FAEKAH HUSSIN BAGI AMARAN KEPADA PKR, JANGAN BERSIKAP RAKUS DAN JAHAT TERHADAP KHALID IBRAHIM

Sunday 2 November 2014


Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ( BTR ) dan ADUN Pelabuhan Klang.

Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR. Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI. Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?

Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa. Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan. Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.

Akhirnya, hari ini Menteri Besar baharu Selangor tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan kerajaan Persekutuaan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses. Beliau turut mengumumkan projek KIDEX akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalulintas. Bukankah pemegang konsesi KIDEX masih peguam UMNO? Atau sudah bertukar dalam dua bulan ini? Atau mungkinkah peguam Umno tersebut telah isytihar menyokong PKR mahupun DAP? Sudahkah pihak berkepentingan dan mendapat ganjaran hasil penstrukturan air dikenalpasti sebagaimana arahan pimpinan tertinggi PKR? Berapa ratus juta yang berjaya dipunggah oleh kroni TSKI melalui proses penstrukturan tersebut? Rakyat kini terpinga-pinga bagaimana dalam sekelip mata isu besar yang digembar-gemburkan tersebut berkubur dan semua keputusan yang diambil TSKI semasa menjadi MB diakui secara senyap dan tanpa rasa malu oleh PKR.

Perlu juga ditekankan bahawa status TSKI selaku Ahli Parlimen Bebas adalah hasil dari kerakusan pimpinan PKR yang telah memecat beliau secara jahat, tidak berhemah dan keji. Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghentikan peruntukan Ahli Dewan beliau di Pelabuhan Klang dan dua pegawai DUN dipecat walau masih mempunyai kontrak dengan kerajan negeri. Ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor hari ini gagal melihat pentadbiran negeri hendaklah diasingkan dari perjalanan parti hatta terlalu fokus untuk mematikan karier politik TSKI.

Sekarang ada pihak pula yang mendesak beliau untuk melepaskan kerusi Parlimen BTR sedangkan TSKI yakin dapat meneruskan khidmat secera efektif walau sebagai Ahli Parlimen bebas. PKR sesungguhnya terhalang dari segi moral untuk mengkritik mahupun mengulas kedudukan TSKI yang kini Ahli Parlimen Bebas. Biar rakyat BTR yang menentukan kedudukan TSKI pada pilihanraya akan datang.

Setelah berehat selama 2 minggu bersama keluarga, TSKI telah turun ke kawasan BTR dan PK untuk berbincang dengan beberapa ketua komuniti di sana untuk meneruskan khidmat kepada rakyat yang telah memilih beliau melalui proses pilihanraya yang sah.

Alhamdulillah, ramai telah menawarkan khidmat bantuan dan kesediaan untuk bersama TSKI bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Rakyat hari ini mampu melihat keikhlasan seseorang pemimpin dalam melakukan sesuatu mahupun tatkala mengungkapkan kata-kata. Di BTR, beliau telah pun membuka pusat khidmat rakyat; manakala di Pelabuhan Klang, pejabat baharu di Bukit Tinggi telah pun dibuka.

Tindakan PKR memecat TSKI tidak akan menghalang TSKI untuk terus bersama rakyat lantas telah mulai bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO). TSKI bersama beberapa teman mulai 15 November ini akan memulakan aktiviti "Sajian Rakyat" - satu NGO yang akan menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform untuk bertemu dengan rakyat.

Ditegaskan bahawa TSKI komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat dan PKR - satu parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua - perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN 
PELABUHAN KLANG DAN 
MP BANDAR TUN RAZAK

4 comments:

  1. Baru kau sedar perangai rakan-rakan kau dulu...ITULA BERKAWAN LAGI DGN SI DAJAL + IBLIS...ITU LA NASIB KAU..

    ReplyDelete
  2. TSKI jasa mu tetap dikenang, persetan Parti Kelentong Rakyat tak lama lagi parti tu jadi sejarah.

    ReplyDelete
  3. malang nasib tski dulu keluar umno yg banyak berjasa atas permintaan kawan untuk memperkuatkan parti.....membawa selangor menjadi kerajaan... bila kawan/ketuanya merasa pkr sudah kuat di selangor dan kehendak peribadi kawan/ketua tidak terpenuhi dia dipecat.....habis madu sepah dibuang.....pemecatan semata-mata atas kepentingan peribadi kawan/ketuanya ..... pkr @ parti kayu reput .... sabarlah tski parti kayu reput akan hancur sudahnya....

    ReplyDelete
  4. Man don't learn from lesson. Kita lihat berapa ramai rakan2 sepejuangan Anwar yang telah tinggalkan dia malah ada yang mencabar dia. Sendiri mahu ingatlah.

