Sepertimana yang diketahui, Pakatan Rakyat hidup dengan drama. Tarikan kepada penyokong adalah retorik dan drama yang akan memikat hati pengundi. Tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan populis seringkali diambil oleh Pakatan Rakyat memandangkan mereka tidak rugi apa-apa pun, melainkan berdagang air liur semata-mata.
Begitulah dalam pembentangan bajet Pakatan Rakyat. Dengan penuh bangga mereka mengumumkan sekiranya mereka adalah Kerajaan Malaysia, maka Pakatan Rakyat akan mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada golongan kaya.
Sekali dengar, memang menarik.
Namun apabila diperhalusi, cukai yang tinggi kepada golongan kaya, bererti yang akan menanggung keseluruhan cukai tersebut adalah golongan marhein dan bawahan. Cukai yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat korporat bermakna kebajikan, upah dan tangga gaji serta tanggungjawab sosial lain kepada golongan bawahan akan dipotong bagi menampung cukai yang perlu dibayar.
Lebih malang lagi ialah, cukai yang lebih tinggi kepada golongan korporat akan menyebabkan kerajaan bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan, sebaliknya syarikat-syarikat korporat akan berpindah ke negara-negara lain untuk beroperasi terutama di negara-negara yang menawarkan kadar cukai yang lebih rendah dan insentif yang lebih baik berbanding Malaysia. Sekaligus akan menyebabkan kadar pengangguran memecut tinggi dan inflasi akan bertambah parah.
Penyelesaian bagi masalah kewangan negara bukanlah hanya membabitkan cukai tetapi juga aliran kecairan domestik. Bagaimana duit nak berpusing dalam negeri kalau kerja tiada dan lebih ramai rakyat yang menganggur?
Perhatikan sahajalah bagamana Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang dilaksanakan dasar-dasar Pakatan Rakyat. Pulau Pinang tidak menyediakan peluang pekerjaan yang bertambah dan lebih ramai penduduk Pulau Pinang terpaksa berpindah keluar apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang meningkatkan kadar premium dan cukai tanah, mewujudkan cukai-cukai baru, menaikkan kadar cukai dan bayaran sewa untuk penjaja dan gerai serta premis. Begitu juga dengan Selangor yang hanya bergantung kepada peruntukan dan bantuan dairpada Kerajaan Pusat untuk ditunjukkan di dalam akaun, Kerajaan Negeri mempunyai surplus.
Kelantan, tak payah diambil kira kerana dari tahun 1994 sehingga sekarang, Kelantan adalah negeri muflis yang tidak mampu menjana pendapatan sendiri dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan pusat walaupun sekadar untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri, termasuklah Menteri Besar dan barisan Exconya.
Penyelesaian yang dibuat oleh Pakatan Rakyat amat menggelikan hati. Bagi mereka segala masalah akan selesai dengan meningkatkan cukai untuk golongan kaya. Malangnya, golongan yang pandai bercakap dan berhujah itu tidak tahu bahawa tindakan mereka hanya menambah masalah yang lebih besar memandangkan penanggung cukai besar untuk golongan kaya itu adalah golongan marhein dan kolar biru.
Cerdik sangatkah Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim?
Hanya golongan jahil sahaja yang terkinja-kinja dengan pembentangan bajet Pakatan Rakyat yang boleh menyebabkan negara ini muflis dalam tempoh tidak sampai enam bulan!!!
aku pun boleh buat bajet air liur... Gaji minima kaktangan awam dan swasta RM 5.000.00. Penganggur elaun RM 2,000. lu pikirlah sendiri????
ReplyDeleteKata gaji rm1 sebulan...6 tahun, rm15juta dia bedal....
DeleteBersamaan rm210 ribu sebulan gaji SI pukimak pelakon video besi TU!!!
Apa da,,, Badut-badut ni pun nak buat bajet... .. Aku pun mual dng politik murahanan ni , dah macam filem kartoon????
ReplyDeleteDasar si DAPBANGKAI/PKRSODOM PENIPU! Nak menipu Dunia luarlah tu kononnya mereka ni 'Sosialis' - pala hotak si SAMSENG-SAMSENG yg. sebenaqnya hidup amat mewah - termasuk dlm. MEROMPAK tanah dan hak kaum Bumiputera!
ReplyDeleteKalau betul Sosialis, takkan benci ISLAM/umatnya serta hak kaum BUMIPUTERA. LIhat Sosialis tulen mcm. Venezuela dan Bolivia - yg. kuat mempertahankan hak kaum Bumiputera termasuk BUMIPUTERA Islam Palestin; dan juga anti-penjajahan Barat/ZIONIS!
Makcik Sambal Belacan.
PEMBETULAN:
ReplyDeleteDasar si DAPBANGKAI/PKRSODOM PENIPU! Nak menipu Dunia luarlah tu kononnya mereka ni 'Sosialis' - pala hotak si SAMSENG-SAMSENG-no-1- DAPBANGKAI/PKRSODOM yg. sebenaqnya hidup amat mewah - termasuk dlm. MEROMPAK tanah dan hak kaum Bumiputera!
Kalau betul Sosialis, takkan benci ISLAM/umatnya serta hak kaum BUMIPUTERA. LIhat Sosialis tulen mcm. Venezuela dan Bolivia - yg. kuat mempertahankan hak kaum Bumiputera termasuk BUMIPUTERA Islam Palestin; dan juga anti-penjajahan Barat/ZIONIS!
Makcik Sambal Belacan.
Puak ni cakap saja pandai. Pratikal fail. Tgk saja langkah kajang pun gagal. Apa nak hrp sgt pada merek ini. Bila mereka menang pasti keuntungan diagihkan antara mereka dulu. Jgn sesekali pecaya mereka ini..sgt bahaya..
ReplyDeleteAnwar ibrahim belajar klas 3 dari um...ada otai pkr plak ckp blajar pin x abis...camana orang bodoh mcm ni masih ada yg percaya dng si bodoh ni....gaji 1 ringgit llaim ealun 15 juta...langkah bsngang kajang nk campak ke mana.....campak terus ke ag buloh si bodoh ni.....
ReplyDeletemuka2btembok cina , lce tak lulus jadi mp -melaysia apa saja jadi
ReplyDeletekit sial wa ingat lu mampos-setan
Cuba tengok budget Kelantan, Penang dan Selangor macam mana
ReplyDeleteGaji kena cukai . kalau tak silap elaun perbelanjaan tak payah bayar cukai ... lagi pun apalah dengan 15 juta itu ???? kalau bolih dia mungkin cantas 10% ke15% duit yang ada dalam simpanan negeri selangor tu !!!
ReplyDelete