini tak mahu berkongsi kesusahan dgn org lain, sanggup pula dia melihat anak dia menjadi kering kontang diabaikan dgn air kencing dan taik sendiri, SIKAP ORG YG SAYANGKAN ANAKKAH ITU???? kalau dia mengadu atau bertanya kpd orang ramai, pasti akn ada yg akn menunjukkan jln bantuan kpd dia dgn taraf OKU anak dia tu. PD SY PUAN LOLA NI EEEEGGGGGGOOOOOOO

berasiam said...
24 June 2014 at 19:10  

satu pencerahan yang baik. menepati saranan Allah swt supaya memastikan maklumat sesuatu berita sebelum membuat kesimpulan. acapkali terjadi kita membuat kesimpulan tanpa maklumat yang lengkap. akibatnya kita menjzalimi diri kita dan orang lain. syabas.

Anonymous said...
24 June 2014 at 19:23  

difahamkan si ibu menghidap penyakit jiwa.

Anonymous said...
24 June 2014 at 19:39  

Mengapa kamu semua tidak ungkit tentang bapa kandung Firdaus? Seandainya ia masih hidup, maka bapa si Firdausah patut dicemuh dan di maki hamun kerana tidak bertanggungjawab atas kebajikan anak kandungnya.

Anonymous said...
24 June 2014 at 19:50  

Maaf...alasan tidak diterima...

Anonymous said...
24 June 2014 at 19:59  

yang banyak mencemuh di sana sini, begitu dan begini, kalau dapat anak yang kurang upaya macam lola, entah sanggup jaga sendiri atau tidak. sekurang-kurangnya lola terus jaga anaknya sendiri setakat kemampuannya.

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:03  

SEKADAR INGIN BERTANYA....
LEMBAGA PUNGUTAN ZAKAT BUAT APA ?
DUIT BERJUTA JUTA NAK BUAT APA ?
SEPATUTNYA PEGAWAI ZAKATYANGTAMPIL DAHULU SEBELUM MENTERI DATANG....
APAKAH AMANAH DALAM SISI ISLAM
APAKAH AMANAH JABATAN PUNGUTAN ZAKAT......TIADA ASNAF KAH FIDAUS INI...

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:10  

Sukar bg kita yg x menerima ujian sedemikian. Sebelum menghukum, ada baiknya kita bersholat taubat dan diikuti sholat hajat memohon petunjuk Illahi akan duduk perkara sbnarnya. Kemudian, lakukn tindakan kita secara individu i.e. membuat infak dsb.

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:12  

Minta maaf laa...susah saya nak percaya alasan semacam ini. Kalau la Cik Lola tu letak anak dia tepi jalan pun masyarakat akan kutip dia dan hantar ke Jabatan Masyarakat utk pembelaan. Ada yg saya tahu seorang nenek tua yg sanggup jaga cucu2 dia yg cacat sambil kerja mengambil upah semata2 membela cucu2 dia...tanpa facebook...tanpa makeup...tanpa tudung bling2...Cik Lola skrg cuba mengambil kesempatan menagih simpati masyarakat melalui anak OKU yg dia sendiri aniaya. Kita mencemuh bukan dgn mata dan hati yg buta...kita mencemuh atas sifat kebinatangan membiarkan anak yg tak mampu nak berdikari terseksa akibat perbuatan ibu yg kejam mcm nie...Mulut bleh la cakap jaga tapi tidak dgn perbuatan dia...sorry laa...aku cadangkan dia ditahan...

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:20  

cakap , pendapat ,cacian biasalah tapi jika kita ditempat Dia bagaimana
yes perbuatan nya dianggap salah tapi , kita juga salah mengabaikan tanggung jwp sesama manusia

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:29  

Kat kampung aku ada budak oku (Islam) lebih kurang macam remaja ni. Bapa ada masalah dadah, keluar masuk pusat.
Persatuan gereja ada bagi bantuan kerusi roda. Orang putih yang datang sendiri serahkan kerusi roda pada keluarga ni.
Mungkin kita sibuk memperbetulkan orang lain, sedangkan kita terlupa perkara asas. Apa la aku nak besok.

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:33  

Tahun INI Kita Bayar zakat terus kat firdaus

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:40  

Saya setuju walau apa pun kita tiada hak hendak memaki hamun.Saya setuju sebelum sebarang kenyataan dibuat siasatan terperinci hendaklah dibuat.Penulis minta tulisannya ini dishare persoalannya adakah penulis sendiri sudah jalankan siasatan terperinci terhadap perkara berikut?
1.Tempat tinggal puan Lola
2.Lokasi sebenar adik firdaus dikurung dan kenapa keadaannya begitu menjijikkan.
3.Bekas pengasuh bila kali terakhir bertemu adik firdaus
4.Kenal pasti majikan pn lola dan dari situ segala maklumat bolih diperolihi mengenai pn lola.
5.Mengapa adik firdaus tidak dapat bantuan dari JKM dan majikan pn lola sdgkan pn lola adalah wargenegara.
6.Siapakah jiran sekeliling pn lola
7.Siapa dan di mana suami pn lola
Kalau penulis betul lkhlas tlg lah siasat perkara di atas biar kami tidak tersalah anggap.Walau apapun keadaan adik firdaus spt itu sy tidak dpt menerima krn kita berada di negara yg aman makmur.Peminta sedekah dari luar negara kaya raya menagih simpati di negara kita.

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:42  

Kat kg aku Pulak ada satu famili Islam yg bercerai, anak terbiar di jaga oleh ayah mereka yg tidak bekerja. Yg datang bantu siapa......persatuan Buddha. Mereka dapat tahu yg famili ni tak mampu bayar yuran. Tolong beli keperluan asa dan bayar yuran sek dan mcm2 lagi. Jadi moral of the story, orang lain yg dtg bantu. Kita masih tak tahu menahu pun ada orang susah dekat dengan kita atau kita buat dek je atau ala biarlah nanti ada orang lain tolong atau lantak lah buat apa nak susahkan diri atau........sendiri mau ingat.

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:48  

Bantu la ibu Firdaus ni, bagi up kan kehidupan dia. Bagi kerja yg masa flexible, kerja sekerat hari ke.
Bagi kaunseling sikit. Firdaus tu biar la mak dia jaga.

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:50  

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Kena hidupkan balik konsep..Jaga tepi kain orang.

Anonymous said...
24 June 2014 at 20:58  

Tengok baju mak ngan anak mcm langit ngan lahar bumi,jgnla nak tegak benang yg basah anjing nya kandang lg bersih hampas punya ibu,please jgn la nak bela blur

Anonymous said...
24 June 2014 at 21:22  

kita tengok dulu, tapi setakat ni susah nak yakin, kebaikan ibunya kerana budak ini ditinggalkan dalam keadaan sangat terbiar dan kebuluran. sedangkan dia sendiri ada facebook dan muat turun gambar happy dia. atau betul juga kut kata orang mak dia sakit jiwa. kalau yang ini bolehlah kitra maafkan.

Anonymous said...
24 June 2014 at 21:29  

Ya....orang kampung kamu tu memang tak patut. Biar orang Buddha datang bantu. Kamu juga!!!

Anonymous said...
24 June 2014 at 21:31  

Ya. Aku setuju. Orang kampung kamu sepatutnya ambil tindakan. Bukan biar orang putih tu.

Anonymous said...
24 June 2014 at 21:59  

Setuju dgn anon 20:03. Dimanakah pegawai pusat zakat? Dimana pegawai jabatan kebajikan masyarakat? Jgnlah bagi alasan tiada laporan yg diterima. Tuan-tuanlah yg sepatutnya bertindak proaktif. Bukannya mencari alasan dan janganlah mencari publisiti murahan dengan muncul di kaca tv dan memberikan komen yg klise...alahai jab. Kebajikan masyarakat dan pusat zakat.

Jebon Jenglot said...
24 June 2014 at 22:30  

Ini semua salah rosmah

Anonymous said...
24 June 2014 at 22:31  

Alasan tak boleh dipakai.
Muhammad Kamal Zawari, sila pergi siasat dan bertanyakan rakan-rakan sekerjanya di KLIA sebelum simpati tidak bertempat. Bayangkan emak yang bekerja di Catering untuk penerbangan MAS,tiada makanan untuk di bawa balik untuk anaknya?

Anonymous said...
24 June 2014 at 23:09  

Kita membandingkan kesusahan org lain dgn Cik Lola nie dgn cara yg tak adil. Susah mana pon...miskin mana pon..apa yg ada kt si ibu sama dgn kt anak...kita bleh beza...kalau si anak kurus kering...si ibu dua kali ganda kurus kering..kalau anak baju koyak rabak...si ibu mesti koyak rabak jugak...tapi dlm kes cik Lola nie...ibu segar bugar...anak2 yg lain segar bugar...cuma yg satu nie je mcm terbiar tak terurus..apatah lagi OKU...sepatutnya dijaga elok2...bukan bergelumang najis kencing dan berbaju reput...common la..nak salahkan masyarakat...kalau cik Lola tu tinggalka dia kt tepi jalan pun org ramai akan kutip bawak ke jabatan masyarakat...mana ada kejam sgt cik Lola ooi...tak payah isi borang..tak payah kata apa pun...jgn sedap2 nak kata kalau kita kt tempat dia yg kita akan wat menda yg sama....takde laa...sekurang2 nya kita akan hantar ke tempat yg terbela utk anak OKU tu...so tak payah nak tegakkan benang basah utk cik Lola...