    ReplyDelete

FAEKAH HUSSIN BAGI AMARAN KEPADA PKR, JANGAN BERSIKAP RAKUS DAN JAHAT TERHADAP KHALID IBRAHIM

Sunday 2 November 2014 ·


Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ( BTR ) dan ADUN Pelabuhan Klang.

Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR. Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI. Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?

Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa. Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan. Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.

Akhirnya, hari ini Menteri Besar baharu Selangor tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan kerajaan Persekutuaan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses. Beliau turut mengumumkan projek KIDEX akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalulintas. Bukankah pemegang konsesi KIDEX masih peguam UMNO? Atau sudah bertukar dalam dua bulan ini? Atau mungkinkah peguam Umno tersebut telah isytihar menyokong PKR mahupun DAP? Sudahkah pihak berkepentingan dan mendapat ganjaran hasil penstrukturan air dikenalpasti sebagaimana arahan pimpinan tertinggi PKR? Berapa ratus juta yang berjaya dipunggah oleh kroni TSKI melalui proses penstrukturan tersebut? Rakyat kini terpinga-pinga bagaimana dalam sekelip mata isu besar yang digembar-gemburkan tersebut berkubur dan semua keputusan yang diambil TSKI semasa menjadi MB diakui secara senyap dan tanpa rasa malu oleh PKR.

Perlu juga ditekankan bahawa status TSKI selaku Ahli Parlimen Bebas adalah hasil dari kerakusan pimpinan PKR yang telah memecat beliau secara jahat, tidak berhemah dan keji. Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghentikan peruntukan Ahli Dewan beliau di Pelabuhan Klang dan dua pegawai DUN dipecat walau masih mempunyai kontrak dengan kerajan negeri. Ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor hari ini gagal melihat pentadbiran negeri hendaklah diasingkan dari perjalanan parti hatta terlalu fokus untuk mematikan karier politik TSKI.

Sekarang ada pihak pula yang mendesak beliau untuk melepaskan kerusi Parlimen BTR sedangkan TSKI yakin dapat meneruskan khidmat secera efektif walau sebagai Ahli Parlimen bebas. PKR sesungguhnya terhalang dari segi moral untuk mengkritik mahupun mengulas kedudukan TSKI yang kini Ahli Parlimen Bebas. Biar rakyat BTR yang menentukan kedudukan TSKI pada pilihanraya akan datang.

Setelah berehat selama 2 minggu bersama keluarga, TSKI telah turun ke kawasan BTR dan PK untuk berbincang dengan beberapa ketua komuniti di sana untuk meneruskan khidmat kepada rakyat yang telah memilih beliau melalui proses pilihanraya yang sah.

Alhamdulillah, ramai telah menawarkan khidmat bantuan dan kesediaan untuk bersama TSKI bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Rakyat hari ini mampu melihat keikhlasan seseorang pemimpin dalam melakukan sesuatu mahupun tatkala mengungkapkan kata-kata. Di BTR, beliau telah pun membuka pusat khidmat rakyat; manakala di Pelabuhan Klang, pejabat baharu di Bukit Tinggi telah pun dibuka.

Tindakan PKR memecat TSKI tidak akan menghalang TSKI untuk terus bersama rakyat lantas telah mulai bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO). TSKI bersama beberapa teman mulai 15 November ini akan memulakan aktiviti "Sajian Rakyat" - satu NGO yang akan menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform untuk bertemu dengan rakyat.

Ditegaskan bahawa TSKI komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat dan PKR - satu parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua - perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN 
PELABUHAN KLANG DAN 
MP BANDAR TUN RAZAK

4 comments:

raismazzadam said...
2 November 2014 at 22:34  

Baru kau sedar perangai rakan-rakan kau dulu...ITULA BERKAWAN LAGI DGN SI DAJAL + IBLIS...ITU LA NASIB KAU..

Anonymous said...
2 November 2014 at 22:38  

TSKI jasa mu tetap dikenang, persetan Parti Kelentong Rakyat tak lama lagi parti tu jadi sejarah.

Anonymous said...
3 November 2014 at 01:58  

malang nasib tski dulu keluar umno yg banyak berjasa atas permintaan kawan untuk memperkuatkan parti.....membawa selangor menjadi kerajaan... bila kawan/ketuanya merasa pkr sudah kuat di selangor dan kehendak peribadi kawan/ketua tidak terpenuhi dia dipecat.....habis madu sepah dibuang.....pemecatan semata-mata atas kepentingan peribadi kawan/ketuanya ..... pkr @ parti kayu reput .... sabarlah tski parti kayu reput akan hancur sudahnya....

Anonymous said...
3 November 2014 at 09:52  

Man don't learn from lesson. Kita lihat berapa ramai rakan2 sepejuangan Anwar yang telah tinggalkan dia malah ada yang mencabar dia. Sendiri mahu ingatlah.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks