Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pok Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS.
Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007.
Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan.
Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri serta Perkayuan Kelantan. Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pok Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi!
Siapa lagi yang lebih tepat untuk menepati ciri-ciri berkenan selain daripada Wan Rosdi Wan Ibrahim?
Tiada sebarang papan tanda atau pun nama syarikat berdaftar. Tiada juga operasi pemeriksaan oleh Jabatan Hutan mahupun Majlis Daerah Tumpat ke kawasan kilang. Tiada juga sebarang operasi meskipun kayu-kayu balak diletakkan di tepi jalan berhampiran kilang berkenaan.
Justeru, benarkah kilang berkenaan dimiliki oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai atau sebenarnya Wan Rosdi memang ada saham dalam kilang tersebut?
Buat aduan kat SPRM habis cerita ....
ReplyDeleteSPRM cawangan Kelantan penuh dgn puak PAS la bro.
DeletePDRM Pengkalan Kubor pun penuh dgn puak PAS assobiyah terus jadi buta & pekak ka? ATAU ada dapat komisen bulanan supaya tutup mulut?
ReplyDeleteJangan kata apa apa . Semua ada dalam tu. Bila ada matalamat maka halallah cara. No haram. No krooni. No rasuah . Semuanya no no no no.......no.
ReplyDelete