Anonymous said...
24 June 2014 at 23:47  

Maaf, sya tdk menerima alasan ni..sya bkn org bodoh yg boleh diperbodohkan bgtu sahaja..kalau mmg lah ibu Firdaus tu tdk mampu jd knpa di fb ibu dia gmbar profile picture siap make up dgn tudung bling2? Itu? Yg kna ckp tdk mampu tu? Tdk masuk akal langsung..kalau sdh tau salah tu mengaku lah, tdk paya buat2 alasan, minta simpati apa smua benda tu. Skrg baru menyesal...hmm

Anonymous said...
25 June 2014 at 01:29  

keluarga Lola terlalu miskin sehingga beli baju pun tak mampu ? ...lihat Fb maknya pakai baju lawa2 , tudung bling bling, ada bedak gincu ! mampu pula ?

maknya terlalu sayang ? tapi masa budak tu dijumpai gaya macam budak hutan, kotor ..baju koyak rabak macam bertahun tak ganti, bilik macam kandang kucing kotor sekotor-kotornya, macam ni kah sayang ?
tak payah la terlalu membela puan Lola , dimana ada kemahuan disitu ada jalan ! Lola kata dia tak tahu macamana nak hubungi jabatan kebajikan, napa tak tanya kawan2 ?

pendek kata , dimana ada kemahuan disitu ada jalan , hendak seribu daya tak hendak sejuta dalih ,

paling mudah, minta jabatan kebajikan hantar Lola sekeluarga balik sabah, kerana di Sabah mereka masih punya ramai keluarga , abang adik sepupu semua ada , buat apa tinggal di semenanjung menyeksa diri ?

Anonymous said...
25 June 2014 at 01:36  

macamana puast zakat dan jabatan kebajikan tahu ada budak kes macam ni kalau ..

a] maknya tak pernah bagitahu pihak berkenaan
b] tak tanya orang bagaimana nak buat
c] anak tu dikurung, disembunyikan dari orang ramai
d] nasib baiklah ada operasi , kalau tak alamat mati budak tu terseksa lapar haus berselimut kekotoran dalam tu ..

pusat zakat tak mampu tanya dan cari dari rumah ke rumah utk cari kes begini, jabatan kebajikan pun tak mampu cari dari rumah ke rumah seluruh negara ...
tanggungjawab pada maknya, atau pada jiran2nya utk lapor supaya PPZ atau JKM ambil tindakan

alasan pembelaan tak lojik ..

Anonymous said...
25 June 2014 at 12:13  

Mak tudung bukan main mahal tp anak dibiar bergelumang tahi, baju koyak rabak tak bagi makan, adakah anak itu ditinggalkan untuk mati? mengapa ada usaha2 terancang untuk membersihkan nama mak dia? instigfarlah admin blog ni

Anonymous said...
25 June 2014 at 17:27  

Sukar bg akal yg waras utk menerima alasan 'kesusahan hidup orangtuanye' yg mnjadikan keadaan adik firdaus sampai macam tu sekali.. melainkan kalau mak firdaus ni ada gangguan mental(allahualam).. Apapun,doa yg terbaik utk adik firdaus..

Anonymous said...
25 June 2014 at 18:26  

betul, nafkah anak tetap tanggungan bapa, bukan ibu

Anonymous said...
25 June 2014 at 21:45  

Itu yg kena bilang jaga? Kurung anak trus tdk bagi makan dan minum? Trus biarkan anak d bilik yg ada najis kencing sampah sarap smua? Itu? Jaga? Serious? Nonsense.

Anonymous said...
25 June 2014 at 21:50  

Kalau korang check la fb mak firdaus ni, Imashima Lola..ada status dia tu..dia update psl kereta mengatakan bahawa kereta tu rosak ka atau takde minyak...so dia tak dpt pg kerja.. Dia update stat dia tu bilan 5 kalau tdk silap..so skrg ni? Mampu ke tidak mampu? Haaa

Anonymous said...
26 June 2014 at 10:42  


BUKAN SEMUA ORANG ADA FB. GUNA FB KENA PAKAI TIPON CANGGIH. YG CANGGIH BUKAN MURAH HARGANYA. MELIHAT KEADAAN ADEK INI SEMASA DITEMUI TIDAK MASUK AKAL.
INSAFLAH. TUHAN MENJADIKAN KEADAAN ADEK INI BEGINI ADALAH DUGAAN KEPADA KITA. TERUTAMA KPD YG HAMPIR DGN ADEK INI. KENAPA DIABAIKAN ?

Anonymous said...
28 June 2014 at 00:38  

Dunia Malaysia skrg adalah dunia persepsi yg lebih mendapat tempat drpd realiti. Lihatlah apa jua isu yg berlegar di sekeliling kita, org akan mempercayai persepsi dari kebenaran..

Anonymous said...
29 June 2014 at 13:27  

Memang betul dan saya setuju sangat. Janganlah asyik nak salahkan JKM dan Lembaga Pungutan Zakat saja. Mak dia sendiri sembunyikan keadaan anaknya drpd pengetahuan orang ramai,
lepas tu expect JKM dan LPZ ada kebolehan luarbiasa utk detect orang yg terabai.

Azizi Mokhtar said...
30 June 2014 at 16:28  

Pada pendapat sy, akal wanita sangat rapuh. Dengan segala bebanan hutang dan kos sara hidup 3 beranak yang ditanggung beliau tanpa suami dan keluarga terdekat memburukkan lagi keadaan.

Mungkin ini cara Allah membantu beliau keluar dari masalah. Memberi bantuan & sokongan lebih baik. Anak-anak beliau memerlukan beliau.

Bagi saya beliau lebih elok daripada mereka yang melakukan pembuangan bayi. Jangan menzalimi orang lain. Lebih2 lagi sesama Islam. Hanya Allah maha mengetahui.

Nor Ayda said...
7 July 2014 at 22:45  

Keputusan hospital.menunjukkan makanan dimakan oleh firdaua sudah berusia 3 bulan...maknanya dan 3 bulan dia ditinggalkan seblum diselamatkan.

Anonymous said...
8 July 2014 at 17:58  

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN, Phone: 03-6274 5352
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK


Khursiah Aziz said...
16 October 2015 at 21:28  

Alasan sibuk bekerja menampung keluarga tak boleh dijadikan sebab anak terabai.Ramai lagi para ibu yg lain sibuk bekerja siang malam mampu menjaga anak. Badan arwah Firdaus teramat cengkung ibarat berbulan dan mungkin bertahun tidak diberi makan dan minuman yg secukupnya. Dia menahan kelaparan manakala ibunya gempal...cukup makan.

Khursiah Aziz said...
16 October 2015 at 21:33  

Bertaubatlah puan Lola

Khursiah Aziz said...
16 October 2015 at 21:50  

Alasan sibuk bekerja bukan penyebab anak terabai hingga kurus cengkung tanpa diberi makan dan pakaian yg bersih. Pakaian yg dipakai firdaus ini sudah cukup menunjukkan bertahun dia tidak bertukar baju. Susuk badan firdaus sudah terbukti dia tidak diberi makan walaupun ibu nya beri seribu alasan.

AyuqA AnizA said...
17 October 2015 at 15:55  

Setuju sngat dgn pencerahan nih.. ini cuma alasan yang tidak masuk akal cuba meminta simpati pada org ramai. . .
#Al FATIHAH buat arwah adik Firdaus , semoga ditempatkan bersama org2 yang Soleh :'(

Anonymous said...
17 August 2016 at 21:43  

Perempuan gila..membusuk dineraka jahanam...astaqfirullah dengan alasan apapun lebih baik anaik diberikan kepada orang lain daripada disiksa begitu, menetes airmata melihat adik firdaus

Anonymous said...
27 December 2016 at 20:07  

Sedangkan nabi ampunkan, inikan kita manusia biasa, tak lari dr dosa, mmg apa yg lola buat itu salah, tp tetap, perkataan dan tingkah laku kita mesti dijaga. Perkataan yg keluar dr mulut seseorang mencerminkan peribadinya..

Anonymous said...
27 December 2016 at 21:46  

Ya Allah.. langsung tak ade logik betul hujah2 dia membela puan lola tu..alfatihah buat adik firdaus..

Monex Bro said...
11 January 2017 at 08:41  

gak masuk akal miskin sampai kurus kering gitu...kenapa emaknya segar dan gemuk banyak makan?

Anonymous said...
1 February 2017 at 13:54  

c bodoh nak backup c bodoh.ok le tu dua dua bodoh

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks