AZMIN ALI TUDUH BAYARAN PAMPASAN KEPADA BEKAS PEKERJA KHALID IBRAHIM SEBAGAI SALAHGUNA KUASA!

Thursday 20 November 2014

Nampaknya pergeseran antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim bertambah besar. Terbaru Azmin Ali menghentam Khalid Ibrahim ekoran pendedahan bayaran pampasan kepada tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor. Menurut Azmin Ali, tindakan membayar pampasan yang tinggi kepada ketiga-tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim itu menunjukkan dengan jelas elemen salah guna kuasa.

Azmin bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen berhubung jumlah sebenar pampasan kepada pembantu-pembantu bekas Menteri Besar Selangor itu tetapi berkata, laporan audit menunjukkan perlanggaran peraturan dan undang-undang dalam proses pembayaran pampasan.

Menurut laporan, bayaran pampasan tersebut telah dipindah dalam tempoh yang amat singkat, kata Azmin. Menurutnya lagi, pengurusan baru MBI akan memutuskan langkah-langkah tindakan selanjutnya. Namun Azmin mengikrarkan tindakan keras kepada pihak yang terbabit.

ADUN-ADUN dari Pakatan dan Barisan Nasional dijangka akan menekan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan perincian tentang bayaran pampasan kepada bekas-bekas pembantu Khalid Ibrahim apabila DUN Selangor bersidang pada 24 November nanti.

Azmin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada September lepas.


Ahad lepas, Azmin berkata, pentadbirannya telah melengkapkan audit penuh berhubung bayaran pampasan yang dibuat kepada pembantu-pembantu Khalid di bawah MBI selepas terdapat dakwaan bahawa MBI telah mengeluarkan bayaran pampasan sebanyak RM2.5 juta.

Khalid Ibrahim bagaimanapun, menafikan jumlah bayaran pampasan tersebut. Menurutnya, dia terkejut apabila diberitahu tentang angka tersebut dan dia sendiri tidak tahu berapa bayaran pampasan sebenar telah diberikan kepada kelapan-lapan orang bekas pembantunya.

Menurut Khalid lagi, bekas-bekas pembantunya itu telah dibayar di bawah skim VSS yang telah ditawarkan kepada mereka sewaktu dia hampir menamatkan khidmat sebagai Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, sebarang keputusan membabitkan bayaran, dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan telah dibentangkan kepada Exco-Exco negeri.

1 comment:

  1. anwar kebas 15 juta selaku penasihat ekonomi bergaji rm 1...apa cerita?salah guna kuasa siapa pulak?pasal tu la semua org berebut nak main politik...sanggup jual agama...maki hamun..fitnah hatta sanggup buat apa saja demi politik...utk kaya semata2....pencacai & penyokong dapat apa???

    Pakcik Sambal Tempoyak.

    ReplyDelete

AZMIN ALI TUDUH BAYARAN PAMPASAN KEPADA BEKAS PEKERJA KHALID IBRAHIM SEBAGAI SALAHGUNA KUASA!

Thursday 20 November 2014 ·

Nampaknya pergeseran antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim bertambah besar. Terbaru Azmin Ali menghentam Khalid Ibrahim ekoran pendedahan bayaran pampasan kepada tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor. Menurut Azmin Ali, tindakan membayar pampasan yang tinggi kepada ketiga-tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim itu menunjukkan dengan jelas elemen salah guna kuasa.

Azmin bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen berhubung jumlah sebenar pampasan kepada pembantu-pembantu bekas Menteri Besar Selangor itu tetapi berkata, laporan audit menunjukkan perlanggaran peraturan dan undang-undang dalam proses pembayaran pampasan.

Menurut laporan, bayaran pampasan tersebut telah dipindah dalam tempoh yang amat singkat, kata Azmin. Menurutnya lagi, pengurusan baru MBI akan memutuskan langkah-langkah tindakan selanjutnya. Namun Azmin mengikrarkan tindakan keras kepada pihak yang terbabit.

ADUN-ADUN dari Pakatan dan Barisan Nasional dijangka akan menekan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan perincian tentang bayaran pampasan kepada bekas-bekas pembantu Khalid Ibrahim apabila DUN Selangor bersidang pada 24 November nanti.

Azmin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada September lepas.


Ahad lepas, Azmin berkata, pentadbirannya telah melengkapkan audit penuh berhubung bayaran pampasan yang dibuat kepada pembantu-pembantu Khalid di bawah MBI selepas terdapat dakwaan bahawa MBI telah mengeluarkan bayaran pampasan sebanyak RM2.5 juta.

Khalid Ibrahim bagaimanapun, menafikan jumlah bayaran pampasan tersebut. Menurutnya, dia terkejut apabila diberitahu tentang angka tersebut dan dia sendiri tidak tahu berapa bayaran pampasan sebenar telah diberikan kepada kelapan-lapan orang bekas pembantunya.

Menurut Khalid lagi, bekas-bekas pembantunya itu telah dibayar di bawah skim VSS yang telah ditawarkan kepada mereka sewaktu dia hampir menamatkan khidmat sebagai Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, sebarang keputusan membabitkan bayaran, dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan telah dibentangkan kepada Exco-Exco negeri.

1 comments:

Anonymous said...
21 November 2014 at 02:10  

anwar kebas 15 juta selaku penasihat ekonomi bergaji rm 1...apa cerita?salah guna kuasa siapa pulak?pasal tu la semua org berebut nak main politik...sanggup jual agama...maki hamun..fitnah hatta sanggup buat apa saja demi politik...utk kaya semata2....pencacai & penyokong dapat apa???

Pakcik Sambal Tempoyak.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks