MAK AIII!!! MAHALNYA KAMERA CCTV YANG DIBELI DAP PULAU PINANG... SEBIJI HARGANYA RM71,723!!!

Friday 6 May 2016



Di sebalik ligat otak Lim Guan Eng dan pasukannya untuk mencari alasan sehingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada PRN Sarawak, demi mengelakkannya daripada diseret dan dijatuhi hukuman kerana salahguna kuasa dan penyelewengan, kini muncul satu persatu perbuatan-perbuatannya yang bukan sahaja merompak wang rakyat Pulau Pinang, tetapi juga secara terang-terangan menunjukkan dia hanya pandai bercakap.

Masih ingat lagi bagaimana pada tahun 2012, Kerajaan Negeri DAP membuat pelbagai tuduhan kononnya Kerajaan Persekutuan telah terlebih bayar ke atas kamera-kamera AES. DAP juga memekakkan telinga dan enggan mendengar sebarang penjelasan berkenaan harga untuk keseluruhan sistem AES di seluruh negara, beroperasi secara automatik dan pelbagai penjelasan lain yang enggan didengar oleh DAP. 

Barangkali kehangatan kerana rasuah dan salahguna kuasa membabitkan Guan Eng, membuatkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang cuba meminimakan kerosakan pada Lim Guan Eng dengan membuat pengakuan, mereka akan mengimplenkan sebanyak 534 buah kamera CCTV dengan kos keseluruhannya adalah RM38.3 juta. Sekaligus kos efektif bagi setiap kamera adalah RM71,723.

Sebuah kamera CCTV berharga lebih kurang RM71,723? Kamera jenis apakah yang begitu mahal dibeli oleh MBPP yang kosnya akan dibiayai oleh rakyat Pulau Pinang dan pembayar cukai?

Sesiapa sahaja yang pernah menggunakan sistem CCTV di rumah pastinya dapat memberitahu tentang kamera-kamera CCTV yang sangat bagus hanya bernilai beberapa ratus ringgit atau paling tidak pun, beberapa ribu ringgit tetapi tidak akan mencecah lebih RM10,000 bagi setiap kamera CCTV. 

Timbul persoalan, apakah yang menyebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang gila memberi barangan mahal tetapi tidak berkualiti seperti mana lorong berbasikal yang hanya dicat hijau tetapi menelan belanja lebih RM300 juta ringgit.

Mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sanggup membeli sebuah kamera yang berharga lebih 100 kali ganda daripada kamera-kamera lain yang boleh diperolehi?

Besar betul mark-up sebut harga kamera-kamera CCTV itu. Syarikat manakah yang berjaya memperolehi kontrak lumayan membekalkan kamera-kamera CCTV berharga sangat tinggi itu?


2 comments:

  1. Bang..aku supply cctv kat petronas klia ikut spec night vision dan digital..harga cost pun rm75k per camera..jgn main tibai jee..sebab kalau kau buat mcm ni..org mcm aku oun kena jgk la..kena tgk la rasional apa yg nak kau sampaikan..

    ReplyDelete
  2. Yg federal dikatanya boros.. rupanya dia pon sama.. makahaiii

    ReplyDelete

MAK AIII!!! MAHALNYA KAMERA CCTV YANG DIBELI DAP PULAU PINANG... SEBIJI HARGANYA RM71,723!!!

Friday 6 May 2016 ·



Di sebalik ligat otak Lim Guan Eng dan pasukannya untuk mencari alasan sehingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada PRN Sarawak, demi mengelakkannya daripada diseret dan dijatuhi hukuman kerana salahguna kuasa dan penyelewengan, kini muncul satu persatu perbuatan-perbuatannya yang bukan sahaja merompak wang rakyat Pulau Pinang, tetapi juga secara terang-terangan menunjukkan dia hanya pandai bercakap.

Masih ingat lagi bagaimana pada tahun 2012, Kerajaan Negeri DAP membuat pelbagai tuduhan kononnya Kerajaan Persekutuan telah terlebih bayar ke atas kamera-kamera AES. DAP juga memekakkan telinga dan enggan mendengar sebarang penjelasan berkenaan harga untuk keseluruhan sistem AES di seluruh negara, beroperasi secara automatik dan pelbagai penjelasan lain yang enggan didengar oleh DAP. 

Barangkali kehangatan kerana rasuah dan salahguna kuasa membabitkan Guan Eng, membuatkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang cuba meminimakan kerosakan pada Lim Guan Eng dengan membuat pengakuan, mereka akan mengimplenkan sebanyak 534 buah kamera CCTV dengan kos keseluruhannya adalah RM38.3 juta. Sekaligus kos efektif bagi setiap kamera adalah RM71,723.

Sebuah kamera CCTV berharga lebih kurang RM71,723? Kamera jenis apakah yang begitu mahal dibeli oleh MBPP yang kosnya akan dibiayai oleh rakyat Pulau Pinang dan pembayar cukai?

Sesiapa sahaja yang pernah menggunakan sistem CCTV di rumah pastinya dapat memberitahu tentang kamera-kamera CCTV yang sangat bagus hanya bernilai beberapa ratus ringgit atau paling tidak pun, beberapa ribu ringgit tetapi tidak akan mencecah lebih RM10,000 bagi setiap kamera CCTV. 

Timbul persoalan, apakah yang menyebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang gila memberi barangan mahal tetapi tidak berkualiti seperti mana lorong berbasikal yang hanya dicat hijau tetapi menelan belanja lebih RM300 juta ringgit.

Mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sanggup membeli sebuah kamera yang berharga lebih 100 kali ganda daripada kamera-kamera lain yang boleh diperolehi?

Besar betul mark-up sebut harga kamera-kamera CCTV itu. Syarikat manakah yang berjaya memperolehi kontrak lumayan membekalkan kamera-kamera CCTV berharga sangat tinggi itu?


2 comments:

Anonymous said...
6 May 2016 at 11:26  

Bang..aku supply cctv kat petronas klia ikut spec night vision dan digital..harga cost pun rm75k per camera..jgn main tibai jee..sebab kalau kau buat mcm ni..org mcm aku oun kena jgk la..kena tgk la rasional apa yg nak kau sampaikan..

Anonymous said...
8 May 2016 at 11:16  

Yg federal dikatanya boros.. rupanya dia pon sama.. makahaiii

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks